PA MAKSUD PROGRAM LINUS.docx

10
PA MAKSUD PROGRAM LINUS? Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/program-linus- protim.html#sthash.Qzpxn8lu.dpuf DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. DEFINISI NUMERASI

Transcript of PA MAKSUD PROGRAM LINUS.docx

PA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/program-linus-protim.html#sthash.Qzpxn8lu.dpuf

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asasTAHUN 2- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objekTAHUN 3- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUSSemua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru PemulihanKIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihanPROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasiLATAR BELAKANG* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012.(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.Rasional* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).Matlamat LINUS- Celik huruf- Celik nomborStrategi Pelaksanaan Di SekolahProgram LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):Saringan 1 (Mac)Saringan 2 (Jun)Saringan 3 (September)Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai : SELIPAR murid tulis SIPELOCENG ditulis LONCENGSELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan melepaskan murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/program-linus-protim.html#sthash.Qzpxn8lu.dpuf

Satu daripadaNational Key Result Area (NKRA) semua murid yangtidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasaiasas literasi dan numerasiselepastiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.LP menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesandan mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3LP telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan mengadakanwacana intelek dengan pelbagai pihak dalam usaha pengkonsepsiandan perekaan bentuk instrumen2Panduan Dan PengoperasianProgram Literasi Dan Numerasi (LINUS)

Latar Belakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).

Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses SaringanSaringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan PembelajaranModul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan PedagogiMenyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak BerkepentinganProgram dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan MenyeliaPemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat DaerahMerupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.

Objektif

1. Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.2. Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.3. Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.