PAKEJ UMRAH 13H11M - MASUK MADINAH MELALUI JEDDAH - 11MAR.doc

7
Warisan Setia Leisure And Services Sdn. Bhd. (1112044-D) No. 20-2, Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue, Off Jln 34/26, Taman Sri Rampai, Setapak, PAKEJ UMRAH 13H/11M PENERBANGAN EMIRATES HARI – 01 ( RABU, 11MAC ) KUALA LUMPUR-DUBAI ( EK 345, 1100/1430 ) DUBAI-JEDDAH ( EK 803, 1630/1830 ) JEDDAH-MADINAH ( BAS ) 08.00 pagi Semua jemaah dikehendaki berada di airport sekurang- kurangnya 3jam sebelum berlepas. 11.00 pagi Berlepas ke Dubai dengan pesawat EMIRATES. 02.30 petang Tiba di Dubai. Transit sekitar 2jam. 04.30 petang Bertolak ke Jeddah. 06.30 malam Tiba di Jeddah. Wakil syarikat dan wakil muassasah akan menyambut ketibaan jemaah dan dibawa ke Madinah dengan bas. Perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam. Makan malam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk makan di perhentian di tengah jalan. HARI – 02 ( KHAMIS, 12MAC ) MADINAH 12.30 pagi Tiba di Madinah. Wakil syarikat dan wakil muassasah akan menyambut ketibaan jemaah dan dibawa terus ke hotel untuk berehat. Sarapan di hotel. Jemaah boleh melakukan ziarah dalam, secara bersendirian atau diiringi wakil kami, iaitu menziarahi maqam Rasulullah S.A.W., dan maqam para sahabat R.A dan raudhah. Aturcara bebas di sebelah petang.

Transcript of PAKEJ UMRAH 13H11M - MASUK MADINAH MELALUI JEDDAH - 11MAR.doc

PAKEJ UMRAH 13H/11M

PENERBANGAN EMIRATESHARI 01 ( RABU, 11MAC )

KUALA LUMPUR-DUBAI ( EK 345, 1100/1430 )

DUBAI-JEDDAH ( EK 803, 1630/1830 )

JEDDAH-MADINAH ( BAS )

08.00 pagiSemua jemaah dikehendaki berada di airport sekurang-kurangnya 3jam sebelum berlepas.

11.00 pagiBerlepas ke Dubai dengan pesawat EMIRATES.

02.30 petangTiba di Dubai. Transit sekitar 2jam.

04.30 petangBertolak ke Jeddah.

06.30 malamTiba di Jeddah. Wakil syarikat dan wakil muassasah akan menyambut ketibaan jemaah dan dibawa ke Madinah dengan bas. Perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam. Makan malam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk makan di perhentian di tengah jalan.

HARI 02 ( KHAMIS, 12MAC )

MADINAH

12.30 pagiTiba di Madinah. Wakil syarikat dan wakil muassasah akan menyambut ketibaan jemaah dan dibawa terus ke hotel untuk berehat.

Sarapan di hotel. Jemaah boleh melakukan ziarah dalam, secara bersendirian atau diiringi wakil kami, iaitu menziarahi maqam Rasulullah S.A.W., dan maqam para sahabat R.A dan raudhah.

Aturcara bebas di sebelah petang.

HARI 03 ( JUMAAT, 13MAC )

MADINAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas.

HARI 04 ( SABTU, 14MAC )

MADINAH

Sarapan di hotel. Selepas itu jemaah dibawa melakukan ziarah luar seperti Masjid Quba, Ladang Kurma, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan ke pasar Kurma sekiranya tidak ke Ladang Kurma.

HARI 05 ( AHAD, 15MAC )

MADINAH-MEKAH

Semasa turun untuk solat Suboh, jemaah diminta membawa barang-barang dan diletakkan di lobi. Jemaah kemudiannya ke Masjidil Nabawi untuk menunaikan ziarah Wada dan akan berangkat ke Mekah selepas itu. Di dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali (Miqat Zul Hulaifa) untuk berniat Umrah serta Solat Sunat Ihram.

Setiba di Mekah jemaah dibawa terus ke Hotel untuk berehat dan makan sementara menunggu Mutawif yang akan mengiringi jemaah ke Masjidil Haram bagi menyempurnakan rukun Umrah iaitu, Tawaf, Saei danTahallul.

HARI 06 ( ISNIN, 16MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas.

HARI 07 ( SELASA, 17MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Selepas itu, jemaah dibawa melawat Jabal Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzalifah, Mina, Jabal Nur sebelum ke Miqat Jaaranah ( Masjid Jame Jaaranah ) untuk berniat Umrah serta Solat Sunat Ihram bagi sesiapa yang hendak membuat Umrah Sunat ( kali kedua ).

HARI 08 ( RABU, 18MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas.

HARI 09 ( KHAMIS, 19MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas. ( Umrah ke Hudaibiyah )

HARI 10 ( JUMAAT, 20MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas.

HARI 11 ( SABTU, 21MAC )

MEKAH

Sarapan di hotel. Aturcara bebas. Jemaah boleh berangkat ke miqat Tanaim untuk niat umrah.

HARI 12 ( AHAD, 22MAC )

MEKAH JEDDAH

JEDDAH - DUBAI ( EK 806, 1105/1440 )

DUBAI-KUALA LUMPUR ( EK 344, 2145/0850 )

Selepas tengah malam, jemaah diminta bawa turun barang-barang yang telah dikemas dan diikat dengan rapi ke lobi dan jemaah boleh pergi melakukan Tawaf Wada. Sekitar pukul 4 pagi bergerak ke Jeddah, untuk ke Lapangan Terbang.

06.00 pagiCheck in di Lapangan Terbang sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas.

11,05 pagiBertolak ke Dubai.

02.40 petangTiba di Dubai. Transit di Dubai sekitar 7 jam. Jika mahu, jemaah boleh keluar ke Bandaraya Dubai untuk menikmati pemandangan di sana.

09.45 malamBertolak ke Kuala Lumpur.

HARI 13 ( ISNIN, 23MAC )

KUALA LUMPUR

08.50 pagiDijangka tiba di KLIA.

### Aturcara tertakluk kepada perubahan

HARGA PAKEJ :

HARIBERTOLAKTARIKHPAKEJ BIASA

FAIROZ SEASON (MED) *DALLAH HOTEL (MEK) *

2 SEBILIK3/4 SEBILIK

RABU11 MACRM 6,900.00RM 6,400.00

* atau hotel yang setaraf.

* harga tertakluk kepada perubahan ( mengikut kadar semasa bayaran tiket penerbangan, hotel dan pertukaran matawang )

HARGA PAKEJ TERMASUK :

Tiket penerbangan EMIRATES ( EK ) kelas ekonomi pergi dan balik.

Cukai Lapangan terbang.

Pengangkutan untuk transfer terminal ke terminal, airport ke hotel, Madinah ke Mekah, Mekah ke Jeddah dan lawatan sekitar Madinah dan Mekah.

Penginapan hotel yang disenaraikan atau setaraf untuk bilangan malam seperti dinyatakan di dalam aturcara.

Makan pagi, tenghari dan malam Khidmat Mutawif.

Beg galas dan beg silang.

Buku panduan Umrah. Air zam-zam 5 liter seorang.HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK :

Khidmat porter di mana-mana airport.

( Kebiasaannya untuk melancarkan urusan check in barang-barang, agar tiada yang dikenakan caj lebihan muatan, syarikat akan melakukan kutipan sekitar SR10/seorang atau lebih, bergantung kepada persetujuan jumlah yang perlu dibayar kepada ketua porter tersebut)

Bungkusan ( kotak dan plastic bungkusan air zam-zam selain yang disediakan oleh syarikat )

Syarat-syarat pendaftaran umrah :

Deposit sebanyak RM 1,000. Bank akaun syarikat WARISAN SETIA LEISURE AND SERVICES SDN BHD. CIMB NO. 8602127779, cawangan Pandan Indah. Pasport antarabangsa sahlaku melebihi 6 bulan ke atas 4keping gambar visa ( ukuran 4 x 6 cm , berlatarbelakang putih )

Pengesahan suntikan meningococcal meningitis ACWY 135

Salinan kad pengenalan

Salinan surat beranak

Salinan surat nikah ( bagi pasangan suami isteri )

Bayaran penuh dan semua dokumen hendaklah diserahkan antara 45-30 hari

sebelum hari keberangkatan.

PENGAKUAN PESERTA1. Bahawa saya akan mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh pihak WARISAN SETIA LEISURE AND SERVICES SDN. BHD.

2. Saya faham bahawa kelulusan untuk permohonan visa tidak boleh dijamin oleh syarikat WARISAN SETIA LEISURE AND SERVICES SDN. BHD. dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negara Saudi.

3. Saya bersetuju sekiranya saya membatalkan penyertaan saya di dalam pakej, caj pembatalan boleh dikenakan ke atas saya.

4. Bahawa saya faham bahawa sebarang pindaan di dalam jadual perjalanan pakej umrah boleh melibatkan perubahan kos.

5. Bahawa saya bertanggungjawab ke atas dan bersetuju membayar kos muatan barang-barang melebihi had yang ditetapkan syarikat penerbangan.

6. Saya bersetuju bahawa syarikat WARISAN SETIA LEISURE AND SERVICES SDN. BHD tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala perbelanjaan tambahan sekiranya saya sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital luar Negara atau menggunakan stretcher ketika penerbangan balik.

7. Bahawa saya bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau tuntutan ganti rugi ke atas perkara yang berlaku seperti kelewatan, kehilangan diri dan bagasi, kebakaran , kemalangan dan perkara-perkara yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan dan seumpamanya yang boleh dialami semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah dan semasa dalam penerbangan balik sama ada melibatkan kecederaan tubuh badan atau harta benda.

8. Bahawa saya telah dinasihati agar mengambil insurans perjalanan untuk menampung kemungkinan keperluan kecemasan dan keputusan untuk mengambil atau tidak ialah atas pertimbangan diri saya sendiri.

9. Perubahan harga mengikut masa ke semasa

10. Pembatalan Pakej Umrah di saat-saat akhir tiada pemulangan wang.

Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat di atas: ..

(Tandatangan/ cop ibu jari kanan pemohon)

Nama pemohon :

No. K/P :Cop Rasmi WARISAN SETIA LEISURE AND SERVICES SDN. BHD Nama Petugas yang menerima pendaftaran

Tarikh terima: