PAKAIAN

2

Click here to load reader

description

epic

Transcript of PAKAIAN

Page 1: PAKAIAN

PAKAIAN

Kain kelubung labuh hasil tenunan tangan. Kain ini mempunyai reka corak yang bersegi-segidan berkotak-kotak dalam susunan berjalur. Warna dasarnya hitam, menakala coraknya pula bewarna merah. Ia dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis perkahwinan. LelakiBajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

JUADAH ISTIMEWA KAUM BAJAU

Antara makanan tradisional suku kaum Bajau yang dihidangkan ketika perkahwinan ialahkima, sagol atau senagol, putu dan tompek. Kima adalah nama sejenis kerang laut danterdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecildan menyelit di celah-celah permukaan batu). Manakala

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenago

l juga mempunyai makna Kata Nama iaitu'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisionalyang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnyaikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit.Putu pula ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya laludimasak secara stim. Akhir sekali, tompek pula ialah makanan yang berupa ubi kayu yangdiparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga berwarna kekuning-kuningan.

AMALAN YANG DILAKUKAN KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN

Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai danRunsai. Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud. TarianLimbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buatsementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacarakhas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dankabul. Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan. Kumpulan muzik ini mengandungienam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,duaorang pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil. Tarian inimengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang danmengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian tradisionalsuku kaum Bajau di Kota Belud. Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelahmalam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua wanita.Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua keratyang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

PANTANG LARANG DALAM MELAKSANAKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larangkaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Inikerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yangmelanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik.Pada kebiasaannya

Page 2: PAKAIAN

mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam,kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadimurah.Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam perkahwinan Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat(saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinansesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabatmereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrabatau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itudianggap sumbang dan panas serta akan mendatangkan sial.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, setiap suku kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai keunikandan keistimewaan tersendiri. Bersama-sama kita memeliharanya agar tidak lekang dek panas,tidak lapuk dek hujan.