Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

31
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN TINGKATAN SATU HINGGA TIGA PANDUAN PELAKSANAAN RINTIS 2011 DRAF

Transcript of Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Page 1: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

TINGKATAN SATU HINGGA TIGA

DRAF

PANDUAN PELAKSANAAN RINTIS PAV

2011

DRAF

Page 2: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 4

2. MATLAMAT PAV 7

3. OBJEKTIF PAV 7

4. STRUKTUR KURIKULUM

4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 - 3

4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1

4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 - 3

4.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

8 10 13 14 15

5. PENTAKSIRAN PAV 5.1 Bentuk Pentaksiran PAV 5.2 Bentuk Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi

Vokasional (PBSKV) dan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi Akademik (PBSPA)

5.3 Ciri Pentaksiran 5.4 Pengurusan Pentaksiran dan Evidence

16 16

18 18

6. PROGRAM UJI RINTIS 6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulun Standard PAV 6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis 6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV 6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV 6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV 6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid

19 19 19 19 20 21

7. PERANAN AGENSI BERKAITAN 7.1 Agensi Pusat KPM 7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD) 7.3 Sekolah

22 24

24

8. KEWANGAN 26

9. DOKUMEN RINTIS PAV 26

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

PENGHARGAAN

Page 3: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

3

PRAKATA

Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ini disediakan bagi

membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan

pelaksanaan rintis PAV di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM).

Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan

rintis PAV. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran PAV serta

peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat. Buku ini juga diharap dapat membantu KPM

membuat penambahbaikan PAV pada masa pelaksanaan rintis dan seterusnya semasa

pelaksanaan penuh.

Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa

sepanjang pelaksanaan rintis berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat

KPM. Pengguna dokumen ini adalah perlu sentiasa mengemaskini maklumat dari

sumber yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

Page 4: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

4

1. PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan

vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu

seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di

sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 & 5),

elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.

Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada murid

yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat

Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan

supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.

Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008

telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat

menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi

Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan di

Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang

dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011

telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV

akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah

yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.

Page 5: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

5

Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022

Bilangan Sekolah

2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

Sekolah Baru 15 135 100 50 40 60 30 10 10 0 0

Sedia Ada 0 15 150 250 300 340 400 430 440 450 450

Jumlah Sekolah

15 150 250 300 340 400 430 440 450 450 450

Bilik Darjah 15 300 500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 2700

Bilangan Bilik Darjah/Bengkel

Tingkatan 1 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 900

Tingkatan 2

15 300 500 600 680 800 860 880 900 900

Tingkatan 3

15 300 500 600 680 800 860 880 900

Jum Kelas 15 315 815 1400 1780 2080 2340 2540 2640 2680 2700

Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000

Bilangan Murid

Tingkatan 1 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000 27000

Tingkatan 2 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000

Tingkatan 3 0 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000

Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000

Jadual 1: Unjuran murid Pendidikan Asas Vokasional

Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik

darjah dan 450 orang murid (30 orang murid setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135

buah sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara

berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60 orang

(2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai 81,000

orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah sekolah.

Page 6: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

6

Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transfromasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Laluan pembelajaran murid PAV

Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan

kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di

peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat Sijil

Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM,

berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3 tahun

tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1.

Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan

Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut

Kemahiran Belia Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej

Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan lain-lain

Page 7: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

7

institut secara attachment dibawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan

3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM, murid boleh meneruskan

kerjaya di sektor awam dan swasta.

2. MATLAMAT PAV

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi

modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi.

3. OBJEKTIF PAV

Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat

rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti murid lembam,

murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala

objektif khusus PAV adalah seperti berikut:

3.1 Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid

berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar ‘hands-on’ yang

berterusan.

3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan

kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan

dan industri.

3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan

pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan

pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.

3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis,

kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.

3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya

niaga.

Page 8: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

8

4. STRUKTUR KURIKULUM 4.1. Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3

Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.

BIL. KOMPONEN DIMENSI MODUL

Waktu /Minggu dan Peratus Penumpuan

Ting 1 % Ting 2 % Ting 3 %

1

Jati Diri Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi 10 22% 6 14% 6 14%

English For Communication

Patriotisme Sejarah 4 9% 2 4% 2 4%

Sahsiah

Pendidikan Islam / Moral 4 9% 3 7% 3 7%

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

3 6% 2 4% 2 4%

2

Teknologi Vokasional

Teknologi Sains, Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4%

3

Kemahiran Vokasional Vokasional

Asas & Spesifik

Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni & Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK

Pra Vokasional

*SKM Tahap 1

*SKM Tahap 2

20 45% 30 67% 30 67%

4 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Kurikulum

Jumlah Waktu Seminggu 45 100 45 100 45 100

*SKM T1 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

*SKM T2 – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Jadual 2: Struktur kurikulum PAV

Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis,

kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam

pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional,

Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.

Page 9: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

9

Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran

berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam

kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patrotisme serta

membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.

Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains,

matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional terdiri

daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan untuk

menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional. Elemen

sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri murid

melalui aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.

4.1.1. Komponen Jati Diri

Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi, Patriotisme dan

Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah Bahasa Malaysia Komunikasi dan

English for Communication, dimensi patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah

manakala dimensi sahsiah dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan

Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum yang

meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan.

4.1.2. Komponen Teknologi Vokasional

Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu bidang sains,

matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya digubal untuk kegunaan murid

vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional adalah untuk mengembangkan potensi murid agar

boleh berfikir secara logik, kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran

kemahiran vokasional.

4.1.3. Komponen Kemahiran Vokasional

Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi Kemahiran Vokasional Asas

dan Kemahiran Vokasional Spesifik. Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-

vokasional yang ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam kemahiran dalam

bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan, Kraftangan,

Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah untuk memberi pendedahan dan

menyediakan murid dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menjurus kepada beberapa

Page 10: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

10

pengkhususan spesifik pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di

Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan kepada tiga aspek

penting untuk melahirkan individu yang bersedia memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek

kemahiran kebolehkerjaan (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial

skills) dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on. Kedua-dua

kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan kemahiran generik (soft skills),

yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran kemahiran spesifik.

Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid ialah:

Tingkatan 1 - Pra Vokasional

Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM Tahap 1)

Tingkatan 3 – Kemahiran Tahap 2 (SKM Tahap 2)

4.2. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 1

Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional dan 55

peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain Vokasional adalah

sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai

modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional beserta peruntukan waktu seminggu

yang akan disampaikan kepada murid Tingkatan 1.

BIL KOMPONEN DIMENSI MODUL Waktu / Minggu

1

Jati Diri Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi 10

English For Communication

Patriotisme Sejarah 4

Sahsiah

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

4

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

2 1

2 Teknologi Vokasional

Teknologi Teknologi Vokasional (Sains, Matematik dan TMK)

4

3 Kemahiran Vokasional

Rujuk Jadual 4

4 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas kurikulum

Jadual 3: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional

Page 11: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

11

Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum dan

modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi Rumah

Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan sebagai

modul ‘Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua kursus

kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran dan

pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan

dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama

persekolahan murid akan mengikuti satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul

Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan

modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan

motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul

umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari oleh murid PAV.

Bil. Modul Umum Bilangan waktu

P&P / 35 minggu

Waktu /

Minggu

1 Pengurusan Diri 80 20

2 Asas Multimedia 80 20

3 Kerja Asas Pembinaan 80 20

4 Asas Mekanikal 80 20

5 Aplikasi Litar Elektrik 80 20

6 Asas Pertanian 80 20

JUMLAH 480

Jadual 4: Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1

Seterusnya, murid akan mengikuti modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-

masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220

waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti oleh

murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.

Page 12: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

12

Jadual 5: Modul elektif Pra Vokasional Tingkatan 1

Bil. Modul Elektif

(1 modul sahaja) Bilangan waktu

P&P Waktu / Minggu

1 Penyediaan dan Penyajian Makanan

220 20

2 Bakeri 220 20

3 Pakaian dan Jahitan 220 20

4 Seni Kecantikan 220 20

5 Asuhan Kanak-kanak 220 20

6 Animasi dan Visual 220 20

7 Pembuatan Perabot 220 20

8 Pelan Dekoratif 220 20

9 Perpaipan 220 20

10 Pembinaan Bangunan 220 20

11 Seni Reka Tanda 220 20

12 Automotif 220 20

13 Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

220 20

14 Kimpalan Arka 220 20

15 Kimpalan Gas 220 20

16 Pendawaian Elektrik 220 20

17 Elektronik Audio Visual 220 20

18 Akuakultur 220 20

19 Tanaman 220 20

Page 13: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

13

4.3. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang sama, tetapi

berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen Jati Diri dan Teknologi

Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk memberi lebih waktu kepada modul

kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul Tahap 2 di Tingkatan 3 di mana modul-modul

berkenaan membolehkan murid diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan

kursus dengan jayanya. Komponen Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas

kurikulum.

Bil. Komponen Dimensi Modul Waktu / Minggu

Ting 2 Ting 3

1

Jati Diri

Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi

6 6 English For Communication

Patriotisme Sejarah 2 2

Sahsiah

Pendidikan Islam / Moral

3 3

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

1 1

Ko Kurikulum (Sukan, Pasukan Beruniform dan Kelab/Persatuan)

1 1

2 Teknologi Vokasional

Teknologi Teknologi Vokasional (Sains, Matematik dan TMK)

2 2

3 Kemahiran Vokasional

Vokasional Spesifik

Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni & Kebudayaan, Kraftangan, Perdagangan dan TMK (Modul merujuk kepada NOSS)

*SKM Tahap 1

*SKM Tahap 2

30 30

4 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Kurikulum

Jumlah Waktu Seminggu 45 45

Jadual 6: Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

Page 14: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

14

4.4. Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di Tingkatan 2

atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2

hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada bengkel MPV

sedia ada adalah di tunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah:

Bil. Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Modul Umum Modul Elektif

1.

Pengurusan Diri

Asas Multimedia

Kerja Asas

Pembinaan

Asas Mekanikal

Aplikasi Litar

Elektrik

Asas Pertanian

Penyediaan dan Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu

Penyedia Makanan

L-041-2 Penyedia Makanan

2. Bakeri L-100-1 Pembantu

Penyedia Roti

L-100-2 Penyedia Roti

3. Pakaian dan

Jahitan

K-012-1 Pembuat

Pakaian Wanita

K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

4. Seni Kecantikan MP-060-1 Jurukecantikan MP-060-2 Juruestetik

5. Asuhan Kanak-

kanak

MP-010-2 Penjaga

Kanak-kanak

CC-010-2 Penjaga Pusat

Jagaan Kanak-kanak

6. Animasi dan

Visual

IT-050-2 Artis Multimedia – Visual

IT-040-2 Artis Multimedia – Animator

7. Pembuatan

Perabot

RB-050-1 Pembuat

Perabot

RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan

8. Pelan Dekoratif ID-040-1 Pereka Dalaman

Rendah

ID-040-2 Pereka Dalaman

9. Perpaipan B-020-1 Jurukerja Paip B-020-2 Jurukerja Paip

10. Pembinaan

Bangunan

B-010-1 Jurubina

Bangunan

B-010-2 Jurubina Bangunan

11. Seni Reka Tanda H-312-2 Juruteknik

Rekabentuk Produk

Industri

H-312-2 Juruteknik

Rekabentuk Produk

Industri

12. Automotif P-119-1 Juruteknik

Automotif

TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

13. P-118-1 Juruteknik

Motosikal

P-118-2 Juruteknik Motosikal Kanan

Page 15: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

15

Bil. Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

14. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

C-010-1 Mekanik

Penyejukbekuan dan

Penyamanan Udara -

Domestik

C-010-2 Mekanik

Penyejukbekuan dan

Penyamanan Udara -

Domestik

15. Kimpalan Arka H-024-1 Jurukimpal Arka

Logam Berperisai - Keluli

Karbon

H-024-2 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)

16. Kimpalan Gas H-022-1 Jurukimpal Gas H-022-2 Jurukimpal Gas

17. Pendawaian

Elektrik

C-051-1 Juruteknik

Elektrik Rendah

C-051-2Juruteknik Elektrik

18. Elektronik Audio

Visual

EE-010-1 Juruteknik

Rendah Elektronik Audio

Visual

EE-010-2 Juruteknik Elektronik Audio Visual

19. Akuakultur AF-031-1 Operator

Akuakultur

AF-031-2 Juruteknik

Rendah Akuakultur

20. Tanaman Y-050-1 Pekerja Am

Tanaman

AF-010-2 Juruteknik Tanaman

Jadual 7: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3

Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku Daftar Standard

Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

4.5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep “kurang mengajar,

belajar lebih (teach less, learn more)”, dan pembelajaran melalui pengalaman.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan

pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus

maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan

aktiviti

Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

Page 16: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

16

Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Pembelajaran Masteri

Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum

Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

Lawatan industri

5. PENTAKSIRAN PAV

5.1. Bentuk Pentaksiran PAV Jadual 8 menunjukkan bentuk pentaksiran PAV yang merangkumi peringkat

persekolahan, bidang pembelajaran, bentuk pentaksiran, wajaran, pelaporan dan

pensijilan.

Peringkat Persekolahan

Bidang Pembelajaran Bentuk Pentaksiran

Wajaran Pelaporan dan

Pensijilan

Tingkatan 1

Akademik Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS)

100 %

Pelaporan Deskriptif

Vokasional

Aktiviti jasmani,

kesihatan, sukan,

kokurikulum dan

ekstrakurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Minat, Bakat dan Kecenderungan

Pentaksiran Psikometrik

Tingkatan 2

Akademik Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS)

100 %

Pelaporan Deskriptif SKM Tahap 1

Vokasional

Aktiviti jasmani,

kesihatan, sukan,

kokurikulum dan

ekstrakurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Page 17: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

17

Peringkat Persekolahan

Bidang Pembelajaran Bentuk Pentaksiran

Wajaran Pelaporan dan

Pensijilan

Tingkatan 3

Akademik Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS)

100 %

Pelaporan Deskriptif SKM Tahap 2 dan Pelaporan Tamat Menengah Rendah (PAV)

Vokasional

Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS)

Aktiviti jasmani,

kesihatan, sukan,

kokurikulum dan

ekstrakurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Jadual 8: Bentuk pentaksiran PAV

5.2. Bentuk Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional (PBSKV) dan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi Akademik (PBSPA)

Pelaksanaan PAV bermatlamatkan pembentukan modal insan yang boleh bekerja dan berkelayakan dan diiktiraf memiliki kemahiran kebolehkerjaan, kemahiran teknik, kemahiran keusahawanan, jati diri dan sahsiah. Oleh yang demikian, pentaksiran bagi PAV akan menggunakan empat kaedah pentaksiran yang terdiri daripada:

5.2.1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.2.1.1. Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru merujuk garis panduan, kurikulum dan standard prestasi akademik / standard komponen vokasional.

5.2.1.2. Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

5.2.1.3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

Page 18: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

18

5.2.1.4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/ atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability) dan pengalaman ( acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran

5.3. Ciri Pentaksiran Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional dan Standard Prestasi Akademik mempunyai ciri holistik, merujuk standard, berorientasikan pembinaan kapasiti, fleksibel, seimbang, penjaminan kualiti dan berterusan.

5.4. Pengurusan Pentaksiran dan Evidence

5.4.1. Fail Pengurusan Pentaksiran

Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

5.4.2. Evidence

Evidence merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Evidence hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pembuktian.

6. PROGRAM UJI RINTIS

Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan yang perlu

dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas

kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan penambahbaikan

sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Surat Siaran

telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011

memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri mengenai pelaksanaan Projek

Rintis PAV di sekolah menengah yang terpilih. Kandungan surat siaran ini juga menekankan

bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV adalah menjadi tanggungjawab semua pihak

bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah

berkenaan.

Page 19: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

19

6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV

Uji rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut:

6.1.1 Kesesuaian kandungan kurikulum PAV

6.1.2 Kesesuaian bahasa yang digunakan

6.1.3 Kefahaman terhadap isi kandungan

6.1.4 Penerimaan murid

6.1.5 Persediaan sekolah

6.1.6 Keberkesanan jadual waktu PAV

6.1.7 Kesesuaian peralatan dan prasarana

6.1.8 Kesesuaian norma guru PAV

6.1.9 Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan

6.1.10 Menilai pelaksanaan kurikulum PAV

6.1.11 Menambahbaik pelaksanaan kurikulum PAV

6.1.12 Mengenalpasti kompetensi guru dan murid

6.1.13 Menilai keberkesanan kursus/latihan guru

6.1.14 Menilai keberkesanan PBS

6.1.15 Menilai keberkesanan JU membimbing guru

6.1.16 Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV

6.1.17 Mendapatkan maklum balas murid, ibubapa, guru dan pentadbir

6.1.18 Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul

6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis

6.2.1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai kemudahan

prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

6.2.2 Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan

pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.

6.2.3 Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak 15

SMK sahaja.

6.2.4 SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar

6.2.5 SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf fizikal

bengkel/makmal/ladang yang minimum

6.2.6 SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai pencapaian

tahap UPSR yang minima.

Page 20: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

20

6.2.7 Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS), Kementerian

Sumber Manusia menunjukkan terdapat persamaan yang signifikan antara ke

dua-dua dokumen berkenaan dari aspek kandungan (sila rujuk Lampiran A).

6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV

Sila rujuk Lampiran B

6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV

6.4.1 Guru PAV wajib mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan

memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu mengikuti latihan

intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional. Pengetua

boleh mempertimbangkan kelayakan guru berdasarkan keperluan kelas PAV.

Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat

dengan rintis PAV Tingkatan 1. Guru MPV juga perlu mengikuti kursus orientasi

kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis. Untuk

pelaksananaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh dipertimbangkan untuk

mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru MPV dipertimbangkan untuk

mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3.

6.4.2 Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

6.4.3 Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut:

a. Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik,

bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang

berkuatkuasa.

b. Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga berdasarkan

norma guru semasa yang sedang berkuatkuasa.

6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV

Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat) kriteria

yang ditetapkan iaitu:

Page 21: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

21

6.5.1 Pencapaian UPSR;. Murid yang dipilih memperoleh pencapaian rendah UPSR.

Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi memilih bidang kemahiran

sebagai pilihan pendidikan. Murid Masalah Pembelajaran (Learning Disability)

tidak digalakkan memilih PAV.

6.5.2 Proses kaunseling; Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor pada awal

Tingkatan 1 mengenai halatuju pembelajaran PAV khususnya pemilihan mata

pelajaran pra-vokasional dan persijilan kemahiran.

6.5.3 Persetujuan ibu bapa/penjaga; Pentadbir sekolah mengadakan sesi taklimat

bagi mendapat persetujuan ibubapa/penjaga manakala beberapa aspek perlu

diambilkira dalam memberi panduan tentang potensi anak mereka dan

kesesuaian dalam bidang yang dipilih.

6.5.4 Pentaksiran psikometrik. Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi tujuan

saringan serta mengenalpasti kecenderungan, minat, bakat, cara pembelajaran,

aptitud dan kebolehan literasi numerasi.

6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid

Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut:

6.6.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.

6.6.2 Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang

kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh digabungkan

dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.

6.6.3 Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan pentadbiran

kelas.

6.6.4 Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan memberi

maklumbalas kepada guru mata pelajaran PAV.

6.6.5 Cadangan pelaksanaan modul Pra Vokasional Tingkatan 1 adalah seperti

berikut:

6.6.5.1 Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu (KHB)

6.6.5.2 Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar Mata Pelajaran

Vokasional (MPV)

Page 22: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

22

7. PERANAN AGENSI BERKAITAN

Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak

yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan:

7.1 Agensi Pusat KPM

7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)

a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk

menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.

b. Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV.

c. Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang mengajar mata

pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan peningkatan, kelayakan

kemahiran dan laluan kerjaya guru khusus untuk PAV.

d. Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV).

e. Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake

holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.

f. Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat umum

g. Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah mengikut

keperluan kurikulum.

h. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan rintis

PAV.

i. Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah JPN berkaitan

pelaksanaan rintis PAV.

7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada

semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum PAV.

b. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P & P) program

rintis.

c. Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang terlibat.

d. Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan menjalankan kursus

orientasi kurikulum dan modul P&P kepada pentadbir dan guru yang terlibat

dengan program rintis.

Page 23: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

23

e. Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis kurikulum PAV

merangkumi perkara-perkara berikut:

Tujuan/Objektif

Latar belakang

Dapatan

Kesimpulan

f. Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang dipengerusikan

oleh Pengarah/Timbalan Pengarah.

g. Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau

arahan Pengarah/Timbalan Pengarah.

h. Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.

7.1.3 Lembaga Peperiksaan (LP)

a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk

kegunaan guru dan murid PAV.

b. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan

pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.

c. Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan rintis PAV dari

aspek pentaksiran Tingkatan 1.

7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

a. Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV

b. Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV)

7.1.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma

yang sedang berkuatkuasa.

b. Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan koordinator

PAV.

c. Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV

7.1.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

a. Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang bersesuaian.

b. Melatih guru PAV untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian

Page 24: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

24

c. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan Pembantu Am (PAV).

7.1.7 Bahagian Lain KPM

a. Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM

yang terlibat dengan PAV

b. Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV

7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan

guru dan pelajar manakala di Sektor Pengurusan Akademik yang menguruskan

mata pelajaran sebagai pemudahcara pelaksanaan rintis PAV

7.2.2 Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV kepada

sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat.

7.2.3 Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan instrumen yang

disediakan.

7.2.4 Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil

tindakan susulan dengan kadar sesuai.

7.2.5 Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM

yang terlibat dengan PAV.

7.3 Sekolah

7.3.1 Pengetua

a. Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling

dan surat siaran yang sedang berkuatkuasa.

b. Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.

c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid dan

masyarakat.

d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

disediakan dan berfungsi.

e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan

modul dan pentaksiran PAV.

Page 25: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

25

f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan rintis PAV

(Lampiran C).

g. Menentukan tugas Pembantu Am (PAV) membantu di bengkel/

makmal/ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan

pengajaran.

h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil

tindakan susulan dengan kadar sesuai.

i. Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD/JPN/bahagian

KPM yang terlibat.

j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM

k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah

l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM

7.3.2 Guru a. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan

PAV.

b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard

kurikulum.

c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran.

d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta

pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.

e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana

bahagian KPM dari semasa ke semasa.

f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan

PAV.

g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PAV

h. Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk pengajaran

dan pembelajaran.

i. Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SKM bertauliah.

7.3.3 Pembantu Am (PAV)

a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi keselamatan di

bengkel.

b. Menyusunatur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Page 26: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

26

c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan

pembelajaran.

d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di

bengkel/makmal/ladang.

e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat

digunakan.

f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.

g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk

berkhidmat di sekolah yang menawarkan PAV.

i. Melaksanakan tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa.

8 KEWANGAN

Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut:

8.1 Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih

peralatan/bengkel/makmal/ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus

(ABM) tahun semasa.

8.2 Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan

matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah berdasarkan pekeliling

PCG yang sedang berkuatkuasa. Maklumat terkini PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis

boleh diperolehi dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).

9 DOKUMEN RINTIS PAV

9.1 Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum

(BPK), KPM.

9.2 Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard

Kandungan boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),

KPM.

9.3 Modul pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi

boleh diperolehi dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.

Page 27: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

27

9.4 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperolehi dari Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

9.5 Instrumen pemantauan rintis PAV untuk mengenalpasti keperluan

penambahbaikan pelaksanaan rintis boleh diperolehi dari BPK, KPM.

Page 28: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

28

Lampiran A

BIL. KOD MATA PELAJARAN MPV PERATUS PERSAMAAN MPV - NOSS TAHAP 1/2

NOSS

1. RJP Rekaan dan Jahitan Pakaian 100% K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

2. MM Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal

3. MP Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot

4. TM Tanaman Makanan 81% Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian

5. AHR Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

81% AF-030-2 Juruteknik Rendah Akuakultur

6. MPPPU Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

76% C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara-Domestik

7. PM Produksi Multimedia 68%

D-090-2 Artis Multimedia – Video D-100-2 Artis Multimedia – Audio IT-040-2 Artis Multimedia – Animator IT-050-2 Artis Multimedia – Visual

8. KP Katering dan Penyajian 67% HT-010-1 Pramusaji L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan

9. Pen.D Pendawaian Domestik 58% C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah

10. HAD Hiasan Dalaman Asas 58% ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah

11. MA Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif

12. Pem.M Pemprosesan Makanan 53% Y-040-1 Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

13. PMDR Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut

49% N-011-1 Jurukecantikan

14. KAG Kimpalan Arka dan Gas 43% H-024-1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)

15. KPD Kerja Paip Domestik 37% B-020-1,Jurukerja Paip

16. PD Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan

17. LN Landskap dan Nurseri 29% LE-010-1 Landscape Attendant

18. MPED Menservis Peralatan Elektrik Domestik

10% EE-010-1 Electronic Audio Visual Junior Technician

19. APAK Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tiada kajian pemetaan

Tidak Berkenaan

20. GAPG Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik

Tiada kajian pemetaan

Tidak Berkenaan

21. GB Grafik Berkomputer Tiada kajian pemetaan

Tidak Berkenaan

22. SRT Seni Reka Tanda Tiada kajian pemetaan

Tidak Berkenaan

Page 29: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

29

Lampiran B

SENARAI SEKOLAH RINTIS PAV

BIL NEGERI NAMA SEKOLAH KEMUDAHA

N MPV

TINGKATAN 2 DAN 3

KURSUS PAV

CADANGAN SKM (NOSS)

1. Perlis SMK Arau Arau

Rekaan dan Jahitan Pakaian

Pakaian dan Jahitan

K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

2. Kedah SMK Simpang Kuala 05400 Alor Setar

Membuat Perabot

Membuat Perabot

RB-050-1 Pembuat Perabot RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan

3. P.Pinang SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad 11700 Gelugor

Menservis Motosikal

Menservis Motosikal

P-118-1 Juruteknik Motosikal P-118-2 Juruteknik Motosikal Kanan

4. Perak SMK Trolak Selatan Trolak

Menservis Automobil

Automotif P-119-1 Juruteknik Automatif TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

5. Selangor SMK Sungai Rawang Sepang

Tanaman Makanan

Tanaman Y-050-1 Pekerja Am Tanaman AF-010-2 Juruteknik Tanaman

6. N. Sembilan SMK Dato’ Sedia Raja 71350 Rembau

Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

Penyejubekuan dan Penyamanan Udara

C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik C-010-2 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik

7. Melaka SMK Seri Pengkalan Alor Gajah

Rekaan dan Jahitan Pakaian

Pakaian dan Jahitan

K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

8. Johor SMK Datok Menteri Batu Pahat

Membuat Perabot

Membuat Perabot

RB-050-1 Pembuat Perabot RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan

9. Pahang SMK Bukit Goh 26050 Kuantan

Katering dan Penyajian

Penyediaan & Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan L-041-2 Penyedia Makanan

10. Terengganu SMK Saujana 22110 Setiu

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

Akuakultur AF-030-1 Operator Akuakultur AF-030-2 Juruteknik Rendah Akuakultur

11. Kelantan SMK Kubang Kerian 2 Kota Bharu

Katering dan Penyajian

Penyediaan & Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan L-041-2 Penyedia Makanan

12. Sabah SMK Beaufort Beaufort

Katering dan Penyajian

Penyediaan & Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan L-041-2 Penyedia Makanan

13. Sarawak SMK Belaga 96900 Belaga

Pendawaian Domestik

Pendawaian Elektrik

C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah C-051-2 Juruteknik Elektrik

14. WP KL SMK Setiawangsa Kuala Lumpur

Hiasan Dalaman Asas

Dekorasi Dalaman

ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah ID-040-2 Pereka Dalaman

15. WP Labuan

SMK Taman Perumahan Bedaun 87028 Wilayah Persekutuan Labuan

Produksi Multimedia

Visual dan Animasi

IT-050-2 Artis Multimedia –Visual IT-040-2 Artis Multimedia – Animator

Page 30: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

30

Lampiran C CONTOH JADUAL WAKTU PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TINGKATAN 1

HARI/ MASA

7.30- 8.10

8.10-8.50

8.50- 9.30

9.30- 10.10

10.10-

10.30

10.30- 11.10

11.10-11.50

11.10-12.30

12.30- 1.10

1.10- 1.50

1.50- 2.30

Isnin Perhimpunan Bahasa Malaysia

Komunikasi Sejarah R

Pra Vokasional Pend Islam/Moral

Selasa PJ

Pend Islam/ Moral

English for Communication

E Pra Vokasional Teknologi Vokasional

Rabu

PJ

Pend Islam/ Moral

Bahasa Malaysia Komunikasi

H Pra Vokasional

Sejarah

Khamis

Teknologi Vokasional

BM Komunikasi

PK A

English for Com’cation

Pra Vokasional

Jumaat Pra Vokasional T

Sejarah English for

Communication

1 Waktu P & P = 40 min

Waktu Rehat = 20 min

Jumlah waktu/minggu = 45 waktu

Jumlah minggu P & P/setahun = 35 minggu

MODUL UMUM DAN ELEKTIF (Pra Vokasional) - 20 waktu/minggu

Bahasa Malaysia Komunikasi - 5 waktu/minggu

English for Communication - 5 waktu/minggu PJ / PK - 2 / 1 waktu/minggu Sejarah - 4 waktu/minggu Teknologi Vokasional - 4 waktu/minggu Pend Islam/Moral - 4 waktu/minggu

Page 31: Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012

DRAF – November 2011

31

PENGHARGAAN

Bil Nama Ibu Pejabat

1. En. Anuar bin Mohd. Som

(Penyelaras)

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

2. Tn. Hj. Khidzir bin Ahmad

En. Mohd. Rosdi bin Ismail

En. Khairuddin bin Khalid

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Aras 5–6, Blok E14, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3. Tn. Hj Ramli bin Dollah

En. Zamri bin Zakaria

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Jalan Doktor

15000 Kota Bahru, Kelantan

4. En. Azmi bin Mohamad

En. Shahnun Azli bin Shamsudin

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Jalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4,

40604 Shah Alam, Selangor

5. En. Ya’akob bin Zaidin

En. Mustafa Kamal bin Abd. Halim

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Bandar Indera Mahkota

25604 Kuantan, Pahang

6. Pn. Norlaila binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri Perlis

Jalan Tun Abd Razak

01990 Kangar, Perlis

7. En. Sujak bin Maskan

Tn. Hj. Esa bin Ahmad

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Jalan Tun Abdul Razak

80604 Johor Bahru, Johor

8. En. Shahrin bin Mohd. Yasin Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Jalan Dato’ Hamzah

70990 Seremban, Negeri Sembilan

Sebarang maklumbalas berkaitan dokumen ini, sila kemukakan terus kepada: Sektor Pendidikan Teknikal dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel. : +603 8884 2000 Faks : +603 8884 9917 Emel: [email protected]

© Hakcipta Terpelihara 2011