PANDANGAN PEMAKAIAN BERSYARIAT

86
BAB 1 PENDAHULUAN Bab 1 : Keusahawanan Islam 1.1. Pendahuluan Keusahawan Islam merupakan satu cabang muamalah yang terdapat di dalam Islam. Muamalah menurut artikel di dalam Majalah Dakwah (2013) 1

description

Pemakaian, perhiasan dan tingkahlaku muslimah

Transcript of PANDANGAN PEMAKAIAN BERSYARIAT

BAB 1PENDAHULUAN

Bab 1 : Keusahawanan Islam1.1. PendahuluanKeusahawan Islam merupakan satu cabang muamalah yang terdapat di dalam Islam. Muamalah menurut artikel di dalam Majalah Dakwah (2013) menyatakan definisi muamalah dari segi istilah merupakan salah satu daripada ciri hidup yang merangkumi ekonomi, pengurusan dan perniagaan. Antara aspek atau perkara yang dibicarakan atau disentuh di dalam cabang muamalah ialah tentang pengurusan harta, berkenaan dengan harta, takrif kerja, mencari rezeki, perniagaan, cara-cara berurus niaga dan sebagainya. Keusahawanan merupakan aktiviti perniagaan yang turut melibatkan aspek-aspek seperti di atas, maka keusahawanan sangat sesuai dijadikan sebahagian daripada muamalah di dalam Islam. Matlamat atau tujuan muamalah di dalam Islam adalah berdasarkan kepada maqasid syariah atau maksud syariah itu sendiri iaitu pengurusan dalam aspek tatacara urus niaga dan menguruskan kewangan yang mengikut syariah, hal ini kerana ianya sangat penting dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam dalam segenap kehidupannya. Menurut Majalah Dakwah (2013) di dalam artikelnya itu lagi, muamalah termasuk di dalam cabang hukum Islam yang keempat iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia atau dikenali juga sebagai ibadah umum. Di bawah cabang hukum ini, terdapat perkara-perkara atau aspek seperti perundangan kekeluargaan, pemerintahan negara, hubungan antarabangsa, sistem perundangan, pencegahan jenayah serta muamalah Islam seperti dalam pernyataan sebelum ini.

1.2. Latar Belakang KajianKonsep keusahawanan Islam dan konvensional memiliki beberapa perbezaan yang boleh dibezakan. Di dalam konsep keusahawanan konvensional, konsep yang diguna pakai atau ideologi yang digunakan dalam mengurus jentera perniagaan seseorang usahawan itu adalah berasaskan kepada keuntungan sebagai tujuan yang paling utama, diikuti dengan kepuasan kendiri, mampu mengenal pasti peluang dan bersedia untuk menghadapi risiko dan ketidakpastian ianya sesuai dengan tujuan sesuatu perniagaan itu ditubuhkan. 1.3. Usahawan dan Keusahawanan dari perspektif Barat.Abd. Aziz Yusof (2010) usahawan atau di dalam bahasa Inggeris, entrepreneur merupakan gabungan daripada tiga perkataan iaitu entre, pre dan neur. Dalam bahasa latin, iaitu entre bermaksud entre, pre bermaksud before dan neur bermaksud nerve centre. Daripada perkataan ini usahawan telah didefinisikan sebagai seorang yang masuk ke dalam alam perniagaan tidak kira apa bentuk perniagaan apa sekalipun dan dalam masa yang sama bersaing untuk terus mengukuhkan lagi perniagaan yang dijalankan. Maka, usahawan dari konteks konvensional dapat ditakrifkan sebagai seorang yang sentiasa mengintai peluang dan merebut peluang sebelum orang lain menyedari terdapatnya peluang sedemikian, mampu mengenal pasti, mengeksploitasi peluang perniagaan dan bersedia untuk berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian.Menurut Abd. Aziz Yusof (2010), kebanyakkan ahli akademik menekankan faktor peluang seterusnyanya menggunakan peluang tersebut lebih dari pemilikan perniagaan itu sendiri. Antaranya, Kuratko & Hodgetts (1995) telah menyatakan bahawa,entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and asume the risks of business. Boschee dan McClurg (2003) pula menjelaskan bahawa usahawan adalah individu yang mengatur, mengurus, dan menanggung risiko dan ketidakpastian. Manakala, definisi keusahawanan menurut Pride, Hughes dan Kapoor (1988) adalah suatu bentuk perniagaan yang dimiliki secara berasingan oleh seseorang yang beroperasi untuk tujuan memperoleh keuntungan. Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) pula mendefinisikan keusahawanan sebagai kesediaan untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa dalam kawalan. Manakala Robert Hisrich (1988) menekankan bahawa keusahawanan adalah satu proses menghasilkan sesuatu yang berbeza dan bernilai dengan menumpukan kepada usaha dan tenaga yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologikal, dan sosial, dan menerima ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri.1.4. Keusahawanan dari perspektif Islam dan Malaysia.Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan usahawan berdasarkan perspektif Islam bermaksud individu yang mengambil tanggungjawab untuk memenuhi keperluan masyarakat dan mengharapkan dua keuntungan iaitu di dunia dan akhirat. Maka dengan itu, Islam tidak menggalakkan eksploitasi dalam menjana keuntungan. Tidak semua aktiviti yang menjana keuntungan diiktiraf sebagai kegiatan keusahawanan oleh Islam sekiranya melampaui batas sehingga merosakkan alam. Muhammad (1999) mengatakan usahawan Muslim tidak sepatutnya melihat keusahawanan sebagai satu daripada faktor pengeluaran selain daripada pekerja, modal, tanah sebagaimana pendekatan yang telah diberikan oleh barat. Bagi Muhammad, barat telah melihat keusahawanan dalam konteks yang terhad iaitu memenuhi tuntutan keduniaan dengan membelakangkan perkara kerohanian dan ketuhanan. Justeru, dalam mendefinisikan keusahawanan, Muhammad mendefinisikan usahawan ialah individu yang bersedia menyumbang modal, kepakaran dan kemahiran melalui pembangunan kreativiti dan inovasi dengan memastikan tindakakn dan keputusan yang diambil selari dengan ketetapan Allah SWT. Adnan Alias (1990) pula mendefinisikan usahawan Muslim sebagai seorang individu yang dengan kemahuannya sendiri sentiasa memburu dan menilai peluang perniagaan dengan tujuan meraih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan melaburkan sebahagian daripada hartanya dan sepanjang usaha itu, individu itu sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan.Manakala Sudin Haron (1998) menjelaskan definisi usahawan Muslim ialah seorang Islam yang secara berterusan mencari, menggembleng dan memanfaatkan kurniaan Allah SWT untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhlukNya yang selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah. Menurut Abd Aziz Yusof (2004) menyatakan usahawan Muslim ialah individu yang sentiasa taat dan patuh pada arahan dan larangan Allah dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan penghuni semesta alam. Firman Allah SWT yang bermaksud :Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak mengalami kerugian. Surah Faatir :29Berdasarkan petikan ayat dari Surah Faatir ini, Abd Aziz Yusof (2004) telah membuat rumusan bahawa individu yang mempunyai sifat dan kriteria seperti berikut layak digelar sebagai usahawan Muslim :1. Mereka yang gigih mencari peluang perniagaan dan merealisasikan nilai-nilai keusahawanan sebagai satu cara hidup.2. Mereka yang bersedia memberi sumbangan tenaga, pengetahuan dan kewangan secara istiqamah tanpa mengharapkan keuntungan dunia semata-mata.3. Mereka yang menyedari keterhadan sumber dan melalui kesedaran ini apabila mereka memperoleh sumber mereka akan mengambil faedah seoptimum mungkin dengan mengelakkan daripada berlakunya sebarang bentuk pembaziran dan penyalahgunaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Aku tidak suka kepada tiga perkara : perdebatan yang tidak bermakna, pembaziran barangan dan menyoal berlebihan. Riwayat Bukhari.4. Mereka yang berani membuat perubahan bagi meningkatkan lagi kehidupan manusia sejagat.5. Mereka yang mengetahui keutamaan sumbangan mereka kepada masyarakat, negara dan agama. Mendapatkan keredaan Allah SWT merupakan matlamat hakiki penglibatan mereka dalam kegiatan keusahawanan.6. Mereka yang sentiasa berusaha secara berterusan dengan mengutamakan aktiviti nilai tambah terhadap proses, barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan.

Maka Abd. Aziz Yusof (2004) menyimpulkan bahawa peranan yang dimainkan usahawan Muslim adalah seperti berikut :1. Membolehkan berlakunya penggabungan faktor-faktor pengeluaran yang dikurniakan Allah SWT termasuk tanah, modal, teknologi, maklumat, sumber tenaga dan sumber-sumber yang hanya berada dalam ilmu Allah SWT bagi menghasilkan kegiatan keusahawanan dengan secekap mungkin.2. Melihat dan mengenal pasti peluang-peluang dan masalah yang terdapat dalam sesuatu persekitaran atau masyarakat dengan menggiatkan kegiatan keusahawanan yang mampu memberi kesejahteraan sejagat.3. Memilih pendekatan yang terbaik dalam usaha mengambil faedah daripada faktor-faktor pengeluaran agar tidak berlakunya penyalahgunaan dan pembaziran dalam menjalanakna kegiatan keusahawanan.4. Memastikan generasi akan datang terus menikmati kesejahteraan daripada setiap kegiatan keusahawanan yang dijalankan pada masa kini. Keusahawanan Islam pula mengikut Abd Aziz Yusof (2004), memiliki kriteria-kriteria seperti berikut yang boleh diterima sebagai keusahawanan Islam :1. Konsep kesyumulan dalam Islam telah menjadikan keusahawanan sebagai elemen yang tidak terpisah daripada Islam. Apabila berlakunya suatu pemisahan, kemajuan yang dicapai akan menyimpang dari tuntutan Islam.2. Dengan fitrah kejadian manusia, manusia mestilah terlebih dahulu Muslim kemudian barulah menjadi usahawan Muslim. Manusia berihsan adalah mengabdikan diri kepada Allah dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas hubungan dengan ketuhanan dan hubungan sesama kemanusiaan, akan mendahului keredaan Allah SWT daripada memperoleh keuntungan fizikal, yang menjalankan kegiatan keusahawan bukanlah sekadar untuk mencari keuntungan tetapi sebgai memenuhi tuntutan fardu kifayah.3. Istilah kejayaan dalam al-Quran adalah falaha, aflaha dan juga faza fazwan. Kejayaan menurut saranan al-Qurtubi bermaksud mencari rezeki yang halal, qanaah, taufik, saadah dan jannah. Formula kejayaan dalam Islam mempunyai pertalian dengan kesejahteraan di akhirat. 4. Keusahawanan adalah merupakan salah satu cabang ibadat. Keusahawanan adalah kerjaya yang dituntut oleh Islam seperti yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.. Surah al-Baqarah :275.5. Yang mengadikan dirinya kepada Allah melalui perniagaan dan dalam proses memenuhi tuntutan fardhu kifayah juga memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan masyarakat.Menurut Abd. Aziz Yusof (2010) usahawan dalam konteks Malaysia pula merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membantu dalam usahanya untuk mencapai kejayaan, mempunyai daya usaha, motivasi, kreativiti, kepercayaan pada diri sendiri yang tinggi dan keuoayaan mengambil risiko. Abd. Aziz menyatakan bahawa perkataan asal usahawan adalah usaha yang mana ia berkaitan dengan daya usaha untuk mencapai sesuatu perkara. Secara umumnya, masyarakat Malaysia melihat pengertian usahawan dalam pelbagai dimensi, Abd Aziz menyatakan lagi bahawa peniaga seperti peniaga runcit, penjaja, peniaga pasar malam atau peniaga di pasar-pasar gerai adalah usahawan. Hakikatnya, usahawan adalah lebih dari itu kerana usahawan adalah sebagai agen perubahan dalam masyarakat dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Usahawan ialah mereka yang dapat mengenal pasti peluang dan menghubungkan peluang itu dengan pengguna seterusnya mewujudkan sebuah perniagaan yang menghasilkan keuntungan yang lumayan.1.5. Keusahawanan Islam di dalam dunia perniagaan fesyen Muslimah.Berdasarkan petikan dari artikel Sinar Harian, (2012) yang bertajuk Hijab dan Busana menyatakan bahawa pandangan wanita yang berhijab ini hanyalah pemahaman tentang penutupan kepala sahaja. Bertudung atau berselendang merupakan imej bagi wanita Islam, yang dapat membezakan beliau dengan wanita bukan Islam. Walau bagaimanapun, berhijab bukanlah bermaksud hanya menutupi kepala sahaja, sebaliknya lebih mendalam lagi perlaksanaannya iaitu kepala termasuk rambut dan anggota yang berkaitan juga perlu ditutup agar memenuhi keseluruhan tuntutan syariah. Melalui petikan artikel ini Sinar Harian (2012), membawa perubahan dalam penampilan berhijab atau cara bertudung bukanlah sesuatu perkara yang dilarang, asalkan asas penutupan aurat itu difahami dengan sebaiknya. Hal ini berbeza dengan wanita bukan Islam, mereka boleh berpenampilan mengikut cita rasa pereka busana yang berpandukan imaginasi atau inspirasi yang bersumberkan apa sahaja. Dan apabila mereka menghasilkan rekaan pasti ia bertujuan untuk menarik perhatian kepada tubuh badan atau bentuk badan yang hendak ditonjolkan atas nama cantik. Mengikut petikan artikel Sinar Harian (2012) itu lagi, keadaan ini memberi nilai keistimewaan kepada wanita Islam dalam pemahaman mengenakan busana ke atas tubuh badan mereka yang perlu berpandukan kepada hukum perlaksanaan yang diperuntukkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Hal ini adalah kerana, tujuan utama perlaksanaan penutupan aurat ke atas wanita adalah bertujuan untuk menjaga kehormatan dirinya, menutup keaiban dirinya, melindungi dirinya daripada diganggu dan juga mengangkat kemuliaan dirinya sebagai wanita. Malah wanita diberi kebebasan dalam menggayakan penutupan aurat berdasar budaya atau faktor cuaca dan walaupun cara penutupannya berbeza namun anggota yang wajib ditutup adalah tetap sama bagi semua wanita yang telah mencapai usia akil baligh.1.6. Pernyataan Masalah.Keusahawanan Islam merupakan satu bidang yang masih lagi baru untuk dibahaskan dalam dunia keusahawanan yang terdapat di Malaysia. Hal ini adalah kerana, pada waktu sebelum ini, rata-rata ahli perniagaan terdiri daripada kalangan usahawan bukan Islam yang memegang ideologi konsep keusahawanan konvensional atau konsep keusahawanan barat. Pemupukkan budaya keusahawanan lebih tertumpu kepada kepuasan individu tanpa mengira latar belakang agama sasaran pengguna atau pembeli. Dan akhirnya, pengguna di negara kita yang rata-rata pengguna Muslim yang menyumbang kuasa membeli yang paling banyak di negara ini mempunyai pilihan yang tidak mengikuti acuan berdasarkan agamanya. Keterbatasan ini akhirnya mampu menggugat tahap kepatuhan seorang muslim kepada ajaran agamanya dan hal ini adalah sangat bahaya dalam kehidupan seorang Muslim kerana apa yang diusahakan di dunia akan disoal, dihitung dan dan dihukum di akhirat kelak, justeru penjagaan syariat adalah penting bagi seorang Muslim. Sekiranya, seorang Muslim tidak berusaha untuk menghasilkan sesuatu penemuan yang baik bagi kesejahteraan umat Islam dunia dan akhirat, maka umat Islam terpaksa menempuhi zaman-zaman yang memisahkan realiti akhirat dengan tanggungjawabnya yang diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Surah Ali Imran ayat 104.Sehubungan itu, konsep keusahawanan Islam dilihat dapat menjaga tahap kepatuhan seorang Muslim kepada ajarannya. Keusahawanan Islam merupakan salah satu cabang yang dapat membuktikan Islam itu adalah Ad-Din, iaitu Islam ialah cara hidup yang dapat memberi panduan kepada umat manusia dalam pengurusan kehidupan yang menentang penindasan dan kezaliman.Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang konsep keusahawanan Islam hanyalah pengetahuan yang berlegar-legar dalam ruangan institusi pengajian tinggi sahaja. Malah, tidak semua institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengetengahkan konsep keusahawanan Islam dalam pembelajaran atau pengetahuan semasa ini secara besar-besaran kepada mahasiswa/wi. Pengetahuan tentang keusahawanan Islam yang kurang dipromosikan ini di peringkat institusi pengajian tinggi lagi boleh mengurangkan pengaruhnya ke dalam masyarakat awam. Mahasiswa atau mahasiswi dapatlah dilihat sebagai agen perubahan kepada masyarakat, hal ini kerana semasa di peringkat institusi pengajian tinggi lagi, mereka telah didedahkan dengan pelbagai pendedahan semasa dan juga pengetahuan yang baru, yang mampu membawa perubahan dalam masyarakat setelah mereka tamat pengajian. Hal ini kerana, graduan lepasan institusi pengajian tinggi mampu mempengaruhi masyarakat dengan pengetahuan yang mereka miliki. Justeru, pengaruh mereka di dalam masyarakat adalah besar.Berikutan itu, bersesuaian dengan ledakan perkembangan busana atau fesyen Muslimah yang berkembang pesat di bumi Malaysia pada masa ini, satu persoalan timbul mengenai pemahaman pengusaha-pengusaha busana Muslimah di Malaysia dalam memahami konsep keusahawanan Islam bagi menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka selaras mengikut tuntuan syarak dan mengenai konsep rekaan pakaian yang direka oleh pengusaha bussana Muslimah sama ada yang bersesuaian dengan syarak mahupun sebaliknya. Hal ini ingin dikaji dalam kajian ini kerana, ledakan fesyen yang diilhamkan daripada pereka Barat sebelum ini amatlah menyimpang daripada apa yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Pemakaian yang diilhamkan oleh pereka Barat adalah tidak menutup aurat bagi Muslimah. Malahan, ada juga rekaan yang memang direka untuk memberikan penegasan kepada susuk tubuh si pemakai iaitu wanita terutamanya agar ianya menjadi tumpuan. Sedangkan di dalam Islam, syarak menggalakkan umatnya berkemas dan bercantik, namun dibatasi dengan nilai-nilai kesopanan dan maruah diri si pemakai. Maka, seperti yang telah dinyatakan seperti perenggan-perenggan sebelumnya, pandangan mahasiswa atau mahasiswi dilihat penting bagi mengenal pasti aras kefahaman dan pengetahuan tentang keusahawanan Islam di kalangan pengusaha perniagaan busana Muslimah yang giat berkembang pesat. Justeru, pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin dikaji dalam kajian ini. Hal ini adalah kerana hampir keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal bergelar sebagai pendidik apabila tamat pengajian mereka. Pengaruh mereka yang bergraduasi daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris ini lebih mempengaruhkan kesan ke atas masyarakat kerana profesion mereka ini sebagai pendidik adalah lebih dekat dengan hati masyarakat. Justeru peranan mereka sebagai pendidik menjadikan profesion mereka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat berbanding jawatan profesional yang lain. 1.7. Persoalan KajianBerdasarkan latar belakang kajian yang dinyatakan seperti di atas, persoalan bagi kajian ini ialah :1. Sejauh mahasiswa atau mahasisiwi, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengetahui konsep keusahawanan Islam dalam menjalankan perniagaan atau organisasi perniagaan yang sedia ada di Malaysia?2. Adakah mahasiswa atau mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris menganggap bahawa keusahawanan Islam hanyalah satu topik utopia dalam meningkatkan kegiatan ekonomi masyarakat muslim khususnya di Malaysia?3. Adakah mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris melihat konsep keusahawananan Islam sebagai asas atau dasar bagi pengusaha perniagaan dalam menghasilkan rekaan baju untuk Muslimah?4. Adakah mahasiswa atau mahasiswi khususnya mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris melihat perkembangan fesyen busana Muslimah di Malaysia sebagai satu ledakan perkembangan ekonomi dalam umat Islam?5. Apakah pandangan mahasiswa atau mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap perkembangan fesyen atau busana Muslimah di Malaysia sebagai satu tujuan untuk menjaga atau memelihara perlaksanaan syariat agama Islam atau keuntungan sahaja?

1.8. Objektif kajian :2. Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang konsep keusahawanan Islam dalam era dunia globalisasi kini.3. Mengenal pasti kepekaan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang sensitiviti penjagaan aurat berdasarkan perkembangan fesyen Muslimah semasa.4. Mengenal pasti jenis pandangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang kod pemakaian Muslimah yang terbaik mengikut sisi syarak.5. Mengenal pasti sama ada keusahawanan Islam adalah sebagai langkah membasmi eksploitasi ekonomi oleh Barat yang memiliki ciri-ciri yang bercanggah dengan syariat Islam?6. Mengenal pasti pandangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang tanggungjawab memperkenalkan keusahawanan Islam kepada masyarakat melalui pendidikan atau sebagainya

1.9. Metodologi KajianPenyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan. Reka bentuk bagi kajian ini ialah bersifat emprikal. Lokasi kajian adalah di sekitar kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.10. Sampel Kajian.Sampel bagi kajian ini ialah mahasiswa/si Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jantina responden adalah lelaki dan juga wanita kerana tajuk kajian ini iaitu bersifat liberal iaitu umum untuk diberikan pandangan atau pendapat. Maka, sampel kajian ini juga adalah diambil secara rawak tanpa mengira peringkat tahun pengajian mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, sampel kajian ini hanya dilakukan terhadap responden yang beragama Islam sahaja, kerana tujuan kajian adalah untuk mengkaji tahap kesedaran umat Islam. Maka, responden perlu beragama Islam.

1.11. Pengumpulan Data atau Maklumat.Pengumpulan data dan maklumat bagi kajian ini dilakukan melalui kaedah pemerhatian aktiviti mahasiswa/si Universiti Pendidikan Sultan Idris sama ada semasa sepanjang di kampus atau waktu cuti di kampung dan juga beberapa temu bual mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.12. Penganalisisian Data.Data bagi kajian ini di analisis secara kualitatif, iaitu tidak menggunakan perisian SPSS. Maklumat data akan di kaji berdasar hasil temu bual dan analisis pemerhatian aktiviti mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.13. Limitasi kajian.Limitasi bagi kajian adalah kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui pandangan dan tahap pengetahuan konsep keusahawanan Islam dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat tahap kesedaran mahasiswa atau mahasiswi yang beragama Islam sahaja, maka responden yang bukan beragama Islam tidak menjadi sebahagian daripada analisis kajian ini dilakukan.

BAB 2LITERATUR KAJIAN

Bab 2 : Literatur Kajian.2.1. Keusahawanan dalam Konteks Peradaban Islam.Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi umat Islam kini ialah cara untuk mengembalikan semula kegemilangan peradaban yang telah berjaya mereka bina selama melebihi 10 abad. Hasil daripada kegemilangan ini, tiga perempat daripada keluasan dunia telah berjaya berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka bukan hanya memerintah tetapi berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan, kezaliman dan kegelapan. Umat Islam juga ketika itu berjaya membawa kemakmuran dalam pelbagai lapangan termasuk perubatan, sains, astronomi, kesusasteraan, dan kemasyarakatan dengan mengemukan tokoh dan model yang tersendiri. Antaranya Ibnu Sina dalam bidang perubatan, al-Khawarizmi dalam bidang matematik, dan Ibnu Khaldun dalam bidang kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, di dalam lapangan keusahawanan umat Islam tidak memiliki tokoh dalam bidang ini sepertimana yang terdapat dalam lapangan yang lain. Menurut Abd. Aziz Yusof (2010), ketiadaan model usahawan Muslim atau model berkenaan sengaja tidak ditonjolkan dalam sejarah Islam menyebabkan umat Islam pada hari ini teraba-raba dalam mencari usaha untuk mencari model yang layak dicontohi. Kuran (2007) menjelaskan betapa pentingnya sejarah dalam pembangunan keusahawanan apabila beliau menyatakan : In brief, the supply of entrepreneurship is dependent on history. A society can stagnate it was stagnant in the past. It can find itself trapped in a lethargic state characterized by low entrepreneurship, not because it lacks risk takers capable of innovation but simply because of its entrepreneurial history.Ternyata di dalam lapangan ini menurut Abd. Aziz Yusof (2010) sumbangan tokoh-tokoh usahawan Muslim terhadap kemakmuran dunia sengaja dipadamkan. Umat Islam tidak memiliki satu pun model usahawan yang berjaya yang layak dicontohi kecuali usahawan yang telah dibangunkan daripada generasi al-Quran di zaman Rasulullah SAW. Kesan daripada ketiadaan model usahawan Muslim, menurut Abd. Aziz Yusof umat Islam yang sepatutnya berperanan memimpin telah dipimpin mengikut telunjuk orang lain. Menurut beliau, umat Islam perlu bertindak untuk membina jambatan kehidupan dunia yang sejahtera dengan kehidupan akhirat yang abadi melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan.

2.2. Keusahawanan Islam sebagai agen kegemilangan Islam.Bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam, umat Islam perlu melaksanakan dua tanggungjawab utama mengikut Fathi Yakan, (1982) iaitu tanggungjawab khusus berhubung dengan diri sendiri yang diistilahkan sebagai fardu ain, dan yang kedua, tanggungjawab umum yang melampaui tanggungjawab peribadi yang diistilahkan sebagai fardhu kifayah. Menurut pandangan Islam, Fathi Yakan menyatakan dalam mencari rezeki, umat Islam hendaklah melakukan tiga peranan penting kepada masyarakat iaitu :2.2.1 Peranan pertama :Umat Islam perlu mempunyai segolongan mereka yang melibatkan diri dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan atau dikehendaki oleh umat Islam dan manusia sejagat. Penglibatan mereka dalam lapangan ini merupakan fardhu kifayah kerana mereka bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan umat Islam dan manusia sejagat. Sebagai contoh, penglibatan segolongan umat Islam dalam pengeluaran makanan yang dijamin halal mampu menjadi alternatif untuk menghilangkan rasa waswas terhadap barangan makanan yang dikeluarkan oleh pihak lain. Begitu juga dalam industri media, umat Islam dan manusia sejagat dalam memperoleh maklumat yang lebih tepat berbanding dengan maklumat yang mereka peroleh daripada media asing bukan milik umat Islam.Wan Liz Ozman (1996) menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memperbaiki kualiti kehidupan dengan terus meningkatkan mutu kerja dan produktiviti. Produktiviti pula perlu dari segi input yang dibekalkan dengan output yang dihasilkan. Peningkatan produktiviti turut dipengaruhi oleh faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman adalah seperti semangat, minat, sikap, dorongan, sahsiah, kewibawaan serta nilai-nilai murni yang dimiliki seperti amanah, jujur, istiqamah dan adil. Faktor luaran pula adalah seperti, sokongan, kemudahan yang disediakan dan juga teknologi. Produktiviti perlu sentiasa seiring dengan kualiti. Menurut Wan Liz Ozman lagi, kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan oleh umat Islam dengan memberi penekanan terhadap aspek kesempurnaan (al-Itqan), pembaharuan (al-Tajdid), dan inovasi (al-Ikhtiar).

Rajah 1 : Penekanan terhadap aspek kesempurnaan dalam penghasilan produk.

2.2.2. Peranan kedua :Menurut Fathi Yakan lagi, peranan kedua dalam mencari rezeki, umat Islam perlu mempunyai segolongan daripada mereka yang berusaha untuk memasarkan barangan atau pwerkhidmatan yang dihasilkan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada umat manusia sejagat. Bagi Kuran (2007), usahawan Muslim perlu terus mencari pasaran baru dan pada masa yang sama hendaklah meningkatkan kualiti perkhidmatan terhadap pasaran yang sedia ada. Bagi mencapai matlamat ini, mereka perlu berusaha untuk memasarkan hasil pertanian, perikanan, perladangan, ternakan dan perlombongan yang diperlukan masyarakat di samping menambah nilai terhadap barangan atau perkhidmatan barangan atau perkhidmatan. Umat Islam boleh menggunakan pelbagai saluran pengagihan bagi memastikan barangan atau perkhidmatan sampai kepada kumpulan sasar.2.2.3. Peranan ketiga :Peranan yang ketiga pula, umat Islam perlu memastikan terdapat dalam mereka yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang halal dan selamat digunakan sepenuhnya tanpa sebarang keraguan oleh umat Islam. Konsep halal lagi bersih iaitu halalan tayyiba yang diperkenalkan oleh ajaran Islam menunjukkan bahawa dalam usaha usahawan Muslim menjana pembangunan ekonomi ummah, mereka perlu mengambil kira dan memenuhi tuntutan hubungan dengan Allah SWT (halallan) yang bersifat kerohanian (manawiyyah) dan juga hubungan sesama manusia (at-tayyibat) yang bersifat pembangunan jasad (maddiyyah). Menurut Shahidan dan Osman (2002) pelanggan dan pengguna sangat memerlukan maklumat yang tepat tentang kandungan bahan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk memastikan halal lagi baik dari kaca mata Islam.

2.3. Keusahawanan Islam.2.3.1. Pendahuluan Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa, menurut Ibn Khaldun, beliau mentakrifkan perniagaan atau keusahawanan sebagai satu daripada aktiviti muamalat Islam. Kedua-dua aktiviti ini bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara menjual barangan atau perkhidmatan melebihi harga yang dibeli. Maka, kadar yang lebih itulah yang dinamakan keuntungan yang menjadi idaman serta dorongan kepada setiap usahawan. Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa keusahawanan telah diterima sebagai satu kegiatan unik yang dilakukan oleh seseorang secara individu atau berjemaah sebagai usaha untuk memperoleh keuntungan melalui aktiviti tambah nilai. Menurut Abd. Aziz Yusof lagi bagi menjayakannya, memerlukan seseorang untuk menggabungkan kekuatan jasmani, kognitif, pengalaman, keupayaan dan juga kemahiran.Sudin Haron (1998) menjelaskan bahawa keusahawanan Islam merupakan proses pencarian, penggemblengan dan permuafakatan kurniaan Allah SWT untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah SWT yang lain sebagaimana yang telah digariskan di dalam al-Quran dan sunnah.Adnan dan Mohamed Dahalan (2002) pula menjelaskan keusahawanan Islam secara menyeluruh yang meliputi fungsi dan tugas usahawan Muslim yang bermula dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba tuhan hinggalah kepada dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah SWT. Definisi yang diberikan oleh mereka berdua adalah selari dengan tujuan manusia dijadikan Allah SWT sebagai hamba dan juga khalifah Allah SWT.2.3.2. Falsafah Keusahawanan Islam.Abd. Aziz Yusof (2010), menyatakan menurut Sheikh Ghazali Sheik Abod, (1991) falsafah keusahawanan Islam diasakan kepada tiga perkara penting, iaitu mengutamakan nilai, membangun daya intelek dan memastikan kecekapan.2.3.2.1. Mengutamakan nilai :Abd. Aziz menyatakan bahawa nilai merupakan suatu kepercayaan asas mengenai perilaku-perilaku tertentu atau tujuan di sebalik kepercayaan disebabkan sesuatu yang diterima oleh sebagai satu perkara yang penting dan tahu bagaimana pentingnya perkara berkenaan. Nilai juga merupakan orientasi emosi yang akan menentukan kecintaan dan kebenciaan terhadap aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan. Khalid Duran (1997) mendapati nilai-nilai Islam yang melarang tindakan yang bukan sahaja memudaratkan orang lain malah diri sendiri adalah bersifat sejagat serta sesuai dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan manusia. Rahman (1996), menjelaskan lagi bahawa melalui prinsip-prinsip ini menjurus usahawan Muslim untuk jadi lebih bertanggungjawab, bersikap lebih terbuka dan seimbang.Menurut Sheik Ghazali Sheikh Abod (1991), beliau menyatakan bahawa, dalam keusahawanan Islam nilai terletak pada konsep amanah di mana pemberi amanah ialah Allah SWT yang berperanan sebagai al-Khaliq, yakni pencipta kepada manusia yang telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut beliau, di dalam amanah itu sendiri terkandung risalah suci dalam perhubungan manusia sesama manusia iaitu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, mengeratkan ikatan persaudaraan atau pun ukhuwah dalam segala perkara kehidupan dan dalam hubungan manusia dengan alam iaitu untuk membangunkan sumber-sumber yang ada sebaik-baik mungkin dengan mengelakkan daripada berlakunya pencemaran atau kerosakan.2.3.2.2. Membangunkan Kekuatan Intelek.Abd. Aziz Yusof (2010) dalam kajiannya menyatakan bahawa daya intelek membuktikan kekuatan kognitif luar biasa yang bakal mempengaruhi ketepatan dalam menganalisis dan mebuat keputusan. Usahawan yang mempunyai daya intelek yang tinggi mempunyai kebijaksanaan luar biasa sehingga mereka berusaha dengan penuh istiqamah untuk mencapai kejayaan. Daya intelek adalah satu nikmat pemberian Allah SWT yang amat besar terhadap manusia. Pembangunan keintelektualan yang seimbang akan membolehkan usahawan Muslim mengoptimumkan potensi keupayaan diri seperti berfikir secara proaktif, membuat penaakulan, melakukan penganalisisan dan melebarkan pandangan. Sifat perlu dikembangkan melalui proses-prose bimbingan tertentu yang manusia perlu mempelajari dan mendalami ilmu sebanyak mungkin dengan segala cabangnya yang boleh dimanfaatkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk masyarakat dan alam segajat.Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa, sifat intelektual ini jugalah yang mendorong manusia atau dalam konteks ini, usahawan untuk menjadi kreatif, inisiatif, inovatif, positif, dan dedikasi. Melalui sifat intelektual yang tinggi ini, usahawan Muslim mendapat faedah daripada ayat-ayat Allah SWT tetapi yang menyedihkan mereka seolah-olah telah lupa dengan peluang-peluang keusahawanan yang pernah dijelaskan Allah SWT, namun sebaliknya usahawan bukan Islam yang mengambil manfaat daripadanya. Antara ayat yang dimaksudkan ialah firman Allah SWT yang bermaksud :Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah : buatlah sarang-sarangmu di gunung-gunung, di pohon-pohon, dan di bangunan yang didirikan manusia. Kemudian, diwahyukan Tuhan lagi : Makanlah dari segala macam buah-buahan, dan tempuhi jalan Tuhanmu yang dipermudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman yang berbagai-bagai warnanya. Di dalamnya tersimpan ubat bagi manusia. Sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Surah an-Nahl : 68-69.

2.3.2.3. Memastikan Kecekapan.Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa, kecekapan ialah kemampuan, keupayaan dan kehebatan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang bakal membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan lebih berkesan. Ini termasuk kecekapan menganalisis, membuat keputusan, konsisten dengan kerja yang dilakukan dan kemampuan untuk berinteraksi. Seterusnya, setiap keputusan, tindakan dan perilaku yang ditonjolkan mampu meningkatkan kualiti, keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti dan mampu memberi penambah nilai kepada setiap aktiviti, proses dan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan.Tambah beliau lagi, kecekapan terhasil daripada latihan dan displin berterusan bagi membantu usahawan Muslim boleh menghasilkan, memodifikasi dan mencipta barangan atau perkhidmatan yang baru dalam usaha meningkatkan lagi kegiatan keusahawanan yang diceburi. Mereka perlu sedar kelangsungan dan kemajuan mereka bergantung kepada kemampuan usahawan Muslim untuk terus membuat penyelidikan terhadap sumber-sumber yang ada.

Dalam konteks ini, firman Allah SWT yang bermaksud :Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang saling berdampingan, kebun-kebun anggur, pohon-pohon kurma ada yang bercabang dan yang tiada bercabang, (semuanya) disirami dengan air yang sama. (Dalam pada itu) Kami mengutamakan sebahagian atas yang lain pada rasanya. Sesungguhnya semua itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal. Surah ar-Rad : 4....Dan kami ciptakan besi yang di dalamnya (mengandungi) kekuatan dan kemanfaatan bagi manusia, agar Allah mengetahui orang-orang yang menolong-Nya (agamaNya) dan rasul-rasul-Nya tanpa melihatnya.... Surah al-Hadid : 25.

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah menyampaikan ayat-ayatNya kepada usahawan Muslim supaya mengambil faedah daripada sumber-sumber tanaman, ternakan dan juga besi untuk diusahakan sebagai persediaan memperkuatkan kedudukan umat Islam. Sebagai pemegang amanah dan khalifah Allah SWT, usahawan Muslim hendaklah bersedia mengambil faedah daripada ayat-ayat tersebut yang jelas mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti keusahawanan. Bagi membolehkannya dieksploitasi sebaik mungkin mereka hendaklah lebih imaginatif, kreatif dan inovatif dalam mengeluarkan dan mencipta barangan baru daripada sumber-sumber berkenaan.Maka, terdapat empat tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh umat Islam di dalam konsep keusahawanan, iaitu tanggungjawab terhadap Allah SWT, pekerja, masyarakat sekitar dan dirinya sendiri dalam usaha untuk mengambil faedah daripada setiap sumber yang telah dikurniakan Allah SWT. Oleh kerana amanah adalah kurniaan Allah SWT dan datang daripadaNya, maka menunaikan amanah adalah merupakan satu ibadah kerana pada dasarnya manusia diciptakan untuk beribadah kepadaNya.Abd. Aziz Yusof dalam kajiannya menyatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh usahawan Muslim untuk menggabungkan keempat-empat elemen di atas. Segala kegiatan keusahawanan dapat berjalan lancar dalam suasana yang harmoni akan melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti keusahawanan termasuk pertanian, ternakan dan perkilangan dengan skala yang besar. Hasil daripada kegiatan ini bukan hanya menjana keuntungan tetapi mampu mempertingkatkan persaudaraan sesama manusia. Melalui konsep amanah, daya intelek yang dimiliki oleh usahawan Muslim dapat diperkembangkan kesan daripada terdapatnya ketenangan dan keharmonian yang wujud dalam persekitaran. Seterusnya, kecekapan juga dapat terus dibangunkan melalui program latihan yang bakal diberikan secara berterusan dan beristiqamah dalam usaha untuk memastikan penambahbaikan berterusan berlaku.

2.4. Matlamat Keusahawanan Islam.Bagi membangunkan keusahawanan Islam, usahawan Muslim perlu terlebih dahulu mempunyai matlamat bagi penglibatan mereka yang ingin melibatkan diri dalam keusahawanan Islam. Menurut Abd. Aziz matlamat dalam membangunkan keusahawanan Islam adalah seperti berikut :2.4.1. Pembangunan Manusia.Pembangunan manusia ke arah kesejahteraan sejagat merupakan matlamat utama dalam keusahawanan Islam. Manusia ini pada hakikatnya perlu dibangunkan dari segi kualitatif (seperti kemanusiaan) dan kuantitatif (seperti keperluan fizikal) untuk memastikan mereka mampu mengambil faedah daripada setiap sumber yang ada di dunia ini bagi tujuan untuk terus memakmurkannya. Ini bermakna, keusahawanan Islam akan membangunkan kemanusiaan seperti kejujuran, amanah dan kepatuhan kepada suruhan Allah SWT dan juga kemampuan mereka untuk mencipta barangan atau perkhidmatan baru untuk memenuhi keperluan manusia sejagat. Firman Allah SWT yang bermaksud :Jika engkau sangat ingin buat menunjuki mereka, sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang yang sesat dan tiada lagi bagi mereka orang yang menolong. Surah an-Nahl : 37Berdasarkan ayat firman Allah SWT ini, Allah SWT telah memberi amaran kepada umat manusia agar tidak mengambil kesempatan terhadap peluang yang ada terhadap kesempitan yang dihadapi oleh orang lain dengan mengetepikan aspek kemanusiaan.

2.4.2. Penghasilan Barangan atau Perkhidmatan.Di dalam firman Allah SWT yang bermaksud :Kami adakan di bumi kebun-kebun yang berisi pohon-pohon kurma dan buah-buahan anggur dan kami pancarkan di sana mata air. Supaya mereka makan buah-buahannya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tiada kah mereka berterima kasih? Surah Yasin :34-35Berdasarkan ayat firman ini, umat manusia terutamanya umat Islam perlu mengambil pendekatan untuk terus berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran dan juga pemasaran malah penghasilan barangan dan perkhidmatan daripada kegiatan keusahawanan Islam haruslah tidak bersifat statik. Barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan perlu terus dipertingkatkan sama ada dari segi kualiti dan juga kuantiti bagi memenuhi keperluan manusia yang terus bertambah dan cita rasa mereka yang terus berubah. Barangan yang dikeluarkan perlu dipelbagaikan asalkan ianya tidak bercanggah dengan tuntutan Islam.2.4.3. Menyediakan Jaminan Keselamatan Sejagat.Setiap usahawan Muslim akan menjauhkan diri daripada sebarang bentuk penindasan yang mendatangkan kesukaran kepada pelbagai pihak. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :Kecelakaan besarlah orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka menerima takaran dari orang lain mereka meminta dipenuhi dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan alam semesta? Surah al-Mutaffifin :1-6.Maka secara tidak langsung, keusahawanan Islam menjamin keselamatan sosial untuk semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Keusahawanan Islam akan memberi keprihatinan yang tinggi kepada perkara kebajikan, keselesaan, kesihatan dan keselamatan sejagat. Mereka perlu sedar bahawa hakikat kejadian manusia adalah saling membantu dan saling mengenali. Menurut Mohd. Nasir Omar (1995), Islam turut mengiktiraf bahawa manusia berbeza mengikut jantina, etnik, warna kulit, bentuk fizikal, personaliti, bahasa dan kebudayaan akan tetapi ciri perbezaan tersebut diciptakan Allah adalah semata-mata bertujuan untuk saling kenal antara satu sama lain. 2.4.4. Mewujudkan Peluang Pekerjaan.Melalui kegiatan keusahawanan yang digiatkan oleh usahawan Muslim, gerak kerja aktiviti pengeluaran dalam penghasilan produk mahupun pengurusan organisasi perniagaan akan membolehkan peluang pekerjaan diwujudkan kepada masyarakat setempat. Tanggungjawab sosial yang wujud daripada aktiviti keusahawanan ini mampu mengelakkan masyarakat daripada berhadapan dengan masalah sosial seperti kemiskinan, penggangguran dan juga pelacuran sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :Sesungguhnya kami telah memuliakan anak adam itu, dan an kami angkut mereka dengan kenderaan di darat dan di laut serta kami beri mereka rezeki dengan yang sebaik-baiknya. Dan kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang kami jadikan dengan kelebihan (yang sempurna itu). Surah al-Isra :70

2.4.5. Menjana Laba (Keuntungan)Laba atau keuntungan merupakan dorongan sebab seseorang melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan. Antara dorongan yang telah disediakn oleh Islam supaya umatnya melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan adalah membenarkan mereka menambahkan sumber kewangan dari pada keuntungan yang dijana dan mengembalikan sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh untuk memakmurkan masyarakat. Menjana keuntungan merupakan hak yang diberikan oleh Allah sebagai ganjaran kepada usaha-usaha yang telah mereka ambil di samping bersedia berhadapan dengan risiko dan juga ketidakpastian. Melalui keuntungan yang diperoleh, mereka boleh mengembangkan syarikat, melebarkan pasaran dan mempelbagaikan pengeluaran. Bagi Islam, sumber kewangan yang dijana bakal mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT.Usahawan Muslim harus bijak dalam menguruskan sumber kewangan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini seperti kerugian yang boleh menyebabkan muflis atau terpaksa menanggung hutang yang membebankan secara berpanjangan. Selain tiu, Islam mengharamkan usahawan Muslim daripada terlibat dalam bentuk rasuah, spekulasi, menyorokkan barangan dan menopoli dengan harapan untuk memperoleh keuntungan segera. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barang siapa yang menopoli barang makanan selama 40 malam, maka terlepaslah dia daripada Allah dan Allah terlepas daripadanya. Hadis Riwayat Ahamad.

2.5. Model Keusahawanan Islam

Allah SWTHablumminallahHablumminannas.Hablumminalalamin.ULAMAAkademik.Pakar.PENGUASA (UMARAK)Pemerintah peringkat nasional.Pemerintah peringkat negeri.Penguasa peringkat daerah atau tempatan.USAHAWAN MUSLIMPeniaga.Pengusaha.Pengilang.Pengedar.Pemasar.Peladang.Penternak.Pembekal.Pembungkus.Pemborong.Dan lain-lain.Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa, kejayaan perlaksanaan kegiatan keusahawanan bergantung kepada gabungan dan permuafakatan yang mantap antara tiga pihak. Ketiga-tiga golongan ini perlu memainkan peranan secara simbiosis iaitu saling sokong-menyokong, saling bantu-membantu dan saling bertindak sebagai check and balance. Ketiga-tiga pihak ini perlu memastikan kegiatan keusahawanan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan yang disediakan, proses kerja yang diambil dalam menjanakan aktiviti berkenaan dan kesan akhir daripada perlaksanaan mampu memenuhi tuntutan secara menegak mereka dengan Allah SWT (hablumminallah) dan juga tuntutan secara mendatar sesama manusia (hablumminannas) dan alam (hablumminalalamin).

Rajah 2 : Rajah menunjukkan Model Keusahawanan IslamBerdasarkan rajah di atas, menunjukkan saling kaitan antara satu sama lain di antara tiga pendokong utama dalam model keusahawanan Islam ini.1. Ulama Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa ulama merupakan individu yang mempunyai keilmuan yang tinggi dalam lapangan ilmu-ilmu syariah. Al- Quran memberikan gambaran tentang ketinggian darjat para ulama sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diebrikan ilmu (ulama) beberapa darjat. Surah al-Mujadalah :11.Mereka juga merupakan golongan yang takut pada Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud :Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Surah al-Fatir :28.Dalam lapangan ini, ulama mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengkaji dan menyelidik hukum-hukum syariat serta mengkomunikasikan kepada orang ramai (Abu Urwah, 1998). Ulama perlu berperanan sebagai pengimbang, penasihat, pendorong dan pengawal kepada umarak dan juga usahawanMuslim dalam menentukan apa dan bagaimana kegiatan keusahawanan patut dijalankan supaya selari dengan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru, dalam perkara ini para ulama dilihat perlu untuk berfikiran terbuka iaitu bersedia dengan tuntutan kontemporari umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya.Gabungan ulama, ahli-ahli akademik dan ahli-ahli yang pakar akan membolehkan institusi ulama melihat sesuatu permasalahan atau perkara-perkara baru mengikut yang lebih luas dalam konteks semasa (kontemporari).2. Pemerintah (Umarak)Golongan umarak perlu berperanan sebagai pemangkin, pemudah cara, pendorong dan pembimbing kepada pembangunan usahawan. Golongan pemerintah ini harus mengambil inisiatif untuk membangunkan usahawan Muslim kerana kewujudan usahawan Muslim adalah amat penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Malah mereka juga harus memastikan bahawa terdapatnya persekitaran yang baik dalam usaha untuk membangunkan kegiatan keusahawanan. Penyediaan infrastruktur, polisi dan peraturan serta program dan latihan di peringkat nasional, negeri dan daerah perlu diberikan oleh golongan umarak ini dalam menyemarakkan kegiatan keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Golongan umarak jugak perlu bersikap ternuka untuk menerima pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh golongan ulama, di samping mendengar keluhan, permasalahan dan kesukaran yang dikemukakan oleh usahawan Muslim.3. Usahawan Muslim.Usahawan Muslim merupakan pelaku utama dalam menjana lapangan keusahawanan. Mereka ialah golongan yang berhadapan secara langsung dengan masalah dan peluang berkaitan dengan kegiatan keusahawanan. Mereka juga adalah golongan yang amat penting kepada pembangunan masyarakat dan juga negara. Golongan usahawan terdiri daripada kalangan mereka yang merupakan peniaga, pengusaha, pengilang, pemborong, dan pemproses, penternak dan juga peladang.Usahawan perlu dibangunkan oleh negara dan masyarakat. Masyarakat perlu memberi sokongan kepada golongan usahawan melalui pembelian yang dilakukan. Manakala negara perlu menyediakan persekitaran yang mampu mempermudahkan proses menjana kegiatan keusahawanan dijalankan iaitu dengan memastikan kestabilan dari perkara ekonomi, politik dan juga sosial.Abd. Aziz Yusof menyatakan bahawa usahawan Muslim adalah milik masyarakat, maka barangan atau perkhidmatan yang disediakan adalah milik keutamaan masyarakat dan negara. Selain berperanan mengeluarkan barangan atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat, mereka juga berperanan untuk mengagihkan keuntungan yang mereka peroleh melalui pengeluaran zakat, pembayaran cukai, mewakafkan dan juga bersedekah serta tidak kurang pentingnya ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Umarak dan ulama perlu sama-sama menilai perkhidmatan dan juga sumbangan yang telah diberikan oleh usahawan Muslim di samping terus membangunkan mereka.

2.6. Model Usahawan Islam.Abd. Aziz Yusif (2010) menyatakan bahawa, Islam melihat usahawan Muslim sebagai individu yang mengambil tanggungjawab untuk memenuhi keperluan masyarakat dan mengharapkan dua keuntungan iaitu keuntungan di dunia dan akhirat. Menurut beliau lagi model usahawan Muslim dapat di atur seperti rajah dibawah :

Islam Peradaban IslamKeusahawanan IslamPembangunan Menyeluruh Usahawan Muslim.FizikalAkalNafsuKerohanian.Usahawan Muslim

Rajah.3 : Model Usahawan Muslim

Rajah menunjukkan peradaban Islam dan keusahawanan Islam berperanan secara siombiosis dalam pembangunan usahawan Muslim. Berdasarkan rajah model usahawan Muslim ini, dapat diterangkan bahawa seseorang usahawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan menyeluruh dari segi fizikal, akal, nafsu dan kerohanian.

2.6.1. Penampilan Fizikal.Usahawan Muslim harus membangunkan imej positif diri sendiri dalam usaha untuk menarik perhatian, meningkat dan meyakinkan kebolehan, kemampuan dan keterampilan. Wajah fizikal mereka perlu sentiasa terurus. Rasulullah SAW bersabda :Potonglah misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut. Hadis Riwayat Muslim.Penampilan fizikal melambangkan kekuatan yang terdapat dalam diri usahawan Muslim yang seharusnya memiliki tubuh badan yang sihat, kecergasan yang tinggi dan penonjolan diri yang menyakinkan. Ini melambangkan satu kekuatan untuk mengatur dan menggerakkan langkah kerja dengan penuh displin sehingga mendatangkan keyakinan dalam kalangan stakeholders. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Kamu tidak mungkin akan menguasai orang ramai dengan harta kekayaan kamu, tetapi kuasailah mereka dengan wajah yang berseri-seri dan budi pekerti yang luhur. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.Usaha-usaha lain yang boleh dilakukan ialah membangunkan imej diri melalui berpakaian kemas, kemahiran berkomnikasi, sentiasa senyum, kebolehan bergaul dengan pelbagai pihak dalm pelbagai situasi. Hal ini difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud :Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah-tambah bersih. Surah asy-Syams : 9Berdasarkan ayat firman ini, tindakan sedemikian akan berjaya menarik perhatian orang lain tentang kelebihan yang mereka miliki dan menyebabkan pihak lain menaruh keyakinan yang tinggi kepada mereka. Adab berpakaian dan perhiasan turut dijelaskan oleh Allah dalam fimanNya yang bermaksud :Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang baik. Surah al-Araf :26.Usahawan Muslim haruslah mengelakkan daripada penonjolan diri yang boleh menyebabkan timbulnya ketidakeyakinan pihak lain untuk terus berurusan dengan mereka hasil daripada interaksi. Penonjolan fizikal yang menonjolkan persepsi negatif melalui cara bercakap, bertindak, dan cara melayani seseorang haruslah dielakkan. Antara penampilan fizikal yang negatif ialah berpakaian selekeh, kelihatan tidak bermaya atau tidak bersemangat, wajah yang tidak ceria, takut-takut dan air muka yang tidak mesra dan menunjuk-nunjuk.

2.6.2. Pembangunan AkalAbd. Aziz menyatakan bahawa akal ialah intelek iaitu sebagai pengimbang dan penghubung antara kehendak jasmani dan rohani yang perlu berteraskan ilmu yang bersumberkan wahyu al-Quran dan hadis sebagai petunjuk. Keadaan ini membolehkan usahawan Muslim menyusun atur kehidupan selari dengan tuntutan pelbagai pihak yang berkpentingan, seiring dengan desakan situasi dan memastikan ianya tidak lari daripada ajaran Allah SWT. Dengan pembangunan akal, usahawan Muslim akan lebih jelas memahami tentang tujuan kehidupan, matlamat kehidupan, kaedah pencapaian matlamatdan peranan penting yang sepatutnya dilakukan oleh mereka sepanjang kehidupan ini. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :...dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang saling berdampingan, kebun-kebun anggur, pohon-pohon kurma ada yang bercabang dan yang tiada bercabang, (semuanya) disirami dengan air yang sama. (Dalam pada itu) Kami mengutamakan sebahagian atas yang lain pada rasanya. Sesungguhnya semua itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal. Surah ar-Raad : 4...dan kami ciptakan besi yang di dalamnya mengandungi kekuatan dan kemanfaatan bagi manusia, agar Allah mengetahui orang-orang yang menolongNya (agamaNya) dan rasul-rasulNya tanpa melihatNya. Surah al-Hadid :25Berdasarkan dua ayat firman ini, tanpa pembangunan akal yang seimbang, perjalanan kehidupan usahawan akan menemui kebuntuan kerana proses berfikir hanya akan memberi jawapan secara logik dan terhad kepada pengetahuan dan pengalaman sahaja. Maka, usahawan perlu menggunakan kekuatan akal untuk merebut peluang perniagaan dengan mengambil faedah daripada setiap sumber yang dikurniakan Allah SWT dalam usaha memakmurkan perniagaan.Usahawan Muslim perlu menguruskan perniagaan berpandukan kepada konsep Islamiah kerana jika usahawan hanya menggunakan akal mereka untuk mencari kaedah keusahawanan yang ideal sudah tentu mereka gagal untuk menemuinya kerana kekuatan akal yang dikurniakan Allah adalah terhad kepada manusia. Abd. Aziz Yusof (2010).2.6.3. Mengurus NafsuAbd. Aziz juga menyatakan bahawa menguruskan nafsu bermaksud menguruskan emosi. Beliau menyatakan bahawa, menguruskan nafsu adalah satu proses untuk membangunkan perasaan dan menghidupkan hati dalam diri manusia supaya kasih sayang, saling tolong menolong, bermuafakat dan hormat menghormati akan terus terserlah dalam sesebuah syarikat. Mengurus nafsu akan mengelakkan seseorang daripada sifat tamak, dengki, haloba, riak, bongkak dan nafsu-nafsu lain yang dimiliki diibaratkan sebagai sebuah cermin yang boleh menyinar dan memberi sinaran kepada orang lain.

NAFSUAmmarahLawwamahMulhamah MutmainnahTerdapat empat pembahagian nafsu dalam diri manusia iaitu berdasarkan rajah di bawah :

Rajah 4 : Rajah menunjukkan empat jenis nafsu yang terdapat dalam diri manusia.

Berdasarkan Rajah 4, nafsu memiliki empat peringkat yang boleh mempengaruhi usahawan semasa menjana aktiviti keusahawanan. Peringkat nafsu pertama iaitu :2.6.4. Nafsu Ammarah :Nafsu ammarah merupakan sumber kepada pelbagai penyelewangan, ketidakadilan, penindasan, penganiayaan dan juga keganasan. Nafsu ini sentiasa berusaha melarikan diri daripada melakukan kebaikan, kebajikan dan kesejahteraan syarikat. Apabila manusia dikuasai oleh nafsu ammarah, ketinggian dan kemuliaan darjat manusia akan rosak serosaknya sehingga tidak dapat dibezakan antara nilai-nilai manusia dengan nilai-nilai binatang. Firman Allah yang bermaksud :...dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang, Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. Surah al-Imran :134.Usahawan yang dipengaruhi oleh nafsu ini sentiasa mendorong diri sendiri dan orang lain untuk melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada di peringkat ini, mereka berbangga dengan kejahatan yang dilakukan. Bagi mereka yang dipengaruhi oleh nafsu ini, apabila mereka melakukan kejahatan mereka rasa tidak menyesal sebaliknya akan terus melakukan kejahatan sedemikian. Menurut Norsalim (2008) manusia pada peringkat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

2.6.5. Nafsu LawwamahNafsu lawwamah pula ialah kesukaan mecari kelemahan orang lain, suka membuat fitnah, iri hati, cemburu dan dengki dengan kejayaan orang lain, bongkak, bangga dan sombong dengan kelebihan yang dimiliki, tamak kuasa, harta dan juga pangkat. Mereka tidak memiliki ketenangan jiwa kerana seringkali diruntun oleh pelbagai kesulitan, keresahan, ketidakbahagiaan dalam mengurus kehidupan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Empat perkara, barang siapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia sesungguhnya orang munafik. Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara sahaja, maka ia termasuk orang munafik juga, hingga ditinggalkannya sifat munafik itu : apabila dipercaya dia khianat, apabila berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri, dan apabila bermusuhan dia sangat jahat. Hadis Riwayat Bukhari.Usahawan yang jiwa mereka dikuasai oleh nafsu ini bakal membebaskan mereka daripada perasaan malu sehingga mereka bersedia untuk melakukan pelbagai kejahatan dan juga kemaksiatan. Nafsu ini akan menyebabkan mereka ego dan lebih mengutamakan kepuasan peribadi. Apabila usahawan mengejar kepuasan peribadi yang tanpa batas akan menyebabkan diri mereka kaya dengan angan-angan kebencian dan permusuhan.Usahawan yang menyedari mereka memiliki nafsu ini perlu melakukan muhasabah diri dan mengakui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan pada sama yang iktiraf kelebihan yang ada pada orang lain. Mereka perlu menilai tabiat buruk masa lampau dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan bagi memulakan kehidupan bersyarikat yang lebih ceria.

2.6.6. Nafsu MulhamahUsahawan yang dipengaruhi nafsu mulhamah ini akan lebih bersedia untuk menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan dalam membuat kebaikan dan membenci kejahatan. Usahawan dalam kategori ini ini sentiasa memastikan tindakan dan keputusan yang diambil akan mendatangkan kebaikan kepada syarikat, pekerja dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Di samping itu, mereka juga memberi galakan agar pihak-pihak lain turut membuat kebaikan. Usahawan yang berusaha untuk mebangunkan keceriaan dalam diri sendiri dan juga syarikat sentiasa menjadikan hadis ini di bawah sebagai pegangan hidup mereka :Orang yang pandai itu ialah orang yang berjiwa mulia dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya; dan orang yang lemah atau lumpuh itu adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapatkan keampunan Allah. Hadis Riwayat Mudziri.

2.6.7. Nafsu Mutmainnah.Usahawan yang memiliki nafsu mutmainnah mempunyai keimanan yang kukuh, konsisten dalam ibadat dan serta sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan, nafsu mutmainnah bakal membantu mereka untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Usahawan dalam kategori ini akan sentiasa berusaha secara istiqamah untuk memastikan keceriaan, kedamaian dan kebahagiaan. Pada masa yang sama, mereka berusaha untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri sendiri dan orang lain. Berkenaan jiwa dan perasaan, Allah SWT berfiman yang bermaksud :Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan kefasiqan dan ketakwaan).sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan (jiwa) dan rugilah orang yang mengotorinya. Surah as-Syams :7-9Dalam ruangan lingkup nafsu ini, usahawan perlu memiliki kebijaksanaan yang tinggi dalam mengawal nafsu dan meletakkan kesabaran sebagai asas kewarasan sebelum bertindak untuk membuat keputusan atau tindakan. Kemampuan usahawan menguruskan nafsu akan mewujudkan sikap hormat-menghormati, percaya dan mempercayai, ikhlas, benar, adil, bijaksana dan sebagainya yang sentiasa tertanam di dalam diri mereka. Usahawan yang mampu menguruskan nafsu dengan berkesan mampu memperlihatkan ciri-ciri berikut : Mengalami pelbagai jenis emosi dari suasana yang menyedihkan sehinggalah ke satu keadaan yang gembira tanpa membiarkan suasana tersebut memperngaruhi kehidupan dan tindakannya. Dapat memahami keadaan yang berlaku serta pertaliannya dengan perasaan yang dialami. Tidak mudah menyalahkan diri sendiri dan menyerah kalah tetapi memberi harapan ke arah meneruskan apa yang dicita. Dapat bertindak balas dengan seseorang dengan mengambil kira sensitiviti dan emosi yang dihadapi.Mengurus nafsu dengan berkesan juga akan membolehkan usahawan menyelami dan memahami perasaan orang lain dengan mengambil tindakan bersesuaian dengan reaksi emosi orang lain. Perkara-perkara yang berkait rapat dengan sikap, prejudis, tanggapan, dan keegoan yang ada pada usahawan perlu dikikis bagi membolehkan mereka membina hubungan sesama manusia. Mengikut perspektif Islam, nafsu menunjukkan sikap dan kelakuan seseorang individu seperti mana para sahabat Rasulullah SAW pernah berkata :Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari nafsu serta perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan nafsu dan akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terkeliru pada perbuatan keji yang merugiakn dirinya sendiri dan orang lain. Hadis Riwayat Muslim.Melalui ketenangan jiwa yang dimiliki akan membolehkan usahawan Muslim meleraikan pelbagai permasalahan dengan baik dan menjadikan setiap halangan yang dihadapi sebagai loncatan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

2.7. Konsep Busana Muslim dalam Syariat Islam.2.7.1. Pendahuluan Huzaemah (2001) menyatakan bahawa menurut fisiologi, secara asasnya manusia itu berdarah panas. Namun disebabkan faktor persekitaran luaran yang tidak menentu, seperti terlalu sejuk dan sebagainya yang bergantung kepada sesuatu iklim, manusia memerlukan sesuatu yang dapat menutupi tubuh badannya untuk menstabilkan keadaan dengan kesihatan tubuh badannya. Hal ini adalah berbeza dengan haiwan kerana Allah SWT menciptakan bagi haiwan bulu-bulu yang tumbuh sesuai dengan suhu persekitaran. Apabila musim sejuk tiba, haiwan-haiwan akan ditumbuhi bulu yang tebal sedangkan pada musim panas bulu mereka akan berkurangan.Menurut Huzaemah lagi, dengan kebolehan akal yang dikurniakan Allah ke atas manusia, secara tidak langsung manusia akan berfikir secara logik untuk melindungi tubuhnya dengan adanya pakaian dari kain kain, kulit kayu dan bulu-bulu binatang untuk menutupi dan menyelamatkan tubuhnya dari kesejukkan.Beliau juga menyatakan bahawa, manusia memang dilahirkan tanpa pakaian sebagai mana penciptaan Nabi Adam AS yang diciptakan tanpa berpakaian. Bayi yang baru dilahirkan juga tidak menjadi persoalan aurat tentangnya kerana auratnya masih belum mengundang hawa nafsu. Penciptaan awal Nabi Adam AS yang tunggal pula tidak mempunyai fungsinya sehinggalah Hawa, yakni isteri baginda dicptakan melalui rusuk kirinya. Namun, kehidupan mereka masih terbatas kerana pada masa itu belum ada lagi manusia yang berkembang, mereka hanyalah merupakan satu jiwa yang bertubuh dua dan aurat tidak menjadi persoalan antara mereka kerana mereka ialah pasangan suami isteri. Walau bagaimanapun, menurut Huzaemah Allah SWT telah pun menyuruh Nabi Adam dan isterinya untuk menutup aurat, perintah ini menunjukkan bahawa syurga merupakan tempat yang suci bersih dan harus dihuni oleh orang-orang yang suci. Dan, berbogel adalah lambang kepada ketidaksucian dan sesuatu yang tidak baik. Namun demikian, kemudiannya Iblis telah menipu daya Nabi Adam AS dan Hawa agar terbuka aurat mereka dengan menipu dan memujuk rayu mereka memakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT di dalam syurga. Mereka terpedaya dengan pujuk rayu Iblis lalu Allah SWT murka dan mengeluarkan mereka dari syurga seperti mana diceritakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka; Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?. Surah al-Araf :22.Persoalan aurat telah pun dibicarakan ketika manusia belum lagi tinggal di dunia. Hal ini menunjukkan menutup aurat itu sangat penting dalam konteks keselamatan perjalanan manusia dalam menuju kehidupan akhirat.

2.7.2. Sejarah Berjilbab Pada Zaman Sebelum Kedatangan Islam di Tanah Arab.Berdasarkan sejarah sebelum kedatangan Islam, iaitu pada zaman jahiliah, Huzaemah (2001) menyatakan bahawa berjilbab atau bertudung sudah dipakai oleh kaum wanita. Walaupun pemakaiannya tidaklah seperti menutup kepala dan leher. Pemakaian jilbab pada waktu itu hanya sekadar menutup kepala dan rambut masih tetap terlihat, hal ini adalah kerana material yang dijadikan jilbab atau tudung pada masa itu adalah tipis dan leher juga adalah terbuka dan menjadi kebiasaan wanita Arab pada masa itu untuk memudahkan mereka mempamerkan perhiasan-perhiasan dan kecantikan pada kaum lelaki pada waktu itu. Walau bagaimanapun, memakai jilbab pada waktu itu hanyalah merupakan adat yang telah dipraktikkan oleh wanita Arab. Melalui adat kebiasaan itu, wanita Arab yang berjilbab adalah wanita-wanita yang dianggap baik dan terhormat. Manakala, wanita tidak berjilbab pada waktu ketika itu pula adalah sebaliknya.Adat kebiasaan berjilbab oleh wanita Arab terus diamalkan dan dipertingkat sehingga menjadi kebiasaan oleh wanita Arab selepas itu. Sungguhpun demikian, adab bertudung itu bukanlah ditiru oleh Islam sebagai menyambung warisan budaya Arab sebaliknya ia merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi firmanNya yang bermaksud :Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Penyayang. Surah al-Ahzab :59.

2.7.3. Pengertian Aurat dan Busana Muslimah.Menurut istilah, aurat bermaksud malu, aib dan buruk. Istilah aurat itu berasal daripada perkataan Awira yang bermaksud hilang perasaan, dan sekiranya dipakaikan di mata bermaksud hilang cahaya pada mata itu. Secara umumnya, maksud ini memberi makna yang tidak baik untuk dipandang, memalukan dan mengecewakan. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa perkataan aurat berasal dari Aara yang bermaksud menutup dan menimbun seperti menutup mata air dan menimbunnya. Ada juga yang berpendapat perkataan aurat berasal daripada perkataan Awara yakni sesuatu yang jika dilihat akan mencemarkan, maka aurat sesuatu anggota yang harus ditutup dan dijaga sehingga tidak menimbulkan kekecewaan dan malu.Manakala, Huzaemah (2001) menyatakan menurut W.J.S. Poerwadarminta mengertikan busana sebagai pakaian yang indah-indah iaitu perhiasan. Sedangkan makna Muslimah itu menurut Ibnu Mazhur, ialah seorang wanita yang beragama Islam, wanita yang patuh dan tunduk, wanita yang menyelamatkan dirinya atau orang lain dari bahaya.

2.7.4. Batasan Aurat Bagi Muslimah.Di dalam perbatasan aurat, terdapat pelbagai pandangan dari kalangan ulama yang membahaskan batasan-batasan aurat terhadap wanita Muslimah. Terdapat pandangan ulama kontemporari dan juga pandangan ulama terdahulu yang membahaskan perbatasan aurat bagi seorang Muslimah berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Fatimah (2013) menyimpulkan bahawa beberapa keterangan yang merangkumi pembaharuan khilaf atau perselisihan pandangan dalam batasan aurat sebagai berikut :1. Para ulama telah sepakat (ijma) bahawa wanita merdeka wajib menutup seluruh tubuhnya, melainkan wajah dan juga telapak tangan.2. Mengenai hukum menutup wajah dan telapak tangan, para ulama berselisih pendapat, para ulama yang berpendapat bahawa wanita tidak wajib menutup wajah tetap menganggap menutup wajah adalah lebih utama dan lebih baik terutamanya di zaman penuh fitnah.Manakala Huzaemah (2001) pula menyatakan bahawa secara umumnya, wanita memiliki perbezaan aurat dalam beberapa keadaan antaranya:1. Aurat Ketika Sembahyang.Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.2. Aurat Ketika Sendirian.Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.3. Aurat Ketika Bersama Mahram.Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:1. Suami2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.3. Ayah mertua.4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan5. Anak-anak suami.Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.8. Anak saudara dari saudara perempuan.9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.10. Hambanya Sahaya.11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. Al-Quraan, Allah SWT telah berfirman dengan jelas menerangkan perkara yang bermaksud :Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah an-Nur :31.Berdasarkan ayat firman ini, Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.Maka Iman Syafie berpendapat bahawa, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan MahramHanya wajah dan telapak tangan namun ada sebahagian ulama yang menyatakan tapak kaki juga tidak termasuk aurat. Ulama yang berpandangan ini ialah Ats- Tsauri, Al- Muzani, Imam Hanafi dan ulama aliran Syiah Imamiah menurut riwayat sahih.5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita KafirAurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani.Walau bagaimanapun, ulama mempunyai khilaf dalam pandangan ini. Fatimah (2013) menyatakan bahawa ulama yang membolehkan wanita Muslimah diperlihat wanita bukan Islam kerana tiada perbezaan antara wanita Muslimah dengan Ahludz Dzimmah dalam hukum memandang keindahan tubuh wanita. Mereka berdalil dengan fakta yang menunjukkan bahawa wanita-wanita Yahudi di masa Rasulullah SAW niasa bertemu dengan isteri-isteri Baginda tanpa memakai hijab dan tidak pula diperintahkan memakai hijab. Suatu ketika, seorang wanita Yahudi menemui Aisyah RA dan Aisyah RA menjelaskan adanya seksa kubur. Aisyah RA menanyakan hal ini kepada Baginda, maka Baginda menjawab, benar, memang ada seksa kubur.6. Aurat ketika Bersama SuamiApabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.Muawiyah bin Haidah mengatakan: Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain? Baginda menjawab: Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu. Aku bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? Baginda menjawab: Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu. Aku masih bertanya lagi: Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian? Baginda menjawab: Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain. (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

2.8. Fesyen dalam Konteks Islam dan Keusahawanan Islam.2.8.1. Pendahuluan Fesyen menurut kamus bahasa Melayu mempunyai beberapa maksud, antaranya, ia adalah potongan pakaian dalam adat istiadat dan alin-lain yang bersifat sementara dan akan berubah mengikut cara dan gaya baru. Syafiqah Ali (2013) di dalam artikelnya menyatakan bahawa dalam industri fesyen yang sedang berkembang pesat khususnya di Malaysia, lambakan fesyen yang sedia ada menimbulkan persoalan sama ada memenuhi piawaian seperti yang ditetapkan syariat.Tambah beliau lagi, fesyen dalam berpakaian adalah merupakan satu gaya yang digunakan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dan kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat tersebut. Fesyen juga mempunyai gaya yang khusus dan berubah mengikut peredaran zaman semasa. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pakaian untuk dipakai baik ketika beribadah atau diluar ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Tamadun Islam berperanan penting dalam cara pemakaian masyarakat Islam pada masa kini, maka walau apapun yang ingin digayakan pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan pakaian yang dipakai tidak boleh menyebabkan dosa kepada si pemakainya atau orang di sekitarnya.Syafiqah Ali menerangkan lagi bahawa, perkembangan fesyen telah menyebabkan dunia berhadapan dengan cabaran-cabaran yang disogok dengan dunia fesyen yang berserta hiburan yang menonjolkan kecantikan fizikal telah mengakibatkan ramai yang ingkar dengan adab-adab berpakaian secara syarie oleh Islam. Lantas, menjadikan manusia tidak lagi mengendahkan kecantikan yang hakiki iaitu kecantikan dalaman iaitu kerohanian seorang insan.Walau bagaimanapun, kehadiran fesyen bukanlah sesuatu yang buruk untuk diulas atau untuk masyarakat. Namun yang membimbangkan menurut Syafiqah Ali (2013) ialah objektif sesuatu fesyen yang direka untuk wanita Islam sama ada membawa nilai-nilai yang sebenar di dalam agama Islam atau sebaliknya. Hal ini kerana tujuan penetapan panduanberfesyen dan menutup aurat kepada manusia bukanlah semata-mata kerana untuk menyembunyikan tubuh badan atau tampak lebih bergaya dan berkeyakinan malah ia merangkumi asas tasawwur berpakaian dan berfesyen kerana satu tujuan ibadat kepada Allah SWT.

2.8.2. Fesyen Dalam Islam Mohd Asri Zainal Abidin (2013) di dalam artikelnya yang berjudul Islam dan Kebebasan Budaya serta fesyen menyatakan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, daripada Anas Bin Malik RA :Apabila Nabi SAW ingin menulis surat kepada Rom, lalu baginda diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membawa surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop dari perak. Kata Anas ; seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi SAW berukir Muhammad Rasulullah SAW. Riwayat Hadis al-Bukhari dan Muslim.

Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa Rasulullah SAW tidak berkeras dengan menolak protokol tersebut atau tidak mempedulikannya. Padahal jika baginda tidak mengikut kebiasaan mereka itu lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya milik mereka kerana surat tersebut adalah bertujuan dakwah kepada Islam yakni menyembah Allah yang satu. Kedudukan baginda sebagai nabi rasul jauh lebih tinggi dari mereka semua, namun baginda tetap berlunak dalam hal seperti ituMenurut beliau lagi, Rasulullah SAW juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen selagi tidak melanggari batas syariat dan nilai kesopanan. Baginda menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga emmakian warna yang lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai negeri negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain. Berdasarkan hadis dari al-Mughirah Bin Subah beliau berkata :Sesungguhnya Nabi SAW memakai jubah Rom-dalam sebahagian hadis menyebut jubah syamiah (negeri Syam) yang sempit kedua tangan bajunya. Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain.Berdasarkan hadis ini, Mohd Asri Zainul Abidin mengulaskan bahawa Rom pada ketika itu merupakan tamadun besar seperti kuasa Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa, maka baginda memakainya.Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah RA yang meninggal pada 728 Hijrah menyatakan bahawa :Rasulullah SAW pernah memakain gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya, kebanyakkannya diperbuat daripada kapas dan mereka (pada zaman itu) juga memakai pakaian buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah SAW dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah di dapati dalam negerinya. Maka, perkara ini berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri. Ibn Taimiyyah, Mamjuah al-Fatawa, 11/54, Riyadh : Maktab al-Abikan.Manakala, al-Imam Ibn Qayyim (meninggal pada 715 Hijrah), Mohd Asri menyatakan bahawa :Petunjuk Nabi SAW dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, yang paling ringan, dan paling mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Ibnu Qayyim, zad al-Maad, 41237. Beirut : Muassasah al-Risalah)

2.9. Berhias dan Berfesyen Dalam Islam.Fatimah Syarha (2014) di dalam artikelnya menyatakan bahawa berhias adalah fitrah manusia. Terdapat bukti umum daripada al-Quran tentang berhias iaitu perintah menutup aurat dan memakai pakaian yang bagus (khususnya waktu solat dan tawaf), berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid (beribadah). Makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan. Surah al-araf :31.Dan dalam firman Allah SWT yang mengingkari pengharaman perhiasan :Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikelurakanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik? Katakanlah, semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui. Surah al-Araf : 32.Menurut Fatimah Syarha, Islam mengakui dan mengiktiraf kecintaan wanita kepada perhiasan. Ia jelas apabila adanya kebolehan menampakkan perhiasan lahir kepada orang lain (dan menampkakkan perhiasan batin kepada mahram). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman itu,hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang berimansupaya kamu beruntung. Surah an-NUR :31.Menurut beliau, sunnah baginda Rasulullah SAW juga menganjurkan berhias. Anjuran berhias di dalam sunnah adalah berbentuk umum untuk lelaki dan wanita. Daripada Masud bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Sesungguhnya seseornag menyukai pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Baginda menambah ;Sesungguhnya Allah itu Maha Indah yang menyukai keindahan. Hadis Riwayat Muslim.Abdullah bin Sirjis berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :Perlahan-lahan, (berhati-hati) sederhana, dan penampilan yang bagus itu adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian kenabian. Hadis Riwayat at-Tabrani.

Perhiasan Wanita Generasi Terbaik Zaman Nabi SAW.Menghiasi wajahMemakai cincin, anting-anting, kalung, dan gelang.Berhias, bercelak, inai dan pakaian warna-warni.Memakai wangian, inai sebelum melakukan ihram hajiBersolek ketika suami mereka pulang dari peperangan atau berjalan dari jauh.Fatimah Syarha dalam artikelnya menyatakan bahawa berikut merupakan rajah bagi contoh perhiasan wanita generasi terbaik pada zaman Nabi SAW :

Rajah 5 : Jenis-jenis perhiasan bagi wanita generasi terbaik zaman Nabi SAW.

Manakala berikut merupakan rajah contoh perhiasan bagi lelaki pada zaman Nabi SAW :

Perhiasan Lelaki Generasi Terbaik Zaman Nabi SAW.Wangian Memakai cincin perak.Menyisirkan rambut dan janggut serta meminyakkannyaMenginai rambut.Hibarah (burdah atau pakaian bergaris dari Yaman)

Rajah 6 : Jenis-jenis perhiasan lelaki pada generasi terbaik zaman Nabi SAW

Walaupun begitu, larangan-larangan berhias diterangkan dalam hadis Nabi SAW yang berbunyi :Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu yang meminta ditatu tubuhnya, wanita-wanita yang mencukur alisnya, dan wanita-wanita yang mengikir giginya untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah SWT. Maka bagaimana tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Nabi SAW? Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sungguhpun demikian, sebahagian fuqaha mengecualikan sebahagian cara dan saranan kecantikan ini dari daerah larangan, apabila diredhai suami dan untuk menyenangkan hati suami atau tunduk mengubati penyakit jasmani yang menyebabkan gangguan fizikal mahupun psikik.Hal ini berbeza dengan istilah tabarruj, menurut Fatimah Syarha (2011) menyatakan bahawa tabarruj membawa makna yang berlainan dengan saranan berhias seperti di atas, sebaliknya tabarruj tidak dibanrkan di dalam Islam. Hal ini menurut al-Qadrawi di dalam fiqihnya tabarruj ialah membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata. Ilustrasi makna tabarruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu :1. Bercampur dengan lelaki.2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit.3. Mengenakan tudung yang menampakkan aurat dan kecantikan tubuh badannya.

2.10. Busana dan Fesyen Muslimah Sebagai Penyumbang Ekonomi Umat Islam.Berdasarkan petikan daripada akhbar Utusan Online yang bertarikh 1 Januari 2015, laporan akhabr tersebut telah menyatakan bahawa tawaran dalam pakaian yang berjenama Islam adalah amat terhad dan tidak ada satu pun yang sesuai bagi menangani permintaan tersebut di peringkat global. Karen Van Diesen, penganalisis penyelidikan pasaran di Euromonitor menyatakan bahawa ia merupakan peluang untuk jenama fesyen Islam moden untuk tampil di pasaran.Hal ini turut diperakui oleh Thomson Reuters pada September 2014 dalam satu laporan Dewan Perdagangan dan Industri Dubai yang menyatakan bahawa industri fesyen Islam tidak mempunyai satu jenama pakaian diperingkat global yang dapat menangani keperluan pelanggan Muslim di seluruh dunia.Industri fesyen Islam dijangka mencatat kira-kira 11.2 peratus daripada perbelanjaan fesyen dunia dalam tempoh tiga tahun bermula 2015. Menurut laporan Dewan Perdagangan dan Industri Dubai itu lagi dengan perbelanjaan yang dijangkamenceah USD322 bilion (RM1127 bilion) menjelang tahun 2018 berbanding anggaran perbelanjaan global kira-kira USD2.9 trilion (RM10.14 trilion). Pada tahun 2012, umat Islam telah membelanjakan USD224 bilion (RM764 bilion) dalam berbelanja untuk pakaian dan fesyen.Van Diesen, menjelaskan kebanyakkan rekaan yang diilhamkan kini tidak memenuhi piawaian agama Islam. Menurut beliau, antara aduan adalah bukaan leher yang tidak sesuai, penyudah tepi, dan kesukaran yang sepadan dengan reka bentuk hijab.Kerim Ture, pengasas Turki e-tailer Modanisa memberitahu CNBC bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk memasuki dunia fesyen Islam, apabila beliau mengunjungi Makkah pada tahun 2009, beliau dapati tiada satu pun jenama fesyen Islam yang berada di pusat membeli belah walaupun terdapat tiga hingga empat juta orang di Makkah. Syarikat Turki e-tailor Modanisa kini telah berkembang dengan pesat sejak ia wujud bermula tahun sebelum 2015, melalui laman webnya Modanisa.com.Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Iran adalah negara Islam yang memiliki kadar penggunaan pakaian Islam yang tinggi jika dibandingkan negara Islam yang lain. Menurut laporan yang berasingan dari Pusat Pembangunan Ekonomi Islam Dubai oelh Thomson Reuters dan Standard Dinar. Pereka tempatan dan mereka yang baru memulakan perniagaan pakaian di negara berkenaan sedang berusaha untuk menangani jurang pasaran. Contohnya, oleh Hijup.com dan CitraStyle di UAE. Dan jenama-jenama tersebut adalah terhad kepada pembeli tempatan sahaja. Van Diesen mengatakan mereka memberi keutamaan kepada pasaran tempatan dan bukannya di peringkat global.DKNY, antara satu jenama pakaian utama global telah memasuki pasaran Islam. Pada awal tahun 2015, jenama Amerika Syarikat itu telah melancarkan satu koleksi Ramadhan untuk kedai-kedai di pasaran Asia Tenggara sempena sambutan Aidlifitri. Van Diesel dalam laporannya menyatakan bagi memastikan fesyen Islam benar-benar meningkat, ia perlu menjadi lebih mudah diperolehi dalam pasaran semasa melalui perniagaan secara online. Malah beliau juga berpendapat pemain pasaran yang berminat untuk melabur dalam jenama tempatan yang berlandaskan akar umbi Islam atau bekerjasama dengan pereka Islam. Beliau juga menyatakan, hal ini memberi kekuatan untuk syarikat-syarikat kecil menjadi kuat. Malah, tambah beliau syarikat yang ingin melebarkan fesyen Islam haruslah mengesahkan terlbih dahulu bahawa rantaian bekalan jenama beroperasi mengikut nilai-nilai Islam, serta berteraskan konsep halal dari segi sumbernya.2.11. Eksploitasi Wanita dalam Pengiklanan Fesyen.Berdasarkan artikel yang diperoleh daripada laman Portal Rasmi Fatwa Malaysia (2012) menyatakan bahawa melalui hasil mensyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang pada 20 Februari 2012 bersamaan dengan 27 Rabiul awal 1433 Hijrah telah membuat keputusan bahawa Islam meletakkan kedudukan wanita sebagai pada kedududan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak-pihak tertentu. Fenomena pengiklanan pada masa kini yang mempamerkan aurat adalah menyalahi syariat Islam. Sehubungan itu, Umat Islam khususnya kaum wanita dilarang daripada terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Pihak kerajaan, pengamal media dan masyarakat keseluruhan hendaklah bergabung tenaga untuk membendung perkara ini dari terus merebak.Maka, perkembangan fesyen yang semakin berkembang kini, haruslah mematuhi etika yang dianjurkan di dalam Islam yang memartabatkan wanita sebagai makhluk Allah SWT yang diciptakan istimewa.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Bab 3 : Metodologi Kajian.3.1. Pendahuluan.Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, ianya memerlukan metod atau kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Dengan data yang mencukupi, barulah kajian itu dapat dijalankan. Untuk mendapatkan data yang baik, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosedur yang tersendiri. Ia bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti benar-benar terjamin mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti memastikan metod atau kaedah yang digunakan dalam mendapatkandata, sesuai dengan jenis penyelidikan yang dijalankan.Menurut Ruhizan Mohamad Yasin (2010), data yang baik diperolehi daripada penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk kajian yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan. Pendekatan penyelidikan yang bersesuaian, yakni sama ada pendekatan kuantitatif atau kualitatif ditentukan oelh persoalan atau objektif penyelidikan. Sebagai contoh jika penyelidik ingin membuat penyelidikan pendidikan, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan pendidikan, iaitu ingin memperihalkan kekerapan pelajar dari kalangan kelas B yang ponteng sekolah, reka bentuk penyelidikan yang sesuai ialah penyelidikan tinjauan. Manakala, jika penyelidik ingin mengkaji pendekatan pengajaran yang berkesan untuk kumpulan pelajar yang sama, maka pendekatan penyelidikan eksperimen adalah yang p