panduan lapor diri
description
Transcript of panduan lapor diri
Panduan Lapor Diri
PANDUAN LAPOR DIRI ANGGOTA-ANGGOTA
DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
DISEDIAKAN OLEH:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT PENGURUSAN, JPA
PENDAHULUAN
Buku Panduan ini disediakan untuk menerangkan kepada anggota-anggota yang baru melapor diri di JPA mengenai tindakan yang perlu diambil meliputi penyediaan dokumen-dokumen perkhidmatan dan dokumen-dokumen untuk pembayaran emolumen (gaji dan elaun-elaun), borang-borang yang perlu dilengkapkan, peraturan-peraturan pejabat yang perlu dipatuhi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
i
SENARAI KANDUNGAN
Kandungan
Muka Surat
Pendahuluan
i
Pengenalan
1
Urusan Semasa Melapor diri
1
Dokumen-dokumen yang Diperlukan
2
Borang-borang
2
Peraturan-peraturan Pejabat
3
Lokasi Bahagian-bahagian
4
Kemudahan-kemudahan
5
Riadah
6
Perhimpunan Bulanan
6
Hari Bersama Pelanggan
6
Lampiran-lampiran
Lampiran A
Borang Keterangan Diri
9
Lampiran B
Borang Pas Keselamatan
15
Lampiran C
Borang Aku Janji
16
Lampiran D
Borang Tapisan Keselamatan
17
Lampiran E
Borang Pengisytiharan Harta
29
Lampiran F
Borang Akta Rahsia Rasmi
34
Lampiran G
Borang Pemilihan Waktu Bekerja
35
Berperingkat
Lampiran H
Borang Maklumat Pinjaman
36
Kenderaan/Komputer
Lampiran I
Senarai Semakan Dokumen bagi
37
Urusan Pembayaran Gaji.
ii
PANDUAN MELAPOR DIRI
DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM1.PENGENALAN
Anggota-anggota yang melapor diri terdiri daripada 2 kategori iaitu:
1.1 Lantikan Baru
a. Tetap
b.Sangkut
c. Kontrak
d.Pekerja Khidmat Singkat (PKS)
e. Sementara
f.Sambilan
g. Skim Sangkutan dan Latihan (SSL)
1.2 Pertukaran
a. Anggota Sedang Berkhidmat
b. Anggota Perkhidmatan Am (Kumpulan)
2.URUSAN SEMASA MELAPOR DIRI
2.1TEMPAT MELAPOR DIRI
Penempatan tuan/puan di JPA adalah diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan. Bahagian ini terletak di Tingkat 10, Blok C1.
1
Tuan/Puan hendaklah melapor diri kepada pegawai-pegawai berikut:
Gred Pegawai
Pegawai yang BertanggungjawabJUSA
Pengarah Bahagian Sumber Manusia &
Khidmat Pengurusan (PBU)
Gred 1
Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia &
Khidmat Pengurusan (TPB(U)S )
Gred 2 dan 3
Ketua Penolong Pengarah (KPP(U)O)
Ketua Penolong Pengarah (KPP(U)S )
Kumpulan
Penolong Pengarah (PP(U)O1)
Sokongan 1 dan II
Penolong Pengarah (PP(U)S2)
2.2DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Semasa melapor diri tuan/puan hendaklah menyerahkan dokumen-dokumen berikut.
2.2.1Lantikan Baru
I. Surat Tawaran
II. Surat Setuju Terima
III. Surat Sumpah
IV. Surat Akuan Doktor
V. Salinan Kad Pengenalan
VI. Salinan Buku dan No. Akaun Bank
VII. Salinan Surat KWSP/No. KWSP
VIII. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping)
2
2.2.2Pertukaran
I. Salinan Surat Pertukaran
II. Salinan Surat Lembaga Kenaikan Pangkat (jika memangku)
III. Salinan Kad Pengenalan
IV. Salinan Buku dan No. Akaun Bank
V. Salinan Surat KWSP/No. KWSP
VI. Sijil Gaji Akhir
VII. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping)
Bagi anggota-angota yang dalam perkhidmatan, pastikan bahawa pejabat lama tuan/puan menyediakan Sijil Gaji Akhir bagi mempercepatkan urusan pembayaran gaji.
Tuan/Puan adalah diminta bagi menyediakan dan menyerahkan dokumen-dokumen seperti di Lampiran I (yang mana berkenaan) bagi urusan Jabatan ini membuat pembayaran gaji. Dokumen-dokumen ini perlu dibuat di dalam tiga salinan, disahkan dan serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
2.3BORANG-BORANG
Semasa melapor diri tuan/puan akan dibekalkan borang-borang berikut untuk dilengkapkan:
I. Borang Keterangan Diri
II. Borang Pas Keselamatan
III. Borang Aku Janji
IV. Borang Tapisan Keselamatan
V. Borang Pengisytiharan Harta
VI. Borang Akta Rahsia Rasmi
VII. Borang Pemilihan Waktu Bekerja Berperingkat
VIII. Borang Maklumat Pinjaman Kenderaan/Komputer
3
Tuan/puan dikehendaki menyerahkan borang-borang di atas yang telah dilengkapkan tidak lewat 3 hari dari tarikh lapor diri.
3.PERATURAN-PERATURAN PEJABAT
3.1Sementara surat penempatan/pertukaran dikeluarkan, tuan/puan hendaklah sentiasa mematuhi perkara-perkara berikut:
i) WAKTU BEKERJA
Di bawah Sistem Waktu Bertugas Berperingkat (WBB), terdapat dua waktu bekerja iaitu:
Waktu Pertama
Pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Pukul 7.30 pagi hingga 12.20 tengahari (Sabtu)
Waktu Kedua
Pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang (Isnin hingga Jumaat)
Pukul 8.25 pagi hingga 1.15 tengahari (Sabtu)
Tuan/Puan hendaklah mengisi borang pemilihan waktu bekerja berperingkat dan mengetik kad perakam waktu pada tiap-tiap hari bekerja.
4
ii)TEMPATTuan/Puan ditempatkan di bilik yang dikhaskan iaitu Bilik Orkid, Tingkat 10, Blok C1 atau boleh juga berada di Perpustakaan JPA, di Tingkat 8, Blok C1.
Tuan/Puan hendaklah mendapat kebenaran dari pegawai yang bertanggungjawab (seperti di para 2) untuk keluar pejabat atas urusan rasmi atau peribadi.
iii)CUTI
Sekiranya tuan/puan ingin memohon cuti, tuan/puan boleh memohon dari pegawai yang bertanggungjawab dengan mengisi borang permohonan cuti rehat (AM 42 pin. 2/91).
Bagi anggota Perkhidmatan Am (Kumpulan) sekiranya tuan/puan ditempatkan secara pentadbiran di bahagian-bahagian lain di Jabatan Perkhidmatan Awam atau di jabatan-jabatan lain, kuasa meluluskan cuti adalah Ketua Bahagian atau Ketua Jabatan berkenaan. Tuan/puan dikehendaki menghantar salinan kad perakam waktu setiap bulan minggu pertama bulan berikutnya kepada KPP(U)S, Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan.
iv) KECEMASAN
Untuk tujuan perhubungan, tuan/puan dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab nombor telefon rumah dan waris terdekat untuk tujuan panggilan kecemasan dan sebagainya. Sekiranya pihak keluarga/waris tuan/puan ingin menghubungi tuan/puan, bolehlah menggunakan talian 03-88853181 atau 88853192.
5
v)PAKAIAN
Tuan/Puan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan pakaian pejabat dan sentiasa kelihatan kemas.
Tuan/Puan dikehendaki memakai tanda nama dan Pas Keselamatan di sepanjang waktu pejabat.
4. HAL-HAL LAIN
4.1LOKASI BAHAGIAN-BAHAGIAN
Kedudukan Bahagian-bahagian adalah seperti berikut:
Blok C1
Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam- Aras 13
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan
- Aras 12
HRMIS
- Aras 8
Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan- Aras 7 - 11
Bahagian Psikologi
- Aras 7
Bahagian Latihan
- Aras 4 - 6
Bahagian Teknologi Maklumat
- Aras 3
Blok C2
Bahagian Saraan
- Aras 9 - 10
Bahagian Pembangunan Organisasi
- Aras 7 8
Bahagian Perkhidmatan
- Aras 6 7
Bahagian Pencen
- Aras 2 5
HRMIS
- Aras 1
6
4.2KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
Kaunter Pertanyaan-Aras 2, Blok C1
Surau
- Aras 5, Blok C1
Kafetaria - Aras 2, Blok C1
Gimnasium
- Aras 7, Blok C1
Auditorium
- Aras 4, Blok C1
TASKA
- Aras 1, Blok C2
Kuarters
-Maklumat mengenai kemudahan ini boleh
diperolehi dengan menghubungi Cawangan
Khidmat Pengurusan di talian
03-88853000 sambungan 3222.
4.3PERHIMPUNAN BULANAN
Perhimpunan Bulanan JPA diadakan pada setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan di Auditorium, Aras 4, Blok C1.
4.4 RIADAHHari Bersenam Bersama-sama KPPA adalah pada setiap hari Rabu jam 5.15 petang.
Sessi Regangan Otot diadakan setiap hari jam 11.00 pagi di setiap Bahagian.
7
4.5 HARI BERSAMA PELANGGAN
Hari Bersama Pelanggan peringkat JPA diadakan pada setiap Sabtu minggu ke empat setiap bulan.
4.6 PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
Encik Dahri bin Ibrahim
e-mail: [email protected]
Tel:88853007
En. Wahab b. Mohd. Yassin
e-mail: [email protected]
Tel:88853064
Cik Hajah Zaidah binti Mohd. Jaman
e-mail: [email protected]
Tel:88853037
Puan Rosemi binti Hamdan
e-mail: [email protected]
Tel:88853258
Puan Zabidah binti Safar
e-mail: [email protected]
Tel:88853185
Puan Lita Alis binti Abdul Malek
e-mail: [email protected]
Tel:888531808