PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

19
PANDUAN MENANAM TEMBIKAI (Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana) Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:- 1. Istilah Pokok Tembikai dari Wikipedia 2. Penentuan kematangan Buah Tembikai 3. Tembikai Susu (Muskmelon) 4. Spesifikasi Piawaian dan Gred Tembikai 5. Keratan Akhbar: Tembikai Mini BUAH TEMBIKAI Nama Saintifik Famili Asal Nama Lain : : : : Citrullus lunatus Schard Cucurbitaceae Benua Afrika Melikai, Timun Cina atau Semangka VARIETI TEMBIKAI 1. Black Boy Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL. Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam. 2. Sugar Baby Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam. 3. Empire No. 2 Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.

description

Bujur panjang. Berat 4.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 2. Sugar Baby 5. Cina Dragon 3. Empire No. 2 2. Penentuan kematangan Buah 1. Black Boy VARIETI TEMBIKAI 3. Tembikai Susu (Muskmelon) 4. Spesifikasi Piawaian dan Gred Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam. 5. Keratan Akhbar: Tembikai Mini

Transcript of PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Page 1: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

PANDUAN MENANAM TEMBIKAI(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-

 

1. Istilah Pokok Tembikai dari Wikipedia

2. Penentuan kematangan  Buah Tembikai

3. Tembikai Susu (Muskmelon) 4. Spesifikasi Piawaian dan Gred

Tembikai

5. Keratan Akhbar:  Tembikai Mini

BUAH TEMBIKAINama SaintifikFamiliAsalNama Lain

::::

Citrullus lunatus SchardCucurbitaceaeBenua AfrikaMelikai, Timun Cina atau Semangka

VARIETI TEMBIKAI

1. Black BoyBulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL.  Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam. 

2. Sugar BabyBulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji.  Kematangan 65-75 hari selepas menanam. 

3. Empire No. 2Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

4. New DragonBujur panjang.  Berat 5.0 kg.  Manis buah 24-26% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

5. Cina DragonBujur panjang.  Berat 4.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

Page 2: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

6. Fengshan No. 1Bulat.  Berat 10%.  Manis buah 10% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah terang, tanpa biji.  Kematangan antara 65-75 hari selepas menanam. 

7. EmperorBujur panjang.  Berat 5.5 kg.  Manis buah 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam. 

8. Yellow BabyBulat.  Berat 3.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang.  Tempoh kematangan  65-75 hari selepas menanam 

9. Crimson SweetBulat. Berat 6.5 kg.  Kemanisan10.8% JPL.  Jenis baka tulen kulit berbelang hijau tua, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 78-88 hari selepas menanam. 

10. Flower DragonBujur bulat.  Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 55-65 hari selepas menanam. 

11. Super DragonBujur panjang.  Berat 4.00 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.

Nota :  JPL = Jumlah Pepejal Larut. 

Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.  Berikut adalah keperluan asas untuk tanaman tembikai:-

1. IklimMemerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.  Suhu antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelum malam adalah amat sesuai.  Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang.  Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC. 

2. TanahTembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan.  Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai.  Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun.  Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah. 

Page 3: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon.  Kultivar tanpa biji yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi dan mutu buah yang baik.  Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik.

PENANAMAN

Pokok tembikai ditanam dari biji.  Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana  biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.

1. Sistem Tanam TerusDiamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar.  Keperluan biji benih ialah diantara 250-350 gram sehektar.  Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).  Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih selubang.

2. Sistem Semaian (kerek)Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek).  Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari.  Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter.  Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir.  Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.

Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram.  Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah.  Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih.  Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN

1. SungkupanSungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang.  Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai.  Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium. 

2. PemangkasanJalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari.  Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam. 

Page 4: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

3. PembajaanProgram pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:- 

Peringkat Pertumbuhan Masa Jenis baja Kadar/Lubang

  Pertumbuhan awal Menanam tahi ayam (12:12:17:2) 1 - 1.5 kg (50 gm)

  Pengeluaran daun dan  jalar (pertumbangan tampang) 10 hari lepas tanam 12:12:17:2 100 gm

  Pengeluaran bunga, putik dan buah 30 hari lepas tanam 12:12:17:2 100 gm

  Pembesaran buah 45 hari lepas tanam 12:12:17:2 100 gm

  Catatan

 Sebelum tanaman menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih  kurang 30 cm dari pangkal pokok.  Apabila pokok mulai menjalar, baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70 cm dari pangkal pokok.

4.5. Pengairan

Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum.  Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST).  Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.

Sistem Pengairan Jenis Tanah Catatan

Sistem Perenjis Tanah Bris, mineral dan tanah gambut

Dipasang sebelum menanam. Perlukan modal yang tinggi tetapi tahan lama.

Sistem Alur Tanah mineral yang rata dengan sumber air yang banyak

Alur-alur dibuat selebar 30 cm lebar dan 20 cm dalam.

Sistem Titis   Digunakan dalam penanaman menggunakan sungkupan plastik.

Manual  Air diangkut atau dialirkan melalui saluran getah dan dibawa terus ke pokok.

CANTASAN

Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.

PENGUTIPAN HASIL

Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25 hari selepas itu.  Bergantung kepada keadaan cuaca.  Biasanya 4-6 pusingan pengutipan hasil dilakukan.  Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.

Page 5: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI

Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-

Umur PokokFaktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman.  Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal. 

Warna Sulur Paut dan Daun BuahSulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering.  Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang. 

Warna Kulit Buah Yang Bersentuh TanahWarna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang. 

Menjentit BuahBuah matang berbunyi seperti berongga.  Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring. 

Urat Pada JalurBagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang. 

Kekilatan Kulit BuahBuah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat.  Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan.  Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan.  Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak.   

TEMBIKAI WANGI (cucumis melo.L) Nama Botan :  Cucumis melo L.Famili :  CucucrbitaceaeNama Lain :  Honey dew

Berasal dari Afrika Tropika.  Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya licin.  Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna kehijauan oren dan baunnya harum.

Varieti:

Page 6: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Jade Dew (jhibrid)Varieti yang sangat populat masa kini.  Toleran kepada cuaca panas.  Berat ialah 1.3 kg/biji.  

Sun Lady (hibrid)Berat buah 1 kg/biji.  Buahnya keras dan tahan pengangkutan. 

Sky RocketKulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji. 

New CenturyBuahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.

Iklim dan Tanah:Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari.  Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang.  Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit.

Penyediaan Tanah:Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik.  Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.

Membaris dan Menyediakan Lubang:Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris.  INi memberikan sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra.  Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang.

Menanam:Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang.  Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang.  Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang.  Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang.  Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar.

Pengairan:Tembikai wangi sangat peka terhadap air.  Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan.  Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan secara manual.

Pembajaan: 

Pusingan Massa Jenis Baja Kadar Pokok Amaun/Hektar

1234

Sebelum menanam2 minggu4 minggu6 minggu

Baja organan15:15:1512:12:17:212:12:17:2

1 kgf30 g100 g100 g

4 tan120 kg400 kg400 kg

Page 7: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Kawalan Serangga / Penyakit: 

Kutu Daun Lalat Buah Lecuh Antraknos Layu Fuzarium Kulapok Downy

------

Sembur racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran.Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran.Sembur racun kulat Benamyl.Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb.Musnah pokok yasng diserang.  Amalkan sistem tanaman bergilir.Sembur racun Metalaxyl.

Cantasan:

Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.

Pengutipan Hasil:

Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih keras.  Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai dengan pisau.  Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.

PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT(suntingan:  Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)

Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan.  Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah.  Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar.  Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.

Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar.  Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran.  Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji, kepadatan tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji.  Untuk saiz buah yang lebih besar, kepadatan 10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji.  Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa.  Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih.  Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini.  Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:-

Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa. 

Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%. 

Page 8: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras kematangan. 

Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa.   

Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.

Penanaman

Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam.  Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik.  Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi.

Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek.  Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya.  Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam.  Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan.  Dua jenis semaian dipraktikkan, iaitu:-

1. Di bawah teduhanSemaian memerlukan 50% teduhan.  Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari perlu digantikan. 

2. Tanpa teduhanSelepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.

Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok.  Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas.  Biasanya, helaian plastik bersalut aluminium digunakan.

Pembajaan

Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pembajaan Tembikai Wangi

Peringkat Pertumbuhan Umur Pokok Kadar Baja Sepokok(N:P.K.Mg)

Awal Menanam 1 - 1.5 kg. tahi ayam50 gm baja campuran (15:15:15)

Pengeluaran daun dan jalar 10 hari lepas tanam 100 gm baja campuran(12:12:17:2 + zat mikro)

Pengeluaran bunga dan buah 20 hari lepas tanam 100 gm baja campuran(12:12:17:2 + zat mikro)

Page 9: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Pengairan

Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan tampang terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah bermutu.  Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.

PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN

Kutu Daun Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos. 

Kumbang DaunMenyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih.  Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang.  Sembur dengan menggunakan racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja. 

Ulat RatusMenyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja.  Untuk mengawal, sembur dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan. 

Kutu TripsBukan pembawa virus.  Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk.  Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate, methamidophos. 

Lalat BuahMerosakkan buah muda dan masak.  Sembur Deltamethrin,  methamidophos. 

Hamama Merah Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun.  Sembur Docofol, propogite, amitraz.

PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN

Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih.  Anak benih jadi layu kerana pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada tanah yang salirannya tidak memuaskan. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau benomyl.  Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb. 

Layu fusarium (Fusarium oxysproum)Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut.  Pada pokok dewasa ialah satu jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain.  Akhirnya seluruh pokok menjadi layu dan kering.  Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang singkat.  Pastikan saliran yang baik.  Musnah atau bakar pokok yang diserang.  Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah. 

Antraknos (Colletotrichum lagenarium)Bintik berwarna hitam pada daun.  Rawat biji benih dengan racun kulat.  Amalkan

Page 10: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

giliran tanaman.  Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide, propineb, ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb. 

Mozek virus (Virus)Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda.  Pokok menjadi kuning dan terbantut.  Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak.  Musnahkan pokok yang berpenyakit.  Guna varieti rintang dan kawal perumah yang merebakkan penyakit. 

Kulapuk DowniMenyerang daun tua.  Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah diserang. 

Bintik berpusarMenyerang batang, daun dan buah tembikai.  Ia disebarkan melalui hujan dan sistem pengairan.  Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan. 

Hawa batangMenyerang daun, batang dan buah.  Serangan ke atas batang menyebabkan bintik bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah.  Pada daun, tangkai dan batang, bintik berwarna coklat atau kelabu terbentuk.  Sembur dengan racun kulat yang disyorkan. 

GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI Buah tidak bulat bentuknya

- tanah terlalu kering dan kurang baja.  - jangkitan dan serangan perosak yang teruk.- buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok- kacukan tidak sempurna- ada serangan lalat buah 

Buah menjadi retak- faktor varieti- kelembapan tanah berubah secara mendadak- penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak- serangan perosak hamama merah yang teruk 

Buah tidak manis- faktor varieti- pembajaan yang tidak sempurna- serangan perosak dan penyakit yang teruk- suhu rendah ketika buah sedang masak- buah masak ketika musim hujan 

Kulit buah menjadi tebal- faktor varieti- buah terlalu dekat denan pangkal pokok- suhu rendah sewaktu buah masak- buah belum masak 

Isi buah berwarna pucat- faktor varieti-suhu rendah sewaktu buah masak

Page 11: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

- terlalu banyak baja P digunakan 

Buah berongga- faktor varieti- air terlalu banyak ketika buah masak- buah terlalu dekat dengan pangkal pokok

KUTIPAN HASIL

Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx.  Tembikai wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis hakisan granite. 

Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat masak.  Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan buah.  Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis, tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah, akan menyebabkan buah tidak manis.  Ini disebabkan gula yang terdapat dalam buah dibekalkan terus daripada daun.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik adalah seperti berikut:-

Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24 hari selepas bunga kembang.  Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx..  Kemanisan buah akan bertambah sedikit selepas disimpan beberapa hari. 

Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada permukaan buah. 

Warna buah mulai berubah dengan nyata.  Jade Dew biasanya berwarna kehijauan pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang.  Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit. 

Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk.  Buah yang terlalu masak, mudah tanggal daripada tampuk atau tangkainya.  Buah Jade Dew mudah tercerai daripada tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang. 

Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak. 

Bahagian hujung buah agak lembut. 

Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan gugur, sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.

Bagi pengangkutan jauh, buah sesuai dipetik pada peringkat 80% matang, iaitu lebih kurang dua atau tiga hari sebelum peringkat kematangan maksimum dicapai.  

Page 12: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

  Teknologi penanaman padat pengeluaran tembikai wangi oleh MARDI

VARIETI-VARIETI TEMBIKAI

Varieti Bentuk Berat (kg)

Kemanisan Buah (%

JPL)

Anggaran Hasil(tan/ha)

Ciri-ciri Buah

Jangkamasa Matang (Hari

selepas menanam)

Black Boy Bulat 3.0 9.0 18-20 Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. 60-70

Sugar Baby Bulat 4.0 9.0 18-20 Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. 65-75

Empire No. 2 Bujur Panjang 5.5 9.5 24-26

Hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji.

65-75

New Dragon Bujur Panjang 5.0 10.0 24-26

Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji.

65-75

China Dragon Bujur Panjang 4.5 10.5 16-18

Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.

65-75

Fengshan No.1 Bulat 4.0 10.0 18-20 Hibrid, kulit hijau tua, isi merah terang, tanpa biji. 65-75

Emperor Bulat Panjng 5..5 10.5 24-26Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji.

65-75

Yellow Baby Bulat 3.5 10.5 20-23Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang.

65-75

Crimson Sweet Bulat 6.5 10.8 30-32 Baka tulen kulit berbelang hijau tua, isi merah, berbiji. 78-88

Flower Dragon Bujur Bulat 4.0 10.0 18-20Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.

55-65

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris Linn) yang berbentuk bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya.  Di Malaysia ia dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina.  Spesifikasi berikut menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia.

Tidak MatangKematangan < 60%.  Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran. 

Page 13: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Cukup MatangKematangan 70-80%.  Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang sewajarnya.  Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix.  Warna isi menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih, rangup, pejal dan berjus, serta tidak liat atau kenyal. 

Terlalu MasakKematangan > 90%.  Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup, bertekstur benyek / lembik serta lecap (water soaked).  Rasa agak tawar kemasaman, bangar dan kurang enak.  Warna merah kehitaman dan tidak cerah.  Tidak sesuai untuk pasaran.

PENGELASAN GRED DAN SAIZ  

Gred Ketentuan Kelonggaran (Maksimum)

1

Varieti yang sama, kandungan bahan pepejal larut > 10o Brix.  Tahap kematangan yang seragam (cukup matang).Kerosakan.Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor, lebam, isi berongga)Saiz yang seragam (berat > 5.0 kg)

5%5%

10%10%

2

Varieti yang sama.Tahap kematangan yang seragam (cukup matang).Kerosakan.Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor, lebam, isi berongga)Saiz yang seragam (berat > 5.0 kg)

5%15%10%10%

Luar Gred Buah yang tidak mempunyai ciri-ciri gred 1 dan 2.  

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Pembungkusan

Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg. 

Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah statistik yang

Page 14: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

dipersetujui. 

KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING)

Tujuan:

1. Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi. 2. Untuk pertumbuhan yang seragam.

Keperluan peralatan dan bahan:

1. Tray plastik mengikut keperluan 2. Media semaian 3. Pam galas 4. Guni jalur / kain 5. Plastik silvershine / plastik hitam 6. Penggalak percambahan seperti Amino Asid, Astonik dan lain-lain 7. Racun kulat seperti Thiram 8. Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar) 9. Air bancuhan racun serangga 10. Rumah teduhan

Proses / Kaedah:

1. Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit. 2. Tos dan keringkan. 3. Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram. 4. Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit. 5. Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring. 6. Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media

dan ratakan. 7. Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab.

  8. Susun tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak melebihi

0.6 m tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih. 

9. Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam, dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku.  (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan berlaku). 

10. Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi.  Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam).  Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja (60 jam). 

11. Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak. 12. Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya.

Page 15: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Proses selepas membuka bungkusan:

1. Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang (100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok.  Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan.  Sekiranya hujan, letakkan di bawah lindungan. 

2. Siram dua kali sehari pagi dan petang. 

3. Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4-5 hari selepas dibuka).