Pada Suatu Masa Dahulu

3
Pada suatu masa dahulu, ada seekor Kura-kura yang tinggal di sebuah hutan. Pada suatu hari, Kura-kura ternampak sekawan burung berterbangan di udara. Tiba- tiba, hatinya terdetik “ Alangkah seronoknya jikalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu.” Kura- kura berasa cemburu setiap kali melihat burung-burung bebas di udara. Kura-kura selalu termenung memikirkan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sedahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Kura-kura meminta gagak mengajarnya terbang. “Kamu tidak akan boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap,” kata gagak. Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak itu. Namun, Kura-kura tetap tidak berputus asa. Kura-kura yakin bahawa ia akan dapat terbang suatu hari nanti. Tidak lama kemudian, kura-kura dihampiri oleh seekor burung helang. Helang itu sebenarnya sedang mencari makan. Helang pun menyapa Kura-kura. “Dari tadi saya perhatikan kamu sedang termenung. Apakah masalah kamu wahai Kura-kura?” tanya Helang. “Sebenarnya, saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada haiwan yang ingin menolong saya,” kata Kura-kura. “Baiklah Kura-kura,

description

kisah binatang

Transcript of Pada Suatu Masa Dahulu

Page 1: Pada Suatu Masa Dahulu

Pada suatu masa dahulu, ada seekor Kura-kura yang tinggal di sebuah hutan. Pada suatu hari, Kura-kura ternampak sekawan burung berterbangan di udara. Tiba-tiba, hatinya terdetik “ Alangkah seronoknya jikalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu.” Kura-kura berasa cemburu setiap kali melihat burung-burung bebas di udara. Kura-kura selalu termenung memikirkan keinginannya itu.

Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sedahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Kura-kura meminta gagak mengajarnya terbang. “Kamu tidak akan boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap,” kata gagak. Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak itu. Namun, Kura-kura tetap tidak berputus asa. Kura-kura yakin bahawa ia akan dapat terbang suatu hari nanti.

Tidak lama kemudian, kura-kura dihampiri oleh seekor burung helang. Helang itu sebenarnya sedang mencari makan. Helang pun menyapa Kura-kura. “Dari tadi saya perhatikan kamu sedang termenung. Apakah masalah kamu wahai Kura-kura?” tanya Helang. “Sebenarnya, saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada haiwan yang ingin menolong saya,” kata Kura-kura. “Baiklah Kura-kura, saya sudi mengajar kamu terbang,” kata Helang penuh muslihat. “Betulkah kamu mahu mengajar saya terbang? tanya Kura-kura dengan girang. Helang menganggukkan kepalanya. Kura-kura berasa tidak sabar untuk terbang di udara.

Kemudian, Helang pun mencengkam cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Kura-kura

Page 2: Pada Suatu Masa Dahulu

berasa sangat gembira kerana dapat terbang bersama burung-burung lain. Kura-kura dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, Helang yang lapar itu membawa kura-kuar ke suatu tempat. Tiba-tiba, Helang melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang Kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke bumi dan terhempas di atas batu. Cengkerang Kura-kura pun hancur berkecai. Akhirnya, Kura-kura yang malang itu mati. Helang terus memakan Kura-kura dengan gembira.

Moral:

Kita mestilah mengukur keupayaan diri sendiri dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Kita tidak boleh mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kekurangan orang lain.

Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang lain tanpa berfikir terlebih dahulu.

Bersyukur di atas kurniaan Tuhan kepada makhluknya kerana setiap makhluk mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.