Panduan mengisi Templet perjanjian tambahan Peluasan RMT.doc
Transcript of Panduan mengisi Templet perjanjian tambahan Peluasan RMT.doc
KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI …………………………………………
NO. KONTRAK :
TEMPOH PERJANJIAN TAMBAHAN :
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA(DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)
DENGAN
……………………………………………………….(NAMA KONTRAKTOR
BESERTA ALAMAT)
(NO. PENDAFTARAN: )
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Lampiran E
PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI ……………………………………..…..
NO. KONTRAK : ……………….
PERJANJIAN TAMBAHAN ini dibuat pada...............................haribulan.........20..... (kemudian daripada ini dirujuk sebagai (“Perjanjian Tambahan”)
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian Tambahan ini diwakili oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang beralamat di Sekolah ……………….............., alamat................................................................................................................................(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) bagi satu pihak;
DENGAN
……………………………..SDN.BHD. / …………………… ENTERPRISE (No. Pendaftaran Syarikat / Perniagaan) yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) / Akta Pendaftaran Perniagaan (Akta 197) dan mempunyai alamat berdaftar di …………………………………………………………………………. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor ”) bagi pihak satu lagi.
Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berseorangan sebagai “Pihak” dan secara bersama sebagai “Pihak-Pihak”.) BAHAWASANYA –
A. Melalui satu Perjanjian yang telah ditandatangani pada …….... antara Pihak-Pihak (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian Asal”), Kerajaan telah melantik Kontraktor untuk melaksanakan..………………………… (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perkhidmatan”) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Asal tersebut.
B. Kerajaan kini berhasrat memasuki Perjanjian Tambahan untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Asal mengenai Menu Tambahan bernilai RM1.50(RINGGIT MALAYSIA: SATU DAN SEN LIMA PULUH SAHAJA) dan Kontraktok bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Tambahan ini.
MAKA ADALAH DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI BERIKUT:
2
1. PERJANJIAN TAMBAHAN
1.1 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Perjanjian Tambahan ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan dibaca bersekali serta menjadi sebahagian daripada Perjanjian Asal.
1.2 Tertakluk kepada peruntukan, syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Tambahan ini, semua peruntukan, syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Asal hendaklah kekal sama dan berada dalam kuasa dan kesan sepenuhnya di antara Pihak-Pihak di sini.
1.3 Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Perjanjian Asal dan Perjanjian Tambahan, peruntukan Perjanjian Tambahan ini hendaklah terpakai setakat ketidakselarasan itu.
2. TAFSIRAN
Dalam Perjanjian Tambahan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki sebaliknya, dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian Tambahan ini, perkataan-perkataan yang ditakrifkan dalam Perjanjian Asal hendaklah mempunyai maksud yang sama dalam Perjanjian Tambahan ini.
3. TARIKH KUATKUASA PERJANJIAN TAMBAHAN
Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian Asal, Perjanjian Tambahan ini hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada …………………………
4. TEMPOH PERJANJIAN
Pihak-pihak kepada Perjanjian Tambahan ini bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian mulai ……………….. hingga ……………………………………
3
5. PINDAAN KEPADA PERJANJIAN ASAL
5.1 Nilai Perjanjian yang diperuntukan dalam Klausa……… iaitu sebanyak RM ….. (RINGGIT MALAYSIA ………) SAHAJA ditambah sebanyak RM .……(RINGGIT MALAYSIA ………) SAHAJA dalam Perjanjian Tambahan ini.
5.2 Tempoh Perjanjian yang diperuntukan dalam Klausa…… dilanjutkan dan selepas Jadual B yang diperuntukkan dalam subklausa…… dimaksukan dengan Jadual BB berkenaan pelanjutan Tempoh Perjanjian;
5.3 Memasukan selepas Lampiran A dengan Lampiran AA berkenaan Cadangan Menu Pilihan Peluasan RMT; dan
5.4 memasukan selepas Lampiran B dengan Lampiran BB berkenaan Surat Setuju Terima yang baru.
6. KERAHSIAAN
Kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pihak yang mempunyai maklumat ataupun disebabkan oleh keperluan undang-undang, tiada Pihak pada bila-bila masa sekalipun dibenarkan memberitahu, mendedahkan atau berkomunikasi dengan apa cara jua, kepada orang lain apa-apa perkara atau maklumat sulit yang diperolehi atau didedahkan di bawah Perjanjian Tambahan ini.
7. MASA
Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian Tambahan ini.
8. UNDANG-UNDANG
Perjanjian Tambahan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.
9. KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa penyediaan Perjanjian Tambahan ini dan duti setem yang harus dibayar hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.
4
10. MENGIKAT PENGGANTI
Perjanjian Tambahan ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir, wakil dan pemegang serahhak Pihak-Pihak.
11. PINDAAN, TAMBAHAN DAN PERUBAHAN
Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian Tambahan ini hendaklah dibuat secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak dan pindaan, tambahan atau perubahan tersebut hendaklah menjadi tambahan kepada dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Tambahan ini.
5
PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS Pihak-Pihak yang diberi kuasa dalam Perjanjian Tambahan ini telah menurunkan tandatangan dan meterai masing-masing pada tarikh mula-mula yang tertulis di atas:
UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:
Nama :
Jawatan :
No. Kad Pengenalan : .................................( TANDATANGAN )
DI HADAPAN SAKSI:
Nama :
Jawatan : .................................( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
UNTUK DAN BAGI PIHAK KONTRAKTOR: ........................................................................
Nama :
Jawatan : .................................( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
DI HADAPAN SAKSI:
Nama :
Jawatan : .................................(TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :
6
Jadual ABUTIRAN SYARIKAT / PEMBEKAL MAKANAN
Nama Syarikat / Pembekal Makanan
No. Pendaftaran Syarikat
Penubuhan syarikat (di bawah akta syarikat 1965 [akta 125] atau di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [akta 197]
Alamat pendaftaran syarikat / alamat pembekal makanan
Alamat perniagaan syarikat jika berbeza dari alamat pendaftaran
No. telefon
No. faks
Alamat email
Nama pegawai atau perkhidmatan syarikat berkenaan dengan perjanjian ini / nama pembekal makanan
Nota : Nyatakan dengan perkataan “ – TIDAK BERKENAAN-“ ATAU “-TIADA-“ jika maklumat dalam ruangan dalam Jadual A adalah tidak berkenaan atau tiada.
7
Jadual BB[subklausa 3.1]
Butiaran Perkara Tempoh / Tarikh
1. Tempoh perjanjian (jumlah dalam bulan)
2. Tarikh berkuatkuasa
3. Tarikh penamatan
8
Lampiran-lampiran perjanjian
Lampiran Perkara
Lampiran AA
Lampiran BB
Nota : Lampiran-lampiran perjanjian di atas hendaklah dimasukkan mengikut turutan abjad selepas abjad selpas helaian ini dan hendaklah diasingkan
9
LAMPIRAN AA
CADANGAN PILIHAN MENU PELUASAN RMT 2016
PILIHAN 1Menu 1: Roti Putih + Majerin/ Jem/ Kaya
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Roti putih 2 keping (58 gram)146
Marjerin ATAUJem ATAUKaya
1 sudu teh (6 gram)1 sudu teh (15 gram)
44/64
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml)0
Jumlah Kalori 190/ 210
PILIHAN 2Menu 2: Bun Kentang/ Kacang Merah/ Kelapa/ Ikan Bilis
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Bun kentang ATAUBun kacang merah ATAUBun kelapa ATAUBun ikan bilis
1 biji (60 gram)189 (kentang)/178 (kacang merah)/165 (kelapa)/190 (ikan bilis)
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml)0
Jumlah Kalori 189/178/178/ 165/ 190
10
PILIHAN 3Menu 3: Biskut Bersusu, Biskut Tinggi Serat, Biskut Marie
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Biskut bersusu ATAUBiskut tinggi serat ATAU Biskut marie
6 keping (33 gram/ 42 gram/ 20 gram)
140/178/170
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml)0
Jumlah Kalori 140/ 178/ 170
PILIHAN 4Menu 4: Ubi Kayu/ Keledek + Sambal Ikan Bilis Kering
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Ubi kayu/ keledek rebus
+ sambal bilis kering
1 ketul (120 gram)
1 sudu makan (15 gram)
194 (ubi kayu)/ 165 (ubi keledek)50
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml) 0
Jumlah Kalori244 (ubi kayu)/ 215 (ubi keledek)
11
PILIHAN 5Menu 5: Bijirin sarapan (emping jagung/ koko krunch) + Susu
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Bijirin sarapan (emping jagung/ koko krunch)
1 mangkuk (50 gram) 180 (emping jagung)/ 193 (koko krunch)
Susu UHT½ cawan (100 ml) 70
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml) 0
Jumlah Kalori250 (emping jagung) ATAU 263 (koko krunch)
PILIHAN 6Menu 6: Kek mentega (tanpa krim)/ Kek coklat (tanpa krim)/ Kek vanilla (tanpa krim)/ Kek pisang (tanpa krim)
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Kek mentega (tanpa krim) ATAUKek coklat (tanpa krim) ATAUKek vanilla (tanpa krim) ATAUKek pisang (tanpa krim)
1 keping (40 gram) 160 (mentega)/150 (coklat)/141 (vanilla)/134 (pisang)/
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml)0
Jumlah Kalori160/ 150/ 141/ 134
12
PILIHAN 7Menu 7: Roti putih + telur rebus
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Roti putih + telur rebus
2 keping (58 gram)1 biji (50 gram)
14678
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml)0
Jumlah Kalori224
PILIHAN 8Menu 8: Pau Kaya/ Pau Kacang/ Pau Kelapa
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Pau kaya ATAUPau kacang ATAUPau kelapa
1 biji (50 gram) 130 (kaya)/139 (kacang merah)/131 (kelapa)
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml) 0
Jumlah Kalori 130/ 139/ 131
PILIHAN 9Menu 9: Muffin coklat/ vanilla (tanpa krim)
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)
Muffin coklat/ vanilla (tanpa krim)
1 biji (60 gram) 207 (coklat)/209 (vanilla)
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml) 0
Jumlah Kalori 207/ 209
13
PILIHAN 10Menu 10: Roti bersalut telur
Bahan Sukatan Kilokalori (Kkal)Roti bersalut telur
Roti Telur
2 keping (58 gram)1 biji (50 gram)
14678
Air minuman (dalam pek sedia diminum)
1 cawan (230 ml) 0
Jumlah Kalori 224
Catatan:1. Penetapan masa:
Menu Peluasan RMT 2016 boleh digunakan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian masa, sama ada sarapan pagi (untuk sekolah sesi pagi) dan minum petang (untuk sekolah sesi petang). Jawatan kuasa RMT sekolah berhak menentukan masa untuk menggunakan menu ini.
2. Pemilihan menu :Jawatan kuasa RMT sekolah boleh memilih mana-mana menu di atas untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian sekolah serta perbincangan bersama pihak pembekal RMT.
LAMPIRAN BB
14
(Contoh Surat Setuju Terima)Kepala Surat Syarikat
Rujukan Kami:Rujukan Tuan: (No. Rujukan Surat Tawaran)
Tarikh:Guru Besar,Nama dan alamat sekolah
Tuan,TAWARAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2016
Saya ______________ ( Nama Pembekal) No. Kad Pengenalan: ___________ dengan ini memberitahu tuan bahawa _____________(Nama syarikat dan No. Pendaftaran/dikosongkan sekiranya melibatkan individu tanpa syarikat yang dilantik dan dipersetujui oleh Jawatankuasa RMT sekolah) bersetuju menerima tawaran tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1.1. Tawaran ini adalah tambahan kepada perjanjian asal Rancangan Makanan Tambahan yang berkuatkuasa dan perlu dibaca bersekali serta dijadikan sebahagian daripada perjanjian asal
1.2. Kadar yang dipersetujui adalah RM1.50 (Ringgit Satu dan Sen Lima Puluh Sahaja) setiap murid/hari adalah bermaksud untuk membekalkan tambahan satu kali makan mengikut menu dan spesifikasi makanan (Lampiran A) untuk murid-murid yang layak menerima Rancangan Makanan Tambahan seperti perjanjian yang asal.
1.3. Anggaran nilai tambahan perjanjian ini adalah tidak melebihi RM __________ (Ringgit ________) kecuali dan hanya diputuskan dan dimohon oleh sekolah secara bertulis
1.4. Garis Panduan Penyediaan Makanan Bersih dan Selamat Bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Lampiran B) akan dipatuhi
1.5. Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan Makanan Tambahan perlu dilengkapkan dan dimatikan stem
2. Tiada perkhidmatan dibawah perjanjian ini boleh dimulakan kecuali dan sehingga telah mematuhi peruntukan para 1 di atas.
15
3. Dengan ini, yang bertandatangan di bawah ini mengakui bersetuju menerima tawaran ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mematuhi kepada Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan Makanan Tambahan.
______________ ________________Tandatangan Pengusaha RMT Tandatangan Saksi
16
LAMPIRAN C(Contoh Surat Kenyataan Tawaran)Kepala surat sekolah
Rujukan Kami:Tarikh:
Nama dan alamat Pengusaha RMTTuan,TAWARAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2016
Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Kerajaan telah bersetuju untuk tambahan satu kali makan untuk penerima Rancangan Makanan Tambahan 2016 sedia ada dengan kadar RM1.50( Ringgit Satu dan sen Lima puluh sahaja) bagi setiap murid/hari. Ini merupakan tambahan kepada makanan yang sedia ada yang diberikan kepada penerima Rancangan Makanan Tambahan 2016.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menawarkan kepada tuan untuk membekalkan makanan bermasak kepada murid-murid sekolah ini yang terpilih sebagai penerima Rancangan Makanan Tambahan dengan butiran berikut:
2.1. Bilangan murid: ______murid2.2. Kadar bayaran: RM1.50 seorang murid/hari2.3. Bilangan hari: ________hari
3. Tawaran ini merupakan tambahan kepada perjanjian Rancangan Makanan Tambahan pihak tuan dengan pihak sekolah yang masih berkuatkuasa.Sekiranya tuan bersetuju menerima tawaran ini, tuan diminta untuk melengkapkan Surat Setuju Terima yang dilampirkan dan kembalikan kepada pihak sekolah dengan kadar yang segera.
Sekian, Terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
t.t dan Jawatan
17
18