Panduan Pekerja bagi Skim Cuti Lanjutan · tahun layak mendapat 6 hari cuti penjagaan anak berbayar...

25
Skim Cuti Lanjutan Panduan Pekerja bagi Pakej Perkahwinan & Keibubapaan Y

Transcript of Panduan Pekerja bagi Skim Cuti Lanjutan · tahun layak mendapat 6 hari cuti penjagaan anak berbayar...

Skim Cuti LanjutanPanduan Pekerja bagi

Pakej Perkahwinan & Keibubapaan

Y

KANDUNGAN

Menyokong Keharmonian Kehidupan & Kerja dan Menggalakkan Perkongsian Tanggungjawab Ibu Bapa 01

Ringkasan Langkah-Langkah M&P 02 Soalan Lazim Mengenai Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (PL) 08

Soalan Lazim Mengenai Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa yang Dibayar Pemerintah (SPL) 11

Soalan Lazim Mengenai Lanjutan Cuti Penjagaan Anak yang Dibayar Pemerintah (ECL) 16

Soalan Lazim Mengenai Perlindungan Materniti Yang Ditingkatkan 19

Soalan Lazim Mengenai Faedah Materniti yang Dibayar Pemerintah (GPMB) 20

Soalan Lazim Mengenai Cuti Pengambilan Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah 23

i)

ii)

iii)

iv)

v)

vi)

MENYOKONG KEHARMONIAN KEHIDUPAN & KERJA DAN MENGGALAKKAN PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Warga Singapura adalah teras negara dan keluarga merupakan asas masyarakat kita. Untuk

menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh kepada warga Singapura yang ingin berumahtangga

dan memulakan keluarga mereka sendiri, pakej Perkahwinan dan Keibubapaan (M&P) telah

dipertingkatkan pada Januari 2013.

Satu komponen utama bagi pakej 2013 itu ialah peningkatan dan pengenalan langkah-langkah

kehidupan & kerja baru untuk membantu pasangan-pasangan bekerja mengimbangi komitmen

pekerjaan dan keluarga, serta membolehkan para bapa untuk memainkan peranan yang lebih besar

dalam membesarkan anak-anak mereka. Peningkatan itu merangkumi:

Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (PL)

Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa yang Dibayar Pemerintah (SPL)

Lanjutan Cuti Penjagaan Anak yang Dibayar Pemerintah (ECL)

Peningkatan Perlindungan Materniti

Faedah Materniti yang Dibayar Pemerintah (GPMB)

Cuti Pengambilan Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah

Peruntukan bagi peningkatan ini dibuat dibawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak

(CDCA). Buku kecil ini bertujuan untuk menyediakan ibu bapa yang bekerja dengan butiran lanjut

mengenai setiap satu daripada peningkatan ini dalam bentuk soalan dan jawapan yang mudah dibaca.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim-skim cuti ini, sila layari www.profamilyleave.gov.sg.

Untuk maklumat penuh mengenai Pakej M&P 2013, anda boleh melayari www.heybaby.sg.

Anda juga boleh menghubungi kami melalui talian-talian berikut:

Pertanyaan Berkaitan Nombor Telefon

Faedah Materniti yang Dibayar Pemerintah 1800 227 1188

Prosedur Tuntutan dan Bayaran Balik dibawah

Cuti yang Dibayar Pemerintah1800 227 1188

Langkah-Langkah Cuti 6438 5122

i)

ii)

iii)

iv)

v)

vi)

1

RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH M&P

Untuk rujukan mudah, ciri-ciri utama langkah-langkah M&P telah diringkaskan di dalam jadual berikut ini:

Langkah Perincian Bayaran Kriteria Kelayakan

Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (PL)

Para Bapa yang bekerja akan layak mendapat Cuti Bapa selama 1 minggu. Para bapa angkat boleh memohon untuk Cuti Bapa jika mereka memenuhi semua kriteria kelayakan yang ditentukan.

Cuti itu boleh digunakan secara berterusan selama 1 minggu dalam masa 16 minggu selepas kelahiran anak anda. Cuti itu juga boleh digunakan secara fleksibel dalam bentuk beberapa hari dalam masa 12 bulan selepas kelahiran anak anda, tertakluk kepada persetujuan diantara anda dan majikan anda.

Dibayar Pemerintah: 1 minggu, terhad kepada $2,500 (termasuk sumbangan CPF majikan)

a) Anak anda telah lahir, atau mempunyai Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD), pada atau selepas 1 Mei 2013;

b) Anak anda merupakan Warganegara Singapura;c) Anda telah berkahwin secara sah dengan ibu anak anda; dand) Anda telah bekerja dengan majikan secara berterusan selama

sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum anak anda dilahirkan atau telah bekerja sendiri secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum anak anda dilahirkan.

Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa yang Dibayar Pemerintah(SPL)

Para Bapa yang bekerja akan layak untuk berkongsi 1 minggu cuti bersalin ibu, tertakluk kepada persetujuan beliau.

Cuti itu boleh digunakan sama ada secara berterusan selama 1 minggu atau secara fleksibel dalam bentuk beberapa hari dalam masa 12 bulan selepas anak anda dilahirkan (tertakluk kepada persetujuan diantara anda dan majikan anda).

Dibayar Pemerintah: 1 minggu, terhad kepada $2,500 (termasuk sumbangan CPF majikan)

a) Anak anda telah lahir, atau mempunyai EDD pada atau selepas 1 Mei 2013;

b) Anak anda merupakan Warganegara Singapura;c) Ibu kepada anak anda layak untuk menerima cuti bersalin yang

Dibayar Pemerintah; d) Anda telah berkahwin secara sah dengan ibu anak anda.

Lanjutan Cuti Penjagaan Anak yang Dibayar Pemerintah (ECL)

Ibu Bapa yang bekerja yang mempunyai anak berumur 7-12 tahun (termasuk) akan layak mendapat 2 hari cuti penjagaan anak yang dibayar setiap tahun. Jumlah keseluruhan Cuti Lanjutan Penjagaan Anak ini dihadkan kepada 12 hari.

Dibayar Pemerintah: 2 hari, terhad kepada $500 setiap hari (termasuk sumbangan CPF majikan)

a) Anak anda yang paling kecil berumur 7-12 tahun (termasuk);b) Anak anda merupakan Warganegara Singapura; danc) Anda telah bekerja dengan majikan secara berterusan selama

sekurang-kurangnya 3 bulan atau telah bekerja sendiri secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan.

BARU

BARU

BARU

2

3

RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH M&P

Langkah Perincian Bayaran Kriteria Kelayakan

Cuti Penjagaan Anak Dibayar Pemerintah

Para ibu bapa yang bekerja yang mempunyai anak berumur dibawah 7 tahun layak mendapat 6 hari cuti penjagaan anak berbayar setiap tahun, dengan had keseluruhan sebanyak 42 hari. Nota: Jika anda mempunyai lebih dari 1 orang anak, jumlah keseluruhan hak Cuti Penjagaan Anak akan berdasarkan anak yang paling kecil. Ibu bapa yang mempunyai anak dalam kedua-dua kategori, iaitu, mereka yang dibawah umur 7 tahun, serta mereka yang berumur diantara 7 dan 12 tahun (termasuk), akan mendapat jumlah keseluruhan cuti penjagaan anak yang dihadkan kepada 6 hari setahun.

Dibayar Majikan: 3 hari pertama bagi setiap tahunDibayar Pemerintah: 3 hari terakhir bagi setiap tahun, terhad kepada $500 setiap hari (termasuk sumbangan CPF majikan).

a) Anak anda yang paling kecil berumur dibawah 7 tahun;b) Anak anda merupakan Warganegara Singapura; c) Anda telah bekerja dengan majikan secara berterusan

selama sekurang-kurangnya 3 bulan atau telah bekerja sendiri secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan; dan

d) Ibu bapa anak itu sudah sah berkahwin. Mulai 1 Mei 2013, (d) tidak akan dipakai lagi.

Cuti Bersalin Dibayar Pemerintah (GPML)

Para ibu yang bekerja akan layak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar. Cuti 16 minggu itu harus digunakan dalam tempoh yang berterusan. Para ibu boleh mula menggunakan cuti bersalin sehingga 4 minggu sebelum tarikh bersalin. Bagaimanapun, jika terdapat persetujuan bersama diantara anda dan majikan anda, lapan minggu terakhir (minggu ke-9 hingga ke-16) cuti bersalin itu boleh digunakan secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan dari tarikh bersalin.

Bagi tempoh pantang lepas bersalin yang Pertama dan Ke-2Dibayar Majikan: 8 minggu pertamaDibayar Pemerintah: 8 minggu terakhir, terhad kepada $10,000 bagi setiap 4 minggu (termasuk sumbangan CPF majikan).

Bagi tempoh pantang lepas bersalin yang Ke-3 dan seterusnya Dibayar Pemerintah: 16 minggu penuh, terhad kepada $10,000 bagi setiap 4 minggu (termasuk sumbangan CPF majikan).

a) Anak anda merupakan Warganegara Singapura;b) Anda telah berkahwin secara sah dengan bapa anak anda;

danc) Anda telah bekerja dengan majikan secara berterusan

selama sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum anak anda dilahirkan atau telah bekerja sendiri secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum bersalin.

Peningkatan Perlindungan Materniti

Dari 1 Mei 2013, para ibu yang bekerja akan dilindungi daripada pembuangan kerja dan pemecatan tanpa sebab-sebab yang munasabah bagi tempoh penuh kehamilan mereka.

Para majikan akan dikehendaki untuk membayar faedah cuti bersalin kepada pekerjanya jika beliau telah dipecat tanpa sebab-sebab yang munasabah atau diberhentikan kerja pada bila-bila masa kehamilannya.

a) Anda telah bekerja dengan majikan anda selama sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda menerima surat pemecatan atau pembuangan kerja; dan

b) Anda telah mendapatkan surat pengesahan doktor tentang kehamilan anda sebelum anda menerima surat pemecatan atau pembuangan kerja.

SEDIA ADA

SEDIA ADA

BARU

4

5

RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH M&P

Langkah Perincian Bayaran Kriteria Kelayakan

Faedah Materniti Dibayar Pemerintah (GPMB)

Para ibu yang aktif di segi ekonomi yang tidak memenuhi kriteria kelayakan “telah bekerja dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum kelahiran anak” lantas tidak layak untuk cuti bersalin berbayar, kini boleh menerima GPMB jika mereka telah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 12 bulan sebelum bersalin.

Tempoh bekerja untuk majikan yang berbeza dalam tempoh 12 bulan sejurus sebelum kelahiran boleh digunakan untuk ditambah kira supaya layak untuk GPMB.

Dibayar Pemerintah: 8 minggu untuk anak yang Pertama dan Ke-2; 16 minggu untuk anak yang Ke-3 dan tempoh pantang selepas bersalin yang berikutan.

Dikira berdasarkan jumlah pendapatan kasar sebulan dalam masa 12 bulan sejurus sebelum kelahiran anak, dibahagikan dengan 365 hari.

Ibu itu akan layak jika:a) Anaknya telah dilahirkan, atau EDDnya jatuh pada, atau

selepas 1 Jan 2013;b) Anaknya merupakan Warganegara Singapura;c) Beliau telah berkahwin secara sah dengan bapa kepada

anak itu; d) Beliau tidak layak untuk menerima cuti bersalin berbayar;

dan e) Beliau telah bekerja selama sekurang-kurangnya 90 hari

dalam masa 12 bulan sejurus sebelum bersalin.

Cuti Pengambilan Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah

Sebelum ini, para majikan yang memberikan cuti pengambilan anak angkat secara sukarela kepada para pekerja yang layak akan menerima bayaran balik dari Pemerintah untuk 4 minggu cuti pengambilan anak angkat itu. Para majikan kini dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan cuti pengambilan anak angkat.

Para ibu angkat yang bekerja yang mempunyai bayi angkat yang berumur dibawah 12 bulan akan layak mendapat 4 minggu cuti pengambilan anak angkat. Ini boleh digunakan dalam satu tempoh berterusan atau secara fleksibel dalam masa 12 bulan daripada kelahiran anak itu, tertakluk kepada persetujuan bersama diantara anda dan majikan anda.

Dibayar Pemerintah: 4 minggu, terhad kepada $10,000 (termasuk sumbangan CPF majikan)

a) Anak angkat anda berumur dibawah 12 bulan; b) Anak angkat anda adalah seorang Warganegara

Singapura, atau dalam kes-kes dimana anak angkat itu bukan seorang Warga Singapura, sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu atau bapa angkatnya adalah seorang Warga Singapura;

c) Anda telah sah berkahwin/seorang balu/sudah bercerai ketika saat permohonan niat rasmi untuk mengambil anak angkat;

d) Anda telah bekerja dengan majikan anda atau telah bekerja sendiri untuk tempoh berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum permohonan niat rasmi untuk mengambil anak angkat; dan

e) Arahan pengambilan anak angkat diluluskan dalam masa 1 tahun daripada permohonan “niat rasmi untuk mengambil anak angkat” dan anak angkat itu mendapatkan Kewarganegaraan Singapura dalam masa 6 bulan selepas arahan pengambilan anak angkat diluluskan.

Cuti Penjagaan Bayi Tidak Berbayar

Para ibu bapa yang bekerja yang mempunyai anak berumur dibawah 2 tahun layak mendapat 6 hari cuti penjagaan bayi tanpa gaji setahun.

Tidak Dibayar / Tanpa Gaji

a) Anak anda yang paling kecil berumur dibawah 2 tahun;b) Anak anda merupakan Warganegara Singapura;c) Anda telah bekerja dengan majikan secara berterusan

selama sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum anak anda dilahirkan atau telah bekerja sendiri secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum bersalin; dan

d) Anda dan suami telah berkawin secara sah. Mulai 1 Mei 2013, (d) tidak akan dipakai lagi

BARU

BARU

SEDIA ADA

6

d) Anda dan suami telah berkawin secara sah. Mulai 1 Mei 2013, (d) tidak akan dipakai lagiBARU

#“Niat rasmi untuk mengambil anak angkat” merujuk kepada (a) tarikh permohonan mahkamah untuk mengambil seorang anak angkat telah dibuat (titik terawal untuk kanak-kanak Warga Singapura (SC); atau (b) tarikh pengeluaran pas tanggungan bagi anak angkat itu oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (titik terawal bagi kanak-kanak bukan Warga Singapura), termasuk sekeping dokumen untuk menunjukkan permohonan untuk Pas Tanggungan untuk anak angkat tersebut telah diluluskan.

7

CUTI BAPA DIBAYAR PEMERINTAH (PL)

Kelayakan

Q1: Adakah terdapat tempoh minimum bekerja untuk layak mendapat Cuti Bapa (PL)?

A1: Ya. Bapa kepada anak itu mesti telah bekerja dengan majikannya untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan sejurus sebelum kelahiran anak itu, atau, jika bekerja sendiri, telah aktif dalam perniagaan, perdagangan atau tugasnya sekurang-kurangnya 3 bulan sejurus sebelum kelahiran anak itu.

Q2: Saya seorang pekerja kontrak jangka tetap/ sementara/ sambilan. Adakah saya layak mendapat PL?

A2: Ya, anda layak jika anda memenuhi semua kriteria kelayakan. Anda akan dibayar pada kadar gaji kasar untuk setiap hari yang biasanya dikehendaki bekerja dibawah kontrak perkhidmatan anda.

Q3:Adakah saya layak mendapat PL jika saya masih dibawah tempoh percubaan di tempat kerja?

A3: Ya. Status percubaan anda tidak akan menjejas kelayakan anda untuk PL selagi anda memenuhi semua kriteria kelayakan.

Q4:Isteri saya telah melahirkan anak yang telah meninggal dunia saat dilahirkan. Adakah saya masih layak mendapat PL?

A4: Ya, jika anda memenuhi kriteria kelayakan mendapat PL dan menunjukkan surat pemberitahuan bahawa bayi anda telah meninggal saat dilahirkan yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada majikan anda.

Q5: Isteri saya telah mengalami keguguran. Adakah saya masih layak untuk PL?

A5: Tidak, ini adalah sama dengan cuti bersalin dan tidak boleh digunakan bagi kes-kes keguguran.

Q6:Saya seorang warga asing/Penduduk Tetap yang bekerja di Singapura. Adakah saya masih layak mendapat PL?

A6: Anda layak mendapat PL jika anak anda ialah seorang Warga Singapura dan anda memenuhi kriteria kelayakan yang lain.

Q7:Saya ialah bapa kepada seorang anak yang bukan seorang Warga Singapura. Adakah saya masih layak mendapat PL?

A7: Tidak. Kelayakan untuk PL adalah berdasarkan status kewarganegaraan anak, bukan ibu bapanya.

8

Kelayakan

A7: Sekiranya anak anda mendapatkan status Kewarganegaraan Singapura dalam tempoh 12 bulan selepas kelahiran, anda akan layak mendapat PL apabila telah memenuhi semua kriteria kelayakan. Bagaimanapun, anda harus menggunakan cuti dalam masa 12 bulan daripada kelahiran, tertakluk kepada persetujuan bersama diantara majikan dan pekerja.

Q8: Adakah saya perlu untuk memberikan pemberitahuan awal kepada majikan saya sebelum mengambil PL?

A8: Anda dikehendaki untuk mematuhi dasar sumber tenaga manusia di syarikat anda (seperti dasar permohonan cuti tahunan) dalam permohonan PL. Ini akan dapat membantu majikan anda untuk merancang dan menguruskan operasi perniagaan dengan lebih baik. Tiada keperluan undang-undang bagi tempoh pemberitahuan untuk PL. Anda perlu mengesahkan kelayakan anda kepada majikan sebelum mengambil cuti.

Q9: Apakah penakrifan 1 minggu PL?

A9: Hak cuti iaitu “1 minggu” ini, ditakrifkan dari segi “minggu bekerja” anda. Contohnya, seorang bapa yang bekerja 5 hari seminggu akan berkelayakan untuk menerima 5 hari cuti paterniti, sementara seseorang yang bekerja 6 hari seminggu akan layak untuk menerima 6 hari Cuti Bapa.

Bagi corak bekerja yang tidak menentu, penakrifan “minggu bekerja” digunakan sebagai “bilangan hari bekerja secara purata sepanjang tempoh 3 minggu”, sejurus sebelum kelahiran anak, atau tarikh pasangan itu telah sah berkahwin, atau tarikh anak itu menjadi Warga Singapura dengan mengambil tarikh yang mana lebih kemudian.

Q10: Bolehkah saya mengambil PL dan SPL secara berturut-turut, iaitu secara berterusan untuk 2 minggu bekerja?

A10: Tidak ada aturan tertentu bagi penggunaan PL/SPL. Bagaimanapun, hak setiap cuti patut digunakan sejajar dengan tempoh penggunaan yang dibenarkan. Khususnya, PL patut digunakan dalam masa 16 minggu selepas kelahiran anak, atau dalam masa 12 bulan kelahiran anak jika dipersetujui bersama oleh anda dan majikan anda. Manakala, SPL patut digunakan dalam masa 12 bulan selepas kelahiran anak.

Mengenai sama ada PL dan SPL boleh digunakan serentak secara berturut-turut dalam tempoh 2 minggu, sila bincangkan rancangan cuti anda dengan majikan anda sebelum mengatur cuti.

Prosedur Am

9

Prosedur Am

Bayaran

Q14: Bagaimanakah saya akan dibayar jika saya layak untuk PL?

A14: Majikan anda akan membayar anda dahulu untuk cuti PL (seperti mana cuti berbayar yang lain), dan kemudian mengemukakan tuntutan untuk pembayaran balik daripada Pemerintah. Pembayaran balik itu terhad kepada $2,500 untuk 1 minggu (termasuk sumbangan CPF majikan).

Q11: Saya telah bertukar kepada majikan yang baru tanpa menggunakan PL saya dengan sepenuhnya. Adakah saya masih layak untuk menggunakan baki cuti dengan majikan baru?

A11: Tidak, mana-mana baki PL yang tidak digunakan akan luput.

Q12: Bolehkah PL membentuk sebahagian daripada tempoh notis peletakan jawatan atau penamatan kontrak?

A12: Tidak. Sama seperti cuti tahunan, tempoh PL tidak seharusnya digunakan sebagai sebahagian daripada tempoh notis untuk pemberhentian kerja kecuali terdapat persetujuan diantara anda dan majikan anda untuk melakukan sedemikian.

Q13: Adakah para majikan yang telah pun menawarkan PL kepada para pekerjanya sebelum dasar pemerintah diperkenalkan, kini harus menyediakan 1 minggu Cuti Bapa dibayar Pemerintah sebagai tambahan di atas apa yang telah ditawarkan?

A13: Mulai1 Mei 2013, para majikan harus menyediakan sekurang-kurangnya 1 minggu PL untuk para bapa bayi yang berkerakyatan Singapura untuk memenuhi kehendak undang-undang. PL 1 minggu ini akan dibayar oleh pihak Pemerintah.

Kami sedar bahawa terdapat beberapa syarikat yang telah pun menyediakan Cuti Bapa secara sukarela kepada para pekerja mereka. Terserah kepada mereka untuk berbincang dengan para pekerja mereka bagaimana untuk mengolah Cuti Bapa dibayar Pemerintah yang baru ini ke dalam peruntukan cuti yang sedia ada. Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai kesatuan sekerja dengan faedah Cuti Bapa yang diperuntukkan dalam perjanjian bersama, ia akan tertakluk kepada rundingan diantara pihak majikan dan kesatuan sekerja tentang bagaimana perundangan Cuti Bapa akan menjejas faedah cuti bapa yang sedia ada.

10

Q15: Jika saya dibuang kerja atau dipecat, adakah majikan saya masih dikehendaki untuk membayar faedah PL saya?

A15: Bayaran PL anda adalah sehingga hari terakhir anda bekerja, mana-mana PL yang tidak digunakan tidak boleh diganti wang tunai.

Q16: Bagaimana jika majikan enggan memberikan saya PL?

A16: Jika anda tidak diberikan PL tanpa sebab-sebab yang munasabah, anda boleh datang ke MOM untuk bantuan. Anda boleh menghubungi MOM di 6438 5122 untuk memberikan butiran kes anda supaya pihak Kementerian dapat meneliti perkara itu.

Menangani Pembuangan Kerja, Pemecatan & Pertikaian

CUTI YANG DIKONGSI IBU BAPA YANG DIBAYAR PEMERINTAH (SPL)

Kelayakan

Q1: Saya baru saja mula bekerja dengan majikan yang baru. Adakah terdapat tempoh bekerja minimum bagi melayakkan diri untuk cuti SPL?

A1: Tidak. Tiada sebarang tempoh bekerja minimum untuk anda melayakkan diri untuk cuti SPL selagi isteri anda memenuhi kriteria kelayakan bagi Cuti Bersalin dibayar Pemerintah (GPML), dan anda belum diperuntukkan cuti SPL dibawah majikan lama anda untuk anak yang sama.

Q2: Saya seorang pekerja kontrak jangka tetap/ sementara/ sambilan. Adakah saya layak untuk SPL?

A2: Ya, anda layak jika anda memenuhi semua kriteria kelayakan. Anda akan dibayar pada kadar gaji kasar untuk setiap hari yang biasanya dikehendaki bekerja dibawah kontrak perkhidmatan anda.

Q3: Adakah saya layak mendapat SPL jika saya masih dibawah tempoh percubaan di tempat kerja?

A3: Ya. Status percubaan anda tidak akan menjejas kelayakan anda untuk ECL selagi anda memenuhi semua kriteria kelayakan.

11

CUTI YANG DIKONGSI IBU BAPA YANG DIBAYAR PEMERINTAH (SPL)

Kelayakan

Q4: Isteri saya telah melahirkan anak yang telah meninggal dunia saat dilahirkan. Adakah saya masih layak mendapat SPL?

A4:Ya, jika anda memenuhi kriteria kelayakan untuk SPL dan menyediakan pemberitahuan bahawa bayi anda telah meninggal saat dilahirkan yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada majikan anda. Isteri anda juga perlu mempunyai kelayakan untuk GPML.

Q5: Isteri saya telah mengalami keguguran. Adakah saya masih layak mendapat SPL?

A5: Tidak, ini adalah sama dengan cuti bersalin dan tidak boleh digunakan bagi kes-kes keguguran.

Q6: Saya seorang warga asing/Penduduk Tetap yang bekerja di Singapura. Adakah saya masih layak mendapat SPL?

A6: Anda layak mendapat SPL jika anak anda ialah seorang Warga Singapura dan anda memenuhi kriteria kelayakan yang lain. Isteri anda mesti mempunyai kelayakan untuk cuti bersalin berbayar.

Q7: Saya ialah bapa kepada seorang anak yang bukan seorang Warga Singapura. Adakah saya masih layak mendapat SPL?

A7:

Tidak. Kelayakan untuk SPL adalah berdasarkan status kewarganegaraan anak, bukan ibu bapanya.

Sekiranya anak anda mendapatkan status Kewarganegaraan Singapura dalam tempoh 12 bulan sejurus selepas kelahiran, anda akan layak untuk SPL sekiranya semua kriteria kelayakan telah dipenuhi, dan jika isteri anda belum mengambil cuti bersalin penuh 16 minggu pada saat itu. Bagaimanapun, anda harus menggunakan cuti dalam masa 12 bulan daripada kelahiran anak itu.

Q8: Saya tidak menggunakan SPL yang diperuntukkan untuk saya oleh majikan lama saya. Apakah yang akan terjadi kepada SPL yang diperuntukkan saya itu, di tempat bekerja baru saya?

A8:

Jika anda belum lagi memulakan sebarang penggunaan bagi SPL yang diperuntukkan kepada anda sebelum anda meninggalkan pekerjaan lama anda, anda boleh sama ada mengembalikan SPL yang diperuntukkan itu kepada isteri anda supaya beliau boleh terus menikmati cuti bersalin penuh selama 16 minggu, atau memindahkan SPL itu ke tempat bekerja anda yang baru.

12

Kelayakan

13

A8:

Jika anda ingin mengembalikan SPL kepada isteri anda, anda atau isteri anda harus memberitahu Lembaga CPF (melalui emel atau surat) mengenai pemberhentian kerja anda dan hasrat untuk mengembalikan SPL kepada isteri anda. Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

a) Surat pemberhentian kerja dari majikan anda;b) Pengesahan bahawa anda belum menggunakan sebarang SPL; danc) Pengisytiharan bahawa isteri anda tidak lagi berkongsi SPL dengan anda dan itu adalah keputusan yang muktamad.

Lembaga CPF akan mengemaskinikan peruntukan SPL anda, bagi pihak anda. Isteri anda harus memberikan pemberitahuan awal yang secukupnya kepada majikannya sebelum menggunakan SPL yang telah dikembalikan itu, sejajar dengan dasar cuti tahunan majikannya.

Q9: Saya telah bertukar pekerjaan dan telah mula bekerja dengan majikan yang baru sebelum saya dapat menggunakan sepenuhnya SPL yang diperuntukkan buat saya. Bolehkah saya menggunakan baki SPL saya di tempat pekerjaan baru saya nanti?

A9: Jika anda telah menggunakan sebahagian daripada SPL, baki cuti itu akan dianggap luput apabila anda bertukar majikan. Ini sama juga dengan cuti bersalin.

Jika majikan baru anda memutuskan untuk memberikan anda baki SPL itu, ia akan dilakukan atas dasar muhibah (ex-gratia). Majikan baru anda tidak akan berhak mendapat pembayaran balik dari pemerintah.

Prosedur Am

Q10: Bagaimanakah saya dan isteri boleh memohon untuk SPL?

A10:

Proses permohonan adalah seperti berikut:a) Anda dan isteri harus membuat keputusan mengenai aturan cuti anda;b) Jika anda memutuskan untuk berkongsi cuti, sila beri pemakluman terlebih dahulu kepada majikan masing-masing;c) Si ibu perlu untuk mendaftarkan keputusan untuk memperuntukkan cuti ibu bapa yang dikongsi kepada si bapa dengan menggunakan Sistem Peruntukan Cuti Ibu Bapa yang Dikongsi (SPLAS) yang boleh didapati di www.profamilyleave.gov.sg;d) Setelah berdaftar, sistem akan membolehkan si ibu untuk mencetak borang pengisytiharan;e) Satu salinan borang ini harus diberikan kepada majikan-majikan masing-masing apabila anda memohon untuk GPML atau SPL.

Anda boleh terus menggunakan SPL mengikut prosedur penggunaan cuti bagi syarikat anda. Anda perlu mengesahkan kelayakan anda kepada majikan anda sebelum mengambil cuti. Ibu bapa harus mempertimbangkan dengan berhati-hati peruntukan SPL mereka sebelum mendaftar, kerana mereka tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan setelah mendaftar.

Q11: Bilakah kami boleh bermula untuk menyuarakan keputusan untuk memperuntukkan SPL?

A11: Sebelum kelahiran anak:Para ibu bapa boleh menyuarakan keputusan untuk memperuntukkan SPL kepada si bapa pada bila-bila masa semasa hamil, sejurus selepas mereka mengetahui Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD) anak mereka. Ini kerana EDD diperlukan untuk SPLAS.

Selepas kelahiran anak:Para ibu bapa boleh memilih untuk menyuarakan keputusan mereka dalam masa 12 bulan setelah kelahiran anak mereka. Ibu bapa harus memastikan bahawa si bapa masih mempunyai masa yang mencukupi untuk menggunakan cuti, kerana SPL akan dianggap luput pada penghujung 12 bulan kelahiran anak.

Q12: Adakah saya perlu memberi pemberitahuan awal kepada majikan saya sebelum menggunakan SPL?

A12:

Anda dikehendaki mematuhi dasar sumber tenaga manusia di syarikat anda (seperti dasar permohonan cuti tahunan) dalam permohonan PL. Ini akan dapat membantu majikan anda untuk merancang dan menguruskan pengendalian perniagaan dengan lebih baik. Tiada keperluan undang-undang bagi tempoh pemberitahuan untuk PL. Anda perlu mengesahkan kelayakan anda kepada majikan sebelum mengambil cuti.

Q13: Bolehkah saya berkongsi hanya beberapa hari dari cuti bersalin dan tidak cuti seminggu penuh bersama pasangan saya?

A13: Tidak, SPL diperuntukkan dalam bentuk tempoh 1 minggu. Si ibu boleh memilih untuk memperuntukkan 1 minggu dari cuti bersalin berbayarnya kepada si bapa sebagai SPL, atau tidak langsung.

Bagaimanapun, sejurus setelah diperuntukkan, si bapa boleh memilih untuk menggunakan cuti itu dalam bentuk 1 minggu berterusan, atau secara fleksibel (iaitu, menggunakan beberapa hari setiap kali), selagi ada persetujuan bersama dengan majikan si bapa. Mana-mana bahagian SPL yang diperuntukkan yang tidak digunakan pada akhir 12 bulan selepas kelahiran akan dianggap luput.

Q14: Bolehkah SPL membentuk sebahagian daripada tempoh notis peletakan jawatan atau penamatan kontrak?

A14: Tidak. Sama dengan cuti tahunan, tempoh PL tidak seharusnya digunakan sebagai sebahagian daripada tempoh notis untuk pemberhentian kerja kecuali terdapat persetujuan diantara anda dan majikan anda untuk melakukan sedemikian.

Prosedur Am

14

Q15: Bilangan hari bekerja bagi saya dan isteri berbeza setiap minggu. Apakah penakrifan

1 minggu SPL?

A15: “1 minggu” SPL ditakrifkan dari segi “minggu bekerja” pekerja tersebut. Contohnya, si ibu bekerja 5 hari seminggu, manakala si bapa bekerja 6 hari seminggu. Apabila pasangan ini memutuskan untuk memperuntukkan satu minggu GPML kepada si bapa sebagai SPL, cuti bersalin si ibu akan dikurangkan kepada 15 minggu (berdasarkan bekerja 5 hari seminggu). Peruntukkan untuk si bapa pula menjadi 1 minggu (berdasarkan bekerja 6 hari seminggu).

Bagi corak bekerja yang tidak menentu, penakrifan “minggu bekerja” digunakan sebagai “bilangan hari bekerja secara purata sepanjang tempoh 3 minggu”, sejurus sebelum kelahiran anak, atau tarikh dimana pasangan itu telah sah berkahwin, atau tarikh dimana anak itu menjadi Warga Singapura, yang mana lebih kemudian.

Bayaran

Q16: Adakah si bapa akan dibayar mengikut gajinya atau gaji si ibu apabila beliau mengambil SPL?

A16: Si bapa akan dibayar mengikut gajinya. Majikan akan membayar dahulu untuk cuti tersebut (seperti cuti berbayar yang lain), dan kemudian mengemukakan tuntutan untuk pembayaran balik dari Pemerintah. Pembayaran balik itu terhad kepada $2,500 untuk 1 minggu (termasuk sumbangan CPF majikan).

Q17: Jika saya dibuang kerja atau dipecat, adakah majikan saya masih dikehendaki untuk membayar faedah SPL saya?

A17:Bayaran bagi SPL adalah sehingga hari terakhir pekerjaan, mana-mana SPL yang tidak digunakan tidak boleh digantikan dengan wang tunai.

Q18: Bagaimana jika majikan enggan memberikan saya SPL?

A18: Jika anda telah dinafikan SPL tanpa sebab-sebab yang munasabah, anda boleh datang ke MOM untuk bantuan. Anda boleh hubungi MOM di 6438 5122 untuk memberikan butiran kes anda supaya pihak Kementerian akan dapat meneliti perkara itu.

Menangani Pembuangan Kerja, Pemecatan & Pertikaian

Prosedur Am

15

LANJUTAN CUTI PENJAGAAN ANAK YANG DIBAYAR PEMERINTAH (ECL)

Kelayakan

Q1: Saya pekerja kontrak tetap/sementara/separuh masa. Adakah saya layak untuk ECL?

A1: Ya, anda masih layak jika anda memenuhi kesemua kriteria kelayakan.

Q2: Adakah saya layak untuk ECL jika saya masih dibawah tempoh percubaan di tempat kerja?

A2: Ya. Status percubaan anda tidak akan menjejas kelayakan anda untuk ECL selagi anda memenuhi semua kriteria kelayakan.

Q3:Adakah saya layak untuk ECL jika saya telah bercerai/seorang balu/seorang ibubapa angkat?

A3: Ya, jika anda memenuhi kriteria kelayakan untuk ECL.

Q4: Adakah saya masih layak untuk ECL jika saya bukan rakyat Singapura tetapi mempunyai anak yang berwarganegara Singapura berumur diantara 7 dan 12 (termasuk)?

A4: Ya, jika anda memenuhi kriteria kelayakan untuk ECL. Kelayakan bagi ECL adalah berdasarkan status kewarganegaraan anak, bukan ibu bapanya.

Q5: Saya seorang pekerja separuh masa, apakah hak ECL saya?

A5: Anda berhak mendapat 2 hari cuti ECL berdasarkan kepada jadual kerja anda, sekiranya anda memenuhi semua kriteria kelayakan. Contohnya, jika aturan bekerja anda adalah 4 jam sehari, hak ECL anda adalah bersamaan 8 jam (2 hari).

Q6: Adakah saya layak mendapat faedah ECL jika saya mempunyai seorang anak angkat?

A6: Ya, faedah ECL meliputi kedua-dua anak angkat dan anak tiri, selagi mereka adalah warganegara Singapura. Anda juga harus telah bekerja dengan majikan anda untuk sekurang-kurangnya 3 bulan atau jika bekerja sendiri untuk tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan.

Q7: Anak bongsu saya hampir berumur 7 tahun, berapakah hari cuti penjagaan anak yang layak saya terima?

A7: Ibubapa yang mempunyai anak paling kecil yang layak berumur hampir 7 tahun, layak mendapat sehingga 6 hari cuti penjagaan anak berbayar dalam tempoh berkenaan (satu tahun menurut tempoh kalendar , atau sebarang tempoh dalam 12 bulan seperti yang dipersetujui

16

Kelayakan

A7: diantara anda dan majikan anda), sekiranya bilangan cuti penjagaan anak keseluruhan yang digunakan bagi anak ini belum melebihi had keseluruhan 42 hari bagi 7 tahun pertama.

Hak ECL iaitu 2 hari akan bermula pada tempoh berkenaan apabila anak anda meningkat 8 tahun.

Q8:Jika anak bongsu saya berumur hampir 13 tahun, adakah saya layak mendapat cuti 2 hari ECL?

A8: Ya, anda layak mendapat cuti 2 hari ECL jika anak bongsu anda adalah seorang warganegara Singapura dan dibawah umur 13 tahun pada tempoh berkenaan. Anda boleh menggunakan ECL pada bila-bila masa dalam tahun umur anak anda meningkat 13 tahun. Pastikan ia masih berada di dalam tempoh yang berkenaan yang dipersetujui oleh anda dan majikan anda dan jika bilangan ECL yang digunakan untuk anak ini tidak melebihi had keseluruhan sebanyak 12 hari bagi tahun-tahun ke-7 hingga ke-12 (termasuk) usianya.

Q9: Adakah saya masih layak untuk menerima 2 hari cuti ECL apabila saya bertukar majikan dalam tempoh tahun yang berkenaan, walaupun saya sudah pun menggunakan 2 hari cuti dengan majikan saya yang sebelumnya?

A9: Anda layak untuk menerima ECL jika anda memenuhi kriteria kelayakan. Bagaimanapun, sila maklum bahawa jumlah hak ECL terhad kepada 12 hari sepanjang 6 tahun. Jika anda telah menggunakan lebih daripada 2 hari hak ECL dalam tempoh tahun yang berkenaan (walaupun di bawah majikan yang berbeza), anda akan menghabiskan keseluruhan 12 hari dengan lebih cepat, iaitu, sebelum anak anda meningkat umur 12 tahun.

Q10: Bagaimana cara untuk saya memohon ECL?

A10: Anda dikehendaki mematuhi dasar sumber tenaga manusia di syarikat anda (seperti dasar permohonan cuti tahunan) dalam permohonan ECL. Ini akan dapat membantu majikan anda untuk merancang dan menguruskan pengendalian perniagaan dengan lebih baik. Tiada keperluan undang-undang bagi tempoh pemberitahuan untuk ECL. Anda perlu mengesahkan kelayakan anda kepada majikan sebelum mengambil cuti.

Q11:Bagaimana boleh saya gunakan ECL? Adakah saya perlu mengemukakan sijil perubatan anak itu?

A11: Tidak, sijil perubatan tidak diperlukan. Anda mempunyai kelonggaran untuk mengambil ECL dan meluangkan masa bersama anak anda, selagi anda memenuhi kriteria kelayakan yang ditentukan. Contohnya, anda boleh menggunakannya untuk mengiringi anak anda ke sekolah, atau untuk menjaga anak anda apabila urusan penjagaan anak yang biasa tidak boleh didapati.

17

Prosedur Am

Q12: Bolehkah ECL dibahagi secara pro-rata?

A12: Tidak, 2 hari cuti ECL tidak boleh dibahagi secara pro-rata. Pekerja itu layak selagi beliau telah berkhidmat dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan.

Q13: Bolehkah ECL yang belum digunakan digantikan dengan wang tunai atau dibawa ke tahun seterusnya?

A13: Tidak, ECL yang belum digunakan pada hujung tempoh kelayakan akan luput, dan tidak boleh digantikan dengan wang tunai atau dibawa ke tahun berikutnya.

Q14: Bolehkah saya menggunakan ECL untuk mengurangkan tempoh notis saya jika saya diberhentikan?

A14: Tidak. Seperti cuti tahunan, tempoh ECL tidak sepatutnya digunakan sebagai notis pemberhentian kerja kecuali terdapat persetujuan bersama diantara majikan dan pekerja untuk berbuat demikian.

Q15: Bolehkah majikan menolak permohonan ECL saya jika terdapat kerja-kerja penting yang perlu dibereskan pada ketika itu?

A15: Ya. Sama seperti semua bentuk cuti berbayar, anda patut berbincang dengan majikan anda dan mencapai persetujuan bersama mengenai masa yang sesuai untuk mengambil ECL supaya hak cuti ECL 2 hari berbayar anda tidak terjejas. Jika anda perlu cuti untuk menguruskan hal-hal yang tidak boleh ditunda (contohnya, imunisasi anak, pendaftaran sekolah), majikan anda amat digalakkan untuk mengizinkan cuti anda.

Q16: Jika syarikat saya sudah pun menyediakan beberapa bentuk faedah cuti keluarga atau penjagaan anak, adakah majikan masih perlu untuk memberi cuti 2 hari ECL sebagai tambahan?

A16:

Mulai 1 Mei 2013, para majikan dikehendaki untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2 hari cuti ECL kepada pekerja yang layak demi memenuhi kehendak perundangan. Dua hari cuti ECL itu akan dibayar oleh Pemerintah.

Kami sedar bahawa terdapat beberapa syarikat yang telah pun menyediakan Cuti keluarga/penjagaan anak berbayar secara sukarela kepada para pekerja mereka, khususnya, untuk memanfaatkan mereka yang mempunyai anak-anak diantara umur 7 hingga 12 tahun (termasuk). Terpulang pada majikan untuk berbincang dengan para pekerja mereka bagaimana untuk menyesuaikan ECL baru ini ke dalam peruntukan cuti yang sedia ada. Bagi syarikat-syarikat berkesatuan sekerja yang menyediakan peruntukan cuti keluarga/penjagaan anak berbayar dalam perjanjian bersama, maka ianya akan tertakluk kepada rundingan diantara pihak majikan dan kesatuan pekerja tentang bagaimana perundangan ECL akan menjejas faedah Cuti keluarga/penjagaan anak yang sedia ada.

18

Prosedur Am

Q17: Bagaimana jika majikan enggan memberikan saya ECL?

A17: Jika anda telah dinafikan ECL tanpa sebab-sebab yang munasabah, anda boleh datang ke MOM untuk bantuan. Anda boleh menghubungi MOM di 6438 5122 untuk memberikan butiran kes anda supaya pihak Kementerian dapat meneliti perkara itu.

PERLINDUNGAN MATERNITI YANG DITINGKATKAN

Q1: Saya telah berkhidmat dengan majikan saya untuk tempoh 3 bulan secara berterusan sebelum menerima notis pemberhentian kerja atau pembuangan kerja. Adakah saya layak mendapat perlindungan materniti yang ditingkatkan?

A1: Untuk layak mendapat perlindungan materniti yang ditingkatkan, anda harus mendapatkan sijil doktor yang mengesahkan kehamilan anda sebelum anda diberikan notis pemberhentian atau pembuangan kerja, selain telah berkhidmat dengan majikan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan.

Q2: Jika tempoh percubaan kontrak saya lebih panjang daripada 3 bulan tempoh kelayakan minimum, adakah saya akan menikmati perlindungan materniti?

A2: Ya. Status percubaan anda tidak akan menjejas hak anda untuk mendapatkan perlindungan materniti selagi anda memenuhi semua kriteria kelayakan.

Q3: Apakah hak-hak saya jika saya diberhentikan atau dibuang kerja semasa sedang hamil?

A3:

Jika anda diberhentikan atau dibuang kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, majikan anda akan dikehendaki untuk membayar anda bagi bayaran cuti bersalin yang anda layak terima.

Dalam kes-kes pertikaian, anda harus berbincang dengan majikan anda dahulu untuk memahami sebab pemecatan anda atau dapatkan bantuan kesatuan sekerja (jika anda seorang ahli kesatuan sekerja). Anda juga boleh meminta bantuan atau nasihat daripada Kementerian Tenaga Manusia atau kemukakan rayuan kepada Menteri Tenaga Manusia mengenai pemecatan anda dalam masa 2 bulan sebelum tarikh bersalin.

Bagaimanapun, sekiranya pemberhentian pekerjaan itu akibat tempoh kontrak yang telah tamat; anda boleh membuat permohonan untuk GPMB jika anda memenuhi kriteria kelayakannya.

Kelayakan

19

FAEDAH MATERNITI DIBAYAR PEMERINTAH (GPMB)

Kelayakan

Q1: Siapakah yang akan layak untuk GPMB?

A1: GPMB menyediakan faedah wang tunai kepada wanita yang aktif dalam ekonomi yang tidak layak untuk menerima cuti bersalin berbayar dengan syarat mereka memenuhi kriteria kelayakan. Para penerima GPMB termasuk:

a) Pekerja hamil yang kontrak jangka tetapnya tamat tempoh sebelum tarikh bersalin tetapi telah bekerja sekurang-kurangnya selama 90 hari di dalam 12 bulan sejurus sebelum bersalin;

b) Pekerja hamil yang telah dipecat sebelum bersalin dan tidak layak untuk perlindungan materniti yang ditingkatkan tetapi telah bekerja sekurang-kurangnya selama 90 hari di dalam 12 bulan sejurus sebelum bersalin;

c) Pekerja wanita yang kontrak jangka tetapnya bakal tamat tempoh sebelum sempat menggunakan cuti bersalin sepenuhnya.

Q2: Bolehkah saya menuntut GPMB dan nikmati cuti materniti berbayar pada masa yang sama?

A2:

Tidak, seorang pekerja yang layak mendapat cuti bersalin berbayar dibawah pekerjaan terbarunya tidak akan dapat menuntut GPMB.

Bagaimanapun, ibu-ibu bekerja yang telah menerima sebahagian faedah cuti bersalin tetapi mempunyai kontrak yang tamat tempoh selepas bersalin mungkin juga akan layak untuk GPMB. Jike pekerja tersebut telah diambil kerja dengan kontrak jangka tetap dan kontraknya tamat tempoh selepas kelahiran anaknya, namun sebelum beliau menggunakan 8 minggu cuti bersalin (untuk kelahiran Pertama dan Ke-2) atau 16 minggu cuti bersalin (untuk kelahiran Ke-3 dan seterusnya), beliau akan dapat menikmati cuti bersalin berbayar dan juga turut layak untuk tuntutan GPMB.

Pekerja-pekerja ini akan menerima GPMB secara pro-rata, iaitu faedah keseluruhannya (faedah cuti dan GPMB) adalah 8 minggu untuk kelahiran Pertama dan Ke-2 atau 16 minggu untuk kelahiran Ke-3 dan seterusnya.

20

Kelayakan

A2:

Contoh

Aturan Lahir

Anak Pertama dan Ke-2 Anak Ke-3

Jumlah faedah

materniti yang layak

(manfaat cuti

bersalin + GPMB)

Terhad kepada 8 mingguTerhad kepada 16

minggu

Jumlah faedah cuti

bersalin yang diterima

sehingga tamat

tempoh kontrak

3 minggu

10 minggu (2 minggu

terakhir: majikan boleh

meminta pembayaran

balik pemerintah)

Kelayakan GPMB (8-3) = 5 minggu (16-10) = 6 minggu

Untuk maklumat mengenai penghantaran tuntutan dan pertanyaan-pertanyaan lain, sila hantarkannya ke [email protected] atau hubungi talian hotline Lembaga CPF di 1800 227 1188.

Q3: Adakah ibu angkat layak untuk GPMB?

A3: Tidak, GPMB hanya ditawarkan kepada ibu kandung sahaja (sama dengan GPML). Ibu-ibu angkat boleh layak untuk Cuti Pengambilan Anak Angkat Dibayar Pemerintah jika mereka memenuhi kriteria kelayakan.

Q4: Dalam kes-kes lahir mati atau jika anak itu telah meninggal dunia, adakah ibunya masih layak untuk GPMB?

A4: Ya, GPMB layak untuk kes lahir mati (dengan pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pihak hospital), atau dalam situasi dimana bayi itu telah meninggal dunia jika kesemuanya memenuhi kriteria kelayakan untuk GPMB. Tuntutan harus dibuat dalam tempoh 15 bulan daripada kelahiran bayi.

21

Prosedur Am

Q5: Bagaimanakah perkhidmatan 90 hari sepanjang 12 bulan sebelum bersalin dikira?

A5: Jika anda bekerja dibawah kontrak jangka, tempoh kontrak (termasuk tarikh permulaan, tarikh akhir, hujung minggu dan cuti awam) akan digunakan untuk mengira tempoh perkhidmatan. Tempoh bekerja di bawa jangka masa yang berbeza boleh digabungkan.

Jika anda seorang pekerja bergaji hari, tempoh bekerja akan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar bekerja.

Bagi semua pekerja, sekiranya anda bekerja untuk berbilang majikan dalam tempoh yang sama, tempoh ‘bertindih’ ini akan dikira ‘sekali’ sahaja dalam pengiraan tempoh perkhidmatan.

Q6: Bagaimanakah jumlah yang bakal saya terima untuk GPMB dikira?

A6:

GPMB dikira berdasarkan tahap aktiviti ekonomi ibu dalam tahun sebelum bersalin:

Terhad kepada $10,000 untuk setiap 4 minggu, iaitu, 28 hari, dimana:

Kadar gaji kasar sepanjang 12 bulan = Jumlah keseluruhan gaji kasar yang diterima pemohon sepanjang 12 bulan sebelum bersalin. Ia termasuk pendapatan berdasarkan komisen tetapi tidak termasuk sumbangan CPF majikan dan bonus yang diterima.

X*hari = 56 (untuk tempoh pantang Pertama dan Ke-2) atau 112 hari (untuk tempoh pantang Ke-3).

ECPF = Sumbangan dari pihak majikan, yang perlu dibuat kepada Dana Simpanan Pekerja (CPF) ke atas jumlah gaji kasar pekerja wanita.

Pendapatan bersih perdagangan = Pendapatan bersih perdagangan yang diraih pemohon menerusi perniagaan, perdagangan atau kerjanya di Singapura sepanjang 12 bulan sebelum bersalin.

Contohnya, jika si ibu bekerja selama 4 bulan dengan gaji $5,000 sebulan (termasuk sumbangan CPF majikan) sepanjang 12 bulan (atau 365 hari) sebelum bersalin, dan melahirkan anak sulungnya (iaitu, 8 minggu atau 56 hari), GPMB beliau adalah: (4×$5000)/365 hari ×56 hari = $3,068.49.

Sekiranya anda bekerja untuk berbilang majikan dalam tempoh yang sama, tempoh ‘bertindih’ ini akan dikira ‘sekali’ sahaja (menggunakan gaji kedua-duanya) dalam pengiraan tempoh perkhidmatan. Bagaimanapun, gaji kedua-duanya akan digunakan dalam pengiraan untuk menunjukkan pendapatan keseluruhan yang diterima dalam tempoh 12 bulan.

(Kadar gaji kasar sepanjang 12 bulan + ECPF) + Pendapatan Bersih Perdagangan

365 hari X (X*hari)

22

CUTI PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DIBAYAR PEMERINTAH

Q1: Bilakah saya boleh mula mengambil cuti pengambilan anak angkat?

A1: Anda harus mencapai persetujuan bersama dahulu dengan majikan anda mengenai tarikh permulaan dan akhir bagi cuti pengambilan anak angkat anda. Anda boleh secara rasmi memulakan pengambilan cuti anda dari titik anda membuat “niat rasmi untuk pengambilan anak angkat” yang mana:

a) Jika anak itu merupakan seorang Warganegara Singapura (SC): dari tarikh permohonan pengambilan anak angkat telah diserahkan kepada Mahkamah untuk memulakan proses pengambilan anak angkat; atau

b) Jika anak itu bukan seorang Warganegara Singapura: dari tarikh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengeluarkan Pas Tanggungan (DP) yang merangkumi satu dokumen yang membuktikan kelulusan DP (iaitu, Kelulusan Dalam Prinsip bagi Pas Tanggungan).

Kelayakan anda untuk cuti pengambilan anak angkat akan tertakluk kepada kelulusan Perintah Pengambilan Anak Angkat. Sekiranya Perintah Pengambilan Anak Angkat tidak diluluskan dalam masa 1 tahun dari salah satu waktu permulaan tersebut di atas, atau anak anda tidak mendapat Kewarganegaraan Singapura dalam masa 6 bulan selepas Perintah Pengambilan Anak Angkat diluluskan, Pemerintah akan menuntut balik bayaran yang telah dibuat daripada anda sebagai hutang awam.

Q2: Bagaimanakah saya boleh mengambil 4 weeks cuti pengambilan anak angkat?

A2: Anda boleh mengambil cuti pengambilan anak angkat selama 4 minggu itu secara berterusan atau secara fleksibel dalam masa 12 bulan daripada kelahiran anak tersebut, tertakluk kepada persetujuan bersama diantara anda dan majikan anda.

23

Penafian: Maklumat yang disediakan dalam dokumen ini tepat di masa pencetakan dan tiada sandaran undang-undang. Jika terdapat keraguan, rujukan seharusnya dibuat kepada Akta Pekerjaan dan Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak.

Maklumat tepat mulai Februari 2014.