panduan konvo 2009 - UniMAP...

29
1 PANDUAN KONVOKESYEN SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah terdapat dalam sampul surat yang graduan terima: 1. Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen Ke-4 2. Buku Panduan Konvokesyen 3. Slip Bayaran Masuk Bank Muamalat Malaysia Berhad 4. Kad Jemputan SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN ISTIADAT INI DENGAN SEBAIKNYA. ISTIADAT KONVOKESYEN Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan Istiadat Konvokesyen buat kali keempat. Istiadat Konvokesyen adalah satu Istiadat yang sangat bererti kepada para graduan. Dengan sebab itulah pihak UniMAP amat berharap agar graduan dapat bekerjasama sepenuhnya demi kelancaran perjalanan Istiadat. Berikut adalah maklumat penting mengenai Istiadat berkenaan yang mesti diambil ingatan oleh graduan. Tarikh Aktiviti Tempat Masa Pakaian 13 Ogos 2009 Raptai dan Taklimat Bersama Graduan Dewan 2020, Kangar 8.45 malam Pakaian kemas 15 Ogos 2009 Istiadat Konvokesyen Ke-4 Dewan 2020, Kangar Sidang Pertama (pagi) 8.00 pagi – 12.30 tghari Sila rujuk m/s 14 15 Ogos 2009 Istiadat Konvokesyen Ke-4 Dewan 2020, Kangar Sidang Kedua (petang) 2.30 ptg – 5.30 ptg Sila rujuk m/s 14

Transcript of panduan konvo 2009 - UniMAP...

1

PANDUAN KONVOKESYEN

SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah terdapat dalam sampul surat yang graduan terima:

1. Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen Ke-4 2. Buku Panduan Konvokesyen 3. Slip Bayaran Masuk Bank Muamalat Malaysia Berhad 4. Kad Jemputan

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU

GRADUAN MENJAYAKAN ISTIADAT INI DENGAN SEBAIKNYA.

ISTIADAT KONVOKESYEN

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan Istiadat Konvokesyen buat kali keempat. Istiadat Konvokesyen adalah satu Istiadat yang sangat bererti kepada para graduan. Dengan sebab itulah pihak UniMAP amat berharap agar graduan dapat bekerjasama sepenuhnya demi kelancaran perjalanan Istiadat. Berikut adalah maklumat penting mengenai Istiadat berkenaan yang mesti diambil ingatan oleh graduan.

Tarikh Aktiviti Tempat Masa Pakaian

13 Ogos 2009 Raptai dan Taklimat Bersama Graduan

Dewan 2020, Kangar

8.45 malam Pakaian kemas

15 Ogos 2009 Istiadat Konvokesyen

Ke-4

Dewan 2020, Kangar

Sidang Pertama (pagi)

8.00 pagi – 12.30 tghari

Sila rujuk m/s 14

15 Ogos 2009 Istiadat Konvokesyen

Ke-4

Dewan 2020, Kangar

Sidang Kedua (petang)

2.30 ptg – 5.30 ptg

Sila rujuk m/s 14

2

SIDANG PENGURNIAAN IJAZAH Sidang Pertama (pagi) - 8.00 pagi – 12.30 tengahari Bil. Peringkat Program 1. Doktor Falsafah Ijazah Doktor Falsafah

Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Bahan) Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar) Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Mikroelektronik) Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer)

2. Sarjana

Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekatronik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bahan) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Metalurgi) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekatronik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekanikal) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan)

3. Sarjana Muda

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)

Sidang Kedua (petang) – 2.30 petang – 5.30 petang Bil. Peringkat Program 1.

Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Mikroelektronik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Elektronik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Komputer) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Perhubungan) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Sistem Elektrik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Elektronik Industri) 2. Diploma Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi)

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik) Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan) Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik) Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)

3

KEHADIRAN PADA HARI RAPTAI

Graduan dikehendaki melapor diri pada 13 Ogos 2009 mulai 8.45 malam di Dewan 2020, Kangar dan mengikuti raptai sehingga selesai.

Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Raptai dan Taklimat Konvokesyen daripada menyertai Istiadat Konvokesyen Ke-4.

KEHADIRAN PADA HARI KONVOKESYEN

Sidang Pertama (pagi)

Graduan dikehendaki hadir dan melaporkan diri kepada pegawai

bertugas (marsyal graduan) mengikut program pengajian masing-masing pada 15 Ogos 2009 mulai 7.30 pagi di Khemah Graduan di sebelah kanan perkarangan Dewan 2020, Kangar, Perlis. Perarakan graduan masuk ke dewan akan bermula pada jam 8.00 pagi.

Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang

ditetapkan. Graduan akan disusun di dalam barisan mengikut abjad nama masing-masing dan dibekalkan nombor siri rujukan tempat duduk semasa di dalam barisan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke dewan, para graduan

diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai yang bertugas.

Sidang Kedua (petang)

Graduan dikehendaki hadir dan melaporkan diri kepada pegawai bertugas (marsyal graduan) mengikut program pengajian masing-masing pada 15 Ogos 2009 mulai 1.40 petang di Khemah Graduan di sebelah kanan perkarangan Dewan 2020, Kangar, Perlis. Perarakan graduan masuk ke dewan akan bermula pada jam 2.20 petang.

Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang

ditetapkan. Graduan akan disusun di dalam barisan mengikut abjad nama masing-masing dan dibekalkan nombor siri rujukan tempat duduk semasa di dalam barisan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke dewan, para graduan

diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai yang bertugas.

4

Sewaktu melapor diri di hari konvokesyen, graduan adalah dikehendaki menunjukkan surat jemputan kepada pegawai yang bertugas (marsyal graduan). Tanpa surat jemputan, graduan tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen.

Graduan yang datang lewat iaitu selepas perarakan masuk graduan pada hari konvokesyen dan pada sidang yang telah ditetapkan, tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen.

Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak melapor

diri daripada menyertai Istiadat Konvokesyen.

Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai bertugas sepanjang majlis berlangsung.

Graduan dan tetamu graduan tidak dibenar meninggalkan dewan sehingga Istiadat selesai.

TERTIB PENGURNIAAN IJAZAH DAN DIPLOMA

Graduan akan diiring oleh marsyal graduan naik ke pentas untuk menerima ijazah melalui tangga sebelah kanan pentas mengikut turutan yang akan didahului oleh Graduan Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma berdasarkan program pengajian masing-masing. Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut turutan abjad pada nama.

Sebelum menaiki tangga ke pentas, graduan perlu menyerahkan kad alumni kepada marsyal graduan. Graduan seterusnya akan melalui Gerbang Tahniah dan berhenti di Tanda 1 di atas pentas.

Sebaik nama diumumkan, graduan perlu bergerak dan terus berhenti di Tanda 2, tunduk mengadap DYTM Tuanku Canselor, bergerak dua langkah ke hadapan dan seterusnya menerima ijazah dengan kedua belah tangan dan mengucapkan “Menjunjung Kasih Tuanku”.

Setelah menerima ijazah, graduan perlu tunduk dan bergerak turun dari pentas melalui Gerbang Alumni dan tangga di sebelah kiri pentas terus ke tempat duduk semula berpandukan arahan pembantu marsyal graduan.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda, setelah menerima ijazah, graduan perlu tunduk dan bergerak ke arah Tanda 3. Sebaik tiba di Tanda 3, graduan perlu menukar kedudukan tessel dari sebelah kanan ke kiri dan terus bergerak turun dari pentas melalui Gerbang Alumni dan tangga di sebelah kiri pentas ke tempat duduk semula berpandukan arahan pembantu marsyal graduan.

Keterangan lanjut tertib pergerakan ini akan diberikan semasa hari

raptai.

5

BAYARAN a) Pakaian Konvokesyen, Folder /Sijil dan Yuran Persatuan Alumni serta

Gambar

Bayaran yang diwajibkan bagi menyertai konvokesyen ialah sebanyak RM 165.00. Berikut adalah perincian bayaran yang dikenakan:

Pakaian Konvokesyen - RM 30.00 Folder /Sijil - RM 50.00 Yuran Persatuan Alumni - RM 50.00 Gambar - RM 35.00

Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan menggunakan slip bayaran masuk yang telah disediakan oleh pihak Bendahari. Sila hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama-sama surat jawapan kehadiran.

Bagi graduan yang tinggal di kawasan atau negeri yang tidak mempunyai

kemudahan Bank Muamalat Malaysia Berhad, bayaran juga boleh dibuat di Bank Muamalat Malaysia Berhad cawangan Kangar sebelum pengambilan pakaian konvokesyen. Sila simpan slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) dan serahkan kepada kaunter Bendahari semasa pengambilan pakaian konvokesyen.

Slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) hendaklah dibawa

bersama semasa hendak mengambil dan memulangkan pakaian konvokesyen.

Graduan yang telah menjelaskan bayaran tetapi tidak menghadiri

Istiadat Konvokesyen, tidak akan menerima kembali bayaran tersebut. b) Gambar

Semua pengambilan gambar semasa Istiadat Konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar yang dilantik oleh Universiti Malaysia Perlis.

Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau meminta orang

lain berbuat demikian semasa istiadat berlangsung di dalam Dewan.

Bayaran yang dikenakan ialah RM 35.00. Berikut adalah perincian jenis gambar:

o Gambar sewaktu bersedia/menaiki pentas o Gambar sewaktu menerima skrol o Gambar sewaktu berjalan di atas pentas

Jumlah gambar adalah 3 keping yang bersaiz 5R, 8R dan 11R serta satu CD.

6

Gambar boleh dituntut seperti di jadual berikut :

Sidang Tarikh Masa Tempat Pertama (pagi)

16 Ogos 2009 (Ahad)

9.00 pagi – 1.00 petang

Sidang Kedua (petang)

16 Ogos 2009 (Ahad)

2.00 petang – 5.00 petang

Perkarangan Bilik Jubah Konvokesyen,

Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar - Alor Setar,

Seriab, 01000, Kangar, Perlis

Bagi tempahan pakej pilihan atau urusan penghantaran gambar melalui

pos, Kaunter Urusan Fotografi akan dibuka kepada para graduan di Perkarangan Bilik Jubah Konvokesyen, Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab, 01000, Kangar, Perlis sepanjang tempoh pengambilan pakaian konvokesyen. Kos bagi perkhidmatan ini dibayar terus kepada jurugambar dilantik.

Gambar yang tidak dituntut selepas 3 bulan dari tarikh Istiadat

Konvokesyen akan menjadi hak milik Universiti. c) Cenderamata Khas

Pihak universiti juga menyediakan Cenderamata Khas dengan bayaran hanya RM60.00. (Ringgit Malaysia : Enam puluh sahaja). Sekiranya berminat, graduan boleh menempah cenderamata tersebut dengan menghantar borang tempahan kepada pihak pembekal bersama bayaran yang dikenakan.

Bayaran hendaklah dibuat dengan Banker’s Cheque/Bank Draft atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS” dan mesti sampai kepada pihak pembekal tidak lewat dari 31 Julai 2009. Tempahan lewat berkemungkinan tidak akan dilayan dan bagi mengelakkan kesilapan ejaan, semua tempahan perlu disertakan satu salinan fotostat kad pengenalan.

KETIDAKHADIRAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga perlu membuat pembayaran sebanyak RM 100.00 untuk bayaran

o Folder/ Sijil - RM 50.00 o Yuran Persatuan Alumni - RM 50.00

Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan slip bayaran masuk yang disertakan dan hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) ke Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.

7

PAKAIAN KONVOKESYEN

Doktor Falsafah

Sarjana

a) Jubah (Robe)

Jubah graduan berwarna biru, mempunyai motif dan lapel jubah berwarna perak

b) Selepang (Hood)

Selepang graduan diperbuat daripada kain satin dan berwarna perak

c) Topi (Beef eater)

Topi diperbuat daripada kain baldu lembut yang berwarna hitam, berbentuk bulat dan dihiasi dengan tassel berwarna perak

a) Jubah (Robe)

Jubah graduan berwarna biru dan mempunyai sulaman motif berwarna perak di bahagian hadapan. Motif pada jubah ini hanya terdapat di bahagian atas sahaja dan dihiasi dengan lapel berwarna perak

b) Selepang (Hood)

Selepang graduan berwarna biru di luar dan warna di dalam adalah mengikut warna pusat pengajian masing-masing

c) Topi (Mortar Board)

Topi berbentuk empat segi dan dihiasi tassel yang berwarna mengikut warna pusat pengajian masing-masing

8

Sarjana Muda

a) Jubah (Robe)

Jubah graduan berwarna biru dan mempunyai sulaman motif berwarna perak di bahagian atas sahaja

b) Selepang (Hood)

Selepang graduan berwarna biru di luar dan warna di dalam adalah mengikut warna pusat pengajian masing-masing.

c) Topi (Mortar Board)

Topi berbentuk empat segi dan dihiasi tassel yang berwarna mengikut warna pusat pengajian masing-masing

Warna hood bagi pelajar Sarjana Muda dan Sarjana adalah mengikut warna pusat pengajian. Manakala warna hood bagi pelajar Doktor Falsafah adalah warna ‘silver’.

9

Diploma

Warna tassel untuk pelajar Sarjana Muda dan Sarjana adalah mengikut warna pusat pengajian.

Beef eater bagi pelajar Doktor Falsafah adalah seperti di sebelah.

Jubah (Robe) Jubah graduan berwarna biru dan mempunyai sulaman motif berwarna perak di bahagian atas sahaja. Offray ribbon di tepi lapel bahagian hadapan adalah mengikut warna pusat pengajian.

10

Warna pusat pengajian adalah seperti berikut:

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN WARNA

Mikroelektronik Oren Kekuningan

Komputer dan Perhubungan Merah

Bahan Emas

Mekatronik Biru laut

Pembuatan Ungu Muda

Sistem Elektrik Hijau Epal

Alam Sekitar Maroon

PERHATIAN:

Ketiadaan salah satu komponen pakaian konvokesyen menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Pastikan graduan mendapat pakaian konvokesyen yang lengkap semasa mengambilnya.

Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai pakaian konvokesyen yang

disewa.

11

PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN Graduan dinasihatkan supaya mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen. Berikut adalah butiran penting mengenai pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen: Tempat pengambilan dan pemulangan Bilik Pakaian Konvokesyen, Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab, 01000, Kangar, Perlis Tarikh dan Masa Pengambilan Pakaian Konvokesyen

Tarikh Masa 12 Ogos 2009

(Rabu) 9.00 pagi- 1.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang 13 Ogos 2009

(Khamis) 9.00 pagi-1.00 petang

2.00 petang- 5.00 petang 14 Ogos 2009

(Jumaat) 9.00 pagi-12.00 tengahari 3.00 petang- 5.00 petang

Tarikh dan Masa Pemulangan Pakaian Konvokesyen

Tarikh Masa 15 Ogos 2009

(Sabtu) 3.00 petang – 5.00 petang

16 – 18 Ogos 2009 (Ahad-Selasa)

9.00 pagi- 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang

PERHATIAN

Graduan hanya dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut hari dan masa yang ditetapkan sahaja.

Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk

menentukan saiz yang sesuai.

12

MAKLUMAT PENTING SEMASA PENGAMBILAN PAKAIAN KONVOKESYEN

Sila jelaskan bayaran yuran konvokesyen dan serahkan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) di kaunter untuk tujuan pengesahan.

Bagi yang menghantar wakil, sila isi Borang Wakil Ambil Pakaian

Konvokesyen dan serahkannya bersama satu (1) salinan kad pengenalan graduan untuk tujuan pengesahan dan semakan berserta slip bayaran masuk yuran konvokesyen Salinan Pelajar (warna biru) kepada wakil untuk dikemukakan di kaunter semasa hari mengambil pakaian konvokesyen.

Pastikan petugas kaunter menyerahkan perkara-perkara berikut kepada

graduan: a) Jubah b) Topi (Mortar Board) – kecuali pelajar diploma c) Selepang (Hood) – kecuali pelajar diploma d) Satu (1) Pelekat Kenderaan e) Dua (2) Kad Masuk

Tandatangan pada borang yang telah disediakan

MAKLUMAT PENTING SEMASA PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN

Pastikan pakaian konvokesyen yang dipulangkan dalam keadaan baik. Graduan perlu mematuhi langkah-langkah berikut semasa memulangkan pakaian konvokesyen:- 1. Serahkan pakaian konvokesyen 2. Tandatangan pada borang pemulangan yang disediakan di kaunter. 3. Tuntut skrol dan transkrip di kaunter skrol dan transkrip. Skrol dan

transrip hanya akan diserahkan sekiranya graduan telah a) menjelaskan semua hutang universiti seperti hutang dengan

Jabatan Bendahari /Jabatan Perpustakaan / Pusat Pengajian b) melengkapkan kursus wajib universiti (7 pillars & 3 pillars)

4. Skrol dan transkrip diserahkan dan tandatangan pada senarai yang

disediakan. 5. Ambil Cenderamata Khas di kaunter sekiranya telah membuat tempahan.

13

SYARAT SEWA PAKAIAN KONVOKESYEN Syarat dan maklumat penting mengenai penyewaan pakaian konvokesyen adalah seperti berikut:

Graduan adalah bertanggungjawab kepada pakaian konvokesyen yang disewa. Sebarang kehilangan dan kerosakan pakaian konvokesyen adalah tanggungjawab graduan.

Graduan yang masih berhutang dengan Universiti atau belum melengkapkan kursus wajib universiti (7 pillars & 3 pillars) masih boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen setelah membayar RM 165.00. Walau bagaimanapun, graduan masih tidak boleh mendapatkan skrol dan transkrip sehingga jumlah hutang diselesaikan atau setelah melengkapkan kursus wajib universiti (7 pillars & 3 pillars).

UniMAP menyediakan perkhidmatan sewaan blazer dengan bayaran RM 20.00. Walau bagaimanapun kuantiti adalah terhad. Bayaran tunai boleh dibuat di kaunter Bendahari semasa pengambilan pakaian konvokesyen.

Kelewatan memulangkan pakaian konvokesyen/ blazer selepas 18 Ogos 2009 menyebabkan graduan akan dikenakan denda RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja) sehari.

Sekiranya graduan menyebabkan pakaian konvokesyen/ blazer yang dipinjam rosak atau hilang, denda yang dikenakan adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Denda

1. Jubah RM 720.00

2. Topi RM 100.00

3. Selepang RM 200.00

4. Blazer RM 200.00

PENJUALAN ‘BLAZER’ Koperasi UniMAP Berhad menyediakan perkhidmatan jualan ‘blazer’ dengan harga RM80.00 (secara tunai sahaja). Bagi graduan yang berminat untuk membeli ‘blazer’ tersebut (untuk dipakai semasa Istiadat Konvokesyen), kaunter jualan ‘blazer’ akan dibuka pada 12 – 14 Ogos 2009 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Perkarangan Bilik Pakaian Konvokesyen Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab, 01000, Kangar, Perlis. Kuantiti adalah terhad.

14

PANDUAN BERPAKAIAN GRADUAN SEMASA MENGHADIRI KONVOKESYEN Graduan Lelaki

Graduan lelaki hendaklah memakai ‘lounge suit’ berwarna gelap, kemeja lengan panjang berwarna cerah dan bertali leher. (kemeja T, seluar jeans atau seluar pendek tidak dibenarkan)

Graduan lelaki hendaklah memakai kasut bertutup berwarna gelap yang digilap dan berstokin. (Kasut sukan/selipar tidak dibenarkan)

Rambut hendaklah pendek dan tidak mencecah kolar baju. Graduan Wanita

Pakaian graduan wanita ialah baju kurung/kebarung/atau pakaian labuh warna bebas.

Graduan wanita yang bertudung digalakkan memakai tudung berwarna cerah.

Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut, tidak terlalu mendedah dan baju hendaklah yang berlengan. (Skirt atau seluar pendek tidak dibenarkan)

Graduan wanita hendaklah memakai kasut bertutup dan bertumit. Umum

Selepang (hood) hendaklah terletak di atas paras kedua-dua bahu. Rumbai (tassel) pada topi dibiarkan tergantung di hadapan sebelah kiri.

Istiadat Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah dan Diploma.

15

TETAMU GRADUAN

Seorang graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua orang tetamu semasa pengambilan pakaian konvokesyen.

Seseorang tetamu mestilah berumur tidak kurang dari dua belas (12) tahun. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan

dan kad masuk yang telah diedarkan dan kad-kad yang hilang tidak akan diganti.

Tetamu graduan adalah diminta supaya mengambil tempat duduk

masing-masing pada 15 Ogos 2009 mulai 8.00 pagi (sidang pertama) dan mulai 2.00 petang (sidang kedua).

Tetamu graduan perlu menunjukkan kad masuk kepada pegawai bertugas

di pintu masuk tetamu di sebelah kanan dewan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan tetamu akan dihalang daripada memasuki dewan.

Tetamu graduan perlu mematuhi arahan-arahan daripada pegawai-pegawai bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan ke dalam dewan dan semasa mengambil tempat duduk.

Tetamu graduan dilarang meninggalkan majlis sehingga majlis selesai.

PANDUAN BERPAKAIAN BAGI TETAMU SEMASA KONVOKESYEN

Tetamu Lelaki

‘Lounge suit’/ kebangsaan/batik (seluar jeans dan kemeja-T dilarang) Kasut bertutup (sandal/selipar dilarang)

Tetamu Wanita

Rasmi/ Kebangsaan/ Bersesuaian (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah dilarang)

Kasut bertutup (sandal/selipar dilarang)

Kegagalan mematuhi peraturan berpakaian menyebabkan tetamu boleh dihalang daripada memasuki dewan.

16

KAJIAN PENGESANAN GRADUAT IPT

Graduan dikehendaki mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduat IPT secara ‘online’ di laman web berikut: http://graduat.mohe.gov.my

Graduan juga dikehendaki mencetak slip pengesahan kajian dan menghantar bersama surat jawapan kehadiran.

PERSATUAN ALUMNI KUKUM-UniMAP

Graduan dikehendaki mengisi Borang Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP secara ‘online’ di laman web berikut: http://publicweb.unimap.edu.my/~alumni/

Graduan juga dikehendaki mencetak slip pengesahan Persatuan Alumni dan menghantar bersama surat jawapan kehadiran.

PERATURAN AM

Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, video, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan.

Semasa Istiadat sedang berlangsung graduan dan ibu bapa/ tetamu

diminta menghormati Istiadat dengan tidak membuat bising.

Semasa Istiadat sedang berlangsung di Dewan 2020, graduan dan juga tetamu yang lain adalah dilarang sama sekali mengambil gambar/video. Graduan hendaklah memberitahu hal ini kepada ibu bapa/tetamu.

Graduan dan ibu bapa/ tetamu dilarang meninggalkan dewan semasa

Istiadat Konvokesyen sedang berjalan.

17

Bil. Perkara Tandakan (√)

1. Pastikan ejaan nama graduan dalam semua

borang sama seperti dalam kad pengenalan

2. Kembalikan Surat Jawapan Kehadiran sebelum 31 Julai 2009

3. Isi Borang Kajian Pengesanan Graduan IPT secara ‘online’ serta cetak slip pengesahan dan hantar bersama surat jawapan kehadiran

4. Isi Borang Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP secara ‘online’ serta cetak slip pengesahan dan hantar bersama surat jawapan kehadiran

5. Jelaskan Yuran Konvokesyen menggunakan slip Bayaran Masuk dan hantar slip Bayaran Masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama surat jawapan kehadiran

6. Simpan slip Bayaran Masuk Salinan Pelajar (warna biru) dan bawa bersama semasa pengambilan pakaian konvokesyen

7. Lekatkan pelekat kenderaan di cermin sebelah kiri kenderaan

8. Bawa kad masuk semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai Istiadat Konvokesyen, graduan bolehlah menghubungi : BIL. PERKARA TELEFON 1. Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP 04-985 1126 / 1095 2. Kajian Pengesanan Graduan IPT 04-979 8272 / 04-979 8109 3. Gambar 04-985 1086 4. Bayaran Yuran Konvokesyen 04-979 8212 / 04-979 8151 5. Perkara-perkara lain 04-979 8700 / 04-979 8707

Faks : 04-979 8703

SENARAI SEMAK

18

SENARAI HOTEL

1. Putra Palace Hotel 135 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9767755 Faks : 04-9761049 / 04-97618857 2. Putra Brasmana Hotel

02000 Kuala Perlis, Perlis.

Tel : 04-9855900 Faks : 04-9852900 3. Sri Mawarni Inn Hotel No. 49 Medan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9768121 / 04-9763039 Faks : 04-9764840 4. Bukit Air Resort Jalan Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9770710 Faks : 04-9777285 5. Malaysia Hotel No. 65, 67 Jalan Jubli Perak, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-971366, 04-9761387 Faks : 04-9761366 6. Federal Hotel 104B, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9766288 /04-9766884/ 04-9765288 Faks : 04-9766224 7. Kuala Perlis Seaview Hotel No. 1 Persiaran Putra Timur 1, 02000 Kuala Perlis, Perlis. Tel : 04-9852171 Faks : 04-9852217 8. Semarak Resort Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9772233 Faks : 04-9782908

9. Asrama Jabatan Belia dan Sukan Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9793503 Faks : 04-9762555

10. Sri Garden Hotel 96, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9773188 / 04-9774188 Faks : 04-9768168 11. Sri Malaysia Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7308737 Faks : 04-7307594 12. Samila Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7318888 Faks : 04-7322344 13. Royal Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7330922 Faks : 04-7330925 14. Sentosa Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7309999 Faks : 04-7304418 15. Grand Crystal Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7313333 Faks : 04-7316368 16. Holiday Villa Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7349999 Faks : 04-7341954 17. Grand Continential Hotel Alor Setar, Kedah Tel : 04-7335917 Faks : 04-7335161

19

CARTA ALIR MENGISI BORANG KAJIAN PENGESANAN GRADUAT IPT SECARA ‘ONLINE’

Masukkan ke laman web http://graduat.mohe.gov.my

Klik LOG MASUK di ruangan ‘LOG MASUK GRADUAT’

Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru

Pilih IPTA

Pilih Universiti Malaysia Perlis

Isi setiap soalan mengikut kesesuaian maklumat

Hantar borang yang telah siap diisi secara ‘online’

Cetak slip pengesahan

Hantar slip pengesahan bersama surat jawapan kehadiran

20

CARTA ALIR PENGAMBILAN PAKAIAN KONVOKESYEN

Jelaskan Yuran Konvokesyen dan hantar slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bersama surat jawapan kehadiran

Tunjukkan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) di kaunter sebagai bukti pembayaran

Ambil Pakaian Konvokesyen

Tandatangan pada borang penggunaan pakaian konvokesyen

Simpan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) dan bawa semasa pengambilan pakaian konvokesyen

21

Serahkan pakaian konvokesyen di kaunter pemulangan

Tandatangan pada borang penggunaan pakaian konvokesyen

Tuntut skrol dan transkrip di kaunter skrol dan transkrip. Skrol dan transrip hanya akan diserahkan sekiranya graduan telah

a) menjelaskan semua hutang universiti seperti hutang dengan Jabatan Bendahari / Jabatan Perpustakaan / Pusat Pengajian

b) melengkapkan kursus wajib universiti (7 pillars & 3 pillars)

Tandatangan pada senarai yang telah disediakan

Ambil gambar di kaunter yang disediakan

CARTA ALIR PEMULANGAN PAKAIAN KONVOKESYEN

Ambil Cenderamata Khas di kaunter sekiranya telah membuat tempahan

22

ARAHAN KEPADA GRADUAN Anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan: LAMPIRAN 1 Surat Jawapan Akan Hadir

Sila isi dan kembalikan surat ini sebelum 31 Julai 2009 sekiranya graduan akan hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-4 UniMAP.

LAMPIRAN 2 Surat Jawapan Tidak Akan Hadir

Sila isi dan kembalikan surat ini sebelum 31 Julai 2009 sekiranya graduan tidak akan hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-4 UniMAP.

LAMPIRAN 3 Borang Penggunaan Pakaian Konvokesyen

Sila isi dan kembalikan borang ini bersama surat jawapan kehadiran.

LAMPIRAN 4 Borang Wakil Ambil Pakaian Konvokesyen

Sila isi sekiranya menghantar wakil untuk mengambil pakaian konvokesyen dan meminta wakil membawa borang ini berserta salinan kad pengenalan graduan dan salinan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) yuran konvokesyen.

LAMPIRAN 5 Borang Tempahan Cenderamata Khas Graduan

Sila isi borang ini sekiranya berminat sahaja dan membuat bayaran serta kembalikan kepada pihak pembekal bersama bayaran yang dikenakan

LAMPIRAN 6 Borang Pembelian ‘Blazer’

Sila isi borang ini sekiranya berminat sahaja dan membuat bayaran pada hari pembelian ‘blazer’ tersebut (pada hari graduan mengambil pakaian konvokesyen).

Lampiran 1

(Sila kembalikan surat ini kepada urusetia SEBELUM 31 JULAI 2009) di alamat berikut: Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Unit Senat dan Pengijazahan Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 1, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-4 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1. Saya akan hadir ke Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Dewan 2020 pada 15 Ogos 2009

(Sabtu) dan akan hadir bagi pengambilan pakaian konvokesyen pada masa yang telah ditetapkan di Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.

2. Bersama-sama ini saya sertakan:-

Slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bernilai RM165.00 untuk bayaran yuran konvokesyen

Borang Penggunaan Pakaian Konvokesyen. Salinan Slip Pengesahan ‘Kajian Pengesanan Graduat IPT’ yang dicetak secara online.

Salinan Slip Pengesahan Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP yang dicetak secara online.

3. Perakuan Saya faham dan bersetuju bahawa :

a) saya tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini jika tidak memakai pakaian

seperti yang ditetapkan. b) saya tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini jika saya tidak melaporkan diri

untuk upacara raptai pada 13 Ogos 2009. c) bayaran RM165.00 ini tidak akan dikembalikan jika saya menarik diri atas apa jua

alasan.

Nama : ____________________________________________________________________________

No. Matrik : __________________________ No. K/P : _____________________________________

Program Pengajian : _________________________________________________________________

Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________________________

Alamat : ____________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

No. Telefon (R) : ____________________ (HP) _________________________________________

Tarikh : __________________________ Tandatangan : _____________________________________

Tanda ( ) pada yang berkenaan.

SURAT JAWAPAN AKAN HADIR

Lampiran 2

(Sila kembalikan surat ini kepada urusetia SEBELUM 31 JULAI 2009) di alamat berikut: Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Unit Senat dan Pengijazahan Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 1, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-3 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1. Saya tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen tersebut. Sila kirimkan skrol

pengijazahan dan transkrip akademik melalui pos.

2. Bersama-sama ini saya sertakan:-

Slip bayaran masuk Salinan Bendahari (warna kuning) bernilai RM 100.00 sebagai bayaran folder/sijil dan yuran Persatuan Alumni.

Salinan Slip Pengesahan ‘ Kajian Pengesanan Graduat IPT’ yang dicetak secara online.

Salinan Slip Pengesahan Persatuan Alumni KUKUM-UniMAP yang dicetak secara online.

3. Perakuan Saya faham dan bersetuju bahawa :

a) saya faham bahawa pihak Universiti tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan penerimaan atas kehilangan skrol /transkrip semasa dalam perjalanan pos.

b) saya tidak boleh dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan kes-kes di atas (jika ada).

Nama : ____________________________________________________________________

No. Matrik : __________________________ No. K/P : _____________________________

Program Pengajian : _________________________________________________________

Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________________

Alamat : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

No. Telefon (R) : ____________________ (HP) _________________________________

Tarikh : __________________________ Tandatangan : ____________________________

Tanda ( ) pada yang berkenaan.

SURAT JAWAPAN TIDAK AKAN HADIR

Lampiran 3

BORANG PENGGUNAAN PAKAIAN KONVOKESYEN Butiran Graduan 1. Nama : _____________________________________________________________

2. No. Matrik : _________________________________________________________

3. Program Pengajian : __________________________________________________

4. Pusat Pengajian Kejuruteraan : ________________________________________

5. Saiz Jubah : (Arahan : Sila tandakan ( ) pada mana-mana yang berkenaan) Diploma

Sarjana Muda

Sarjana Doktor Falsafah

Penerimaan Saya mengaku menerima pakaian konvokesyen (jubah, selepang dan topi) dalam keadaan baik. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap item-item tersebut. Tarikh : ____________________________ Tandatangan : ____________________ Pemulangan Saya mengaku memulangkan pakaian konvokesyen (jubah, selepang dan topi) dalam keadaan baik. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap item-item tersebut. Tarikh : ____________________________ Tandatangan : ____________________

S M L XL

L M L

M L XL S

M

XXL XS

Lampiran 4

BORANG WAKIL AMBIL PAKAIAN KONVOKESYEN Saya : _________________________________________________________ No. Matrik : _________________________________________________________ No. K/P : _________________________________________________________ Pusat Pengajian Kejuruteraan : _____________________________________ Dengan ini mewakilkan : ____________________________________________ No. Kad Pengenalan :_____________________________________________ untuk mengambil Pakaian Konvokesyen bagi pihak saya. Sebarang kerosakan/ kehilangan Pakaian Konvokesyen saya adalah tanggungjawab saya. Tandatangan Graduan ________________________ Tarikh _________________ Tandatangan Wakil _________________________Tarikh _________________

• Sila sertakan salinan Kad Pengenalan graduan serta salinan slip bayaran masuk Salinan Pelajar (warna biru) yuran konvokesyen (RM 165.00).

Lampiran 5

Tahniah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Perlis 2009. Inginkan kelainan di dalam mengabadikan kejayaan anda?

Tempahlah ”Cenderamata Khas Graduan” sempena konvokesyen pada kali ini.

Sila hantar borang tempahan dibawah ke alamat :

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Cik Siti – 016-4729810 @ 013-4169186

BORANG TEMPAHAN

Nama:__________________________________________________________________

No. Matrik: ____________________ No. Kad Pengenalan : ____________________

Program Pengajian: ______________________________________________________

Alamat Penuh: __________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ No. Telefon : ___________________________________________________________ Dengan ini disertakan Banker’s Cheque / Bank Draf bernilai RM60.00 bernombor _________________ atas nama “ BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS “ sebagai bayaran tempahan Cenderamata Khas sempena Istiadat Konvokesyen ke-4 UniMAP. Bersama ini juga disertakan satu salinan fotostat kad pengenalan saya untuk tindakan tuan. Tandatangan : _______________________ Tarikh : _________________________________

Spesifikasi cenderamata •Cenderamata diperbuat daripada tembaga berwarna perak. •Cenderamata adalah berdasarkan sijil para graduan yang menempah. •Cenderamata bersaiz 9” x 7” ini disertakan di dalam kotak kayu dengan baldu biru •Tulisan atas plat tembaga adalah berdasarkan sijil para graduan.Tiada sebarang caj tambahan dikenakan bagi ukiran nama & kursus untuk setiap graduan. •Tarikh yang tertera pada cenderamata adalah pada 15 Ogos 2009 dan tulisan di dalam versi Bahasa Melayu

Universiti Malaysia Perlis d/a NZ Unique Enterprise

P.O Box 1324 13200 Kepala Batas

Pulau Pinang

Lampiran 6

KOPERASI UniMAP BERHAD

BORANG PEMBELIAN ‘BLAZER’

Nama: ________________________________________________________

No. Matrik: ________________________________________________________

Program Pengajian: ________________________________________________________

Pusat Pengajian Kejuruteraan : _______________________________________________

No. Kad Pengenalan: ________________________________________________________

Dengan ini disertakan wang tunai bernilai RM80.00 sebagai bayaran pembelian ‘blazer’. Tandatangan : _____________________________________________________________

No.Telefon : _____________________________________________________________

Alamat Penuh : _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Tarikh : ____________________________________________________

Catatan: Serahkan borang ini semasa hari pembelian

JABATAN PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIT SENAT DAN PENGIJAZAHAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP

JALAN BUKIT LAGI 01000 KANGAR, PERLIS

TEL : 04-979 8700 / 8707

FAKS : 04-979 8703

www.unimap.edu.my