PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu...

26
PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Transcript of PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu...

Page 1: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

PANDUAN

PELAKSANAAN

MELINDUNGI

MASA

INSTRUKSIONAL

(MMI)

Bahagian di Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri, Pejabat

Pelajaran Daerah, dan

Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 1 / 19

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(MMI) DI BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,

JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH,

DAN SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

1.1 Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah

untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu

pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah.

1.2 Panduan ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD,

pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha

melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran

murid dapat ditingkatkan.

1.3 Bahagian, JPN, PPD, dan pihak pengurusan sekolah seharusnya

memastikan keberadaan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah

ditingkatkan dan seterusnya memaksimumkan masa pengajaran guru.

1.4 MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional

dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

1.5 Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan

pembelajaran murid di sekolah.

Page 3: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 2 / 19

1.6 Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi

tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,

memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics),

memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran

(PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.

1.7 Di samping itu, guru perlu mendapat sokongan pemimpin dan komuniti

setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan

profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah demi meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid.

2. RASIONAL MMI

2.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua

program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu,

KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi

mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan

pembelajaran murid.

2.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di

sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan

keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan

yang kritis, kreatif dan inovatif.

2.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan

tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid

meningkat.

2.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi

Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,

Page 4: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 3 / 19

Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk

mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan

berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata

pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.

2.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan

PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep

MMI difahami dengan jelas.

2.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta

merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek

dan strategi jangka panjang.

2.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid,

guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian

oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru

berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa

proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

2.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan

beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI

disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan

semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru

mengajar dan murid belajar.

Page 5: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 4 / 19

3. KERANGKA KONSEP MMI

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

KEMBALI KEPADA YANG ASAS

Memaksimumkan Masa Instruksional

4. OBJEKTIF PELAKSANAAN MMI

4.1 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep

MMI.

4.2 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat

meningkatkan usaha bagi melindungi masa instruksional (protecting

instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan

pembelajaran murid.

4.3 Bahagian, JPN, dan PPD dapat menyebarluaskan konsep MMI di semua

sekolah di bawah pentadbiran masing-masing.

4.4 Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic

learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah.

4.5 Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau

guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan.

PEMIMPIN

INSTRUKSIONAL

GURU

MENGAJAR

MURID

BELAJAR

Page 6: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 5 / 19

5. KEPENTINGAN MMI

5.1 Merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Visi – Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi – Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan

Berkualiti

5.2 Memastikan masa instruksional murid di sekolah dilindungi.

5.3 Meningkatkan profesionalisme guru.

6. PERANAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) –

SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP)

6.1 Menyediakan panduan pelaksanaan MMI yang jelas kepada Bahagian,

JPN, PPD, dan sekolah.

6.2 Menyediakan laporan program dan aktiviti yang melibatkan guru dan

murid seperti Lampiran A serta melaporkan status pelaksanaan MMI

dalam Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

sebanyak enam kali dalam masa setahun.

.

6.3 Melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan pelan

tindakan MMI di JPN.

Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.

Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

6.4 Penjajaran semula dengan usaha penambahbaikan terhadap pelaksanaan

MMI di JPN.

Page 7: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 6 / 19

7. PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

7.1 Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Latihan yang dilaksanakan perlu mengambil

kira kepentingan MMI dan memastikan pergerakan guru keluar dari

sekolah dapat diminimumkan.

7.2 Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan program yang

melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A dan menghantarnya

kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

7.3 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada

laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

8. PERANAN JPN

8.1 Urus setia MMI peringkat negeri.

8.2 Pemantauan terhadap semua PPD (kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya

pemantauan terus ke semua sekolah).

Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.

Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

8.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat

Pengurusan Bulanan Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN.

8.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program

yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta

menghantar kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

Page 8: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 7 / 19

8.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)

pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN B dihantar setiap

7hb. kepada urus setia SOP.

8.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada

laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

9. PERANAN PPD

9.1 Urus setia MMI peringkat PPD.

9.2 Pemantauan terhadap semua sekolah.

Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.

Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

9.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat

Pengurusan Bulanan PPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran

Daerah.

9.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program

yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta

menghantar kepada urus setia MMI JPN pada setiap 5hb.

9.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)

pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN C dihantar setiap

5hb kepada urus setia JPN.

9.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada

laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Page 9: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 8 / 19

10. PERANAN SEKOLAH

10.1 Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang tidak menjejaskan

PdP murid.

10.2 Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).

10.3 Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah.

10.4 Memastikan PdP dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan

Laporan Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah seperti di

LAMPIRAN E.

10.5 Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdP.

10.6 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program

yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta

menghantar kepada urus setia MMI PPD atau JPN (yang tiada PPD) pada

setiap 2hb.

10.7 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)

pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb

kepada urus setia MMI PPD.

10.8 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada

laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Page 10: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 9 / 19

11. PANDUAN UMUM SEKOLAH

11.1 Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)

Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan

memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan

dengan berkesan.

Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi

ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum

kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP).

Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard

Prestasi.

Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

secara school based bagi melindungi masa instruksional di

sekolah.

11.2 Kepimpinan Instruksional (Rujuk LAMPIRAN 2)

Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan

instruksional di sekolah.

Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.

11.3 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar (Rujuk LAMPIRAN 3)

Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.

Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.

Meningkatkan kompetensi guru.

Page 11: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 10 / 19

11.4 Murid Belajar (Rujuk LAMPIRAN 4)

Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP

dengan berkesan di dalam bilik darjah.

Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid

mengikut potensi.

Meningkatkan keberhasilan murid.

12. RUMUSAN

12.1 Semua warga KPM seharusnya membudayakan MMI sepenuhnya

dengan menjadikannya sebagai panduan (Kembali Kepada Yang Asas :

Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar) bagi

mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan

Malaysia.

12.2 Pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah

perlu ditingkatkan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di

samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran

berkesan. Semoga hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan

negara dapat dicapai khususnya berada dalam kelompok sepertiga teratas

dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2028.

12.3 Diharapkan MMI yang berkesan akan dapat dicapai apabila pihak

pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa

pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid

di semua sekolah.

12.4 Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan

sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan

Page 12: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 11 / 19

kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional

learning community (PLC) dan pembangunan profesionalisme guru

secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.

12.5 Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing

dengan mengambil tindakan dan inisiatif dalam memastikan amalan

MMI dipraktiskan di sekolah. Ini sudah pasti dapat memberi sumbangan

yang bermakna kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Page 13: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 12 / 19

LAMPIRAN 1

Pentadbir : Pentadbiran/ Pengurusan Sekolah

Mengenalpasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan

semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.

Melaksanakan pengagihan waktu PdP mengikut pekeliling dan buku

panduan sedia ada.

Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru dan ada

waktu senggang antara waktu PdP.

Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas dibuat dengan teliti.

Menyediakan jadual guru ganti yang yang adil untuk semua guru dan

berkesan.

Memantapkan penyediaan jadual waktu atau jadual ganti.

Penyediaan profil guru.

Rekod guru ganti yang sistematik.

Lelong waktu/jadual anjal/sistem set.

Penyediaan bilik transit/khas.

Kelas gabung yang signifikan.

Subjek & tahun/tingkatan setara.

Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru.

Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti.

Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan

Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar

meninggalkan bilik darjah (PdP).

Membina dan mematuhi jadual aktiviti kokurikulum sekolah di luar

waktu PdP.

Page 14: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 13 / 19

Merancang takwim yang lengkap untuk semua aktiviti kokurikulum bagi

melindungi masa intruksional.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum hendaklah seiring/ mengambil kira

kandungan kurikulum.

Mengadakan kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulm

seboleh-bolehnya tidak melibatkan masa PdP.

Pemantauan yang berkala dan sistematik.

Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.

Pengetua/Guru Besar dan guru mematuhi pelan pelaksanaan PBS.

Pencerapan klinikal oleh pentadbir sekolah.

Tiada pengasingan antara pentaksiran dengan PdP yang berlangsung.

Memastikan pelaksanaan LDP secara school based bagi melindungi masa

instruksional di sekolah.

Kerjaya secara in-situ di sekolah.

Kursus secara e-Pembelajaran di luar waktu sekolah.

Melaksanakan pengoperasian LDP secara School Based.

Permohonan dan pelaporan kursus melalui sistem online –

(e-SPLG).

Pemantauan LDP secara berkesan.

Page 15: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 14 / 19

LAMPIRAN 2

Kepimpinan Instruksional

Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di

sekolah.

Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua

dan Pemimpin Pertengahan).

Perkongsian amalan terbaik PdP.

CPD untuk mempertingkatkan kualiti PdP guru.

Membangun kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan

sahsiah.

Mengenal pasti gangguan instruksional di sekolah

Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan Kepimpinan

Instruksional yang standard.

Pemantauan pelaksanaan MMI di sekolah.

Instrumen pemantauan.

Latihan untuk memotivasi guru.

Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah

berkesan.

Mewujudkan budaya kepimpinan yang fleksibel dan berkesan.

Memperkasakan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) dan

Pengurusan Panitia Sekolah.

Membudayakan Kepimpinan Melalui Teladan.

Amalkan SOP (Standard Operational Procedure).

Kursus Kepimpinan Instruksional.

Sentiasa merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.

Program Penanda arasan

Page 16: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 15 / 19

Program Immersion.

Page 17: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 16 / 19

LAMPIRAN 3

Guru: Keberkesanan Guru Mengajar

Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.

Memantapkan rancangan dan persediaan PdP mengikut tahap murid.

Melaksanakan PdP seperti dirancang dengan menerapkan elemen

kreativiti dan inovasi.

Penilaian berterusan dilaksanakan semasa PdP.

Perkongsian amalan terbaik PdP.

Mengamalkan team teaching/ collaborative teaching.

Pendekatan Lesson Study.

Membudayakan inovasi dan kreativiti.

Mempelbagaikan kemahiran generik mengikut tahap murid.

Memantapkan refleksi kendiri guru.

Memastikan PdP berkesan berdasarkan teknologi dan inovasi.

Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.

Melaksanakan i-THINK – Alatan berfikir dalam PdP.

Penggunaan ICT sebagai medium mengajar.

Pelaksanaan secara menyeluruh PLC – LESSON STUDY.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid.

Menyediakan ekosistem Learning is fun.

Peningkatan kemahiran guru (Latihan dalam perkhidmatan) berasaskan

sekolah (School Based).

Page 18: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 17 / 19

Meningkatkan kompetensi guru.

Mempertingkatkan latihan keguruan untuk mencapai tahap kompetensi

dan standard yang ditetapkan.

Guru mengajar subjek mengikut opsyen.

Kursus Kompetensi dan Kursus Pedogogi.

Program Guru Muda / Program Pembangunan Guru Baharu (Mentor-

Mentee).

Ujian Pengesanan Tahap Kompetensi Guru.

Sistem pemantauan.

Rekod guru bercuti / akan bercuti.

Bimbingan Rakan Guru (pengajaran secara berpasangan).

Page 19: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 18 / 19

LAMPIRAN 4

Murid Belajar

Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dengan berkesan di dalam bilik darjah.

Pemantauan status kehadiran guru.

Pencerapan PdP.

Menjalankan pemerhatian mengejut (MBWA).

Autoriti .

Modul pembelajaran.

Modul untuk guru ganti.

Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.

Audit akademik.

Post Mortem.

Coaching and Mentoring.

Menggunakan kepakaran SIPartner dan SISC+.

Bengkel pemantapan headcount.

Meningkatkan keberhasilan murid.

Membudayakan Pembelajaran Akses Kendiri - Self Acces Learning

(SAL).

Mengadakan stesen pembelajaran di setiap sekolah.

Kaedah yang sistematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran

asas membaca, menulis, dan mengira.

Mengupayakan bakat dan potensi diri murid secara optimum.

Page 20: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Muka Surat 19 / 19

Pembelajaran di luar bilik darjah. Contoh- Penggunaan bilik-bilik khas /

makmal / persekitaran sekolah.

Guru Penyayang / Sekolah Penyayang.

Memperkasakan dan meningkatkan keberkesanan:

- Program Nilam.

- Data SAPS.

- Koakademik / Kelab dan Persatuan.

- Naik taraf bilik-bilik khas dengan kemudahan dan

kelengkapan PdP yang menarik.

- Pengiktirafan dan ganjaran atas potensi murid.

Page 21: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

LAMPIRAN A

LAPORAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Bil Program/ Aktiviti Bahagian/

JPN/ PPD

Tarikh dan

Masa

Penglibatan

Catatan Bil. Guru Bil. Murid

1.

Contoh :

LDP

BPG

12 – 13

Januari

20 orang

10 orang

LDP dilaksanakan pada hujung

minggu

2.

Contoh :

LDP

PPD

14 – 15

Januari

20 orang

-

LDP telah dilaksanakan dalam waktu

PdP.

*Diisi oleh Bahagian/JPN/PPD/Sekolah setiap bulan dan dihantar kepada urus setia diperingkat masing-masing.

Page 22: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

LAMPIRAN B

LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

JPN : …………………………………………………….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan

KPI

Isu Penyelesaian

Seterusnya

JPN

Sebelum

(TOV)

Selepas

(Capai)

1.

Contoh :

Membangun kapasiti

Kepimpinan

Instruksional (KI).

Latihan

Kepimpinan

Instruksional

kepada pemimpin

sekolah (Pengetua

dan Pemimpin

Pertengahan).

31 Mac

2013

13 orang

pemimpin

instruksional

baharu

sekolah

belum

terima

latihan

8 orang

telah terima

latihan

Pemimpin sekolah

tidak dapat

melestarikan amalan

kepimpinan

instruksional di

sekolah.

Membangunkan atau

menggunakan Modul

Latihan KI yang

standard

*Diisi oleh JPN dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pejabat TKPPM SOP)

Page 23: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

LAMPIRAN C

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

PPD : …………………………………………………………….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan

KPI

Isu Penyelesaian

Seterusnya

JPN

Sebelum

(TOV)

Selepas

(Capai)

1.

Contoh :

Membangun kapasiti

Kepimpinan

Instruksional (KI).

Latihan

Kepimpinan

Instruksional

kepada pemimpin

sekolah (Pengetua

dan Pemimpin

Pertengahan).

31 Mac

2013

13 orang

pemimpin

instruksional

baharu

sekolah

belum

terima

latihan

8 orang

telah terima

latihan

Pemimpin sekolah

tidak dapat

melestarikan amalan

kepimpinan

instruksional di

sekolah.

Membangunkan atau

menggunakan Modul

Latihan KI yang

standard

*Diisi oleh PPD dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di JPN)

Page 24: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

LAMPIRAN D

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

SEKOLAH : ……………………………………………….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan

KPI

Isu Penyelesaian

Seterusnya

JPN

Sebelum

(TOV)

Selepas

(Capai)

1.

Contoh :

Penyediaan Jadual

Waktu

Menyediakan jadual

guru ganti yang adil

untuk semua guru

dan berkesan

31

Disember

2012

50% guru

ganti tidak

menjalan

PdP

100%

menjalankan

PdP

Guru ganti kurang

berkesan menjalankan

PdP.

Lelong waktu/jadual

anjal/sistem set.

*Diisi oleh sekolah dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di PPD atau JPN bagi sekolah yang tiada PPD)

Page 25: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

LAMPIRAN E

LAPORAN KEBERADAAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Tarikh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

TAHUN / TINGKATAN : ……………………… SEKOLAH : ………………………………………………………………….

Waktu

Guru Mata

Pelajaran

(Tandatangan)

Guru Ganti

(Tandatangan)

Catatan

(Nama Guru Tidak

Masuk Kelas)

Waktu

Guru Mata

Pelajaran

(Tandatangan)

Guru Ganti

(Tandatangan)

Catatan

(Nama Guru Tidak

Masuk Kelas)

1 7

2 8

3 9

4 10

5 11

6 12

RUMUSAN Kehadiran Guru Mata Pelajaran Sebab Tidak Hadir

………/……… = …….... %

Page 26: PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL … · Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru. Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti. Memastikan

SEGALA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERKARA INI BOLEH

DIRUJUK KEPADA PEGAWAI MEJA MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

URUS SETIA INDUK

Dr. Jafri bin Abu

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Tel : 03-88849344

E-mel : [email protected]

Abrar bin Idris

Bahagian Pendidikan Islam

Tel : 03-83217371

E-mel : [email protected]

Anuar Adnan bin Ismail

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Tel : 03-83217538

E-mel : [email protected]

Rose Lina binti Ismail

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Tel : 03-88845165

E-mel : [email protected]

Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Tel : 03-88845069

E-mel : [email protected]

Ahmad Faris bin Johan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Tel : 03-88849344

E-mel : [email protected]