PANDUAN MENULIS KARANGAN SPM.docx

download PANDUAN MENULIS KARANGAN SPM.docx

of 5

Transcript of PANDUAN MENULIS KARANGAN SPM.docx

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF:

Syarahan Ceramah/UcapanPerbahasan Rencana Laporan Wawancara/DialogPerbincangan Surat Surat Tidak Rasmi Berita Penerangan Fakta Komentar Minit Mesyuarat Ulasan/Kritikan

JENIS KARANGAN KREATIF:

Cerpen Skrip Drama Sketsa Cerita berdasarkan peribahasa

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :

1.ISI CUKUP DAN BERKEMBANG 2.SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI 3.SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN 4.BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI 5.PERENGGAN SEIMBANG 6.ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) 7.SATU ISI SATU PERENGGAN

SOALAN KARANGAN SPM (CONTOH): Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.(PERNYATAAN)Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALANCara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).RANGKA KESELURUHAN:Pendahuluan : Ayat Rangsangan

Perenggan Isi Usaha 1 : MenabungPerenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaanPerenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baruPerenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziranPerenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga

Penutup : Pendirian, pandangan, harapan

KESIMPULAN

Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.

PENUTUP KARANGAN

Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

SEKIANSELAMAT MENULISTERIMA KASIH.

1