Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

24
PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI HJ. MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAIL IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

description

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Transcript of Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Page 1: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

HJ. MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAILIPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

BATU PAHAT, JOHOR.

Page 2: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

E. Paul TorranceEllis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan

penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya ‘Torrence Test of Creative Thinking’.

Page 3: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Ellis Paul TorranceSumber: http://www.faculty.de.gcsu.edu/~cbader/Torrance.html

Page 4: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

E. Paul Torrance

Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual dan material pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan psikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of Creativity and Talent Development.

Page 5: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

June King McFee

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya, Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.

Page 6: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

June King McFee

Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu, usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

Page 7: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl Rogers

• Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama.

Page 8: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl Rogers

Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

Page 9: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl RogersSumber: http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

Page 10: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl Rogers

Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.

Page 11: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl Rogers

• Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial.

Page 12: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Carl Rogers

• Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.

Page 13: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti
Page 14: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Victor Lowenfeld

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti.

Page 15: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Victor Lowenfeld

Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.

Page 16: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Viktor LowenfeldSumber: http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm

Page 17: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Victor Lowenfeld

Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atau emosi, dan halangan persekitaran atau budaya. Halangan bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya.

Page 18: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Victor Lowenfeld

• Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak menyoal berbanding murid.

Page 19: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Victor Lowenfeld

Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justeru pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

Page 20: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Kelancaran (Fluency)

Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah

Page 21: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Fleksibel (Flexibility)

Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.

Page 22: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Keaslian (Originality)

Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan

Page 23: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

Kepekaan (Sensitivity)

Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod

Page 24: Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti