Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

download Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

of 4

Transcript of Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

  • 8/9/2019 Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

    1/4

    PANDUAN PELATIH DI DALAM

    GELANGGANG PERSILATAN

    Peraturan ini haruslah diikuti oleh semua ahli persilatan di dalam di dalam semua gelanggangPerguruan Seni GerakPanca CakraBuana, Perguruan Seni Silat Gabungan GerakPanca,

    Perguruan Seni BelaDiri InderaSakti, Perguruan GerakPanca Murni WangsaSakti dan

    Perguruan GerakPanca Syifaa' al-Qubra.

    Bahawa Sanya setiap pesilat haruslah mematuhi panduan-panduan

    seperti berikut;

    Jangan Mendengar HasutanJanganlah tergoda dengan kata-kata manis yang akhirnya akan membinasakan diri anda.Bukanlah musuh yang akan merosakkan anda tapi rakan anda sendirilah yang selalunya

    merosakkan diri anda. Musuh akan dapat diatasi hanya dengan sedikit bengkak di dahi tetapi

    kawan anda yang selalu bersama anda akan kerap membisekkan perkataan negetif untuk

    melemahkan semangat dan pendirian anda setiap masa. Oleh itu; anda janganlah mendengar

    segala hasutan mereka.

    Gunakanlah Akal Dan KebijaksanaanJanganlah terlalu ghairah! Jangan mendengar pujukan kerana anda telah dikurniakan Tuhan

    fikiran untuk memikirkan mana yang baik dan buruk, yang benar atau yang palsu. Semua perkara

    mestilah dikaji, diteliti dan diselidiki lebih dahulu samada wujud atau hanya khayalan. Beranikan

    hati, buang rasa malu dan tanya kepada mereka yang tahu demi untuk keselamatan anda daripada

    tertipu. Sentiasalah beringat kerana banyak perkara buruk yang akan berlaku jika sekiranya anda

    tergesa-gesa membuat keputusan. Maka gunakanlah akal dan kebijaksanaan anda selalu.

    Fikiran Yang PositifFikiran anda mempengaruhi seluruh hidup anda. Apabila fikiran positif menguasai anda, maka

    anda dengan yakin dan mudah akan meraih kejayaan dan cita-cita anda. Maka cara yang paling

    berkesan untuk mengelakkan di.ri dari menjadi negetif ialah dengan menjauhkan diri anda serta

    mengelakkan daripada bergaul dengan orang yang selalu berkata; " Nanti dulu, tak bolehlah,

    Susah, takut, lecehlah" dan sebagainya. Tetapi yang menghairankan ialah mereka yang berfikiran

    negetif ini terdiri daripada kawan dan sahabat baik anda , bukannya musuh anda. Musuh anda

    hanya akan bersorak apabila anda gagal. Maka jauhilah anda daripada mereka ini dan

    masukkanlah di dalam fikiran anda dengan kata-kata positif seperti; "Aku boleh, aku berani, aku

    boleh berjaya" dan sebagainya kerana itulah fikiran yang positif.

    Keperibadian Sendiri

  • 8/9/2019 Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

    2/4

    Jadilah diri anda sendiri kerana anda adalah anda dan tidak ada duanya. Berbanggalah dengan

    keperibadian anda sendiri, bukannya berbangga dengan bayangan orang lain kerana anda tahu

    hanya yang tulen sahaja yang akan kekal. Anda telah dilahirkan dengan kebolehan dan bakat

    yang tersendiri. Diri anda telah sedia hebat dan unik, mengapa perlu meniru orang lain? Selama

    ini manusia hanya menggunakan kurang sepuluh peratus sahaja dari keupayaan pemikirannya,

    mengapa tidakanda menggunakannya seratus peratus! Bolehkah anda menirukeperibadian orang lain? Jika tidak boleh, maka jadilah diri anda sendiri. Gunakanlah

    kehebatan dan kebijaksanaan anda dan anda pasti berjaya.

    Masa Itu EmasTepat pada waktu adalah perkara yang begitu penting dalam membina reputasi 'boleh dipercayai'.

    Jika sekiranya suatu waktu telah ditetapkan anda mestilah berada di tempat tersebut tepat pada

    waktu itu walau apapun yang telah terjadi. Biasakan melakukan sesuatu seawal mungkin supaya

    walaupun terjadi sesuatu, anda akan sampai ke tempat tujuan tepat pada masanya. Bilamana anda

    telah mempunyai reputasi boleh dipercayai, maka berhati-hatilah agar jangan sampai anda akan

    merosakkan reputasi yang anda telah anda bina itu dengan tidak lagi menepati waktu yang

    dijanjikan. Maka biarlah anda dipercayai dalam setiap perkara yang benar samada kecil maupunbesar. Jadikanlah masa itu emas sebagai prinsip hidup anda.

    Berusaha Dan Berkerja KerasBerusahalah dengan belajar dan berlatih bersungguh-sungguh serta bkerja keras dengan tekun,

    sabar dan bermatlamat merupakan jalan untuk berjaya di dalam apa-apa yang anda cita-citakan.

    Suatu cara yang terbaik untuk menjadi yang 'terbaik' ialah dengan sentiasa belajar dan berlatih

    dengan sempurna, dan terbaik sepanjang masa. Gunakanlah otot-otot anda sehingga sakit, perah

    fikiran anda sehingga pening, sentiasa belajar daripada kesilapan dan jadikan.pengalaman

    sebagai guru yang paling terbaik. Oleh itu, jadikanlah sesuatu hanya yang terbaik sahaja. Maka

    keluarkanlah tenaga fizikal dan minda untuk berusaha dan bekerja keras demi menjamin

    kejayaan.

    Alah Bisa Tegal BiasaSeorang Pendekar pada awalnya sentiasa belajar dan selalu mengamalkan 'zuhud' dan hidup

    dalam kekurangan. Mereka telah biasa dengan kesusahan, kepayahan, kesusahan, kesakitan,

    kesengsaraan, ketakutan dan penderitaan pada peringkat permulaan. Maka kesusahan itu telah

    mengajarnya menjadi seorang yang berani dan sentiasa beringat-ingat dan secara tidak langsung,

    kesusahan juga telah membuat seseorang itu menjadi bijak berfikir. Malahan kesusahan itu telah

    memberi berbagai-bagai pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna untuk menghadapi

    hari akan datang dengan yakin. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa tabah menjalani latihan yang

    sukar kerana;, 'Alah bisa tegal biasa'.

    Tidak Berputus AsaPerkataan 'teruskan' hendaklah sentiasa berada di dalam fikiran anda. Teruskanlah segala usaha

    anda, jangan berhenti selagi belum berjaya apa yang kamu inginkan. Berhenti hanyalah untuk

  • 8/9/2019 Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

    3/4

    berehat seketika, kemudian teruskan semula. Bergaul rapatlah dengan orang atau rakan yang

    mempunyai sikap 'meneruskan' dengan gigih serta menghapuskan tabiat buruk anda iaitu suka

    berputus asa. Semakin kuat keinginan anda maka semakin kuat anda mahu meneruskan cita-cita

    tersebut sehingga berjaya. Oleh itu, jangan mudah untuk berputus asa.

    Sedia Menghadapi CabaranSegala persiapan anda adalah seperti soldadu yang ingin pergi berperang lakunya. Langkah andamerupakan langkah menang kerana kehidupan di

    -sekeliling anda sentiasa mencabar.anda. Maka

    sebab itu anda harus melengkapkan diri secukup-cukupnya supaya anda menang. Maka

    persiapkanlah kelengkapan belajar dan pakaian yang sesuai seolah anda seorang pendekar serta

    Selalu bersedia menghadapi cabaran.

    Kuatkan Semangat PerjuanganSeparuh hidup dan separuh mati merupakan gelaran bagi mereka yang mahu hidup tetapi tidak

    mempunyai semangat. Sesiapa yang tidak mempunyai keinginan maka ia tidak akan berjaya di

    dalam hidupnya. Semangat yang padu, kuat.dan meluap-luap adalah senjata dan perisai yangmesti dibawa bersama anda setiap masa dalam memburu ilmu dan cita-cita anda. Kuatkanlah

    semangat anda kerana hanya mempunyai keinginan sahaja boleh menyebabkan anda mengaku

    kalah dan berputus asa apabila bertemu kegagalan, walau pun tujuan anda pada mulanya untuk

    menang dan berjaya. Keinginan dan semangat yang kuat dan padu akan membuatkan anda terus

    mengejar cita-cita dan memperolehi suatu kejayaan. Oleh itu, kuatlah semangat perjuangan anda.

    Kerja Bertangguh Tidak Akan MenjadiLakukanlah matlamat atau rancangan cita-cita anda hari ini juga, sekarang!. Jika anda sentiasa

    menangguhkan matlamat tersebut maka keperibadian anda akan menjadi lemah dan anda akan

    dicap sebagai pemalas. Setiap saat dalam setiap hari mestilah dipenuhi dengan penuh tenaga

    yang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Bukannya hanya mengisi kegagalan dan kesedihansemalam. Tugas hari ini, hendaklah dilaksanakan pada hari ini juga. Percayalah bahawa sikap

    lakukan sekarang talah membuat ramai orang berjaya kerana hanya dengan cara melawan

    perasaan malas, anda akan menjadi mereka. Ingatlah bahawa kerja bertangguh tidak akan

    menjadi.

    Bila Sauh Diangkat, Tentu Kapal Mempunyai Tempat Yang DitujuiJika sekiranya hidup anda bermatlamat, maka anda akan pasti mendapatkan apa yang anda

    mahukan. Ambillah masa yang panjang, apakah sebenarnya matlamat atau tujuan hidup yang

    anda inginkan. Apakah perkara yang anda ingin capai; kekuatan? Kebahagian? Kuasa?

    Kehormatan atau ketenangan fikiran?. Tanamkanlah di dalam fikiran anda matlamat yang besar

    dan janganlah lepaskan lagi sepertimana apabila sauh diangkat tentulah kapal mempunyai tempatyang akan ditujuinya.

    Kepandaian Akan Menaikkan Nilai DiriAnda sememangnya bertuah sekiranya dilahirkan pandai tetapi janganlah merasa kecewa jika

    anda tidak sepandai kawan atau sahabat karib anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan

    belajar dan berusaha menambahkan kepandaian anda itu. Kepandaian anda akan menjadikan

    nilai diri anda lebih daripada orang lain. Kepandaian ini pengalaman dan kemahiran di dalam

  • 8/9/2019 Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

    4/4

    bidang apa sahaja yang anda sedang ceburi. Orang yang pandai sentiasa mempunyai imaginasi

    yang tinggi dan fikiran yang tajam. Sesungguhnya kepandaian akan menaikkan nilai diri

    seseorang.

    Sabar Separuh Daripada Iman

    Sifat sabar sebenarnya terlalu kurang dalam diri manusia kerana sabar itu pahit tetapimenghasilkan buah yang sangat manis iaitu kejayaan. Walau sepahit mana pun, sifat sabar

    mestilah ada pada seseorang yang ingin memenuhi cita-citanya supaya ia boleh sentiasa tenang

    ketika menerima kegagalan, maka itulah juga kemanisan sifat sabar itu disebalik rasanya yang

    pahit. Sikap berani tanpa rasa kesabaran boleh membunuh kehidupan anda keseluruhannya.

    Begitu besar kuasa kesabaran itu sehingga boleh mengatasi rasa marah, benci, cemburu, angkuh

    dan sifat-sifat negetif lainnya yang boleh merosakkan.

    Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang KemudianKehidupan ini adalah bermusim sebagaimana buruk dan baik bertukar silih berganti. Tidak ada

    suatu keadaan pun yang akan berkekalan untuk selamanya. Apabila tiba musimnya maka

    semuanya akan berubah. Beringat dan berhati-hatilah agar anda tidak mendapat suatukemalangan dan sentiasa bersedia jikalau nasib malang itu mendatang juga. Oleh itu, bersedia

    dan beringatlah.sedari awal semasa anda sedang bernasib baik. Sekiranya malang yang datang

    maka anda.telah bersedia. Jika tuah yang datang, anda tetap juga dengan persediaan kerana entah

    esok atau entah lusa, entah tahun depan atau sepuluh tahun akan datang malang akan mendatang

    menjengok anda. Oleh itu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian sebagai

    persediaan anda selalu.

    Cintai Hidup Ini, Cintai Dunia IniTukarkanlah rasa kebencian kepada rasa cinta dan anda akan merasai kebahagiaan. Teruskanlah

    segala usaha dan cita-cita anda kerana anda pasti akan berjaya. Cintailah semua perkara yang

    anda alami dan berlaku kepada diri anda. Jadikanlah rasa cinta sebagai perisai untuk menangkissemua kegagalan dan perkara yang negetif yang sentiasa datang kepada anda. Setiap,perkara dan

    kejadian Tuhan yang berlaku pasti ada hikmahnya; lihatlah di sebalik sengatan lebah, anda

    mendapat madu. Maka cintailah hidup ini dan cintailah dunia ini.