Pandangaan ulama

download Pandangaan ulama

If you can't read please download the document

  • date post

    06-Aug-2015
  • Category

    Education

  • view

    53
  • download

    11

Embed Size (px)

Transcript of Pandangaan ulama

  1. 1. KANDUNGANHALAMAN PENGANTAR v PENDAHULUAN vii PENGHARGAAN ix 1. POLITIK DAN KAEDAH PERBANDINGAN 1 Y.Mansoor Marican ` 2. POLITIK PERBANDINGAN 14 Y.Mansoor Marican 3. PERHUBUNGAN ANTARABANGSA 24 Khaw Guat Hoon 4. PENTADBIRAN AWAM 43 jon S. T. Quah 5. FALSAFAH POLITIK 90 K.Ramanathan 6. PEMIKIRAN POLITIK ISLAM 111 Mohd Kamal Hassan 7. POLITIK MALAYSIA Diane K.Mauzy_ s.ANTROPOLOGI POLITIK 159Zuraina Majid9. PEMASYARAKATAN POLITIK O. K. Hutheesing dan Lim Lin Lee10. EKONOMI POLITIK H. G. Mannur
  2. 2. 6PEMIKIRAN POLITIK ISLAM Mohd Kamal HassanAndaikata Islam ialah agama yang hanya memberi perhatian kepada soal-soal kerohanian sahaja,tentu sekali kita tidak bo- leh mengharapkan penganu t-p enganu tnya melahirkan-pemikir- an yang serius tentang konsep-konsep politik Islam.Ke- nyataannya ialah bahawa semenjak zaman pemerintahan Nabi-Muhammad di Madinah dan Khalifah Rashidun sampai ke hari ini,orang Islam terutama pemikir-pemikimya tidak pemah berhenti membicarakan tentang pemerintahan negara menurut ajaran-ajaran Islam.Sifat agama Islam sebagai satu panduan hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan - moral,rohaniah,ekonomi,kemasyarakatan,kebudayaan,pemerintahan di peringkat individu dan masyarakat -~men- jadi penggerak kepada semua jenis pemikiran kemasyarakatan dalam sejarah Islam.Perlaksanaan ajaran-ajaran kemasyara- katan,ekonomi dan pemerintahan Islam oleh Nabi Muham- mad,sebagai utusan Allah yang terakhir dalam. ~.sejarah ke- rasulan manusia,di Madinah selama sepuluh tahun dengan jelas menunjukkan betapa soal-soal pemerintahan dan tata- negara adalah sebahagian yang paling penting daripada ruang lingkup agama Islam yang begitu luas.Ciri agama Islam yang menuntut kesatuan antara agama" dan negara",ibadat dan pemerintahan,kepentingan individu dan kepentingan ummah (community) - ringkasnya antara tuntutan duniawi dan tun- tutan ukhrawi - diakui bukan sahaja oleh sarjana-sarjana Islam tetapi juga oleh tokoh-tokoh Barat yang mengkaji Islam seperti H. A. R.Gibb,Louis Gaxdct,Wilfred C.Smith,von Grunebaum,Kenneth Cragg,Montgomcry Watt dan E. I._].Rosenthal.Tokoh-tokoh pemikiran politik Islam_ dari Al-Mawardi (364-450H/991-1031M),melalui Al-Ghazali (450-50lH/1058-111
  3. 3. 1111M) sampai ke Ayatollah Rohullah Khomeini,menyedari akan 'betapa perlunya nilai-nilai dan norma-norma Islam me- ngenai pemerintahan dan ketatanegaraan dicatatkan dalam sejarah,kerana hanya dengan demikian kesatuan tadi akan tercapai sebagaimana yang dicontohi oleh Nabi Muhammad dan Khalifah-khalifahnya.Namun jurang antara kenyataan dan tuntutan yang unggul itu sentiasa menjadi masalah ke- pada pemikir-pemikir politik Islam dari dahulu sampai se- karang.Walau bagaimanapun tuntutan yang unggul itu tetap disanjung tinggi sebagai satu visi yang perlu dipenuhi biar betapa besar pun rintangan-rintangan yang perlu dihadapi.Ke- kalnya visi yang unggul itu menjadi faktor yang penting da- lam . penerusan tema pokok pemikiran politik Islam,meski- pun tempat dan masa telah mengalami berbagai bentuk peru- bahan.Tema pokok itu ialah pemerintahan adalah amanah daripada Allah yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk mendaulatkan Syari'ah Allah di bumi demi untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat;dan Nabi Mu- hammad dalam hal ini adalah contoh yang paling baik untuk seluruhmanusia._Intisari Teori Politik Islam TradisiTeori politik Islam tradisi,pada dasamya,ialah pemikiran ahli-ahli (fiuqahcY) Islam mengenai Khilafah (caliphate) atau [mamah (kepirnpinan),iaitu pemerintahan yang dijalankan oleh khalzfah-khalzfah (pengganti-pengganti Nabi Muham- mad) sebagai imam-imam (pemimpin atau ketua) yang me- mimpin ummah Islam sesuai dengan tuntutan-tuntutan Sya- Wah keseluruhan panduan hidup dan hukum-hukum Allah yang berdasarkan kepada Al-Qufan dan Sunnah (tradisi wa- risan Nabi Muhammad). Kedaulatan yang mutlak dalam teori politik Islam ialah hak Allah sahaja.Khalifah-khalifah memikul amanah dari Allah untuk melaksanakan Syarilah,mempertahankan kesu- cian agama dari sebarang penyelewengan,mempertahankan negara dan ummah dari serangan musuh dan menjaga supayaummah dapat betul-betul hidup dengan berpandukan Syari'ah untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Ummah al-Islam ialah masyarakat baru yang mula-mula112
  4. 4. dibentuk oleh Nabi Muhammad atas dasar keimanan kepada Allah yang mengatasi batas-batas ras,kabilah,keluarga dan geografi.Konsep ummah sebagai persaudaraan Islam sejagat dan geografi.Konsep ummah sebagai persaudaraan Islam se- jagat dan Shariah sebagai panduan hidup yang abadi dan uni- versal adalah dua faktor yang menyatukan orang-orang Islam dalam sejarahnya. Dalam tulisan-tulisan fuqaha' mengenai Khilafah segala tugas-tugas khalifah diperincikan.Beliau ialah pembela agama Allah,pelaksana keadilan,pemimpin dalam peperangan dan juga dalam sembahyang.Pegawai-pegawai yang dilantiknya,seperti wazir (menteri), _ qadi (kadi) dan amir (pemerintah wilayah) biasanya menjalankan tugas-tugas itu atas nama per- wakilan (delegation) daripada khalifah. Khilafah,sebagai satu sistem politik yang penting dalam Islam,bukan saja didasarkan kepada pemerintahan para Khulzifa" Rcishidzln (Abu Bakar,'Umar,'Uthman,'Ali),te- tapi kepada Al-Quran.Ayat 30 dalam Surah Al-Baqarah me- nunjukkan bahawa ianya berpunca dari Allah dan ayat 26 dalam Surah Sad menekankan tugasnya sebagai hakim an- tara manusia.Dalam tradisi Islam,Khuldfa Rshidzfn sahaja- lah yang dianggap sebagai Khalifah-Khalifah dalam ertikata yang sebenar.Sesudah mereka immah atau Khilafah yang unggul itu telah diubah menjadi mulk (pemerintahan beraja yang mutlak),satu penyelewengan yang amat dikesali oleh pemikir-pemikir politik Islam.Hal ini menyebabkan banyak pemikir Islam pada zaman moden menitikberatkan prinsip pemerintahan yang berdasarkan Syari'ah dalam mana per- kataan Khilafah ditukar kepada Negara Islam.Ini menunjuk- kan bahawa teori politik Islam sampai sekarang telah me- ngalami beberapa perubahan tertentu,tetapi penekananasasinya,iaitu pemerintahan Islam untuk menegakkan Sya- nT'ah Allah,tetap tidak berubah. Pemikiran Politik Islam Antara Beberapa GolonganWalaupun pemikiran politik Islam (sebagai teori perlembaga- an dan undang-undang perlembagaan) yang membicarakan teori Khzldfah dan praktiknya ialah pemikiran golongan fuqaha',ini tidak bererti bahawa mereka sahaja yang mem-113
  5. 5. berikan perhatian kepada soalan-soalan pemerintahan. Dalam sejarah pemikiran politik Islam,terdapat penulis- penulis yang menghasilkan karya-karya mengenai selok-belok pentadbiran dan adab-adab dalam pemerintahan untuk me- nasihati pemerintah-pemerintah tertentu.Genre ini mendapat pengaruh yang besar dari tradisi Parsi yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Mirror;for Princes. Golongan yang ketiga yang ada kaitan dengan pemikiran politik ialah ahli falsafah (failasaf) yang beragamalslam pada zaman pertengahan.Falsafah 'politik mereka merupakan ga- bungan antara konsep-konsep falsafah Yunani dan konsep- konsep Islam.Kedua-dua jenis pemikiran ini tidak akan di- bincangkan dalam tulisan ini oleh kerana kedua-duanya tidak dapat dianggap sebagai pemikiran Islam sejati yang bertitik- tolak dari Al-Qur'an dan Sunnah.'Dalam kelasnya yang tersendiri ialah pemikiran Ibnu Khal- dun (732-808H/ l332-l405M),pengasas ilmu kemasyarakatan dan ahli sejarah Islam yang terkenal.Di samping menghor- mati teori Khilafah yang bersifat tradisi,beliau lebih merupa- kan sebagai pengkaji sejarah politik dan masyarakat sebagai- mana yang wujud dalam kenyataan.Konsep negara dan po- litik yang berasaskan kekuasaan (power-state dan power- politics) berbeza dengan negara Islam yang ideal,yang di- kajinya ialah satu sumbangan yang amat bernilai dalam se- jarah pemikiran politik dan di sinilah letaknya kebesaran lbnu Khaldun._Golongan yang kelima ialah pemikir-pemikir masa kini yang banyak menulis mengenai Negara Islam".Mereka ter- diri daripada para fuqaha',intelektual yang berpendidikan_B_a- rat,ahli politik dan pemimpin-pemimpin gerakan religio- politik Islam. Kita akan memberi perhatian yang berat kepada golongan pertama dan golongan kelima dalam tulisan inikerana kedua- duanya memperjuangkan konsep-konsep Islam yang berteras- kan Al-Qufan dan Sunnah dan bersatu dalam menekankan peranan pemerintah sebagai pemegang amanah,dari Allah un- tuk melaksanakan dan mendaulatkan Syari'ah.Dengan yang demikian,golongan kelima sebenarnya ialah lanjutan dari golongan pertama.-114-
  6. 6. Golongan Pertama `i Di antara tokoh-tokoh yang terkemuka dalam golongan ini ialah:`1. Abu Ysuf Yacqb (113-182H/731-798M),seorang kadl yang terkenal pada zaman . Khalifah Harun ar-Rashid.Kitab al-Kharaj,beliau membicarakan teori Khilafah yang khusus membicarakan soal kewangan negara Islam. 2. AbuTl-Hasan al-Mawardi (364-450H/991-1031M),penulis buku Al-Ahkam As-Sulanzyyah (peraturan-peraturan menge- nai pemerintahan) yang merupakan penghuraian yang klasik mengenai Khilafah atau Imamah.Buku ini menjadi pegangan yang sangat penting bagi pemimpin-pemimpin Islam di belakangnya.l`3.' Al-Ghazali (450-501H/ l058-1l11M),pemikir Islam yang amat besar pengaruhnya dalam perkembangan ilmu keislaman dari zamannya sampai sekarang.Dalam bukunya Kitab al- Iqtisad ffl-Ftiqad,beliau mengutarakan idea-idea beliau me- ngenai lmamah yang tidak jauh berbeza dengan teori-teori Al-Mawardi.Tetapi dalam buku-buku lain,ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau terpaksa menerima kenya- taan yang berlaku pada zamannya . .demi untuk menjaga penyatuan ummah. Islam. 4. Badr ad-Din Ibn Jama'ah (639-733H/ l241-1333M),se- orang ahli hukum Islam dan Kadi Besar di Kaherah (tahun 129M) dan Damsyik. 5. Ibnu Taimiyyah (66l-728H/1263-1328M)_,yang banyak mempengaruhi gerakan-gerakan pembaharuan Islam pada zaman moden.Bukunya mengenai teori p_emerintah_an Islam yang terpenting ialah As-Siycisah ash-Syari'ah fiIslah ar-Ra-'z' wafr-Raifyyah- (Pentadbiran berdasarkan Syari'ah mengenai pembaikan pemerintah dan rakyat). Al-M awardiAl-Mawardi menegas