PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN...

2
PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK 16 NOVEMBER 2016 Secara ringkasnya, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan kandungan silibus diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali adalah penilaian untuk mengukur pencapaian pelajar. Pelbagai jenis pengukuran (ujian, kuiz, tugasan dll) boleh dilaksanakan sepanjang semester dan semua ini akan menghasilkan hanya satu gred pencapaian yang melambangkan prestasi seseorang pelajar untuk kursus tersebut. Oleh kerana itu, panduan pelaksanaan ujian ini disediakan bagi tujuan memberi garis panduan bagi merancang serta melaksanakan proses penyediaan Soalan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi setiap semester di peringkat fakulti. Dengan adanya panduan ini, diharapkan segala aktiviti berkenaan dapat diselaraskan dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan EAC. Panduan ini akan melibatkan tiga kategori staf iaitu Koordinator Kursus, Vetter dan Pensyarah. Berikut skop panduan pelaksanaan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi semua kategori staf sepanjang kursus dijalankan: 1. Pensyarah menentukan tarikh Ujian 1 dan 2 setiap semester. Ujian 1 hendaklah diadakan pada minggu ke 6 hingga 7 manakala Ujian 2 hendaklah diadakan pada minggu ke 12 hingga 13. 2. Pensyarah memaklumkan tarikh Ujian 1 dan 2 kepada pelajar pada awal semester (Lesson Plan). 3. Pensyarah menyediakan soalan ujian dan skema ujian. 4. Pensyarah membuat vetting soalan ujian dan menyertakan borang muka hadapan kertas ujian (lampiran 1) kepada Vetter. 5. Vetter menjalankan Proses Vetting terhadap soalan ujian yang telah disediakan dengan mengisi borang vetting (lampiran 2) di peringkat pusat pengajian. Sekurang- kurangnya 2 orang Vetter diperlukan untuk menilai setiap ujian. 6. Pensyarah membuat semakan dan pembetulan kertas soalan ujian dan skema jawapan berdasarkan cadangan dari Vetter.

Transcript of PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN...

Page 1: PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK ... proses penyediaan Soalan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting

PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

16 NOVEMBER 2016

Secara ringkasnya, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan

kandungan silibus diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali

adalah penilaian untuk mengukur pencapaian pelajar. Pelbagai jenis pengukuran (ujian,

kuiz, tugasan dll) boleh dilaksanakan sepanjang semester dan semua ini akan

menghasilkan hanya satu gred pencapaian yang melambangkan prestasi seseorang

pelajar untuk kursus tersebut. Oleh kerana itu, panduan pelaksanaan ujian ini

disediakan bagi tujuan memberi garis panduan bagi merancang serta melaksanakan

proses penyediaan Soalan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi setiap semester di

peringkat fakulti. Dengan adanya panduan ini, diharapkan segala aktiviti berkenaan

dapat diselaraskan dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan EAC.

Panduan ini akan melibatkan tiga kategori staf iaitu Koordinator Kursus, Vetter dan

Pensyarah. Berikut skop panduan pelaksanaan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi

semua kategori staf sepanjang kursus dijalankan:

1. Pensyarah menentukan tarikh Ujian 1 dan 2 setiap semester. Ujian 1 hendaklah

diadakan pada minggu ke 6 hingga 7 manakala Ujian 2 hendaklah diadakan pada

minggu ke 12 hingga 13.

2. Pensyarah memaklumkan tarikh Ujian 1 dan 2 kepada pelajar pada awal semester (Lesson Plan). 3. Pensyarah menyediakan soalan ujian dan skema ujian. 4. Pensyarah membuat vetting soalan ujian dan menyertakan borang muka hadapan kertas ujian (lampiran 1) kepada Vetter. 5. Vetter menjalankan Proses Vetting terhadap soalan ujian yang telah disediakan

dengan mengisi borang vetting (lampiran 2) di peringkat pusat pengajian. Sekurang-

kurangnya 2 orang Vetter diperlukan untuk menilai setiap ujian.

6. Pensyarah membuat semakan dan pembetulan kertas soalan ujian dan skema

jawapan berdasarkan cadangan dari Vetter.

Page 2: PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK ... proses penyediaan Soalan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting

7. Seterusnya, pensyarah menyerahkan kertas ujian akhir, skema jawapan dan borang

vetting kepada Vetter. Setelah mendapat pengesahan dari Vetter, pensyarah perlu

mendapatkan kelulusan Koordinator Kursus dan Ketua Pusat Pengajian terhadap

proses vetting tersebut.

7. Pensyarah mencetak kertas soalan ujian.

8. Pensyarah menjalankan ujian mengikut perancangan dan ianya dilaksanakan dalam

waktu kuliah/tutorial. Ujian hendaklah diadakan secara individu di mana pelaksanaan

“common test” tidak dibenarkan.

9. Pensyarah perlu memasukan markah pelajar ke dalam sistem TReS pada minggu

pertama selepas sistem dibuka (minggu ke 8 hingga 9 bagi Ujian 1 dan minggu ke

14 bagi Ujian 2). Laporan pelajar bermasalah perlu dihantar kepada Koordinator

Kursus dan Penasihat Akademik pada minggu seterusnya untuk dianalisa

keberkesanan tindakan awal. Koordinator hendaklah mengenalpasti tindakan berkesan

yang perlu dibuat seperti Klinik atau Mentor Mentee untuk pelajar lemah selepas ujian.

10. Ketua Pusat Pengajian memaklumkan kepada Timbalan Dekan Akademik status

penghantaran markah melalui analisa di dalam sistem TReS bagi mempastikan

pensyarah melaksanakan ujian seperti mana panduan yang telah disediakan ini.