Panduan Pelaksanaan Kursus HBEF2503_HBEF3603_HBEF4304

download Panduan Pelaksanaan Kursus HBEF2503_HBEF3603_HBEF4304

of 9

Transcript of Panduan Pelaksanaan Kursus HBEF2503_HBEF3603_HBEF4304

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING

FASA 1

PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka yang dilantik.

Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.

Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.

Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam/pertemuan;Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor

penyelia dengan pelajar.

KEPERLUAN KURSUSKursus ini memerlukan pelajar untuk:

Menghadiri tutorial bersemuka

Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan

Berjumpa tutor penyelia

Menduduki peperiksaan akhir

Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.

Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.

Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).

Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan Fasa 3 (HBEF4303).Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:

NOPERKARA

Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin

comb binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru tua.

iMuka surat Tajuk (Title Page)

iiAbstrak (Abstract)

1.PENDAHULUAN

Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur

2.ISU / FOKUS KAJIAN

Tinjauan dan Analisis Masalah

3.OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

4.KUMPULAN SASARAN

5.TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Jadual Pelaksanaan

Kos Kajian

6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A - HBEF2503_05)

Nota:

MAJORBAHASA PENGANTAR

BIBM

Bahasa InggerisX

Sains / Matematik

Lain-lain MajorX

Penilaian Kursus

PENILAIAN%Individu yang Bertanggungjawab

Kerja Kursus:

Cadangan Penyelidikan30%Tutor Penyelia

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan)10%Tutor Penyelia

Peperiksaan Akhir60%OUM

JUMLAH KESELURUHAN100%

FASA 2

PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN PROFESIONAL)

Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu).Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing. Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.

KATEGORI PELAJAR

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

PEMILIHAN RESPONDEN

Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.

SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau

Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah, atau

Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

PENILAIAN KURSUS

Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:

Aktiviti 1 (T1A1)Laporan Pemantauan Guru Pembimbing20 Markah

Aktiviti 2 (T1A2)Rakaman Video Sesi Praktikum20 Markah

Aktiviti 3 (T1A3)Pelaporan Praktikum30 Markah

Aktiviti 4 (T1A4)Reflektif Jurnal20 Markah

ForumPenglibatan atas talian10 Markah

JUMLAH KESELURUHAN100 Markah

Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.**Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada bahagianAssignment(T1A1)

Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.Aktiviti 2 (T1A2)- Rakaman Video Sesi Praktikum

Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A2.

Nota:

Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan transcribe untuk rakaman video tersebut.

Aktiviti 3 (T1A3)Pelaporan Praktikum

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:

BILPERKARA

1.Refleksi PdP lalu

Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:

Guru

Murid

Isi kandungan pelajaran

Persekitaran

Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

2.Isu / Fokus Kajian

Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

3Kumpulan sasaran

Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4.Perlaksanaan inovasi PdP

Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:

TEKNIK COMIL : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI

SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5.Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, pre-test dan post-test

Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

6.Lampiran

Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

Laporan ini:

Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5Terhad kepada10 mukasurat sahaja (tidak termasuk lampiran)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A3.

Aktiviti 4 (T1A4)Jurnal Reflektif

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A4.FASA 3

PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN TINDAKAN)

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus HBEF2503 dan HBEF3603.Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam / pertemuan.Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Universiti.Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C HBEF4303_04) untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia dan pihak fakulti dalam bentuk:Softcopy (CD) (untuk simpanan fakulti)Hardcopy (untuk simpanan tutor penyelia)PENILAIAN KURSUS

PENILAIAN%Individu yang Bertanggungjawab

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan)20Tutor Penyelia

Laporan Kajian Tindakan

(Jumlah markah akan ditukar kepada 80%)80Tutor Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN100%

KEPERLUAN KURSUS

Format Laporan Kajian Tindakan

Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:

NoPerkara

1.PENDAHULUAN

Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

2.ISU / FOKUS KAJIAN

Tinjauan dan Analisis Masalah

3.OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

4.KUMPULAN SASARAN

5.TINDAKAN KAJIAN

5.1 Prosedur Kajian

5.2 Cara Mengumpul Data

6.ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.DAPATAN DATA

8.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

9.PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN

10.BIBLIOGRAFI

Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran C HBEF4303_05)

- TAMAT -

ATAU

8