Panduan cinta bahagia

42
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1 Versi 1.0

description

 

Transcript of Panduan cinta bahagia

Page 1: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

Versi 1.0

Page 2: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

“Cinta Bahagia”

Tips Mencari Cinta Serasi

Oleh : Mohd Faizal

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit Extreme D Enterprise Versi 1.0 Diterbitkan Oleh : Extereme D Enterprise www.extreme-d.com Penafian : Ebook ini diterbitkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan panduan dan pendidikan para pembaca. Panduan dan nasihat di daam ebook ini adalah bertujuan baik dan bersifat umum. Anda mungkin perlu merujuk penasihat profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penerbit serta wakil-wakil mereka tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan ebook ini, dan tidak boleh dipertanggungjawapkan dengan apa-apa liabiliti ataupun ganguan emosi yang terbit daripada keputusan yang anda buat selepas membaca ebook ini.

Page 3: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

Prakata

Setiap insan di dunia yang fana ini menginginkan sebuah cinta yang sejati sehingga

ke akhir hayat. Persoalannya, Bagaimanakah anda ingin mengetahui cinta anda

adalah cinta yang sejati yang dapat menemani anda sepanjang hidup anda?

Bercinta amatlah indah tetapi ada juga di antara kita yang takut untuk bercinta

kerana bimbang kejadian putus cinta. Memang tidak dinafikan terdapat 24 pasangan

yang bercinta akan berpisah setiap hari. Malahan bagi penulis ia adalah perkara

yang biasa bukan sahaja bagi seorang artis malah sesiapa saja di dunia ini.

Tidakkah ia membelenggu fikiran anda untuk bercinta?

Malahan terdapat juga berita-berita penceraian yang diceritakan setiap hari yang

menunjukkan bahawa tiadanya ikatan cinta yang kekal sampai bila-bila. Cuak juga

anda bila ianya terjadi pada orang terdekat dengan anda. Adakah anda berkata

tiadanya cinta yang setia untuk sepanjang hayat kita?

Sebenarnya putus cinta dan penceraian terjadi kerana tiadanya cinta yang sejati

antara pasangan yang bercinta atau pasangan suami isteri. Jadi tidak perlulah kita

membimbangkan perkara yang dasyat seperti itu jika anda tahu bagaimana untuk

mencari cinta yang sejati seperti yang ditunjukkan dalam e-book ini.

Bukan mudah untuk memupuk cinta sejati dalam kehidupan kita tetapi bila ia sudah

dipupuk, amat sukar juga bagi kita untuk menjaganya. Dalam E-book istimewa ini

terkandung pelbagai tips yang hebat untuk anda memupuk dan menjaga cinta sejati

anda agar dapat berkekalan sampai bila-bila.

Semoga e-book ini dapat menjadi panduan untuk pasangan-pasangan yang bercinta,

pasangan suami isteri dan insan yang ingin mencari pasangan agar dapat mencari

cinta sejati yang bakal merealisasikan impian, sumpah dan janji anda untuk hidup

bersama sepanjang hayat anda.

Page 4: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4

Isi Kandungan

Tajuk

Mukasurat

Pengenalan

5

Mitos Cinta

7

Mengapa Perlunya Cinta Sejati

8

Mulakan Langkah Pertama Anda

9

Teknik Mencari Cinta Sejati 15

Petua Memancing Hati Pasangan

23

Cara Memelihara Cinta Sejati

27

Teknik Pengurusan Cinta dan Kerjaya

31

Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan

35

Kejayaan Dalam Cinta Sejati

40

Penutup

42

Page 5: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 5

Pengenalan

Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud

Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut:

C - Cinta

I - Itu

N - Nikmat

T - Tapi

A - Awas

Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu

bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat

manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya

melihat yang baik-baik sahaja. Segala keburukan dan kecacatan, akan anda

singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok

atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua

perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. tidak mungkin datang jika tidak

dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di

alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. Oh,

indahnya!!

Cinta adalah satu perasaan yang amat dalam antara dua jiwa yang saling sayang

menyayangi antara satu sama lain. Cinta juga adalah satu ikatan kemesraan bagi

setiap pasangan. Cinta yang sejati pula merupakan ikatan yang teguh antara

pasangan yang bercinta. Satu percintaan yang teguh biasanya akan bertahan lama

berbanding ikatan yang tidak teguh.

Rindu pula adalah sebuah perasaan yang paling indah, bila terkenangkan orang

yang tersayang. Rindu hanya dimiliki oleh insan yang berhati nurani yang tahu akan

betapa dalamnya cinta yang sejati. Bila rindu terbayang di mata, timbullah perasaan

Page 6: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 6

ingin berjumpa dengan insan yang tersayang. Rindu ini amatlah dihargai kerana ia

merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T.

Kasih sayang pula adalah merupakan satu perasaan yang bermula dari hati untuk

menyayangi seseorang. Hati seolah-olah ingin dibelai oleh orang yang disayang

malah ingin membelai orang yang disayang. Amatlah syahdunya perasaan itu bila

percintaan sentiasa dibayangi perasaan seronok untuk bercinta.

Tanpa Cinta, Rindu dan Kasih Sayang tidak akan wujud sebuah Cinta Yang Sejati.

Walaupun ia memerlukan pengorbanan, tetapi amatlah berbaloi untuk seluruh

kehidupan kita. Cuba anda bayangkan betapa ruginya anda tanpa CINTA YANG

SEJATI??

Tidakkah anda rasa gembira setiap saat dan waktu jika anda disayangi dan dikasihi?

Nasib anda amat baik kerana menjumpai e-book ini.

Marilah bersama mengejar cinta yang sejati.............

Page 7: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 7

Mitos Cinta

Cinta Yang Sejati adalah merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta.

Cinta sejati bukanlah senang untuk dicari, ia amat sukar diperolehi jika tidak kena

gayanya. Cinta yang sejati menjadikan anda hidup dalam keadaan yang selamat

untuk bersama sepanjang masa.

Cuba fahami cerita berikut :

“Satu hari CINTA dan KEKASIH berjalan-jalan di sebuah kampung..

Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam perigi.. Kenapa??

Kerana CINTA itu buta..

Lalu KEKASIH pun terjun ke dalam perigi.. Kenapa??

Kerana KEKASIH akan buat apa saja demi CINTA...

Di dalam perigi tersebut CINTA hilang.. Kenapa??

Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga malah sukar

di cari dalam perigi yang gelap itu..

Sedangkan KEKASIH masih lagi tercari-cari dimana

CINTA dan terus menunggu..

Kenapa?? Kerana KEKASIH ITU SEJATI dan akan kekal sebagai

KEKASIH YANG SETIA...”

Cinta memang amat bermakna dalam kehidupan kita semua. Jika tidak, tidak

mungkin wujudnya Taj Mahal sebagai lambang cinta yang sejati. Cinta yang amat

dalam bakal menzahirkan rasa kasih sayang yang teguh. Maka wujudlah Cinta Sejati

dalam diri setiap pasangan.

Page 8: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 8

Mengapa Perlunya Cinta Sejati

Sama sahaja maknanya seperti mengapa perlu makan nasi dengan lauk dan

bukannya hanya makan nasi sahaja. Jika kita makan nasi sahaja, kita hanya merasai

nasi sahaja. Tetapi jika kita makan nasi bersama lauk, kita akan merasai keenakan

nasi berlauk tersebut. Begitulah juga dengan cinta.

Kita tak mungkin akan merasai keseronokan bercinta jika cinta kita hanyalah cinta

biasa sahaja. Cinta biasa bermaksud cinta tanpa arah tujuan dan masa depan.

Walaupun ia adalah cinta tetapi penulis amat yakin 99% cinta yang sedemikian akan

terputus dan hilang terus daripada pandangan. Apa maknanya bercinta jika sudah

tahu kesudahannya pasrah??

Adakah anda ingin bercinta dengan kekasih anda yang hanya mahu menemani anda

seketika sahaja??

Jika anda hanya mahu bercinta untuk sementara waktu sahaja, maka tidak perlulah

anda memikirkan cara untuk mencari sebuah cinta yang sejati. Jika anda mahu

bercinta sampai ke akhir hayat, bermakna anda memanglah layak mencari sebuah

cinta yang sejati. Tahniah diucapkan!!!

Tiada seorang insan pun mahu dikecewakan oleh pasangannya malahan mahu

bercinta dengan pasangannya seumur hidup. Tiada seorang pun yang meminta

dirinya ditinggalkan sendirian. Malahan tiada siapa pun mahu menderita dalam

percintaan atau dalam hubungan perkahwinan sehingga akan menyebabkan

penceraian.

Kesimpulannya setiap insan di muka bumi ini mahu memiliki sebuah cinta yang ajaib

dan kekal sampai ke hujung nyawa. Cinta yang ajaib inilah yang merupakan

pemangkin kepada asas pehubungan yang kukuh bagi membentuk sebuah cinta

yang sejati. Ayuh semua.. Mari kita mulakan langkah untuk mencari cinta yang

sejati..

Page 9: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 9

Mulakan Langkah Pertama

Setiap kerja yang anda lakukan perlulah dimulakan dengan langkah pertama.

Kenapa? Tak Percaya?? Buktinya jika kita hendak berjaya dalam pelajaran, kita

perlulah belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama,

anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja-kerja yang lain. Maklumlah fokus amat

penting untuk berjaya.

Sama juga apabila kita mahu bercinta, kita perlulah memulakannya dengan langkah

yang pertama. Walaupun ia amat sukar, namun percayalah kesukaran itu hanyalah

yang pertama dan yang terakhir. Ini kerana setelah anda mengalami kesukaran yang

pertama, anda akan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kesukaran yang

seterusnya dengan penuh yakin malah tidak sesukar yang pertama tadi.

Jadi apakah langkah pertama untuk anda mengejar cinta yang sejati??

Jawapannya amatlah mudah. Jawapannya ada dalam diri anda sendiri.

Terdapat tiga tips mudah untuk memulakan langkah pertama iaitu :

1) Motivasi Diri

2) Perubahan Fizikal

3) Bina Pautan Yang Luas

Page 10: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

1) Motivasi Diri

Motivasi diri ini amatlah penting bagi seseorang, tidak kira apapun kerja yang

hendak dilakukannya. Tanpa motivasi diri yang kukuh, seseorang itu akan

pasti hanyut ditelan arus cabaran yang semakin hari semakin mencabar. Oleh

sebab itulah saya mengatakan bahawa langkah pertama bermula dari dalam

diri sendiri anda sendiri.

Banyak persoalan akan terjadi apabila kita tidak kuat motivasi dan rendah

tahap memotivasikan diri. Antara persoalan yang sering ditanya ialah:

i. Adakah saya layak bercinta?

ii. Mengapa perlunya bercinta?

iii. Apakah saya akan lakukan setelah bercinta?

iv. Di manakah saya akan dapat cari cinta?

v. Sanggupkah saya berkorban demi cinta?

Bila persoalan tersebut membanjiri kotak pemikiran seseorang, tidak mustahil

seseorang itu akan mendapat penyakit sindrom otak beku kerana tidak dapat

menjawab soalan-soalan tersebut. Namun percayalah saya dapat

menyelesaikannya untuk anda.

Perhatikanlah jawapan serta penerangan saya dan bukalah minda anda

kerana ia akan mencairkan sindrom tersebut daripada otak anda.

i. Adakah saya layak bercinta?

Jawapan : Ya!! Saya yakin saya layak untuk bercinta seperti orang lain.

Walaupun wajah saya tidak secantik atau sekacak orang lain, namun,

saya juga adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan

perasaan. Setiap makhluk yang mempunai hati dan perasaan, adalah

layak untuk bercinta.

Page 11: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

ii. Mengapa perlunya bercinta?

Jawapan : Saya bercinta untuk mendapatkan keredhaan Allah. dicintai

pasangan!!

iii. Apakah saya akan lakukan setelah bercinta?

Jawapan : Saya akan bercinta sehingga ke akhir hayat saya dan

menjaga hati pasangan!!!

iv. Di manakah saya akan dapat cari cinta?

Jawapan : Cinta ada dimana-mana dan saya akan terus mencarinya!!!

v. Sanggupkah saya berkorban demi cinta?

Jawapan : Ya!! Sudah tentu kerana saya akan mempertahankan cinta

ini walau saya tersiksa sekalipun!!

Berkorban demi pasangan tidak bermakna kita perlu mengorbankan maruah diri

demi pasangan. Tetapi maksudnya kita perlu mengorbankan masa, tenaga malahan

wang ringgit demi cinta. Tidak mustahil cinta yang kita idamkan akan mekar

berkembang menjadi sebuah cinta yang sejati.

Penerangan di atas sesuai untuk semua orang, tidak kira anda sedang mencari cinta

atau sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Cuma maksudnya berbeza

bagi setiap persepsi.

Semestinya anda sekarang sedang terbakar dengan kata-kata dan penerangan

motivasi ini. Ingatlah semua bermula dari dalam diri kita sendiri dan sentiasalah

berfikiran positif.

Page 12: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

2) Perubahan Fizikal

Perubahan fizikal di sini tidak bermaksud hanya perlu menukarkan pakaian

anda supaya lebih seksi ataupun membuat pembedahan plastik untuk

mencantikkan diri anda. Perubahan fizikal bermaksud mengubahkan sesuatu

yang menunjukkan perwatakan kita yang baik dan apabila orang lain melihat

kita, mereka akan menyukai kita.

Perubahan Fizikal amatlah penting agar kita disenangi semua. Antara

perubahan fizikal yang saya maksudkan di sini ialah :

i. Perubahan Paras Wajah

• Perubahan paras wajah ini amat penting kerana dengan

mimik muka sahaja kita dapat tahu seseorang itu

perangainya bagaimana.

• Tidak perlu bersolek tebal untuk menunjukkan mimik muka

yang sangat disenangi hanya perlu senyum sahaja.

• Jangan tunjukkan riak wajah yang marah pun apabila kita

betul-betul sedang marah.

• Tidak perlu ilmu pengasih pun untuk kita disukai orang lain

kerana riak wajah yang ceria menggambarkan anda mampu

menceriakan orang lain.

ii. Perubahan Tingkah Laku

• Tunjukkan kepada semua bahawa anda amat berkeyakinan

dalam membuat semua kerja sekalipun.

• Bersopanlah kerana dengan nilai kesopanan itu kita akan

lebih disenangi dan disukai orang lain.

• Sentiasalah merendahkan diri kerana sikap ini menunjukkan

bahawa diri kita ini tidak sombong atau bongkak.

Page 13: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

• Jangan memandang orang lain sebelah mata kerana jika kita

membuat sebegitu tidak mustahil kita pula akan dipandang

sebelah mata.

• Jangan menghina orang lain kerana jika anda menghina

orang lain, mereka akan dapat mengetahui perangai anda ini

sangat buruk malah sukar untuk berkawan dengan

sesiapapun.

iii. Perubahan Pertuturan

• Bertuturlah dengan penuh adab sopan kerana kita akan lebih

dihormati sekiranya kita menghormati orang lain.

• Jaga hati teman-teman lain apabila kita bercakap dengan

mereka kerana kita tidak akan disakiti jika kita menjaga hati

mereka.

• Sentiasa beri perhatian tentang apa sahaja yang dikatakan

oleh orang lain.

• Jangan sesekali menengking orang lain kerana ia akan

memalukan diri orang lain.

iv. Perubahan Cara Pemakaian

• Ubahlah cara pemakaian anda supaya lebih sopan dan manis

dipandang.

• Ubahlah penampilan diri anda supaya lebih kemas agar lebih

sejuk hati dipandang.

Page 14: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

3) Bina Pautan Yang Luas

Pautan yang luas disini ialah mencari ramai sahabat malahan dikenali oleh

semua orang yang tidak mengenali anda. Ini menunjukkan anda senang

mesra dengan sesiapa sahaja malah amat mementingkan kawan. Cara

membina pautan yang luas ialah:

• Ramaikan kawan kerana dengan meramaikan kawan anda mudah

didekati oleh orang lain dan disenangi oleh semua.

• Bina kepercayaan yang kukuh antara anda dengan semua orang

yang mengenali anda. Ini akan menjadikan anda mudah dipercayai

oleh semua orang kerana kejujuran anda itu.

Nota : Bina pautan yang luas ini amat sesuai digunakan untuk anda yang

belum mempunyai pasangan atau yang ingin mencari pasangan kerana jika

anda mempunyai pautan yang luas, mereka akan mudah mendekati anda.

Cuba anda bayangkan setelah anda mengubah diri anda kepada diri anda yang

baru, anda dapat memikat si dia yang menjadi idaman anda. Rupa-rupanya si dia ini

adalah peminat anda yang tertarik dengan perwatakan anda yang amat disenangi

orang lain. Fuh.. Tak mustahil anda anda akan tersenyum kemudian dan

menyalahkan diri anda keran tidak berubah dari dulu lagi.

Kesimpulannya, jika kita ingin disukai oleh sesiapapun di muka bumi ni, kita perlulah

menyukai diri kita dahulu dan berubahlah supaya lebih disenangi atau dihormati oleh

orang lain kerana ia adalah ILMU PENGASIH yang baik untuk disukai orang lain.

Page 15: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

Teknik Mencari Cinta Sejati

Kita sudah pun memotivasikan diri dalam bab sebelumnya tadi dan sekarang kita

perlu mengetahui teknik-teknik yang diperlukan untuk mencari pasangan yang sejati.

Pasangan yang sejati di sini bermaksud pasangan yang serasi dengan diri kita dan

akan menemani kita sampai ke hujung nafas kita yang terakhir.

Mungkin ada yang berani mengatakan bahawa saya menulis e-book ini hanya untuk

suka-suka sahaja. Ternyata tersilap besarlah dengan dakwaan anda ini. Saya telah

mengkaji daripada semua aspek mengenai teknik-teknik yang sesuai untuk mencari

pasangan hidup yang sejati ini.

Cuba anda fikirkan betapa bahagianya jika anda mendapat pasangan hidup yang

memang baik dan memahami diri anda sepenuhnya tanpa bergaduh dengan anda.

Pasangan inilah yang akan setia menemani anda anda dalam suka duka anda

menempuh rintangan yang bakal melanda. Walau apapun terjadi, mereka akan terus

memberikan sokongan kepada anda. Cuba anda bayangkan pula bagaimanakah

jadinya jika anda mendapat pasangan yang sebaliknya.

Sebelum anda membaca teknik-teknik tersebut, saya ingin mengingatkan bahawa

teknik-teknik ini hanya untuk individu yang mencari cinta sahaja. Tidak kiralah anda

seorang pelajar remaja atau anda seorang dewasa ataupun anda adalah seorang

yang sudah berumur. Jika anda sedang mencari cinta, teknik ini amat sesuai untuk

anda.

Page 16: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

1) Cari Pasangan Yang Mampu Setia Walau Jauh Di Mata.

Seperti yang sudah sedia maklum tidak ramai antara kita yang mampu setia

jika berjauhan dengan insan yang tersayang. Jadi, amatlah sukar bagi kita

untuk mengetahui seseorang itu setia atau tidak.

Mengapa perlunya seseorang yang setia dengan kita??

• Adakah anda mahu percintaan anda hanya bertahan seketika

sahaja setelah pasangan anda mencari orang lain?

• Adakah anda mahu menangis sendirian setelah ditinggalkan oleh

insan yang anda amat sayangi kerana anda tinggal jauh darinya?

• Adakah anda mahu kehilangan orang yang dikasihi hanya kerana

anda tidak berada disisinya?

Jawapannya semestinya tidak. Siapalah yang mahu bercinta jika sudah

mengetahui kesudahannya dia akan ditinggalkan. Oleh sebab itu, kita perlu

mencari pasangan yang setia dengan kita walaupun kita berjauhan

dengannya.

Ini adalah kerana kesetiaan adalah tiang dalam sesuatu hubungan. Jika ia

tiada, habislah hubungan tersebut runtuh.

2) Cari Pasangan Yang Tidak Menipu.

Ini merupakan kriteria yang paling penting dalam perhubungan. Tanpanya

seolah tiada kejujuran dan kepercayaan antara pasangan. Amatlah teruk jika

kepercayaan dan kejujuran itu tiada dalam cinta.

Mengapa perlunya mencari pasangan yang tidak menipu??

Page 17: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

• Adakah anda ingin berasa sedih jika anda mengetahui bahawa

pasangan anda sering keluar dengan orang lain sedangkan dia

memberitahu anda bahawa dia sedang menonton televisyen di

rumah?

• Adakah anda mahu berasa sakit hati yang teramat sangat apabila

pasangan anda memberitahu anda bahawa dia sedang pening di

rumah walhal yang sebenarnya dia pergi ke rumah orang lain

semata-mata ingin menemani orang lain?

• Adakah anda mahu berasa kecewa apabila mendapati bahawa

pasangan anda keluar dengan orang lain sedangkan dia menolak

untuk keluar bersama anda dengan alasan banyak kerja?

Sudah tentu anda tidak mahu ia terjadi. Bayangkan betapa kecewa, sedih dan

luluhnya hati anda apabila mendapat tahu pasangan anda selama ini telah

menipu anda. Sedangkan selama ini pasangan anda sering mengungkapkan

bahawa jika tiada kepercayaan dalam bercinta, tidak perlulah bercinta.

Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati untuk mempercayai seseorang. Ini

adalah kerana cinta memerlukan kepercayaan antara pasangan dan jika ia

dikhianati maka hancurlah percintaan itu.

3) Cari Pasangan Yang Memahami Anda.

Untuk mencari seseorang yang sesuai dengan anda, anda perlulah mencari

seseorang yang amat memahami diri anda, keadaan anda dan keluarga anda.

Amat sukar untuk kita menjalinkan hubungan seandainya pasangan tidak

memahami diri kita.

Mengapa anda perlu mencari seseoarang yang memahami??

Page 18: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

• Adakah anda mahu seorang pasangan yang tidak memahami keadaan

anda yang berada dalam kesusahan?

• Adakah anda suka dimarahi oleh pasangan anda ketika anda sedang

menghadapi masalah yang besar?

Semestinya anda tidak mahu perkara itu terjadi. Agak sukar bagi kita untuk

menjalinkan hubungan dengan pasangan yang sebegitu. Silap hari bulan anda

akan bertambah tension dengan pasangan anda.

4) Cari Pasangan Yang Tidak Mengambil Kesempatan Terhadap Anda.

Ini juga adalah antara kriteria yang amat penting untuk memilih pasangan

anda. Manusia kadangkala suka mengambil kesempatan terhadap

kesenangan dan kelebihan orang lain.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tidak mengambil kesempatan

terhadap anda??

• Adakah anda mahu dikecewakan oleh pasangan anda setelah anda

menghabiskan semua harta benda anda kepadanya?

• Adakah anda mahu pasangan anda menunjuk-nunjukkan kepada

semua orang bahawa dirinya kaya padahal anda yang memberikan

kemewahan kepadanya?

Oleh sebab itulah kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berjumpa

dengan orang yang suka mengambil kesempatan terhadap kita. Mereka cuma

cintakan kemewahan dan kesenangan kita dan bukannya mencintai diri kita

dengan sepenuh hati. Elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa mereka.

Page 19: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1

5) Cari Pasangan Yang Tiada Abang Angkat atau Kakak Angkat.

Ha ha ha.. Mungkin anda sedang tergelak bila membacanya tapi inilah hakikat

yang sebenar. Kadangkala bila difikirkan mungkin mereka ini boleh menjadi

orang untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi selalunya tidak.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada abang angkat atau kakak

angkat?

• Adakah anda mahu diganggu oleh abang angkat atau kakak angkat

pasangan sewaktu bercinta kerana mereka sebenarnya meminati

pasangan anda?

• Adakah anda mahu setiap keputusan anda dan pasangan anda

dipengaruhi oleh abang angkat atau kakak angkat anda?

Mereka amat bagus untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi pada masa

yang sama kita dilihat tidak matang untuk menguruskan masalah cinta kita

bersama pasangan kita sendiri. Malah amat teruk lagi bila pasangan anda

diminati oleh kakak angkat atau abang angkat, semestinya mereka akan ambil

peluang untuk memisahkan anda dengan pasangan anda.

6) Cari Pasangan Yang Tiada Adik

Ini lagi satu kes yang amat berat bagi setiap orang. Masakan tidak, jika adik

angkat tu dilayan amat mesra tidak mustahil pasangan akan lebih mengatakan

bahawa adik angkatnya lebih penting daripada anda.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada adik angkat??

• Adakah anda mahu berkongsi kasih sayang pasangan anda yang sama

dengan adik angkat anda?

Page 20: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

• Adakah anda tidak berasa malu jika masalah atau segala kelemahan

anda itu akan diketahui oleh adik angkat pasangan anda setelah

pasangan anda memberitahunya sendiri?

Bercinta sebenarnya adalah privacy dan sepatutnya perkara-perkara tersebut

tidak sepatutnya terbongkar kepada orang lain. Adalah tidak wajar jika kita

bercinta, kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Manakan tidaknya

jika kita dipanggil sayang, adik angkat pasangan juga dipanggil sayang, jadi

dimanakah keistimewaan cinta anda.

7) Cari Pasangan Yang Mampu Berkorban Untuk Anda.

Ini merupakan satu kriteria yang terpenting sekali bagi setiap pasangan yang

bercinta. Ya, komitmen terhadap pasangan memang merupakan kunci utama

untuk kebahagiaan hidup kita. Tanpa komitmen yang tinggi terhadap

pasangan, tidak mustahil hubungan itu akan hancur.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang mampu berkorban untuk

anda??

• Adakah anda mahu pasangan yang sentiasa sibuk dan tidak

mempunyai masa langsung untuk bersama anda?

• Adakah anda inginkan seorang pasangan yang sentiasa mementingkan

diri sendiri dan tidak membantu anda apabila anda berada dalam

kesesakan?

Semestinya anda akan mengatakan tidak kerana tujuan anda bercinta adalah

untuk menyayangi dan disayangi. Maka tidak bermaknalah jika anda bercinta

dengan orang yang lebih mencintai dirinya sendiri.

Berkorban di sini adalah dari segi berkorban masa dan duit bukannya

berkorban tubuh badan atau maruah. Ini kerana jika kita mencintai seseorang,

kita sepatutnya menjaga pasangan dan maruahnya sebelum kita berkahwin.

Page 21: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

8) Cari Pasangan Yang Soleh atau Solehah.

Ya, mencari pasangan yang soleh atau solehah adalah suruhan agama kita.

Jika pasangan kita tidak mementingkan agama bagaimana nak menguruskan

rumah tangga yang harmoni dan diredhai.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang soleh atau solehah?

• Adakah anda mahu pasangan yang cetek agama dan sentiasa

mengajak anda membuat maksiat ?

• Adakah anda mahu pasangan yang tidak menghormati ibu bapa anda

malah sentiasa membelakangkan agama?

Walaupun cinta itu penting, tetapi kita patut tahu bahawa cinta yang tidak

berlandaskan agama tidak akan kekal sampai ke akhir hayat. Agama

mencorakkan hidup kita supaya lebih sempurna.

9) Cari Pasangan Yang Sentiasa Menyenangkan Hati Anda.

Pasangan yang kekal lama ialah pasangan yang saling menyenangkan hati

pasangan mereka masing-masing. Mana mungkin kita akan kekal dengan

pasangan jika ketika kita sedang bersedih, pasangan anda pula memarahi

anda. Ini boleh menyebabkan anda menjadi gila kerana bertambah tension.

Mengapa anda perlu mencari pasangan yang sentiasa menyenangkan hati

anda??

Page 22: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

• Adakah anda mahukan pasangan yang memberikan tekanan kepada

anda dua kali ganda daripada tekanan yang anda hadapi di tempat

kerja anda?

• Adakah anda inginkan pasangan yang akan memberikan kesedihan

kepada anda disaat anda sedang berduka akibat sesuatu?

Oh, tidak. Anda bercinta untuk dikasihi pasangan dan bukannya untuk

menambahkan beban kerungsingan yang anda hadapi. Semestinya anda inginkan

seseorang yang boleh meredakan kesedihan anda. Ini akan memberikan anda

keyakinan untuk bangkit dari kesedihan itu.

Saya amat yakin bahawa anda akan memperoleh sebuah cinta yang sejati

seandainya anda dapat mencari pasangan yang menepati kriteria-kriteria tersebut.

Apa lagi yang anda tunggu-tunggu? Mulakanlah langkah anda memburu pasangan

hidup anda.

Kepada yang sudah mempunyai pasangan hidup pula, adakah pasangan anda

menepati kriteria diatas?? Jika tidak, anda masih boleh mencari cinta sejati dengan

memupuk cinta yang sedia ada. Jika anda bertanya bagaimana, sila baca bab yang

berikutnya dengan penuh teliti.

Page 23: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

Petua Memancing Hati Pasangan

Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang

telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda.

Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan

anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati

bakal pasangan anda.

Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta

ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga

untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila-

bila. Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian

cinta anda.

Jangan bimbang kerana di dalam bab ini, anda bakal di sajikan dengan petua-petua

yang amat berkesan untuk memastikan cinta anda mekar di hati pasangan anda.

Setiap petua ini amatlah berharga walaupun bagi anda semua ia terlalu praktikal dan

sangat mudah. Antara petua tersebut ialah :

1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.

• Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi

mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya

mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan

kesedihan mereka.

2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.

• Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku

pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat

komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal

menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.

Page 24: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.

• Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta

kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih

dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini

menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta

mereka.

4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.

• Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama

agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan

mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi

seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam

sehari ada 24 jam semuanya.

5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.

• Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap

pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan

membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah

disayangi sepenuh hati oleh anda.

6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.

• Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami

malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk

menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh

pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka

penting di dalam hati anda.

Page 25: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.

• Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar

mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta

dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang

terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan

dikenali mereka.

8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda.

• Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang

dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka

sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka

dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang

menyakitkan hati anda.

9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.

• Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika

anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi

menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang

kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita

lakukan tanpa pertengkaran.

10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.

• Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda

setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang

dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan

cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi

antara satu sama lain.

Page 26: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia

amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita.

Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan

lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan.

Kesimpulan dalam bab ini ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan

menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka

percaya dan yakin terhadap cinta anda.

Page 27: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

Cara Memelihara Cinta Sejati

Bukan senang bagi seseorang untuk mendapatkan seorang pasangan dan bercinta

dengan kita walau dalam sekelip mata sekalipun. Oleh sebab itu kita sepatutnya

menghargai cinta kita, pasangan kita atau isteri kita agar cinta kita terus kukuh.

Susah bagi kita jika kita hanya tahu bercinta sahaja tetapi tidak tahu cara untuk

memelihara dan mencorakkan cinta tersebut .

Oleh sebab itu, kita perlulah menjaga hati pasangan agar hati kita sendiri dijaga rapi

oleh pasangan. Ini adalah kerana cinta tidak akan dapat jika kita tidak memberikan

cinta kita kepada pasangan. Cinta juga bukan mudah diperolehi malah mudah hilang

jika kita tidak menjaganya. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk memelihara

cinta yang kita ada agar ia tidak hilang?

Senang sahaja jawapannya kerana di bawah ini saya telah selitkan antara cara-cara

hendak memelihara sesebuah cinta itu agar kekal lama. Antara cara-cara tersebut

ialah :

1) Sentiasa Berterus-Terang Dengan Pasangan

• Jika kita tidak berpuas hati mengenai sesuatu tentang pasangan kita

atau apa-apa hal, berterus-teranglah kepadanya kerana kadangkala dia

tidak faham apa kemahuan kita jika kita tidak berterus-terang.

2) Jangan Menipu Pasangan Anda

• Jangan sesekali kita menipu pasangan kita kerana jika kita menipu,

kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita terhadap kita akan

berkurangan.

Page 28: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

3) Sentiasa Ambil Tahu Masalah Anda Dan Pasangan Anda

• Sentiasa mengambil tahu apa yang pasangan anda tidak puas hati

dengan anda dan berusahalah untuk memperbaikinya kerana

kadangkala ia akan menjadi masalah yang besar dalam hubungan

anda.

4) Sentiasa Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Pasangan

• Tunjukkanlah bahawa anda sangat menyayanginya sepenuh hati

kerana pasangan anda sebenarnya ingin disayangi oleh anda dan

mereka juga akan menyayangi anda dengan sepenuh hati.

5) Sentiasa Dengar Nasihat Yang Tersayang

• Bukalah minda dan telinga anda untuk mendengar setiap teguran dan

nasihat daripada yang tersayang kerana mereka tahu apa yang kita

perlu ubah dalam hidup kita. Ini kerana merekalah orang yang paling

rapat dengan kita.

6) Sentiasa Punyai Masa Untuk Pasangan

• Luangkanlah sedikit masa anda setiap hari untuk bersamanya atau

hubungilah pasangan anda agar pasangan anda akan rasa lebih

seronok untuk bercinta kerana diambil berat.

7) Berikan Ruang Kebebasan Dalam Bercinta

• Janganlah sekali-kali mengongkong pasangan anda untuk berkawan

dengan rakan-rakan mereka(yang sama kaum dengan mereka). Ini

Page 29: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2

adalah kerana mereka juga memerlukan masa untuk bersantai dengan

rakan-rakan mereka.

8) Sentiasa Berkorban Demi Kebahagiaan Pasangan

• Jangan terlalu berkira dengan pasangan apabila pasangan anda

meminta pertolongan daripada anda sama ada untuk dirinya atau

keluarganya kerana ia menunjukkan betapa pentingnya anda dalam

kehidupannya.

9) Jaga Pasangan Anda Seperti Anda Menjaga Diri Anda Sendiri

• Sentiasalah menjaga pasangan anda apabila mereka tidak sihat atau

berada di dalam bahaya kerana kita sepatutnya bertanggungjawab

terhadap keselamatan mereka selain ibu bapa mereka. Ini

menunjukkan bahawa mereka amat selamat jika bersama anda.

10) Jangan Buat Pasangan Anda Sakit Hati Dengan Anda

• Sentiasalah menjaga hati pasangan dan tidak perlulah anda mengguris

hati pasangan anda dengan menghinanya atau membuat sesuatu yang

membelakangkannya dan tidak disukainya sehingga dia amat

membenci kita. Jika ia berlaku, nescaya kepercayaannya terhadap

anda semakin berkurangan.

11) Jangan Buat Pasangan Anda Meragui Cinta Anda.

• Janganlah membuat sesuatu yang menunjukkan bahawa anda tidak

memerlukan mereka. Contohnya menyimpan gambar perempuan atau

lelaki lain di dalam dompet kita. Jika ia berlaku, ada kemungkinan

Page 30: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

perang dunia ketiga akan berlaku atau anda akan dikawal (Queen

Control atau King Control) oleh pasangan anda sepenuhnya tanpa

kebebasan.

Ingatlah wahai pembaca, tidak mungkin pasangan akan menjaga hati kita jika kita

tidak menjaga hati pasangan. Sama juga jika kita mahu diri kita disayangi sepenuh

hati, kita sepatutnya menyayangi pasangan kita dengan sepenuh hati.

Kesimpulannya cinta tidak akan dapat jika kita tidak mencarinya malah tidak akan

dapat jika kita tidak memberi. Marilah bersama-sama menjaga hati masing-masing

agar cinta anda menjadi amat berharga dalam diri pasangan anda.

Page 31: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

Teknik Pengurusan Cinta Dan Kerjaya

Ini adalah suatu topik yang menjadi kemestian bagi setiap pasangan yang bercinta.

Bagi setiap wanita pastilah menginginkan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya

agar masa depan mereka selepas berkahwin menjadi terjamin. Kenyataan itu amat

benar kerana jika seorang lelaki itu tiada pekerjaan, bagaimana hendak membeli

makanan dan membahagiakan rumah tangga.

Ya, seperti yang telah sedia maklum wanita tidak akan memandang seorang lelaki itu

jika lelaki itu tidak mempunyai kerja. Bagi mereka hanyalah sia-sia bercinta dan

berkahwin dengan lelaki sebegitu. Namun begitu terdapat lagi satu masalah juga jika

lelaki tersebut lebih mementingkan kerjaya daripada cinta.

Kita sepatutnya tahu bagaimana hendak menguruskan kerjaya kita di samping

menguruskan cinta dan menjaga hati pasangan pada masa yang sama. Tidak semua

orang yang dapat mengawal dua perkara penting tersebut dengan baik malahan ada

yang menganggap bahawa kerjaya adalah yang terpenting sampai sanggup

mengabaikan pasangan dan ada juga yang sebaliknya.

Teknik pengurusan cinta dan kerjaya ini dipecahkan kepada dua golongan iaitu

golongan yang belum berkahwin dan golongan yang sudah berkahwin seperti

berikut:

1) Untuk Yang Belum Berkahwin

• Sekiranya anda dan pasangan bekerja di tempat yang berhampiran,

pastikan anda sentiasa mengambil pasangan anda semasa pulang dari

bekerja.

• Sentiasalah mengambil berat tentang keadaan pasangan pada setiap

masa dengan menelefon pasangan anda pada waktu masuk kerja, pada

waktu rehat, dan pada waktu balik.

Page 32: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

• Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda sekurang-kurangnya 2 jam

sehari.

• Jangan cuba-cuba menipu pasangan anda kerana keparcayaan dalam

cinta amatlah penting dan janganlah musnahkan kepercayaan tersebut.

• Sentiasa bersedia mengorbankan jiwa kita, masa malahan wang ringgit

demi kekasih dan jangan sekali-kali kedekut.

• Sentiasa penuhkan masa tidak bekerja dengan bersama pasangan anda

kerana ia dapat mengurangkan tekanan anda.

• Sentiasa ada masa untuk pasangan bila diperlukan contohnya ketika anda

bekerja, pasangan anda meminta untuk menghantarnya ke hospital, maka

anda patut mengorbankan sedikit masa kecemasan seperti itu.

• Sentiasa menziarahi ibu bapa pasangan anda untuk menunjukkan bahawa

anda amat ikhlas menjalinkan hubungan dengan pasangan anda dan

mahu direstui oleh mereka.

• Jangan lupakan pasangan anda walau sesaat pun. Ini bermaksud setiap

perkara yang anda lakukan mestilah memikirkan baik buruk tindakan anda

terhadap pasangan anda.

• Kumpul gaji bulanan anda untuk berkahwin dengan pasangan anda. Ini

akan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya anda bercinta dengan

pasangan anda sehingga ke jinjang pelamin.

Page 33: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

2) Untuk Yang Sudah Berkahwin

• Sentiasa balik pada waktu rehat setiap hari bekerja jika berkesempatan

untuk menikmati juadah yang pasangan anda sediakan dirumah. Ini akan

menunjukkan penghargaan kita terhadap isteri kita.

• Jangan habiskan masa hujung minggu dengan kerja-kerja pejabat. Ini

adalah kerana isteri anda juga perlukan masa untuk bersama anda tanpa

memerlukan anda berfikir mengenai pasangan anda.

• Sentiasa dapat asingkan hal pejabat dengan hal-hal rumah tangga.

Jangan tunjukkan tekanan kerja anda di rumah kerana pasangan anda

tidak bersalah langsung tentang pekerjaan anda. Jangan nanti pasangan

anda menyangkakan bahawa merekalah penyebab tekanan anda itu.

• Sentiasa menghargai apa yang pasangan anda lakukan. Pasangan anda

juga adalah manusia dan sifat manusia adalah untuk dihargai terhadap

kerja-kerja yang mereka lakukan. Berterima kasihlah kepada pasangan

malah pujilah pasangan anda agar pasangan anda rasa dirinya dihargai.

• Pastikan waktu kerja anda tetap dan tidak pulang lewat ke rumah. Ini

adalah kerana kasihan pasangan anda, setiap hari menunggu kepulangan

anda di rumah sedangkan anda sibuk bekerja pada waktu lepas kerja.

• Jangan sekalipun anda menyakitkan hati pasangan anda dengan

menghina pasangan anda ketika anda sedang marah. Ini akan

meruntuhkan lagi rumah tangga anda. Sebaiknya jika anda sedang marah,

duduk diam dan cuba tenangkan fikiran anda.

• Sentiasa mempunyai masa untuk berbincang dengan pasangan. Ini akan

merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan anda malah dapat

menyelesaikan sebarang masalah tanpa perlu bergaduh.

Page 34: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

• Sentiasa membuat pasangan anda selesa dengan anda. Ini bermaksud

jika pasangan anda didalam kesedihan, cubalah hiburkan hati pasangan

anda agar mereka dapat mempunyai mood kembali.

• Sentiasa mengambil tahu perihal pasangan anda setiap hari . Anda boleh

menelefon mereka setiap masa agar mereka rasa diambil berat oleh anda.

• Sentiasa membantu pasangan menguruskan rumah tangga bersama-

sama. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan pasangan malahan dapat

mengurangkan bebanan kerja pasangan anda di rumah.

• Jangan membelakangkan pasangan anda dalam apa jua hal sekalipun. Ini

bermaksud kongsilah segalanya dengan pasangan anda tanpa perlu

beselindung atau menipu.

Penulis amat yakin sekiranya anda mampu menguruskan cinta dan kerjaya anda,

maka tidak mustahil anda akan berjaya di dalam hidup anda. Anda juga bakal

menjadi antara manusia yang sentiasa bahagia didalam hidup anda. Oleh itu,

marilah bersama-sama belajar daripada teknik-teknik tersebut untuk

menguruskannya dengan lebih baik lagi.

Bayangkanlah jika anda telah mempunyai kekasih yang setia tetapi anda asyik sibuk

bekerja dan sering mengabaikannya, tidak mustahillah mereka yang setia akan jadi

orang yang tidak setia lagi kerana diabaikan anda. Jadi siapa yang akan menangis??

Siapa pula yang akan bahagia?? Tentunya yang menangis itulah anda kerana

kehilangan kekasih yang setia dan yang bahagia pula ialah kekasih baru pasangan

anda kerana mendapatkan seorang yang setia untuk diri mereka. Jadi, fikir-

fikirkanlah....

Page 35: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

Teknik Pengurusan Masalah

Dalam Perhubungan

Seperti yang telah sedia maklum, bercinta tidaklah selalunya membuahkan bahagia

kerana bercinta juga dipenuhi dengan halangan-halangan tidak kira yang kecil

ataupun yang besar. Malahan terlalu banyak perpisahan terjadi kerana tidak dapat

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Maka tidak mustahillah ada 24

pasangan bercinta yang akan berpisah dan bercerai setiap hari akibat daripada

masalah-masalah tersebut.

Akan tetapi, jika kita mampu menguruskan masalah-masalah tersebut, kita sudah

pasti dapat menghalang daripada terjadinya perpisahan atau penceraian antara anda

dengan pasangan anda. Bagaimanakah caranya?? Sila kaji 9 modul masalah dan

penyelesaian yang telah saya sediakan dibawah. Masalah-masalah tersebut ialah:

1) Bergaduh kerana cemburu

• Puncanya ialah salah seorang daripada pasangan tersebut melakukan

sesuatu yang membuatkan pasangannya mencurigainya.

• Penyelesaiannya ialah jangan sekali pun anda melakukan perkara yang

tidak disukai oleh pasangan anda termasuk tidak melakukan perkara yang

akan menyebabkan pasangan anda berasa cemburu dan terus mencurigai

cinta anda.

2) Bergaduh kerana tekanan bekerja

• Puncanya ialah anda atau pasangan terlalu tension ditempat kerja

akibat pekerjaan atau dimarahi bos anda dan melepaskan keseluruhan

tension tersebut di rumah anda dan dihadapan pasangan masing-

masing.

Page 36: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

• Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengetahui cara terbaik untuk

mengelakkan anda melepaskan tekanan kerja anda di rumah dengan

mengetahui cara mengasingkan hal pejabat dengan hal rumah tangga

anda. Ingatlah bahawa pasangan anda tidak bersalah langsung diatas

tekanan anda itu.

3) Bergaduh kerana terkongkong

• Puncanya ialah pasangan merasa terkongkong atau dikawal

sepenuhnya oleh anda malah tidak bebas bergerak ke mana sahaja.

• Penyelesaiannya ialah berikanlah sedikit ruang untuk pasangan anda

bebas tetapi mempunyai had yang tertentu agar pasangan anda tidak

menggunakan kebebasan tersebut untuk menyakiti hati anda.

4) Bergaduh kerana kesempitan wang

• Puncanya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung

perbelanjaan keluarga.

• Penyelesaiannya ialah cari kerja-kerja sampingan yang boleh

menambah duit pendapatan bulanan anda tanpa mengganggu kerja-

kerja harian anda. Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga, malahan

dapat memperoleh pengalaman kerja yang banyak.

5) Bergaduh kerana ditipu pasangan

• Puncanya ialah seringkali ditipu pasangan sama ada penipuan yang

kecil mahupun penipuan yang besar yang boleh menggoyahkan

keteguhan cinta anda.

Page 37: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

• Penyelesaiannya ialah sentiasa jujur dalam percintaan dan tidak

menipu dalam semua perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali

anda menipu pasangan anda kerana setiap kali anda menipu,

kepercayaan yang mereka berikan akan pudar.

6) Bergaduh kerana tiada masa bersama

• Puncanya ialah terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa melayan

pasangan anda yang menunggu anda untuk bersama.

• Penyelesaiannya ialah pastikan bahawa masa kerja anda terhad hanya

pada waktu kerja pada siang hari dan pada hari-hari bekerja sahaja

dan bukannya pada malam hari atau pada hujung-hujung minggu. Ini

akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda.

7) Bergaduh kerana lambat kahwin

• Puncanya ialah pasangan tidak mempunyai duit yang cukup untuk

mengahwini pasangan masing-masing walaupun telah lama

menjalinkan hubungan cinta.

• Penyelesaiannya ialah pasangan perlulah membantu pasangan

masing-masing mengumpulkan wang untuk perkahwinan dan bukanlah

hanya membiarkan pasangan mengumpulkan wang tersebut sendirian.

Lagi satu penyelesaian ialah kawal pengaliran keluar wang gaji anda

setiap bulan.

Page 38: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

8) Bergaduh kerana anak-anak

• Puncanya ialah pasangan anda tidak memberikan nafkah yang

secukupnya untuk menjaga anak anda atau anak-anak anda menjadi

semakin degil akibat dimanjakan atau dibiarkan berseorangan.

• Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengambil tahu dan mengambil

berat terhadap anak-anak anda malahan bertanggungjawablah ke atas

anak-anak anda kerana ia adalah tanggungjawab anda.

9) Bergaduh kerana tidak serasi.

• Puncanya ialah tidak mempunyai kemahuan dan kehendak yang sama

malahan juga tidak mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah

berpunca daripada ego pasangan yang tinggi dan tidak mahu

mengalah.

• Penyelesaiannya ialah bertolak ansurlah terhadap kehendak pasangan

anda dan turunkanlah ego anda untuk sementara waktu agar hubungan

anda kembali harmoni. Jika anda sentiasa bertolak ansur, tidak

mustahil pasangan anda akan turut bertolak ansur dengan anda.

Cubalah anda fikirkan jika hubungan cinta anda tidak megalami pergaduhan dan

sentiasa tenteram dan aman damai, sudah tentulah segala masalah yang

mendatang akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja tanpa sebarang

pergeseran faham.

Namun begitu, terdapat lagi satu tips sekiranya hubungan kita dilanda bencana iaitu

jangan mudah melatah sekiranya terdapat masalah. Berfikirlah secara positif bahawa

setiap masalah tersebut mempunyai jalan penyelesaiannya.

Page 39: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3

Jika anda mengalami perselisihan faham atau menghadapi masalah, anda bolehlah

mengkaji masalah tersebut berdasarkan teknik pengurusan masalah di mukasurat

sebelah. Ia boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan setiap masalah yang anda

alami.

Teknik Pengurusan Masalah

Bertolak Ansur

Berbincang Satu Sama Satu

Minta Nasihat Daripada Yang Lebih Berpengalaman.

Kenangkanlah Detik-detik Indah Bersama

Fikirkan Tanggungjawab

Berjumpalah dengan Kaunselor.

Jika anda mengikuti teknik-teknik di atas, maka tidak mustahillah walau sebesar

mana masalah yang timbul pun, anda tetap akan mengatasinya. Yang penting

ialah ketenangan ketika menghadapi masalah.

Page 40: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4

Kejayaan Dalam Cinta

Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari

cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara

pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda. Itulah kejayaan dalam

cinta sejati yang amat diidam-idamkan oleh semua orang.

Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati

tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas. Jika matlamat

cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana

jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.

Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:

1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda

2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda

3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan

4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah

5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta

6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta

Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu

sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi

bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak?

Page 41: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4

Senang sahaja. Jika anda terlihat pasangan-pasangan yang mempunyai ciri-ciri

seperti dibawah bermakna merekalah antara pasangan yang telah berjaya dalam

cinta.

Antara ciri-ciri tersebut ialah :

1) Sentiasa Senyum Apabila Bersama

2) Sentiasa Bahagia Walaupun Dihimpit Pelbagai Masalah

3) Sesebuah Hubungan Itu Telah Lama Bertahan

4) Sentiasa Mesra Di Mana-mana

5) Tiada Kemarahan Dalam Diri Anda Atau Pasangan

Jadi, adakah anda dan pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas??

Jika Ya, Tahniah diucapkan kerana anda telah memperoleh kejayaan dalam

mengejar sebuah cinta yang sejati. Jika Tidak, tidak mengapalah kerana anda masih

belum terlambat mencari kejayaan dalam bercinta.

Bacalah E-Book panduan ini berulang kali agar anda dapat memperoleh kejayaan

dalam cinta anda dilandasan yang betul.

Page 42: Panduan cinta bahagia

Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4

Penutup

Saya amat berharap agar anda semua dapat memperoleh sesuatu daripada e-book

ini. Ini kerana e-book ini ditulis untuk panduan semua pembaca agar dapat

mengecapi kebahagiaan dalam bercinta tidak kira anda belum berkahwin ataupun

yang sudah berkahwin.

Inilah dikatakan bahawa panduan yang betul akan mengelakkan diri anda daripada

memilih pasangan yang tidak betul ataupun mengelak daripada berlakunya

perpisahan.

Akhir kata, saya berharap anda dapat menikmati hidup yang bahagia malahan dapat

mengukuhkan lagi ikatan cinta anda terhadap pasangan anda. Saya mendoakan

kebahagiaan anda semua berkekalan hingga ke anak cucu. Selamat berbahagia.

“Cinta Tidak Datang Sendiri Jika Kita Tidak Bersungguh-sungguh Mencarinya”

Ikhlas Daripada Saya, Mohd Faisal a.k.a Fai

Terima Kasih Kerana Membaca E-Book Ini.