Panduan Membuat Graf..

download Panduan Membuat Graf..

of 102

Transcript of Panduan Membuat Graf..

KARTOGRAFI SECARA GRAFIK

jadual, graf, carta dan sebagainya merupakan media yang paling berkesan di dalam proses kartografi. Dengan menggunakan graf dan carta, data dapat dianalisis, ditafsir, dijelaskan dan seterusnya disampaikan kepada pengguna dengan mudah dan berkesan. Ianya juga dapat membantu di dalam proses perbandingan arah aliran, nilai dan juga perhubungan data. Graf dan carta menggunakan simbol-simbol titik, garisan dan kawasan selain daripada huruf dan angka bagi mempersembahkan sesuatu data.

PRINSIP ASAS REKABENTUK GRAF DAN CARTA Sebelum sesuatu graf dan carta dihasilkan, 2 prinsip asas yang perlu diperhatikan ialah: i. Kefahaman data ii. Pemilihan jenis yang paling sesuai dengan data Data yang ingin dipersembahkan di dalam bentuk graf dan carta difahami terlebih dahulu. Data perlu dianalisis, contohnya dengan menggunakan kaedah statistik tertentu dan ditafsir bagi memperolehi jumlah, taburan, perhubungan dan sebagainya.

Pemilihan jenis graf dan carta yang paling sesuai bergantung kepada jenis data, tujuan, format persembahan dan kumpulan pengguna. Contonya, bagi data yang mempunyai julat yang terlalu besar, jenis yang paling sesuai ialah Graf Logaritma. Manakala bagi data yang mempunyai julat yang sederhana, jenis yang paling sesuai ialah jadual, graf atau carta. Sekiranya tujuan persembahan adalah untuk menunjukkan perbezaan, pertumbuhan atau arah aliran, jenis yang paling sesuai ialah Poligraf. Manakala carta dan jadual sering digunakan di akhbar-akhbar untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Secara umum, 4 kriteria yang boleh digunakan untuk membuat pilihan jenis-jenis graf dan carta linear ialah : i. Pengkelasan pembolehubah ii. Kesesuaian teknik iii. Ketepatan isi iv. Kejelasan Sekiranya jenis-jenis graf dan carta yang dipilih mempunyai kesemua kriteria berkenaan dengan tepat, jelas, menarik dan mampu memberikan gambaran secara spontan, maka jenis yang dipilih adalah yang paling sesuai.

Pengkelasan pembolehubah Pembolehubah atau elemen sesuatu data perlu dipilih dengan betul dan tepat bagi memastikan kejelasan jenis teks bukan linear yang telah dipilih. Contoh pembolehubah ialah umur, tahun, jumlah dan sebagainya. Untuk graf atau atau carta, pemilihan paksi yang tepat bagi setiap pembolehubah juga akan mempengaruhi kejelasan graf atau carta tersebut. Manakala bagi jadual pula, kejelasannya juga dipengaruhi oleh kesesuaian pemilihan lajur dan baris bagi mewakili pembolehubah yang terdapat di dalam data berkenaan.

Kesesuaian teknik Kesesuaian teknik merangkumi pemilihan jenisjenis graf dan carta serta penggunaan simbol yang tepat Penggunaan simbol, nombor, huruf dan bentukbentuk gometri yang bersesuaian juga akan mempengaruhi kualiti teks berkenaan Selain itu, pemilihan warna, corak lorekkan, teknik melukis dan jenis kerta juga akan mempengaruhi kualiti jenis-jenis graf dan carta yang ingin dihasilkan Penggunaan teknik yang lemah akan meyebabkan kehilangan maklumat, sukar untuk difahami serta tidak dapat menarik perhatian pengguna.

Ketepatan isi Isi atau data yang dipindahkan ke dalam graf dan carta mestilah tepat dan lengkap Penghasilan graf dan carta mestilah berasaskan kepada data yang diberikan di dalam petikan atau sebagainya, bukannya daripada sumber yang berasingan. Unit ukuran data yang menjadi sumber untuk membentuk jenis-jenis graf dan carta tidak boleh diubah atau ditukar, contohnya unit tinggi dalam meter tidak boleh ditukar kepada kaki dan sebagainya (kecuali diminta untuk berbuat demikian) Perubahan data daripada nilai asal kepada peratusan atau sebaliknya mestilah dibuat dengan tepat atau dengan kadar ralat yang paling minimum

Kejelasan Graf dan carta yang tidak jelas akan menyebabkan ianya tidak dapat difahami dengan mudah dan pantas. Aspek-aspek kejelasan meliputi elemen berikut: Pemilihan dan pembentukan skala Unit skala Simbol dan singkatan Petunjuk Label Sumber Tajuk (biasanya diperolehi daripada soalan)

JADUAL Jadual merupakan jenis/medium yang paling ringkas dan selalu digunakan di dalam proses kartografi. Jadual senang dihasilkan, mudah untuk difahami dan dapat menerangkan beberapa tema/perkara di dalam sesebuah jadual. Di dalam jadual, pembolehubah-pembolehubah data dinyatakan di dalam lajur (column) dan baris (row). Antara bentuk jadual yang selalu digunakan ialah jadual di dalam sektor dan jadual antara sektor

Jadual 3.1: Gunatenaga di Malaysia Tahun 1999

.Bil 1 2 3 Gunatenaga Bilangan bekerja (%) Menganggur (%) Jumlah tenaga buruh Jumlah (000) 96.5 3.5 9,151.5

Sumber : Buku Perangkaan Malaysia Tahun 2000

Penghasilan jadual Jadual merupakan medium yang paling ringkas dan mudah untuk dihasilkan Tidak terdapat satu cara yang khusus untuk menghasilkan jadual. Langkah-langkah berikut dapat membantu untuk menghasilkan jadual yang tepat dan mudah difahami:

a) Pilih tajuk untuk jadual b) Tentukan pembolehubah-pembolehubah c) Cari nilai-nilai bagi setiap pembolehubah d) Tentukan bilangan lajur atau baris bagi setiap pembolehubah

GRAF GARISAN Merupakan satu siri titik nilai atau kuantiti yang diplot mengikut koordinat segi empat dan kemudian disambung supya membentuk satu garisan yang bersinambungan. Sistem koordinat merujuk kepada sepasang garisan lurus yang saling bertemu, yang dikenali sebagai paksi yang dilukis pada sudut tepat Garisan atau paksi menegak dikenali sebagai paksi Y manakala garisan atau paksi mengufuk/mendatar dikenali sebagai paksi X Paksi X dan Y membahagikan dataran kepada 4 bahagian atau sukuan yang dikira mengikut pisingan jam bermula dengan sukuan atas sebelah kanan.

Paksi Asas Sistem KoordinatX

SUKUAN IV - X, + Y

5 4 3 2 1

SUKUAN I + X, + Y

P

X = 2.5 Y = 3.0

Y -5 -4 -3 -2 -11 2 3 4 5

Y -1 -2

SUKUAN III - X, - Y

-3 -4 -5 X

SUKUAN II + X, - Y

Graf garisan selalu digunakan untuk menerangkan data statistik, fizikal, penduduk, ekonomi dan sebagainya secara grafik Gras garisan dapat memudahkan pentafsiran, menunjukkan proses kemajuan, perkembangan atau anjakan sesuatu aktiviti atau perkara di dalam tempoh masa tertentu. Lazimnya paksi menegak (Y) akan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu perkara/fenomena yang ingin ditunjukkan/diterangkan Paksi mendatar/mengufuk (X) pula akan menerangkan temph masa tertentu seperti hari, bulan.

KOMPONEN UTAMA GRAF GARISAN Terdapat 5 komponen utama iaitu Tajuk, Skala, Angka Skala, Garisan Grid dan Titik Plotan. Tajuk mestilah ringkas, padat dan tepat/ Tajuk biasanya diletakkan di sebelah atas atau di luar kawasan graf Tajuh seharusnya dapat menjawab soalan APA, DI MANA dan BILA Skala penting bagi memastikan graf yang dihasilkan dapat menjelaskan semua maklumat Kesilapan memilih skala akan menyebabkan sebahagian daripada maklumat hilang, menjadi kurang jelas dan sebagainya.

Skala mengufuk dan menegak yang diplot perlu mempunyai angka skala dan petunjuk yang menjelaskan skala dan simbol yang digunakan Penggunaan angka skala yang berbeza akan menghasilkan bentuk graf garisan yang berbeza. Garis Grid diplot bagi memudahkan rujukan terhadap nilai atau angka skala yang digunakan Bilangan garisan grid perlu diminimumkan untuk memudahkan kita melihat nilai pada sebarang titik di atas garisan yang diplot Titik plotan dilukis bagi menunjukkan nilai-nila tertentu di sepanjang garisan graf bagi mewakili tempoh masa atau nilai tertentu.

B CKadar setiap 100,000 penduduk

A70 60 50 40 30 20 10 0 1950

KEMATIAN AKIBAT BATUK KERING 1950-2000

E D

1960

1970

1980

1990

2000

Batuk kering

G

F

A Tajuk B Angka Skala Paksi Y C Petunjuk Skala Untuk Paksi Y D Garisan Grid E Titik Plotan F Angka Skala Paksi X G Petunjuk

Jenis-jenis Graf GarisanTerdapat pelbagai jenis/bentuk graf garisan. Antara graf garisan yang selalu digunakan ialah: i. Graf Garisan Mudah ii. Poligraf iii. Poligraf 3 paksi iv. Graf Majmuk Menokok v. Graf Logaritma vi. Lain-lain bentuk

GRAF GARISAN MUDAH Graf mudah yang mengandungi satu garis Mempunyai 2 paksi menegak dan mengufuk Lazimnya paksi menegak untuk nilai dan paksi mendatar untuk tempah masa (tahun, bulan dll) Garisan dihasilkan dengan menyambung titik-titik koordinat yang menunjukkan perhubungan pembolehubah paksi menegak dan paksi mendatar Nilai unit selalunya bermula dengan sifar Ia sering digunakan untuk menunjukkan jumlah, perkembangan, pertumbuhan atau kemajuan sesuatu fenomena seperti aktiviti ekonomi, pengeluaran, import dan sebagainya.

Graf Garisan Mudah25 20 15 10 5 0 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

POLIGRAF Mempunyai ciri-ciri asas yang sama seperti graf garisan mudah. Mengandungi 2 atau lebih garisan yang mewakili cerapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai unit nilai yang sama. Titik-titik yang mewakili cerapan yang berbeza diplot berdasarkan kepada koordinat menegak dan mengufuk, sama seperti graf garisan mudah. Setiap garisan yang mewakili satu cerapan perlu dibezakan di antara satu dengan yang lain. Salah satu cara yang mudah untuk menunjukkan perbezaan ialah dengan menggunakan warna.

Warna yang terang/pekat lazimnya digunakan untuk mewakili perkara yang ingin ditonjolkan Jika garisan yang dihasilkan adalah banyak, salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan mengubah bentuk atau ketebalan garisan graf berkenaan Mempunyai kegunaan yang sama dengan graf garisan mudah Poligraf mampu memberi gambaran yang jelas untuk membuat perbandingan ciri-ciri antara dua atau lebih perkara. Ianya juga boleh menunjukkan titk perseimbangan, titik pertumbuhan, menunjukkan lebihan serta kekurangan bagi perkara-perkara yang berkaitan.

Poligraf45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 1 960 19 6 5 1 97 0 1 975 1 98 0G e ta h

19 8 5

1 9 90

1 9 95Ko ko

2 0 00

K e la p a sa w it

Ka yu b a la k

POLIGRAF TIGA PAKSI Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan poligraf Mempunyai 2 atau lebih garisan yang mewakili cerapan atau perkara yang berbeza-beza dan juga mempunyai nilai cerapan yang berbeza Graf ini mempunyai nilai paksi mendatar (Paksi X) yang mewakili tempoh masa tertentu Mempunya 2 paksi menegak (Paksi Y) di sebelah kiri dan kanan yang bagi 2 cerapan yang berbeza Contoh paksi kiri = Jumlah pengeluaran untuk ladang dan pekebun kecil bagi tanaman getah

Paksi kanan = jumlah keluasan bagi ladang dan kebun kecil yang ditanan dengan getah Graf jenis ini sesuai untuk menunjukkan perhubungan antara tiga perkara yang saling berkaitan iaitu jangka masa, keluasan dan pengeluaran. Ianya juga sesuai untuk membuat perbandingan dari segi perkembangan dan perbezaan di antara dua sektor/perkara yang saling bersaingan seperti sektor import dengan sektor eksport, perbelanjaan dengan pendapatan dan sebagainya.

25000

Poligraf Tiga PaksiB

160 140

20000 120 15000

A 100 D 80

10000

60

5000

C 4020

0 1950 1955 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000

0

A Luas estet C Luas kebun

B Pengeluaran estet D Pengeluaran kebun

GRAF MAJMUK MENOKOK Mempunyai paksi yang serupa dengan graf garisan Setiap komponen di dalam sesuatu tempoh (contoh satu bulan) akan ditambah/ditokok dengan nilainilai sebelumnya. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai bagi setiap bahagian di dalam satu komponen data/maklumat (contohnya Jum. Perbelanjaan bulanan = makanan + pakaian + pengangkutan + pendidikan + simpanan + lain-lain perbelanjaan) Setiap bahagian/ruangan akan diwarna/lorek secara berbeza-beza bagi menunjukkan perbezaan setiap nilai.

Graf Majmuk Menokok

1200 1000 800 600 400 200 0 Jan Feb M ac A p r il M ei Jun J u la i O g o s

M a k a n a nP e n g a n g k u t a ne n d i d ik a n im p a n a nL a i n - l a in P S

GRAF LOGARITMA Logaritma (log) merupakan kuasa berganda 10. Contohnya log 10 = 1, log 100 = 2, log 100,000 = 5 Lazimnya skala menegak diplot dengan skala biasa, tetapi untuk nila yang mempunyai julat yang terlampau besar, contohnya 5,000,000, maka skala biasa tidak mampu untuk memplot nilai berkenaan. Nilai tersebut akan diplotkan dalam skala logaritma dengan nilai 1,10,100,10000, 100000, 1000000 dan seterusnya. Terdapat kertas graf yang khas untuk melukis graf logaritma. Pemilihan skala logaritma adalah bergantung kepada nilai yang ingin dikemukakan.

Graf Logaritma100000000Pe m buatan

10000000 1000000 100000 10000 1000Pe r lom bongan

Pe r k hidm atan

100 10Pe r tanian

11960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN GRAF GARISAN Tidak terdapat langkah yang khusus untuk menghasilkan jenis-jenis graf garisan Pengalaman dan kebolehan seseorang untuk melukis, mengnalisis data dan mempersembahkan data tersebut ke bentuk grafik akan menentukan mutu graf yang di hasilkan. Secara umum beberapa langkan yang boleh dijadikan panduan asas untuk menghasilkan graf garisan ialah:

Menganalisis data/maklumat yang diberikan Menentukan unit dan pembolehubah yang diperlukan Menentukan skala yang sesuai (nilai min/mak) Lukis paksi menegak dan mendatar (bergantung kepada saiz kertas) Membina garisan-garisan Melukis simbol dan petunjuk Membina tajuk rajah Menulis sumber Melukis bingkai (jika perlu) Membuat semakan/pembetulan/kemasan terhadap rajah yang dihasilkan

4000 3500 3000 2500 2000

Jumlah (000 ekor)3600 3000

2350

17001500 1000 500

1500 1100 480 200

1400 1000 650 1801996

1200 800 400 1701999

600 2001997

450 2501998

0 1995

le mb u

ke rb au

kamb in g

b e b iri

JENIS-JENIS CARTA

CARTA Merupakan satu medium kartografi yang selalu digunakan untuk mempersembahkan data Seperti mana graf, carta perlu disesuaikan dengan jenis data supaya matlamat proses kartografi dapat dicapai. Apabila data dianalisis, persoalan berikut selalu dikemukakan iaitu:i. ii. iii. iv. Apa yang paling penting? Bagaimana sesuatu fenomena berubah? Apakah yang akan terjadi? Bagaimana kesan arah aliran yang terjadi?

Setiap soalan akan memberi implikasi tentang kaedah yang paling asas untuk menghasilkan carta iaitu membuat perbandingan data. Perbanding data boleh dibuat terhadap sesuatu fenomena yang ingin diterangakan (contohnya pertumbuhan ekonomi) pada satu masa tertentu atau pada masa-masa yang berbeza. Dalam proses membentuk carta, matlamat terakhir carta berkenaan ialah dapat mempersembahkan hasil daripada perbandingan yang paling bekesan dan seterusnya dapat menerangkan situasi fenomena yang ingin dikemukakan. Perbandingan data merupakan asas kepada proses pembentukan carta

JENIS - JENIS CARTA Carta bar mudah Carta bar kompaun Carta bar komponen (jumlah) Carta bar komponen (jumlah) Carta bar bertindan Carta bar terapung Carta bar dan keluk (satu paksi) Carta bar dan keluk (dua paksi) Carta bar memesong Carta piramid

Carta pai mudah Carta pai berbanding Carta pai bertindih Carta pai bertingkat

Setiap jenis carta mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing-masing bagi menerangkan sesuatu fenomena Kesilapan memilih jenis carta akan menyebabkan maklumat yang ingin diterangkan menjadi tidak jelas, hilang dan boleh mengelirukan pengguna Analisis perbandingan perlu dilaksanakan sebelum memilih sesuatu jenis carta.

CARTA BAR MUDAH Berbentuk turus atau bar yang saling berpisah antara satu sama lain Mempunyai dua jenis iaitu carta bar menegak (carta turus) dan carta bar mendatar (carta bar) Setiap bar mesti dilorek/warna dengan menggunakan warna yang sama kerana mewakili satu perkara/fenomena sahaja Skala unit/ukuran fenomena/perkara yang dikaji mestilah berkadaran tetap 10,20,30,40,50,.. Ianya sesuai untuk menjelaskan satu perkara/fenomena di dalam satu siri masa/tempoh tertentu sahaja.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar mudah Tidak terdapat satu cara yang khusus Saiz dan rekabentuk bergantung kepada data, jenis kertas, masa yang diperuntukan dan tujuan carta berkenaan dihasilkan Langkah berikut boleh dijadikan panduan - Menentukan skala (nilai minimum dan maksimum) - Melukis paksi X dan Y - Menentukan unit bagi setiap bar/turus - Melukis turus atau bar - Mewarna atau melorek turus atau bar (1 warna) - Menulis tajuk, petunjuk dan sumber

Carta bar turus9 8 7 6 5 4 3 2 1 0Ah a d Isn in S e la sa Ra b u Kh a m is Ju m a a t S a b tu

Carta bar menegakSabtu Jumaat Khamis Rabu Selasa Isnin Ahad 0 20 40 60 80 100

CARTA BAR KOMPAUN Mengandungi bebrapa kelompok turus/bar yang mewakili sesuatu fenomena/perkara yang berbeza Mempunyai dua jenis iaitu carta kompoun menegak dan carta kompoun mendatar Setiap bar mesti diwarnakan dengan warna yang berlainan untuk menunjukkan perbezaan Ianya sesuai untuk menenrangkan satu fenomena yang mempunyai ciri-ciri atau perkaitan yang berbeza dalam satu siri masa/tempoh tertentu Contohnya pengeluaran kelapa sawit mengikut zon Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dari tahun 1950 hingga 1990

Langkah-langkah membuat carta bar kompaun Hampir sama dengan langkah-langkah menghasilkan carta bar mudah Skala ditentukan berdasarkan kepada komponen yang mempunyai nilai yang paling banyak Saiz setiap bar dan jarak di antara bar ditentukan oleh jumlah keseluruhan komponen Corak warna atau lorekan mestilah dibezakan bagi setiap komponen supaya setiap komponen mudah untuk dikenal pasti Jarak antara kolompok komponen dengan kelompok yang lain mestilah berkadaran tetap

Carta bar kompaun50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 1950 1960 1970 1980 1990

CARTA BAR KOMPONEN (JUMLAH) Mengandungi beberapa bar yang saling berpisah antara satu sama lain Setiap bar dibahagikan kepada komponenkomponen tertentu yang mewakili sesuatu fenomena/perkara Setiap bar diplot mengikut jumlah/nilai mutlak fenomena/perkara yang dikaji Setiap komponen diwarnakan secara berasingan bagi menunjukkan perbezaan Ianya sesuai untuk menunjukan perbezaan, pertumbuhan atau jumlah sesuatu komponen di dalam sesuatu fenomena dalam siri masa tertentu

Langkah-langkah menghasilkan carta bar komponen (jumlah) Hampir sama dengan carta-carta sebelumnya iaitu: - Mengira jumlah bagi setiap perkara/fenomena - Menentukan skala (nilai maksimum dan minimum) - Menentukan unit bagi setiap komponen - Membina turus atau bar - Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan) - Melukis petunjuk - Membuat tajuk rajah - Menulis sumber - Membuat semakan terhadap rajah

Carta bar komponen (jumlah)160000 140000 120000 100000 80000 60000 40000 20000 0 1997 1998 1999 2000 2001

L a i n -l a i n Ragut C u r i k e r e ta P e c a h ru m a h

C u r i m o to si k a

CARTA BAR KOMPONEN (PERATUS) Hampir sama dengan carta bar komponen (jumlah) Setiap bar dibahagikan kepada saiz reletif setiap komponen tanpa mengambil kira jumlah nilai mutlak fenomena/perkara yang dikaji. Setiap fenomena dianggap sebagai mempunyai nilai 100 % dan setiap komponen akan diplot berdasarkan kepada peratusan nilai komponen berkenaan daripada jumlah keseluruhan fenomena yang dikaji Carta ini lebih mudah digunakan untuk tujuan perbandingan tetapi tidak dapat melihat jumlah keseluruhan sesuatu fenomena di dalam satu siri masa/tempoh tertentu.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar komponen (peratus) Hampir sama dengan carta komponen jumlah : - Mengira % bagi setiap perkara/fenomena - Menentukan skala - Menentukan unit bagi setiap komponen - Membina turus atau bar - Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan) - Melukis petunjuk - Membuat tajuk rajah - Menulis sumber - Membuat semakan terhadap rajah

Carta bar komponen (peratus)100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 1970 1980 1985 1990

Pengeluaran Pertanian Perkhidmatan Jurujual Perkeranian Pentadbiran Profesional

CARTA BAR BERTINDIH Mempunyai bar yang saling bertindan di antara satu sama lain Turus yang menggambarkan nilai yang paling tinggi akan terletak di bahagian belakang Ianya sangat berkesan untuk menunjukkan perbezaan khususnya perbezaan siri masa/tempoh Pertindihan bar boleh menjimatkan ruang terutamanya apabila melibatkan data yang mempunyai komponen yang banyak atau siri masa atau tempoh yang panjang Saiz bar yang terletak di bahagian hadapan mudah mengelirukan pengguna kerana saiznya lebih kecil.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar bertindih Menentukan skala Menentukan saiz setiap bar Menentukan unit bagi setiap komponen Melukis turus/bar Mewarna/melorek turus/bar Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

30

Carta bar bertindih

25

20

15

10

5 0 1980 1990 2000

CARTA BAR MEMESONG Digunakan untuk mewakili data yang mempunyai nilai positif dan negatif Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus yang menghala ke atas paksi X Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus yang menghala ke bawah paksi X Carta ini sesuai untuk menjelaskan data-data seperti pertumbuhan ekonomi, perubahan mata wang, perubahan nilai saham, import, eksport, KDNK dan sebagainya Ianya juga sesuai untuk menunjukkan perubahan dan membuat perbandingan mengikut tempoh/siri masa tertentu

Langkah-langkah menghasilkan carta bar memesong

Melukis paksi X dan paksi Y Menentukan skala Menentukan unit bagi setiap komponen Melukis turus/bar Mewarna/melorek turus/bar Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

6

Carta bar memesong

4

2

0

-2

-4

-61990 1992Pound

1994Euro Yen

1996

1998

CARTA BAR TERAPUNG Bar atau turus dalam carta ini kelihatan seolah-olah terapung kerana ianya tidak mencecah paksi X atau paksi Y Ini adalah kerana setiap nilai yang mewakili setiap fenomena/perkara tidak bermula dengan sifar tetapi melebihi sifar Tapak dan puncak setiap bar akan mewakili nilai minimum dan maksimum sesuatu fenomena Ianya sesuai untuk menggambarkan perbezaan nilai minimum dan maksimum seperti nilai saham, nilai matawang, perubahan harga, perubahan permintaan dan sebagainya di dalam tempoh masa.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar terapung

Menentukan skala Menentukan nilai minimum dan maksimum bagi setiap komponen Melukis bar Mewarna/melorek bar (warna sama) Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

Carta bar terapungAS C CDA FAQ BELL GGE UM C 50 100 150 200 250 300 350 400 450 500

Harga saham syarikat terpilih pada tahun 1998

CARTA PIRAMID Terdiri daripada bar mendatar yang disusun berlapis-lapis di atas satu sama lain sehingga membentuk satu gambaran seperti piramid. Setiap piramid mempunyai 2 skala di kiri dan kanan yang seragam Ketebalan setiap lapisan bar boleh mempengaruhi kesan pengamatan/penglihatan seseorang Untuk menentukan ketinggian piramid seimbang dengan lebarnya, 2 perkara perlu dipertimbangkan, - Bilangan lapisan bar yang akan dilukis - Ukuran bar yang maksimum

Jika bilangan bar yang handak dilukis lebih daripada lima, maka ketebalan setiap bar haruslah tidak lebih daripada 1/10 atau 0.1 daripada ukuran mengufuk bar yang paling panjang Contohnya ukuran bar yang paling panjang ialah 20 cm, maka lebar setiap bar mestilah tidak lebih daripada 2 cm. Jika lapasan bar yang ingin dilukis kurang daripada 5, maka ketebalan setiap bar perlu ditingkatkan supaya piramid yang dihasilkan akan kelihatan lebih seimbang dan menarik Carta piramid selalu digunakan untuk jumlah dan komposisi penduduk, pekerjaan, pencapaian pelajaran, pendapatan dan sebagainya.

Langkah-langkah menghasilkan carta piramid Menentukan skala Menentukan ukuran bar yang maksimum Menentukan bilangan lapisan bar yang diperlukan Menentukan ketebalan bagi setiap bar Menentukan unit bagi setiap komponen Melukis bar Mewarna/melorek bar (sama/berbeza) Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

Carta piramid90++ 80-90 th 70-80 th 60-70th 50-60 th 40-50 th 30-40 th 20-30 th 10-20 th 0-10 th

-40

-30

-20

-10

0

10

20

30

40

Lelaki

Perempuan

CARTA BAR DAN GARISAN 1 PAKSI Kombinasi antara carta bar dengan graf garisan Digunakan untuk menerangkan dua perkara atau fenomena yang berbeza Kedua-dua fenomena/perkara ini mempunyai unit ukuran/skala yang sama Ianya sesuai jika ingin menunjukan perbezaan, persamaan atau membuat perbandingan dalam jumlah atau pertumbuhan di antara dua fenomena Selalu digunakan untuk menunjukkan dua fenomena yang saling berkaitan atau yang terlalu kontra di antara satu sama lain.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar dan graf garisan satu paksi Menentukan skala Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan garisan Menentukan unit bagi setiap bar Melukis bar dan titik plotan Mewarna/melorek bar dan garisan Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

Carta bar dan garisan 1 paksi60000

50000

40000

30000

20000

10000

0 1990 1992 1994 Pendapatan 1996 Perbelanjaan 2000 2002

CARTA BAR DAN GARISAN 2 PAKSI Kombinasi antara carta bar dengan graf garisan Digunakan untuk menerangkan dua atau lebih perkara atau fenomena yang berbeza Setiap fenomena/perkara mestilah mempunyai 2 unit ukuran atau skala sahaja (tidak boleh > 2 ) iaitu di paksi kiri dan kanan carta berkenaan Carta ini boleh menggabungkan antara lain: - Graf garisan mudah dengan carta bar mudah - Poligraf dengan carta bar kompoun - Graf garisan dengan carta bar memesong - Graf garisan dengan carta bar komponen dll.

Sesuai untuk menjelaskan banyak fenomena sama ada membuat perbandingan dari segi jumlah, pertumbuhan, aliran dan sebagainya Penjelasan atau petunjuk yang bersesuaian perlu dinyatakan untuk mengelakkan kekeliruan Penentuan skala adalah bergantung kepada nilai maksimum bagi setiap komponen di skala kiri dan skalan kanan Penentukan skala dan juga warna/corak lorekan bergantung kepada saiz kertas yang digunakan, masa yang diperuntukan dan tujuan carta berkenaan dihasilkan Tajuk mestilah jelas dan dapat menerangkan keseluruhan data/maklumat, tetapi handaklah ringkas dan padat.

Langkah-langkah menghasilkan carta bar dan graf garisan 2 paksi Menentukan skala di paksi kiri dan kanan Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan garisan Menentukan unit bagi setiap bar Melukis bar dan titik plotan Mewarna/melorek bar dan garisan Membina tajuk Menulis petunjuk Membuat semakkan terhadap rajah

Carta bar dan garisan 2 paksi100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 4 3 2 1 0 9 8 7 6 5

1980

1985 Eksport

1990 Tempatan

1995

2000 Pertumbuhan

2005

CARTA PAI

CARTA PAI Carta pai ini berbentuk bulatan penuh 3600 Setiap bulatan dibahagikan kepada beberapa komponen berdasarkan kepada data yang diberikan. Sudut setiap komponen dikira dengan formula berikut: Sudut = Jumlah sektor x 3600 Jumlah keseluruhan Jejari bulatan pula dikira dengan formula berikut: Jejari = Jumlah keseluruhan

Kebiasaannya susunan pembahagian sudut sektorsektor bermula daripada jumlah terbesar kepada yang kecil Jumlah peratus hendaklah ditulis pada setiap sektor (jumlah jarang ditulis kecuali kes-kes tertentu) Setiap sektor akan dilorek atau diwarna secara berbeza-beza untuk memudahkan data/maklumat dikenalpasti antara satu dengan yang lain Jumlah keseluruhan akan dinyatakan di bahagian bawah carta pai Untuk menghasilkan carta pai yang berkesan, bilangan komponen biasanya tidak lebih daripada 5 kecuali kes-kes tertentu sahaja.

Jenis-jenis carta pai Carta pai mudah Carta pai berbanding (2 atau lebih) Carta pai bertindih Carta pai bertingkat Lain-lain Setiap jenis carta pai mempunyai fungsi, kebaikan dan kelemahan masing-masing Jenis data, saiz kertas, masa yang diperuntukan untuk menghasilkan carta pai, kategori kumpulan pengguna dan kehendak soalan akan menentukan jenis carta pai yang akan dipilih.

CARTA PAI MUDAH Mempunyai 1 bulatan penuh 3600. Panjang jejari bergantung kepada jumlah keseluruhan Langkah-langkah menghasilkan carta pai mudah 1. Mengenalpasti sektor-sektor 2. Menentukan sais jejari 3. Menentukan sudut setiap sektor 4. Melukis bulatan penuh 3600 5. Membahagikan bulatan kepada sektor-sektor 6. Melorek/mewarna setiap sektor 7. Menulis peratus setiap sektor 8. Menulis jumlah keseluruhan dibawah bulatan

Contoh carta pai mudah13% 13%

17%

57%

12,345 kg

CARTA PAI BERBANDING Mempunyai 2 bulatan penuh Digunakan untuk membuat perbandingan antara 2 tahun Setiap sektor yang sama akan dilukis mengikut urutan yang sama dan lorekan/warna yang sama Skala untuk carta pai mestilah sama 2 carta pai berkenaan mestilah dilukis pada muka surat/lembaran yang sama( tak boleh dipisahkan) Jejari bulatan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan bagi setiap tahun Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai berbanding adalah sama dengan carta pai mudah

Contoh carta pai berbanding12%13% 13%

31%

17%

19%

57%

1969 = 45289

38%

2005 = 78314

CARTA PAI BERTINDIH Mempunyai 2 bulatan yang dilukis secara bertindih Digunakan untuk membuat perbandingan Bulatan yang mewakili jumlah yang sedikit akan diletakkan dibahagian dalam dan jumlah yang besar akan diletakkan di bahagian luar bulatan Titik tengah bagi 2 bulatan ini ialah sama, 1 titik Saiz bulatan berdasarkan kepada jejari Jumlah keseluruhan ditulis di bawah bulatan Peratus ditulis di setiap sektor Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai bertindih adalah sama dengan carta pai berbanding

Contoh carta pai bertindih1997 199924% 27% 37%

28%

7%

20%

16% 13%

13%

15%

Petroleum

Sawit

Balak

Getah

Industri

1997 = RM 1279 juta 1999 = RM 2018 juta

CARTA PAI BERTINGKAT Berbentuk silinder atau tong Mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian permukaan dan bahagian tepi/tinggi Bahagian permukaan : Biasanya menunjukkan sektor, komoditi,

kumpulan dan sebagainya Berbentuk bulatan penuh seperti carta pai

mudah Nilai peratus dinyatakan pada setiap sektor Setiap sektor diwarnakan/dilorek berbeza-beza

Bahagian tinggi/tepi Selalunya menunjukkan negara, tahun, kaum dan sebagainya Tinggi bahagian tepi biasanya tidak melebihi 10 cm (tinggi yang selalu diguna ialah 10 cm) Pembahagian tinggi bagi setiap bahagian yang digunakan adalah berdasarkan jumlahnya Peratus bagi setiap bahagian ketinggian perlu dinyatakan Lorekan bagi setiap bahagian ketinggian juga adalah berbeza-beza

Jumlah keseluruhan perlu dinyatakan di bahagian bawah carta

Langkah-langkah membuat carta pai bertingkat Menentukan jejajari dan lukis bulatan penuh Kira sudut sektor dan melukis sektor tersebut Warna/lorek setiap sektor Tulis peratus bagi setiap sektor Tentukan skala garisan menegak Tentukan tinggi setiap kumpulan menegak/tepi Melukis tinggi setiap kumpulan menegak Warna/lorek setiap kumpulan menegak Tulis peratus setiap kumpulan menegak Menyatakan jumlah keseluruhan Menulis tajuk, skala, petunjuk dan sumber

Contoh carta pai bertingkat12%

31%

19%

Bumiputra lain38%

India Cina

Mukim C (50%)

Melayu

Mukim B (32%) Mukim A (18%)

Jumlah tahun 2004 : 25,789 orang

JENIS-JENIS CARTA YANG LAINHISTOGRAM Terdiri daripda turus bar yang disusun rapat-rapat Digunakan untuk menunjukkan maklumat tentang kekerapan, pengulangan dan ferekuensi sesuatu perkara/fenomena Maklumat/data tentang perkara/fenomena yang ingin digambarkan melalui graf haruslah dibahagikan kepada nila sela (0-50, 51-100,dll) Setiap bar mesti diwarna/lorek dengan warna yang sama Contoh histogram seperti berikut:

20

Contoh histogram

15

10

5

0 0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60 >>

BULATAN BERKADARAN Terdiri daripada beberapa bulatan penuh Setipa bulatan hanya dapat menggambarkan jumlah sesuatu fenomenan atau selang kelas sesuatu nilai Ianya bukan sahaja dapat menunjukan imbangan saiz dan bandingan ciri, malah selalu digunakan untuk menunjukkan lokasi. Kegunaannya tidak begitu meluas kecuali untuk menggambarkan jumlah sesuatu fenomena khususnya penduduk Ianya juga tidak sesuai untuk menggambarkan nilai yang terlampau besar dan terlampau kecil. Namun mudah dibuat dan ditafsirkan.

Langkah-langkah menghasilkan carta bulatan berkadaran Tentukan nilai setiap pembolehubah Menentukan skala Mengira jejari bulatan bagi setiap pembolehubah Melukis bulatan Mewarna/melorek bulatan Menentukan tajuk, menulis skala dan sumber rujukan Semakkan dan kemasan rajah

Contoh bulatan berkadaran

300 >> 200-299 100-199 < 100

CARTA TITIK Terdiri daripada nilai-nilai yang diplot dengan menggunakan simbol titik, bulatan, segi tiga, tanda pangkah dan sebagainya. Dikenali juga sebagai Gambarajah Sebaran Biasanya digunakan untuk melihat taburan dan perkaitan antara dua perkara Corak titik-titik yang diplot akan menjelaskan sama ada terdapat perkaitan atau sebaliknya Satu garisan atau anak panah akan dilukis untuk menunjukkan corak yag sepatutnya dijangka atau dilihat Contohnya corak dalam persamaan kolerasi

Perhubungan positif300 250 200 150 100 50 0 0 5 10 15 20 25 30 35 40

Perhubungan negatif350 300 250 200 150 100 50 0 0 5 10 15 20 25 30 35 40

Perhubungan keluk350 300 250 200 150 100 50 0 0 5 10 15 20 25 30 35 40

Tiada perhubungan350 300 250 200 150 100 50 0 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45

CARTA SEGI TIGA Berbentuk segi tiga mempunyai paksi yang sama Boleh digunakan untuk menggambarkan data/maklumat yang mempunyai 3 komponen Setiap komponen mesti dinyatakan di dalam peratus Jumlah keseluruhan ketiga-tiga komponen = 100% Nilai setiap komponen diwakili oleh 3 paksi segi tiga Garaf ini amat berkesan untuk menunjukkan data banci, data fizikal, ekonomi dan sebagainya. Contoh, kawasan A mempunyai penduduk yang tediri daripada 50 % Melayu, 25% Cina dan 25% India, maklumat tersebut boleh ditunjukan oleh carta segi 3 seperti berikut:

Melayu

0

50

100%

10 0%

50

Cina0

0

50

India0% 10

Komposisi penduduk di Kawasan A0% 10

0

50

50

10 0%

0 50 100%

0