Pamplet spsk 2015

2
“JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG” Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Kerja Berkualiti Kecemerlangan Pasti KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI 1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku; 2. Kajian semula yang berterusan ke atas proses- proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan; 3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati “prinsip betul pertama kali dan setiap kali”; 4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan 5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan. DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana (memimpin) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Berkualiti: Perkhidmatan (output) memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder. CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI 1. Penambahbaikan berterusan. 2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan. 3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan. 4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan. 5. Memastikan keberkesanan latihan. 6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti. 7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti. SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4 40604 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Talian Telefon : 03-55186201 Talian Faks : 03-55107299 LAMAN WEB SPSK :- jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3 E-MEL [email protected]

description

SPSK

Transcript of Pamplet spsk 2015

  • JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG

    Sistem Pengurusan

    Sekolah Kualiti (SPSK)

    Kerja Berkualiti

    Kecemerlangan Pasti

    KELEBIHAN

    PENGURUSAN BERKUALITI

    1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan

    terhadap pencegahan dan bukan mengatasi

    masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku;

    2. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-

    proses yang kritikal dan membuat tindakan

    pembetulan;

    3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan

    menepati prinsip betul pertama kali dan setiap

    kali;

    4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur

    yang didokumenkan; dan

    5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk

    membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

    DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI

    Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan

    aktiviti seperti merancang, mengelola,

    melaksana (memimpin) dan mengawal

    pelaksanaan program-program atau tindakan

    bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    Berkualiti: Perkhidmatan (output) memenuhi

    kehendak pelanggan dan stakeholder.

    CIRI-CIRI

    PENGURUSAN BERKUALITI

    1. Penambahbaikan berterusan.

    2. Penekanan yang lebih kepada peranan

    pengurusan atasan.

    3. Mengambil kira keperluan undang-undang

    dan peraturan.

    4. Objektif yang boleh diukur pada setiap

    peringkat dan fungsi yang berkaitan.

    5. Memastikan keberkesanan latihan.

    6. Analisis data bagi tujuan pengukuran

    pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.

    7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan

    pencapaian sebagai pengukuran pencapaian

    objektif kualiti.

    SEKTOR JAMINAN KUALITI

    JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

    Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4

    40604 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Talian Telefon : 03-55186201

    Talian Faks : 03-55107299

    LAMAN WEB SPSK :-

    jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3

    E-MEL

    [email protected]

  • VISI

    Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

    MISI

    Membangun Potensi Individu

    Melalui Pendidikan Berkualiti

    SLOGAN

    JABATAN PELAJARAN SELANGOR TERBILANG

    DASAR KUALITI

    Jabatan Pelajaran Selangor bertekad untuk

    memastikan sistem pengurusan perkhidmatan

    pendidikan dilaksanakan secara profesional,

    efisien dan berkualiti bagi memenuhi kehendak

    dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini

    melibatkan kerja sepasukan, kajian semula

    pengurusan dan proses penambahbaikan yang

    dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

    LATAR BELAKANG

    PROGRAM SPSK

    MATLAMAT PROGRAM SPSK

    1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar

    memperoleh Tawaran Baru (Baiah) setiap

    tahun.

    2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster

    Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi.

    3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7

    menjelang 2015 di Selangor kecuali sekolah yang

    baru dibuka.

    4. Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit

    Berteguran menjelang tahun 2015.

    5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor

    mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti

    Berasaskan MS ISO 9000 menjelang tahun 2015.

    PK01 Pengurusan Panitia

    PK02 Pengurusan Jadual Waktu

    PK03 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran

    PK04 Pengurusan Pencerapan

    PK05 Pengurusan Peperiksaan

    PK06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

    PK07 Pengurusan Mesyuarat

    PK08 Pengurusan Bimbingan

    PK09 Pengurusan Pusat Sumber

    PK10 Pengurusan Perkembangan Staf

    PK11 Pengurusan Aduan Pelanggan

    PK12 Pengurusan Maklum Balas Pelanggan

    PK13 Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti

    PK14 Pengurusan Audit Dalam

    PK15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur

    PK16 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

    PK17 Pengurusan Perolehan

    PK18 Pengurusuan Pembelajaran dan Pengajaran Guru Ganti

    PK19 Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    PK20 Pengurusan Data

    PK21 Pengurusan Program

    PROSEDUR KUALITI (PK)

    SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

    SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan

    Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK

    adalah pemantapan dari segi pengurusan dan

    pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran

    yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor.

    SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur

    kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat

    menyediakan semua sekolah di negeri Selangor

    ke arah sekolah bertaraf dunia.

    OBJEKTIF SPSK

    1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara- parkara yang di luar kawalan sekolah.

    2. Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.

    3. Memastikan 100 % murid sekolah di negeri Selangor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.

    4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan, tanpa teguran audit.