Panduan Keselematan Dan Kesihatan Organisasi
-
Upload
barcelona7008 -
Category
Documents
-
view
249 -
download
3
Transcript of Panduan Keselematan Dan Kesihatan Organisasi
1.0 PENGENALAN
Menurut Zafir et al. (2002), aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam
sesebuah firma adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan oleh majikan kerana ia
dapat mengurangkan kos perkhidmatan klinik panel, rawatan selepas kemalangan,
mengurangkan risiko tuntutan undang-undang serta memotivasikan pekerja sehingga
meningkatkan tahap produktiviti firma atau syarikat. Ini bermakna pekerja yang
merupakan input berubah yang penting dalam proses pengeluaran. Justeru, pekerja
perlulah diberikan perhatian yang paling penting dari segi aspek keselamatan dan
kesihatan agar mereka dapat bekerja dalam situasi yang selamat dan aman bagi
meningkatkan kepuasan atau utility dalam menjalankan tugasan harian mereka.
Kesan daripada tindakan tersebut, firma akan dapat mengurangkan masalah
pusingganti (rotation) buruh yang tinggi (Janet, 1997). Melalui hasil kajian-kajian
lepas, kepentingan OSH telah dibuktikan dan melonjakkan output dalam sector
ekonomi. Maka dengan itu, kerajaan telah mengubal dan menguatkuasakan beberapa
akta yang dapat mengawal serta memberikan panduan kepada majikan-majikan
dalam menyediakan keadaan tempat kerja dan suasana kerja yang selamat dan
teratur.
Bermula pada awal tahun 1913, enakmen yang di panggil sebagai ‘Machinery
Enactmen of 1913’ telah dikuatkuasakan di negeri-negeri bersekutu dan diperluaskan
kepada negeri-negeri lain selepas tahun 1914. Sehingga tahun 1953, aspek
kesihatan pekerja mula ditekankan apabila Ordinan Kejenteraan 1953 diperkenalkan
dimana ordinan ini telah memansuhkan ‘Machinery Enactmen of 1913’ yang terpakai
sebelum ini, dan digantikan kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA) yang
dikuatkuasakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera di bawah Kementerian Buruh pada
masa itu. Selepas itu Akta Petroleum 1984, Environmental Quality Act 1974 (EQA)
dan Akta keselematan dan kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA) pula diperkenalkan
bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja secara bersepadu. ( Buletin
JKKP,1994). Selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
1
diperkenalkan, negara telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada
1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kes
kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes pada tahun 2005,
penurunan sebanyak 60 peratus sejak Akta ini diperkenalkan. Satu perkara tidak dapat
dinafikan ialah aliran penurunan bilangan kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan
berkaitan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dijalankan sejurus selepas akta
itu digubal pada 1994.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Persekitaran tempat kerja yang selamat dan sesuai amat penting dalam sesebuah
organisasi untuk melindungi aspek OSH. Namun begitu, faktor manusia melalui
penggunaan buruh dalam proses pengeluaran pasti akan mewujudkan keadaan yang
sebaliknya. Menurut Yusof et al. (2002) dan Kazutaka et al. (1997) faktor tekanan
kerja atau stress merupakan salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar
kemalangan di tempat kerja. Di mana tekanan ini wujud akibat sukar menyesuaikan
diri dengan penggunaan jentera yang berteknologi tinggi, kurangnya masa rehat akibat
kerja lebih masa atau bekerja mengikut shift , ataupun wujudnya perbezaan budaya
dalam organisasi pengeluaran yang dijalankan oleh syarikat multinasional. Contoh
yang jelas seperti syarikat pengeluar peralatan elektronik yang dibuka oleh pelabur
negara luar yang hanya mementingkan tingkat keluaran yang maksimum untuk
keuntungan yang tinggi. Keadaan ini terbukti apabila Yusof et al. (2002) membuat
kajian ke atas 242 operator pengeluar pengeluaran, yang menunjukkan 51.3 peratus
daripada mereka mengalami tekanan keraja yang sederhana atau tinggi. Selain itu,
sikap pekerja yang tidak mematuhi peraturan atau cuai semasa menjalankan tugas yang
diberikan juga merupakan faktor manusia yang perlu ditekankan (Robbins dan Cenzo,
2001). Masalah ini amat ketara apabila sikap ini dilakukan oleh pekeraja di sector
pembinaan ataupun pertanian.
Untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan atasan organisasi
juga perlu berkerjasama. Seperti yang dikaji oleh Fadzli et al. (2002), factor majikan
2
dan penyelia juga merupakan penyumbang kepada keadaan persekitaran kerja yang
tidak selamat serta kurang sesuai. Misalnya, majikan yang kurang mementingkan
aspek keselamatan serta mengabaikan faktor rekabentuk ergonomik atau susun atur
peralatan pejabat atau jentera, pasti akan menimbulkan masalah atau kemalangan yang
tinggi sekiranya berlaku kebakaran ataupun perkara yang tidak diingini terjadi. Malah
terdapat juga majikan yang kurang mementingkan kebajikan pekerja sehingga tahap
kepuasan pekerja untuk menjalankan tugas adalah rendah. Di mana kebajikan pekerja
seperti cuti rehat yang cukup, keadaan kantin yang bersih, program riadah seperti
pertandingan sukan antara jabatan, serta mewujudkan program kesihatan seperti yang
dicadangkan oleh Janet (1997), akan memberi kesan positif kepada penurunan kadar
kemalangan, di samping dapat menaikkan imej syarikat atau nilai muhibah kepada
bakal pekerja lain ataupun pelabur. Malah menurut Zafir et al. (2002), dan Janet
(1997), pelaburan dalam aspek OSH ini akan dapat mengurangkan kos pengeluaran
atau firma dalam jangka masa panjang.
Sejak 12 tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan,
negara Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada 1994,
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kemalangan
industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes (2005), penurunan sebanyak 60
peratus. Satu perkara tidak dapat dinafikan ialah aliran penurunan bilangan
kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan berkaitan KKP dijalankan selepas akta itu
digubal pada 1994. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata,
di samping Minggu KKP, negara juga menyambut Hari Sedunia bagi Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April setiap tahun bermula 2005 bagi memperingati
nasib mangsa kemalangan industri dan ahli keluarga. “Aktiviti majlis itu tidak terbatas
kepada isu bahaya fizikal di tempat kerja saja, sebaliknya memberi penekanan kepada
bahaya psikososial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol dengan lima Seminar
Pencegahan Dadah di tempat kerja dianjurkan dengan kerjasama JKKP tahun lalu”
kata Dr Fong. Selain itu, beberapa siri lawatan luar negara dilaksanakan majlis itu
untuk menimba pengetahuan dan meluaskan pengalaman terutama dalam pengurusan
pencegahan kemalangan industri di Jepun, Program ‘Back to Work’ di Perancis dan
3
Keselamatan di tapak bina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dr Fong berpuas hati
dengan peranan majlis itu kerana kerjasama dan komitmen yang baik di kalangan tiga
agensi penting di bawah kementerian di dalam aspek KKP iaitu JKKP, Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Perkeso. (Berita Harian,
02 March 2006 ).
Kajian semula Pernyataan Polisi Telekom Malaysia (TM bhd) menggariskan
komitmen Kumpulan terhadap OSHE di samping mematuhi undang-undang serta
syarat-syarat Standard Organisasi Antarabangsa (ISO). Polisi yang disemak semula
telah diperakui oleh Jawatankuasa Pengurusan OSHE Syarikat. Ia mengukuhkan
komitmen TM dalam bahagian-bahagian berikut:
Untuk mematuhi keperluan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta
alam sekitar yang berkaitan.
Untuk mengambil semua langkahyang wajar dan praktikal
untukmeminimumkan bahaya kesihatandan risiko kecederaan bagi anggota
TM, kontraktor-kontraktor dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan aktiviti-
aktiviti perniagaan TM.
Untuk mengelakkan pencemaran dan kerosakan harta benda TM menerusi
pengekalan sumber asli dan alam sekitar secara aktif.
Untuk mempertingkatkan Sistem Pengurusan OSHE secara berterusan.
Bagi memastikan penguatkuasaan peraturan OSHE yang lebih meluas di tempat-
tempat kerja, struktur urus tadbir OSHE telah disemak semula dalam suku tahun
ketiga 2008, menjadikan Ketua Bahagian Pembangunan Rangkaian (ND) dan Operasi
Rangkaian (NO) bertanggungjawab secara langsung ke atas perkara-perkara yang
berkaitan OSHE. Satu ciri utama struktur OSHE yang baru ialah penubuhan satu
Jawatankuasa ND dan NO OSHE yang mengawasi semua tugas jawatankuasa
kawasan. Seterusnya, sejajar dengan penyusunan semula Pengurusan Modal Insan
Kumpulan (GHCM), fungsi dan tanggungjawab Unit OSHE telah ditetapkan kepada
dua pecahan unit yang utama: Polisi & Prestasi dan Pematuhan & Khidmat Nasihat.
4
dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan adalah lebih stabil. Tangga jenis ini merupakan
yang pertama di Malaysia dan boleh dianggap satu contoh ‘amalan terbaik’ untuk
bekerja di tempat-tempat yang tinggi.
Program latihan keselamatan ditempat tinggi telah dianjurkan bersama Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), dan diperkenalkan pada
akhir 2006.Seramai 400 orang anggota kontraktor menghadirinya pada 2007,dan lebih
daripada 2,400 orang anggota kontraktor memperoleh pasport keselamatan mereka
pada 2008. Program ini merupakan suatu integrasi usahasama di antara Unit OSHE,
Bahagian Perolehan Kumpulandan Bahagian-Bahagian Operasi untuk
menguatkuasakan keperluan OSHE yang baru dalam kontrak-kontrak. TM
menjangkakan penyertaan 100.0% daripada Kontraktor Jadual Kadar Harga (JKH)
dan Mini JKH pada suku pertama 2009, sebelum program ini berkuat kuasa
sepenuhnya pada bulan April 2009. Merujuk kepada risiko berkaitan dengan kerja di
tempat tinggi,Jawatankuasa Pengurusan OSHE TM bersetuju mewajibkan satu
program latihan keselamatan kepada semua yang bekerja di tiang atau tangga.
Program latihan ini akan diteruskan hingga 2009 bagi memenuhi keperluan anggota
yang masih belum memanfaatkannya. Seramai 464 Pegawai Penyelia (SO) daripada
Bahagian Pembangunan Rangkaian seluruh negara telah menghadiri latihan untuk
meningkatkan pengetahuan dan keupayaan mereka untuk memulakan langkah-
langkah proaktif dan memantau pematuhan terhadap keperluan OSH oleh kontraktor
dan anggota mereka ketika bekerja di lokasi-lokasi TM. Program latihan ini
memenuhi keperluan pematuhan peruntukan OSHA 1994. (Sumber:Laporan
Tahunan OSH TM Bhd, 2008)
5
Rajah 2.1 : Statistik kemalangan kerja Tanpa Hilang Upaya Kekal (THUK)
Rajah 2.2 : Statistik kemalangan kerja Hilang Upaya Kekal (HUK)
Sumber : Lawan Web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2011
6
3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PENUBUHAN UNIT
KESELAMATAN DAN KESIHATAN ( OSHA )
TM UNIFI SDN BHD ditubuhkan pada Januari 2011 dan merupakan salah satu
Syarikat yang berkaitan Telekomunikasi yang berkait rapat dengan Syarikat
Komunikasi gergasi di Malaysia iaitu TM Berhad. Tujuan penubuhan syarikat ini
adalah untuk menyediakan satu system komunikasi canggih yang menggunakan
teknologi Jalur Lebar berkelajuaan Tinggi atau Highspeed Broadband (HSBB).
UniFi bermaksud Uni (kesatuan/perpaduan) dan Fi (fiber optic). Dengan kelajuan
antara 5Mbps ke 20Mbps. Penggunaan Fiber digunapakai dan merupakan teknologi
yang sangat popular untuk Local Area Network (LAN). Selain itu, syarikat telefon
kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Di masa depan,
hampir semua komunikasi akan menggunakan fiber optic. Oleh kerana penyediaan
perkhidmatan ini juga tidak terkecuali daripadan risiko hazad dan kemalangan
semasa bekerja, satu unit keselamatan dan kesihatan telah ditubuhkan bertujuan
untuk mengelakkan,mengurangkan dan mengenalpasti punca-punca penyakit
perkerjaan dan langkah-langkah pencegahannya serta kesan positif yang bakal
diperolehi hasil daripada keberkesanan penubuhan unit ini. Didalam syarikat
terdapat beberapa persekitaran kerja yang mana setiap satunya berbeza standard of
prosedur (SOP),penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE), dan langkah-langkah
pencegahannya.Unit-unit tersebut dibahagikan kepada dua unit iaitu Network
Operation Centre (NOC) dan Operation and Mantainance (OMT). Unit NOC
terdedah kepada persekitaran dalam pejabat manakala unit OMT pula terdedah
kepada persekitaran luar pejabat seperti kerja-kerja pemasangan peralatan di
persekitaran tempat tinggi, didalam lurang, di bahu jalanraya dan premis pelanggan.
Dengan menggunapakai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) 1994
(Akta 514), diharap dapat menyediaakan persekitaran dan tatakerja yang selamat dan
selesa kepada pekerja-pekerja. Justeru itu, unit OSHA disyarikat ini akan
merangka,menyediakan dan memastikan setiap SOP dan perlaksanaannya
7
diaplikasikan dan dipatuhi oleh setiap pengurus,ketua unit dan pekerja-pekerja bagi
mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.
3.1 CARTA ORGANISASI UNIT OSHA TM UNIFI
Rajah 3.1 : Carta Organisasi Unit OSH TM Unifi Sdn Bhd
3.2 PENYATA DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI
3.2.1 Dasar
TM UNIFI SDN BHD bertekad untuk mempertingkatkan prestasi keselamatan dan
kesihatan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan secara teratur dan penuh
tanggungjawab. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan semua aktiviti, khidmat
dan produk yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada para
pekerja, pelanggan, orang awam dan sesiapa jua yabg berurusan dengan syarikat.
Kami percaya bahawa system pengurusan kerja yang baik perlu disepadukan dengan
prinsip keselamatan dan kesihatan serta diberi keutamaan yang sewajarnya. Pihak
pengurusan, penyelia, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan serta semua pekerja
8
Managing Director
Manager
Assistant Manager
Safety & Health Officer (secretary)
Assistant Manager
Assistant Manager
akan bersama-sama berusaha untuk mencapai objektif dan misi syarikat melalui
pendekatan yang digariskan oleh syarikat.
3.2.2 Tanggungjawab Pihak Pengurusan
a) Kewajipan menyediakan Polisi OSH (OSH 94 Act 514 Bah. IV : Seksyen16)
i. Menyediakan dasar yg bertulis.
ii. Semakan dari masa ke semasa dasar bertulis.
iii. Mengadakan susunatur dan perkiraan di dalam melaksanakan
dasar tersebut.
iv. Memaklumkan kepada pekerja Kewajipan terhadap orang lain
selain dari pekerja mereka (Bah. IV : Seksyen17)Memastikan
setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya
dari tempat kerja
i. Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja
b) Bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan
memperuntukan sumber yang mencukupi bagi mencapai objektif tersebut
c) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi
bagi setiap kemudahan peralatan dan system berserta dengan kebajikan dan
kemudahan pertolongan cemas
d) Memberi latihan dan bimbingan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan
e) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan ( PPE) yang mencukupi
f) Mematuhi semua perundangan dan peraturan Negara serta mempraktikan
amalan keselamatan yang terbaik
9
g) Memastikan setiap aktiviti dan lokasi kerja dibawah pengawasan masing-
masing selamat daripada risiko keselematan dan kesihatan
h) Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pihak pengurusan dan pekerja
i) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan
keselamatan dan kesihatan syarikat
j) Mewujudkan dan mengemaskini prosuder kecemasan selaras dengan
keperluan perundangan dan komuniti setempat
3.2.3 Tanggungjawab pekerja
a) Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri
sendiri, rakan sekerja, syarikat dan masyarakat
b) Mematuhi sebarang peraturan keselamatan dan kesihatan yang dibuat oleh
pihak pengurusan
c) Memakai peralatan perlindungan diri ( PPE) yg dibekalkan oleh majikan
d) Berkerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan
kesihatan
3.2.4 Polisi dan Misi unit keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
10
TM UNIFI SDN BHD
SAFETY AND HEALTH POLICY
TM UNIFI SDN BHD Safety and Health Policy explicitly demonstrates our
commitment and intension towards complying to the safety and health
regulation such as the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA),
Factories and Machineries Act 1967 (FMA), Environmental Quality Act 1974
(EQA) and other applicable statutory obligations by local authorities,
government department and agencies.
The Safety and Health Policy outline our responsibilities in ensuring the
safety, health and welfare management of employees, subcontractors and the
general public is given appropriate attention. It also acts as a general guideline
for creating, developing and implementing suitable safety program in the
workplace.
“SAFETY CULTURE STARTS WITH YOU”
MANAGING DIRECTOR,
………………………………….
Mohamad Sharmizi Bin Ab Razak
DATE : 02 Januari 2011
Misi – Untuk melatih,memantau, dan member khidmat nasihat serta membimbing
pihak pengurusan dan pekerja-pekerja dalam meningkatkan kesedaran keselamatan
dan kesihatan agar dapat memujuk budaya kerja yang selamat berpandukan Akta
OSHA’94 (Act 514) dan garis panduaan daripada syarikat.
3.3 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 1994 ( OSHA 94)
11
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan
bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di
tempat kerja.Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan
tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko.Akta ini
menyediakan proses perundingan pada peringkat dasar dengan penubuhan Majlis
Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Proses perundingan juga
merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh majikan dan
wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Akta ini
mengandungi 67 seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan dilampirkan
dengan tiga jadual.Tiga bahagian yang pertama menyatakan tujuan Akta dan
menyediakan infrastruktur untuk perlantikan para pegawai dan Majlis Negara.Intipati
Akta ini adalah peruntukan dalam bahagian IV hingga VI.Bahagian ini menyediakan
kewajipan am mereka yang mewujudkan risiko contohnya majikan, orang yang
bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pembekal dan lain-lain dan mereka yang
bekerja dengan risiko iaitu para pekerja.Bagaimana Akta ini dilaksanakan dan
dikuatkuasakan adalah dijelaskan di dalam bahagian lain. Adalah diharapkan akta ini
dapat menyumbang mempromosikan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja di Malaysia.Garis panduan ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyediakan
maklumat yang terperinci dan membantu mereka yang menguatkuasakan Akta ini.Ia
juga berguna kepada mereka yang bekerja ke arah memastikan pematuhan kepada
peruntukan Akta ini.Perkara yang mempunyai kekaburan telah dikenalpasti dan garis
panduan telah diberikan. - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,2006)
3.3.1 Tujuan Akta
a) Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja
12
b) Untuk melindungi orang-orang ditempat kerja (selain daripada orang-orang
yang sedang bekerja) daripada bahaya-bahaya
c) Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang
sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi
d) Untuk mengadakan suatu mekanisma kearah satu sistem perundangan yang
berasaskan kepada peraturan dan tataamalan industri disamping peruntukkan
Akta
3.3.2 Kewajipan am majikan (Sek 15,16,17)
a) mengadakan program senggaraan pencegahan dan prosuder
selamat terhadap penggunaan loji dan bahan
b) memberikan latihan, pengetahuan dan penjagaan berterusan kepada
pekerja
c) memastikan tempat kerja selamat seperti housekeeping,
pencahayaan dan lain-lain
d) mengadakan program industrial hygiene bagi memastikan
persekitaran kerja sihat cth. Alat pelindung diri (PPE),
permonitoran, ujian LEV dan lain-lain..
e) Membentuk dasar bertulis berkenaan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan
Komitmen oleh majikan
Keselamatan dan kesihatan disepadukan didalam misi,
matlamat dan objektif organisasi
mewujudkan sistem untuk mengurus keselamatan dan kesihatan
13
f) Menjalankan pengusahaan dengan cara yang tidak boleh
menyentuh keselamatan atau kesihatan orang lain
g) Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek
cara pengusahaannyayang boleh menyentuh keselamatan atau
kesihatan orang lain
3.3.3 Kewajipan Am Pekerja
a) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan
dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau
peninggalannya semasa bekerja
b) Memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam
hal berkaitan dengan pematuhan terhadap OSHA 1994
c) Memakai peralatan perlindungan diri ( PPE) yg dibekalkan oleh
majikan
d) Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti
yang dikehendaki di bawah OSHA 1994 dan peraturan-peraturan
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
( JKKP )
Jabatan ini berada dibawah Kementerian Sumber Manusia.Jabatan ini
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan orang orang
yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya –bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan(OSH
1994).Antara fungsi utamanya adalah untuk mencegah Kemalangan Industri dan
Penyakit Pekerjaan dengan objektif mengurangkan kadar Kemalangan Maut sehingga
14
20% , mengurangan kadar Kemalangan yang dilaporkan(maut, huk, thuk) sehingga
20% menambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga100% serta
promosikannya sehingga 200% dan memastikan penambahan jumlah pengamal KKP
kepada 10,000 orang.Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh JKKP ialah Akta
keselematan dan kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA), Akta Petroleum 1984, Akta
Kilang dan Jentera 1967 (FMA)
4.0 PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Elemen utama dalam mencegah dan mempertingkatkan keselamatan terdiri daripada
tiga aspek penting dan perlu perlu dititikberatkan dalam mencegah kemalangan.
a) Mencegah perbuatan yang tidak selamat. cth. Tidak memakai cermin
pelindung semasa mengunakan gerudi
b) Mencegah persekitaran yang tidak selamat. cth. lantai licin.80% daripada
kemalangan disebabkan oleh perbuatan yang tidak selamat manakala 80%
daripada punca kemalangan boleh dicegah oleh pihak pengurusan
c) Kebanyakan kemalangan boleh dielak Jika puncanya dikenalpasti,
kemungkinan kejadian yang sama sukar terjadi dimasa hadapan jika puncanya
dikenalpasti.
4.1 KRITERIA MENCEGAH KEMALANGAN
a) Kerjasama majikan dan pekerja
b) Diterajui oleh Pihak atasan
c) Perlu mengadakan polisi yang jelas dan boleh di laksanakan
d) Kerjasama dari pihak majikan dalam memberi sokongan kewangan dan
tenaga kerja
e) Cara-cara yang bersesuai dengan tempat kerja digunapakai
15
f) Menjadikan unsur keselamatan adalah salah satu prestasi syarikat.
4.1.1 Mengenalpasti Hazad
Hazad adalah sesuatu keadaan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemalangan
dan boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa, kerosakan, kemusnahan
peralatan, kemusnahan persekitaran dan kerosakan barang-barang bernilai.Terdapat
beberapa jenis hazad iaitu:
fizikal : Bising, getaran, Tekanan mrental haba
Kimia : Tumpahan, pembebas wasap
Biologikal : Aedes, Aids, Virus, Bakteria
Kebakaran – Bahan Api
Elektrikl : litr pintas, kebakaran, kejutan elektrik
Mekanikal: Terpotong, guris, calar
Radiasi : UV, Non-lonization
Ergonomik – Pengendalian secara manual
Letupan : Tabung gas
4.1.2 Mengawal risiko hazard
Berikut adalah kaedah untuk mengawal risiko sesuatu hazard
a) Menghapuskan hazard (Eliminate)
b) Menggantikan hazard (Substitute)
c) Kawalan rekabentuk/kejuruteraan (Engineering)
d) Menghadkan dedahan kepada hazard/kawalan pentadbiran (Administrative)
e) Peralatan perlindungan diri.
16
Biologikal Radiasi Toxic Bahaya Mudah Terbakar
Rajah 4.1 : Simbol-simbol Hazard
4.1.3 Penguatkuasaan Keselamatan Am
Berpegang kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan (OSHA) 94 Act 514, Beberapa
garis panduan dan amalan kerja yang wajib diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap
majikan, ketua unit dan pekerja-pekerja bagi mengenalpasti punca dan cara-cara
pencegahan hazad dan bahaya persekitaran agar amalan kerja akan terjamin
keselamatannya dan seterusnya dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan
kemalangan di tempat kerja. Tujuan penguatkuasaan juga adalah bertujuan bagi
mencegah daripada berlakunya kemalangan di TM UNIFI SDN BHD akibat daripada
kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh majikan, ketua unit dan pekerja-pekerja.
4.1.4 Perlaksanaan Keselamatan Am
a) Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di dalam Premis Syarikat
b) Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaaan tidak selamat yang
mana boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada
harta benda.
c) Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul
serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.
d) Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja.
17
e) Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam
kemalangan, laporkandengan segera serta dapatkan bantuan mula.
f) Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh dilakukan
apabilamendapat kebenaran untuk melakukannya.
g) Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya
sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
h) Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja.
i) Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan
sekiranya perlu.
j) Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan Pejabat
k) Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang
Syarikat
l) Rujuk Pegawai khas yang berkenaan bagi mendapatkan arahan, prosedur dan
garis panduan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
m) Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda
berada.
n) Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan di tempat berkenaan.
4.2 PERALATAN PELINDUNGAN DIRI (PPE)
18
Objektif pemakaian peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah untuk melindungi
pekerja dari risiko kemalangan atau kecederaan dengan mengadakan serta
mewujudkan suatu penghadang atau perlindungan daripada bahaya-bahaya ketika di
tempat kerja. Penggunaan peralatan perlindungan diri bukan suatu gantian diri untuk
kaedah kawalan kejuruteraan dan amalan kerja yang paling baik atau berkesan tetapi
ianya perlulah juga digunakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja.
Ia menggariskan keperluan perlindungan untuk mata, muka, kepala, kaki dan tanggan.
Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekal, diguna, dan diselenggarakan
bilamana keperluan dan pengunaannya telah dikenal pasti dapat digunakan untuk
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat aktiviti yang
dijalankan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekalkan kepada pekerja
berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi semasa kerja, seperti
yang digariskan dalam dasar penggunaan peralatan perlindungan diri.
4.2.1 Dasar
Adalah menjadi dasar syarikat untuk menyediakan peralatan perlindungan diri yang
sesuai dan memenuhi piawaian kepada pekerja-pekerja yang menjalankan aktiviti-
aktiviti kerja seperti berkerja di dalam pejabat, bekerja di dalam ruang terkurung
( Confined Space ), bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi, di tepi / atas jalan
raya dan kawasan pembinaan dan sebarang aktiviti kerja yang telah dikenal pasti
memerlukan penggunaan PPE.
4.2.2 Tanggungjawab
a) Majikan (Pihak Pengurusan)
Pihak pengurusan setempat ( line management ) adalah bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap penggunaan dan pemakaian perlindungan diri ( PPE ) para
pekerja di lokasi kerja, ini adalah termasuk :
19
i. Mengenal pasti dan membekalkan PPE yang bersesuaian kepada para pekerja.
ii. Memastikan pekerja telah dilatih tentang cara penggunaan, penjagaan dan
pembersihan PPE.
iii. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pengagihan PPE kepada pekerja
dan latihan yang telah dijalankan.
iv. Majikan hendaklah memastikan pemakaian PPE telah dipatuhi segi
penggunaan dan penjagaan yang betul dengan menjalankan pemeriksaan dan
pemantauan berterusan.
v. Mendapatkan bantuan unit OSH untuk mengenalpasti dan melihat bahaya-
bahaya ( hazards ) di tempat kerja
vi. Memaklumkan kepada unit OSH sekiranya terdapat bahaya baharu atau
sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja.
vii. Memastikan peralatan perlindungan diri yang rosak atau tidak berfungsi
digantikan seberapa segera.
b) Pekerja
i. Pengguna / pemakai peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah
bertanggungjawab terhadap keperluan seperti berikut :
ii. Menggunakan atau memakai PPE seperti yang diperlukan berdasarkan arahan
atau prosedur kerja.
iii. Menghadiri sesi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan.
iv. Menjaga dan menyelenggara PPE sebagai mana diperlukan.
v. Memaklumkan kepada pemyelia tentang keperluan membaiki atau
menggantikan PPE yang rosak.
vi. Membuat penilaian dan mengemaskini tahap keberkesanan penggunaan PPE
secara keseluruhannya.
20
c) Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
i. Unit OSA adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan, khidmat nasihat
dan tunjuk ajar terhadap perlaksanaan peralatan perlindungan diri ( PPE )
dikalangan pekerja. Antaranya adalah:
ii. Menjalankan aktiviti mengenal pasti dan menilai bahaya yang di tempat kerja
bagi menentukan keperluaan penggunaan PPE.
iii. Memyimpan dan mengemaskini rekod-rekod aktiviti penilaian bahaya,
memberi latihan dan bantuan teknikal kepada majikan tentang cara-cara
penggunaan dan penjagaan PPE yang dibekalkan
iv. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada majikan, dari segi pemilihan
dan pembelian PPE.
v. Membuat penilaian semula dari segi kesesuaian dan keberkesanan PPE yang
sedang digunapakai.
4.2.3 Perlindungan Mata Dan Muka serta Perlaksanaannya
a) Setiap pekerja yang berada atau bekerja di lokasi kerja / menjalankan aktiviti
kerja yang telah dikenalpasti mendatangkan bahaya kepada mata, dikehendaki
memakai pelindung mata sebagai langkah pencegahan kecederaan mata.
b) Sebagai langkah perlindungan pekerja, majikan ( ketua, pengurus, penyelia )
berkenaan hendaklah membekal dan menyediakan cermin mata keselamatan
(safety glass) atau goggles yang bersesuaian kepada pekerja.
c) Bagi pekerja yang menggunakan kacamata ( prescription glass ), mereka
hendaklah dibekalkan dengan perlindungan mata yang sesuai iaitu boleh
dipakai bersama kacamata.
21
d) Perlindungan yang sesuai hendaklah digunakan bila masa pekerja terdedah
kepada bahaya seperti objek melayang, percikan besi panas, tumpahan /
percikan asid dan sebagainya.
e) Safety glass atau goggles dan perlindungan muka ( face shield ) hendaklah
digunakan bersama semasa menjalankan aktivi kerja sekiranya terdapat
potensi bahaya percikan / tumpahan asid atau bahan kimia.
4.2.4 Perlindungan Kepala dan Perlaksanaannya
a) Topi keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk
digunakan semasa berada atau bekerja di lokasi kerja / aktiviti yang terlalu
bahaya dikenalpasti terhadapnya terhadap risiko kepada kecederaan kepala
akibat bahaya tertimpa / tercucuk objek yang jatuh.
b) Kecederaan kepala biasanya disebabkan oleh objek yang melayang atau
terjatuh, atau terlanggar sesuatu objek. Topi keselamatan mestilah mampu
menahan / menyerap kesan hentakan atau tekanan akibat tertimpa objek yang
jatuh. Ketahanan bahagian luar topi keselamatan direka / diperbuat sebegitu
rupa supaya mampu menahan hentakan dan bahagian dalam topi terdapat
abah-abah ( harness ) yang akan menahan / menghalang bahagian luar topi
dari terkena kepala pemakai.
Rajah 4.2 : Safety Glasses dan Topi keselamatan
22
4.2.5 Perlindungan Kaki dan Perlaksanaannya
a) Kasut keselamatan adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti kerja
seperti mengendali atau mengangkat objek atau peralatan berat dimana
terhadapnya risiko kepada kecederaan kaki akibat terhempap atau dihentak
oleh objek tersebut. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut (steel-toe cap)
dapat melindungi kaki, terutama jari-jari kaki, dari bahaya hentakan tersebut.
b) Ciri keselamatan di bahagian depan kasut dapat memberi perlindungan kepada
kaki pekerja dari risiko kecederaan akibat bahaya dihempap, digelek oleh
jentera mesin atau objek yang bergerak.
c) Tapak kasut keselamatan yang diperbuat dari getah serta ciri-ciri ketahanan
dari minyak dan haba boleh melindungi kaki, terutamanya tapak kaki, dari
bahaya tergelincir dan lecuran atau lelasan kulit akibat kesan kimia berbahaya.
4.2.6 Perlindungan Tangan dan Perlaksanaannya
a) Kemalangan yang melibatkan kecederaan tangan boleh diklasifikasikan di
dalam empat kategori iaitu luka, lelasan kulit, lecuran dari haba atau
kepanasan dan kesan / bahaya bahan kimia.
b) Sarung tangan perlulah dipakai semasa mengendali atau memegang objek
yang mempunyai bahagian tepi yang kasar dan tajam, objek yang terlalu panas
atau sejuk. Jenis sarung tangan yang perlu diguna pakai untuk aktiviti tersebut
adalah seperti kulit, sarung tangan untuk kegunaan kerja kimpalan, sarung
tangan berpenebat dan sebagainya.
c) Sarung tangan haruslah diganti secara berkala, bergantung kepada kekerapan
penggunaan dan ketahanannya terhadap bahan atau objek yang dikendalikan.
23
4.2.7 Tali Pinggang Keselamatan dan Perlaksanaannya
a) Tali pinggang keselamatan mestilah dipakai ketika bekerja di kawasan atau di
tempat tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang jatuh pada jarak melebihi
10 kaki. Dengan menggunakan tali pinggang dengan betul, penggunaannya
dapat menggurangkan risiko dan mengawal bahaya jatuh.
b) Apabila berkerja di tempat tinggi, tali mestilah dipendekkan seseberapa yang
boleh dan diikat dengan kukuh.
c) Tali keselamatan hendaklah diperiksa sebelum digunakan dan digantikan
sekiranya perlu.
d) Jangan bergantung penuh dengan tali pinggang keselamatan sehingga ianya
telah diperiksa dahulu dengan teliti.
4.2.8 Jaket Pemantulan Cahaya dan Perlaksanaannya
a) Jaket pemantul cahaya adalah jaket yang berfungsi memantul cahaya supaya
ianya lebih jelas dilihat oleh orang awam atau pengguna jalan raya terhadap
pekerja yang sedang bekerja.
b) Pemakaian jaket pemantul cahaya boleh memberi amaran kepada pengguna-
pengguna jalanraya bahawa terdapatnya pekerja sedang berada / bekerja di
jalan raya.
c) Jaket pemantul cahaya hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja atau berada
di kawasan jalan raya di mana terdapat bahaya dilanggar oleh kenderaan
terutamanya di dalam suasana gelap atau malam.
d) Pemakai jaket tersebut boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang
jauh oleh pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan risiko kemalangan
dilanggar oleh kenderaan.
24
4.3 PANDUAN KESELAMATAN DI PEJABAT
Panduan keselamatan bertujuan untuk memudahkan majikan dan pegawai yang
terlibat dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di pejabat dalam
mengenapasti keperluan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan
persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat dan kondusif serta mematuhi Akta
Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) OSHA 1994. Kaedah
panduan adalah dengan mengemukakan persoalan-persoalan dalam perkara-perkara
yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan dan persekitaran pekerjaan di mana
ianya dapat membantu bagaimana pelan tindakan diambil bagi mewujudkan
persekitaran pejabat yang selamat, ceria, bersih dan kondusif.
Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di ”tempat kerja”. Ini merupakan
satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu
dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa
peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan
berterusan. Objektif panduan adalah untuk mengenalpasti bahaya-bahaya di dalam
pejabat yang yang perlu di titikberatkan dan dikawal bagi mengelakkan insiden yang
tidak diingini berlaku. . Setiap pejabat juga perlu menerapkan prinsip 5s iaitu Seiri,
Seiton, Sieso, Seiketsu dan Shitsuke (kekemasan, kebersihan, standard, displin dan
psikologi) organisasi. Dengan ini, pasti akan dapat mengurangkan kadar kemalangan
di tempat kerja kerana tahap persekitaran tempat kerja yang bersih, cara penglabelan
bahan berbahaya yang sistematik serta susun atur peralatan yang kemas dari segi
ergonomik (Mary , 2000).
4.3.1 Panduan Keselamatan Am di pejabat
Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan, perabot,
dawai elektrik dan lain-lain.
a) Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.
25
b) Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV.
c) Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka.
d) Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari,
meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.
Gunakan troli jika perlu.
e) Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.
f) Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.
g) Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.
h) Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya
berlaku kebakaran.
i) Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.
4.3.2 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan pejabat
a) Laluan Selamat
Setiap Majikan, Ketua unit dan pekerja hendaklah Menyediakan laluan selamat di
dalam premis yang diawasi. Memastikan laluan selamat yang dibina boleh digunakan
sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau kecemasan
kebakaran. Memastikan laluan selamat sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-
halangan yang boleh mengganggu lalulintas. Penempatan apa-apa mesin, bahan,
peralatan dan lain-lain barangan di laluan berkerja adalah dilarang sama sekali.
26
b) Ruang Bekerja
Majikan dan Ketua unit hendaklah menyediakan ruang bekerja yang selamat dan
secukupnya di dalam premis yang diawasi dan setiap pekerja hendaklah memastikan
ruang bekerja bebas daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan.
c) Alat pemadam Api
Majikan dan Pegawai OSH adalah bertanggungjawab memastikan semua peralatan
pemadam kebakaran diselenggara dan boleh berfungsi dengan baik dan diletakkan di
tempat yang sepatutnya. Majikan dan pegawai berkenaan hendaklah menandakan
tempat berkumpul semasa kecemasan dan memaparkan pelan evakuasi semasa
kecemasan .Adalah menjadi satu tanggungjawab pihak pengurusan untuk melakukan
latihan kebakaran bersama para pekerja dengan bantuan pihak bomba.
d) Peti Pertolongan Cemas
Pegawai berkenaan atau penolong cemas adalah bertanggungjawab memastikan Peti
Pertolongan Cemas ditempatkan di dalam pejabat.Penolong Cemas hendaklah
memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas sentiasa
mencukupi setiap masa. Setiap majikan,pegawai dan para pekerja hendaklah menjaga
dan tidak menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan
Cemas yang disediakan. Pegawai Penolong Cemas PTJ adalah bertanggungjawab
merancang aktiviti penyelenggaraan kemudahan dan peralatan pertolongan cemas.
Penolong Cemas hendaklah menyelenggara semua kemudahan dan peralatan.
e) Visual Display Units (VDUs)
Penyelidikan yang lama telah dibuat dari segi keselamatan dan kesihatan tentang
kesan penggunaan VDUs kepada para penggunanya. Faktor keletihan anggota badan
bukan disebabkan oleh penggunaan VDUs kerana sinaran atau radiasi yang
dikeluarkan oleh VDUs adalah terlalu kecil dan tidak mendatangkan bahaya kepada
pengguna. Faktor keletihan besar kemungkinan disebabkan oleh cara duduk yang
salah dan etika penggunaan alatan VDUs yang tidak mengikut prosedur yang
disyorkan. Ini boleh dikaitkan dengan aspek ‘Ergonomik’ terhadap reka bentuk
27
kerusi,meja dan peralatan-peralatan yang lain. Oleh itu, parameter ergonomik dan
perlaksanaan yang disyor adalah seperti berikut :
i. Ketinggian kerusi mestilah boleh diubah mengikut kesesuaian pekerja
ii. Posisi papan kekunci hendaklah samarata dengan lengan pengguna
iii. Skrin VDUs hendaklah diletakkan di tengah-tengah dan 90° pada arah
memandang, mata pengguna memandang kebawah sedikit kearah skrin pada
sudut 15°- 20°. Penggunaan kerusi yang boleh berpusing dan diubah
ketinggiannya amat digalakkan untuk pengguna VDUs sepenuh masa
iv. Jarak diantara pengguna dengan skrin adalah sekitar 35cm ke 80cm untuk
mendapatkan jarak pandangan dan cara duduk yang sesuai dan selesa.
Rajah 4.3 : Parameter ergonomic dan prosedur duduk yang betul
v. Elakkan cara duduk dengan keadaan static dan tidak berubah pada tempoh
masa yang lama, duduk dalam keadaan membongkok dan duduk yang tidak
selesa.
28
vi. Berehat seketika 10 saat–30 saat pada masa 30 minit dan lakukan pergerakkan
badan,tangan, kaki dan ‘stretching’. Perbanyakan riadah selepas waktu kerja.
vii. Laporkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada ketua unit dan jika perlu, buat
pemeriksaan dengan doctor di klinik atau hospital
f) Penghawa dingin
Sistem hawa dingin adalah keperluan penting kepada sesebuah pejabat bagi menjamin
keselesaan setiap anggota di dalam perjabat. Kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat
dan mengenalpasti bahaya yang terhasil daripada system ini dan sewaktu proses
penyelenggaraannya. Terdapat empat jenis hazad yang terhasil daripada system hawa
dingin yang perlu diberi perhatian dan panduan tentang pencengahannya iaitu :
i. Bahaya Mekanikal – terdapat banyak bahagian yang bergerak seperti ‘belt’,
‘pully’ dan ‘gear’. Bekalan kuasa perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum
melakukan penyelenggaraan.
ii. Bahaya Elektrikal – pastikan kondiut yang digunakan mempunyai sambungan
dawai bumi bagi mengelakkan insiden litar pintas dan jangan menggunakan
peralalatan yang tidak ditebat secukupnya.
iii. Bahaya Kimia – Gas ‘Refrigerant’ terkandung di dalam system hawa dingin
dan kebocoran silinder boleh melepaskan gas tersebut seterusnya mengakitkan
kecederaan terutamanya mata.Oleh itu, penggunaan ‘safety goggles’ adalah
diwajibkan kepada pekerja penyelenggaraan.
iv. Bahaya Persekitaran – Sistem hawa dingin ‘split unit’ menggunakan ‘outdoor
unit’ untuk dipasang diluar banggunan pejabat. Pekerja penyelenggara yang
terdedah kepada cuaca panas digalakkan untuk memakai peralatan PPE yang
sesuai.
29
g) Peralatan Elektrik
Kemalangan disebabkan oelh peralatan elektrik perlu dielakkan dengan mematuhi
peraturan IEE yang disarankan. Namun langkah-langkah pencegahannya perlu ditekan
bagi mengelakkan insiden litar pintas dan kejutan elektrik daripada terjadi.Panduan
yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan adalah :
i. Pengiraan beban tersambung, kehendak maksima, kebolehan ‘current
carrying’, sust voltan, pemutus litar dan lain-lain perlu dititik beratkan
ii. Rekabentuk pendawaian perlulah mengikut piawaian dan mempunyai system
perlindungan
iii. Menggunakan system pembumian BS 6651: 1985 sebagai panduan dan
memastikan setiap peralatan elektrik mengikut piawaian ini.
4.4 PANDUAN KESELAMATAN DI RUANG TERKURUNG
Kerja-kerja pendawaian atau ‘splicing’ kabel optic kebanyakkannya dilakukan di
dalam lubang sempit dibawah permukaan tanah. Ruang terkurung adalah ruang yang
mempunyai laluan keluar dan masuk yang terhad . Keadaan di dalam ruang berada
pada tekanan atmosfera yang tinggi yang boleh merbahayakan pekerja. Ruang
terkurung adalah seperti lurang (manhole) dan ruang terhad (confined space). Justeru
itu, pihak OSH dan majikan perlu memastikan setiap panduan disediakan dan perlu
dipatuhi oleh setiap pekerja agar kemalangan dan insiden buruk dapat dielakkan.
30
4.4.1 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan di ruang terkurung ( lurang)
a) Kawalan kemasukan ke dalam lurang
Penyelia hendaklah memastikan sekurang-kurangnya tiga orang pekerja yang
mengendalikan tugas tersebut,iaitu dua orang yang bertugas di dalam lurang dan
seorang berada di atas lurang ( stanby person)
b) Peralatan kerja dan keselamatan
i. Penyelia hendaklah memeriksa keadaan dan jenis peralatan yang perlu
dibawa sebelum keluar ke lokasi kerja dengan membuat semakan
(checklist) ke atas peralatan tersebut.
ii. Penyelia perlu memastikan pekerja memakai peralatan perlindungan diri
(PPE) seperti topi,kasut , sarung tangan keselamatan, jaket pemantul cahaya
dan abah-abah (hardness) yang disambung pada tali hidup serta membawa
sekali ‘escape set’ dan ‘gas detector’.
iii. Pemasangan papan tanda amaran, kon keselamatan dan lampu amaran
(blinker/flashing light) yang mencukupi perlu dipantau oleh penyelia agar
berada pada jarak yang ditetapkan berdasarkan arahan pihak berkuasa
tempatan. Jika perlu,arahkan seorang pekerja untuk mengawal lalulintas.
iv. Pengcahayaan yang sesuai dan mencukupi perlu disediakan semasa berkerja
di dalam lurang dan hanya lampu suluh berciri ‘intrinsically safe’ sahaja yang
boleh digunakan
c) Persekitaran Kerja
i. Penyelia perlu memastikan sekiranya ada air di dalam lurang, perlu
dikeringkan terlebih dahulu dengan menggunkan pam air dan air buangan
perlu disalurkan ke tempat yang sesuai.
31
ii. Peralatan seperti ‘blower’ hendaklah dipastikan tidak diletak diluar had
kawasan kerja yang mana boleh menyebabkan gangguan lalulintas
iii. Kekotoran atau sebarang objek disekeliling bingkai lurang perlu dibersihkan
supaya penutup lurang dapat ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan
bahaya kepada orang awam.
iv. Penyelia hendaklah memastikan tiada pekerja yang merokok dan menyalakan
api terbuka yang bukan untuk tujuan kerja serta makan dan minum semasa
berada di dalam lurang.
v. Setelah selesai kerja-kerja di lurang, pastikan pekerja-pekerja membersihkan
diri dengan membasuh kaki dan tangan menggunakan sabun antiseptic bagi
mencegah jangkitan penyakit dan bahaya biologi.
Rajah 4.4 : Peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kerja-kerja di lurang
32
4.5 PANDUAN KESELAMATAN DI TALIAN ATAS
Talian atas adalah tempat kerja yang biasanyan melebihi 10 kaki dan tidak melebihi
30 kaki dimana pekerja pada biasanya memerlukan bantuan seperti tangga atau ‘sky-
lift’ . Pemantauan keselamatan yang tidak mengikut garis panduan yang betul boleh
mengakibatkan perkerja jatuh dan tercedera. Merujuk kepada risiko berkaitan dengan
kerja di tempat tinggi,pihak pengurusan syarikat bersetuju mewajibkan satu program
latihan keselamatan kepada semua yang bekerja di tiang atau tangga. Untuk
memastikan tahap keselamatan yang lebih baik dan meminimumkan kecederaan,
tangga-tangga aluminium mudah alih baru dengan ciri-ciri keselamatan tambahan
yang menepati standard BS 2037:1994 telah diperkenalkan untuk kegunaan pekerja.
Penggunaan peralatan pelindungan diri juga akan diberi perhatian dan pemantauan
yang sewajarnya.
4.5.1 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan di talian atas
a) Kawalan keselamatan kerja-kerja berhampiran jalan raya
i. Pemasangan papan tanda amaran, kon keselamatan dan lampu amaran
(blinker/flashing light) yang mencukupi perlu dipantau oleh penyelia agar
berada pada jarak yang ditetapkan.
ii. Jarak yang selamat adalah tidak kurang daripada 2 kali ganda jarak memberek
bagi kenderaan yang memandu pada kelajuaan maksimum untuk had laju
dikawasan itu. Bagi jalanraya utama,papan tanda amaran hendaklah
dipastikan oleh penyelia bertugas diletakkan pada jarak 50 – 150 meter dari
kawasan kerja. Pita amaran hendaklah dipasang mengelilingi kawasan kerja
atau dimana terdapat pekerja
iii. Penyelia perlu memantau jika kaki tangga perlu diletakkan pada jalan raya,
kenderaan syarikat dan tanda amaran perlu diletakkan di antara arah
‘oncoming traffic’ dan tangga sebagai penghadang berserta peralatan lain
33
seperti kon keselamatan dan lampu amaran.
b) Keselamatan kerja penanaman tiang
i. Penyelia perlu menguji dan memastikan keseimbangan tiang yang ditanam.
ii. Gunakan tali yang diikat di atas tiang dan tarik tali di tiga penjuru dengan
jarak 120° antara tali ke tali yang lain. Pekerja perlu memastikan tiang
seimbang dan selamat dikendalikan.
iii. Pastikan tiang ditanam pada jarak sekurang-kurangnya 3 kaki ke bawah
(backfilling) dan tali dilepaskan selepas tiang telah dipastikan benar-benar
seimbang dan kukuh.
iv. Penyelia perlu melakukan ujian ketahanan tiang dengan menguji pangkal tiang
tidak berlubang dan rosak bagi mengelakkan tiang patah. Pastikan juga tiang
tidak berada pada keadaan condong. Selepas ujian dibuat, baru boleh
dilakukan kerja-kerja pengambusan tanah.
v. Bagi tiang yang sedia ada, ujian tolak (push test) perlu dilakukan dengan
menyandarkankan tangga kebahagian tiang. Selepas dipastikan tiang selamat,
barulah pekerja dibenarkan untuk naik ke atas dan melakukan kerja-kerja di
talian atas.
c) Keselamatan kerja diatas tiang
i. Tangga hendaklah diperiksa oleh penyelia terlebih dahulu untuk memastikan
bahawa tangga adalah selamat digunakan dan jenis tangga adalah mengikut
piawaian akta keselamatan yang disyorkan
ii. Penyelia perlu memastikan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk
bekerja diatas tangga pada satu-satu masa.
34
iii. Kaki tangga hendaklah dipastikan oleh pekerja diletakkan di kawasan rata dan
kuat serta perlu meletakkan bahagian atasnya pada tempat yang kukuh. Adalah
penting untuk memastikan tangga tidak mudah menggelongsor.
iv. Penyelia perlu memastikan pekerja memakai peralatan pelindungan diri yang
lengkap seperti topi keselamatan,sarung tangan,jaket keselamatan dan tali
pinggang keselamatan yang sentiasa diikat pada tiang.
v. Bagi kerja atas tiang yang lama, adalah digalakkan untuk menggunakan ‘sky
lift’ kerana ia lebih selamat berbanding tangga disebabkan keadaan yang lama
diatas tiang akan menyebabkan kepenatan dan ketidakselesaan pada pekerja.
Rajah 4.5 : Perkerja di talian atas
35
5.0 KESIMPULAN
Selain daripada penguatkuasaan OSHA 1994 oleh pihak JKKP, pihak majikan serta
pekerja juga perlu memainkan peranan secara kolektif. Di mana pelbagai program atau
pendekatan yang boleh diterapkan oleh pihak pengurusan untuk mewujudkan
kumpulan masyarakat yang peka dengan elemen OSH serta bebas daripada bencana
atau kemalangan maut yang terlalu tinggi. Manakala Azlah et.al (2002) pula
mementingkan keberkesanan penyeliaan di tempa kerja. Ini kerana penyelia
merupakan pekerja yang berpengalaman dan perlu memberi tunjuk ajar tentang
prosedur bekerja yang sewajarnya. Penerapan prinsip 5s iaitu Seiri, Seiton, Sieso,
Seiketsu dan Shitsuke perlulah diberi galakan oleh pihak pengurusan seperti
penglabelan bahan berbahaya yang sistematik dan susun atur peralatan yang kemas
dari segi ergonomik (Mary , 2000), pasti dapat meningkatkan lagi keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.Hasil daripada pemantauan penuh, perlaksanaan dan
kesedaran dari setiap majikan, ketua-ketua unit, penyelia dan para pekerja, pasti akan
memberikan banyak kesan yabg positif kepada keselamatan dan kesihatan diri sendiri
seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti syarikat. Pelbagai usaha
boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Sikap produktif
terhadap pemantauan dan penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan perlu
dilakukan oleh pihak pengurusan dengan menyediakan panduan dan mencadangkan
satu pendekatan yang boleh membantu dalam usaha-usaha efektif yang bertujuan
untuk mengurangkan kadar kematian dan kemalangan di tempat kerja dan syarikat.
Hasilnya, kebaikan yang diperolehi daripada panduan dan perlaksanaan melalui garis
panduan keselamatan dan kesihatan syarikat amatlah menguntungkan kerana dapat
menghasilkan persekitaran kerja yang selamat,selesa dan dihindari dari insiden-
insiden yang tidak diingini.
36
RUJUKAN
Abdul Rahman Talib. 2003. Garispanduan Sistem Pengurusan Keselamatan dan keshitan Pekerjaan (OSH-S/ILO-OSH 2001). Majlis Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,UKM
Zafir Mohamed dan Fazilah Mohamad. 2003. The Occupational Safety and Health Issues In Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Kazutaka Kogi and Tsuyoshi Kawakami. 1997.Psychosocial Issues. Environmental Management and Health: MCB University Press.
Mary O’hEocha. 2006.A Study of Influence of Company Culture, Communications and Employee Attitudes on The Use of 5Ss For Environmental Management at Cooke Brother Ltd, Vol. 12 No. 5: MCB University Press
Laporan tahunan 2008, Keselamatn,kesihatan pekerja dan alam sekitar (OSHE), 184-195, TM Berhad.
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja .2002. Manual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja. Edisi Pertama: Julai 2002, MKKP 01-22. TM Berhad
M.Mansur, A. Mokhtar, dan Z. Abdul Karim 2006. Penguatkuasaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 Di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
A.Md Ali, R.Thuaibah, dan R.Syaharizatul. 2007.Penyeliaan Efektik DalamKeselamatan dan Kesihatan Pekerja Industri. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
OSHA 1998. Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) and Regulations = Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-peraturan as 1st January 1998.Legal Research Board. Kuala Lumpur, International Law Book.
NIOSH 1994. Guidelines for Public Safety at Construction Sites. National Institute of Occupational Safety and Heath Malaysia. Kuala Lumpur
Whitelaw, J .2001. Safety:What do You Think?, New Civil Engineer,January, 22-24.
Hinze, J. and Wiegand, F. 2009. Role of designers in construction worker safety. Journal of Construction Engineering and Management. ASCE, 118(4), 677-684.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia. 2011. Statistik Jabatan: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor.
37
.