P4123 pengurusan

3
SULIT P4123-PENGURUSAN SUMBER MANUSIA/JAN 08 ARAHAN : Jawab SEMUA soalan. SOALAN 1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia? (5 markah) b) Pengurusan sumber manusia yang terurus dan proaktif akan melakukan pelbagai fungsi. Terangkan LIMA (5) fungsi pengurusan sumber manusia tersebut. (20 markah) SOALAN 2 Salah satu cara untuk mendapatkan calon pekerja yang berkelayakan adalah dengan menggunakan sumber dalaman organisasi. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber dalaman organisasi ? ( 2 markah ) b) Bincangkan TIGA [3] kaedah utama yang boleh digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengambil calon pekerja daripada sumber dalaman organisasi ? ( 9 markah ) c) Senaraikan EMPAT [4] kebaikan dan EMPAT [4] kelemahan pengambilan pekerja daripada dalam organisasi. ( 8 markah ) 1

description

umpuan juga diberi kepada konsep-konsep dan teori-teori pengurusan, sosiologi dan komunikasSelain itu, para pelajar juga didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam perhubungan awam. Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai ketrampilan komunikasi dengan citra din, kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu. Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahirandalam penulisan serta memiliki personaliti menarik. Mereka juga boleh bertutur dan menulis dengan dalam bahasa Melayu dan Inggenis di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi. Malah sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan.

Transcript of P4123 pengurusan

Page 1: P4123 pengurusan

SULIT P4123-PENGURUSAN SUMBER MANUSIA/JAN 08

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia?

(5 markah)

b) Pengurusan sumber manusia yang terurus dan proaktif akan melakukan pelbagai

fungsi. Terangkan LIMA (5) fungsi pengurusan sumber manusia tersebut.

(20 markah)

SOALAN 2

Salah satu cara untuk mendapatkan calon pekerja yang berkelayakan adalah dengan

menggunakan sumber dalaman organisasi.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber dalaman organisasi ?

( 2 markah )

b) Bincangkan TIGA [3] kaedah utama yang boleh digunakan oleh pengurus sumber

manusia untuk mengambil calon pekerja daripada sumber dalaman organisasi ?

( 9 markah )

c) Senaraikan EMPAT [4] kebaikan dan EMPAT [4] kelemahan pengambilan pekerja

daripada dalam organisasi.

( 8 markah )

1

Page 2: P4123 pengurusan

SULIT P4123-PENGURUSAN SUMBER MANUSIA/JAN 08

d) Jelaskan DUA [2] bentuk isu dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang pengurus

sumber manusia dalam proses pengambilan pekerja.

( 6 markah )

SOALAN 3

a) Tujuan utama sistem penilaian prestasi adalah untuk memperbaiki prestasi

pekerja. Selain dari itu, penilaian yang berkesan dapat digunakan untuk membuat

keputusan pengurusan. Terangkan LIMA (5) ciri penilaian prestasi yang

berkesan.

(10 markah)

b) Pendekatan yang paling ideal untuk penilaian prestasi adalah dengan

menggunakan pelbagai sumber penilai. Cara ini dapat memberikan gambaran

yang lebih menyeluruh tentang prestasi pekerja. Huraikan TIGA (3) daripada

sumber penilaian prestasi.

(9 markah)

c) Nyata dan terangkan secara ringkas TIGA (3) jenis kesilapan yang mungkin

wujud dalam proses penilaian prestasi.

(6 markah)

2

Page 3: P4123 pengurusan

SULIT P4123-PENGURUSAN SUMBER MANUSIA/JAN 08

SOALAN 4

a) Apakah yang dimaksudkan dengan tawar-menawar kolektif menurut Akta

Perhubungan Perindustrian 1967. Terangkan secara ringkas tahap-tahap dalam

suatu proses tawar-menawar kolektif.

(16 markah)

b) Kadangkala, pihak kesatuan sekerja percaya bahawa tindakan langsung yang lebih

agresif perlu diambil untuk mendesak pihak majikan supaya menerima

tuntutannya. Bincangkan secara ringkas tindakan-tindakan agresif yang boleh

diambil oleh kesatuan sekerja apabila mengalami kebuntuan dalam perundingan

dengan majikan.

(9 markah)

3