Pada pendapta kami

download Pada pendapta  kami

of 2

Transcript of Pada pendapta kami

  • 8/2/2019 Pada pendapta kami

    1/2

    Dalam esei ini, kami akan berhujah bahawa melakukan aborsi dalam kes

    kehamilan disebabkan oleh rogol adalah bermoral bagi seperti situasi si mangsa

    kerana akan membahayakan kandungannya dari segi kesihatan, keselamatan dan

    masa depan kandungannya sekiranya si mangsa meneruskan untuk mengadungkan

    fetus tersebut.

    Hal ini kerana, si mangsa adalah seorang wanita yang terencat akal yang

    tidak dapat berfikir secara waras seperti manusia biasa. Beliau juga tidak dapat

    menjaga kesihatan, keselamatan dan masa depan beliau untuk menjalani kehidupan

    sempurna seperti manusia biasa sehingga beliau juga masih dijaga oleh bapa

    kandungnya. Hal ini akan menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku sekiranya

    beliau meneruskan untuk mengandungkan fetus tersebut.

    Oleh hal demikian, fetus tersebut dalam keadaan bahaya dari segi kesihatan

    dan keselamatan kandungannya ketika si mangsa mengandungkan anak tersebut.Oleh hal demikian, kemungkinan kandungannya akan mengalami kecacatan dan

    boleh menghidap pelbagai penyakit seperti kekurangan nutrisi kerana

    kandungannya tidak dijaga dengan sempurna. Selain itu, keberangkalian wanita

    tersebut untuk membunuh kandungannya adalah besar kerana wanita tersebut tidak

    dapat berfikir secara waras seperti manusia biasa.Hal ini seperti si mangsa ingin

    membunuh kandungannya sahaja. Oleh itu, lebih baik melakukan aborsi daripada

    membunuh.

    Hal ini akan menyebabkan, apabila kandungannya lahir ini akan membuatkankandungan akan terbiar tanpa penjagaan yang sempurna oleh penjaga kerana

    ibunya adalah seorang wanita yang terencat akal. Selain itu, anak yang dilahirkan

    juga akan dibuang dan akan terabai kerana keberengkalian bayi yang dilahirkan

    cacat adalah sangat tinggi.

    Oleh hal demikian, bayi yang dilahirkan akan terbunuh sekiranya tidak dijaga

    dengan sempurna oleh ibunya. Ini juga akan membahayakan bayi tersebut dan

    boleh di katakan seperti membunuh. Oleh hal demikian, ia boleh dikatakan lebih baik

    melakukan aborsi daripada meneruskan kandungannya sehingga boleh

    membahayakan kandungannya dan si mangsa.

    Mungkin boleh dibangkangkan bahawa fetus yang dihasilkan melalui

    kehamilan melalui kehamilan akibat rogol sendiri merupakan mangsa yang tidak

    bersalah. Oleh hal demikian, melakukan aborsi adalah salah satu perkara yang tidak

    bermoral kerana kandungannya dan si mangsa boleh di jaga oleh badan-badan

    kerajaan dan badan-badan berkanun ketika si mangsa sedang mengandungkan

    kandungannya. Oleh itu, keselamatan dan kesihatan fetus tersebut akan selamat

    sehingga dilahirkan dan selepas dilahirkan akan dijaga oleh badan-badan kebajikan

    yang sedia ada.

  • 8/2/2019 Pada pendapta kami

    2/2