Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

6
8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 1/6 1 PANDANGAN DAN PENERANGAN MARHALAH AT-TAKWIN Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA) 26 Oktober 2010 Sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam siri usrah kita yang terdahulu, bahawasanya terdapat 3 peringkat asas dalam usaha kerja dakwah yang disebutkan sebagai marhalah yakni marhalah al-tarif (pengenalan), al-takwin (pembentukan) dan marhalah al-tanfiz (perlaksanaan). Perbincangan dalam usrah yang lalu yang mengkhususkan perbincangan kepada marhalah pertama telah memperlihatkan perlunya sifat benar dalam menyampaikan dakwah kepada mereka yang mahu turut serta dan menyumbang dalam usaha dakwah dan penyebaran agama Islam yang mulia ini. Peringkat seterusnya adalah peringkat at-takwin iaitu peringkat pembentukan. Sebelum kita mengupas dan membincangkan marhala kedua ini, adalah menjadi tanggungjawab dan kemestian untuk kita, bagaimanakah persiapan untuk kita memenuhi kriteria di dalam marhalah kedua ini. Peringkat pengenalan adalah asas dalam pembentukan peribadi yang sesuai untuk meneruskan kesinambungan di dalam marhalah yang kedua. Ia perlu diwujudkan ciri-ciri tersebut memandangkan, pada tahap kedua yakni marhalah at-takwin ini, ia akan menguji benar persediaan dan persiapan pejuang dan pendakwah itu sendiri.  Antara fokus persiapan mereka dari marhalah al-tarif memasuki marhalah at-takwin adalah dari sudut persiapan dan penumpuan matlamat sebenar perjuangan dakwah dan kehidupan itu sendiri. Kerapkali kita lihat berlaku di dalam jemaah kita ini, mereka yang berjuang tetapi tidak jelas matlamat juang yang mereka letakkan. Apakah keutamaan mereka melahirkan lebih ramai pejuang agama Islam atau meramaikan orang yang hanya menempel di dalam sesebuah jemaah Islam itu sendiri? Adakah perjuangan kita dan mereka itu hanya untuk melihat rakan-rakan ini berjuang atas nama Islam atau berjuang untuk Islam? Akhirnya usaha juang agama ini hanya jatuh kepada orang ramai yang hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat apa-apa. Sekiranya mereka itu buat pun, mereka tidak bersungguh-sungguh dan berjihad untuknya. Jika mereka lakukannya bersungguh - sungguhpun, kesungguhan mereka tersasar dan tersimpang dari perjuangan yang sebenar.Firman Allah s.w.t. di dalam surah As-Saf ayat 3; Wo ($ [j; DT SSU! $ Y ES[U!  Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya

Transcript of Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

Page 1: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 1/6

1

PANDANGAN DAN PENERANGAN MARHALAH AT-TAKWIN 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA) 26 Okt ober 2010

Sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam siri usrah kita yang terdahulu, bahawasanya

terdapat 3 peringkat asas dalam usaha kerja dakwah yang disebutkan sebagai marhalah yakni

marhalah al-tarif (pengenalan), al-takwin (pembentukan) dan marhalah al-tanfiz (perlaksanaan).

Perbincangan dalam usrah yang lalu yang mengkhususkan perbincangan kepada marhalah pertama

telah memperlihatkan perlunya sifat benar dalam menyampaikan dakwah kepada mereka yang

mahu turut serta dan menyumbang dalam usaha dakwah dan penyebaran agama Islam yang mulia

ini.

Peringkat seterusnya adalah peringkat at-takwin iaitu peringkat pembentukan. Sebelum kita

mengupas dan membincangkan marhala kedua ini, adalah menjadi tanggungjawab dan kemestian

untuk kita, bagaimanakah persiapan untuk kita memenuhi kriteria di dalam marhalah kedua ini.

Peringkat pengenalan adalah asas dalam pembentukan peribadi yang sesuai untuk meneruskan

kesinambungan di dalam marhalah yang kedua. Ia perlu diwujudkan ciri-ciri tersebut

memandangkan, pada tahap kedua yakni marhalah at-takwin ini, ia akan menguji benar persediaan

dan persiapan pejuang dan pendakwah itu sendiri.

 

Antara fokus persiapan mereka dari marhalah al-tarif memasuki marhalah at-takwin adalah

dari sudut persiapan dan penumpuan matlamat sebenar perjuangan dakwah dan kehidupan itu

sendiri. Kerapkali kita lihat berlaku di dalam jemaah kita ini, mereka yang berjuang tetapi tidak jelas

matlamat juang yang mereka letakkan. Apakah keutamaan mereka melahirkan lebih ramai pejuang

agama Islam atau meramaikan orang yang hanya menempel di dalam sesebuah jemaah Islam itu

sendiri? Adakah perjuangan kita dan mereka itu hanya untuk melihat rakan-rakan ini berjuang atas

nama Islam atau berjuang untuk Islam? Akhirnya usaha juang agama ini hanya jatuh kepada orang

ramai yang hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat apa-apa. Sekiranya mereka itu buat pun,

mereka tidak bersungguh-sungguh dan berjihad untuknya. Jika mereka lakukannya bersungguh-

sungguhpun, kesungguhan mereka tersasar dan tersimpang dari perjuangan yang sebenar.Firman

Allah s.w.t. di dalam surah As-Saf ayat 3;

Wo($[j;DTSSU!$

YES[U! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak

melakukannya

Page 2: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 2/6

Selain itu, apabila masuk ke marhalah yang kedua ini juga adalah bersangkutan dengan

amanah yang besar dan usaha untuk menyebarkan agama yang agung. Ia bukanlah perkara mudah

dan pastinya akan datang ujian yang besar dan memerlukan ketabahan yang jitu. Firman Allah s.w.t.

di dalam surah Al-Ankabut ayat2

hingga 3;

^[OT<DTSWo+dDT

SSd;$W0FWTY

DS<(d jUUWT<(U

B$0IUB[,PWlPU

S[j^B[,PWlUWT

lU Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami

beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah

menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata

apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa

yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta

Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah Al-Baqarah ayat 214;

2T1([ODTS\jU!

UR;[H,UWT0!d"U9$

SP[\B$0U0M,$[oWT

SWT.[O#Sd#Sn

WTS<$WO[$.$

oP5+YTD WoP5dnU

 Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada

kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada

kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta

digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang

beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya

pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Page 3: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 3/6

3

Jelas sekali, di dalam jalan perjuangan pada tahap yang kedua ini, memerlukan mereka yang

berjuang itu keupayaan untuk bertahan dan istiqamah dengan perjuangan yang dipikul dan

dibebankan untuknya. Kebiasaannya apabila datang ujian-ujian yang besar ini, maka akan

terserlahlah keikhlasan perjuangan mereka dan itu secara tidak langsung akan menampakkan

kelayakan sebenar mereka untuk berada di dalam perjuangan ini dan memikulnya. Pada sudut

pandangan ini jika diteliti dan disepakati, melahirkan pejuang ini bukan sekadar semangat retorika

mereka sahaja tetapi bersama itu datang juga jiwa pejuang yang jitu dan mampan. Firman Allah

s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 44;

Jika kita nilai rakan-rakan seperjuangan kita, kita khuatir, mereka ini akan ditelan usaha yang

sia-sia sahaja, nampaknya enak di dunia, tetapi rupanya kerosakan dan bebanan apabila berhadapan

dengan Allah s.w.t. pada masa akhirat yang mendatang.

Jiwa pejuang perlu dilengkapi dengan pengorbanan yang mencakupi hal kepentingan diri,harta, masa dan juga kesihatannya. Dakwah perlu ada dalam diri sehingga ia menguasai akal dan

fikiran kita, sebati dengan jiwa dan hati kita, menjadi darah dan daging kita serta mampu kita untuk

membezakan antara yang hak dan yang batil. Dasarnya tidak lain dan tidak bukan, keimanan yang

mendalam terhadap agama Allah dan usaha dakwah islamiyah itu sendiri. Inilah persoalan kualiti

yang kerapkali kita bincangkan di dalam gerakan kita hari ini. Persoalannya, adakah semua usaha

dakwah itu sebati dalam diri kita seperti yang digambarkan atau sebenarnya hari ini kita Cuma

menempel dan bersama perjuangan tetapi tidak di dalamnya?

PERSEDIAAN MARHALAH KEDUA DAKWAH  

Persiapan untuk berada di dalam marhalah kedua ini harus disulami dengan marhalah

pertama. Maknanya, marhalah pertama dan kedua mestilah seiringan memandangkan proses itu

harus berlaku secara serentak. Ini bermakna, proses pengenalan perlu berterusan disamping perlu

adanya perancangan strategik untuk bersama dan memulakan fasa kedua. Apa yang berlaku dalam

fasa pertama atau marhalah al-tarif itu adalah proses memberikan kesedaran mengenai agama dantanggungjawab terhadap agama Allah itu. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ar-Rad ayat 11;

Ini menunjukkan bahawa, apabila ahli gerakan itu telah mendapat kesedaran, maka perlu

ada dorongan untuk ke peringkat seterusnya yakni beramal atau mengambil tindakan.Pesanan

Imam Hassan Al-Hudhaibi, Tegakkan Daulah Islamiyah di dalam hatimu, supaya ditegakkan di atas

bumi kamu.

Page 4: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 4/6

4

Dorongan Imam Hassan Al-Hudhaibi ini menampakkan keperluan bahawa menggerak dan

motivator ke arah tindakan itu adalah bermula dengan diri sendiri. Mulai dengan pembinaan akidah

tauhid sehinggalah melahirkan halawatul iman. Aspek perubahan ini perlu dijelaskan di dalam

marhalah kedua iaitu pembentukan itu sendiri. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Rad ayat 17;

Maka, seseorang yang akan dipersiapkan itu, pasti akan menuju ke arah melahirkan seorang

yang sejahtera dari sudut akidahnya, sihat ibadah mereka, teguh akhlaknya, terdidik fikiran, kuat

tubuh badan dan berusaha, sanggup berdikari dan berkorban, ada usaha dan upaya yang kuat untuk

memerangi hawa nafsu juga tetap disiplin dengan masa mereka serta urusan dan

tanggungjawabnya. Hasil dari pembentukan diri dan peribadi ini akhirnya akan memberikannatijah

kepada usaha membina keluarga, masyarakat serta keluarga Islami. Oleh sebab itu juga, Imam

Hassan Al-Banna memberikan garis panduan dan fokus yang utama di dalam pembentukan peribadi

seseorang ahli gerakan itu. Beliau memberikan keutamaan kepada individu yang mempunyai tahap

faham agama yang tinggi dan berdasarkan Al-Kitab dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Penyelewangan amat jelas berlaku apabila rujukan mereka bukan lagi Al-Kitab dan qudwah

yang mereka ikuti bukan lagi Nabi Muhammad s.a.w. Kedua, dari sudut darjah keikhlasan yang besar

terhadap kerja dakwah itu sendiri. Ia mestilah bukan bersifat ganjaran, kepentingan diri dan

mengutamakan kerja dari berkata-kata. Kita juga amestilah membulatkan diri untuk dakwah yang

mana kita membebaskan diri kita dari sebarang fahaman-fahaman yang lain. Ketiga, usaha yang

dibentuk di dalam diri pejuang dan pendakwah itu juga haruslah bersifat melengkapkan diri untuk

berjihad yang mana kebanyakannya adalah pengorbanan meninggalkan kemuliaan dan kesenangan  jiwa, harta, waktu dan usaha. Harus diingat, perjuangan dan jihadnya bukanlah dalam satu tempoh

yang ditetapkan, tetapi dalam jangkamasa yang sehingga ditentukan masa kita untuk menghadap

Allah s.w.t.

Usaha yang keempat adalah wajib untuk kita yang berada di dalam jemaah ini beriltizam

dengan mematuhi amanah dan perintah yang diberikan oleh pimpinan selagi mereka tidak

mencanggahi perintah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Ini termasuk samaada di dalam keadaan

senang atau susah mahupun suka atau benci. Ikuti kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran dari

surah Al-Baqarah ayat 246 sehingga 252;

SYARAT-SYARAT YANG PERLU KITA ADAKAN SEBAGAI PENDAKWAH  

Pertama, pastikanlah amalah kita ini berpaksikan kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan

di dalam jiwa. Hakikat keikhlasan menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya-Ulumuddin

Page 5: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 5/6

menjelaskan bahawa ikhlas ialah sesuatu yang bersih dari campuran yang dicemarinya dinamakan

sesuatu yang murni. Manakala menurut pandangan al-Fudhail beliau berkata bahawa,

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya dan beramal kerana manusia adalah syirik sedang

keikhlasan itu ialah bila Allah s.w.t. membebaskan kamu dari kedua sifat itu.

Kedua, kita harus berusaha dalam diri kita untuk menjadi teladan dan contoh terbaik kepada

orang yang melihat kita. Qudwah Hasanah ini telah ditonjolkan dan dibuktikan kejayaan dakwah

Baginda Rasulullah s.a.w. melaluinya. Ketiga adalah metodologi yang dipelbagaikan agar

penyampaiannya sampai ke setiap peringkat lapisan masyarakat. Kreativiti di dalam menggunakan

persekitaran sebagai ruang dakwah adalah yang paling berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan

di dalam sejarah dan usaha dakwah mereka yang terdahulu.

Keempat pula, pemilikan ilmu dan penguasaan pemahaman tentang perkara dan isu yangpelbagai juga adalah senjata ampuh yang perlu kita tingkatkan bersama. Ia termasuklah

memperhalusi permasalahan di dalam masyarakat setempat dan kelompok yang hampir dengan

kita. Ilmu psikologi juga perlu bagi memahami konteks dan diri mereka yang menjadi madu kita

dalam usaha dakwah. Kelima, pula berkenaan dengan perkara yang lemah lembut di dalam usaha-

usaha dakwah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sesiapa yang memerintah

kepada yang makruf, maka hendaklah berurusan dengan cara yang makruf, atau dalam riwayat

yang lain yang maksudnya, Sesiapa yang menyuruh perkara yang makruf maka hendaklah bercakap

dengan lemah lembut. Sifat sabar dan cekal juga perlu dijadikan tunjang kepada usaha dakwah itusendiri. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Luqman ayat 17;

Keenam, seorang pendakwah perlulah faham bahawasanya usaha dakwah ini adalah untuk

mengembalikan Islam sebagai yang haknya dan bukan mencampuradukkan keperluan dan

kepentingan beberapa pihak dan peribadi. Ciri-ciri ini adalah sebahagian dari perbincangan yang

boleh kita aturkan dan perbaiki jika kita sebagai pendakwah ini masih diperingkat perubahan dan

pembaikkan atau islah. Semoga persiapan ini dapat kita adakan dalam melalui proses yang kedua

sebelum tiba pada peringkat terakhir dalam usaha dakwah kita.

4.59 petang

25 Oktober 2010 

PKM A, Kuala Selangor

Penulis juga adalah;

Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (http://iqclassmanagement.blogspot.com )

Page 6: Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

8/8/2019 Pandangan Dan Penerangan Marhalah at-Takwin Pembentukan

http://slidepdf.com/reader/full/pandangan-dan-penerangan-marhalah-at-takwin-pembentukan 6/6

6

Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia (BBM)

Setiausaha ABIM Cawangan Negeri Selangor (http://abimselangor.blogspot.com )

YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com )