Panduan Menternak Ayam Kampung

8
« PANDUAN MENTERNAK ITIK PEDAGING PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN » 9 Okt PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN Dikirim oleh harizamrry dalam Agro - Journal Pertanian . Tagged: Agro - Journal Pertanian . 248 komen PENDAHULUAN Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat. TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-

Transcript of Panduan Menternak Ayam Kampung

Page 1: Panduan Menternak Ayam Kampung

« PANDUAN MENTERNAK ITIK   PEDAGING PANDUAN MEMPROSES TELUR   MASIN »

9 Okt

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA   KECILAN

Dikirim oleh harizamrry dalam Agro - Journal Pertanian. Tagged: Agro - Journal Pertanian. 248 komen

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

Telur dan daging untuk makanan keluarga Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

Page 2: Panduan Menternak Ayam Kampung

SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

Makanan komersil/dagangan Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash) Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet) Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet) Makanan Campuran atau Sisa Makanan Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit Boleh dilepaskan pada siang hari Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang bertelur Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

Page 3: Panduan Menternak Ayam Kampung

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

Warisan Pemakanan Pengurusan Persekitaran Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

Reban sentiasa bersih Anak ayam bebas dari penyakit Jauh dari ternakan dan haiwan lain Pelawat perlu dikawal Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit

Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan) Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F” Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

Kurang nafsu makan Monyok dan tidak aktif Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung Muka bengkak Berak cair atau berdarah Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

Sampar ayam (ND) Penyakit Gumboro (IBD) Puru Salmonellosis Pasteurellosis Lain-lain

Page 4: Panduan Menternak Ayam Kampung

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Galeri Ayam Kampung

Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.

Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)

Page 5: Panduan Menternak Ayam Kampung
Page 6: Panduan Menternak Ayam Kampung

Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas

Anak ayam yang berumur 1 bulan

Page 7: Panduan Menternak Ayam Kampung