Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi

2
PANDUAN PELAKSANAAN MODEL PEMULIHAN JAWI BERPANDUKAN MODUL KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. PELAKSANAAN UMUM KCJ DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM 1. Bermula tahun 2015, semua sekolah akan terlibat dengan pelaksanaan KCJ dan mesti melaksanakan ujian diagnostik. 2. Pelaksanaan mestilah berpandukan soalan diagnostik yang dibekalkan oleh BPI KPM. 3. Ujian diagnostik ini akan melibatkan SEMUA murid Islam tahun 2 hingga tahun 6. 4. Masa yang diperuntukan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam. 5. Murid yang mendapat markah di bawah 60 % akan menjadi peserta KCJ di peringkat sekolah masing-masing. 6. Semua sekolah akan melaksanakan KCJ secara kem. 7. Tiada peruntukan khas yang diturunkan oleh BPI ke sekolah dan sekolah boleh menggunakan peruntukan lain untuk pelaksanaan KCJ. ( PIBG, PCG Pendidikan Islam dan Moral @ sumbangan- sumbangan lain ) 8. Tempoh pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi a. Kem Pertama (Penggal Pertama) 2 hari (Sehari = 6 jam) b. Kem Kedua (Penggal Kedua) 2 hari (Sehari = 6 jam) 9. Kem Cemerlang Jawi a. Ujian Diagnostik KCJ 8 Julai 2015 b. Tempoh Pelaksanaan KCJ dan Pemantauan 9 Julai - 15 Oktober 2015 10. Sebaik sahaja Kem Cemerlang Jawi dilaksanakan di sekolah, ujian susulan dilaksanakan kepada pelajar menggunakan Ujian POS yang disediakan bersama panduan ini. 11. Guru perlu merekodkan pencapaian Ujian POS menggunakan semula Borang Pencapaian Ujian Diagnostik dan Ujian Pra Kem Cemerlang Jawi dan menghantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Hilir Perak mengikut tarikh yang ditetapkan. 2. KAEDAH PEMARKAHAN UJIAN DIAGNOSTIK: Soalan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1 (10 soalan = 40 markah ) – menyambungkan huruf Skema pemarkahan Bahagian 1: a) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menyambung walaupun hanya satu huruf, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ). Bahagian 2 (10 soalan = 20 markah ) – merumikan perkataan Skema pemarkahan Bahagian 2: b) Setiap satu soalan diperuntukan 2 markah, jika murid salah merumikan perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).. Bahagian 3 (10 soalan = 40 markah ) – menjawikan perkataan Skema pemarkahan Bahagian 3: c) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menjawikan perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).

Transcript of Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi

Page 1: Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL PEMULIHAN JAWI BERPANDUKAN MODUL KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. PELAKSANAAN UMUM KCJ DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM

1. Bermula tahun 2015, semua sekolah akan terlibat dengan pelaksanaan KCJ dan mesti

melaksanakan ujian diagnostik.

2. Pelaksanaan mestilah berpandukan soalan diagnostik yang dibekalkan oleh BPI KPM.

3. Ujian diagnostik ini akan melibatkan SEMUA murid Islam tahun 2 hingga tahun 6.

4. Masa yang diperuntukan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam.

5. Murid yang mendapat markah di bawah 60 % akan menjadi peserta KCJ di peringkat sekolah

masing-masing.

6. Semua sekolah akan melaksanakan KCJ secara kem.

7. Tiada peruntukan khas yang diturunkan oleh BPI ke sekolah dan sekolah boleh menggunakan

peruntukan lain untuk pelaksanaan KCJ. ( PIBG, PCG Pendidikan Islam dan Moral @ sumbangan-

sumbangan lain )

8. Tempoh pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi

a. Kem Pertama (Penggal Pertama) 2 hari (Sehari = 6 jam)

b. Kem Kedua (Penggal Kedua) 2 hari (Sehari = 6 jam)

9. Kem Cemerlang Jawi

a. Ujian Diagnostik KCJ 8 Julai 2015

b. Tempoh Pelaksanaan KCJ dan Pemantauan 9 Julai - 15 Oktober 2015

10. Sebaik sahaja Kem Cemerlang Jawi dilaksanakan di sekolah, ujian susulan dilaksanakan kepada

pelajar menggunakan Ujian POS yang disediakan bersama panduan ini.

11. Guru perlu merekodkan pencapaian Ujian POS menggunakan semula Borang Pencapaian Ujian

Diagnostik dan Ujian Pra Kem Cemerlang Jawi dan menghantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Hilir

Perak mengikut tarikh yang ditetapkan.

2. KAEDAH PEMARKAHAN UJIAN DIAGNOSTIK:

Soalan dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian 1 (10 soalan = 40 markah ) – menyambungkan huruf

Skema pemarkahan Bahagian 1:

a) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menyambung walaupun hanya satu

huruf, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).

Bahagian 2 (10 soalan = 20 markah ) – merumikan perkataan

Skema pemarkahan Bahagian 2:

b) Setiap satu soalan diperuntukan 2 markah, jika murid salah merumikan perkataan yang

diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah )..

Bahagian 3 (10 soalan = 40 markah ) – menjawikan perkataan

Skema pemarkahan Bahagian 3:

c) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menjawikan perkataan yang

diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).

Page 2: Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi

3. CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM INI

MEMUAT TURUN SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK, UJIAN POS DAN PANDUAN PELAKSANAAN

TARIKH : 1 HINGGA 7 JULAI 2014

UJIAN DIAGNOSTIK TARIKH : 8 JULAI 2015

HANTAR BORANG PENCAPAIAN UJIAN DIAGNOSTIK KE PPD HILIR PERAK TARIKH : SEBELUM 15 JULAI 2015

KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) TEMPOH : 9 JULAI 2015 HINGGA 15 OKTOBER 2015

UJIAN POS TEMPOH : SELEPAS SELESAI KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

HANTAR BORANG PENCAPAIAN UJIAN POS KE PPD HILIR PERAK TARIKH : SEBELUM 15 OKTOBER 2015