Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem Permohonan Kemasukan ...€¦ · 1. Sila rujuk bahagian –...

15
1 Tingkatan Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem Permohonan Kemasukan ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang Tingkatan 1 2021 – Tahfiz Profesional

Transcript of Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem Permohonan Kemasukan ...€¦ · 1. Sila rujuk bahagian –...

  • 1 Tingkatan

    Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem

    Permohonan Kemasukan ke Maahad

    Tahfiz Negeri Pahang Tingkatan 1 2021

    – Tahfiz Profesional

  • ALIRAN PROSES PERMOHONAN SECARA ONLINE

    ISI BORANG PERMOHONAN

    ONLINE

    HANTAR BORANG

    PERMOHONAN

    JALANI UJIAN IQ ONLINE

    (MASA : 1 JAM 30 MINIT)

    SELESAI PERMOHONAN

  • 1. Sila rujuk bahagian – PERMOHONAN KEMASUKAN TAHFIZ PROFESIONAL TINGKATAN 1 2021

    2. Terdapat 4 menu utama yang berkaitan dengan sistem permohonan :-

    i. PANDUAN : Untuk mendapatkan panduan mengisi borang permohonan

    ii. SYARAT : Untuk mendapatkan syarat kemasukan ke MTNP Tahfiz Profesional Tingkatan 1 2021

    iii. PERMOHONAN : Untuk mengisi borang permohonan atas talian

    iv. SEMAKAN : Untuk semakan berkaitan permohonan yang telah dimohon

    3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada pautan – PERMOHONAN

  • Melalui portal Maahad Tahfiz Negeri Pahang atau

    Melalui Sistem Kampus – ASIS, klik pada pautan - Pendaftaran

    4. Menu utama permohonan diberikan kepada 3 kategori :- (Sila rujuk syarat untuk lebih lanjut)

    i. Program Tajaan Penuh : Permohonan dengan gaji seisi keluarga dibawah RM 8,000.00

    ii. Program Tajaan Bersyarat : Permohonan dengan gaji seisi keluagar melebihi RM 8,000.00 dan

    dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00 setiap bulan

    iii. Program Pembiayaan Sendiri : Permohonan tidak mencukupi syarat-syarat tajaan

    5. Syarat permohonan akan dipaparkan dan sila klik pada (SETUJU). Klik (Teruskan) untuk selanjutnya

  • 6. Sila lengkapkan maklumat pelajar berkaitan sekolah, nama dan maklumat berkaitan ke dalam ruangan yang

    disediakan dan klik (Teruskan).

    Peringatan.

    a. Sila pastikan Nombor KP mengikut format yang dikehendaki (Cth :880101060101).

    b. Nombor telefon bimbit yang dimasukkan mestilah nombor yang masih aktif untuk urusan makluman

    melalui sms.

    c. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.

    7. Lengkapkan maklumat ibubapa di ruangan yang disediakan dan klik (Teruskan).

    Perhatian.

  • a. Pastikan no KP mengikut format yang dikehendaki (Cth :880101060101).

    b. Bagi ruangan maklumat ibu, sila klik suri rumah jika ibu tidak bekerja.

    c. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.

    d. Sila masukkan gaji kasar ibubapa/penjaga pemohon

    8. Lengkapkan nama sekolah terdahulu dan maklumat Peperiksaan Akademik berpandukan kepada Peperiksaan

    Akhir Tahun Darjah 5 Tahun 2019 dan klik (Teruskan).

    Perhatian.

    a. Senarai subjek yang disenarai pendek sahaja perlu dimasukkan gred yang diperolehi

    b. Minimum kelayakan ialah dengan mendapat 2A dan lulus semua mata pelajaran

    9. Sila lengkapkan maklumat kokurikulum berkaitan kepimpinan, jenis sukan, badan uniform dan kelas yang

    diwakili pemohon. Jika mendapat pencapaian khas sila isikan dan klik (Teruskan).

  • 10. Lengkapkan maklumat berkaitan tanggungan seisi keluarga merangkumi nama, pendidikan dan tahun

    dilahirkan. Sila klik (Teruskan).

    11. Sila masukkan maklumat untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan. Isikan nama dan hubungan dengan

    pemohon. Seterusnya klik (Teruskan).

  • 12. Sila berikan maklumat penyakit atau alahan untuk makluman pihak MTNP. Isikan maklumat tambahan jika

    pemohon berkaitan. Klik (Teruskan).

  • PENTING BUAT PEMOHON :

    13. Sebelum pengesahan disahkan benar, pemohon dikehendaki menjalani UJIAN IQ secara atas talian. Klik pada

    pautan (KLIK SINI), paparan seterusnya akan meminta pemohon untuk mengisi maklumat email yang sah bagi

    mendapatkan pautan UJIAN IQ.

    Perhatian.

    i. Pastikan talian internet adalah stabil. Ujian hanya boleh dijalankan sekali sahaja bagi setiap pemohon

    ii. Jika menjawab ujian sebelum tamat tempoh, pemohon boleh terus klik pada (Submit) dan kembali

    kepada borang permohonan seperti di para 14

    iii. Jika menjawab ujian selepas tempoh tamat tempoh, pemohon tidak akan dapat meneruskan soalan-

    soalan seterusnya. Markah akan direkodkan dan pemohon boleh meneruskan pengesahan

    permohonan seperti di para 14.

    Sila buka email yang telah di daftarkan dan semak di dalam ‘INBOX’.

  • Pastikan pemohon telah bersedia untuk menjawab, dan klik pada (Open the form) untuk menjalani ujian IQ.

    Sila baca arahan dan klik (Next) untuk meneruskan ujian

  • Sila masukkan butiran-butiran berikut dengan tepat

    iv. Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan)

    v. No Kad Pengenalan (tanpa -, Cth : 800101065141)

    vi. No telefon yang sah danboleh dihubungi

    vii. Alamat rumah

  • Nota : Untuk Ujian IQ anda dibenarkan menggunakan kalkulator jika perlu

    14. Setelah selesai menjalani ujian IQ.pengesahan permohonan adalah peringkat akhir pengisian borang. Pastikan

    maklumat yang diisi adalah benar dan pihak MTNP berhak menolak jika didapati terdapat keraguan dalam

    maklumat yang diberikan. Klik pada (Pengesahan) dan seterusnya klik pada (Hantar Permohonan Ini).

    Sistem akan memaklumkan no rujukan dan pemohon boleh mencetak maklumat bagi tujuan rujukan. Kemaskini

    dibenarkan sebanyak 3 kali jika terdapat kesilapan dengan menggunakan no kad pengenalan (KP) Pemohon.

  • SEMAKAN PERMOHONAN (UNTUK KEMASKINI / PERTANYAAN STATUS PERMOHONAN)

    Klik pada (PRMOHONAN TINGKATAN 1 SESI 2021) di portal utama www.tahfizpahang.edu.my

    Pada menu utama pengambilan tingkatan 1 klik pada pautan (SEMAKAN), Rujuk para 2.

    http://www.tahfizpahang.edu.my/

  • Sila isikan no KP pemohon dan klik (Submit)

    Pemohon boleh mengemaskini maklumat jika di bahagian (Edit) memaparkan Profile (Edit)

    Untuk meneruskan kemaskini klik (Profile (Edit))

    Paparan akan memaparkan borang permohonan online, rujuk manual permohonan online jika memerlukan

    bantuan.

  • Status permohonan dikategorikan kepada berikut :

    viii. TEMUDUGA : Pemohon yang mencukupi syarat dan surat tawaran temuduga

    dimaklumkan.

    ix. GAGAL TEMUDUGA : Pemohon tidak mencukupi syarat

    Paparan TEMUDUGA bagi yang mencukupi syarat, untuk mencetak surat tawaran, sila klik (Tawaran Temuduga)

    Paparan GAGAL TEMUDUGA jika pemohon tidak mencukupi syarat kemasukkan