PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi...

23
PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR NORZAWANI BINTI ABD MALEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Transcript of PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi...

Page 1: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR

NORZAWANI BINTI ABD MALEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

PSZ 19:16 (Pnd. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEK KOMUNITI KOTA TINGGI DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT,JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya : NORZAWANI BINTI ABD MALEK (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: (Nama Penyelia) 24, JALAN MALIM JAYA 1/1, P.M. DR. HJ. MAT JIZAT BIN ABDOL TAMAN MALIM JAYA, SEKSYEN 1, 75250 MELAKA. Tarikh : 23 OKTOBER 2004 Tarikh: 23 OKTOBER 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : P.M. DR. MAT JIZAT BIN ABDOL

Tarikh : 23 OKTOBER 2004

Page 4: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI

DAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR

NORZAWANI ABD MALEK

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : NORZAWANI BINTI ABD MALEK

Tarikh : 23 OKTOBER 2004

Page 6: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

iii

Buat Ayah dan Ibu yang amat ku cintai…

Hj Abd Malek Bin Baba dan Hjh Zarah Yusof…

Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga buatku

selama ini.

Buat adik-adik yang kusayangi…

Syira, ‘Izzat, Ain, dan Nabil…

Semangat dan dorongan dari kalian

buatku kuat untuk mengharungi dugaan hidup ini…

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian…AMIN…

Page 7: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam ke atas junjungan

Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda.

Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Profesor Madya Dr. Hj. Mat

Jizat Bin Abdol atas nasihat, bimbingan dan bantuan yang telah diberikan.

Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar dan para pelajar di Kolej

Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi yang telah sudi memberikan

kerjasama sepenuhnya sebagai responden dalam kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan

seperjuangan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Hanya Allah Yang Maha Pemurah dan Amat Penyayang yang dapat

membalas budi baik kalian.

Page 8: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

v

ABSTRAK

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap

Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat dalam menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran. Ekoran dari itu penyelidik ingin mengetahui tentang

masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar. Analisa dibuat berdasarkan data yang

diperoleh dari borang soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang responden terdiri

daripada 58 orang responden dari Kolej Komuniti Segamat dan 92 orang responden

dari Kolej Komuniti Kota Tinggi. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekurangan

terhadap kemudahan fizikal dan perkhidmatan di kedua-dua buah Kolej Komuniti di

Segamat dan Kota Tinggi. Daripada analisa yang dijalankan juga didapati bahawa

pelajar mengalami masalah kewangan dan penginapan. Di dalam kajian ini juga

penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah untuk memperbaikinya dan juga

untuk tujuan kajian di masa hadapan.

Page 9: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to find out the perception of students toward

Community College in Segamat and Community College in Kota Tinggi. Persuant to

this, reseacher is trying to find out what could be the possible problem faced by these

students with the services and facilities provided. Analysis was done based on

questionnaire distributed to 150 respondents in which 92 respondents are from

Community College in Kota Tinggi while the other 58 respondents are from

Community College in Segamat. From the data of analysis showed that the

physically facilities and services provided need for improvements to both

Community College in Segamat and Kota Tinggi. It was also deduced from the

analysis that the students did not get any scholarship and hostels. Suggestions for

further improvement was suggested by the reseacher.

Page 10: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xii

Senarai Singkatan xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

Page 11: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

viii

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Persepsi

1.8.2 Kemudahan Pembelajaran

1.8.3 Kemudahan

1.8.4 Pembelajaran

1.8.5 Pemasalahan

1.8.6 Kolej Komuniti

BAB 2 PENELITIAN BAHAN-BAHAN ILMIAH YANG BERKAITAN 2.1 Pengenalan 10

2.2 Kepentingan Penubuhan Kolej Komuniti 11

Dalam Aspek Pendidikan Negara

2.3 Latar Belakang Penubuhan Kolej Komuniti 12

di Negeri Johor Darul Takzim

2.4 Objektif Penubuhan Kolej Komuniti 13

2.5 Kemudahan-kemudahan di Kolej Komuniti 13

2.5.1 Kemudahan Fizikal 14

2.5.2 Kemudahan Perkhidmatan 15

2.5.3 Kemudahan Pengangkutan 15

2.6 Konsep Pembelajaran di Kolej Komuniti 15

2.7 Penutup 16

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 18

3.3 Tempat Kajian 18

3.4 Populasi Kajian 19

3.5 Instrumen Kajian 19

Page 12: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

ix

3.6 Kajian Rintis 22

3.6 Analisis Data 22

BAB 4 ANALISIS DAN DATA KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 24

4.2 Penganalisaan Latar Belakang Responden 25

4.3 Penganalisaan Dapatan Persoalan 1 31

i. Kemudahan Fizikal 32

ii. Kemudahan Perkhidmatan 33

iii. Kemudahan Pengangkutan 33

4.4 Kesimpulan Dapatan Persoalan 1 34

4.5 Penganalisaan Dapatan Persoalan 2 35

i. Pengurusan Akademik 36

ii. Pengurusan Perkhidmatan 36

iii. Pengurusan Pengangkutan 37

4.6 Kesimpulan Dapatan Persoalan 2 37

4.7 Penganalisaan Dapatan Persoalan 3 38

4.8 Kesimpulan Dapatan Persoalan 3 39

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 41

5.2 Perbincangan 41

5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan 1 41

5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan 2 42

5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan 3 43

5.3 Rumusan 44

5.4 Cadangan-cadangan 44

Page 13: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

x

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 45 RUJUKAN 46

LAMPIRAN

A Contoh Borang Soal Selidik 49

B Contoh Pengesahan Pusat Pengajian 56

Page 14: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan bilangan populasi mengikut jantina 19

4.1 Taburan bilangan responden berbanding populasi 25

mengikut kolej dan jantina

4.2 Taburan umur responden di Kolej Komuniti 26

Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi

4.3 Taburan jantina responden mengikut etnik 27

4.4 Taburan kelulusan akademik sebelum memasuki 28

Kolej Komuniti

4.5 Taburan aliran pendidikan menengah responden 29

4.6 Taburan bantuan kewangan yang diperoleh 30

responden

4.7 Taburan responden terhadap jenis kemudahan 32

yang terdapat di Kolej Komuniti mengikut jantina

4.8 Kadar peratusan pandangan pelajar terhadap 35

pengurusan pentadbiran di Kolej Komuniti Segamat

dan Kolej Komuniti Kota Tinggi

4.9 Taburan masalah responden semasa belajar di Kolej 38

Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Kota Tinggi

Page 15: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratusan bantuan kewangan yang diperoleh 40

di Kolej Komuniti

Page 16: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

xiii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPTEK Jabatan Pendidikan Teknikal

Page 17: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh Borang Soal Selidik 49

B Contoh Pengesahan Pusat Pengajian 56

Page 18: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

BAB 1

PENGENALAN DAN MASALAH LATAR

1.1 Pengenalan

Menjelang tahun 2020, Malaysia telah meletakkan matlamat negara untuk

mencapai taraf sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Menurut Mahathir

Mohamad dalam kertas kerjanya “Malaysia Melangkah Ke Hadapan Wawasan 2020”

dalam pembentangan Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia 1991 telah

menetapkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada

pembangunan negara. Negara yang pesat membangun dalam bidang perindustrian ini

menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang disertai kemajuan teknologi yang serba

canggih.

Sebagai sebuah negara yang maju Malaysia memerlukan tenaga pekerja yang

mahir dan pakar dalam semua bidang kemahiran. Keperluan tenaga professional dan

separa professional amat diperlukan bagi menampung keperluan negara yang kian

pesat membangun. (Siti dan Nor Azizah, 1995). Strataegi pembangunan menegaskan

bahawa penyesuaian sistem pendidikan diperlukan untuk menghasilkan sumber

tenaga yang diperlukan. Penegasan ini dinyatakan dalam Penyataaan Rangka

Rancangan Jangka Panjang Kedua sebagaimana berikut:

“Perhatian yang lebih akan diberi dalam memastikan sistem

pendidikan selaras dengan perubahan permintaan dan pasaran buruh.

Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem pendidikan dan latihan serta

usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan dilaksanakan untuk

Page 19: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

2

memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan

industri”(Rancangan Jangka Panjang Kedua, m.s 10).

Berdasarkan penyataan yang dinyatakan jelas menunjukkan sistem

pendidikan tenaga kerja yang berkemahiran tidak diabaikan dalam perancangan

sistem pendidikan negara.Sehubungan itu, sistem pendidikan di Malaysia

memainkan peranan yang paling penting dalam melahirkan tenaga pekerja mahir

untuk memenuhi permintaan sector pekerjaan (Aede Hatib,1979).

Justeru itu, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 5 Julai 2000 telah bersetuju

dengan penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Kolej Komuniti yang

telah ditubuhkan menjelang tahun 2000 itu menyediakan peluang alternatif kepada

lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran

ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej ini juga akan membuka peluang kepada pekerja

dan komuniti setempat untuk mendapat pendidikan dan latihan kemahiran yang lebih

terancang (Abdul Aziz Azimullah,2000).

Penubuhan Kolej Komuniti yang berkesinambungan dengan pendidikan

teknikal merupakan penyumbang terbesar dalam melahirkan tenaga kerja yang

berkemahiran. Program pendidikan di Kolej Komuniti telah diselaraskan dengan

pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi moden negara (Ahmad Faiz

Hamid,2002).

1.2 Latar Belakang Masalah Pengenalan Kolej Komuniti yang dikatakan akan dapat menyediakan

sejumlah besar tenaga pekerja yang dapat mengisi kekosongan sumber manusia

dalam bidang kemahiran. Kewujudan Kolej Komuniti menjadikan peluang

pendidikan kedua untuk lapisan masyarakat yang dapat menyambung pendidikannya

selepas menamatkan persekolahan.

Page 20: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

3

Penubuhan Kolej komuniti memberi peluang lebih luas kepada pelajar

lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki Institusi Pengajian

Tinggi menyambung pelajaran dalam bidang teknikal. Penubuhannya akan

diperluaskan bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat kemahiran tertentu

sebelum memasuki bidang pekerjaan (Najib Razak;November 2000)

Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi

mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang melanda dunia pendidikan

negara ini. Kolej ini adalah memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat

meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi ataupun pelajar yang kurang

berminat untuk meneruskan pelajaran dan mengalami masalah dalam bidang

akademik (Jabatan Pendidikan Teknikal,2000).

Selain itu konsep pembelajaran sepanjang hayat yang ditekankan memberi peluang

kepada para pekerja yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang kemahiran.

Oleh itu kewujudan Kolej Komuniti ini merangkumi semua aspek termasuklah aspek

kelengkapan dan masalah-masalah yang dihadapi bagi melaksanakannya.

Bagi menyokong pelaksanaan pembangunan yang didorong oleh produktiviti

yang memerlukan tenaga manusia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mudah

dilatih, kemudahan prasarana yang lengkap diperlukan bagi mencapai objektif

sebenar sesuatu pengajaran dan pembelajaran (Hamdi Abu Bakar,2000). Kemudahan

infrasruktur yang lengkap boleh mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam

sesebuah Institusi Pendidikan (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan,2003).

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan keadaan dan persekitaran

yang selesa bagi tenaga pengajar dan pelajar. Suasana pembelajaran yang terganggu

disebabkan peralatan tidak mencukupi dan keadaan persekitaran yang sempit akan

menjejaskan tahap pencapaian pelajar dalam ujian atau peperiksaan yang dijalani.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Memandangkan masyarakat kini

mempunyai pandangan yang jauh dalam konteks pendidikan, pengiktirafan sebagai

institusi pendidikan , seharusnya pihak yang terlibat harus mementingkan kualiti dari

segi prasarana pendidikan bukannya kuantiti sahaja (Siva Subramaniam; Mei 2003).

Page 21: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

4

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Imran Idris di

dalam buku penerangan dan panduan penawaran kursus –kursus di Kolej Komuniti

di Malaysia,2001 menyatakan keperluan dan kelengkapan di Kolej Komuniti

disediakan seperti di institusi –institusi pendidikan yang lain kecuali tempat tinggal.

Hal ini berlaku kerana Kolej Komuniti yang didirikan berdekatan dengan masyarakat

setempat. Berdasarkan pernyataan ini, adakah kelengkapan yang lain lengkap

disediakan bagi memenuhi keperluan pelajar di Kolej Komuniti.

Sehubungan itu sebagai sebuah institusi pendidikan yang diberikan peranan

dan kepercayaan yang besar dalam melahirkan sumber tenaga kerja yang

berkemahiran seharusnya kelengkapan kemudahan pembelajaran yang lengkap

menjadi aspek utama dalam faktor penubuhan kolej ini.Namun hal ini seolah-olah

dipandang enteng oleh pihak yang terlibat.Menurut Mohd Salleh Lebar dalam

bukunya Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT,2002 menerangkan

bahawa pihak pentadbiran sesebuah institusi pendidikan perlu memikirkan tentang

kemudahan di perpustakaan dan juga keperluan tenaga pengajar yang mencukupi

agar matlamat penubuhan institusi pendidikan itu tidak terpesong dan sejajar dengan

keperluan pelajar.

Lantaran itu, walaupun lepasan Institusi Pendidikan Swasta mampu

menyaingi graduan dari IPTA namun masyarakat masih keliru dengan kualiti

pembelajaran yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan swasta termasuk Kolej

Komuniti sendiri (Mohd Shukri Ab Yajid,2003). Hal ini menunjukkan masyarakat

masih meragui kualiti kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti

dan institusi pendidikan yang selain dari IPTA.Masalah keraguan ini boleh diatasi

sekiranya kemudahan pembelajaran dan keperluan pelajar di Kolej Komuniti

dipertingkatkan (Musa Mohamad,2000).

1.3 Penyataan Masalah

Kolej Komuniti merupakan sebuah Institusi Pendidikan yang menyediakan

konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang kemahiran. Penubuhan

Page 22: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

5

kolej ini memberikan impak yang besar kepada negara dalam melahirkan tenaga

kerja yang berkemahiran tinggi. Kemudahan kelengkapan dari segi faktor pengajaran

dan pembelajaran menjadi keperluan pelajar di Kolej Komuniti bagi merealisasikan

kecemerlangan pelajar selaras dengan matlamat penubuhan Kolej Komuniti.

Sekiranya kelengkapan dan kemudahan yang disediakan tidak mencukupi

bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan. Oleh itu

penyelidik ingin mengkaji tentang persepsi pelajar mengenai kemudahan

pembelajaran yang terdapat di Kolej Komuniti.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini penyelidik mempunyai tiga objektif seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti

Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat bagi menjalani proses pengajaran

dan pembelajaran.

1.4.2 Mendapatkan pandangan pelajar terhadap pengurusan pentadbiran di Kolej

Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.

1.4.3 Mengenalpasti masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar semasa belajar di

Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.

1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah kemudahan pembelajaran yang disediakan di Kolej Komuniti Kota

Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat bagi menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran?

Page 23: PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KOLEJ KOMUNITI KOTA …€¦ · Kolej Komuniti adalah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar yang

6

1.5.2 Apakah pandangan pelajar terhadap pengurusan pentadbiran di Kolej

Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat?

1.5.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa belajar di Kolej

Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat.

1.6 Rasional Dan Kepentingan Kajian

Pengkaji merasakan kajian seumpama ini penting dan perlu dilakukan untuk

kegunaan khasnya kepada para pelajar yang menjalani pengajian di Kolej-kolej

Komuniti di Malaysia. Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh para pelajar di Kolej

Komuniti ini harus diambil tindakan segera bagi memastikan kualiti lulusan Kolej

Komuniti ini

Pembangunan yang pesat dan membangun memerlukan tenaga pekerja yang

bekemahiran tinggi. Kemahiran yang tinggi boleh diperoleh hasil daripada

pendidikan kemahiran yang berkualiti. Oleh itu sesuatu pendidikan yang berkualiti

memerlukan kemudahan dan peralatan yang lengkap agar proses pengajaran dan

pembelajaran dapat mencapai objektif yang sebenar.

Selain daripada itu, para pelajar lulusan Kolej Komuniti perlu disediakan

pengetahuan yang tinggi dalam bidang kemahiran dan perlu didedahkan dengan

peralatan dan kelengkapan yang bermutu tinggi dan dapat memberikan gambaran

yang sebenar kepada mereka tentang situasi pekerjaan yang bakal dihadapi.

Justeru itu, dengan kajian ini diharap hasilnya boleh membantu pihak yang

terlibat dalam pembangunan Kolej Komuniti khususnya Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam proses perkembangan pendidikan yang diperlukan untuk disesuaikan

dengan perubahan teknologi dan pasaran negara sejajar dengan matlamat penubuhan

Kolej Komuniti.