Pam Hidraulik

13

Click here to load reader

description

Pam Hidraulik

Transcript of Pam Hidraulik

PAM

PAM HIDRAULIKJenis-Jenis Pam, Komponen-Komponen Pam dan Ciri-Ciri Pam

Pam terpaksa mengatasi rintangan aliran di dalam litar tetapi tidak menghasilkan tekanan.2 jenis kumpulan asas pam iaitu: 1.

Pam Sesaran Tak Positif2.

Pam Sesaran PositifA. PAM SESARAN TAK POSITIFPAM EMPAR

Penghantaran pam tersebut berkurangan apabila tekanan yang melawan operasi bertambah. Sekiranya bahagian nyahcas pam empar dihadang sepenuhnya, pam akan tegun dan penghantaran akan menurun ke sifar. Pam empar bersama-sama dengan cirri-ciri operasi ditunjukkan dalam rajah.

Putaran pendesak telah menyebabkan bendalir disedut masuk melalui liang kemasukan dan mengalir ke liang keluaran akibat dari daya emparan.B. PAM SESARAN POSITIF Mengikut teori ia memindah satu isipadu bendalir yang tetap sepusingan dengan syarat tiada penglibatan kawalan secara didalam pam tersebut.

Jika bahagian keluaran sesebuah pam anjakan positif dihadang, tekanan penghantaran akan bertambah dengan cepat ke satu nilai yang menyebabkan pam mengalami kerosakan mekanik.

Banyak digunakan sebagai pam utama dalam litar hidraulik.

2 kategori utama:

(i)Jenis Putaran

(ii)SalinganPAM PUTARANPam Gear Kepersisan Dengan Gear Luaran

Ia mengandungi sepasang/ beberapa pasang gear paling sirat bentuk luaran yang bekerja di dalam perumah dengan kelegaan yang sangat kecil diantara hujung-hujung gigi dan garis pusat dalam perumah. Hujung plat yang sama ada tekanan atau pegas berbeban, mengendapkan permukaan gear.

Gear-gear lurus boleh digunakan sehingga tekanan lebih kurang 210 bar, tetapi cenderung menjadi bising. Peringkat kebisingan boleh dikurangkan dengan menggunakan gear heliks, tetapi disebabkan oleh kesukaran kedap, kecekapan isipadu berkurang dan seterusnya unit-unit tersebut mempunyai tekanan operasi maksimum yang lebih rendah.i. Keratan gear ditunjukkan di dalam rajah.ii. Sesaran pam berjulat 0.2 ke 400 cm3 seputaran dan kelajuan 500 ke 600 put/min.

Pam Gear Dalaman Dengan Kedapan Bulan Sabit. Dipacu oleh gear luaran, pusat gear ini diofset ke satu arah dan berbentuk bulan sabit tetap terletak diantara masukkan dan keluaran pam yang bertindak sebagai elemen pengendap. Semasa gigi keluar dari siratan zon sedutan terbina. Oleh kerana keadaan ini teragih kepada beberapa gigi, halaju aliran dan seterusnya kebisingan ternyata lebih mudah dari pam gear luaran biasa. Panjang zon sedutan dan tekanan pam gear dalaman adalah lebih kurang tiga kali lebih besar daripada pam gear luaran. Pam gear dalam jenis kedapan bulan sabit boleh didapati untuk tekanan sehingga 100 bar dan kadar alir sehingga 200 1/min. Dengan menggabungkan 2/lebih gear dalam sesiri, tekanan kerja menjadi lebih tinggi (300 bar dengan kadar alir 125 1/min.Pam Gear Dalaman - Jenis Pemutar Terjana (Gerotor) Kebuk pengepaman terdiri daripada gear dalaman dan luaran yang saling menyirat. Bilangan gigi luaran adalah kurang satu daripada gear dalam dan pusat gear diofset kira-kira separuh kedalaman gigi. Sedutan dan penghantaran berlaku pada beberapa gigi sama seperti pam gear dalaman jenis bulan sabit. Operasi pam ini lebih senyap daripada pam gear luaran. Pam ini juga sangat bertoleransi terhadap kotoran.

Pam Ram Mudah Mempunyai pemutar beralun yang membolehkan ram menggelongsor masuk dan keluar secara jejarian. Pemasangan pemutar dicagak secara sipi di dalam perumah gelang dan dan muka hujung dikedap dengan plat.

Apabila pemutar berputar, isipadu yang terperangkap di antara bilah berdekatan dan gelang akan berubah dan menghasilkan tindakan pengepaman.

Ram ditolak keluar oleh daya empar ke gelang dan daya ini diperkuat lagi dengan minyak bertekanan bertindak di bahagian bawah ram, meningkatkan ciri kedapan.

Pam ram mempunyai kelajuan operasi minimum sekitar 600 put/min.Pam Ram Terimbang Jika lingkaran pam ram berbentuk oral, ram bersaling dua kali setiap satu putaran pemutar, dan ini menghasilkan dua tindakan pengepaman seputaran. Tindakan kembar ini mempunyai kelebihan kerana daya tekanan pada pemutar diimbangi. Dikenali sebagai Pam Ram Terimbang dan ditunjukkan dalam rajah. Menggunakan prinsip Intra Ram . Minyak bertekanan di masukkan di bahagian bawah ram sedemikian rupa agar daya maksimum berlaku ke atas ram apabila ram bertekanan tinggi. Ini mengurangkan kehausan dan memanjangkan hayat pam.

Pam Ram Anjakan Boleh Ubah

Kaedah kawalan biasa dikenali sebagai pemampasan tekanan yang digunakan untuk melawan gerakan ini dengan bantuan pegas.

Apabila tekanan berambah pegas akan termampat dan aliran pam akan berkurangan.

Penghenti berskru boleh laras akan menghadkan penghantaran maksimum dan minimum.

Sebahagian pam ram boleh ubah, pegas boleh digantikan dengan injap kawalan tekanan dan omboh. Apabila tekanan sistem mencapai nilai yang ditetapkan pada injap pengwal, omboh akan memusatkan gelang dan pemutar dan akan mengurangkan anjakan pam ke sifar.

( b )PAM SALINGAN Banyak digunakan pada sistem dengan tekanan operasi melebihi atau sama dengan 140 bar. Ciri utama adalah kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi. Penting apabila aliran malar tanpa bergantung kepada perubahan tekanan diperlukan. Tiga jenis utama pam hidraulik berbilang omboh iaitu:

(i)Sepaksi

(iii)Pelocok Sebaris

(ii)JejarianPam Omboh Sepaksi

Terdiri daripada beberapa omboh yang disalingkan oleh putaran realtif plat condong atau dengan mencondongkan blok omboh berbanding dengan aci pacuan. Omboh digunakan untuk mengepam bendalir dari liang sedutan ke liang hantaran. Rajah dibawah menunjukkan elemen kerja pam omboh paksi dengan plat injap beralur untuk mengalirkan bendalir. Plat condong akan menyebabkan omboh tersaling dan tidak berputar. Menggunakan prinsip pam omboh sepaksi hantaran dimana jika jika kecondongan plat condong melepasi sudut condong sifar maka arah aliran akan dibalik walaupun arah putaran aci putaran masih tetap tidak berubah.

Pam Omboh Jejarian

Mempunyai omboh yang dicagakkan secara jejarian dalam perumah utama dan bebanan pegas keatas galas sipi pada aci pacuan. Mempunyai omboh diblok yang berputar di dalam gelang sipi. Bendalir dialirkan melalui aci tengah atau engsel dan kadar alir berubah boleh dihasilkan dengan mengubah kesipian gelang. Terdiri daripada omboh besar bertekanan rendah dan omboh kecil bertekanan tinggi yang tersaling pada kesipian yang sama untuk penggunaan pada penekan bagi menghasilkan gerakan dengan kelajuan tinggi bertekanan rendah dan diikuti oleh operasi kelajuan rendah tetapi bertekanan tinggi.

Pam Pelocok

Omboh disusun sebaris di atas aci sesendol khusus yang terdiri daripada aci yang membawa beberapa galas penggolek sipi.

Bendalir akan masuk dan keluar silinder melalui injap pope bebanan pegas.

Keluaran pam pelocok tidak boleh dibalik dan mempunyai hantaran tetap.

Mempunyai kecekapan isipadu yang tinggi dan bertekanan melebihi 1000 bar.

PAGE 1