Panduan Asas Wasiat

6
Panduan Asas Wasiat Dapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma.. Wasiat Dari Segi Bahasa Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula ma atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal d Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada m atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud syarak, selepas dia mati. Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam me wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like". Apa Beza Wasiat Dan Hibah Wasiat merupakan satu dokumen undang-undang tertentu mengenai bagaimana anda mengag hak-hak anda seperti anak-anak selepas kematian anda. Ia juga merupakan satu amanat anda yang masih hidup mengenai harapan anda Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut und pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terd melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang te (Sumber rujukan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) Apakah Syarat Asas Sah Wasiat Menurut Wills Act 1959 secara umum sebagai berikut; a) Harus secara bertulis; b) Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen; c) Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk meny dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut. Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan p manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan terbatal. d) Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya sela pelaksanaan wasiat (will) e) Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas Wasi Wasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penu arahan dalam wasiat selepas kematiannya. Wasi boleh terdiri dari individu atau organ seperti Amanah Raya Bhd. Mereka mestilah bersikap amanah dan berintergriti ting pewasiat. Pelantikan wasi sangat penting dan mestilah dari pihak yang berpengalaman

Transcript of Panduan Asas Wasiat

Page 1: Panduan Asas Wasiat

Panduan Asas WasiatDapatkan info panduan penulisan wasiat dan ilmu berkaitan wasiat secara percuma..

Wasiat Dari Segi BahasaWasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati. Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja.Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like".

Apa Beza Wasiat Dan HibahWasiat merupakan satu dokumen undang-undang tertentu mengenai bagaimana anda mengagihkan harta benda dan segala hak-hak anda seperti anak-anak selepas kematian anda. Ia juga merupakan satu amanat terakhir anda kepada pewaris anda yang masih hidup mengenai harapan anda kepada mereka.

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.(Sumber rujukan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)

Apakah Syarat Asas Sah Wasiat Menurut Wills Act 1959 secara umum sebagai berikut;

a)  Harus secara bertulis;b)  Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen;c)  Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan      dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut.      Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan penerima      manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan terbatal.d)  Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya selama      pelaksanaan wasiat (will)e)  Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas

WasiWasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya. terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka seperti Amanah Raya Bhd.  Mereka mestilah bersikap amanah dan berintergriti tinggi dan boleh dipercayai oleh pewasiat.  Pelantikan wasi sangat penting dan mestilah dari pihak yang berpengalaman dan profesional seperti ARB.  Dalam sesetengah kes seperti jika aset kasar pewasiat bernilai melebihi RM600,000 , maka pihak wasi disyaratkan oleh pihak makamah supaya menyediakan 2 pemegang Bon yang sama nilai dengan aset kasar simati (RM600,000 X 2 orang).  Ini amat membebankan wasi/executer untuk mendapatkan 2 Bon jaminan dari 2 individu.  Bon jaminan ini sebagai jaminan yang executer tidak melakukan penyelewangan ke atas harta simati.  Oleh yang demikian melantik wasi kepada individu sangat tidak digalakan.  Adalah lebih digalakan penulis wasiat melantik pihak organisasi sebagai wasi seperti Amanah Raya Bhd.  Ini kerana mereka sudah berpengalaman dan sangat profesional.  Kami di buatwasiat.com memang menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan penyediaan wasiat dengan pihak ARB.

BenefisiariBenefisiari (beneficiary) ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda.  Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda. waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain. 

WarisWaris ialah orang yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri, anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum faraid.

Page 2: Panduan Asas Wasiat

Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka1.   Perbelanjaan Pengurusan Jenazah2.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama3.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia4.   Pembahagian Harta Sepencarian5.   Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan       amal makisma 1/3 dari harta anda)6.   Pembahagian Kepada Waris 

Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu.  Ini kerana menurut wasiat islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia.  Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.  

Harta Yang Boleh DiwasiatkanHarta alih Seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, pelaburan dan lain-lain

Harta tak alih Seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain. 

Peranan WasiatBayangkan betapa gembiranya keluarga anda semasa hidup, tapi adakah anda pasti mereka kekal bahagia tanpa anda membuat wasiat yang sempurna.Wasiat merupakan satu amanat terakhir anda sebelum anda meninggal dunia ;

Antara peranan wasiat ialah 

1.    Memudahkan urusan pengagihan harta kepada waris yang berhak2.    Mengarahkan wasi/pentadbir mengagihkan harta dan hak-hak anda menurut kemahuan        anda3.    Mempercepatkan proses pengagihan harta anda kepada 3-6 bulan berbanding antaar 2-10        tahun tanpa wasiat4.    Membolehka wasi/pentadbir menyelesaikan hutang anda.5.    Mengelakan atau mengurangkan kemungkinan pertelengkahan antara waris6.    Meringankan beban waris anda selepas kematian anda7.    Mengelakkan harta anda dibekukan dalam tempoh masa yang lama

Bahagian Penting Dokumen Wasiat

1. Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.2. Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.3. Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.4. Arahan untuk melunaskan segala hutang5. Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.6. Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.7. Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan

hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.8. Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen

Wasiat selepas kematian Pewasiat.

Perlaksanaan WasiatPerlaksanaan wasiat akan dilakukan sebaik sahaja pewasiat meninggal dunia. Ia bermula dengan pihak Wasi membacakan dokumen wasiat kepada semua waris benefisiari dan yang ada hubungan dengan simati.

Page 3: Panduan Asas Wasiat

Tanggungjawab syarikat Trustee sebagai Wasi

Memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi Mengenalpasti harta dan hutang simati Melunaskan hutang dan memastikan cukai dibayar serta pemulangan cukai difailkan dengan teratur Membahagikan harta mengikut arahan yang diberikan dalam Wasiat (bagi yang bukan beragama Islam) Membahagikan harta mengikut Hukum Faraid kepada waris yang berhak dan benefisiari yang telah ditentukan oleh simati dalam dokumen Wasiat (bagi yang

beragama Islam).

Sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini.  Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click "Like

Hubungi terus Perunding Wasiat kami...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-

83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan

Wasiat Wajibah. Muzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan

kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu,

Muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil

pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak

mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang

perlu dilaksanakan.

 

Oleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak

yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu

berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada

kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa

adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada

kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar

tidak melebihi 1/3.

 

Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

 

1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah

layak untuk menerima Wasiat Wajibah.

 

2. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau

nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian

yang sama atau berlainan.

 

3. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya

mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib maka mereka tidak

layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat

Wajibah.

 

4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau

terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat

Wajibah daripada harta pusaka datuk.

 

Page 4: Panduan Asas Wasiat

5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat

dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan

mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat

Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima

oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah

disempurnakan bahagian tersebut.

 

6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu

daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada

nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka

pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian

tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah

mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.

 

7. Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan

mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

 

8. Pembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada

prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.

Keterangan/Hujah: 

 

 

1. Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan

untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan

kadar tidak melebihi 1/3.

 

2. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak

mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang

menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan

penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka

disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa

kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seorang muslim dan menjadi

kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut

menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang

ditinggalkan.

 

3. Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya

kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap

Page 5: Panduan Asas Wasiat

datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup.

 

4. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka

datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan

ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama

sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa

mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh

anak-anak bagi meneruskan kehidupan.

 

5. Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi

kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu.

 

6. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak

mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya

negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan kebajikan

insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan

memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan

mengikut Maqasid Syariyyah.

 

7. Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid. Oleh itu,

pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan

hutang piutang.