Panduan menulis Proposal SOALAN 1 2015
-
Upload
noraida-ahmad -
Category
Documents
-
view
771 -
download
0
description
Transcript of Panduan menulis Proposal SOALAN 1 2015
Cadangan Gerak Kerja Penghasilan Proposal Soalan 1 Kerja Kursus Mengikut Turutan.
BilPERKARA YANG DINILAICADANGAN PENERANGAN
Muka Hadapan
IPenghargaan
IISenarai KandunganBil/Perkara/Halaman
Cth
Bil Perkara Halaman
1 Penghargaan I
2 Senarai Kandungan II 3 Pengenalan 1
4 Permasalahan Kajian 2 5 Penentuan Tema 3
1.Pernyataan permasalahan kajian berasaskan tema (20markah)Taip semula kehendak soalan , Berikan definisi aman, dunia menurut Kamus Dewan
dan rumusan keamanan dunia menurut pandangan
kamu. Nyatakan memilih menghasilkan catan dengan media
Campuran (2D) atau menghasilkan arca (3D)
2. Penentuan tema, konsep, subjek dan kandunganSenaraikan isu-isu keamanan dunia samada isu positif atau negatif yang kamu dapati daripada pembacaan.Tentukan satu isu yang kamu mahu bincangkan, contoh isu pelarian Rohingya. Jelaskan latar belakang dan sejarah isu tersebut.
Fokus subjek yang ingin dibicarakan ; cth.penderitaan Kaum wanita dan kanak-kanak Rohingya.Bahan-bahan rujukan adalah berdasarkan penulisan berfakta seperti drpd buku, suratkhabar (internet), temurmah dll)
Peringatan: catatkan senarai atau alamat rujukan kamu spy mudah menulis bibliografi nanti (rujuk bahagian Bibliografi)
3.Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilanJika menghasilkan catan (2D), fokuskan kajian terhadap CATAN MEDIA CAMPURAN. Berikan definisi catan media campuran beserta contoh-contoh karya dan pelukis.
Tetapkan aliran/gaya penghasilan karya kamu sama ada realistik, semi abstrak atau abstrak dengan melampirkan rujukan contoh-contoh karya daripada pelukis terdahulu sama ada dari dalam atau luar negara. Jika ingin menghasilkan arca, pilih gaya penghasilan arca daripada pengarca-pengarca terkenal beserta penerangan media dan teknik penghasilan yang diaplikasi oleh artis tersebut.
5Pernyataan kepentingan projekHasilkan sebuah esei 150 patah perkataan apakah kebaikan yang anda dapat daripada kajian kerja kursus ini.
6.Sumber dan Rujukan.Bibliografi ikut sistem APA yang telah diterjemah oleh Hassan Mohd Ghazali
http://www.slideshare.net/naninami/cara-penulisanbibliografiSuka diingatkan, semasa mendapatkan maklumat dari internet, jangan lupa save alamat laman web tersebut (http://....) dan catat untuk tajuk apa. Kalau dah seronok online dan dapat banyak maklumat, takut anda terlupa sumbernya dari mana.Cth:
Nota : Antara kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi; kebiasaannya:
Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang
Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuk laman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.
Temu ramah:
Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramah
Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.Tuliskan dialog
Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll.
pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.
Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.
Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk,
nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk
Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lain
Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 9. Rujukan
Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan
Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.
Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:
Akhbar
Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa
Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.
Internet
Cara: tajuk, alamat laman sesawang
Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my
Melawat Tempat Kajian
Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod
Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....
Majalah
Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit
Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Orang sumber
Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.
Wallahualam.
Sumber : http://anjungilmuwiduri.blogspot.com/2011/03/format-menulis-kajian-sejarah-tempatan.htmlhttp://www.slideshare.net/naninami/cara-penulisanbibliografi