Panduan Jadual Kedatangan Murid

download Panduan Jadual Kedatangan Murid

of 3

Transcript of Panduan Jadual Kedatangan Murid

  • 8/3/2019 Panduan Jadual Kedatangan Murid

    1/3

    PENGURUSAN SEKOLAH 2012

    UNIT HAL EHWAL MURIDPANDUAN JADUAL KEDATANGAN MURID

    1. Jadual Kedatangan Murid

    1. Setiap guru kelas akan diberi sebuah buku kedatangan murid. Guru inibertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan memahami

    serta mematuhi kehendak-kehendak mengenai yang tercetak di bahagian dalam kulit

    hadapan.

    1. Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan ditanda padasetiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir,

    penyelaras tahap bertanggungjawab menandanya.

    2. Buku ini sentiasa berada di pejabat.3. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu

    minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

    4. Analisa mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong KananHEM.

    5. Guru tidak dibenarkan membawa pulang Buku Jadual Kedatangan Murid.6. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan

    keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan

    dipadamkan ,tetapi hendaklah dipotong yang salah dengan pen merah dan ditulis yang

    betul di atasnya dengan pen hitam serta turunkan tandatangan ringkas.

    7. Guru Kelas tidak dibenarkan mengarahkan murid mengambil Buku Jadual KedatanganMurid di pejabat. Sekiranya Buku Jadual Kedatangan ini hilang, guru tersebut akan

    menanggung risikonya.

    2. Maklumat Murid

    Tulis nama pelajar lelaki di atas dan perempuan di bawah, mengikut abjad. Nama pelajar

    ditulis dengan lengkap (ada bin/binti). Buku Jadual Kedatangan ini mesti ditulis dengan

    dakwat hitam.

    Nama pelajar yang baru masuk ditulis di bawah sekali, tidak kira lelaki atau perempuan.

    Lengkapkan MAKLUMAT PELAJAR dan MAKLUMAT PENJAGA berdasarkan Borang Makiumat

    Peribadi Pelajar sebelum akhir Januari. Setelah siap, rekodkan maklumat tersebut ke dalam

    Buku Pendaftaran Sekolah. Buku ini mesti dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

    Dapatkan Nombor Pendaftaran Pelajar untuk direkodkan ke dalam Jadual Kedatangan Murid.

    3 . Kutipan Wang

    Ruangan KUTIPAN WANG adalah untuk merekod kutipan Bayaran Tambahan sahaja.

    Kutipan wang yang lain seperti derma PIBG dan sebagainya direkod dalam Buku Rekod

    Mengajar Guru Kelas.

    Untuk Kutipan Bayaran Tambahan, buat pecahan ikut resit bayaran seperti Permainan / Sukan

    Pepustakaan, Pendidikan Seni / Sains, Pendidikan Islam, MSSD / MSSP. Peperiksaan Dalaman,

    Kokurikulum dan Insuran Takaful.

    Nombor resit Bayaran Tambahan ditulis sekali sahaja.

  • 8/3/2019 Panduan Jadual Kedatangan Murid

    2/3

    PENGURUSAN SEKOLAH 2012

    UNIT HAL EHWAL MURID4 . Kedatangan Pelajar

    Tindakan/ Hadir Tidak Hadir

    L Datang Lewat

    S Tidak Hadir Ada Surat

    P Ponteng SekolahA Dikira Hadir, Pelajar mewakili sekolah dalam satu-satu aktiviti kokurikulum

    G Gantung Sekolah

    Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru kelas atau guru yang mengajar masa

    pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir ianya mesti

    ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ni mestilah ditutup selewat-lewatnya satu

    jam sesudah dimulakan belajar, kemudian dihantar ke pejabat.

    5. Pelajar Keluar/Tidak Hadir

    Sekiranya ada pelajar keluar ,jangan garis/potong namanya. Catatkan Bertukar ke Kelas.... /

    Bertukar ke SMK.... / Berhenti Sekolah / Buang Sekolah. Keluarkan namanya pada bulan yang

    berikutnya.

    Dalam ruang Jumlah Tidak Hadir

    J = Jumlah

    TM = Tanpa Makiumat

    Lengkapkan ruang ANALISIS MENGIKUT KAUM dan ANALISIS KEDATANGAN pada setiap

    hujung bulan.

    Untuk bulan Disember, tulis nama pelajar dan catatkan CUTI AKHIR TAHUN, Hari kelepasan

    hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang-panjang ruangan itu. Jika hari

    kelepasan itu panjang, hendaklah ditulis CUTI melintang.

    Buku Jadual Kedatangan TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KELUAR DARI PEJABAT kecualihujung bulan.

    Tindakan terhadap kes ponteng sekolah :-

    Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut

    Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut

    Amaran Pertama - Pada hari ke-3, Pada hari ke-10

    Amaran Kedua - 7 hari selepas Amaran Pertama, 10 hari selepas Amaran Pertama

    Amaran Terakhir - 7 hari selepas Amaran Kedua, 20 hari selepas Amaran Kedua

    Buang Sekolah - 14 hari selepas Amaran Terakhir, 20 hari selepas Amaran Terakhir

    Jumlah Hari Tidak - Hadir 31 Hari, 60 Hari

    Catatan :-

    a) Dianggap tidak hadir sekiranya pelajar balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.

    b) Dianggap hadir kerana mewakili sekolah untuk aktiviti kokunikulum.

    6. Pengiraan

    Purata kedatangan ialah jumlah kedatangan munid-munid itu semuanya dibahagi dengan

    jumlah hari persekolahan kepada angka genap yang hampir sekali.

    Purata ramai murid ialah jumlah ramai murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah

    hari persekolahan, kepada angka genap yang hampir sekali.

  • 8/3/2019 Panduan Jadual Kedatangan Murid

    3/3

    PENGURUSAN SEKOLAH 2012

    UNIT HAL EHWAL MURID

    SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH NULLI SECUNDUS 3