panduan jenazah

48
1 Pendahuluan Allah SWT berfirman: Maksudnya: "Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. 1 Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. 2 MENZIARAHI PESAKIT 1. Seorang muslim dituntut untuk menziarahi saudaranya yang sedang sakit. sabda Rasulullah: َ يِ انَ عْ وا الْ كُ فَ وَ يضِ رَ ْ وا اُ ودُ عَ وَ عِ ائَ جْ وا الُ مِ عْ طَ أMaksudnya : Berilah makan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang sakit dan bantulah orang yang dalam kesusahan. 3 2. Disunatkan membaca doa ini ketika menziarahi pesakit 4 : 1 . َ سْ أَ بَ ُ هّ ل الَ اءَ شْ نِ إٌ ورُ هَ ط2 . َ كَ يِ فْ شَ يْ نَ أِ يمِ ظَ عْ الِ شْ رَ عْ الّ بَ رَ يمِ ظَ عْ الَ هّ ل الُ لَ أْ سَ أ(7kali) 1 Surah al-Mulk : ayat 1 & 2 2 Surah al-Anbiya' : ayat 35 3 Hadith riwayat Bukhari. 4 Lihat ب والسنةلكتار ا من أذكاسلم حصن المoleh Syeikh Sa'id ibn Ali al-Qahtani (edisi terjemahan bahasa Malaysia) m.s 191 & 192

description

panduan jenazah

Transcript of panduan jenazah

Page 1: panduan jenazah

1

Pendahuluan Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.1

Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.2

MENZIARAHI PESAKIT 1. Seorang muslim dituntut untuk menziarahi saudaranya yang sedang sakit. sabda Rasulullah:

عانيوا ال

ك

ريض وف

جائع وعودوا ال

عموا ال

ط

أ

Maksudnya : “Berilah makan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang sakit dan bantulah orang yang dalam kesusahan.3 2. Disunatkan membaca doa ini ketika menziarahi pesakit4 :

س .1 بأ

هل

اء الل

هور إن ش

ط

فيك .2

ن يشعظيم أ

عرش ال

عظيم رب ال

ه ال

ل الل

سأ

(7kali)أ

1 Surah al-Mulk : ayat 1 & 2

2 Surah al-Anbiya' : ayat 35

3 Hadith riwayat Bukhari.

4 Lihat حصن المسلم من أذكار الكتاب والسنة oleh Syeikh Sa'id ibn Ali al-Qahtani (edisi terjemahan

bahasa Malaysia) m.s 191 & 192

Page 2: panduan jenazah

2

3. Kelebihan menziarahi pesakit. Sabda Rasulullah s.a.w:

ى يرجع ة حت جنة ال

رف

ريض في مخ

عائد ال

Maksudnya: “Orang yang menziarahi pesakit berada di jalan menuju ke syurga sehinggalah dia pulang.5 KEWAJIPAN PESAKIT 1. Redha dan sabar dengan ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t terhadapnya serta bersangka baik terhadap Allah s.w.t . Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: Pelik keadaan orang beriman, sesungguhnya setiap perkara baginya baik dan situasi ini tidak belaku kepada setiap orang kecuali orang mukmin sahaja. Sekiranya dikurniakan kesenangan dia bersyukur maka itulah yang terbaik baginya dan sekiranya ditimpa kesusahan dia bersabar maka itulah yang terbaik baginya.6 Sabda Rasullah s.a.w lagi: Maksudnya: “Janganlah seseorang daripada kamu mati kecuali dia bersangka baik terhadap Allah.7 2. Dilarang mengharapkan kematian ketika menghadapi kesakitan yang teruk. Sabda Rasulullah: Maksudnya : Janganlah seseorang dikalangan kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya. Sekiranya dia terpaksa berbuat demikian maka katakanlah:

يرا لي خ

اة

وف

ت ال

ان

ا ك

ني إذ

وف

يرا لي وت

خ

حياة

ت ال

ان

حيني ما ك

هم أ

الل

Ya Allah, hidupkanlah aku selama mana hidup ini baik untukku dan matikanlah aku selama mana mati baik untukku.8 3. Sekiranya pesakit menanggung hak-hak orang lain seperti hutang maka hendaklah dia melangsaikannya sekiranya mampu. Jika tidak maka wasiatkan kepada warisnya.

5 Hadith riwayat Muslim.

6 Hadith riwayat Muslim.

7 Hadith riwayat Muslim.

8 Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Page 3: panduan jenazah

3

4. Dituntut untuk meninggalkan wasiat agar dikebumikan mengikut sunnah sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat antaranya :Daripada 'Amir ibn Sa'd ibn Abi Waqqas, sesungguhnya bapanya berkata ketika beliau sakit yang menyebabkan kematiannya:

Maksudnya : Buatkan untukku lahad dan letakkan untukku bongkah tanah sepertimana yang dilakukan terhadap Rasulullah SAW.9 MENTALQINKAN ORANG YANG HAMPIR MATI Apabila pesakit sedang nazak maka sesiapa yang berada disisinya dituntut untuk melakukan beberapa perkara, antaranya : 1. Memintanya supaya mengucap syahadah. Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : Talkinkanlah (ajarlah) orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan

هل الل

ه إل

10. إل

2. Berdoa kepadanya dan dilarang berkata-kata perkara yang tidak baik Disisinya. Sabda Rasulullah: Maksudnya : Apabila kamu menziarahi orang yang sakit atau mati maka ungkapkanlah perkataan yang baik sesungguhnya para malaikat mengaminkan ke atas apa yang kamu ungkapkan.11 ADAB MENGHADIRI KEMATIAN 1. Menutup mata mayat dan mendoakannya. Berdasarkan hadith dari Ummu Salamah katanya: Maksudnya: Rasulullah saw menziarahi Abu Salamah yang telah meninggal dunia dengan kedua matanya terbuka, lalu baginda memejamkan kedua mata Abu Salamah sambil berkata: "Sesungguhnya ruh apabila diambil, diikuti dengan mata, sedang ahli keluarganya sedang riuh memperkatakannya, baginda bersabda: Jangan kamu semua memperkatakan kecuali kebaikan, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu semua katakan.

9 Hadith riwayat Muslim

10 Hadith riwayat Muslim

11 Hadith riwayat Muslim

Page 4: panduan jenazah

4

Kamudian baginda membaca (doa):

فرهم اغ

الل

مة

بي سل

ع درجته،ل

ين في وارف

هدي فه ،ال

لفي عقبه في واخ

ابرينغ

فر ،ال

واغ ه يا رب

نا ول

ين ل

عال

ه ،ال

سح ل

ه فيه واف

ر ل

و بره ون

في ق

Maksudnya: “Ya Allah ampunlah Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk, dan jadilah pengganti baginya terhadap keluarganya, ampunkanlah kami dan dia wahai tuhan sekelian alam. Dan lapangkanlah kuburnya serta berilah cahaya kepadanya ketika di dalam kubur." (HR Muslim) 12 2. Menyelimut keseluruhan badan mayat. Hal ini berdasarkan hadith 'Aisyah katanya: Maksudnya : Rasulullah s.a.w ketika wafat baginda ditutup dengan selimut Hibarah (sejenas kain buatan Yaman).13 Ini bagi mayat yang bukan dalam keadaan muhrim (orang yang berihram Haji atau Umrah). Jika mayat dalam keadaan muhrim, tidak ditutup kepala dan wajahnya berdasarkan hadith Ibn ‘Abbas r.a katanya : Maksudnya: Ketikamana seorang lelaki berwuquf di ‘Arafah, dimana dia tejatuh dari kenderaannya, lalu patah lehernya. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Mandikan dia dengan air dan daun bidara dan kafankan dia dengan dengan dua pakaian ihramnya dan jangan kamu semua wangikan dia dan jangan tutup kepalanya dan wajahnya kerana dia akan bangun pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah (berihram).14 3. Menyegerakan urusan pengkebumiannya apabila telah nyata kematiannya berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : Maksudnya : Segerakanlah (urusan) jenazah.15 4. Dikebumikan mayatnya di bandar tempat dia meninggal dunia. Jangan memindahkannya ke tempat lain kerana perbuatan memindahkannya ke tempat lain menyalahi arahan Nabi s.a.w untuk menyegerakan pengkebumian berdasarkan riwayat Abu Hurarah r.a di atas dan hadith Jabir Bin Abdillah r.a katanya :

12 Hadith riwayat Muslim & Ahmad

13 Hadith riwayat Bukhari & Muslim

14 Hadith riwayat Bukhari & Muslim

15 Hadith riwayat Bukhari & Muslim

Page 5: panduan jenazah

5

Maksudnya : Ketika kami mengangkat mayat-mayat (syuhada') dalam peperangan Uhud untuk dikebumikan (ditempat lain) tiba-tiba seseorang menyeru bagi pihak Rasulullah s.a.w bahawasanya baginda s.a.w menyuruh kamu semua mengebumikan mayat-mayat (syuhada') ditempat mereka terbunuh (Uhud) lalu kami kembalikan mereka.16 5. Dituntut agar waris si mati segera menunaikan hutangnya dari hartanya, walau terpaksa menggunakan kesemuanya. Jika ada yang ingin membantu membayarnya tidak mengapa. Maksudnya : Diri seseorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dia menunaikannya.17

6. Dibenarkan menyingkap kain yang menutupi wajah mayat dan mencium dahinya berdasarkan hadith Jabir r.a katanya: Maksudnya: Apabila ayahku mati dibunuh aku menyingkap kain yang menutupi wajahnya sambil aku menangis lalu mereka melarang perbuatanku itu tetapi Nabi s.a.w tidak melarang aku.18 7. Bersabar dan dibenarkan menangis yang tidak dalam bentuk meratap. Kerana Nabi s.a.w menangis dengan kematian anak baginda Ibrahim. Lalu Abdul Rahman bin Auf r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w apabila melihat baginda menangis : Engkau (menangis) wahai Rasulullah ? Sabda Nabi s.a.w : Wahai Ibn 'Auf, sesungguhnya ia adalah rahmah (kasih sayang) yang kemudiannya akan diikuti dengan yang lainnya. Baginda s.a.w menyambung lagi: Maksudnya: Sesungguhnya mata mengalirkan air mata, dan hati ini bersedih. Dan kita tidak mengatakan melainkan apa-apa yang diredai tuhan kita sahaja, dan kami dengan pemergian engkau wahai Ibrahin benar-benar bersedih hati.19 8. Harus memberitahu kematian dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a katanya: Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menghebahkan berita kematian Najasyi pada hari beliau meninggal. Baginda keluar ke tempat sembahyang dan menyusun saf (sahabat-sahabatnya) dan takbir 4 kali (solat jenazah).20

16 Hadith riwayat Abu Daud & al-Tirmizi dengan sanad yang sahih. Kata al-Tirmizi : حديث

حسن صحيح17 Hadith riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah & al-Hakim. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani.

Lihat Sahih al-Jami' al-Saghir no. hadith 6779 18 Hadith riwayat Bukhari

19 Hadith riwayat Bukhari & Muslim

Page 6: panduan jenazah

6

9. Bagi yang mendengar berita kematian hendaklah mendoakan orang yang

ditimba musibah dan harus mengucapkan al-Istirja' (الاسترجاع) iaitu:

ا لنإا إنإ و هل

نوعاجر هيل

Disunatkan juga bagi yang menimpa musibah menyebut al-Istirja’ dan dan berdoa:

جرني في مصيهم أ

يرا منهاالل

لي خ

لف

خ

بتي وأ

Maksudnya: “Ya Allah berilah pahala kepadaku dengan sebab musibah ini, dan jadikan gentian untukku suatu yang lebih baik darinya.” (HR Muslim) 10. Dilarang meratapi kematian. Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya : Empat perkara daripada jahiliyah yang masih ada dalam umatku, mereka tidak meninggalkannya, berbangga-bangga dengan harta benda, mencela keturunan dan meminta hujan kepada bintang dan meratapi kematian.21

MEMANDI DAN MENGKAFANKAN JENAZAH

Urusan memandi dan mengkafankan jenazah antara perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap umat Islam. Kelalaian mereka dalam urusan ini menyebabkan ia jatuh ke tangan individu yang tidak selayaknya. Lantaran itu, akan timbullah keburukan dalam masyarakat dan tersebarnya Bid’ah (perkara yang diada-adakan dalam agama). Lebih malang apabila ada sebahagian orang menganggap urusan kematian hanyalah urusan adat turun-temurun yang tidak ada kaitan dengan agama, lalu mereka mengambil cara urusannya dari orang dahulu kala dan terus mengamalkannya tanpa mahu melakukan semakan semula, bahkan ada yang berkeras mempertahankannya hanya semata-mata ia amalan yang diwarisi walau telah jelas kesalahannya. Bagaimana mungkin urusan ini sama seperti urusan adat semata? Sedangkan Nabi s.a.w telah mengarahkan beberapa perkara dan melarang beberapa perkara kepada sahabat baginda yang menguruskan jenazah. Ini menunjukkan perkara pengurusan jenazah ini ada Sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita ikuti.

20 Hadith riwayat Bukhari & Muslim

21 Hadith riwayat Muslim

Page 7: panduan jenazah

7

MEMANDIKAN JENAZAH (يتسل ال

1- Wajib memandikan mayat orang Islam, kecuali syahid Ma’rakah (orang yang mati di medan perang). Dalil wajib memandikan jenazah ialah hadith-hadith yang terdapat dalam bentuk arahan dari Nabi s.a.w, antaranya : Maksudnya : Daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma katanya : “Ketikamana seorang lelaki berwuquf di ‘Arafah, di mana dia telah terjatuh dari tunggangannya dan tengkuknya patah. Sabda Nabi s.a.w : “mandikan dia dengan air dan Daun Bidara, dan kafankan dia dengan dua pakaian, dan jangan wangikannya, dan jangan tutup kepalanya, kerana sesungguhnya ia akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan bertalbiah.” 22 2- Memandikan dengan 3 kali basuhan, atau 5 atau 7 atau lebih berdasarkan keperluan, dengan meraikan jumlah ganjil.

ا"ث

ل

نها ث

سل

مسا, اغ

و خ

و سبعا, أ

لك , أ

ر من ذ

ثك

و أ

23..."أ

3- Mencampurkan sebahagian daripada basuhan itu dengan Daud bidara

وه بماء وسدرسل

واغ

Maksudnya : “Mandikanlah ia dengan air dan daun Bidara…”24 Atau apa-apa yang dapat menggantikannya bagi tujuan membersihkan seperti sabun. 4- Mencampurkan pada akhir basuhan dengan wangian. Sebaik-baiknya menggunakan Kapur Barus. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

ورااف

ن في آلاخرة ك

و واجعل

ور أ

اف

يئا من ك

ش

Maksudnya : “Dan jadikanlah pada akhir (mandiannya) dengan kapur atau sedikit daripada kapur.”25 Kapur barus bukan sahaja mewangikan bahkan dapat menguatkan mayat dan menjauhkannya dari serangga. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata : "Padanya (mandian janazah) sunat menggunakan kapur barus di bahagian akhir. Ini adalah kesepakatan di sisi kami (mazhab al-Syafi'ie), ini juga pendapat Malik, Ahmad dan kebanyakan ulama, disebabkan hadith ini, demikian juga

22 Al-Bukhari dan Muslim 23 Ibid 24 Al-Bukhari 25 Al-Bukhari dan Muslim

Page 8: panduan jenazah

8

kerana ia mewangikan mayat, menguatkan badannya, menyejukkannya dan menghalang dari cepat rosaknya (mayat)." Perkara yang sama disebut oleh al-Qadhi ‘Iyadh di dalam Ikmal al-Mu’lim bi Fawa-id Muslim26 5- Melepaskan ikatan rambut dan membasuhnya dengan baik. 6- Bagi wanita dibuat 3 bahagian rambut dan diletakkan dibahagian belakang pada akhir pemandian. 7- Memulakan bahagian sebelah kanan, dan anggota wudhu’. Kerana sabda Nabi s.a.w:

ن بميامنها ومواضع الوضوء منهاابدأ

Maksudnya: “Mulakannya pada sebelah kanan dan tempat-tempat wudhu’nya.”27 8- Hendaklah orang lelaki memandikan jenazah lelaki dan demikianlah sebaliknya. Dalil dalam perkara-perkara ini adalah hadith Ummu 'Atiyyah al-Ansori r.'anha katanya : "Nabi s.a.w masuk menemui kami, sedang kami memandikan jenazah anak perempuan baginda (Zainab). Kemudian baginda bersabda : "mandikan dia 3 kali, atau 5 kali, atau lebih dari itu jika kamu semua melihatnya perlu, dengan air dan Daun Bidara, dan jadikan pada akhir pemandiannya itu (air yang dicampur) kapur barus atau sedikit daripadanya. Apabila selesai beritahulah kepadaku." Maka apabila selesai, kami memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kain baginda kepada kami dan bersabda : pakaikan dia dengan kain ini.” 28

Di dalam beberapa riwayat yang lain disebut 29: Ummu 'Atiyah berkata: "Dan kami sisir rambutnya menjadi tiga bahagian, ( dalam riwayat lain beliau berkata : “kami melepaskan rambutnya, kemudian kami membasuhnya”), Kemudian kami dandankan rambutnya kepada tiga dandanan, dua di bahagian tepi dan satu di bahagian ubun-ubunnya) dan kami satukan ke bahagian belakangnya." Beliau (Ummu 'Atiyah) berkata lagi : "Baginda juga bersabda kepada kami : Mulakanlah (memandikannya) pada bahagian kanan, dan tempat-tempat wudhu’."

26 Ikmal al-Mu’lim bi Fawa-id Muslim. Cet. Dar al-Wafa’, Juz 3, ms. 386. 27 Al-Bukhari dan Muslim 28 Al-Bukhari 29 Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha, al-Albani, ms. 65, beliau menghimpunkan riwayt-riwayat ini

dalam kurungan.

Page 9: panduan jenazah

9

9- Suami boleh memandikan isterinya dan demikianlah sebaliknya. Ini dikuatkan dengan dua hadith :

1. Hadith dari ‘Aisyah r.’anha :

سل رسول هللاهلو كنت استقبلت من أمري ما استدبرت، ما غ

إل نسا

Maksudnya: “Seandainya aku menjumpai perkara ini, tidak ketinggalan, pasti tidak ada yang memandikan Rasulullah melainkan isteri-isteri baginda.” 30 Al-Imam al-Baihaqi berkata : “Beliau (‘Aisyah) telah berasa sedih dan sesal (kerana tidak memandikan jenazah Nabi s.a.w), dan tidak berasa sedih dan sesal melainkan dalam perkara yang diharuskan.” 31

2. Hadith dari ‘A-isyah r.’anha juga :

في رجع علي رسول هللا صلى هللا عليه وسلم من جنازة بالبقيع وأنا أجد صداعا

لتك :قال":ا وارأساهبل أن"رأس ي وأنا أقول وارأساه قال قبلي فغس ما ضرك لو مت

نتك وكفنتك ثم صليت عليك ودف

Maksudnya : "(Suatu hari) Rasulullah s.a.w kembali kepadaku dari menghantarkan jenazah ke perkuburan Baqi'. Sedang aku ketika itu mengalami sakit kepala, lalu aku berkata kepada baginda : Alangkah sakitnya kepalaku!. Baginda berkata, bahkan aku juga berasa sakit kepala. Apalah salahnya jika engkau mati dahulu sebelum daripadaku, Aku akan memandikanmu, mengkafankanmu, kemudian aku yang mensolatimu dan menanammu."32 Demikian juga dengan perbuatan beberapa sahabat seperti : i- Abu Bakar r.a yang mewasiatkan kepada isterinya Asma' untuk memandikannya apabila dia meninggal, dan Asma' memandikannya.33 ii- Abu Musa r.a dimandikan oleh isterinya Ummu 'Abdillah.34 iii- 'Ali r.a memandikan Fatimah ketika kematiannya35

30 Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah 31 Ahkam al-Janaiz, al-Albani. Ms. 67 32 Thabit : al-Albani di dalam Ahkam al-Jana-iz, ms. 67 33 Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwato' dari Abdillah bin Abu Bakar 34 Di dalam Fatwa Lajnah Da-imah 35 Ibid. Disebut di dalam fatwa Lujnah al-Daimah, perkara ini masyhur di kalangan sahabat, dan tidak ada

yang mengingkarinya, maka ini adalah ijma’ (di kalangan sahabat).

Page 10: panduan jenazah

10

10- Orang yang memandikan mayat adalah orang yang lebih tahu tentang sunnah memandikan mayat dan amanah, terutama jika ia adalah dari keluarga atau kaum kerabatnya sendiri. Ini kerana janazah Nabi s.a.w telah dimandikan oleh ahli keluarga Baginda s.a.w.

11- Tidak boleh memandang aurat jenazah dan menyentuhnya secara terus. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w:

ةرأ

ى عورة ل

إل

ةرأ

ال

جل ول ى عورة الر

جل إل ر الر

ينظ

ل

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan perempuan melihat aurat perempuan yang lain.”36 Jika memandang aurat sahaja dilarang, maka menyentuhnya secara terus lebih utama untuk

dilarang (من باب ألاولى).

12- Terdapat ganjaran besar bagi orang yang memandikan jenazah, dengan 2 syarat :

i- Merahsiakan apa yang dilihatnya dari perkara yang kurang disenangi. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w : (maksudnya) "Siapa yang memandikan (jenazah) seorang muslim, lalu merahsiakan keburukannya, maka Allah mengampunkannya 40 kali. Dan siapa yang menggali kuburnya, baginya pahala bagaikan pahala memberikan tempat baginya hingga hari kiamat. Dan siapa yang mengkafankannya, maka Allah akan memberikan pakaian baginya dari sutera murni syurga."37

ii- Mengharapkan keredhaan Allah dan tidak mengharapkan habuan

dunia seperti balasan, pujian dan seumpamanya. Ini kerana Allah s.w.t tidak menerima amalan melainkan jika ianya dilakukan ikhlas keranaNya.

13- Sekiranya keluar najis dari badan mayat selepas dimandikan samada dari kemaluannya atau tempat lain, maka tidak perlu diulangi mandian dan

wudhu’nya. Al-Kharsyi (الخرش ي) r.h di dalam Syarahnya kepada Mukhtasar

Khalil bin Ishak al-Malikiyyah berkata: “Dan jika keluar najis dari badan mayat selepas dimandikan, maka tidak perlu diulangi mandiannya dan wudhu’nya, bahkan (memadai) dengan dibasuh najis tersebut dari badannya

36 Sahih Muslim 37 Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Asbahani. Al-Hakim berkata : “(hadith ini sahih) berdasarkan syarat

Muslim” dan disepakati oleh al-Zahabi : Ahkam al-Janaiz, ms. 69

Page 11: panduan jenazah

11

dan kafannya disebabkan dia (mayat) telah hilang taklif dengan kematian itu.” 38

Syeikh Zakaria al-Ansori r.a di dalam (حش رب الباج ة الوردي ة dari (الغ رر الههي ة ممجوج ا

ulamak fiqh mazhab al-Syafie berkata : “Adapun najis yang keluar dan nyata daripada mayat selepas mandiannya walaupun selepas mengkafannya, maka dibuang (najis tersebut) daripadanya (mayat) secara wajib tanpa perlu diulangi mandian dan wudhu’, walaupun (najis itu) keluar dari kemaluannya, disebabkan telah tertanggal kefardhuan dengan apa yang telah dilakukan dan terlaksananya kebersihan dengan menghilangkan najis yang keluar, kerana ia tidak lagi mukallaf, maka tidak ada hukum batal wudhu’nya.”39 Ibn Qudamah di dalam al-Mughni menyatakan, jika setelah dikafankan, lalu keluar sesuatu yang sedikit maka tidak perlu diulangi memandikannya, kerana pengulangan mandi adalah suatu masyaqqah (kesusahan) yang bersangatan, termasuk terpaksa membasuh kain kafan, menunggunya kering, atau menggantikannya dengan yang lain. Demikian juga tidak perlu mengulangi wudhu’nya, mandinya dan membasuh tempat najis tersebut. Diriwayatkan daripada al-Sya’bi, ketika anak perempuannya telah dikafankan, kelihatan keluar darinya sesuatu, lalu al-Sya’bi menyuruh anaknya diangkat tanpa diulangi mandian atau diwudhu’kan. Namun jika najis yang keluar itu banyak dan melampau, maka diulangi mandiannya jika mandiannya belum sempurna 7 kali. Ini kerana banyak najis yang keluar menampakkan keji atau memburukkan jenazah tersebut.

14- Disunatkan bagi orang yang memandikan mayat, mandi untuk dirinya selepas selesai memandikan mayat. Inilah pendapat Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, ‘Aisyah, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakha’ie, al-Syafie, Ahmad, Ishak, Abi Thur, Ibn al-Munzir dan Ashab al-Ra’yi. dan pendapat ini diutarakan oleh Ibn Qudamah berdasarkan hadith : Maksudnya: “Sesiapa yang memandikan mayat, maka hendaklah dia mandi, dan siapa yang membawa jenazah, maka hendaklah dia berwudhu’.”40 Dan berdasarkan perkataan Ibn ‘Umar r.’anhuma: Maksudnya : “Adalah kami dahulu memandikan mayat, ada di antara kami yang mandi (selepas daripada itu) dan ada juga diantara kami yang tidak mandi (selepas daripada itu).”41

38 Fatwa dari lamanweb Islamweb.net. Musyrif Dr. Abdullah al-Fakih 39 Ibid 40 Abu Daud (2/62-63). Al-Tirmizi (2/132) 41 Al-Daraqutni (191), al-Khatib di dalam Tarikhnya (5/424), dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan

oleh al-Hafidz. Sila lihat AHkam al-Janaiz, al-Albani. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Lujnah al-Daimah

(1/318) dan al-Syeikh Ibn ‘Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti’ (1/295)

Page 12: panduan jenazah

12

TERTIB CARA MEMANDIKAN MAYAT

1- Menanggalkan pakaian mayat.

Pakaian mayat ditanggalkan dalam keadaan auratnya tertutup dengan sesuatu. Dicadangkan menggunakan kain tuala

yang dapat menutup bahagian aurat mayat iaitu antara lutut dan pusat bagi mayat lelaki. Inilah pendapat yang lebih benar berdasarkan hadith Nabi s.a.w: "Apa yang antara pusat dan lutut adalah aurat." 42. Juga sabda baginda : "Peha itu adalah aurat." 43 Aurat antara perempuan dengan perempuan pula ialah keseluruhan badannya kecuali tempat-tempat perhiasan, iaitulah kepala, telinga, leher,

bahagian atas dari dada: tempat rantai (موض ع الق ةدة), lengan (hasta) dan

bahagian daripada lengan atas ( موض ع ال دم), dan kaki bahagian bawah betis

Adapun selain daripada ini adalah aurat, tidak harus bagi .(موض ع الخ خ ال)

wanita lain melihatnya sama seperti Mahram.44

- Boleh menggunakan gunting untuk menggunting pakaian, jika sukar untuk menanggalkannya. Atau bimbang akan mengasari mayat.

- Pemandi tidak dibenarkan melihat aurat mayat. 2- Mengeluarkan saki-baki najis jika ada. Cara-caranya :

42 Hasan : al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil dan Tamam al-Minnah 43 Hasan gharib min haza wajh : al-Tirmizi.di dalam sunan al-Tirmizi 44 al-Albani di dalam Talkhis Ahkam al-Jana-iz, ms. 30

Page 13: panduan jenazah

13

Sebelah tangan mengangkat sedikit bahagian atas badan mayat sehingga hampir kepada kedudukan duduk, sambil tangan sebelah lagi menggosok di atas perut mayat tanpa mengasari mayat.

- Boleh juga mengangkat kedua-dua kaki mayat dalam usaha untuk mengeluarkan najis jika ada. Mencurahkan air pada bahagian dubur mayat jika didapati ada najis yang keluar. Diulangi pergerakan ini sehingga tidak ada lagi najis yang keluar.

- Mencurahkan air ke bahagian dubur mayat. Dengan menggunakan keratan kain pada tangan kiri, membersihkan apa-apa yang keluar dengan air. 3- Membansuh anggota wudhu’ Mayat

- Membasuh anggota wudhu’ mayat sama seperti wudhu’ untuk solat. Melainkan al-Madhmadah (rubuereb) dan al-Istinsyak rurkreuukamkubmuumguueah) , cukup sekadar menggosok gigi-gigi mayat dan lubang hidung mayat

dengan kain lembab. Tidak perlu memasukkan air ke dalam lubang hidung dan mulut mayat.

Kemudian lakukan mandian yang pertama dengan membasuh kepalanya, janggutnya dengan air daun bidara untuk menghilangkan kotoran. Jika tidak memadai untuk menghilangkan kotoran, tidak mengapa menggunakan sabun, syampu atau yang seumpama dengannya.

Page 14: panduan jenazah

14

Kemudian mandikan bahagian kanan badannya. Kemudian balikkan mayat untuk membasuh anggota belakang badan sebelah kanan. Kemudian basuh anggota badan mayat sebelah kiri mengikut cara yang sama.

Kemudian lakukan mandian yang kedua dengan cara yang sama seperti di atas. - Kemudian akhirkan mandian, memandikannya dengan air kapur barus. Kerana air kapur barus berperanan menghilangkan bau busuk di badan mayat, menyejukkannya dan menghindarkannya dari serangga, kerana ini, air kapur barus dijadikan pada bahagian akhir pemandian agar kesannya kekal. Flash memandi dan kafankan jenazah

BAGAIMANA MEMANDIKAN MAYAT YANG TERBAKAR ? Ibn Qudamah berkata :

“Dan yang terkena penyakit cacar, orang yang terbakar, orang yang lemas, jika memungkinkan untuk memandikannya, dia dimandikan, jika dibimbangi akan merosakkannya dengan dimandikan, dijiruskan air ke atasnya dengan satu jirusan tanpa menyentuhnya, jika dibimbangi akan merosakkannya dengan air, maka tayammumkannya jika memungkinkan, sama seperti orang yang hidup yang tidak boleh menggunakan air, jika tidak boleh memandikan mayat kerana ketiadaan air, mayat itu ditayammumkan, jika tidak boleh memandikan sebahagiannya, dimandikan apa yang boleh dan ditayammumkan selebihnya.” 45

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz ketika ditanya tentang bagaimana memandikan orang yang mati dalam kemalangan yang mencacatkan badannya dan mungkin sebahagiannya terputus, menjawab : “Wajib dimandikannya sepertimana dimandikan jenazah yang lain jika memungkinkan demikian itu, jika tidak memungkinkan (untuk

45 Al-Mughni (2/209)

Page 15: panduan jenazah

15

memandikannya), maka dia ditayammumkan, kerana tayammum itu sebagai ganti memandikannya dengan air ketika tidak boleh memandikannya.” 46

Di dalam Fatwa Lujnah al-Da-imah ada disebut tentang memandikan mayat yang kemalangan hingga menyebabkan terputus anggota badannya: “Jika tidak boleh memandikannya, maka ditayammumkan berdasarkan keumuman firman Allah ta’ala: (maksudnya): “Bertakwalah kepada Allah sekadar apa yang kamu mampu.”, kerana Allah telah mensyariatkan tayammum untuk bersuci daripada hadath besar dan kecil ketika ketiadaan air, atau ketika tidak mampu menggunakan air atau akan membawa mudharat dengan menggunakan air.” 47 HUKUM ANAK YANG KEGUGURAN Para ulama sepakat anak yang mati selepas dilahirkan dan ianya diketahui hidup sebelum itu dan mengeluarkan suara tangisan, ia dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Kesepakatan ulama ini dinukilkan oleh Ibn al-Munzir, Ibn Qudamah48, al-Kasani.49 al-Nawawi berkata : “Dijadikan kafannya sama seperti kafan orang yang baligh dengan tiga helai kafan.” 50 Jika seorang anak yang mati ketika dilahirkan tanpa mengeluarkan sebarang suara, dilihat kepada usianya. Jika dia telah sempurna empat bulan kehamilan, maka tempoh ini dia telah ditiupkan ruh, dan dia dimandikan, dikafan dan disolatkan. Jika kurang dari tempoh ini ia tidak perlu dimandi dan disembahyangkan, hanya perlu dibungkus dengan kain dan dikebumikan. 51

MENGKAFANKAN MAYAT (تكفين اليت)

Kain kafan adalah tanggungjawab harta si mati. Nabi s.a.w bersabda : Maksudnya : “Kafankanlah ia (orang yang mati dalam berihram) dengan dua pakaiannya”52 Al-Imam Ibn Qayyim berkata53 :“Bahawa kafan didahulukan daripada pewarisan dan hutang, kerana Rasulullah s.a.w menyuruh dia (orang yang

46 Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah (13/123) 47 Fatawa Lujnah al-Da-imah : 8/371 48 Al-Mughni (2/328) 49 Ba-i’ al-Sona-i’ (1/302) 50 Al-Majmu’ (5/210) 51 Al-Mughni (2/328), al-Insof (2/504) 52 Al-Bukhari dan Muslim 53 Zaad al-Maad 2/240

Page 16: panduan jenazah

16

mati ketika ihram) dikafan dengan dua pakaiannya, dan baginda tidak bertanya tentang warisnya, hutangnya, dan jika perkara ini sebaliknya tentu baginda bertanya. Sebagaimana pakaiannya ketika dia hidup didahulukan daripada menunaikan hutang, maka demikian juga selepas kematian, inilah pendapat kebanyakan ulama, dan padanya ada khilaf yang syaz yang tidak dijadikan sandaran dengannya.” Jika kain kafan kecil, hendaklah diutamakan auratnya dan bahagian atas tubuhnya. Mayat diletakkan di atas 3 helai kain kafan yang dibentang untuk dikafankan dengan diletakkan wangian di atasnya.

ميص يس فيها ق

واب بيض يمانية ، ل

ثن في أ

ف م ك

يه وسل

ه عل

ى الل

ه صل

ن رسول الل

أ

ول عمامة

'A-isyah r.'anha berkata: "Sesungguhnya Nabi saw dikafankan dengan 3 kain kafan dari Yaman bewarna putih dari Suhul (di Yaman), tidak ada padanya baju dan serban." 54

(Anak panah di dalam gambar di sebelah menunjukkan kapas yang diwangikan diletak di bahagian punggung jenazah bagi menghalang bau busuk.) 1- Kain hendaklah

menutup keseluruhan tubuh mayat. Dan sunat

diperelokkan berdasarkan sabda Nabi s.a.w :

Maksudnya : “Apabila salah seorang daripada kamu menkafankan saudaranya, maka perelokkanlah kafannya.” 55 Para ulama berkata: “Yang dimaksudkan dengan perelokkan kafan itu ialah (dari sudut) kebersihannya, kekuatannya, penutupannya, dan kesederhanaannya, dan bukanlah bermaksud pembaziran dan berlebih-lebihan dan mahal.56

54 Riwayat Ashabus sittah, Ibn Jarud, al-Baihaqi dan Ahmad 55 Al-Albani mengatakan riwayat ini sahih. Ahkam al-Janaiz, ms. 77 56 Ibid.

Page 17: panduan jenazah

17

Kata al-Qurtubi : “Hendaklah kain kafan itu daripada jenis yang mampu dimilikinya semasa hidup, tanpa bermewah-mewahan atau membazir”. Maka dilarang berlebih-lebihan dengan kain kafan, samaada menjadikannya lebih dari 3 atau menyelitkan sesuatu (seperti kain ihram) bersamanya atau ia dari jenis yang mahal/mewah.

2- Mewangikan Mayat

Disunatkan mewangikan mayat samaada lelaki mahupun perempuan berdasarkan hadith al-Bukhari dan Muslim iaitu tentang arahan Nabi s.a.w kepada para wanita yang memandikan jenazah anak baginda Zainab agar mereka memandikannya dengan kapur barus pada akhir mandian, dan kapur barus itu satu jenis daripada wangian. Jabir bin Abdillah r.a berkata:“Apabila kamu mewangikan mayat, maka wangikanlah ia tiga kali”57 Maka kalimat al-Mayyit di dalam hadith di atas merangkumi mayat lelaki dan perempuan. Demikian juga Asma’ binti Abi Bakr r.’anhuma berpesan kepada ahli keluarganya : Maksudnya : “Wangikanlah pakaianku (kafanku) apabila aku meninggal, kemudian wangikanku (jasadku).” 58 Hukum ini tidak termasuk orang yang mati ketika berihram, samaada haji mahupun umrah. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w.59 Kata al-Nawawi : “Disunatkan mewangikan kafan, melainkan bagi orang lelaki dan orang perempuan yang berihram” 60 Cara mewangikan mayat adalah dengan mengenakan wangian di tempat-tempat sujud sebagai memuliakannya, dan di tempat-tempat terhimpunnya kotoran seperti di bawah pelipat lutut, ketiak dan seumpamanya. Jika dikenakan wangian keseluruh badan mayat juga tidak mengapa. Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud ra, katanya :

ى ور يوضع عل

اف

جود مواضعالك الس

Maksudnya : "Kapur barus itu diletakkan pada anggota sujud"

57 Riwayat Imam Ahmad. Al-Nawawi di dalam al-Majmu’ berkata : “Sanadnya Sahih”. Hadith ini juga telah

disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ 58 Malik di dalam Muwato’ (528) dan al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (3/568) 59 Sila lihat hadith yang pertama dalam m/s 1. 60 Al-Majmu’ (5/156)

Page 18: panduan jenazah

18

Anggota-anggota sujud ialah dahi, hidung, dua tangan, dua lutut dan dua kaki, kerana seseorang sujud di atas anggota-anggota ini sebagai memuliakannya.61 Ibn Qudamah berkata 62: "Meletakkan al-Hanuth ( الحنوو – wangi yang dibuat untuk mayat) di bahagian sendi, seperti di bahagian bawah lutut dan di bawah ketiak, kerana di situlah tempat berhimpunnya kotoran. Dan meletakkannya di anggota sujud kerana ia (anggota tersebut) lebih mulia, jika meletakkan wangian keseluruhnya (seluruh badan) tidak mengapa." Ketika ditanya kepada al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin : "Apakah boleh meletakkan wangian pada seluruh badan mayat? Beliau menjawab : "Ya, diriwayatkan perkara itu dari sebahagian sahabat (Nabi s.a.w) r.'anhum." 63 Termasuk bahagian yang digalakkan untuk diletakkan wangian ialah : Dua kelopak mata, dua lubang hidung, bahagian mulut, dua telinga dan pada tempat-tempat sujud seperti dahi, hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kaki. Demikian juga di bawah ketiak, bawah pelipat lutut dan pusat. Wangian juga direnjiskan di antara kain kafan dan diletakkan wangian pada helaian atas. 3- Disunatkan kain kafan bewarna putih berdasarkan hadith :

Maksudnya : "Pakailah daripada pakaian kamu semua yang bewarna putih, kerana sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kamu dan kafankanlah dengannya orang-orang yang mati di kalangan kamu." 64 4- Para ulama berbeza pendapat tentang kafan bagi mayat wanita. Mazhab al-Ahnaf, al-Malikiyah, al-Syafieyah, al-Hanabilah dan al-Zohiriyah sependapat mengatakan mustahab (sunat) mengkafankan wanita dengan lima helai kain.65 Iaitulah kain, khimar (penutup kepala), baju dan dua helai kain untuk membalut. Inilah pendapat al-Malikiyah, al-Syafieyah dan al-Hanabilah.66

Jumhur ulama berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

61 Syarh Fath al-Qadir : 2/110 62 al-Mughni (المغني) (3/388) 63 Majmu' Fatawa Ibn Uthaimin : 17/97 64 Abu Daud, al-Tirmizi dan beliau mensahihkannya, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi, Ahmad

dan al-Hakim, beliau berkata : Sahih berdasarkan syarat Muslim dan al-Zahabi mempersetujuinya. Ahkam

al-Janaiz, ms. 82 65 Sila lihat Bada-i’ al-Sona-I’ (2/325), Mawahib al-Jalil (2/266), al-Majmu’ (5/161), al-Mughni (3/390), al-

Muhalla (5/120) 66

(3/392" ) المغني", ( 5/222" )المجموع", ( 2/222" ) مواهب الجليل"

Page 19: panduan jenazah

19

ت ال

ق

ة قفي

انف الث

ت ق

ى بن

يل

ه :عن ل

ت رسول الل

وم بن

ثلم ك

ل أ س

نت فيمن غ

ك

ه ى الل

ه صل

ا رسول الل

ان

عط

ل ما أ و

ان أ

ك

اتها ف

م عند وف

يه وسل

ه عل

ى الل

صل

حقاءم ال

يه وسل

وب عل

درجت حعد في الث

م أ

ث

حفة

م ال

خمار ث

م ال

رع ث

م الد ث

ر خ

ت ،آلا

ال

فنها :ق

باب معه ك

م جالس عند ال

يه وسل

ه عل

ى الل

ه صل

ورسول الل

وباوبا ث

ناها ث

يناول

Maksudnya : Daripada Laila binti Qanif al-Thaqafiyyah katanya : “Aku adalah salah seorang yang memandikan Ummu Kalthum anak perempuan Nabi s.a.w ketika kematiannya, benda pertama yang diberi oleh Rasulullah kepada kami ialah kain, kemudian baju (Qomis), kemudian khimar (petutup kepala), kemudian kain bungkus, kemudian dia dibungkus dengan kain yang akhir, kata (Laila): “ Rasulullah s.a.w duduk di pintu dan bersamanya kain kafan anaknya, baginda menyerahkannya kepada kami satu persatu.”67 Namun hadith ini telah dilemahkan oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.68 Beliau berpendapat tidak ada perbezaan cara mengkafankan mayat antara lelaki dan wanita disebabkan ketiadaan dalil yang membezakannya.69 Namun sebahagian yang lain menganggap hadith ini ada penguatnya (Syahid) dari hadith Ummu ‘Atiyyah yang berkata : Maksudnya : “Kami kafankannya (Zainab, anak Nabi s.a.w) dengan lima helai kain, dan kami pakaikannya khimar(penutup kepala) sepertimana dipakaikan khimar kepada orang yang hidup.” 70 Al-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz apabila ditanya tentang mengkafankan orang lelaki dan perempuan, beliau menjawab : Maksudnya : “Yang lebih utama mengkafankan orang lelaki dengan 3 helai kain putih, tidak ada padanya baju dan serban, inilah yang afdhal, adapun wanita dikafankan dengan lima helai, iaitu kain, baju, khimar dan dua kain balutan, jika dikafankan mayat dengan satu kain kafan yang

67 Sunan Abi Daud (3157) 68 Irwa’ al-Ghalil (723), demikian juga di dalam Ahkam al-Jana-iz, ms. 85 69 al-Albani di dalam Ahkam al-Jana-iz, ms. 85 70 Ibn Hajar berkata : Isnad hadith ini sahih , Fath al-Bari, (3/159)

Page 20: panduan jenazah

20

menutupi, harus samaada kepada lelaki dan perempuan, urusan dalam perkara ini adanya keluasan (pandangan).71

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin pula berkata:

Maksudnya : “Menjadikan kafan wanita itu sebanyak lima helai ada hadith yang marfu’ tentangnya, melainkan dalam sanadnya ada pertikaian, kerana di dalamnya ada seorang rawi yang majhul, kerana itu sebahagian ulama berkata : Orang perempuan dikafankan sama seperti dikafankan orang lelaki, iaitu dengan tiga helai kain kafan yang dibalutkan sesamanya. Pendapat ini, jika hadith tersebut (di atas) tidak sahih maka inilah yang asah, ini kerana asalnya ialah sama antara lelaki dan wanita dalam hukum hakam syara’, melainkan jika ada dalil yang menunjukkan (sebaliknya), maka jika ada dalil yang mengkhususkan hukum antara lelaki dan perempuan, maka dikhususkan hukum itu, jika tiada, maka asalnya sama hokum antara keduanya (lelaki dan wanita). Berdasarkan ini kami (Ibn Uthaimin) katakan : “Jika thabit hadith mengkafankan wanita dengan lima kafan itu maka hukumnya adalah demikian, jika hadith itu tidak thabit, maka disamakan lelaki dan wanita di dalam semua hukum hakam, melainkan apa yang ditunjukkan oleh dalil (sebaliknya).” 72

5- Jenazah dikafankan dengan menutup anggota sebelah kanannya terlebih dahulu, Cara membalut kain kafan dengan membalut hujung kain sebelah

kanan untuk menutup anggota bahagian kanannya dan diikuti hujung kain sebelah kiri73 (sambil membuang kain yang menutup auratnya) dan diikuti dengan kain-kain yang berikutnya.

71 Majmu’ Fatawa Ibn Baz (13/127) 72 Al-Syarh al-Mumti’ (5/224) 73 Al-Syeikh Ibn ‘Uthaimin di dalam Fatawa fi Ahkam al-Jazaiz. Fatawa ‘Ulama al-Bilad al-Haram. m.s.772

Page 21: panduan jenazah

21

SOLAT JENAZAH

1- Hukum solat jenazah adalah fardhu Kifayah. Ia berdasarkan ayat al-Quran:

باهلل ورس وله فروا

هم ك بره إن

ى ق

قم عل

ت

بدا ول

ات أ نهم م

حد م ى أ

عل

صل ت

ول

اسقون وهم ف

وا

ومات

Maksudnya: “Dan jangan kamu sekali-kali menyembahkan (jenazah) seorangpun dari kalangan mereka (orang-orang munafik) selama-lamanya, dan jangan kamu berdiri (mendoakan) berhampiran kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”74

Ayat ini melarang ditunaikan solat jenazah ke atas orang munafik yang meninggal dunia. Ia menunjukkan hukum menunaikan solat jenazah ke atas orang yang beriman adalah suatu yang disyariatkan. Selain itu berdasarkan perbuatan Nabi SAW. yang akan

menunaikan solat ke atas jenazah umat Islam, dan baginda bersabda:

Maksudnya: “Sembahyanglah ke atas (jenazah) sahabat kamu semua.”75

2- Ikhlaskan berdoa kepada mayat, sabda Nabi saw:

ت ي يتم على ال

ا صل

لصواإذ

أخ

ه ف

عاء ل الد

Maksudnya: "Apabila kamu mensolati mayat, maka berdoalah dengan ikhlas."76

3- Mengetahui kelebihan solat Jenazah

Maksudnya: “Sesiapa yang menyaksikan (menguruskan) jenazah sehinggalah disembahyangkan, dia memperolehi dua qirat, dan sesiapa yang menguruskan jenazah sehingga dikebumikan, dia memperolehi dua qirat” ditanya kepada baginda: “Apakah dua qirat itu?” Baginda menjawab: “Seumpama dua bukit yang besar.”77

74

Surah al-Taubah: 84 75

H.R. al-Bukhari, 2298 dan Muslim, 1619 76

H.R. Abu Daud, 3199. Dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Abu Daud. 77

H.R. al-Bukhari, 1240

Page 22: panduan jenazah

22

4- Bilangan jemaah yang ramai, yang menyembahyangkan jenazah memberi kebaikan kepada mayat. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW. yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA.:

ون ب اهلل رك

يش

ل

يق وم عل ى جنازت ه أربع ون رج ة

م ا م ن رج ل مس لم يم وت ف

فعهم هللا فيه

ش إل

يئا

ش

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya disembahyangkan oleh empat puluh ahli jemaah yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, melainkan Allah memberi syafaat kepadanya.”78

Bayi yang keguguran berusia lebih dari empat bulan, disolatkan jenazahnya. Ini berdasarkan hadith:

5- Maksudnya : "Sesungguhnya setiap orang daripada kamu dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian dia menjadi 'Alaqah (m علقو) seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian dia menjadi Mudhghah (m مضووة ) seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian ALLAH mengutuskan malaikat maka disuruh dengan 4 kalimat. Dikatakan kepadanya : "Tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, dan duka atau gembira, kemudian ditiupkan padanya ruh."79

Sama halnya bayi yang lahir dan mengeluarkan suara, kemudian meninggal dunia. Wajib menyembahyangkannya dengan

ijma’ para ulama. al-Imam Ibn Qudamah berkata:

Maksudnya: “Para ulama bersepakat, bayi yang diketahui telah hidup dan mengeluarkan suara (kemudian meninggal dunia) disembahyangkan jenazahnya.Adapun jika tidak mengeluarkan suara, al-Imam Ahmad RH berkata: Jika dia telah sampai empat bulan dimandi dan disembahyangkan, inilah pandangan Said bin Musayyib, Ibn Sirin, Ishak, dan Ibn ‘Umar telah menyembahyangkan ke atas cucunya yang dilahirkan meninggal dunia.”80

Bayi yang gugur sebelum empat bulan tidak perlu disolatkan. Ini kerana ia masih belum dikira sebagai insan yang bernyawa.

78

H.R. Muslim, 948 79

H.R. al-Bukhari 80

Al-Mughniy, 2/328

Page 23: panduan jenazah

23

Al-Syeikh 'Umar bin Muhamad bin Ibrahim Ghanam di dalam kitabnya Ahkam al-Janin berkata : "Adapun yang mati sebelum empat bulan, maka dia tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Dibungkus di dalam kain dan dikebumikan. Ini disebabkan tidak ditiupkan ruh melainkan setelah empat bulan. Sebelum dari itu (empat bulan) dia tidak dikira sebagai insan (yang bernyawa), maka tidak perlu disolatkan sama seperti benda yang tidak bernyawa yang lain dan darah." Berdasar hadith Nabi saw :

والسقط يصلى عليه ، ويدعى لوالديه بالغفرة والرحمة

Maksudnya: "Janin yang keguguran boleh disembahyangkan ke atasnya, dan didoakan kepada dua orang tuanya dengan keampunan dan rahmah." (Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih

al-Jami')

6- Jenazah yang ketika hidupnya melakukan dosa besar juga disolatkan. Para ulama dan pemimpin boleh untuk tidak hadir sebagai memberi peringatan kepada yang masih hidup berdasarkan beberapa hadith yang menceritakan tindakan Nabi SAW. yang tidak menyembahyangkan jenazah pelaku maksiat. Sama halnya jenazah orang yang mati kerana membunuh diri.

Jabir bin Samurah (سمرةmبنmجابر) RA. meriwayatkan:

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi SAW. jenazah seorang lelaki

yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak

menyembahyangkan untuknya.”81

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata:

Maksudnya: “Hadith ini merupakan dalil bagi sesiapa (dari kalangan ulama) yang berkata: tidak disembahyangkan ke atas jenazah yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dilakukannya. Ini merupakan mazhab ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz dan al-Auzaie. Berkata al-Hasan, al-Nakhaie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafie dan kebanyakan ulama: disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Berkenaan hadith ini, kebanyakan para ulama menjawab, Nabi SAW. tidak menyembahyangkan jenazahnya sebagai melarang manusia lain dari melakukan perbuatan yang sama dilakukan oleh jenazah (bunuh diri). Sebaliknya jenazah orang yang membunuh diri itu

81

H.R. Muslim 978

Page 24: panduan jenazah

24

disembahyangkan oleh para sahabat lainnya. Keadaan ini sama dengan perbuatan Nabi SAW. yang tidak menyembahyangkan jenazah yang menanggung hutang, sebagai melarang umat Islam meringankan hutang dan mengabaikan pembayarannya, sedangkan baginda menyuruh sahabat menyembahyangkan jenazah tersebut dengan bersabda: “Sembahyanglah kamu semua ke atas jenazah kawan kamu ini.”82

7- Mayat yang sudah disolatkan, boleh disolatkan lagi oleh orang lain. Sekiranya jenazah telah dikebumikan, maka orang yang masih belum menyembahyangkan jenazah boleh menunaikan solat jenazah di tanah perkuburan. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW. antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA.:

Maksudnya: “Rasulullah SAW. sampai di sebuah kubur yang masih baru (tanahnya masih basah), kemudian baginda menunaikan solat jenazah untuk penghuninya, dan para sahabat membuat saf di belakang baginda, baginda bertakbir empat kali.”83

Di dalam hadith lain dinyatakan:

ن س ود أ

أ

رج ة

ةو ام رأ

ي س وداء أ ل الن

س أ

م ات ف

س جد ف

ان يق م ال

ىك

ص ل

م ي ه وس ل

ه عل

الل

ك

ة

ف

ال أ

وا م ات ق

ق ال

تم وني ن تم عن ه ف

ن ى ب ه آذ

وني عل

دل

بره برها ق

ال ق

و ق

يها أ

ى عل

صل

برها ف

ى ق

تأ ف

Maksudnya: “(suatu ketika) Seorang lelaki atau perempuan yang berkulit hitam, yang bertindak sebagai penyuci masjid telah meninggal dunia. Rasulullah SAW. bertanya tentangnya, lalu para sahabat memberitahu orang itu telah meninggal dunia. Baginda bersabda: Mengapa kamu semua tidak memberitahu kepada ku perkara itu? Tunjukkan kepada ku kuburnya, lalu baginda pergi ke kubur orang itu dan baginda menunaikan solat jenazah untuknya.”84

Para ulama berbeza pandangan tentang tempoh masa dibenarkan solat jenazah di tanah perkuburan. Sebahagian ulama tidak menetapkan sesuatu tempoh tertentu, bahkan boleh walaupun jenazah itu telah dikebumikan bertahun-tahun yang lalu. Ada pula 82

Sila lihat Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi. 83

H.R. Muslim 84

H.R. al-Bukhari 458, Muslim 956. Berdasarkan riwayat daripada Ibn Khuzaimah ada

tambahan yang menyatakan: “Para sahabat menjawab: Orang itu meninggal pada malam

hari, oleh itu kami tidak suka untuk mengejutkan engkau (wahai Rasulullah SAW.)” Sila

lihat Fath al-Bari

Page 25: panduan jenazah

25

yang berpendapat tempohnya hanya selama tiga hari. Ada pula yang berpendapat selama jenazah itu masih belum hancur. Dan ada pula yang berpendapat, boleh ditunaikan solat jenazah di tanah perkuburan selama tidak melebihi satu bulan selepas ia dikebumikan.

Ini berdasarkan hadith daripada Sa’id bin al-Musayyib RA.

Maksudnya: “Bahawa ketika Ummu Sa’ad85 meninggal dunia, Nabi SAW. tidak ada di Madinah. Apabila baginda pulang ke Madinah, baginda menunaikan solat di kuburnya, ketika itu telah berlalu kematian ummu Sa’ad selama sebulan.”86 Pendapat ini dipilih oleh Ibn

Qudamah di dalam al-Mughniy.87

Sebahagian ulama lain berpandangan hadith ini tidak menunjukkan tempoh boleh menunaikan solat jenazah di kubur. Sebaliknya ia hanya merakamkan perbuatan Nabi SAW. ketika itu. Ibn Hazm berkata:

Maksudnya: “Adapun perkara menghadkan solat (di kubur) selama sebulan atau tiga hari, adalah salah, kerana perbuatan menghadkan itu tanpa ada dalil.”88

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin telah memberikan penyelesaian yang baik dalam masaalah ini. Beliau berkata:

Maksudnya: “Dan yang benar kita boleh menunaikan solat (jenazah) di kubur sekalipun setelah berlalu sebulan. Sebahagian ulama telah meletakkan syarat yang baik (dalam perkara ini), dimana mereka berkata: dengan syarat jenazah yang dikebumikan itu meninggal pada ketika orang yang hendak menunaikan solat untuknya itu berkeahlian untuk solat. contohnya: Seorang lelaki meninggal dua puluh tahun yang lalu. Kemudian seorang yang berumur tiga puluh tahun pergi untuk menunaikan solat untuknya (solat jenazah untuknya di kuburnya). Maka perkara ini boleh. Kerana orang yang hendak menunaikan solat jenazah di kubur itu, ketika jenazah itu meninggal dia berumur sepuluh tahun. Dan dia (ketika berumur sepuluh tahun) adalah termasuk dari kalangan orang yang boleh menunaikan solat. contoh lain: Seorang lelaki meninggal dunia tiga puluh tahun yang lalu. Kemudian seorang lelaki lain yang berumur dua puluh tahun pergi untuk menunaikan solat jenazah untuknya (solat jenazah

85

Ummu Sa’ad yang dimaksudkan ialah ibu kepada Sa’ad bin ‘Ubadah (سعد بن عبادة) 86

H.R. al-Tirmizi, 1038. Hadith ini telah dihasankan oleh al-Arna’auth di dalam tahkiknya

terhadap Jami’ al-Usul 6/237. 87

Lihat al-Mughniy. Kitab al-Janaiz, Mas’alah la Yusalli ‘ala al-Qabr ba’d Syahr. Jilid 2,

hal: 199 88

Lihat al-Muhalla bi al-Athar. Jilid 3, hal: 367

Page 26: panduan jenazah

26

untuknya di kuburnya). Keadaan ini tidak boleh kerana orang yang hendak menunaikan solat jenazah untuknya itu, ketika jenazah itu meninggal, dia masih tidak lahir dan dia tidak termasuk orang yang boleh menunaikan solat ketika itu. Oleh kerana itu kita tidak disyariatkan untuk menyembahyangkan jenazah Nabi SAW. di kubur baginda (kerana ketika baginda meninggal kita masih belum ada lagi). Dan tidak kita ketahui adanya sesiapa (di kalangan ulama) yang berkata disyariatkan untuk kita solat jenazah di kubur Nabi SAW. atau di kubur sahabat. Sebaliknya (yang disyariatkan kepada kita) hanyalah berdiri berhampiran kubur mereka dan berdoa.”89

Berdasarkan ini, pandangan yang lebih benar ialah pandangan yang mengatakan solat jenazah di kubur boleh dilakukan walaupun jenazah itu telah dikebumikan bertahun-tahun yang lalu, dengan meraikan syarat yang dinukilkan oleh al-‘Uthaimin di atas. Dan solat

jenazah di kubur adalah sama seperti solat jenazah biasa.

8- Boleh menuniakan Solat Ghaib ke atas jenazah muslim yang meninggal di negeri yang tiada orang solat jenazah ke atasnya. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW. yang solat ghaib ke atas jenazah Najasyi. Dalam masaalah ini juga terdapat beberapa pandangan ulama. Sebahagian ulama berpendapat dilakukan solat ghaib kepada individu yang memberi manfaat kepada umat Islam seperti seorang yang alim, orang kaya yang menafkahkan hartanya untuk umat Islam dan seumpamanya. Al-Imam Ibn

Qayyim al-Jauziyyah berkata:

Maksudnya: “Bahawa bukanlah dari petunjuk Nabi SAW. menunaikan solat (ghaib) ke atas setiap orang yang meninggal ghaib (yang tidak ada di hadaan kita). Telah mati ramai jenazah di kalangan umat Islam, dalam keadaan mereka tidak ada di hadapan Nabi SAW. namun baginda tidak menunaikan solat ghaib ke atas mereka. Dalam masa yang sama, telah sahih dari Nabi SAW. yang baginda menunaikan solat ghaib ke atas jenazah Najashi. Para ulama berbeza pandangan dalam perkara ini kepada tiga pendapat:

Pertama: Ini merupakan pensyariatan daripada baginda SAW. dan ia menjadi sunnah ke atas umat Islam untuk menunaikan solat ghaib ke atas setiap jenazah yang ghaib. Ini merupakan pendapat al-Syafie dan Ahmad berdasarkan salah satu riwayat daripada beliau.

Kedua: Abu Hanifah dan Malik berpandangan, ia merupakan perkara khusus untuk Nabi SAW. bukan untuk semua orang.

89

Al-Syarh al-Mumti’ 5/436

Page 27: panduan jenazah

27

Ketiga: Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH bekata: Yang benarnya, jika jenazah yang ghaib (yang berada di tempat lain), dia mati di negeri yang tidak ada orang yang menyembahyangkan jenazahnya, maka disembahyangkan untuknya dengan solat ghaib. Jika jenazahnya telah disolatkan ditempat dia meninggal, maka tidak perlu untuk dilakukan solat ghaib ke atasnya, kerana kefardhuan menunaikan solat jenazah ke atasnya telah gugur dengan jenazahnya telah disembahyangkan oleh sebagai umat Islam…”90

9- Digalakkan memperbanyakkan jumlah orang yang mendirikan solat. demikian juga digalakkan untuk memperbanyakkan saf solat

jenazah. Ibn ‘Abbas RA. meriwayatkan:

ون ب اهلل رك

يش

ل

يق وم عل ى جنازت ه أربع ون رج ة

م ا م ن رج ل مس لم يم وت ف

فعهم هللا فيه

ش

إليئا

ش

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya disembahyangkan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, melainkan Allah memberi syafaat dengan mereka itu kepadanya.”91

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika memberi komentarnya terhadap tajuk yang disebut oleh al-Imam al-Bukhari sebagai Bab al-Sufuf ‘ala al-Janazah berkata:

Maksudnya: “Penulis (al-Imam al-Bukhari) mengisyaratkan dengan bentuk jama’ (al-Sufuf) berdasarkan sunatnya dijadikan saf kepada tiga seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dari hadith Malik bin Hubairah secara marfu’: “Sesiapa solat jenazah untuknya sebanyak tiga saf, sesungguhnya wajib untuknya.” (hadith ini) dihasankan oleh al-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Hakim. Akan tetapi di dalam sanadnya ada Muhammad bin Ishak, beliau adalah seorang Mudallis, beliau telah meriwayatkan hadith ini secara ‘an’anah Ini merupakan kecacatan yang memberi kesan terhadap .(العنعنو )periwayatan seorang mudallis. Oleh itu hadith ini tidak boleh dijadikan hujjah sehinggalah didapati adanya penguat kepada hadith ini, wallahu a’lam. Dan di dalam riwayat lain dinyatakan: “Melainkan diampunkan untuknya.” Berkata al-Tobari: “Sewajarnya bagi keluarga mayat, jika mereka pasti mayat tidak akan berubah, maka hendaklah

90

Zaad al-Maad 1/519-521 91

H.R. Muslim 948

Page 28: panduan jenazah

28

mereka menunggu orang ramai berhimpun untuk menunaikan solat sebanyak tiga saf berdasarkan hadith ini.”92

Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam bukunya Ahkam al-Janaiz berkata:

Maskudnya: “Dan disunatkan menjadikan saf di belakang imam kepada tiga saf atau lebih berdasarkan dua hadith yang diriwayatkan dalam perkara ini. Pertamanya daripada Abi Umamah yang berkata: “(satu ketika) Rasulullah SAW. menunaikan solat jenazah, dan bersama baginda terdapat tujuh orang yang lain. Tiga orang daripada mereka itu baginda jadikan satu saf, dua orang lagi sebagai satu saf dan baki dua orang lagi sebagai satu saf.”93

Al-Imam al-Syaukani berkata:

Maksudnya: “dan yang paling sedikit saf itu adalah dua orang dan tidak ada had banyaknya.”94

Jika makmum hanya seorang, maka dia berdiri di belakang imam berdasarkan hadith:

Maksudnya: “Abu Talhah memanggil Rasulullah SAW. untuk menunaikan solat jenazah ke atas ‘Umair bin Abi Talhah ketika dia meninggal dunia. Lalu Rasulullah SAW. datang dan menunaikan solat jenazah itu di rumah mereka. kemudian Rasulullah SAW. bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam), dan Abu Talhah berdiri di belakang baginda, manakala Ummu Sulaim berdiri di belakang Abu Talhah. Dan tidak ada yang menyembahyangkan jenazah ‘Umair melainkan mereka bertiga.”95

10- Orang yang lebih berhak menjadi imam di dalam solat jenazah adalah seperti berikut:

i. Orang yang diwasiatkan untuk menjadi imam oleh jenazah k e t i k a h i d u p n y a .

92

Fath al-Bari 3/186-187 93

Sila lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 127 94

Nail al-Awthor 2/728 95

H.R. al-Hakim dan beliau berkata hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan

Muslim

Page 29: panduan jenazah

29

Ibn Qudamah mendakwa perkara ini adalah ijma’ di kalangan sahabat Nabi SAW. beliau berkata:

Maksudnya: “Perkara ini telah tersebar, dan tidak ada sesuatu yang berbeza dengannya, maka ia merupakan ijma’…”96

Al-Syeikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtaniy menukilkan di dalam risalahnya:

Maksudnya: “Orang yang paling utama (menjadi imam) menunaikan solat jenazah ialah siapa yang diwasiatkan untuk menjadi imam (oleh jenazah ketika hidupnya) berdasarkan ijma’ para sahabat Nabi yang melakukan wasiat dalam perkara ini. Sesungguhnya Abu Bakr telah mewasiatkan agar ‘Umar mengimamkan solat jenazahnya, ‘Umar pula telah mewasiatkan Suhaib menjadi imam solat jenazahnya [dikatakan juga omar telah mewasiatkan kepada Zubair], Ibn Mas’ud mewasiatkan ajar jenazahnya diimamkan oleh al-Zubair, Abu Bakrah mewasiatkan kepada Barzah, Ummu Salamah mewasiatkan kepada Sa’id bin Zaid, ‘Aisyah mewasiatkan kepada Abu Hurairah dan Abu Syuraihah mewasiatkan kepada Zaid bin Arqam, ketika Syuraihah meninggal ‘Umar bin Harith yang merupakan pemimpin di Kufah pergi ke hadapan untuk menjadi imam. Lalu anak Syuraihah berkata: “Wahai amir (pemimpin) sesungguhnya bapaku telah meninggalkan wasiat agar Zaid bin Arqam menjadi imam, lalu Zaidpun bergerak ke hadapan untuk menjadi imam. Ini kerana (imam solat jenazah) adalah hak jenazah (untuk menentukannya), oleh itu hendaklah didahulukan orang yang diwasiatkan oleh jenazah. Demikian juga Yunus bin Jubair mewasiatkan kepada Anas bin Malik untuk menjadi imam solat jenazahnya.”97

ii. Pemerintah atau pemimpin (yang soleh dan layak) lebih aula menjadi imam solat berbanding sanak saudara simati.

Ibn Qudamah berkata:

Maksudnya: “Kebanyakan ulama berpandangan didahulukan pemimpin berbanding ahli keluarga dalam bab (menjadi imam) untuk solat ke atas jenazah…”98

Pandangan beliau ini dikuatkan dengan hadith Abu Hazim katanya:

96

Al-Mughniy 3/406 97

Ahkam al-Janaiz oleh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, hal: 275-276 98

Al-Mughniy 3/406-407

Page 30: panduan jenazah

30

Maksudnya: “Sesungguhnya aku menyaksikan pada hari meninggalnya Hasan bin ‘Ali. Aku melihat Husain bin ‘Aliy berkata kepada Sa’id bin al-‘Ash: Pergilah ke hadapan (untuk menjadi imam), kalaulah perkara ini (mendahulukan pemimpin untuk menjadi imam solat jenazah) bukan sunnah, aku sama sekali tidak akan mendahulukan kamu (Sa’id pada ketika itu adalah pemimpin di Madinah). Dan diantara mereka ada sesuatu (pertelingkahan).”99

1. Jika orang yang meninggal terlalu banyak, boleh disolatkan sekaligus dengan cara jenazah lelaki diletakkan menghampiri imam sekalipun budak. Manakala jenazah perempuan diletakkan menghampiri kiblat. ‘Ammar Maula al-Harith bin Naufal meriwayatkan:

Maksudnya: “Bahawa beliau menyaksikan jenazah Ummi Kalthum dan anaknya. Dimana kanak-kanak lelaki diletak berhampiran dengan imam, lalu aku mengingkari penyusunan tersebut, sedangkan ada bersama ketika itu Ibn ‘Abbas, Abu Sa’id al-Khudriy, Abu Qatadah dan Abu Hurairah. Mereka semua berkata: “demikian itulah sunnah.”100 Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughniy: Maksudnya: “Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama akan keharusan sekali solat jenazah untuk beberapa jenazah. Jika diasingkan setiap jenazah untuk satu solat, ia juga adalah harus.”101

2. Mayat diletakkan sama seperti kedudukannya di dalam kubur. Ada pendapat yang mengatakan mayat lelaki diletakkan berbeza dengan mayat perempuan iaitu dalam keadaan mayat perempuan kepalanya menghala kesebelah kanan kiblat dan jadilah kakinya menghala kesebelah kiri kiblat. Manakala mayat lelaki pula menyalahi kedudukan itu. Namun ini semata-mata pendapat sebahagian ulama. Tidak ada sebarang dalil yang menyokongnya. Maka jadilah perkara ini kekal sama kedudukannya diantara lelaki dan perempuan dimana kepala mereka dihalakan kesebelah kanan

kiblat.

3. Kedudukan Imam berdiri di dalam solat jenazah:

- Jenazah Lelaki: Imam berdiri di bahagian kepala jenazah

- Jenazah Wanita: Imam berdiri di bahagian tengah badannya.

99

Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 128-129 100

H.R. Abu Daud. Dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud. 2/297 101

Al-Mughniy 3/512

Page 31: panduan jenazah

31

Abu Daud meriwayatkan di dalam kitab sunannya daripada Abi Ghalib yang berkata:

Maksudnya: “Aku pernah bersama Anas bin Malik (sahabat Nabi SAW.) menunaikan solat jenazah ke atas seorang lelaki, beliau berdiri bertentangan dengan kepalanya. Kemudian dibawa jenazah seorang wanita dari Quraisy. Lalu ahli keluarga jenazah tersebut berkata kepada Anas: “Wahai Abu Hamzah, sembahyangkanlah untuk jenazah ini.” Lalu beliau berdiri bertentangan dengan tengahnya. Lalu al-‘Ala bin Ziyad bertanya: “Wahai Abu Hamzah, demikiankah yang engkau lihat Rasulullah SAW. berdiri untuk jenazah lelaki dan perempuan seperti yang telah engkau lakukan?” Anas menjawab: “Ya!” Apabila selesai, beliau berkata: “Peliharalah ia (kedudukan imam ketika solat jenazah).”102

Al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan daripada Samurah bin Jundab katanya:

Maksudnya: “Aku pernah menunaikan solat jenazah di belakang Nabi SAW. untuk jenazah seorang perempuan yang meninggal ketika di dalam nifas. Baginda berdiri di bahagian tengah jenazah tersebebut.”103

Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:

Maksudnya: “Dan adalah termasuk di dalam petunjuk baginda SAW., baginda berdiri berhampiran kepala untuk jenazah lelaki dan di bahagian tengah untuk jenazah perempuan.”104

CARA MENUNAIKAN SOLAT JENAZAH.

1. Berwudhu berdasarkan hadith:

Maksudnya: “Tidak diterima solat yang dilakukan tanpa wudhu.”105

2. Berdiri dan seterusnya bertakbiratul Ihram dalam keadaan memiliki niat untuk menunaikan solat jenazah. Para ulama sepakat takbiratul Ihram bagi solat jenazah dilafazkan beserta dengan

102

H.R. al-Tirmizi, 1034. Beliau berkata: Hadith Anas ini adalah hadith hasan 103

H.R. al-Bukhari 1332 dan Muslim 964 104

Zaad al-Maad 1/512 105

H.R. Muslim 224

Page 32: panduan jenazah

32

mengangkat tangan. Ini berdasarkan hadith daripada Sa’id bin al-

Musayyib RA. daripada Abu Hurairah RA.:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW. bertakbir (untuk menunaikan solat jenazah) atas jenazah, lalu baginda mengangkat kedua-dua tangan baginda, kemudian baginda meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.”106

Al-Imam Ibn al-Munzir RH berkata:

Maksudnya: “Dan (para ulama) telah bersepakat (ijma’), orang yang menunaikan solat jenazah mengangkat kedua-dua tangannya ketika takbir pertama.”107

3. Terus membaca al-Ta'awwudz ( التعو iaitu bacaan: mون mما أعو mباوا ا mالورجا ا ا و dan membaca al-Fatihah. Bacaan di dalam solat (الشjenazah adalah secara perlahan, berdasarkan hadith Abu Umamah

RA. yang berkata:

Maksudnya: “Yang menjadi sunnah di dalam solat jenazah ialah membaca ummu al-Quran (al-Fatihah) selepas takbir pertama secara perlahan, kemudian bertakbir tiga kali dan memberi salam pada takbir yang akhir.”108

4. Bertakbir untuk kali kedua beserta mengangkat tangan seperti takbir yang pertama. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan

daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA.:

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW. apabila menunaikan solat jenazah, baginda mengangkat kedua-dua tangan baginda pada setiap kali takbir.”109

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin ketika memberi komentar terhadap athar ini berkata:

Maksudnya: “Telah sahih dari Ibn ‘Umar secara mauquf, (akan tetapi) ia dikira marfu’, kerana persoalan ini tidak boleh dithabitkan dengan ijtihad.”110

106

H.R. al-Tirmizi 1077. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi 1/546 107

Al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir, hal: 51 108

H.R. al-Nasa’i bil: 1988. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Nasa’i 2/55. 109

H.R. al-Daraqutni di dalam al-‘Ilal sepertima yang terdapat di dalam Nasb al-Rayah 2/285 110

Al-Syarh al-Mumti’ 5/426

Page 33: panduan jenazah

33

Seterusnya selepas takbir kedua ini membaca selawat ke atas Nabi SAW., sama seperti selawat di dalam tasyahhud di dalam solat. Abu Umamah RA. meriwayatkan:

Maksudnya: “Berdasarkan sunnah di dalam solat jenazah, (ialah) imam bertakbir, kemudian membaca ummu al-Kitab selepas takbir pertama secara perlahan, kemudian berselawat ke atas Nabi SAW…”111

5. Bertakbir untuk kali ketiga sambil mengangkat tangan seterusnya berdoa ke atas mayat dengan ikhlas. Abu Hurairah RA. berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu menunaikan solat untuk jenazah, maka ikhlaskanlah untuknya doa.”112

Antara doa-doa yang boleh dibaca selepas bertakbir kali ketiga ini ialah:

Pertama: Hadith daripada Wathilah bin al-Asqa’ katanya:

Maksudnya: “Rasulullah SAW. solat jenazah bersama kami untuk seorang lelaki dari kalangan muslimin, lalu aku mendengar baginda membaca:

ه من ف ي الل

ة

ن ب ن ف

ة

ت كإن ف قب ر وحب ل ج وارك ذم

ال

ق ه فتن ة

اب ف

وع ا

اءالن ار وف

ه ل ال

ت أ

نف ور وأ

غ

ت ال

ن ه وارحم ه إن ك أ

فر ل

اغ

ه م ف

حم د الل

وال

حيمالر

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya fulan bin fulan ini berada dalam pemeliharaan dan penjagaan Mu, oleh itu lindungilah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka, Engkaulah tuhan yang memenuhi janji dan berhak dengan segala pujian. Ya Allah ampunkanlah dia dan kesihanilah dia, sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani.”113

111

H.R. al-Baihaqi dan al-Hakim, dan beliau mensahihkannya. Pensyahihannya ini

dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani di dalam Ahkam al-Janaiz berkata: “Hadith ini

sepertimana yang mereka berdua katakan.” Hal: 55. 112

H.R. Abu Daud. Hadith ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud

2/299. 113

H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud 2/300

Page 34: panduan jenazah

34

Kedua: Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA. katanya:

Maksudnya: “Rasulullah SAW. menunaikan solat (jenazah) ke atas jenazah, kemudian baginda berdoa:

ابيرن

ا وك

ن ا وص غيرن

ن ا ومي ف ر لحي

ه م اغ

ائ ن ا الل

ا وغ

اهدن

ا وش

ان

ثن ا وأ

رن

ك

وذ

حييتههم من أ

ه الل

توف

ا ف يته من

وف

يمان ومن ت

ى لا

حيه عل

أا ف م من

س ة

ى لا

عل

هم نا حعدهالل

ضل

ت

جره ول

حرمنا أ

ت

ل

Maksudnya: “Ya Allah, ampunkanlah orang yang hidup dan yang mati di kalangan kami, orang yang kecil dan yang besar di kalangan kami, lelaki dan wanita di kalangan kami, yang hadir dan yang tidak hadir di kalangan kami. Ya Allah. Sesiapa yang Engkau hidupkan dia di kalangan kami, maka hidupkanlah dia di dalam iman. Sesiapa yang Engkau wafatkan, maka wafatkanlah dia dalam keadaan Islam. Ya Allah janganlah Engkau halang pahala musibah kematian dia ini kepada kami dan jangan Engkau sesatkan kami selepas ketiadaannya.”114

Doa ini juga dibaca untuk jenazah kanak-kanak di kalangan umat Islam yang meninggal dunia.

Ketiga: Daripada ‘Auf bin Malik, katanya:

Maksudnya: “Rasulullah SAW. menunaikan solat (jenazah) ke atas satu jenazah, maka aku menghafal doa baginda, baginda membaca:

عن ه

ه وارحم ه وعاف ه واع فف ر ل

ه م اغ

رم الل

ك

ه وأ

جل

ع ن

ه ووس ل مدخ

ب رد وال

اء وال ث

ه بال

س ل

ه م ن واغ

ق اي ون

ط

خ

ب يض م ن ال

وب ألا

ي ت الث ق

م ا ن

ا ك

س ن هل ه الد

يرا من أ

خ

هة

يرا من داره وأ

ه دارا خ

بدل

ي را م ن زوج ه وأ

وزوج ا خ

هدخل

وأ

ة جن

قبر ال

اب ال

ه من عا

عا

ار وأ اب الن

.ومن عا

Maksudnya : "Ya Allah ampunkanlah dia dan rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah kedatangannya115

114

H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 2/300 115

Perkataan: ه ل ز ن م ر أك و Kalimah al-Nuzul (النزل) boleh membawa dua maksud: Boleh

dengan maksud tempat tinggal. Kefahaman ini diambil dari firman Allah: نات ان ت ل ه م ج ك

Page 35: panduan jenazah

35

dan luaskanlah tempat masuknya. Sucikanlah dia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahannya sepertimana engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran. Dan gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari isterinya dan masukkan dia ke dalam syurga dan lindungi dia dari azab kubur dan azab neraka.” 116

Selepas menyebut lafaz doa ini, ‘Auf bin Malik berkata: “Sehingga aku berangan-angan, mayat itu adalah aku.” Disebabkan doa baginda

SAW. kepada jenazah tersebut.

Keempat: Hadith daripada Yazid bin ‘Abdullah bin Rukanah bin al-Mutallib, katanya:

Maksudnya: “Rasulullah SAW. dahulunya apabila berdiri menunaikan solat jenazah, baginda akan membaca:

ه م عب دمت ك احت ا الل

ى ك واب ن أ

ن ي إل

ت غ

ناب ه ع ن رحمت ك وأ

ان , عا

إن ك

جدتجاوز عنه إحسانه في محسنا ف

ان مسيئا ف

وإن ك

Maksudnya: “Ya Allah, hambaMu (ini), anak kepada hamba wanitaMu memerlukan rahmatMu, dan Engkau maha kaya dari mengenakan azab kepadanya. Sekiranya dia melakukan kebaikan, maka tambahkanlah kebaikan untuknya, jika dia seorang yang melakukan kejahatan, maka berilah kemaafan kepadanya.”117

Kelima: Jika yang meninggal itu adalah kanak-kanak yang belum baligh, selain boleh dibaca doa yang kedua di atas, di bawah ini doa-

doa pilihan yang lain:

ال س ن ز و د ,Bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh الف ر

bagi mereka adalah syurga Firdaus sebagai tempat tinggal.” (al-Kahfi: 107). Jika dengan

maksud ini ungkapan doa ini bermaksud: “Jadikanlah tempat tinggalnya mulia (luas dan

baik).” Boleh juga bermaksud permulaan kedatangannya disambut dengan mulia seperti

seorang tetamu yang dimuliakan, dengan disediakan juadah yang ringan terlebih dahulu dan

diikuti dengan persiapan yang selanjutnya. Kefahaman ini diambil dari firman Allah: ال ن ز

يم ح ف ور ر ن غ bermaksud: “Sebagai hidangan (untukmu) dari Tuhan yang maha م

pengampun lagi maha penyayang.” (al-Fussilat: 32). Sila lihat syarah kepada doa ini oleh

al-Syeikh ‘Atiyyah Muhammad Salim RH (salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-

Nabawi ketika hayatnya) di dalam lamanweb http://islamweb.net/ Lihat juga kamus al-

Ghaniy pada kalimah Nuzul. 116

H.R. Muslim, bil 963. 117

H.R. al-Hakim 1/359, dan beliau mensahihkan hadith ini, dan pensahihannya ini

dipersetujui oleh al-Zahabi. Lihat juga al-Albani di dalam Ahkam al-Jazaiz, hal: 159

Page 36: panduan jenazah

36

1. Sa’id bin al-Musayyib berkata:

Maksudnya: “Aku pernah bersembahyang jenazah di belakang Abu Hurairah untuk satu jenazah kanak-kanak yang belum melakukan sebarang kesalahan, aku mendengar beliau membaca:

لقبراب ا

ه من عا

عا

هم أ

الل

Maksudnya: “Ya Allah, selamatkan dia dari azab kubur.”118

2. Al-Imam al-Syaukani di dalam Nail al-Awthor berkata:

Maksudnya: “Jika yang disolatkan itu adalah kanak-kanak, disunatkan orang yang menyembahyangkannya membaca:

ارط

فا وف

نا سل

ه ل

هم اجعل

وأجراالل

Maksudnya: “Ya Allah jadikan dia mendahului kami, ganjaran dan pahala.”119

3. Daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya:

Maksudnya: “Dan bayi yang keguguran itu ditunaikan sembahyang jenazah untuknya, didoakan untuk kedua ibu-bapanya keampunan dan rahmat.”120

Doanya ialah seperti:

فر لوالديه وارحمهماهم اغ

الل

Maksudnya: “Ya Allah ampunkanlah kedua ibu-bapa anak ini dan rahmatila mereka berdua.”

4. Al-Imam al-Nawawi berkata:

Maksudnya: “Para sahaba kami berkata: Jika jenazah itu adalah seorang kanak-kanak, didoakan untuk kedua ibu-bapanya dengan menyebut: 118

H.R. Malik di dalam al-Muwattha’. Hadith ini disahihkan oleh al-Syeikh Syu’aib al-

Arna’auth di dalam tahkik beliau terhadap Syar al-Sunnah oleh al-Baghawi 4/357 119

H.R. al-Baihaqi dari hadith Abu Hurairah. Al-Albani berkata: Hadith Abu Hurairah yang

diriwayatkan oleh al-Baihaqi sanadnya hasan. lihat Ahkam al-Janaiz, hal: 161 120

H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 2/293

Page 37: panduan jenazah

37

ه هم اجعل

هما الل

ه ل

، واجعل

رطا

هماف

ه ل

، واجعل

فا

هماسل

ل ب ه ل

ق ، وث

را

خ

ذ

حرمهما أجره ت

فتنهما حعده، ول

ت

وبهما، ول

لى ق

لصبر عل

رغ ا

موازينهما، وأف

Maksudnya: “Ya Allah jadikan dia sebagai suatu yang menjadi ganjaran, suatu yang mendahului dan pahala buat kedua ibu-bapanya, dan beratkan dengan kematiannya timbangan pahala kedua ibu-bapanya, dan penuhkan kesabaran ke dalam hati mereka berdua, dan jangan Engkau fitnahkan mereka selepaskan kematiannya, dan jangan Engkau halangi pahala untuk mereka berdua.”121

6. Bertakbir untuk kali keempat sambil mengangkat tangan. Para ulama berbeza pendapat, apakah selepas takbir yang keempat ini ada doa yang perlu dibaca atau hanya berhenti seketika dan

seterusnya memberi salam.

Sebahagian ulama berpendapat tidak ada doa selepas takbir yang keempat ini. Sebaliknya hanya berhenti seketika kemudian memberi salam.

Sebahagian ulama yang lain berpendapat disunatkan doa selepas takbir yang keempat ini, berdasarkan hadith daripada al-

Hajariy yang berkata:

Maksudnya: “Aku pernah solat jenazah bersama ‘Abdullah bin Abi Aufa al-Aslami sahabat Rasulullah SAW. ke atas jenazah anak perempuannya. Kemudian dia bertakbir empat kali, setelah itu dia berhenti seketika selepas takbir yang keempat, kemudian dia berkata: “Lalu aku mendengar ada orang yang menegurnya (dengan bertasbih) dari hujung saf.” Kemudian Abdullah bin Abi Aufa memberi salam, dan bertanya: “apakah anda semua merasakan aku akan bertakbir lima kali?” mereka menjawab: “Kami bimbang perkara itu berlaku.” Beliau menjawab: “Aku tidak akan melakukannya, akan tetapi aku Rasulullah SAW. apabila bertakbir kali keempat dalam solat jenazah, baginda akan berhenti seketika, kemudian baginda akan membaca apa-apa yang dikehendakinya, kemudian baginda member salam.”122

Selain hadith di atas terhadap hadith lain yang diriwayatkan daripada Abi Ya’fur daripada ‘Abdullah bin Abi Aufa katanya:

121

Al-Azkar al-Nawawi, hal: 159 122

H.R. Ibn Majah, 1503. Dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Ibn Majah 2/19

Page 38: panduan jenazah

38

Maksudnya: “Aku menyaksikan beliau (‘Abdullah bin Abi Aufa) bertakbir dalam solat jenazah empat kali, kemudian beliau berhenti seketika – yakni – berdoa, kemudian berkata: “apakah kamu semua menyangka aku akan bertakbir lima kali?” mereka menjawab: “Tidak” beliau menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. apabila solat jenazah baginda takbir empat kali.”123

Al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar berkata:

Maksudnya: “Padanya (hadith di atas) dalil sunatnya doa selepas takbir yang akhir (dalam solat jenazah) sebelum member salam, dalam perkara ini ada khilaf (perbezaan pendapat) dan yang lebih benar ia adalah sunat berdasarkan hadith ini.”124

Ibn Qudamah berkata:

Maksudnya: “Dan (perkara) ini ada perbezaan pendapat dalam hukum sunatnya, dan tidak ada perbezaan pendapat di dalam mazhab (Hambali) yang ia bukan wajib dan berdiri dalam kadar seketika selepas takbir adalah disyariatkan.”125

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Maksudnya: “Dan pendapat yang mengatakan sunat doa (selepas takbir yang keempat) dengan doa yang dihafal adalah lebih utama berbanding diam sahaja. Ini kerana solat adalah ibadah yang tidak adalah di dalamnya diam sama sekali melainkan ada sebab seperti diam untuk mendengar bacaan imam atau seumpamanya.”126

7. Kemudian memberi salam sepertimana salam solat fardhu berdasarkan riwayat Ibn Mas'ud:

Maksudnya: "Tiga perkara yang sering dilakukan oleh Rasulullah saw, namun ditinggalkan oleh manusia, salah satunya ialah memberi salam dalam solat jenazah sebagaimana member salam di dalam solat (yang lain)."127

123

Al-Albani berkata di dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi

(4/35) dengan sanad yang sahih. Hal: 160 124

Nail al-Authar 2/744 125

Al-Mughniy. 3/417 126

Al-Syarh al-Mumti’ 5/424 127

H.R. al-Baihaqi 4/34. al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’ 5/239: Isnadnya

baik. Al-Albani menghasankan sanad hadith ini di dalam Ahkam al-Janaiz, hal: 162

Page 39: panduan jenazah

39

Namun memberi salam sekali sebelah kanan di dalam solat jenazah juga merupakan petunjuk dari Nabi SAW. Perkara ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA.

katanya:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW. menunaikan solat jenazah untuk satu jenazah, baginda bertakbir empat kali kemudian baginda memberi salam sekali.”128

Oleh itu kedua-dua perbuatan samada memberi salam sekali atau dua kali di dalam solat jenazah adalah sunnah Nabi SAW. Al-

Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berkata:

Maksudnya: “Dan yang benar tidak mengapa memberi salam kali kedua disebabkan adanya beberapa hadith yang menunjukkan perkara itu dari Nabi SAW.”129

8. Bagi yang masbuk (orang yang ketinggalan beberapa takbir solat jenazah) boleh menyempurnakan takbir yang tertinggal berdasarkan hadith Nabi SAW.:

واف تم

أم ف

ك

ات

وا، وما ف

صل

تم ف

ما أدرك

Maksudnya: “Tunaikan solat apa yang kamu perolehi (bersama imam), adapun apa yang kamu tertinggal, maka sempurnakanlah ia.”130

Al-Syeikh ‘Abdul ‘Azizi Abdillah bin Baz RH berkata:

Maksudnya: “Apabila seseorang mendapati imam dalam takbir yang ketiga, dia bertakbir (kali pertama) dan membaca al-Fatihah. Apabila imam bertakbir kali keempat, orang itu bertakbir selepas imam dan membaca selawat ke atas Nabi SAW. Apabila imam memberi salam, makmum yang masbuk itu bertakbir kali ketiga dan berdoa untuk mayat dengan doa yang ringkas, kemudian dia bertakbir kali keempat dan memberi salam.”131

9. Terdapat tiga waktu yang pendek, dilarang menunaikan solat jenazah dan mengebumikannya kecuali dharurat:

128

H.R. al-Daraqutni 2/72. Al-Albani menghasankan sanad hadith ini di dalam Ahkam al-

Janaiz, hal: 163 129

Al-Syarh al-Mumti’ 5/424 130

H.R. al-Bukhari 636 dan Muslim 602 131

Majmu’ Fatawa Ibn Baz 13/149

Page 40: panduan jenazah

40

a. Ketika matahari sedang terbit

b. Ketika matahari tegak

c. Ketika matahari hampir terbenam

Larangan ini berdasarkan hadith ‘Uqbah bin ‘Amir:

Maksudnya: “Tiga waktu yang Rasulullah SAW. dahulunya melarang kami dari menyembahyangkan atau mengebumikan jenazah. Ketika matahari terbit sehingga meninggi, ketika matahari tegak di atas kepala sehingga matahari condong sedikit, dan ketika matahari hampir terbenam sehingga terbenam.”132

10. Boleh melakukan takbir di dalam solat jenazah lebih dari empat kali takbir. Perkara ini terdapat di dalam petunjuk Nabi SAW. antaranya:

Pertama: Boleh bertakbir sebanyak lima kali berdasarkan hadith daripada ‘Abdul Rahman bin Abi Laila katanya:

Maksudnya: “Dahulunya Zaid (bin Arqam) bertakbir untuk para jenazah dari kalangan kami empat kali, dan sesungguhnya dia pernah bertakbir untuk satu jenazah lima kali. Maka aku bertanya kepadanya, beliau menjawab: “Dahulunya Rasulullah SAW. melakukannya.”133

Kedua: Boleh bertakbir sebanyak enam kali berdasarkan athar daripada Ali bin Abi Tolib RA. yang pernah melakukannya. Beliau lakukan ketika menyembahyangkan jenazah Sahl bin Hunaif. Athar ini diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin al-Mughaffal:

Maksudnya: “Bahawa ‘Ali bin Abi Tolib, telah menyembahyangkan jenazah Sahl bin Hunaif, beliau bertakbir sebanyak enam kali,

132

H.R. Muslim 831 133

H.R. Muslim 957. Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini mendakwa takbir

lebih dari empat kali ini hukumnya mansukh. Dan inilah juga pandangan kebanyakan ulama

Sila lihat Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi. Namun pandangan ini dibantah oleh

sebahagian ulama kerana dakwaan mansukh tertolak disebabkan perbuatan sahabat yang

menambah takbir lebih dari empat kali ini berlaku selepas kewafatan Nabi SAW. Jika hukum

ini mansukh sudah tentu para sahabat tidak akan melakukannya lagi setelah kewafatan

baginda. Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitabnya Ahkam al-Janaiz,

hal: 144, selepas menyertakan perbuatan beberapa sahabat dalam persoalan ini menyebut:

“Athar-athar ini adalah sahih dari sahabat (Nabi SAW.), ia menunjukkan perbuatan (takbir

di dalam solat jenazah) dengan lima kali dan enam kali, (hukumnya disyariatkan) berterusan

hingga selepas kewafatan Nabi SAW. berbeza dengan sesiapa yang mendakwa berlakunya

ijma’ takbir solat jenazah hanya emapat kali sahaja. Sesungguhnya telah ditahkikkan

pandangan dengan terbatalnya dakwaan ini oleh Ibn Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla.”

Page 41: panduan jenazah

41

kemudian beliau berpaling kepada kami seraya berkata: “Dia seorang yang menyertai peperangan Badr.”134

Ketika: Boleh bertakbir sebanyak tujuh kali berdasarkan athar daripada ‘Ali bin Abi Tolib juga. Daripada Musa bin Abdillah bin Yazid katanya:

Maksudnya: “Bahawa ‘Ali pernah menyembahyangkan jenazah Abi Qatadah,dan beliau bertakbir sebanyak tujuh kali. Dan Abi Qatadah adalah seorang yang menyertai peperangan Badr”135

Keempat: Boleh bertakbir dengan Sembilan kali, berdasarkan riwayat daripada ‘Abdullah bin al-Zubair katanya:

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW. menyembahyangkan jenazah Hamzah, dan baginda bertakbir sebanyak Sembilan kali.”136

Al-Imam Ibn Qayyim RH berkata:

Maksudnya: “Athar-athar ini adalah sahih, maka tidak boleh melarang dari melakukannya. Nabi SAW. tidak melarang tambahan lebih dari empat takbir bahkan baginda melakukannya dan para sahabat juga melakukannya selepas kewafatan baginda.”137

Al-Sya’biy berkata:

Maksudnya: “’Alqamah tiba dari Syam, lalu dia berkata kepada Ibn Mas’ud: Sesungguhnya saudara-saudara kamu di Syam, bertakbir di dalam solat jenazah lima kali, sekiranya kamu tetapkan bilangannya untuk kami, supaya kami dapat mengikutinya. Ibn Mas’ud diam seketika, kemudian berkata: “Sembahyanglah jenazah dan bertakbirlah seperti yang ditakbirkan oleh imam, tidak ada penetapan waktu dan bilangan.”138

Berdasarkan athar-athar dari sahabat ini menunjukkan takbir di dalam solat jenazah boleh dilakukan sebanyak empat, lima, enam,

134

Riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan 4/36. Sanadnya sahih berdasarkan syarat al-Bukhari

dan Muslim. Athar ini juga hukumnya marfu’. Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal:

143 135

Riwayat al-Tohawi dengan sanad yang sahih berdasarkan syarat Muslim. Lihat Ahkam al-

Janaiz al-Albani, hal: 144 136

Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 144 137

Zaad al-Maad 1/508 138

Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 143

Page 42: panduan jenazah

42

tujuh dan sembilan kali. Namun yang masyhur dan sering dilakukan

oleh Nabi SAW. dan para sahabat baginda adalah empat kali.

Umat islam tidak boleh saling bantah membantah dalam permasalahan sebegini. Ia termasuk dalam persoalan kepelbagaian cara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. untuk kita melakukannya. Benarlah seperti kata al-Sya’biy di atas, para jemaah mengikut imamnya. Jika imam bertakbir empat kali mereka bertakbir empat kali, jika imam bertakbir lima kali mereka ikut bertakbir lima kali dan demikianlah seterusnya.

Cuma ada baiknya imam yang hendak melakukan takbir lebih dari empat kali terlebih dahulu memaklumkan kepada ahli jemaah

hasratnya. Untuk mengelakkan salah faham.

MENGUSUNG DAN MENGIRINGI JENAZAH 1. Dituntut supaya mengusung dan mengiringi jenazah kerana ia antara hak-hak muslim sesama muslim. Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya : Hak muslim dengan muslim ada 5, menjawab salam, menziarahi pesakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang yang bersin.139 2. Mengiringi jenazah ada 2 peringkat. Mengiringinya hingga disembahyangkan dan mengiringinya hingga dikebumikan. Kedua-duanya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w . Amalan ini ganjarannya amat besar. Sabda Rasullah s.a.w: Maksudnya : Barangsiapa yang menyaksikan jenazah sehingga disembahyangkan maka baginya qiraat dan barangsiapa yang menyaksikannya sehingga dikebumikan maka baginya 2 qiraat. Baginda ditanya apa itu 2 qirat? Baginda menjawab seperti 2 buah bukit yang besar.140 3. Makruh bagi golongan wanita untuk mengiringi jenazah berdasarkan hadith Ummu 'Atiyyah katanya:

139

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim 140

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Page 43: panduan jenazah

43

Maksudnya: Kami dilarang untuk mengiringi jenazah tetapi tidak dilarang secara keras.141 4. Dilarang mengangkat suara dengan zikir dan selainnya ketika mengiringi jenazah berdasarkan athaar yang diriwayatkan oleh Qais ibn 'Ubaad katanya: Maksudnya : Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w tidak menyukai mengangkat suara di sisi jenazah.142 Berkata al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar : Ketahuilah sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan Salafussalih ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa-apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyad r.h berkata : "Berpeganglah dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak (yang melakukannya)". Aku juga telah meriwayatkan dari Sunan al-Baihaqi yang membuktikan apa yang aku nyatakan (sambil mengisyaratkan kepada perkataan Qais bin Abbad). Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijmak ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan dalam kitab Adab al-Qiraah tentang keburukannya, besar keharamannya dan kefasikannya bagi sesiapa yang mampu mengingkarinya tetapi tidak mengingkarinya. 5. Sunat dipercepatkan perjalanan tanpa berlari. Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : Segerakanlah (urusan) jenazah.143 Kata Ibn Qayyim dalam Zaad al-Ma'aad: Adapun kebiasaan orang pada hari ini berjalan selangkah-selangkah maka (perbuatan itu) adalah bid'ah yang dibenci, bercanggah dengan sunnah dan menyerupai ahli kitab.

141

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim 142

Hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd dan Abu Nu'aim. Kata al-

Albani : Perawi-perawinya thiqah. Lihat أحكام الجنائز وبدعها m.s 92 143

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Page 44: panduan jenazah

44

6. Harus berjalan di hadapan atau di belakang, di kiri atau di kanan. Bagi yang berkenderaan hendaklah berada di belakang. Sabda Rasulallah s.a.w: Maksudnya: Yang berkenderaan hendaklah berjalan di belakang jenazah dan yang berjalan kaki berjalan di belakang jenazah atau hadapannya atau di kirinya atau di kanannya berhampiran dengannya.144 MENGEBUMIKAN MAYAT 1. Diwajibkan mengebumikan mayat sekalipun mayat seorang kafir sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w untuk mengebumikan mayat-mayat musyrikin Mekah yang mati dalam peperangan Badar.145 2. Tidak boleh dikebumikan jenazah pada waktu-waktu berikut kecuali terpaksa:

i. 3 waktu yang disebutkan dalam hadith 'Uqbah ibn 'Amir di atas.

ii. Waktu malam berdasarkan hadith Jabir r.a :

ف

ن ف ي ك

ف ك

بض ف

حابه ق

م ن أ

ر رج ة

ك

ا

يوم ا ف

ط

م خ

ي ه وس ل

ه عل

ى الل

ي ص ل ن الن

ن أ

ي ل حت ج ل بالل ن يقب ر الر

م أ

ي ه وس ل

ه عل

ى الل

ي ص ل ججر الن

ف

ية

بر ل

ائل وق

ير ط

ي ه ىغ

ى عل

يص ل

م أ

ح دك

ف ن أ

ا ك

م إذ

ي ه وس ل

ه عل

ى الل

ي ص ل ال الن

ل ك وق

ى ذ

س ان إل

ر إن

ن يض ط

أ

اه إل

خ

نهف

ن ك

يحس ل 146ف

3. Diwajibkan mendalamkan kubur, meluaskannya dan memperelokkannya. Sekiranya perlu dibolehkan dikebumikan beberapa jenazah dalam satu liang. Ini berdasarkan hadith Hisyam ibn 'Amir r.a katanya : Pada hari peperangan Uhud telah menimpa apa yang telah ditimpa oleh orang-orang Islam dan beberapa orang telah cedera maka kami berkata : wahai Rasulullah s.a.w, menggali kubur bagi setiap orang susah, apa yang kamu nak perintahkan kepada kami? Rasulullah s.a.w

144

Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Hadith ini dinilai sahih

oleh al-Albani. Lihat Sahih al-Jami' no. hadith 3525 145

Hadith riwayat Bukhari & Muslim daripada Abu Talhah al-Ansari 146

Hadith riwayat Muslim

Page 45: panduan jenazah

45

menjawab : Galilah, luaskanlah, dalamkanlah, perelokkanlah dan kebumikan 2 atau 3 jenazah dalam satu kubur.147 4. Disunatkan dibuat lahad atau syaq (parit di pertengahan kubur) dalam kubur. Lahad lebih afdhal kecuali jika tanah tidak sesuai. Ini berdasarkan hadith Sa'd ibn Abi Waqqas r.a katanya:

ى ه صل

ما صنع برسول الل

صبا ك

بن ن

ي الل

صبوا عل

حدا وان

حدوا لي ل

مال

يه وسل

ه عل

148الل

5. Lelaki dituntut untuk menurunkan mayat ke dalam liang walaupun jenazah seorang wanita dan ahli keluarga diutamakan. 6. Mayat diturunkan melalui hujung kubur berdasarkan hadith Abu Ishaq katanya : al-Harith r.a telah mewasiatkan supaya Abdullah ibn Yazid r.a menyembahyangkan jenazahnya maka disembahyangkan dan jenazahnya dimasukkan ke dalam kubur melalui 2 kaki kubur (hujung kubur) dan beliau berkata : Ini adalah sunnah.149

7. Mayat dibaringkan sebelah kanan sisinya dengan mukanya mengadap kiblat.

8. Disunatkan membaca doa ini ketika meletakkan mayat :

هة رسول الل ى سن

ه وعل

150حسم الل

9. Disunatkan selepas mengebumikan mayat beberapa perkara :

i. Meninggikan permukaan kubur sekadar sejengkal. Tidak diratakan terus agar dapat dikenali. Ini berdasarkan hadith Jabir r.a katanya:

م أن الن يي ه وس ل

ه عل

ى الل

ألح د ونص علي ه الل بن نص با ، ورف ع قب ره ص ل

151من ألارض نحوا من شبرii. Menandakan kubur dengan batu termasuk dari sunnah Nabi s.a.w

sepertimana yang dilakukan oleh baginda s.a.w terhadap jenazah 'Uthman bin Maz'uun.152

147

Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai dan al-Tirmizi. Disahihkan oleh al-Albani. 148

Hadith riwayat Muslim 149

Hadith riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf dan Abu Daud 150

Hadith riwayat Abu Daud 151

Hadith riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Dinilai hasan oleh al-Albani. 152

Hadith riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi. Dinilai hasan oleh al-Albani.

Page 46: panduan jenazah

46

iii. Kubur bukan tempat membaca al-Quran berdasarkan hadith:

ل تجعلوا بيوتكم مقابر ، فإن الشيطان يفر من البيت الاي يقرأ فيه سورة

البقرةMaksudnya : Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur, kerana sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.153 Hadith ini menunjukkan kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran dan al-Quran tempat bacaannya adalah di rumah.

iv. Tidak disyariatkan untuk memacakkan ranting atau pokok, menabur bunga dan memacak payung.

v. Dilarang duduk di atas kubur dan dibuat binaan berdasarkan hadith Jabir r.a katanya :

ن يبنى يه وأ

ن يقعد عل

بر وأ

ق

ص ال ن يجص

م أ

يه وسل

ه عل

ى الل

ه صل

هى رسول الل

ن

يهعل

Maksudnya : Nabi s.a.w melarang kubur disapu kapur putih, diduduk dan dibuat binaan atasnya.154 Flash mengebumi jenazah SELEPAS PENGEBUMIAN 1. Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. Juga melakukan sesuatu yang mengurangkan duka mereka. Ini berdasarkan hadith Qurrah al-Muzaniy r.a .155 2. Hendaklah menjauhi perkara berikut :

i. Membuat makanan untuk hadirin. Jarir bin Abdillah r.a berkata:

mنmمنmالناح كناmنعدmاالجتماعmإلىmأهلmالمتmوصناع mالعامmبعدmالدف

153

Hadith riwayat Muslim dan al-Tirmizi 154

Hadith riwayat Muslim 155

Hadith riwayat al-Nasai, Ibn Hibban, al-Hakim dan Ahmad

Page 47: panduan jenazah

47

Maksudnya : Kami (para sahabat Nabi s.a.w) beranggapan berhimpun di rumah si mati dan menyediakan makanan selepas daripada pengkebumian adalah daripada meratapi kematian.156 3. Sunnahnya adalah makanan dibuat oleh jiran untuk keluarga si mati. Sabda Rasulullah s.a.w:

m يشةلهmماm جاءهmقدmفإانهmا mجعفرm عام هلا اصنع اmلا Maksudnya : Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan mereka (kematian Ja'far).157 ZIARAH KUBUR 1.Sunat menziarahi kubur mengambil iktibar dengan mengingati kematian. Sabda Rasulullah s.a.w:

mالقب راmفزوروها تك mعنmزايارةا نه Maksudnya : Aku telah melarang kamu semua menziarahi kubur, maka ziarahilah (sekarang dibolehkan).158 2.Disunatkan membaca doa ini :

حقون

ةه ل

اء الل

ا إن ش سلمين وإن

ؤمنين وال

يار من ال

هل الد م أ

يك

م عل

ة الس

عافية

م ال

ك

نا ول

ه ل

ل الل

سأ

159أ

3.Wanita dibolehkan menziarahi kubur tetapi dilarang sekiranya terlalu kerap berdasarkan hadith Abu Hurairah s.a.w:

mالقب راmزواراتاmلعنm وسلm ها mصلىmاللهmعل mرس لmاللها أ Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat wanita-wanita yang kerap menziarahi kubur.160

156

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah. 157

Hadith riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Sanadnya dinilai hasan oleh al-

Albani. 158

Hadith riwayat Muslim 159

Hadith riwayat Muslim 160

Hadith riwayat al-Tirmizi

Page 48: panduan jenazah

48

4.Makruh memakai kasut apabila memasuki tanah perkuburan orang Islam. Berdasarkan hadith dari Basyir bin al-Khasasiyyah katanya : Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah melihat seorang lelaki berjalan dengan berkasut di antara kubur-kubur lalu baginda bersabda : Wahai pemilik dua kasut, tanggalkan kedua kasutmu itu.161 Penutup Demikian serba ringkas beberapa persoalan yang dirasakan penting untuk disentuh di dalam Risalah Pengurusan Jenazah kali ini. Mudah-mudahan ianya dapat membantu menjelaskan tatacara pengurusan jenazah berdasarkan hadith-hadith Nabi s.a.w dan keterangan-keterangan para ulama.

وصلىmهللاmعلىmنبناmمحمدmوعلىmآلهmوصحبهmوسل Rujukan : al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ,أحكامmالجنائزmوبدعها .1مmالجنائزmوmأحكامmالمقابرmمنmم قعmاإلسالمmسؤالmوج ابmبالمشرفmالعا .2 الشخmمحمدmصالحmالمنجد .Abd al-‘Azim bin Badawiyy‘ .ال جزmفيmفقهmالسن mوالكتابmالعزيز .3Dar Ibn Hazm.

4. Fatwa dari lamanweb Islamweb.net. Musyrif Dr. Abdullah al-Fakih

161

Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad dan al-Hakim.