PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS...

6
1 PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN 1. KAEDAH MEREKOD PERANCANGAN PENYERTAAN PROGRAM LATIHAN 1.1 Setiap pegawai perlu merekod perancangan program latihan di dalam ruangan yang disediakan. Rekod program latihan yang dirancang adalah untuk sepanjang tahun semasa. 1.2 Kaedah pengisian adalah seperti berikut: i. Kursus Dalaman - Isikan nama kursus yang dirancang dan bilangan hari di ruangan yang berkaitan. ii. Kursus Luar Jabatan - Masukkan bilangan hari/jam bagi kursus Luar Jabatan yang dirancang. iii. Kursus Luar Negara - Masukkan bilangan hari bagi kursus Luar Negara (jika berkaitan). iv. Sesi Pembelajaran - Masukkan bilangan jam bagi Sesi Pembelajaran yang dirancang. v. Pembelajaran Kendiri - Masukkan bilangan jam bagi Pembelajaran Kendiri yang dirancang. 1.3 Perancangan program Latihan yang dibuat perlu disahkan oleh Pegawai Penyelia.

Transcript of PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS...

Page 1: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN

1. KAEDAH MEREKOD PERANCANGAN PENYERTAAN PROGRAM LATIHAN 1.1 Setiap pegawai perlu merekod perancangan program latihan di dalam ruangan yang disediakan. Rekod program latihan yang dirancang adalah untuk sepanjang tahun semasa. 1.2 Kaedah pengisian adalah seperti berikut: i. Kursus Dalaman - Isikan nama kursus yang dirancang dan bilangan hari di ruangan yang berkaitan. ii. Kursus Luar Jabatan - Masukkan bilangan hari/jam bagi kursus Luar Jabatan yang dirancang. iii. Kursus Luar Negara - Masukkan bilangan hari bagi kursus Luar Negara (jika berkaitan). iv. Sesi Pembelajaran - Masukkan bilangan jam bagi Sesi Pembelajaran yang dirancang. v. Pembelajaran Kendiri - Masukkan bilangan jam bagi Pembelajaran Kendiri yang dirancang.

1.3 Perancangan program Latihan yang dibuat perlu disahkan oleh Pegawai Penyelia.

Page 2: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

2. KAEDAH MEREKOD KEHADIRAN

2.1 Setiap pegawai perlu mencatatkan kehadiran program latihan yang diikuti ke dalam Log Latihan.

2.2 Untuk tujuan rekod Log Latihan, pengelasan program latihan dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:

NO. PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN

1.

Latihan Definisi: Aktiviti Latihan anjuran Jabatan, Program, Bahagian, JP Negeri atau Agensi Luar di dalam dan luar Negara yang dijalankan selama enam (6) jam atau lebih secara bersemuka dan berterusan. Contoh jenis aktiviti: Kursus, Seminar, Konvensyen, Bengkel, Forum, Simposium dan Persidangan Latihan Dalaman

- Aktiviti latihan yang dianjurkan oleh Institut Latihan Statistik Malaysia

(ILSM). - Aktiviti latihan yang dianjurkan oleh Bahagian/JP Negeri di bawah

pemakluman ILSM.

Latihan Luar Jabatan - Aktiviti latihan yang dianjurkan oleh agensi luar Jabatan sama ada

agensi kerajaan seperti INTAN, JAKIM, JPM dan sebagainya serta agensi swasta.

Latihan Luar Negara

- Aktiviti latihan di luar negara yang dianjurkan oleh agensi seperti UNSD,

UNSIAP dan sebagainya termasuk bertugas di luar negara kerana menghadiri mesyuarat.

Pengecualian: Sebarang taklimat berkenaan Butiran Perkara yang dianjurkan oleh Bahagian/JP Negeri,walaupun melebihi enam (6) jam, perlu dilaporkan di bawah Sesi Pembelajaran.

Page 3: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

NO. PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN

2.

Sesi Pembelajaran Definisi: Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka (terdiri daripada pengajar dan pelajar) anjuran Jabatan, Program, Bahagian, JP Negeri, Pejabat Operasi, Seksyen, Unit dan Agensi Luar yang tempohnya kurang daripada enam (6) jam. Contoh jenis aktiviti:

i. Sesi Perkongsian Ilmu (KSS) di peringkat Jabatan, Program, Bahagian, ii. JP Negeri, Pejabat Operasi, Seksyen dan Unit. iii. Taklimat Penyiasatan Bahagian / JP Negeri iv. Program Bicara. v. Program “Executive Talk” anjuran Jabatan, INTAN atau program yang

seumpamanya. vi. Perhimpunan Bulanan Jabatan, Program, Bahagian dan JP Negeri. vii. Pertemuan Mentor dan Mentee. viii. Sesi Perbincangan/Perkongsian Idea Pengurusan Tertinggi/Tetamu ix. Jemputan Khas. x. Pembentangan Kertas Kerja. xi. Sesi Kaunseling Perkembangan. xii. Menyampaikan ceramah.

3. Pembelajaran Kendiri Definisi: Sebarang aktiviti pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas usaha sendiri. Aktiviti ini boleh melibatkan pembelajaran secara bersemuka dan tidak bersemuka (online). Untuk diambil kira di dalam Log Latihan, pegawai yang terlibat dengan pembelajaran kendiri perlu mendapatkan persetujuan Pegawai Penyelia dan membentangkan hasil daripada pembelajaran kendiri tersebut. Seorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah (KPP) atau Pegawai Pengesah Latihan (PPL) perlu hadir bagi mengiktiraf sesi tersebut sebagai satu (1) hari berkursus. Contoh jenis aktiviti: i. Pembelajaran melalui portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) -

www.epsa.intan.my

Page 4: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

NO. PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN

ii. Pembelajaran melalui portal e-pembelajaran lain yang diiktiraf oleh

Jabatan/Kerajaan. iii. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-

HRMIS). iv. Pembacaan buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

(buku atau e-book). v. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan Kajian dan lain-lain bahan ilmiah

secara fizikal atau maya (virtual).

3. KAEDAH PENGIRAAN Kaedah pengiraan bilangan hari bagi tujuan rekod Log Latihan adalah seperti berikut:

NO. PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN

1.

Latihan i. Tempoh enam (6) jam diiktiraf sebagai satu hari berkursus. ii. Kehadiran diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek. Kehadiran

kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang bagi tujuan memperoleh Diploma atau Ijazah tidak diambil kira.

Latihan Dalaman

- Dikira mengikut bilangan hari yang dihadiri. Latihan Luar Jabatan

- Dikira mengikut bilangan hari/jam yang dihadiri. - Pengesahan kehadiran yang disahkan oleh penganjur dan sijil (sekiranya ada) diperlukan sebagai bukti kehadiran.

Latihan Luar Negara

- Dikira mengikut bilangan hari yang dihadiri.

Page 5: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

NO. PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN

2.

Sesi Pembelajaran i. Jumlah jam yang dikumpul bersamaan dengan enam (6) jam akan dikira sebagai satu (1) hari berkursus. ii. Tempoh minimum sesi pembelajaran yang boleh diambil kira adalah 30 minit sahaja.

3.

Pembelajaran Kendiri i. Pembacaan buku/bahan ilmiah - Satu (1) buku/bahan ilmiah yang dibentangkan adalah bersamaan enam (6) jam. ii. Pembelajaran melalui portal e-Pembelajaran yang dibentangkan adalah bersamaan enam (6) jam. iii. Pembacaan jurnal ilmiah = 2 jam iv. Pembacaan artikel ilmiah = 30 minit

4. KAEDAH PENGESAHAN 4.1 Kehadiran Pegawai di dalam sesuatu program perlu disahkan

(di ruang pengesahan) oleh pegawai yang diiktiraf/dilantik sebagai Pegawai Pengesah Latihan (PSL). PSL boleh terdiri daripada pegawai berikut:

i. Pengarah Kanan; ii. Pengarah; iii. Timbalan Pengarah; iv. Ketua Penolong Pengarah; v. Penolong Pengarah; vi. Penolong Pegawai Tadbir; dan vii.Pegawai Pengesah Latihan di Bahagian/JP Negeri yang dilantik.

4.2 Setiap PSL bertanggungjawab untuk menandatangani, mengecap dan mencatatkan tarikh pengesahan di dalam Log Latihan pegawai.

Page 6: PANDUAN MENGISI LOG LATIHAN VERSI 2 - …espl.stats.gov.my/spl/panduanLog.pdf · PROGRAM DAN JENIS AKTIVITI LATIHAN 2. ... Pertemuan Mentor dan Mentee. ... Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan

 

4.3 Pelantikan PSL berdasarkan jawatan yang disandang semasa lantikan. Setiap Bahagian/JP Negeri perlu mengemaskini maklumat PSL dan memaklumkan kepada Institut Latihan Statistik Malaysia. 4.4 Tatacara membuat pengesahan adalah seperti berikut:

i. Pegawai yang ingin mendapatkan pengesahan kehadiran kursus mestilah menyertakan dokumen sokongan seperti sijil, surat tawaran, surat jemputan, buku rekod perbincangan yang disahkan oleh Pengurusan Atasan / Mentor dan sebarang dokumen sokongan yang berkaitan untuk memudahkan urusan pengesahan.

ii. Sekiranya maklumat yang dikemukakan didapati palsu, tindakan tatatertib boleh dikenakan di bawah Peraturan 4(f) dan Peraturan 4(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. iii. PSL di Bahagian /JP Negeri juga boleh merujuk kepada rekod di dalam eSPL untuk tujuan pengesahan.

5. PENGECUALIAN TUJUH HARI BERKURSUS SETAHUN

Merujuk kepada Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, setiap anggota perkhidmatan awam perlu mengikuti kursus sekurang - kurangnya tujuh (7) hari setahun. Namun begitu pengecualian diberikan kepada anggota berikut :

a) Berkhidmat kurang enam (6) bulan di Jabatan pada tahun

semasa. Cth. : Anggota melapor diri di Jabatan pada 1 September 2013.

b) Anggota yang akan bersara pada tahun semasa sebelum bulan

Jun pada tahun tersebut. Cth. : Tarikh bersara pada 31 Mei 2013.

c) Cuti Sakit / Belajar lebih dari enam (6) bulan pada tahun semasa.

d) Anggota yang dikenakan tindakan tatatertib.