Pandangan Mazhab Terhadap Isu

8
2.0 PANDANGAN MAZHAB SYAFIE TERHADAP ISU Dalam permasalahan bab aurat wanita, ramai ulama mazhab Syafie sependapat serta sepakat bahawa aurat wanita itu seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.Ini dikuatkan lagi oleh pandangan Syeikh Muhammad Al Khotib salah seorang ulama Syafi’iyah dan juga penyusun kitab Al Iqna’ yang menyatakan bahawa aurat wanita merdeka adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangannya (termasuk bahagian punggung dan bahagian tapak tangan hingga pergelangan tangan). Ini berdasarkan firman Allah: َ لَ و ا اَ هْ نِ مَ رَ هَ ظ اَ ا مَ ّ لِ َ ّ نُ هَ نَ ن يِ زَ ن يِ دْ & بُ ) يDan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya (Surah An-Nur: 31)”. Bahkan,dalam kitab Al-Iqna’ juga menjelaskan bahawa m enurut ulama pakar tafsir, wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat kerana keperluan yang menuntut keduanya untuk dinampakkan. Daripada pandangan Syeikh Muhammad Al-Khotib pula menggambarkan bahawa seluruh anggota tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Ulama lain yang berpegang dengan mazhab Syafi’iyah adalah Syeikh Ibnu Qasim Al Ghozzi pengarang kitab Fathul Qorib. Syeikh Ibnu Qasim Al Ghozzi menyatakan bahawa: “Aurat wanita merdeka di dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan. Bahkan dari kitab ini juga sama dengan pendapat pengarang kitab al-Iqna’ bahawa berdasarkan dalil al-quran yang sama iaitu :

Transcript of Pandangan Mazhab Terhadap Isu

Page 1: Pandangan Mazhab Terhadap Isu

2.0PANDANGAN MAZHAB SYAFIE TERHADAP ISU

Dalam permasalahan bab aurat wanita, ramai ulama mazhab Syafie sependapat serta

sepakat bahawa aurat wanita itu seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak

tangan.Ini dikuatkan lagi oleh pandangan Syeikh Muhammad Al Khotib salah seorang ulama

Syafi’iyah dan juga penyusun kitab Al Iqna’ yang menyatakan bahawa aurat wanita merdeka

adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangannya (termasuk bahagian punggung

dan bahagian tapak tangan hingga pergelangan tangan). Ini berdasarkan firman Allah:

� �ه�ااو�ل �ال م�ا ظ�ه�ر� م�ن �ه�ن إ �ت �د�ين� ز�ين �ب ي“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”

(Surah An-Nur: 31)”.

Bahkan,dalam kitab Al-Iqna’ juga menjelaskan bahawa menurut ulama pakar tafsir, wajah

dan kedua tapak tangan bukanlah aurat kerana keperluan yang menuntut keduanya untuk

dinampakkan. Daripada pandangan Syeikh Muhammad Al-Khotib pula menggambarkan

bahawa seluruh anggota tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja.

Ulama lain yang berpegang dengan mazhab Syafi’iyah adalah Syeikh Ibnu Qasim Al

Ghozzi pengarang kitab Fathul Qorib. Syeikh Ibnu Qasim Al Ghozzi menyatakan bahawa:

“Aurat wanita merdeka di dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan.

Bahkan dari kitab ini juga sama dengan pendapat pengarang kitab al-Iqna’ bahawa

berdasarkan dalil al-quran yang sama iaitu :

� �ه�ااو�ل �ال م�ا ظ�ه�ر� م�ن �ه�ن إ �ت �د�ين� ز�ين �ب يSelain daripada itu, ulama bermazhab Syafi’iyah adalah Syeikh Asy-Syarbini dalam

kitabnya mughni al muhtaj ila ma’rifati ma’ani alfazhil minhaaj menyatakan bahawa aurat wanita

merdeka adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan. Hal ini juga termasuk tapak

tangan adalah bahagian punggung dan dalam tapak tangan, dari hujung jari hingga

pergelangan tangan.  Syiekh Asy Syarbini juga berpegang dengan dalil Allah yang sama..

Page 2: Pandangan Mazhab Terhadap Isu

Ulama lain yang berpegang dengan mazhab Syafi’iyah adalah Ibn Qaasim Al Abadi

pengarang kitab Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj berkata:

فيجب ما ستر من األنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين .

ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف

8ا الفتنة غالب“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, walaupun

penutupnya nipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan karena keduanya

adalah aurat, namun karena secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.”

 

Daripada pandangan pengarang kitab, Syeikh Ibn Qaasim Al Abadi juga sependapat

dengan ulama mazhab Syafi’iyah yang lain bahawa muka dan kedua tapak tangan adalah

anggota tubuh badan yang bukan aurat kecuali apabila seorang wanita itu berasa risau akan

datangnya fitnah,maka wanita tersebut perlu menutup kedua tapak tangannya beserta

mukanya.

Di samping itu,ulama mazhab As-Asfi’iyah yang mahsyur Al-Imam An Nawawi 

menyatakan dalam dalam kitabnya Al Majmu’ ,

ان المشهور من مذهبنا أن عورة الرجل ما بين سرته وركبته وكذلك االمة وعورة الحرة جميع بدنها اال الوجه والكفين وبهذا كله قال مالك

وطائفة وهي رواية عن احمد

“Pendapat yang masyhur di mazhab kami (syafi’iyah) bahawa aurat lelaki adalah antara pusat

hingga lutut, begitu juga budak wanita. Sedangkan aurat wanita merdeka adalah seluruh

badannya kecuali wajah dan tapak tangan. Demikian pula pendapat yang dipegang oleh Imam

Malik dan sebahagian ulama serta menjadi salah satu pendapat Imam Ahmad.”

Daripada pendapat Imam An-nawawi serta dikuatkan lagi oleh pandangan Imam Malik

dan Imam Ahmad bahawa aurat wanita merdeka itu adalah seluruh anggota tubuh badannya

kecuali muka dan tapak tangan dan dipegang juga oleh sebahagian ulama bermazhab

Malikiyyah.

Page 3: Pandangan Mazhab Terhadap Isu

3.0 PENDAPAT IMAM MAZHAB LAIN TERHADAP ISU

Bab ini akan memperincikan pandangan imam daripada mazhab-mazhab lain terhadap

aurat wanita di dalam sukan ini.

3.1 Mazhab Hanafi

Al-Hasan meriwayatkan dari Abu Hanifah bahawasanya aurat wanita yang dihalalkan

bagi lelaki asing untuk melihatnya ialah muka, tapak tangan dan kedua kakinya. Hijah yang

dikemukakan oleh Abu Hanifah ialah riwayat Aishah yang mengatakan tentang firman Allah: “..

dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang zahir daripadanya..” bahawasanya

yang dimaksudkan ialah gelang dan cincin jemari kaki. Hal ini menunjukkan Allah melarang

wanita menampakkan perhiasannya dan mengecualikan larang tersebut untuk perhiasan yang

zahir. Dalam hal ini, muka, tapak tangan dan kaki adalah dua hal yang nampak dan selain

daripada itu, diharamkan oleh lelaki asing melihatnya. Kedua kaki wanita menurut pandangan

Abu Hanifah adalah termasuk perhiasan yang nampak, sehinggalah lelaki dihalalkan untuk

melihatkan keduanya. Bukankah kedua kaki wanita itu terlihat ketika dia sedang berjalan

sehingga ia tergolong dalam anggota badan yang dikecualikan dari larangan, sehingga ia boleh

dinamppak dan dilihat. (Siti Hajar & Siti Sakinah, 2008)

Ditegah perempuan remaja daripada memperlihatkan mukanya di kalangan orang lelaki.

Tegahan itu bukan kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk mengelak timbulnya fitnah atau

nafsu syahwat. Tujuan tegahan memperlihatkan mukanya adalah kerana dibimbangkan orang

lelaki akan melihat mukanya yang boleh mengakibatkan timbul fitnah. Ini kerana dengan

memperlihatkan muka membolehkan orang lelaki memandangnya dengan keinginan syahwat.

�ع� من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنGGة ،ألنGGه �من ت

مGGGGGGع الكشGGGGGGف قGGGGGGد يقGGGGGGع النظGGGGGGر إليهGGGGGGا بشGGGGGGهوة“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki,

kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat”

(Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

Page 4: Pandangan Mazhab Terhadap Isu

3.2 Mazhab Maliki

Dalam mazhab Maliki, dikatakan bahawa aurat wanita bagi lelaki asing darinya adalah

seluruh anggota tubuh selain wajah dan kedua tapak tangan. Demikianlah pendapat yang

mereka tegaskan dalam buku-buku fiqh asas mereka. Ketika para ulama mazhab ini

memberikan syarah atas buku-buku tersebut, mereka mengatakan bahawasanya kedua kaki

wanita adalah aurat. Dalam buku al-Hatab, Mawahib al-Jalil li Syarh Mukhtasar Khalil,

dikatakan, terhadap lelaki asing, maka aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya selain

daripada wajah dan kedua tapak tangannya. (al-Hathab, Mawahib al-Jalil li Syarh Mukhtasar

Khalil, juz 1, hal.499)

Aurat orang perempuan ketika berada di hadapan orang lelaki asing ialah seluruh

badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya dan ketika berada di hadapan

muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala, tengkuk, kedua-dua belah tangan dan

kedua-dua belah kaki. Tetapi jika dibimbangi menimbulkan keseronokan, maka haram

mendedahkan perkara-perkara tadi. Pengharaman itu bukan kerana perkara tersebut menjadi

aurat, tetapi kerana dibimbangi menimbulkan keseronokan. Orang perempuan dengan orang

perempuan atau dengan muhrimnya sama seperti lelaki dengan lelaki, boleh dilihat selain yang

terdapat antara pusat dengan lutut. Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukan

aurat, namun memakai purdah hukumnya sunat dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan

fitnah. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu

adalah aurat.

Al Qurthubi berkata:

قال ابن خ�ويز منداد GG وهو من كبار علماء المالكية G : إن المرأة

اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك

ا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها ؛ وإن كانت عجوز8

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik

dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup

Page 5: Pandangan Mazhab Terhadap Isu

wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan

wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

3.3 Mazhab Hambali

Mazhab Hambali merumuskan dua pendapat terhadap aurat wanita. Pendapat pertama

adalah semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi manakala

pendapat yang kedua ialah semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram)

adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan

fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.

Menurut mazhab Hambali, kaki wanita adalah aurat yang tidak boleh dinampakkan.

Dalam buku Ibu Qudamah, al-Mughni menyebutkan hujah yang mewajibkan penutupan kedua

kaki ialah riwayat Abu Daud dari Ummu Salamah yang mengatakan: “Saya berkata, wahai

Rasulullah, apakah wanita boleh melakukan solat dengan memakai baju kurung dan tudung

tanpa memakai kain sarung lagi? Rasulullah menjawab, ya, dengan syarat baju kurung dan

tudung itu sempurna menutupi punggung kakinya.

Tirmizi meriwayatkan dari Umar bahawasanya Rasulullah bersabda,

Allah tidak akan melihat kepada orang yang membiarkan pakaiannya terjulur panjang.

Kemudian, Ummu Salamah bertanya: “Bagaimana halnya dengan kaum wanita dengan ekor

pakaian mereka?” Baginda menjawab, “Mereka boleh memperpanjangkan sepanjang satu

jengkal.” Ummu Salamah berkata: “Kalau begitu, kedua kaki mereka boleh dibiarkan terbuka?”

Nabi menjawab lagi: “Kalau begitu, mereka boleh memperpanjang sepanjang satu hasta dan

tidak boleh lebih daripada itu.” (Ibn Qudamah, al-Mughni, juz 6, hal 601-602)

Nur Hidayah (1995) menyatakan mazhab Hambali berpegang kepada aurat wanita

adalah seluruh tubuhnya selain wajah dan kedua tangan. Kerana anggota-anggota ini memang

bukan aurat, jadi ianya boleh diperlihatkan kalau dirasa tidak akan menimbulkan fitnah.

Page 6: Pandangan Mazhab Terhadap Isu