Panduan Asas Wordpress SEO

download Panduan Asas Wordpress SEO

of 30

Transcript of Panduan Asas Wordpress SEO

  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    1/30

    Panduan Asas Wordpress SEO

    Langkah Demi Langkah Optimisasi SEO Untuk Laman Wordpress

    JurnalSEM.com

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    2/30

    2009.JurnalSEM.com*Panduan Asas SEO Untuk Wordpress ini diterbitkan PERCUMA di JurnalSEM.com dibawah siri Panduan SEM

    JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian,tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). SEM itu bermaksud Search EngineMarketing.

    Mengapa SEM?

    Secara ringkasnya, SEM adalah gabungan pemasaran yang dilakukan di enjin cariansamada berbayar (Pay Per Click-PPC) atau percuma (Search Engine Optimization-SEO).

    Antara enjin carian yang mempunyai peratus penguasaan pasaran yang besar adalah :

    http://www.google.com

    http://search.yahoo.com

    http://search.msn.com

    h ttp://www.ask.com

    *Sumber : http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/panduan-sem/http://www.google.com/http://search.yahoo.com/http://search.msn.com/http://www.ask.com/http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/http://jurnalsem.com/http://www.google.com/http://search.yahoo.com/http://search.msn.com/http://www.ask.com/http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/http://jurnalsem.com/panduan-sem/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    3/30

    Pemasaran melalui enjin carian dilihat sebagai salah satu cara pemasaran terbaik diInternet, dimana enjin carian menjadi sebagai penghubung diantara prospek (penggunaenjin carian yang membuat carian) dan juga pemilik bisnes (yang menawarkanproduk/servis yang dicari oleh prospek).

    Samada melalui kaedah percuma (SEO) mahupun berbayar (PPC), kedua-duanyamempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SEO lebih dilihat sebagaipemasaran jangka panjang manakala PPC sebagai pemasaran jangka pendek.

    Lazimnya pemasaran melalui PPC akan digunakan terlebih dahulu bagi menentukan katakunci (keywords) yang sesuai (yang mampu membawa leads atau jualan) sebelum iadigunakan di dalam proses SEO.

    Setakat ini kesemua kandungan JurnalSEM ditulis oleh Amirul Faisyal, yang mempunyaipengalaman 3 tahun di dalam bidang pemasaran melalui Internet.

    Dan minat beliau di dalam pemasaran melalui enjin carian terutamanya berkenaan SEO(Search Engine Optimization) diterjemahkan di dalam JurnalSEM ini.

    Selain dari SEO, Amirul Faisyal juga akan menyelitkan artikel-artikel berupa pendapatperibadi berkenaan industri dan juga artikel yang berkait rapat dengan keusahawanan.

    Juga jangan lupa tambah Amirul Faisyal sebagai rakan anda di Facebook. :)

    Mission Statement JurnalSEM

    Mengembangkan industri pemasaran melalui enjin carian di Malaysia untuk pemilik-pemilik laman web perniagaan dengan memberi pendidikan dan liputan yang secukupnyaberkenaan topik pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing).

    Followperkembangan terkini JurnalSEM di Twitter : http://twitter.com/jurnalsem

    Soalan? Komen? Kritikan?

    Hubungi JurnalSEM di :

    http://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://twitter.com/jurnalsemhttp://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/http://jurnalsem.com/http://fb.jurnalsem.com/http://twitter.com/jurnalsemhttp://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    4/30

    Pengenalan

    Wordpress Sebuah CMS Yang Mesra Enjin Carian (Search EngineFriendly)

    Terdapat banyak CMS (Content Management Systems) yang ada di Internet, contoh yangbiasa kita dengar adalah Joomla, Drupal, dan lain-lain (sila rujuk Wikipedia untuksenarai penuh).

    Dan setiap CMS yang ada mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sayatidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut apa kelebihan dan kekurangan setiap CMSkerana ia sudah diluar konteks panduan ini.

    Namun apa yang saya mahu kongsikan dengan anda adalah, Wordpress adalah antarasalah satu platform CMS yang terbaik dari segi ketidaksukaran robot/crawler enjin carian

    untuk membuat crawling pada kerangka (framework) mereka.

    Dan antara kelebihan-kelebihan 'mesra enjin carian' yang terdapat pada Wordpressadalah :

    1. Fungsi URL statik melalui penggunaanpermalinks;2. Plugin-plugin tersedia untuk SEO;3. Fungsi RSS Feeds sedia ada.

    Jadi jika anda menggunakan Wordpress, boleh dikatakan anda sudah tidak perlu risausamada enjin carian akan mengindeks laman web anda ataupun tidak.

    Kerana dengan Wordpress biasanya enjin carian tidak akan menghadapi sebarang

    masalah besar untuk mengindeks laman web anda pada kadar yang segera.

    Jadi;

    Wordpress = Mesra Enjin Carian

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_content_management_systemshttp://jurnalsem.com/http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_content_management_systems
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    5/30

    SEO Optimisasi Laman Web Untuk Enjin Carian

    SEO secara mudahnya adalah satu proses optimisasi, atau proses penambahbaikan yangdibuat ke atas laman web anda, dengan tujuan untuk :

    1. Mendapatkan enjin carian supaya meng-indeks kandungan laman web anda;

    2. Mendapatkan ranking tertinggi di keputusan carian (SERP -Search EngineResults Page) bagi carian katakunci (keywords) tertentu.

    Jadi disini proses SEO ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :

    1. Optimisasi dalam laman (On-page optimization);

    2. Optimisasi luar laman (Off-page optimization).

    Bagi proses optimisasi dalam laman, apa yang anda perlu lakukan adalah membuatpenambahbaikan kepada laman web anda, seperti contoh mengemaskini coding,membina fail robots.txt, membina peta laman (sitemap), dan juga membuat internallinking (banyak lagi proses optimisasi dalam laman ini tetapi ini sekadar contoh).

    Dan proses-proses optimisasi ini hanya dilakukan di dalam laman web anda sahaja.

    Manakala bagi proses optimisasi luar laman, proses yang perlu dilakukan adalahmembina backlinks dari laman-laman lain. Untuk memahami apa itu backlinks andaboleh melihat diagram dibawah :

    Merujuk diagram diatas, LamanA.com, LamanB.com, dan LamanC.com dilihat memberibacklinks kepada laman web anda (LamanWebAnda.com) dengan meletakkan link URLanda di laman web mereka.

    Dan kedua-dua bahagian asas optimisasi dalam dan luar laman ini akan disentuh secaradi dalam panduan ini.

    Bagi asas optimisasi dalam laman saya akan memberi panduan langkah demi langkahmanakala asas optimisasi luar laman saya akan menyentuh secara ringkas sahaja.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    6/30

    Asas-Asas Optimisasi Dalam Laman (On-Page Optimization)Wordpress

    Di bahagian ini anda akan mempelajari beberapa langkah asas untuk mengoptimisasikan

    laman anda.

    Untuk bahagian ini saya anggap anda sudah mempunyai satu platform Wordpress yangdipasang di server hosting milik anda sendiri (atau melalui syarikat penyedia hosting)dan bukannya dipasang di laman-laman penyedia blog percuma Wordpress sepertiWordpress.com dan lain-lain.

    Contoh jika laman web Wordpress anda adalah LamanAku.Wordpress.com, kebanyakanmaklumat di dalam panduan ini tidak boleh diaplikasikan kepada laman web tersebut.

    Optimisasi Dalaman #1 Mengubah setting permalinks.

    Permalinks adalah bentuk URL yang akan keluar di pelayar web dan setiap laman (page)akan mempunyai URL unik mereka sendiri.

    Settingpermalinks mana yang terbaik?

    Baik, jika dilihat dibahagian setting permalinks di dalam dashboardWordpress ;

    Contoh - http://www.LamanAnda.com/wp-admin/options-permalink.php

    Anda akan melihat terdapat lima pilihan yang anda boleh buat untuk strukturpermalinkslaman web Wordpress anda.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    7/30

    Tetapi di dalam kelima-lima pilihan tersebut yang manakah paling terbaik?

    Cuba anda lihat keputusan seperti ini di Google SERP (Search Engine Results Page), manasatu yang anda fikir mempunyai kadar klik (CTR Click Through Rates) yang lebih tinggi?

    Keputusan A

    Keputusan B

    Keputusan A menggunakan setting permalinks /%postname%/ di bahagian 'CustomStructure' manakala keputusan B menggunakan setting 'Default'.

    Dan diantara A dan B, A akan mempunyai kelebihan untuk mendapat CTR yang lebihtinggi di keputusan carian berbanding B, kerana :

    1. Untuk keputusan A, link URL-nya mengandungi katakunci,

    2. Dan bagi B pula, tiada katakunci di URL-nya.

    (NOTA - Sejak faktor-faktor ranking (algorithm) enjin carian adalah satu perkararahsia, maklumat dibawah ini mungkin betul atau tidak. Saya menulis berdasarkankajian saya dan terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Jangan ambilnasihat saya bulat-bulat) :

    Pada kajian saya, kadar CTR terhadap satu-satu laman web yang tersenarai di keputusancarian akan mempengaruhi ranking laman web tersebut.

    Dengan kata mudah, jika laman A mempunyai kadar CTR yang lebih tinggi dari laman B di

    keputusan carian, laman A akan 'dianugerahkan' ranking yang lebih tinggi dari laman B.

    Jadi disini, dari kajian saya (dan juga pembacaan di sumber-sumber authoriti SEO),setting permalinks yang terbaik adalah :

    Pilih 'Custom Structure' dan masukkan kod /%postname%/ di dalamnya.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    8/30

    Optimisasi Dalaman #2 Menentukan Penggunaan WWW atau Non-WWW Pada LamanWeb Wordpress Anda

    Untuk optimisasi kedua ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menentukan samadaanda mahu menggunakan www atau non-www kepada laman web anda.

    Contoh jika www, laman web anda akan dilihat seperti ini ;

    http://www.LamanAnda.com

    Manakala jika anda memilih untuk menggunakan non-www, keputusannya seperti ini ;

    http://LamanAnda.com

    Jadi, kenapa anda perlu membuat ketetapan sebegini?

    Secara ringkasnya, manfaat dari menggunakan satu sahaja jenis URL untuk laman webanda adalah ;

    1. Untuk mengelakkan berlakunya duplicate content yang akan merugikan lamanweb anda sendiri;

    2. Link building Manfaat dari proses link building anda akan pergi kepada satu URLsahaja dan anda tidak perlu berkongsi dengan URL yang satu lagi (jika anda tidakmelakukan proses kedua ini).

    NOTA : Sila buat semakan terlebih dahulu samada anda telah melakukan redirectionataupun tidak ke atas URL laman web anda.

    Caranya adalah dengan membuat semakan kepada kedua-dua jenis URL, dengan menaipkedua-dua URL (http://www.LamanAnda.com dan http://LamanAnda.com) dan lihatsamada berlaku redirection atau tidak.

    Jika tiada berlaku redirection (dari non-www ke www atau sebaliknya) bermakna andaperlu ikut proses kedua ini.

    Jika sebaliknya, anda boleh skip proses ini dan terus ke proses optimisasi ketiga.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    9/30

    Dan untuk gambaran lebih jelas anda boleh lihat diagram dibawah :

    Baik, saya rasa anda sudah jelas manfaat menggunakan satu jenis URL sahaja.

    Sekarang anda tentukan URL manakah yang anda mahu guna, jika anda memilih non-www, anda akan membuat redirection www ke non-www. Contoh jika pelawat A menaipURL laman web anda http://www.LamanAnda.com, ia akan di-redirect kehttp://LamanAnda.com.

    NOTA Bagi panduan untuk membuat redirection ia tidak akan ditulis disinimemandangkan topik tersebut sedikit advance.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    10/30

    Optimisasi Dalaman #3 Memasang Plugin 'All In One SEO'

    Untuk optimisasi yang ketiga ini, apa yang anda perlu lakukan adalah memasangpluginke laman Wordpress anda.

    Dan sebelum itu saya nak tunjukkan kepada anda langkah termudah bagaimana untukmemasangplugin-plugin Wordpress. Ikuti langkah mudah dibawah :

    Langkah-Langkah Memasang Plugin Wordpress

    Langkah #1 Tentukan plugin apa yang anda mahu pasang. Contoh disini saya akanmemasang plugin 'All In One SEO'. (Anda boleh membuat carian plugin di direktori pluginWordpress di sini - http://wordpress.org/extend/plugins/

    Langkah #2 Muat turun plugin pilihan anda dengan klik pada butang 'Download'.Biarkan ia didalam bentuk fail zip.

    Langkah #3 Login ke admin Wordpress anda, dan di bahagian dashboard Wordpressanda, klik 'Add New' di bahagian dropdown 'Plugins' seperti imej dibawah :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://wordpress.org/extend/plugins/http://jurnalsem.com/http://wordpress.org/extend/plugins/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    11/30

    Langkah #4 Di laman 'Install Plugins', klik butang 'Browse' dibahagian 'Install a pluginin .zip format', pilih fail zip plugin yang anda muat turun tadi, dan klik 'Open' :

    Langkah #5 Setelah tersedia, klik butang 'Install Now' :

    Langkah #6 Jika pemasangan anda berjaya, mesej dibawah akan keluar. Klik 'ActivatePlugin' untuk mengaktifkan plugin tersebut.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    12/30

    Plugin anda telah berjaya dipasang!

    Dan anda boleh membuat ubahsuai setting pada plugin All In One SEO ini di bahagian'Setting' >> 'All in One SEO' :

    NOTA Langkah-langkah pemasanganplugin seperti diatas adalah sama untuk andamemasangplugin-plugin yang lain di Wordpress. Sesetengahplugin akan mempunyaibahagian setting mereka sendiri setelah ianya dipasang dan sesetengahnya tiada.

    Untukplugin yang mempunyai setting (seperti plugin All in one SEO ), anda bolehmembuat pengubahsuaian setting dengan klik pada namaplugin tersebut. Biasanyasetting ini akan ditempatkan dibahagian dropdown menu 'Settings' di dashboardWordpress anda.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    13/30

    Berbalik semula kepada topik asal kita, sekarang saya menganggap anda telah memasangplugin 'All in one SEO' di Wordpress anda.

    Dan anda mungkin tertanya apakah fungsiplugin ini?

    Secara ringkasnyaplugin All in one SEO ini akan memudahkan anda untuk membinaperkara-perkara ini di dalam SEO ;

    1. Title tag;2. Meta descriptions;3. Meta keywords.

    Dan di sini anda boleh membina ketiga-tiga fungsi di atas samada untuk laman utamaanda (Home - LamanAnda.com), lamanpage (LamanAnda.com/about-us/), dan jugalaman single post (LamanAnda.com/hello!).

    NOTA Untuk perkara #3 meta keywords, ianya sudah tidak relevan dengan suasanaSEO pada waktu sekarang. Bermakna anda boleh abaikan bahagian tersebut dan hanyaperlu fokuskan kepada title tag dan juga meta descriptions sahaja.

    Kepentingan Title Tag & Meta Descriptions

    Kedua-dua fungsi ini menjadi 'pemberat' yang digunakan oleh enjin carian untukmenentukan kerelevanan laman web anda terhadap satu-satu bentuk carian itu.

    Penggunaan title tag & meta descriptions yang betul akan meningkatkan peluang untuk

    laman web anda berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam keputusan carian (SERP).

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    14/30

    Sebelum anda memasangplugin all in one SEO ini, fungsi untuk membina title tag danjuga meta descriptions ini tidak disediakan secara default, dan setelahplugin inidipasang barulah anda boleh membina kedua-dua perkara ini.

    Dan caranya ditunjukkan dibawah :

    1. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Utama Anda(Home - www.LamanAnda.com)

    Langkah #1 Di bahagian dropdown menu 'Settings', klik 'All in One SEO',

    Langkah #2 Di laman plugin All in one SEO, anda akan lihat imej seperti dibawah.Masukkan title tag, meta descriptions, dan katakunci (optional) seperti dibawah :

    2. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Page(www.LamanAnda.com/about-us/).

    Langkah #1 Pilih mana-mana laman page yang hendak dioptimisasikan, contoh disinisaya pilih laman 'about' (www.LamanAnda.com/about-us/). Klik 'Edit' >> Laman 'about' >>'Edit' :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    15/30

    Langkah #2 Scroll ke bahagian paling bawah dan anda akan lihat paparan seperti ini :

    Langkah 3 Masukkan title tag, descriptions, dan katakunci dibahagian yang disediakan.

    3. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Entri

    (www.LamanAnda.com/hello-world!/).

    *Proses optimisasi laman entri sama seperti optimisasi laman page, boleh rujuk langkah-langkah diatas.

    NOTA Terdapat beberapa lagi tips-tips optimisasi advance SEO yang anda bolehaplikasikan dengan menggunakan plugin all in one SEO ini, namun ia sudah diluar kontekspanduan asas ini.

    Tips-tips advance ini akan diberi di dalam Panduan Advance SEO Wordpress terbitanJurnalSEM Premium dan ianya produk berbayar.

    Ketika panduan asas ini diterbitkan, Panduan Advance SEO Wordpress ini masih belumditerbitkan lagi. Langgan RSS Feed JurnalSEM dibawah untuk anda mengetahui bila iaakan diterbitkan -

    http://jurnalsem.com/feed/

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/feed/http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/feed/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    16/30

    Optimisasi Dalaman #4 Memasang Plugin XML Sitemap

    Optimisasi seterusnya adalah membina peta laman (sitemap) untuk laman Wordpressanda.

    Secara ringkasnya sitemap adalah satu laman yang menempatkan keseluruhan link-linkyang ada di laman web anda, dan ia dibina untuk memudahkan robot enjin carianmembuat crawling kepada mana-mana laman yang masih tidak di-indeks.

    Selain itu sitemap juga memudahkan pelawat anda untuk mencari laman-laman tertentuyang sukar dijumpai dibahagian homepage laman Wordpress anda.

    XML Sitemap

    Sitemap jenis XML ini dipasang melaluiplugin Google XML Sitemaps dan anda akanmenggunakan laman sitemap ini untuk dihantar ke konsol Webmaster Google.

    Anda boleh muat turunplugin Google XML Sitemaps di sini :

    http://wordpress.org/extend/plugins/google-sitemap-generator/

    Untuk bahagian pemasanganplugin, anda boleh ikuti langkah yang telah ditunjukkan dibahagian optimisasi dalaman #3 sebelum ini, dan di sini saya hanya akan menunjukkananda cara bagaimana untuk menghantar (submit) sitemap anda ke konsol webmasterGoogle.

    Langkah-Langkah Menghantar Sitemap Ke Konsol Webmaster Google

    Langkah #1 Plugin Google XML Sitemaps diaktifkan, seterusnya pergi ke lamankonfigurasi (Configuration Page), klik link 'Click here' seperti dibawah untuk membinasitemap buat kali pertama :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://wordpress.org/extend/plugins/google-sitemap-generator/http://jurnalsem.com/http://wordpress.org/extend/plugins/google-sitemap-generator/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    17/30

    Langkah #2 Setelah sitemap berjaya dibina, anda akan melihat paparan sepertidibawah. Anda boleh lihat sitemap anda dengan klik 'sitemap' :

    Langkah #3 Sitemap anda kini telah siap dibina, salin URL sitemap anda(http://www.LamanAnda.com/sitemap.xml)

    Langkah #4 Login ke akaun konsol webmaster Google anda dengan akaun Google :

    http://www.google.com/webmasters/tools/

    Langkah #5 Di dalam bahagian admin konsol, tambah laman web anda dibahagianseperti di bawah. Kemudian klik butang 'Add Site' :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://www.google.com/webmasters/tools/http://jurnalsem.com/http://www.google.com/webmasters/tools/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    18/30

    Setelah laman web anda berjaya ditambah, anda akan melihat makluman seperti dibawah :

    Untuk langkah seterusnya, anda perlu melakukan proses pengesahan laman web yangbaru sahaja ditambah tersebut adalah laman web milik anda.

    Dan bagi proses pengesahan tersebut, anda boleh mengikut langkah demi langkah yangdinyatakan disitu (Klik 'Verify your site' dan anda akan diberikan dua cara untukpengesahan).

    Langkah #6 Setelah anda membuat pengesahan, kini anda boleh menghantar lamansitemap yang baru siap dibina tadi. Pergi ke dashboardsemula, dan klik 'Add' :

    Langkah #7 Masukkan link sitemap tadi dibahagian yang disediakan, kemudian klik'Submit Sitemap'.

    NOTA : Anda hanya perlu memasukkan 'sitemap.xml' di petak submit tersebut :

    Sekarang sitemap anda telah berjaya dihantar ke Google. Google akan mengambilsedikit masa untuk membuat crawling kepada sitemap anda untuk mencari mana-manalink yang masih tidak di-indeks.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    19/30

    Optimisasi Dalaman #5 Memasang Plugin 'Yet Another Related Posts'

    Plugin 'wajib-pasang-untuk-SEO' yang seterusnya adalah plugin 'Yet Another RelatedPosts'. Anda boleh muat turun di sini :

    http://wordpress.org/extend/plugins/yet-another-related-posts-plugin/

    Proses pemasangan adalah seperti biasa, dan setelah anda mengaktifkanplugin ini,apa yang anda perlu ubah hanyalah dibahagian 'Display options for your website'.

    Pilih 'Automatically display related posts?' dan masukkan jumlah maksium entri yangberkaitan yang anda mahu letak, seperti dibawah :

    Dan anda akan melihat hasil seperti di bawah :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://wordpress.org/extend/plugins/yet-another-related-posts-plugin/http://jurnalsem.com/http://wordpress.org/extend/plugins/yet-another-related-posts-plugin/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    20/30

    Optimisasi Dalaman #6 Memasang Plugin 'Bookmark/Tell A Friend/Share'

    Untuk bahagaian optimisasi menggunakanplugin bookmark/tell-a-friend/share ini,terdapat beberapa plugin sedia ada yang anda boleh pasang ke laman Wordpress anda.

    Dan fungsi utama plugin-plugin ini adalah :

    1. Membantu pelawat blog anda untuk membuat bookmark di laman bookmarkingonline pilihan mereka (contoh: Digg, Mixx, Propeller, dan lain-lain);

    2. Memberi pilihan untuk pelawat berkongsi entri blog Wordpress dengan pihak lainmelalui emel.

    Di bawah adalah senarai-senaraiplugin yang berkaitan (proses pemasangan adalah samasepertiplugin-plugin sebelum ini) :

    1. ShareThis :http://wordpress.org/extend/plugins/share-this/

    2. Add to Any: Share/Bookmark/Email Button :http://wordpress.org/extend/plugins/add-to-any/

    3. Addmarx - Bookmark/Share/Email Dropdown :http://wordpress.org/extend/plugins/addmarx/

    4. SexyBookmarks :

    http://wordpress.org/extend/plugins/sexybookmarks/

    5. Social Bookmarks :http://wordpress.org/extend/plugins/social-bookmarks/

    Contoh salah satuplugin bookmark 'in action' :

    Seperti biasa, proses pemasanganplugin ini sama seperti sebelumnya dan anda hanyaperlu pilih salah satu sahaja dari senarai 5plugin diatas.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://wordpress.org/extend/plugins/share-this/http://wordpress.org/extend/plugins/add-to-any/http://wordpress.org/extend/plugins/addmarx/http://wordpress.org/extend/plugins/sexybookmarks/http://wordpress.org/extend/plugins/social-bookmarks/http://jurnalsem.com/http://wordpress.org/extend/plugins/share-this/http://wordpress.org/extend/plugins/add-to-any/http://wordpress.org/extend/plugins/addmarx/http://wordpress.org/extend/plugins/sexybookmarks/http://wordpress.org/extend/plugins/social-bookmarks/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    21/30

    Optimisasi Dalaman #7 Optimisasi Imej

    Kenapa Optimisasi Imej?

    Terdapat dua sebab mengapa anda perlu melakukan optimisasi imej di blog Wordpress

    anda :

    1. Memberi penerangan alternatif kepada pelawat sekiranya imej gagal dipaparkan.Contoh seperti di bawah :

    2. Mempercepatkan proses loading keseluruhan imej di laman web anda.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    22/30

    Bagi sebab yang pertama, tujuan utamanya adalah untuk mencipta alt tag yang akanmenjadi panduan kepada pelawat sekirang imej anda gagal dipaparkan.

    Dan untuk tujuan ini anda boleh menggunakanplugin ataupun mengikuti tips yangdisenaraikan di bawah.

    Untukplugin, anda boleh menggunakanplugin SEO Friendly Images :

    http://wordpress.org/extend/plugins/seo-image/

    Beberapa tips yang anda boleh aplikasikan di dalam melakukan optimisasi imej adalah :

    Tip #1 Simpan (save) imej dengan nama katakunci yang berkaitan. Contoh anda bolehlihat diagram di bawah :

    Tip #2 Simpan (save) imej dalam format saiz paling minimum (tanpa menjejaskankualiti imej) :

    Jika anda perasan Google sendiri mempraktiskan teknik ini. Hampir keseluruhan imejyang dipaparkan di laman milik Google akan menggunakan format .gif kerana format iniakan menghasilkan saiz yang paling minimum.

    Dan hasilnya laman web anda akan cepat di-load, walaupun pelawat anda menggunakan

    talian Internet dial-up sahaja.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://wordpress.org/extend/plugins/seo-image/http://jurnalsem.com/http://wordpress.org/extend/plugins/seo-image/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    23/30

    Optimisasi Dalaman #8 Membina Fail Robots.txt

    Bagi optimisasi kelapan ini, ianya telah diterangkan di dalam laman JurnalSEM sendiri dibawah siri SEO 101, dan apa yang ditulis disini adalah versi salinan dari entri diJurnalSEM tersebut.

    Apa Itu Robots.txt ?

    Robots.txt adalah satu fail yang dibina menggunakan perisian Notepad atau Wordpaddimana ia mengandungi arahan-arahan kepada robot/crawler enjin carian kawasan-kawasan mana di dalam laman web anda yang boleh di-crawl dan mana yang tidak.

    Robots.txt juga adalah tempat pertama robot/crawler enjin carian akan pergi apabila iatiba ke laman web anda.

    Bagaimana Robots.txt Berfungsi?

    Apabila robot/crawler tiba di laman web anda, ia akan melihat fail robots.txt andauntuk melihat arahan-arahan tertentu yang anda telah berikan kepada robot/crawlertersebut.

    Dan arahan-arahan yang anda berikan adalah berasaskan kepada kandungan-kandunganyang perlu dan tidak perlu di-crawl oleh mereka.

    Contoh seperti diagram dibawah :

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    24/30

  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    25/30

    Jika anda melihat contoh penggunaan robots.txt di JurnalSEM sendiri(http://jurnalsem.com/robots.txt)

    User-Agent: *Disallow: /

    User-Agent: GooglebotUser-Agent: Googlebot-MobileUser-Agent: Googlebot-ImageUser-Agent: Mediapartners-GoogleUser-Agent: Adsbot-GoogleUser-Agent: SlurpUser-Agent: msnbotUser-Agent: msnbot-mediaUser-Agent: Yahoo SlurpUser-Agent: Ask

    User-Agent: MSNBotUser-Agent: Alexa (IA Archiver)

    Disallow:

    Sitemap: http://jurnalsem.com/sitemap.xml

    Untuk penggunaan User-Agent: *, ianya bermaksud untuk kesemua jenis robot/crawleryang tiba di laman JurnalSEM (kecuali yang dinyatakan), saya tidak membenarkanmereka membuat crawling kepada keseluruhan laman web JurnalSEM dengan memberi

    arahan Disallow: /.

    Dan untuk User-Agent yang lain - Googlebot, Googlebot-Mobile, Googlebot-Image,Mediapartners-Google, Adsbot-Google, Slurp, msnbot, msnbot-media, Yahoo Slurp, Ask,MSNBot, Alexa (IA Archiver), saya membenarkan mereka membuat crawling tanpasekatan mana-mana laman dengan memberi arahan Disallow:.

    Jika dilihat, beza diantara Disallow:/ dan juga Disallow: hanyalah tanda /, tetapidengan tanda tersebut jugalah ia menentukan samada laman web anda akan diindeks dienjin carian atau pun tidak.

    Kandungan-Kandungan Yang Perlu Ada Di Dalam Robots.txt

    Di dalam robots.txt, hanya ada tiga kandungan sahaja yang perlu diisi iaitu :

    1. User-Agent

    2. Disallow

    3. Sitemap

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    26/30

    Saya akan terangkan satu per satu dibawah :

    1. User-Agent

    User-Agent bermaksud robot/crawler yang membuat crawling dan ia tidak semestinya

    dari enjin carian sahaja. Terdapat beberapa servis seperti perisian semakan broken linkXenu Link Sleuth yang menggunakan robot/crawler untuk membuat crawling di lamanweb.

    Untuk setiap robot/crawler ini mereka juga mempunyai nama-nama tersendiri.

    Dan untuk rujukan sepenuhnya robot/crawler dan nama-nama mereka anda boleh rujukdisini :

    http://www.robotstxt.org/db.html

    Contoh robot/crawler untuk enjin carian big 3 adalah :

    Google - Googlebot, Googlebot-Mobile, Googlebot-Image, Mediapartners-Google

    Yahoo - Yahoo Slurp

    Live Search MSNBot

    2. Disallow

    Bagi kandungan kedua ini, ia bermaksud arahan kepada robot/crawler untuk membuatcrawling.

    Seperti contoh yang diberikan, jika anda tidak mahu membenarkan enjin carian Google

    daripada membuat crawling dan indexing kepada laman web anda, anda bolehmenggunakan arahan seperti dibawah :

    User-Agent: GooglebotDisallow: /

    Ini bermakna apabila Googlebot tiba di fail robots.txt, ia akan crawl disitu sahaja danberhenti dari crawling laman web anda terus menerus.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://www.robotstxt.org/db.htmlhttp://jurnalsem.com/http://www.robotstxt.org/db.html
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    27/30

    Contoh-contoh penggunaan arahan 'Disallow:' adalah :

    User-Agent: GooglebotDisallow: /arkib

    Contoh diatas akan membawa maksud anda tidak membenarkan Googlebot untukmembuat crawling di folder arkib di laman web anda.

    User-Agent: GooglebotDisallow: /laman-daftar.php

    Dan untuk contoh diatas, anda tidak membenarkan Googlebot untuk membuat crawlingdi laman pendaftaran anda - laman-daftar.php.

    3. Sitemap

    Sitemap adalah kandungan terakhir yang anda boleh letak di dalam fail robots.txt anda.Boleh disini bermaksud anda bebas samada mahu meletakkan link ke sitemap lamananda ataupun tidak.

    Robots.txt Generator

    Tool ini dicipta oleh Aaron Wall (SEOBook.com) untuk memudahkan anda membina failrobots.txt. Klik link dibawah ini :

    http://tools.seobook.com/robots-txt/generator/

    Robots.txt, Wajib Atau Tidak?

    Secara asasnya, jika anda mahu mengawal laman-laman tertentu daripada diceroboholeh mana-mana robot/crawler, robots.txt adalah wajib untuk anda.

    Dan bagi saya penting untuk anda mengawal robot/crawler mana yang patut datang dancrawl laman anda kerana setiap crawling yang dibuat akan memakan bandwith serveranda.

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://tools.seobook.com/robots-txt/generator/http://jurnalsem.com/http://tools.seobook.com/robots-txt/generator/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    28/30

    Asas-Asas Optimisasi Luar Laman (Off-Page Optimization) Wordpress

    Membina Link Ke Laman Web Anda Link Building

    Di dalam SEO, jumlah kuantiti link dari laman lain ke laman web anda merupakan satufaktor pemberat yang besar yang akan digunakan oleh enjin carian untuk menentukanranking laman web anda di keputusan carian (SERP).

    Saya tidak akan menyentuh secara mendalam berkenaan topik link building di dalam

    panduan ini kerana ia di luar konteks SEO untuk Wordpress.

    Akan tetapi saya akan berkongsi sedikit sebanyak tips yang akan membantu anda didalam mendapatkan link dari laman-laman web lain.

    Tip #1 Bina laman web dengan kandungan berkualiti.

    Tip #2 Bina link secara konsisten.

    Tip #3 Guna katakunci anchor (anchor keywords) di laman web yang membenarkan

    penggunaannya.

    Tip #4 'Leverage' laman sosial bookmarking untuk mempromosi kandungan berkualitianda.

    Bagi tip #4 ini saya pernah menulis beberapa artikel di JurnalSEM yang berkaitan yangboleh membantu :

    1. 7 Laman Social Bookmarking Malaysia

    2. Bagaimana Untuk Mendapatkan Backlinks Dari Laman Web Social Bookmarking

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/7-laman-social-bookmarking-malaysia/http://jurnalsem.com/backlinks-dari-social-bookmarking/http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/7-laman-social-bookmarking-malaysia/http://jurnalsem.com/backlinks-dari-social-bookmarking/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    29/30

    Rangkuman

    SEO bukanlah satu proses sekali buat, sama seperti cara-cara pemasaran yang lain, ianyaadalah proses berterusan.

    Dan proses SEO itu sendiri tidak pegun, yakni ianya sentiasa berubah kerana algorithmenjin carian sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memberi kepuasan palingmaksimum kepada pengguna mereka.

    Jika dilihat, secara asasnya apabila anda membina satu-satu laman web yang mampumemberi jawapan terbaik kepada prospek (iaitu mereka yang mencari anda di enjincarian), sudah pasti enjin carian tidak teragak-agak untuk memberi anda ranking yangbaik.

    Dan saya sendiri memegang prinsip ini berikan pelawat anda kandungan terbaik yangmereka cari, dan enjin carian akan 'suka' kepada anda.

    Jadi apa yang saya harapkan adalah, semoga panduan asas ini akan menjadi langkahpertama anda untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu SEO, serta anda tidakberhenti belajar setakat disini.

    Teruskan belajar dan fahamkan dengan lebih mendalam ilmu-ilmu pemasaran enjincarian ini, kerana enjin carian adalah sumber ketiga paling dipercayai :

    http://jurnalsem.com/fakta-enjin-carian-sumber-ketiga-paling-dipercayai/

    Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/fakta-enjin-carian-sumber-ketiga-paling-dipercayai/http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/fakta-enjin-carian-sumber-ketiga-paling-dipercayai/
  • 8/14/2019 Panduan Asas Wordpress SEO

    30/30

    Tanpa keraguan lagi, mempunyai ranking yang baik di SERP (Search Engine Result Page)merupakan impian setiap pemilik bisnes.

    Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendalami ilmu-ilmu SEO atau SEM ini?

    JurnalSEM saya telah menyediakan platform ini untuk anda mempelajari ilmu-ilmupemasaran enjin carian ini dengan lebih mendalam.

    Contohnya dalam siri SEO 101 kami menerangkan konsep-konsep asas yang perlu andatahu di dalam SEO, kemudiannya siri Panduan SEM yang kami terbitkan secara percumauntuk membantu anda mengenali asas-asas di dalam SEM (Search Engine Marketing).

    InsyaAllah dengan kekuatan masa dan tenaga yang diberikan-Nya, saya bersama rakanlain di JurnalSEM akan terus berusaha menerbitkan seberapa banyak panduan yang bolehuntuk membantu anda melakukan pemasaran melalui enjin carian ini.

    Teruskan membaca JurnalSEM kerana masih banyak lagi yang kami akan terbitkan dimasa-masa yang akan datang. Terima kasih.

    Amirul FaisyalJurnalSEM.com

    Rujukan-rujukan berguna untuk anda dari JurnalSEM:

    Memahami Tag No Follow Bahagian 1

    Memahami Tag No Follow Bahagian 2

    Slide Asas SEO Untuk Wordpress

    Memahami Apa Itu Canonicalization

    Memahami Apa Itu Google Universal Search Results

    Memahami AJAX Di Google

    Memahami Fail Robots.txt

    Panduan Asas Pengiklanan Google Adwords

    Panduan Asas Wordpress SEO Khas Terbitan Dari

    http://jurnalsem.com/seo-101/http://jurnalsem.com/panduan-sem/http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-tag-no-follow/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-tag-no-follow-bahagian-2/http://jurnalsem.com/bengkel-wordpress-sesi-seo-dari-jurnalsem/http://jurnalsem.com/top-3-enjin-carian-bersatu-isu-canonical/http://jurnalsem.com/michael-phelps-dan-google-universal-search-results/http://jurnalsem.com/google-ajax-seo/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-robots-txt/http://jurnalsem.com/panduan-sem-april-09-panduan-asas-pengiklanan-adwords/http://jurnalsem.com/seo-101/http://jurnalsem.com/panduan-sem/http://jurnalsem.com/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-tag-no-follow/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-tag-no-follow-bahagian-2/http://jurnalsem.com/bengkel-wordpress-sesi-seo-dari-jurnalsem/http://jurnalsem.com/top-3-enjin-carian-bersatu-isu-canonical/http://jurnalsem.com/michael-phelps-dan-google-universal-search-results/http://jurnalsem.com/google-ajax-seo/http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-robots-txt/http://jurnalsem.com/panduan-sem-april-09-panduan-asas-pengiklanan-adwords/