Panduan Haji Dan Umrah

download Panduan Haji Dan Umrah

of 1

description

Sebagai panduan

Transcript of Panduan Haji Dan Umrah

PANDUAN HAJI DAN UMRAH :DOSA MUDAH;Tanpa disedari, alangkah senangnya menghimpun dosa percuma di Tanah Suci Makkah, dengan cara :-a. Melintas dihadapan orang yang sedang solat. Kalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, nescaya dia sanggup berdiri menunggu selama 40 tahun lebih baik baginya daripada berbuat demikian. ....sahih Al-Bakhori.b. Ketika hendak mengucup Hajar Aswad (sunat) ada jemaah yang melaku perkara haram seperti menolak, menyiku, dan menyinggung orang lain. yang lebih jahat meraba wanita dan mencuri wang jemaah lain.c. Mendedahkan aurat dan meninggikan suara terutamanya di kalangan kaum wanita. Terdapat sebilangan jemaah tidak mengambil berat tentang aurat khususnya semasa mengambil wuduk, semasa berada di Arafah dan di Mina, dan sebagainya. d. Melangkah kepala atau bahu jemaah lain untuk lalu ke depan atau ke belakang di dalam masjid. Ada yang lebih teruk lagi yang melangkah rak yang terletak dibawahnya naskah-naskah Al-Quran.e. Mengganggu orang yang sedang tawaf kerana berebut hendak mengucup Hajarul Aswad, berehat dan solat dilaluan tawaf.f. Membuat bising atau bercakap dengan kuat, yang boleh mengganggu orang lain yang sedang solat, tawaf, saei atau berdoa.g. Bersolat di tempat laluan atau lintasan yang terpaksa dilalui oleh jemaah lain.h. Mengumpat atau menghina jemaah lain.i. Mengambil selipar atau kasut orang lain apabila didapati selipar atau kasut sendiri hilang ketika keluar dari masjid. j. Berniat tidak baik dan berdendam terhadap jemaah lain.k. Melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram kerana kurang peka.l. Mengambil mudah tentang menasik haji atau umrah sunat, dengan membatalkannya begitu sahaja perlaksanaan perkara rukun atau perkara wajib apabila menghadapi rintangan. Baginya melakukannya adalah semata-mata sunat sahaja.wmn.