Panasonic memperkenalkan Bateri Sel Kering ‘EVOLTA’ · PDF filePanasonic...

download Panasonic memperkenalkan Bateri Sel Kering ‘EVOLTA’ · PDF filePanasonic memperkenalkan Bateri Sel Kering ‘EVOLTA’ ... kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu.

If you can't read please download the document

Transcript of Panasonic memperkenalkan Bateri Sel Kering ‘EVOLTA’ · PDF filePanasonic...

  • 1

    Untuk Siaran Segera

    Panasonic memperkenalkan Bateri Sel Kering EVOLTA Bateri Alkali Panasonic Bateri Jangka Hayat Tahan Lama di dunia

    Subang Jaya, 3 Disember 2010 Panasonic Malaysia Sdn Bhd peneraju pasaran produk elektrikal dan elektronik akan melancarkan rangkaian penuh bateri Alkali EVOLTA yang telah memecah kesemua rekod bateri lain dari segi jangka hayat penggunaan bateri.

    Bateri EVOLTA Panasonic boleh didapati dalam lima jenis iaitu AA, AAA, C,D dan 9Volt yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis peralatan.

    Panasonic mempunyai sejarah yang lama dalam pengeluaran bateri sejak tahun 1918 dan kini telah mengeluarkan 150 bilion bateri pelbagai jenis. Dengan pengalaman dan

    kebolehan dalam teknologi bateri Panasonic, kami mempertingkatkan lagi inovasi teknologi pengeluaran bateri dan mengeluarkan bateri EVOLTA. Pada tahun 2008 bateri AA EVOLTA Panasonic telah menerima anugerah bateri tahan lama No.1 di

    dunia yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness untuk prestasi tinggi (tahan lama) berbanding bateri-bateri lain dalam penggunaan peralatan salir penggunaan rendah ke tinggi. menurut Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd.

    Nama EVOLTA yang berasal dari perkataan evolution atau evolusi dan voltage atau voltan, menggambarkan kemajuan dan kebolehan teknoloji bateri Panasonic dari segi

    struktur bateri, bahan serta proses pembuatan. Prestasi* rangkaian bateri EVOLTA lebih tahan lama daripada bateri Alkali biasa.

    Namun begitu, prestasi bateri Alkali EVOLTA adalah 20% lebih tahan lama. *vs Alkali Panasonic 2009. Purata mod nyahcas International Electrotechnical Commission (IEC)

  • 2

    Struktur terbaru bateri-bateri EVOLTA menyediakan ruang dalam yang lebih sekaligus

    menyediakan tempat simpanan yang lebih besar untuk bahan aktif dan meningkatkan ketahanan kuasa dengan menggunakan teknologi ketahanan untuk kontena silinder.

    Bahan aktif yang baru telah diperbaharui untuk cathode (manganesedioxide dan oxy-hydroxide titanium) dan salutan (anod/ zink) yang memudahkan reaksi kimia yang meningkatkan prestasi optimum.

    Untuk memaksimumkan reaksi kimia dalam bateri ini, Panasonic telah meningkatkan proses pembuatan menjadi lebih serata semasa kemasukan dan kepadatan bahan

    aktif dalam bateri. Hasilnya, bateri EVOLTA dapat menjana prestasi kuasa yang tinggi dalam pelbagai peralatan aplikasi rendah seperti alat kawalan jauh televisyen hingga ke penggunaan aplikasi tinggi seperti kamera digital sekaligus menjadikan kebolehan

    dan daya ketahanan kuasa bateri yang tinggi ini untuk jangka masa yang lama pada pelbagai penggunaan peralatan.

    Pada masa ini, walaupun kebanyakkan penggunaan peralatan mudah-alih yang terdapat di pasaran dijanakan dari bateri yang boleh dicas semula, pengguna-pengguna produk elektronik masih bergantung dengan penggunaan bateri alkali biasa

    untuk kuasa. Rangkaian bateri EVOLTA kami yang sesuai untuk segala aplikasi boleh memenuhi keperluan kuasa peralatan elektrik/elektronik pada masa kini disamping memuaskan permintaan tinggi pengguna untuk bateri tahan lama. tambah Jeff.

    Di Asia, EVOLTA telah menerajui pasaran di negara Thailand sebanyak 83% manakala EVOLTA menguasai sepenuhnya pasaran di negara Jepun. Di Malaysia

    pula, jumlah pasaran bagi kedua-dua jenis bateri manganese dan alkali terletak pada tahap 30% manakala rangakaian EVOLTA pula masih lagi diperingkat awal dan kami harap dengan pelancaran ini dapat mencapai pertumbuhan dari 10% ke 20%.

  • 3

    Penghasilan rangkaian bateri EVOLTA adalah respon Panasonic kepada evolusi produk yang menggunakan kuasa bateri tahan lama dan juga permintaan pengguna.

    Dengan adanya produk ini dalam pasaran secara berterusan, Panasonic akan terus menjamin kemudahan dan keselesaan pengguna seluruh dunia.

    Harga untuk rangkaian siri produk EVOLTA adalah seperti berikut: Model Saiz Voltan Pc/Pek HJR (RM)/Pek

    LR20EGM/2B D 1.5 2 11.50 LR14EGM/2B C 1.5 2 9.50

    LR6EGM/2B AA 1.5 2 6.20

    LR03EGM/4B AAA 1.5 4 11.50 6LR61EGM/1B 9V 9 1 9.90

  • 4

    Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd

    Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio

    visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran System professional, System perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic

    boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.

    Untuk siaran akhbar dan gambar, sila muat turun daripada www.pmpressroom.com Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Penjenamaan

    Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 019 217 2730 Emel: [email protected] Mazlee Mokhtar Eksekutif Senior,Komunikasi Korporat Penjenamaan Tel: 03 7809 7877 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 019-383 7164 Email: [email protected]

    Perhubungan Produk: Lim Ping Nian Eksekutif Pemasaran, Bahagian Produk Tenaga Tel: 03 7809 7652 Mobil: 016 408 9656 Email: [email protected]

    ###