[PA] Abstrak

2
Abstrak Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengamalan adat resam perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif kajian pertama adalah untuk mengenal pasti jenis adat resam yang diamalkan semasa perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Objektif kajian kedua adalah untuk mengkaji faktor-faktor masyarakat Cina kurang mengamalkan adat resam semasa Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Kajian ini dijalankan di Taman Sentosa, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan juga rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 responden berbangsa Cina di Taman Sentosa. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan faktor-faktor masyarakat Cina kurang mengamalkan adat resam semasa Tahun Baru Cina dan mengenal pasti jenis adat resam Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Sebelum hasil dapatan awal, responden tidak menunjukkan semangat pengamalan adat resam semasa perayaan Tahun Baru Cina. Hasil dapatan akhir pula mendapati masyarakat Cina di Taman Sentosa sentiasa mengamalkan amalan Tahun Baru Cina sehingga melahirkan sifat jati diri yang kukuh dalam diri sendiri mereka kerana mereka sanggup mematuhi adat sepanjang masa Tahun Baru Cina. Sikap ini dapat memupuk sikap tidak lupa akan asal usul diri sendiri dalam kalangan masyarakat di Taman Sentosa. Secara kesimpulan kecil adalah, pengamalan adat resam Tahun Baru Cina merupakan amalan yang sungguh mulia dan berharga. Pendedahan adat

description

djklsdjkl

Transcript of [PA] Abstrak

Abstrak Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengamalan adat resam perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif kajian pertama adalah untuk mengenal pasti jenis adat resam yang diamalkan semasa perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Objektif kajian kedua adalah untuk mengkaji faktor-faktor masyarakat Cina kurang mengamalkan adat resam semasa Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Kajian ini dijalankan di Taman Sentosa, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan juga rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 responden berbangsa Cina di Taman Sentosa. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan faktor-faktor masyarakat Cina kurang mengamalkan adat resam semasa Tahun Baru Cina dan mengenal pasti jenis adat resam Tahun Baru Cina di Taman Sentosa. Sebelum hasil dapatan awal, responden tidak menunjukkan semangat pengamalan adat resam semasa perayaan Tahun Baru Cina. Hasil dapatan akhir pula mendapati masyarakat Cina di Taman Sentosa sentiasa mengamalkan amalan Tahun Baru Cina sehingga melahirkan sifat jati diri yang kukuh dalam diri sendiri mereka kerana mereka sanggup mematuhi adat sepanjang masa Tahun Baru Cina. Sikap ini dapat memupuk sikap tidak lupa akan asal usul diri sendiri dalam kalangan masyarakat di Taman Sentosa. Secara kesimpulan kecil adalah, pengamalan adat resam Tahun Baru Cina merupakan amalan yang sungguh mulia dan berharga. Pendedahan adat resam Tahun Baru Cina perlu dilakukan terhadap generasi kini dengan berkesan agar tidak terhapusnya pada masa depan.