Panduan Bagi Penduduk Warga Asing · jangka masa sederhana dan panjang P20-P23 ... Buang sampah ke...

28
Jabatan Polis Metropolis Tokyo Biro Imigresen Metropolis Tokyo Metropolis Tokyo Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam Kerjasama Tidak terlibat dalam jenayah di Jepun, demi kehidupan yang selamat dan terjamin. Panduan Bagi Penduduk Warga Asing

Transcript of Panduan Bagi Penduduk Warga Asing · jangka masa sederhana dan panjang P20-P23 ... Buang sampah ke...

Jabatan Polis Metropolis Tokyo Biro Imigresen Metropolis Tokyo

Metropolis Tokyo Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam

Kerjasama

Tidak terlibat dalam jenayah di Jepun, demi kehidupan yang

selamat dan terjamin.

Panduan Bagi Penduduk

Warga Asing

Peraturan dan Adab di Jepun P1-P4

Undang-undang Jepun yang perlu diambil perhatian P5-P7

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menunggang basikal P8-P10

Langkah berjaga-jaga untuk kerja sambilan P11-P16

Mengenai Kad Residen P17-P19

Kewajipan melapor diri bagi pemastautin jangka masa sederhana dan panjang P20-P23

Nombor telefon apabila menghadapi masalah P24

Isi Kandungan

1

Buang sampah ke dalam tong sampah.

Sila patuhi peraturan pembuangan sampah.

Jangan buang sampah merata-rata tempat, sila buang ke dalam tong sampah.

Sila patuhi jadual, tempat dan pengasingan sampah apabila membuang sampah.

Dilarang membuang sampah bersaiz besar secara haram!

*Sila ikut cara pembuangan sampah bersaiz besar yang ditetapkan oleh majlis perbandaran tempat tinggal apabila ingin membuang sampah bersaiz besar.

Nasihat penting

Peraturan dan Adab di Jepun

2

Sampah yang dibuang di tempat pengumpulan, tidak boleh diambil tanpa kebenaran.

Apabila tinggal di pangsapuri dan sebagainya, sila patuhi kandungan dalam perjanjian sewa.

Antara sampah yang terdapat di tempat pengumpulan sampah, ada juga yang boleh dikitar semula sebagai sumber.

Tanpa kebenaran tuan rumah,・�tambah rakan serumah・sewa kepada orang lain・mengubahsuai bilik・�memelihara haiwanadalah dilarangkan!

Jika anda melanggar perjanjian, mungkin akan diarahkan untuk pindah keluar!

3

Dilarang meletak barangan di koridor pangsapuri atau kondominium.

Dilarang membuat bising atau dengar muzik dengan kuat di dalam bilik atau koridor.

Koridor pangsapuri atau kondominium adalah kawasan awam dan milik orang ramai.

Jika terlampau bising...

Polis yang menerima aduan tersebut mungkin akan mengambil tindakan keras!

Jika berkelakuan melampau, mungkin akan diarahkan untuk pindah keluar!

*Jika letak barang-barang di koridor, tempat untuk melarikan diri apabila berlakunya kebakaran atau gempa bumi akan kehilangan.

Nasihat penting

4

Sila merokok di kawasan yang dibenarkan untuk merokok sahaja.

Jangan berbual atau bercakap di telefon bimbit dengan suara yang kuat di dalam tren dan bas.

Dilarang merokok sambil berjalan atau di luar kawasan merokok. Jangan membuang puntung rokok sembarangan. Ini akan menjadi punca kebakaran!

Ini akan mengganggu orang lain yang berada di dalam tren dan bas.

Di Jepun, kami hidup dengan mengamalkan peraturan dan adab begini.Warga asing sekalian diminta menghormati adab Jepun supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.

5

保険証

Pisau atau penyembur serbuk lada

Pinjamkan saya

Dilarang pinjam meminjam tiket tren bulanan dan kad insurans.

Jangan bawa barang yang berbahaya.

Penggunaan tiket tren bulanan atau kad insurans orang lain…Meminjamkan tiket bulanan atau kad insurans kepada orang lain walaupun mengetahui bahawa ia akan disalahgunakan…

*Berikutnya bukan alasan yang sah.● Untuk mempertahankan diri● Bawa demi kemudahan sebab rasanya boleh digunakan untuk

sesuatu● Untuk bergaya atau berfesyen● Pernah digunakan di tempat kerja atau kem pada masa lalu,

walaupun tidak pernah digunakan selepas itu, ia dibiarkan di dalam beg sahaja kerana tidak menyusah untuk mengemaskannya.

Membawa barang yang berbahaya seperti pisau tanpa alasan yang sah akan dikenakan tindakan keras!

Hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun

Nasihat penting

Undang-undang Jepun yang perlu diambil perhatian

6

Jangan menunggang basikal orang lain yang terletak di situ.

“Mencuri” adalah satu jenayah.

Jika menunggang basikal yang terletak di tepi jalan atau stesen…

“Mencuri” iaitu perbuatan mengambil pulang barangan dari kedai tanpa membuat bayaran.

Mencuri, mengangkat, mengawasi, memberi bantuan untuk melarikan diri juga akan dianggap sebagai jenayah mencuri!

Hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda 500,000 yen dan ke bawah.

Kedai-kedai di Jepun,● dipasang siap dengan CCTV!● Anggota polis yang menyamar sebagai orang awam sedang

meronda!

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 100,000 yen dan ke bawah.

Kemungkinan besar akan ditangkap jika mencuri!

7

Sila serahkan barangan yang terkutip kepada pondok polis.

Ambil perhatian bagi penggunaan basikal motor berpedal.

Jika mengambil dan memanfaatkan dompet, duit atau kad yang terjumpa…

Sekiranya menggunakan ia dengan tidak memenuhi syarat-syarat diperlukan…

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 100,000 yen dan ke bawah.

Hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda 500,000 yen dan ke bawah.

*Jika kehilangan barang, dengan membuat laporan polis, barang akan dipulangkan kepada anda apabila terjumpa.

*Basikal motor berpedal adalah berbeza daripada basikal bantuan motor yang dijual di pasaran. Untuk menggunakannya di atas jalan, perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan, dan juga perlu kepada lesen memandu motor 50cc ke bawah dan nombor plet.

Nasihat penting

Nasihat penting

8

Apabila membeli atau mendapat basikal, sila buat pendaftaran pencegahan jenayah.

Sila letakkan basikal di tempat letak basikal.

Apabila membeli basikal ▶

Jika basikal tidak diletak di tempat yang sepatutnya, dan diletak di hadapan stesen dan tempat-tempat lain sesuka hati…

Akan dirampas!

Apabila mendapat basikal ▶

*Untuk penukaran nama, boleh dibuat di kedai basikal yang terdekat. Masa itu perlu bawa sekali yuran pemprosesan 500 yen, kad residen, kad pendaftaran basikal (pemilik asal).

Jika ingin mengambil balik basikal yang dirampas, perlu membuat bayaran tertentu. Contoh: Toshima-ku→5,000 yen Shinjuku-ku→3,000 yen

pendaftaran baru diperlukan

penukaran nama diperlukan

Nasihat penting

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menunggang basikal

9

Bagaimanapun, berikut adalah pengecualian yang dibenarkan untuk mengguna laluan pejalan kaki.● Apabila ada tanda “Lalulintas basikal dibenarkan”● Penunggang basikal adalah kanak-kanak dibawah umur 13 tahun, warga

emas berumur 70 tahun dan ke atas, atau orang kurang keupayaan ● Kawasan pembinaan jalan raya yang menyebabkan laluan sebelah kiri

sukar untuk dilalui.

*Sila menunggang dari bahagian tengah ke sebelah kiri jalan raya.

*Semasa menunggang basikal di laluan yang ada tanda “Lalulintas basikal dibenarkan”, sila menunggang dengan perlahan dari bahagian tengah laluan ke arah sebelah jalan raya. Apabila menghalang laluan pejalan kaki, sila berhenti sebentar.

1 Basikal secara dasarnya kena menggunakan jalan raya, manakala laluan pejalan kaki adalah secara pengecualian.

2 Sila ikut sebelah kiri jalan raya

3 Pejalan kaki diutamakan di laluan pejalan kaki, menunggang dengan perlahan ke bahagian jalan raya.

5 peraturan menunggang basikal

Di Jepun, basikal juga kena mengikut undang-undang yang sama dengan kereta!

10

4 Sila mematuhi peraturan keselamatan

5 Pakai topi keledar

Tindakan keras terhadap penunggang basikal yang melanggar peraturan telah dipertingkatkan.

Sejak 1hb Jun 2015Tidak mematuhi lampu isyarat, guna telefon bimbit sambil menunggang basikal, tidak berhenti di simpang berhenti dan lain-lain kelakuan menunggang secara bahaya, jika didapati kesalahan sebanyak 2 kali dalam masa 3 tahun…

Dikehendaki menghadiri kursus dalam masa 3 bulan

Jika tidak menghadiri kursus tersebut…

Hukuman denda 50,000 yen dan ke bawah

● Dilarang menunggang dalam keadaan mabuk, membawa penumpang, menunggang bersebelahan.

● Gunakan lampu pada waktu malam● Sila patuhi lampu isyarat, berhenti dan memastikan keselamatan di

simpang jalan.

* Di Tokyo, penunggang basikal dinasihatkan supaya memakai topi keledar.

11

Tidak melebihi 28 jam!

Apabila membuat kerja sambilan dengan mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan, jangan kerja melebihi 28 jam dalam seminggu.Walaupun kerja di 2 tempat yang berlainan atau lebih, jumlah masa tidak boleh melebihi 28 jam dalam seminggu!

Jika menjalankan kerja sambilan tanpa permit tersebut…

・�Hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda 3,000,000 yen dan ke bawah・�Dihantar pulang secara paksa

*Pemegang “Visa Pelajar”, “Visa Residen”dan lain-lain pas yang tidak dibenarkan untuk bekerja, ataupun pemastautin yang mempunyai status “teknikal/ sains kemanusiaan/ perniagaan antarabangsa” “pengurusan dan pentadbiran” yang ingin menjalankan kerja sambilan diluar skopnya, dikehendaki mendapatkan permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan.

Jika kerja sambilan melebihi 28 jam dalam seminggu…

*Pemegang “Visa Pelajar” dibenarkan untuk berkerja 8 jam sehari (tidak melebihi 40 jam seminggu) pada masa cuti panjang sekolah (musim panas, musim sejuk).

・Hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda 3,000,000 yen dan ke bawah・Dihantar pulang secara paksa

Apabila membuat kerja sambilan, dapatkan permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan terlebih dahulu.

28 jam 20 jam 48 jam+ =

Nasihat penting

SAMPLE

Langkah berjaga-jaga untuk kerja sambilan

12

Biro Imigresen Laporan Carian

●Bar ●Kelab cabaret ●Pub ●Bar pelayan wanita ●Kelab pelayan lelaki ●Pusat Game ●Kedai Mahjong ●Kedai Pachinko ●Hotel Cinta ●Kelab telefon ●Pusat pelacuran ●Pelacuran panggilan ●Kafe pertemuan pasangan ●Kedai barangan dewasa ●Kedai video dewasa ●Kedai video bilik persendirian ●Video dewasa online

Walaupun bekerja sebagai tukang pembersih, pencuci pinggan, pelayan, kakitangan dan lain-lain, ia juga dianggap sebagai melanggar peraturan!

Jika berkerja di pusat hiburan…

・�Hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda 3,000,000 yen dan ke bawah・Dihantar pulang secara paksa

Jika ada maklumat mengenai pendatang haram, pekerja tanpa permit, Sila hubungi kami.● No.telefon 03-5796-7256● Hantar Emel melalui laman web Biro

Imigresen

Apabila membuat kerja sambilan dengan mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan, jangan berkerja di pusat hiburan.

13

Apabila membuat kerja sambilan dengan mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan, sila ambil perhatian tentang kedai serupa pusat hiburan.● Restoran dengan perkhidmatan hiburan● Kedai urut dengan perkhidmatan seksdan sebagainya akan dikenakan tindakan keras jika berkerja di tempat tersebut!

Pelajar asing yang telah berhenti sekolah atau dibuang sekolah…

NO!

sekiranya membuat kerja sambilan walaupun mempunyai status residen/permit untuk menjalankan aktiviti di luar kelayakan,…

・�Hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda 3,000,000 yen dan ke bawah・Dihantar pulang secara paksa

Walaupun pengurus kedai berkata demikian ”kedai kami bukan pusat hiburan, pelajar asing boleh bekerja di sini!”…

*Masa dan tempat kerja yang mempunyai had adalah, mereka yang membuat kerja sambilan dengan mendapatkan permit aktiviti luar kelayakan.

Polis yang akan menentukan sama ada ia merupakan pusat hiburan atau bukan. Walaupun bekerja tanpa mengetahui tentangnya, anda mungkin juga akan ditangkap!

Dilarang membuat kerja sambilan selepas berhenti sekolah.

14

Sila ambil perhatian tentang kerja sambilan yang dikenakan yuran pendaftaran.

Dilarang menawarkan tempat tinggal sendiri sebagai rumah penginapan berbayar kepada pelancong.

Mangsa yang telah bayar yuran pendaftaran, tetapi tidak diperkenalkan kerja sambilan semakin meningkat.

Kena ambil perhatian jika diminta bayar yuran pendaftaran atau komisen sebelum mula bekerja.

Tempat tinggal yang ditawarkan kepada pelancong sebagai rumah penginapan berbayar perlu dapatkan permit dari kementerian kesihatan dan sebagainya!

*Terdapat juga kawasan yang melonggarkan peraturan ketetapan untuk membenarkan rumah dijadikan rumah penginapan berbayar.

Menguruskan rumah penginapan tanpa permit…

Hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda 30,000 yen dan ke bawah

15

Berikutnya adalah perbuatan jenayah!Sila ambil perhatian tentang jemputan kerja sambilan yang mudah dan bergaji lumayan.

● Jual / serahkan telefon bimbit, kad ATM, buku bank kepada orang lain.

● Mendaftar telefon bimbit atau akaun bank untuk orang lain.

● Mengeluarkan wang dengan kad ATM orang lain.

Nombor PINxxxx

16

● Gunakan kad kredit orang lain untuk membeli barang melalui internet.

● Menerima bungkusan atas nama orang lain dan serahkan kepada klien, atau hantar ke tempat yang ditentukan.

Jika membuat demikian…

Perkara-perkara tersebut sebenarnya ada organisasi jenayah yang tersembunyi di belakangnya, walaupun tanpa kesedaran diri, mungkin akan menyebabkan anda terpaksa bertanggungjawab terhadap kes jenayah.Jangan terlibat semata-matanya untuk mendapatkan peruntungan dengan mudah.

・Pelanggaran Undang-undang Akses Tanpa Kebenaran・Pelanggaran Akta Pencegahan Pemindahan Hasil Jenayah・�Pelanggaran Undang-undang Pencegahan Kegunaan Telefon

Bimbit Tanpa Kebenaran・Penipuan ・Kecurian・Pemalsuan copdan jenis jenayah lain-lain, anda akan dikenakan tindakan keras.

Hantar ke tempat yang ditentukan

Menerima bungkusan yang atas nama orang lain.

Hantar

Order

17

Mesti membawa kad residen semasa keluar dari rumah.

Jika tidak bawa kad residen…

Hukuman denda 200,000 yen dan ke bawah

*Jika pemastautin jangka masa sederhana dan panjang tidak membawa kad residen, walaupun adanya pasport atau kad insurans, juga akan dianggap sebagai kesalahan.

*Pemastautin jangka masa sederhana dan panjang adalah penduduk warga asing yang memperolehi permit untuk menetap di Jepun dan penduduk warga asing yang tidak berkaitan dengan mana-mana perkara yang berikut.❶ Orang yang ditentukan tempoh tinggal sepanjang “3 bulan dan ke bawah”❷ Orang yang ditentukan tempoh tinggal sepanjang “Jangka masa pendek”❸ Orang yang ditetapkan status “Diplomasi” atau “Pengurusan rasmi”❹ Status ❶ - ❸�yang ditetapkan oleh Kementerian Kehakiman(Perhatian) Perlu dinotakan juga bahawa mereka yang tidak berkaitan

dengan mana-mana ❶ - ❹ yang berikut, tidak dianggap sebagai pemastautin jangka masa dan panjang.

● Pemegang permit pendaratan khas, permit pendaratan sementara

● Pemastautin tetap khas● Orang yang tidak mempunyai status residen

Perludibawa

Nasihat penting

Mengenai Kad Residen

18

Apabila polis dan para pegawai imigresen meminta menunjukan kad residen, sila tunjukkan kad residen tersebut.

Sekiranya kad residen hilang, sila pergi ke biro imigresen dengan segera untuk memohon pengeluaran semula.

Sekiranya menolak untuk menunjukkan kad residen...

Sekiranya tidak membuat permohonan dalam masa 14 hari

Hilang

menunjukkan

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.

*Apabila polis dan para pegawai imigresen meminta penduduk warga asing untuk menunjukkan kad residen, para pegawai mestilah sentiasa membawa kad pengenalan sendiri untuk ditunjukkan kepada penduduk warga asing sekiranya mereka diminta untuk menunjukkan kad pengenalan tersebut.

*Untuk memohon pengeluaran semula, sijil laporan kehilangan, sijil laporan kecurian (sijil dikeluarkan oleh balai polis dimana laporan tersebut dibuat, tidak akan dikeluarkan di pondok polis), sijil ditimpa alam (dikeluarkan oleh majlis perbandaran dimana kerosakan itu didapati) dan sijil lain-lain, pasport dan gambar (untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja) adalah diperlukan.

Nasihat penting

Nasihat penting

19

Kad residen Pengesahan Carian

Jangan meminjamkan!Jangan menyerahkan!

Jangan meminjamkan atau menyerahkan kad residen.

Sekiranya meminjamkan kad residen sendiri walaupun mengetahui bahawa ia akan disalahgunakan...

・Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.・Dihantar pulang secara paksa

Berhati-hati dengan pemalsuan / pengubahsuaian kad residen.

Keberkesanan nombor kad residen dan sebagainya boleh diperiksa di laman web biro imigresen.

● Nombor kad residen● Tempoh sah kad residendimasukkan sahaja, keberkesanannya dapat diperiksa.

*Sila berhati-hati kerana kebelakangan ini, kes-kes dimana penyalahgunaan kad residen dan sebagainya yang palsu semakin menjadi. Sekiranya menjumpai kad residen yang dicurigai telah dipalsukan, tanpa ragu-ragu sila pergi ke Biro Imigresen Metropolitan Tokyo untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

*Walaupun penduduk yang sah dari sisi undang-undang memiliki kad residen yang telah dipalsukan/diubahsuaikan untuk tujuan latihan, ia merupakan satu kesalahan jenayah yang berat.

*Walaupun kad residen itu telah tamat tempohnya, meminjamkan atau menyerahkan kepada orang lain, akan dikira sebagai jenayah sepertimana yang ditulis di atas.

Nasihat penting

Nasihat penting

20

Selepas imigresen, setelah menentukan tempat tinggal dan sekiranya ada penukaran tempat tinggal, sila laporkan alamat yang baru kepada majlis perbandaran (dewan bandaraya). Setelah tiba di Jepun, sebaik sahaja membuat keputusan tinggal di mana...

Apabila berpindah dan telah menukar tempat tinggal...

Sekiranya tidak melaporkan alamat baru dalam 14 hari...

Sekiranya tidak melaporkan alamat baru selepas 90 hari...

・Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.・Status residen akan dibatalkan

*Semasa melaporkan alamat tempat tinggal kepada majlis perbandaran (dewan bandaraya), sila bawa kad residen.

Sekiranya melaporkan alamat yang palsu....

Hukuman denda 200,000 yen dan ke bawah

Status residen akan dibatalkan

Nasihat penting

Kewajipan melapor diri bagi pemastautin jangka masa sederhana dan panjang

21

Sila laporkan dengan segera kepada Biro Imigresen apabila melakukan penukaran nama, tarikh lahir, warganegara/rantau, jantina, perkahwinan sebagainya.

Sekiranya tidak dilaporkan dalam masa 14 hari...

Sekiranya membuat laporan yang palsu.....

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.

Sekiranya tidak memenuhi pelbagai laporan wajib yang ditakrifkan oleh Biro Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian, semasa

Permohonan permit perubahan status residen

Permohonan permit pembaharuan tempoh penetapan

permohonan tersebut mungkin enggan dinilai dan mungkin akan mendapat pelupusan yang merugikan.

*Semasa melapor kepada Biro Imigresen, selain daripada pasport, gambar dan kad residen, dokumen yang menunjukkan penukaran nama, tarikh lahir, warganegara/rantau, jantina juga diperlukan.

Hukuman denda 200,000 yen dan ke bawah

Berhati-hati!

Nasihat penting

22

Sila laporkan dengan segera kepada Biro Imigresen sekiranya berhenti sekolah atau menukar majikan.

*Status residen yang mempunyai kewajipan melaporkan

Profesor, Profesion yang bertaraf tinggi, Pengurusan•Pentadbiran, Undang-undang•Perkhidmatan perakaunan, Perubatan, Pendidikan, Pemindahan dalam syarikat, Latihan kemahiran, Belajar di luar negara, Latihan, Penyelidikan, Teknologi•Kemanusiaan•Perkhidmatan antarabangsa, Prestasi, Kemahiran, Penjagaan Kejururawatan

Sekiranya tidak melaporkan dalam 14 hari...

Hukuman denda 200,000 yen dan ke bawah

Sekiranya membuat laporan yang palsu.....

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.

Perkara yang wajib dilaporkan

● Penukaran nama, penukaran atau penghapusan lokasi institusi seperti sekolah, tempat majikan dan sebagainya.

● Pemisahan atau pemindahan dari sekolah, destinasi aktiviti● Penamatan kontrak atau pengikatan kontrak yang baru dengan majikan

Berhenti sekolah, Pengijazahan, Meneruskan pelajaran, Kemasukan sekolah Persaraan, Penukaran kerja

23

Pendaftaran

perceraian

Cari dengan “Sistem laporan elektronik Biro Imigresen”!http://www.immi-moj.go.jp/i-ens/

Mereka yang menetapi dengan status residen “Pasangan orang Jepun dan sebagainya, pasangan penduduk tetap dan sebagainya, keluarga diikuti, aktiviti tertentu”, sila laporkan dengan segera kepada Biro Imigresen sekiranya bercerai dengan pasangan, berpisah disebabkan kematian.

*Apabila bercerai dengan pasangan, berpisah disebabkan kematian, laporan hendaklah dibuat bukan sahaja kepada majlis perbandaran (dewan bandaraya), tetapi wajib juga dilaporkan kepada Biro Imigresen.

Sekiranya tidak melaporkan dalam 14 hari...

Sekiranya membuat laporan yang palsu...

Hukuman denda 200,000 yen dan ke bawah

Hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau denda 200,000 yen dan ke bawah.

*Laporan mengenai penghentian/penukaran sekolah, tempat kerja, tempat kontrak dan laporan mengenai perceraian dengan pasangan/berpisah disebabkan kematian bolehlah dibuat di internet.

*Kewajipan untuk melapor adalah tertakluk kepada mereka yang memiliki status residen sebagai pasangan dan tidak termasuk mereka yang bukan.

Nasihat penting

24

Semasa kecemasan

Rundingan status residen…

Rundingan tentang kehidupan…

[Masa Rundingan] 09.30 – 12.00 13.00 – 17.00

Ke, perundingan orang asing di Tokyo

Bahasa perundingan Hari Rundingan Telefon

Bahasa Inggeris Isnin – Jumaat 03-5320-7744Bahasa Cina Selasa & Jumaat 03-5320-7766

Bahasa Korea Rabu 03-5320-7700

Semasa insiden / kemalangan▼

Telefon 110

Semasa kebakaran / sakit / cedera▼

Telefon 119

Ke, pusat maklumat keseluruhan orang asingTelefon 0570-013904

(Hari biasa 08.30 – 17.15)Melayan anda dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Sepanyol, Bahasa Portugis dan Bahasa Tagalog!

Nombor telefon apabila menghadapi masalah

25*Akta Kawalan Imigresen… singkatan dari “Akta Kawalan Imigresen dan Pengesahan Pelarian”

Undang-undang Jepun yang perlu diambil perhatian●Peminjaman Pas Komuter, Kad Insurans Kanun Keseksaan Pasal 246 .......................5●Pencurian Basikal Diletakkan Kanun Keseksaan Pasal 254 .........................................6●Penyeluk Saku Kanun Keseksaan Pasal 235 ................................................................6●Pencurian Barang Dijumpai Kanun Keseksaan Pasal 254 ............................................7●Memandu tanpa lesen Akta Lalu Lintas Jalan Raya Pasal 117-2 Perenggan 2 No. 1 ...........7

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menunggang basikal●Kewajipan pendaftaran pencegahan jenayah .........................................................8

Peraturan berkenaan promosi keseluruhan langkah-langkah letak kereta seperti basikal penggunaan basikal yang selamat Pasal 12 Perenggan 3

●Semakan Akta Lalulintas dan Jalan Raya .............................................................10Akta Lalu Lintas Jalan Raya Pasal 108-3-4, Pasal 120 Perenggan 1 No. 17

Langkah berjaga-jaga untuk kerja sambilan●Mendapatkan kebenaran ......................................................................................11

Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 2, Pasal 24 No.4 (a) Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 70 No.4

●Had Masa ..............................................................................................................11Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 2, Pasal 24 No.4 (a), Peraturan-Peraturan Penguatkuasaan Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 No.5Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 70 No.4

●Had lokasi kerja ....................................................................................................12Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 2, Pasal 24 No.4 (a), Peraturan-Peraturan Penguatkuasaan Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 5Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 70 No.4

●Kerja sambilan setelah berhenti sekolah ..............................................................13Akta Kawalan Imigresen Pasal 19, Perenggan 2, Pasal 24, No.4 (a), Peraturan-Peraturan Penguatkuasaan Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 5 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 70, No. 4

●Perniagaan tempat penginapan yang tidak dibenarkan ........................................14Akta Perniagaan Hotel Pasal 3 Perenggan 1, Pasal 10

Mengenai Kad Residen●Kerja mudah alih ...................................................................................................17

Akta Kawalan Imigresen Pasal 23 Perenggan 2 Penalti: Akta Imigresen Kawalan Pasal 75 -3●Kerja persembahan ...............................................................................................18

Akta Kawalan Imigresen Pasal 23 Perenggan 3 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 75 -2 No.2●Keperluan pelaporan pada masa kehilangan .......................................................18

Akta Kawalan Imigresen Pasal 19 Perenggan 12- 1 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 71 -2 No.2●Larangan penyewaan, pemindahan ......................................................................19

Akta Kawalan Imigresen Pasal 24 Pasal 3-5 (b) Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 73-6 Perenggan 1 No. 3

Kewajipan melapor diri bagi pemastautin jangka masa sederhana dan panjang●Pelaporan Alamat ..................................................................................................20

Akta Kawalan Imigresen, Pasal 19- 7 Perenggan 1, Pasal 19-9 Perenggan 1, Pasal 22-4 No.8,9,10 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 71-3 No 1 dan No 2, Pasal 71-2, No.1

●Pelaporan perkara identiti .....................................................................................21Akta Kawalan Imigresen Pasal 19-10 Perenggan 1 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 71-3 No.3, Pasal 71-2 No.1

●Pelaporan institusi .................................................................................................22Akta Kawalan Imigresen Pasal 19-16 No 1 & 2 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 71-3 No.3, Pasal 71-2 No.1

●Pelaporan perceraian hidup/mati pasangan .........................................................23Akta Kawalan Imigresen Pasal 19-16 No.3 Penalti: Akta Kawalan Imigresen Pasal 71-3 No.3, Pasal 71-2 No.1

1Jabatan Polis Metropolis Tokyo Biro Imigresen Metropolis Tokyo

Metropolis Tokyo Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam

Kerjasama

マレー語版

Panduan Bagi Penduduk Warga Asing

Panduan ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman web Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam Metropolis Tokyo, seksyen pejabat pengurusan bahagian keselamatan awam.

http://www.seisyounen-chian.metro.tokyo.jp/chian/

Cetakan: Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam Tokyo2-8-1 Nishi-Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo-to 163-8001☎ 03-5388-2279

Ibu Pejabat Belia dan Keselamatan Awam

Panduan Bagi Penduduk Warga Asing CarianMetropolisTokyo

Panduan ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa!

印刷物登録番号