Panduan ke NUH Makanan untuk Jantung … · Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan...

2
Drop off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C Linkway @ Level 4 Maklumat di dalam risalah ini hanya sebagai panduan dan bukan untuk menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat pada masa cetak (Dis 2016) dan tertakluk kepada semakan tanpa notis. Lokasi Muat turun Pembaca QR PERCUMA pada telefon pintar anda dan imbas kod QR. Kod QR akan dinyahkod dengan serta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/ NUHCS Resipi-resipi disediakan oleh Jabatan Dietetik STEP 01 STEP 02 Fund The Fund The Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Inilah sebabnya mengapa sokongan yang kami terima adalah sangat penting. Sumbangan anda membantu kami meneruskan perjuangan untuk setiap denyutan jantung! Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html Tips untuk mengurangkan pengambilan lemak dan garam (Jadual 1) Pilih ikan, daging tanpa lemak dan ayam segar tanpa lemak dan kulit. Pilih minyak tidak tepu seperti kanola, zaitun, kacang soya dan bunga matahari. Pilih produk tenusu tanpa atau rendah lemak. Pilih cara masakan yang rendah lemak seperti kukus, rebus, tumis dan sebagainya. Gunakan rempah-ratus untuk memberi rasa pada masakan. Elakkan makanan yang terproses dan yang diawet. ** Sila maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat pemakanan secara individu daripada dietitian kami. Makanan untuk Jantung yang Sihat Foods for a Healthy Heart Imbas kod QR Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS Hospital Universiti Nasional 5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074 Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg Maklumat Untuk Dihubungi Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura 1 Bangunan Utama NUH Masa Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) Tutup pada hujung minggu & hari cuti umum Laman web: www.nuhcs.com.sg Panduan ke NUH Stesen MRT Kent Ridge Circle Line Penumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen tersebut mempunyai tiga pintu masuk dan keluar. Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura. Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1. Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH. MALAY 中文 ENGLISH Terdapat dalam bahasa:

Transcript of Panduan ke NUH Makanan untuk Jantung … · Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan...

Page 1: Panduan ke NUH Makanan untuk Jantung … · Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan dua hidangan sayur-sayuran dalam sehari untuk membantu ... Hias dengan daun bawang

Drop off only

Bus Stop

Carpark

Taxi Stand / Drop off

Kent Ridge MRT Station @ Level 1

A

Linkway @ Level 1Via MRT station(Exit A)

B

Linkway @ Level 1

C

Linkway @ Level 4

Maklumat di dalam risalah ini hanya sebagai panduan dan bukan untuk menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat pada masa cetak (Dis 2016) dan tertakluk kepada semakan tanpa notis.

Lokasi

Muat turun PembacaQR PERCUMA padatelefon pintar andadan imbas kod QR.

Kod QR akan dinyahkod denganserta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/NUHCS

Resipi-resipi disediakan oleh Jabatan DietetikSTEP

01STEP

02

Fund

The

Fund

The

Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Inilah sebabnya mengapa sokongan yang kami terima adalah sangat penting.

Sumbangan anda membantu kami meneruskan perjuangan untuk setiap denyutan jantung!

Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html

Tips untuk mengurangkan pengambilan lemak dan garam (Jadual 1)

Pilih ikan, daging tanpa lemak dan ayam segar tanpa lemak dan kulit.

Pilih minyak tidak tepu seperti kanola, zaitun, kacang soya dan bunga matahari.

Pilih produk tenusu tanpa atau rendah lemak.

Pilih cara masakan yang rendah lemak seperti kukus, rebus, tumis dan sebagainya.

Gunakan rempah-ratus untuk memberi rasa pada masakan.

Elakkan makanan yang terproses dan yang diawet.

** Sila maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat pemakanan secara individu daripada dietitian kami.

Makanan untuk Jantung yang SihatFoods for a Healthy Heart

Imbas kod QR

Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS

Hospital Universiti Nasional5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg

Maklumat Untuk DihubungiPusat Jantung Universiti Nasional, Singapura1 Bangunan Utama NUHMasa Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)Tutup pada hujung minggu & hari cuti umumLaman web: www.nuhcs.com.sg

Panduan ke NUHStesen MRT Kent Ridge Circle LinePenumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen tersebut mempunyai tiga pintu masuk dan keluar.Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura.Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1.Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH.

MALAY中文ENGLISHTerdapat dalam bahasa:

Page 2: Panduan ke NUH Makanan untuk Jantung … · Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan dua hidangan sayur-sayuran dalam sehari untuk membantu ... Hias dengan daun bawang

Kesederhanaan ialah kunci kepada amalan memakan makanan yang sihat. Umumnya, diet yang rendah lemak, garam dan tinggi serat ialah panduan yang baik. Namun, jangan hanya makan untuk jantung anda sahaja. Anda perlu makan untuk badan yang sihat untuk mengurangkan risiko penyakit yang lain.

Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan duahidangan sayur-sayuran dalam sehari untuk membantumengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Berapa banyak buah-buahan dan sayur-sayuranyang perlu saya makan?

Jika saya mempunyai paras kolesterol yangtinggi, apakah yang boleh saya makan?

Jika anda cuba mengawal paras kolesterol darah, elakkan makanlemak tepu yang terdapat di dalam daging berlemak, kek, biskutdan produk tenusu penuh krim seperti mentega dan susu. Minyaksawit yang digunakan oleh kebanyakan penjaja makanan jugamengandungi lemak tepu yang tinggi.

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi termasuklah oat, produk bijirin penuh, beras perang dan kekacang.

EAT 2 FRUITS + 2 VEGGIESEVERY DAY FOR GOOD HEALTH!

Jika menggunakan ikan, perap ikan dengan wain/mirin, 1 sudu kecil kicap dan minyak bijan. Ketepikan.

Tambahkan beras, kacang merah, keledek dan lobak merah ke dalam air rebusan. Biarkan sehingga didih. Kecilkan api dan biarkan mereneh, ditutup separuh, sehingga bubur dan sayur-sayuran menjadi lembut.

Masukkan daging / daging vegetarian, halia dan baki sayur-sayuran dan semua rencah. Reneh perlahan selama 15 hingga 20 minit lagi.

Hias dengan daun bawang dan parsli.

Nota: Pastikan api di tahap terendah, dandisarankan untuk kacau sekali-sekala untuk mengelakkan hangus.

1

2

3

4

Untuk ‘perap secara panas’ - Masukkan ayam, pes bawang putih / halia, tomato, 1 tangkai daun kari,1 biji bawang dan 2-3 sudu besar serbuk kari ke dalam periuk saiz sederhana. Tambahkan ½ mangkuk air dan reneh dengan api yang rendah. Kacau sekali-sekala, pastikan masih ada sedikit air di dalam periuk. Teruskan mereneh selama 30-40 minit.

Di dalam periuk yang berasingan, rebus kentang bersama kulit sehingga masak. Buang kulitnya dan potong kepada ketulan besar.

Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk, tumis daun kari dengan kayu manis dan baki bawang sehingga harum. Masukkan ayam yang diperap dengan kari dan reneh sehingga 10 minit. Tambahkan sedikit air (1/2 cawan).

Masukkan kentang rebus, susu dan secubit garam. Besarkan api, rebus campuran tersebut dan biarkandireneh selama 30 minit lagi dengan api kecil.

Taburkan sedikit ketumbar untuk hiasan.

1

2

3

4

5

Cara penyediaan

Cara penyediaan

• 1kg ayam (dibuang kulitdan lemak) dipotong

• 2 biji kentang sederhana• 2 biji bawang besar

(dihiris halus)• 2 tangkai daun kari• 2 biji tomato sederhana (dipotong)• Halia 3-4 cm dan bawang putih 4 ulas

(ditumbuk menjadi pes)• 2 ½ cawan susu rendah lemak atau susu soya tanpa gula• 4 cawan air• 2 sudu besar minyak tak tepu• Secubit garam• 1 batang kayu manis• 4-5 sudu besar serbuk kari ayam

*buang kayu manis dan ketumbar. Buang tulang ayam dan puri.

Bahan-bahan

• ¼ cawan beras perangmentah* & ¼ cawanberas putih atau ½ cawanberas sihat

• 3 sudu besar kacang merah,direndam semalaman

• 4 sudu besar oat, cepat masak

• 200g �let ikan / dada ayam (tanpa tulang), dipotong halus (untuk vegetarian: gunakan ikan / ayam / tauhu vegetarian)

• 1 sudu besar wain cina / mirin (pilihan)

• ½ lobak merah, dihiris

• ½ cawan keledek saiz sederhana (Jepun / tempatan),dipotong dadu

• 1 hiris halia • 1 sudu besar kicap

• Secubit lada putih • ½ sudu besar minyak bijan

• 1 cawan kubis, dipotong halus

• 1 sudu besar ikan bilis, direndam selama 10 minit dan dibilas^

* Perlu direndam di dalam air panas selama 1 jam. Boleh gunakan beras perang pendek untuk bubur yang lebih berkanji.

^ Jika anda tidak menggunakan ikan bilis, anda boleh menggunakan air rebusan ikan yang dibuat sendiri.

Bahan-bahan

Kari AyamHidangan untuk4 orang

Bubur Lapan KhazanahHidangan untuk2 orang