Pandangan Semesta Tamdun Islam

4
A) PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai pandangan alam atau tasawwur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang berpandangan bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitu sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera manusia secara kebiasaannya. Pandangan semesta amat perlu dan penting bagi setiap tamadun. Ini kerana pandangan semestalah yang akan menentukan halatuju dan matlamat sesuatu tamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta merupakan kerangka bagi pembentukan sesuatu tamadun. Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber teori ilmu pengetahuan. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara sumber- sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan. Justeru itu, sumber wahyulah yang menjadi paksi kehidupan manusia dan akan menentukan halal atau haram, berguna atau tidak dan sebagainya. Inilah pegangan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun Islam. Setiap tamadun mempunyai asas pandangan semestanya yang tersendiri. Terdapat tiga asas utama dalam perbincangan mengenai pandangan semesta Islam terhadap pembinaan tamadun manusia. Asas

description

ringkasan pandangan semesta dalam tamadun islam

Transcript of Pandangan Semesta Tamdun Islam

Page 1: Pandangan Semesta Tamdun Islam

A) PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai pandangan alam atau tasawwur.

Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia

juga merupakan nama kepada hasil idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang berpandangan

bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang

wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitu sesuatu

yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera manusia secara kebiasaannya. Pandangan semesta

amat perlu dan penting bagi setiap tamadun. Ini kerana pandangan semestalah yang akan

menentukan halatuju dan matlamat sesuatu tamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta

merupakan kerangka bagi pembentukan sesuatu tamadun.

Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber teori ilmu

pengetahuan. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah.

Sementara sumber-sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan. Justeru itu, sumber

wahyulah yang menjadi paksi kehidupan manusia dan akan menentukan halal atau haram,

berguna atau tidak dan sebagainya. Inilah pegangan dan amalan dalam masyarakat dan

pembinaan tamadun Islam.

Setiap tamadun mempunyai asas pandangan semestanya yang tersendiri. Terdapat tiga

asas utama dalam perbincangan mengenai pandangan semesta Islam terhadap pembinaan

tamadun manusia. Asas yang paling utama ialah pandangan semesta Islam terhadap pencipta.

Islam meletakkan kuasa yang mutlak dalam kehidupan hanyalah milik Allah SWT, Tuhan

pencipta alam dan pencipta seluruh manusia sebagaimana firman Allah SWT;

Maksudnya: Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Al-Quran, Surah Al-‘Alaq, 96:2

Menurut pandangan semesta Islam terhadap manusia, kejadian manusia adalah suatu

kejadian yang unik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain terutama jika dilihat kepada

kurniaan akal dan roh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan ke arah yang baik. Dengan

kurniaan akallah manusia mampu menerokai dan menerima ilmu dan pemikiran. Manakala

dengan kurniaan roh pula, manusia mampu berinteraksi dengan alalm rohani dan alam Tuhan

Page 2: Pandangan Semesta Tamdun Islam

yang kedua-duanya tidak akan dapat dicapai oleh makhluk-makhluk lain. Manusia telah diberi

amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Walaupun manusia dianugerahkan akal

pemikiran tetapi manusia tetap bersifat lemah dan tidak berupaya memiliki sesuatu melainkan

apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT sahaj. Malah, segala kekuatan fizikal yang

dimiliki manusia hanyalah bersifat sementara dan tidak mutlak.

Alam yang terbentang di hadapan kita dalam pelbagai bentuk dan rupa serta penuh

dengan keunikan kejadiannya merupakan milik Allah SWT. Dia tidak pernah memberi milik ini

kepada manusia tetapi diberinya hanyalah untuk kemudahan mengguna dan memanfaatkannya

dalam kehidupan mengikut sempadan dan peraturan yang telah ditetapkanNya. Ini merupakan

pendangan semesta tamadun Islam terhadap alam. Kewujudan alam adalah merupakan bukti atau

tanda-tanda yang manzurah (dapat dilihat) tentang adanya Allah SWT sebagai penciptanya.

Secara umumnya, tasawwur Islam terhadap alam merangkumi alam manusia, alam binatang,

alam jamadat (batu, pasir,tanah), alam galian dan alam rohani (malaikat, jin,syaitan). Segala

bentuk tindakan manusia sama ada hubungan sesama manusia atau hubungan dengan alam bukan

jamadat perlulah mengikut ketetapan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini

mengikut pandangan semesta Islam henyalah sebagai kehidupan bersifat sementara.

B) PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Dalam tamdun Islam, agama dijadikan sebagai cara hidup manusia yang mencakupi

keseluruhan kehidupan manusia sama ada untuk perkara keduniaan mahupun keagamaan

manakala dalam tamadun barat agama dianggap sebahagian daripada kebudayaan di mana boleh

mengalami perubahan mengikut keperluan manusia itu sendiri. Tamadun Islam tidak

menghadkan batas-batas dalam kehidupan manusia.  Tidak terikat kepada bangsa-bangsa tertentu

atau tempat tertentu tetapi ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada al-Din. Ini bermakna

tamadun Islam sangat sesuai dengan segala situasi dan menepati keperluan dan peredaran zaman.

Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada

sesuatu bangsa atau sempadan geografi tertentu dan inilah yang membezakannya dengan

tamadun lain seperti tamadun China, Greek, Parsi atau tamadun Barat hari ini.

Page 3: Pandangan Semesta Tamdun Islam