Panduan assgmnt jean piaget

5
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Menurut Jean piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat- peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza- beza.Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak- kanak sebaliknya fkanak kanak membina persekitarannya .Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan ,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini iaitu skema,penyerapan,pengubahsuaian,keseimbangan . Skema adalah sktruktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran .Skema adalah seperti sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umun dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.Skema adalah proses mencipta,memperhalus,membuat perubahan ,menyusun dan mengurus.Apabila seorang bayi dilahirkan ,skema sedia ada pada bayi itu ialah nenghisap susu dan mengenggam apasahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya.Seperti puting susu atau jari tangan ,bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yahng mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya,kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap.Dalam perkembangan sensori motor terdapat enam sub tahap dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur tertentu. Peringkat pertama ialah dari lahir hingga satu bulan dikenali sebagai refleks Peringkat ini ini bayi hanya melakukan gerakan pantulan .Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku it lagi.

description

TEORI PIAGET

Transcript of Panduan assgmnt jean piaget

Page 1: Panduan assgmnt jean piaget

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Menurut Jean piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak sebaliknya fkanak –kanak membina persekitarannya .Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan ,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini iaitu skema,penyerapan,pengubahsuaian,keseimbangan .

Skema adalah sktruktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran .Skema adalah seperti sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umun dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.Skema adalah proses mencipta,memperhalus,membuat perubahan ,menyusun dan mengurus.Apabila seorang bayi dilahirkan ,skema sedia ada pada bayi itu ialah nenghisap susu dan mengenggam apasahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya.Seperti puting susu atau jari tangan ,bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yahng mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya,kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap.Dalam perkembangan sensori motor terdapat enam sub tahap dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur tertentu.

Peringkat pertama ialah dari lahir hingga satu bulan dikenali sebagai refleks Peringkat ini ini bayi hanya melakukan gerakan pantulan .Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku it lagi.

Page 2: Panduan assgmnt jean piaget

Asimilasi merupakan proses kognitif yang mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema sedia ada yang merupakan penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam stuktur sedia ada.Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui serta memperolehi pelbagai maklumat dan pengalamanKeadaan ini boleh disamakan seperti sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya.Oleh itu,perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif bukan kualitatif

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.

Hal ini menyebabkan, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Sensori motor ialah bagi bayi yang berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.Peringkat sensori motor adalah peringkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran

Page 3: Panduan assgmnt jean piaget

mereka.Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

Selepas itu ialah peringkat pra operasi untuk kanak-kanak berumur diantara 2 hingga 7 tahun .Pada tahap ini ,kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengkelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Seterusnya, peringkat operasi konkrit bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun.Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak- kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas terhadap konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Manakala peringkat operasi formal ialah bagi kanak-kanak yang berumur selepas 12 tahun.Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di

Page 4: Panduan assgmnt jean piaget

tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan

Page 5: Panduan assgmnt jean piaget

keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.