Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

6
PANDUAN, CARA DAN KELEBIHAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU POS MALAYSIA Panduan, cara dan kelebihan pajak gadai emas di Arrahnu Pos Malaysia yang patuh syariah untuk mendapat wang pinjaman tunai segera dengan cepat dan mudah Arrahnu Pos Malaysia ditubuhkan pada Jun 2012 menawarkan pembiayaan pajak gadai emas patuh syariah di 65 cawangan Pos Arrahnu seluruh Malaysia yang biasanya bertempat di dalam Pejabat Pos daerah tertentu. Arrahnu Pos menawarkan perkhidmatan pajak emas seperti barang kemas, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold, jongkong emas PAMP Suisse dan perkhidmatan mencuci barang kemas. Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan menjual jongkong emas serta dinar emas Public Gold, membeli balik jongkong emas serta dinar emas Public Gold dan membeli emas lama serta emas terpakai dengan harga yang tertinggi di pasaran. Pengalaman kali ke dua gadai emas pelaburan Public Gold iaitu Gold bar 20 g 24K lbma dan emas dinar bukan lbma lama Public Gold yang berketulenan 22K di Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Kedua-dua kaunter arrahnu pos ada pelanggan jadi saya terpaksa menunggu di dalam Pejabat Pos. Saya di sambut dengan senyuman manis kakitangan arrahnu pos yang bertugas. Setelah meletakkan gold bar lbma dan emas dinar 916 untuk di gadaikan, terus kakitangan arrahnu pos bersuara dengan lemah lembut “Abe, gold bar dan dinar emas arrahnu pos terbaru beli doh ko”. Saya terus jawab “ho, beres beli awal-awal lagi, comel lote emas dinar arrahnu pos”. Kakitangan arrahnu hanya tersengih. Dalam hati aku berkata, “memang gold bar arrahnu pos lama sudah ada, tapi dinar emas arrahnu pos terbaru belum beli lagi, kira tipu sunat la, di kira menjawab pertanyaan gold bar, memang dah beli…ha ha”. Sebagai makluman, Arahnu Pos Malaysia juga mengeluarkan jongkong emas dan emas dinar LBMA bebas gst Pos Malaysia sendiri dengan usahasama Public Gold. Salah satu keistimewaan menyimpan emas fizikal adalah mudah di cairkan samada di gadai atau di jual berbanding barangan lain seperti tanah, kereta dan sebagainya. Emas fizikal adalah simpanan terbaik sebagai bekalan waktu kecemasan atau kesempitan wang kerana ia mudah ditunaikan dengan pajakan di samping pelindung dari kejatuhan nilai wang, kemelesetan ekonomi dan pengelak kebocoran wang. Simpanan wang milik kita yang di simpan di ASB, Saham, Tabung Haji sebenarnya rumit untuk di tunaikan serta berisiko tidak dapat di tunaikan jika berlaku bencana, peperangan, kemelesetan, penutupan bank dan sebagainya. Bank sebenarnya adalah pusat wang yang tidak mempunyai wang sendiri, ia hanya pengurus wang simpanan atau pinjaman pelabur yang mempunyai kemungkinan di tutup apabila ia mengalami defisit atau ditutup apabila berlaku bencana dan sebagainya.

Transcript of Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

Page 1: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

PANDUAN, CARA DAN KELEBIHAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU POS MALAYSIA

Panduan, cara dan kelebihan pajak gadai emas di Arrahnu Pos Malaysia yang patuh syariah untuk

mendapat wang pinjaman tunai segera dengan cepat dan mudah

Arrahnu Pos Malaysia ditubuhkan pada Jun 2012 menawarkan pembiayaan pajak gadai emas

patuh syariah di 65 cawangan Pos Arrahnu seluruh Malaysia yang biasanya bertempat di dalam

Pejabat Pos daerah tertentu. Arrahnu Pos menawarkan perkhidmatan pajak emas seperti barang

kemas, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold, jongkong emas PAMP Suisse dan

perkhidmatan mencuci barang kemas. Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan

perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan menjual jongkong emas serta dinar emas Public Gold,

membeli balik jongkong emas serta dinar emas Public Gold dan membeli emas lama serta emas

terpakai dengan harga yang tertinggi di pasaran.

Pengalaman kali ke dua gadai emas pelaburan Public Gold iaitu Gold bar 20 g 24K lbma dan emas

dinar bukan lbma lama Public Gold yang berketulenan 22K di Pejabat Pos Besar Kota Bharu.

Kedua-dua kaunter arrahnu pos ada pelanggan jadi saya terpaksa menunggu di dalam Pejabat Pos.

Saya di sambut dengan senyuman manis kakitangan arrahnu pos yang bertugas. Setelah

meletakkan gold bar lbma dan emas dinar 916 untuk di gadaikan, terus kakitangan arrahnu pos

bersuara dengan lemah lembut “Abe, gold bar dan dinar emas arrahnu pos terbaru beli doh ko”.

Saya terus jawab “ho, beres beli awal-awal lagi, comel lote emas dinar arrahnu pos”. Kakitangan

arrahnu hanya tersengih. Dalam hati aku berkata, “memang gold bar arrahnu pos lama sudah

ada, tapi dinar emas arrahnu pos terbaru belum beli lagi, kira tipu sunat la, di kira menjawab

pertanyaan gold bar, memang dah beli…ha ha”. Sebagai makluman, Arahnu Pos Malaysia juga

mengeluarkan jongkong emas dan emas dinar LBMA bebas gst Pos Malaysia sendiri dengan

usahasama Public Gold.

Salah satu keistimewaan menyimpan emas fizikal adalah mudah di cairkan samada di gadai atau

di jual berbanding barangan lain seperti tanah, kereta dan sebagainya. Emas fizikal adalah

simpanan terbaik sebagai bekalan waktu kecemasan atau kesempitan wang kerana ia mudah

ditunaikan dengan pajakan di samping pelindung dari kejatuhan nilai wang, kemelesetan ekonomi

dan pengelak kebocoran wang. Simpanan wang milik kita yang di simpan di ASB, Saham, Tabung

Haji sebenarnya rumit untuk di tunaikan serta berisiko tidak dapat di tunaikan jika berlaku

bencana, peperangan, kemelesetan, penutupan bank dan sebagainya. Bank sebenarnya adalah

pusat wang yang tidak mempunyai wang sendiri, ia hanya pengurus wang simpanan atau

pinjaman pelabur yang mempunyai kemungkinan di tutup apabila ia mengalami defisit atau

ditutup apabila berlaku bencana dan sebagainya.

Page 2: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

Bagaimana cara gadai emas di Arrahnu Pos ?. Cara memajak emas di Arrahnu Pos Malaysia

amat mudah, hanya perlu ada emas fizikal dan kad pengenalan sahaja. Resit belian emas tidak

diperlukan.

CARA GADAI EMAS DI ARRAHNU POS MALAYSIA :

1) Kunjungi Arrahnu Pos Malaysia berdekatan dimana pejabatnya biasanya di dalam pejabat pos

Malaysia.

2) Beri salam kepada kakitangan bertugas Arrahnu pos dan serahkan emas yang hendak di pajak

berserta kad pengenalan.

3) Jika pertama kali pajak emas di Arahnu Pos kena isi borang maklumat diri berserta waris. Jika

sudah pernah gadai emas di Arrahnu pos dah tak perlu isi borang, semua maklumat pengadai

sudah tersedia.

4) Pegawai pos akan menguji ketulenan emas. Saya mengadai gold bar 20g 24K LBMA Public Gold

yang bersampul yang dikecualikan dari pemeriksaan ketulenan kerana ketulenan emas yang sah

diiktiraf dunia.

5) Pegawai arrahnu akan menyatakan jumlah pinjaman yang diperolehi dan memberi surat pajak

untuk di tandatangani.

6) Setelah selesai, hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit, kakitangan Arrahnu pos akan

memberikan wang pinjaman pajakan, surat pajakan dan kad pengenalan kita.

7) Pertanyaan maklumat lanjut mengenai pajakan di Arrahnu Pos Malaysia supaya lebih faham

sambil beramah mesra dan berkenalan…

Kenapa pajak emas?.Pajak emas tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia dikenakan

upah simpan. Jadi pajak emas di arrahnu pos mestilah mempunyai alasan seperti kecemasan,

pusing modal perniagaan dan sebagainya. Saya pula memajak emas di Arrahnu Pos kerana mahu

membeli emas lain bagi menambah stok emas pada masa terbaik iaitu waktu harga emas termurah

semasa kejatuhan harga emas jatuh mendadak dengan ramalan harga emas akan menaik. Klik

HARGA EMAS JATUH MENDADAK OKTOBER 2016 PELUANG TERBAIK BELI

EMAS untuk maklumat kejatuhan harga emas teruk oktober 2016 dengan analisa ramalan emas

serta promosi oktober Public Gold.

Page 3: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan bercagarkan emas sehingga 75 peratus dari nilai marhun.

Arrahnu pos menerima gadaian jongkong emas Public Gold LBMA bersarung dan PAMP Suisse

tanpa perlu membuka sarungnya. Arrahnu pos Malaysia juga menjual dan membeli balik jongkong

emas atau emas dinar Public Gold mengikut harga emas semasa.

KEISTIMEWAAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU POS :

1. Pos ArRahnu menawarkan margin pinjaman tinggi sehingga 75% dari nilai marhun. Contoh,

saya memajak jongkong emas 20g 24K atau emas 999.9 LBMA dan emas dinar 22K atau emas 916

non LBMA yang mempunyai nilai marhum (nilai emas semasa) berjumlah RM6560, maka

mendapat pinjaman bernilai RM4920 iaitu 75% dari nilai marhum. Cara pengiraan pinjaman

pajakan maksimun,

Marhum Emas x 75% = pinjaman pajakan, dimana RM6560 x 75% iaitu RM4920

Cuma harga emas di nilai lebih rendah dari nilai belian gold bar semasa. Apa yang anda perlu

tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang

Emas, Dinar Kelantan, Public Gold dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang

ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri.

2. Upah simpan yang dikenakan berpatutan iaitu 85% dari nilai marhum atau RM0.85 bagi setiap

RM100 nilai marhum emas. Contoh pengiraan upah simpan,

Nilai Marhum Emas X 0.85 = Upah simpan bulanan, iaitu RM6560 X 85% iaitu RM55.71 sebulan

3. Selamat dari rekod CTOS. Ar-rahnu POS bukan bank jadi pinjaman pajakan emas di Ar-rahnu

POS tiada dalam rekod CTOS. Jika pajak emas di Ar-rahnu bank, rekod pinjaman akan nampak

dalam CTOS dan mungkin mengalami masalah membuat pinjaman bank.

4. Mudah memajak emas kerana perkhidmatan Arrahnu Pos terdapat di 65 lokasi pejabat pos

terpilih seluruh negara

5. Tempoh pinjaman yang panjang dan fleksibel iaitu 6 bulan + 6 bulan. Tempoh pajakan emas

standard ialah 6 bulan dan lanjutan tempoh 6 bulan apabila pelanggan menyelesaikan tunggakan

upah simpan 6 bulan standard.

6. Menerima pajakan pelbagai jongkong emas Public Gold LBMA yang berseal tanpa dibuka seal

atau di uji ketulenan dengan berat sehingga gold bar 250g LBMA dan jongkong emas Pamp Suisse

sehingga 100gm.

Page 4: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

7. Dapat nilai pembiayaan atau pinjaman yang tinggi iaitu nilai pembiayaan sehari adalah RM50k

dan jumlah nilai maksimun pembiayaan atau pinjaman terkumpul adalah RM100k bagi setiap

pelanggan.

8. Menyediakan kemudahan membeli dan menjual emas Public Gold mengikut harga semasa.

Jualan jongkong emas Public Gold di Arrahnu Pos adalah mengikut harga belian biasa atau retail

price.

9. Menerima semua jenis emasSistem keselamatan yang canggih dan selamat Kesemua barang

gadaian diinsuranskan Menyediakan kemudahan membeli emas lama/rosak

10. Perkhidmatan atau servis di Arrahnu Pos adalah pantas dan mesra.

Pajak emas di Arrahnu sebenarnya mempunyai risiko kerana perlu membayar upah

simpan atau sebenarnya caj pinjaman dari pajakan emas. Jadi memajak emas mesti mempunyai

alasan dan sebab yang munasabah dan tidak banyak dimana kita mampu membayar balik upah

simpan atau menebus balik emas yang di gadaikan. Pinjaman wang pajakan hendaklah digunakan

untuk membeli atau membuat sesuatu yang berfaedah. Saya memajak emas di Arrahnu adalah

kerana ingin membeli emas murah kerana kejatuhan harga emas mendadak, jadi selepas dapat

wang pinjaman pajakan saya terus membeli emas dinar secara online pada harga rendah. Masa

paling sesuai untuk pajak emas ialah bila harga emas jatuh mendadak untuk dapatkan modal beli

lagi emas pada harga rendah atau nak guna duit untuk modal bisnes yang menguntungkan.

Pantang larang paling penting, jangan pajak emas dan gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk

perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya seperti membeli kereta baru,

penyaman udara baru dan sebagainya.

Page 5: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

Arrahnu pos adalah tempat pajak emas pelaburan Public Gold seperti gold bar atau emas dinar

LBMA yang berseal paling mudah, cepat dan selamat kerana Arrahnu Pos juga menjual dan

membeli balik jongkong emas Public Gold. Namun pembelian emas di Public Gold mengikut harga

retail emas, atau harga belian biasa terus dapat emas tanpa menjadi ahli Public Gold. Public

Gold menyediakan peluang membeli emas harga murah dengan modal kecil iaitu

melalui Program GAP iaitu program kumpul emas dimana harga emas GAP adalah

lebih murah. Contoh, harga emas gold bar 1g 24k LBMA semasa kini adalah RM215 jika dibeli di

semua arrahnu pos atau cawangan Public Gold, namun harga emas GAP hanya RM183 sahaja dan

mendapat gold bar 1g 24K LBMA yang sama atau pelbagai jenis jongkong emas 24K LBMA

didiktiraf dunia bebas gst. Klik CARA MEMBELI EMAS 1G PROGRAM GAP PUBLIC

GOLD untuk mula beli emas modal rendah minima RM100 atau 1g dan mengumpul emas fizikal.

Page 6: Panduan, cara dan kelebihan pajak emas di arrahnu pos malaysia

Kredibiliti Public Gold sebagai pengeluar emas fizikal terbesar Malaysia tidak dapat

di sangkal lagi dengan kepercayaan Arrahnu Pos Malaysia yang menerima pajakan gold

bar LBMA bersarung tanpa di buka sarung atau diuji ketulenan emas dan menjual serta membeli

emas Public Gold. Kini harga emas jatuh mendadak merupakan masa paling sesuai membeli emas

Public Gold atau memajak emas untuk menambah emas. Arrahnu Pos malaysia menyediakan

perkhidmatan menjual serta membeli emas Public Gold namun tidak menjadi ahli Public Gold dan

tidak dapat membeli atau menjual emas secara online. Whatsapp 019-9185593 Mohd Zaidi

Junus Master Dealer Public Gold berpengalaman semenjak 2010 atau klik PENDAFTARAN

PERCUMA JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk panduan daftar ahli secara percuma dan mula

membeli emas Public Gold secara online.

www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com

SEKIAN, TERIMA KASIH

Panduan, tips, cara, kelebihan, pajak, gadai, emas, Public Gold, Arrahnu Pos, Pos Malaysia,

panduan pajak emas, cara pajak emas, tips pajak emas, keistimewaan Arrahnu Pos, pajak emas

Pos Arrahnu, gadai emas arrahnu pos, gold bar lbma public gold, pajak gold bar lbma, cara gadai

emas arrahnu pos, gadai gold bar lbma, pajak emas patuh syariah, kelebihan pajak emas arrahnu

pos

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-jatuh-teruk-peluang-beli-dan-

berniaga-emas/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-

gram-program-gap-public-gold/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/langkah-pertama-melabur-

emas-jadi-pelanggan-public-gold/