Panduan Pemasangan Mac OSX86

59
©www.mymac4all.com 1 kembali ke Kandungan © Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC Panduan Memasang MAC OSX dalam PC

Transcript of Panduan Pemasangan Mac OSX86

Page 1: Panduan Pemasangan Mac OSX86

©www.mymac4all.com

1

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Panduan

Memasang MAC OSX

dalam PC

Page 2: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Dokumen ini mengandungi panduan pemasangan sistem operasi Mac OSX ke dalam PC biasa. Sistem Operasi Mac OSX ialah sebuah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh syarikat Apple Inc. dan hanya dibenarkan dipasang kedalam komputer yang diiktiraf oleh Apple Inc. mengikut tatacara dalam End User Licence Agreement (EULA). Memasang Mac OSX ke dalam komputer yang tidak diiktiraf oleh Apple bermakna anda telah melanggar EULA yang ditetapkan oleh syarikat pembangun Mac OSX.

Saya menulis panduan ini diatas konsep perkongsian ilmu dan pembelajaran adalah tidak bermaksud menggalakkan mana-mana perlakuan perlanggaran EULA atau juga hakcipta. Saya juga tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa kerosakkan harta benda atau kemalangan akibat dari mengikuti panduan dalam dokuman ini.

-Penulis-

Saya faham dan bersetuju dengan pernyataan diatas dan tidak akan meletakkan tanggungjawab kerosakkan atau kemalangan disebabkan mengikuti panduan ini.

(Pembeli)

2

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 3: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Kandungan.1 : Pendahuluan. 6

1.1 : Projek OSx86 7

1.1.1 : Developer Transition Kit 7

1.1.2 : Emulasi EFI 8

1.1.3 : Versi DVD OSX86 8

1.2 : Teori Mac OSX86 dalam PC (Bagaimana ia berfungsi) 9

2 : PERSEDIAAN. 10

2.1 : Software yang diperlukan. 10

2.2 : Maklumat & Data Hardware. 10

2.2.1 : Menggunakan CPU-Z. 10

2.2.2 : Hardware lain. 11

2.2.3 Identiti Hardware (Advanced) 12

2.3 : Menyediakan Harddisk dan Partition 13

2.3.1 : Menggunakan Gparted iso 13

2.3.2 : Edit Partition dalam Windows XP dan Vista 15

2.4 : Menyediakan BIOS 16

2.4.1 : Setting BIOS untuk boot ke CD/DVD 16

2.4.2 : Setting Cuba-Jaya BIOS 16

2.5 : Rancang Jenis Pemasangan OSX86 18

3 : Proses Pemasangan. 19

3.1 : Proses Pemasangan Sepintas Lalu. 19

3.2 : Memasang Mac OSX - Panduan Universal 20

3

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 4: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.3 : Customize. 28

3.4 : Memasang Bootloader (Bagi kes Dual Boot) 32

3.4.1 : Darwin Bootloader 32

3.4.2 : Windows Bootloader 32

3.4.3 : GRUB Loader bagi Ubuntu 35

3.5 : Memasang OSX86 kaedah Boot-132 37

3.5.1 : Teori dan bagaimana ia berfungsi? 37

3.5.2 : Hardware yang diperlukan 37

3.5.3 : Bahan-bahan yang diperlukan 37

3.5.4 : Proses pemasangan 38

3.6 : Memasang menggunakan Peranti EFI-X 39

3.7 : OSX86 Tools 40

3.7.1 : OSX86 Tools Utility 40

3.7.2 : Kext Helper 42

3.7.3 : Universal OSx86 Installer 43

3.7.4 : Slimbuild GUI 43

4 : Penyelesaian Masalah. 44

4.1 : Still waiting for root device. 44

4.2 : “Hang” selepas boot ke Mac OSX kali pertama dengan skrin

biru. 45

4.3 : Single User Mode 46

4.4 : Blingkin Cursor selepas memasang Mac OSX 47

4.5 : com.apple.Boot.plist not found 48

4.6 : Komputer restart terus menerus selepas pemasangan

OSX86 48

4

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 5: Panduan Pemasangan Mac OSX86

4.7 : Masalah semasa setting user selepas pemasangan 48

4.8 : Darwin Boot Options 49

4.9 : Menghadapi masalah lain 50

5 : Selepas Pemasangan OSX86. 515.1 : Mengendalikan Aplikasi (Applications) 51

5.1.1 : Memasang Perisian 51

5.1.2 : Membuang Perisian 52

5.1.3 : Mencari Perisian 52

5.2 : Proses Update 52

5.3 : Backup! Backup! Backup! 53

5.4 : Upgrade / Pasang Kernel Baru 53

6 : Bina Hackintosh! 54

6.1 : Processor 54

6.2 : Motherboard 54

6.3 : Video Card (GPU) 55

6.4 : Memory (RAM) 55

6.5 : Hard Drives (Harddisk) 55

6.6 : Optical Drives (CD/DVD Drives) 55

6.7 : Case dan Power Supply 55

6.8 : Komponen Lain 56

6.9 : DVD Mac OSX Original 56

7 : Kamus. 57

8 : Penutup 59

5

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 6: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1 : Pendahuluan.Mac OSX ialah sebuah sistem operasi hebat dan maju yang dibangunkan oleh syarikat Apple khas untuk digunakan dalam komputer keluaran mereka yang terkenal sebagai Mac. Bermula dari Mac OSX Tiger dan kemudiannya Leopard pula tampil dengan 300 pembaharuan yang mengujakan membuatkan fenomena memiliki sebuah Mac adalah cukup esklusif. Dengan interface atau paparan antaramuka yang clean dan smooth, berserta eye candy yang pastinya memikat setiap pengguna komputer yang sudah boring dengan Windows, menjadikan Mac OSX merupakan sistem operasi yang di idam-idamkan oleh ramai pengguna komputer.

Halangan kita selama ini hanya satu iaitu kita tidak boleh memasang Mac OSX ke dalam PC biasa. Kita memerlukan sebuah Mac yang difahami lebih mahal harganya dari PC biasa. Oleh kerana itulah panduan ini ditulis dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pendidikan tentang bagaimana sebuah PC biasa boleh dipasang dan boleh menjalankan sistem operasi Mac OSX sebagaimana ia dijalankan dalam sebuah Mac.

Saya memahami anda. Anda mungkin tidak ingin membaca panduan ini dari kulit ke kulit. Oleh kerana itu saya mencadangkan kepada anda supaya membaca kandungan dan klik pada tajuk yang ingin anda baca sahaja. Panduan ini adalah panduan umum dan banyak bahagian dalam panduan ini mungkin tidak ada kaitan dengan kes anda secara spesifik. Namun jika anda benar-benar ingin memahami “keseluruhan cerita”, jangan segan silu untuk membaca keseluruhan kandungan panduan ini. Saya yakin ianya akan memberi guna kepada anda suatu hari nanti.

Berkenaan dengan aspek undang-undang, anda hendaklah faham bahawa menggunakan perisian tanpa lesen memiliki perisian yang sah adalah salah disisi undang-undang. Meskipun pakej panduan ini disertakan DVD panduan yang mengandungi Mac OSX yang telah dihack, ia tidak bermaksud kami telah menjual perisian cetak rompak. Kami sama sekali tidak bermaksud untuk menjual perisian cetak rompak dan DVD tersebut hanyalah untuk tujuan percubaan supaya panduan ini menjadi satu panduan yang praktikal untuk dicuba oleh pembaca. Untuk itu, kami mencadangkan agar anda dapat membeli DVD Mac OSX Leopard yang Original dari Apple Store untuk mendapat lesen sah Mac OSX.

Aspek Pembelajaran

Cuba kenang kembali hari-hari pertama anda bersama satu mesin hebat bernama komputer. Saya agak yakin anda mengenali komputer dengan perantaraan windows dan program pertama anda mungkin hanyalah Game. Game itulah juga yang menjadi kegemaran kebanyakkan pengguna komputer di Cyber Cafe, atau mungkin juga pengguna yang terdiri daripada pelajar universiti dan kolej. Ianya bukan satu perkembangan ilmu yang baik jika kita hanya menumpukan kepada game pada kebanyakkan masa bersama komputer. Satu ledakkan revolusi diperlukan supaya ilmu komputer itu dipelbagaikan dan sistem pengoperasian juga seharusnya pelbagai.

Memasang Mac OSX ke dalam PC merupakan sesuatu juzuk kecil dari kepelbagaian ilmu tersebut. Saya yakin juzuk kecil ini mampu menimbulkan minat yang mendalam dalam minda pembaca tentang bagaimana sesebuah komputer itu beroperasi, aspek kestabilan dan interaksi antara sistem operasi dan hardware komputer. Ini hanyalah permulaan dan panduan juga adalah permulaan. Selamat Memulakan!

6

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 7: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1.1 : Projek OSx86

Osx86 ialah sebuah kolaborasi projek “hacking” untuk memasang dan menjalankan (install and run) Mac OSX dalam komputer bukan keluaran Apple yang menggunakan processor x86 (x86 architecture). Usaha bermula sekitar Jun 2005 apabila Apple mengumumkan akan bertukar dari processor IBM Power PC kepada Intel. Komputer yang dipasang dan dijalankan dalam komputer bukan keluaran Apple akan dipanggil “hackintosh” meminjam nama Macintosh yang diperkenalkan oleh Apple. Projek OSx86 juga membentuk satu komuniti di internet yang boleh dirujuk di : http://www.osx86project.org/ dan Forum InsanelyMac.

1.1.1 : Developer Transition Kit

Pada 6 Jun 2005, Apple memperkenalkan Developer Transition Kit kepada developer (pembangun perisian) berdaftar dengan harga $999. Apa yang terkandung didalamnya ialah patches untuk menggunakan TPM (Trusted Platform Module) yang berfungsi antara lain menghalang Mac OSX dari dipasang dalam komputer bukan keluaran Apple. TPM ini pula diperlukan oleh Teknologi Rosetta yang membenarkan perisian yang diperuntukkan untuk Power PC untuk dijalankan dalam komputer berprocessor Intel. Melalui Developer Transition Kit ini, pembangun perisian mac osx yang selama ini memperuntukkan perisian mereka untuk komputer Power PC boleh mengaplikasikan patches didalamnya untuk membolehkan perisian yang sama dijalankan dalam komputer berprocessor Intel.

Namun apa yang berlaku ialah, peluang untuk memasang dan menjalankan Mac OSX kedalam PC semakin besar. Halangan utama ialah TPM dan dengan melangkaui TPM, Mac OSX akan berjaya dipasang dan dijalankan dalam komputer bukan keluaran Apple.

Januari 10 2006, Apple mengeluarkan Mac OSX versi 10.4.4 pertama kali untuk komputer apple berprocessor Intel iaitu iMac, dan MacBook Pro. Komputer ini menggunakan platform firmware Extensible Firmware Interface (EFI) menggantikan BIOS yang boleh didapati dalam kebanyakkan motherboard x86. Dan sejak itulah, munculnya versi Mac OSX yang telah dihack (digelar Mac OSX86) sehingga ke hari ini.

7

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

TPM ialah cip komputer yang dimasukkan kedalam komputer apple yang berasaskan processor intel untuk menghalang Mac OSX dari dipasang kedalam komputer bukan keluaran Apple. Apabila seseorang cuba memasang Mac OSX kedalam PC biasa (melalui kaedah biasa), installer bagi mac kemudiannya akan mencari TPM dan jika tidak ditemui, installer akan menolak untuk di “run”.

Page 8: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1.1.2 : Emulasi EFI

Extensible Firmware Interface ialah spesifikasi yang menterjemahkan antaramuka perisian antara sistem operasi dan platform firmware. November 2007, Hacker dari Rusian bernama Netkas memperkenalkan satu method untuk tujuan emulasi EFI dalam PC biasa. Jika ini berjaya, maka sebuah PC biasa boleh dilihat sebagai komputer yang serupa dengan komputer keluaran Apple dan ini membawa maksud, kerja memasang, menjalankan dan update Mac OSX86 akan berjalan lancar tanpa memerlukan “kerja” tambahan. Menggunakan EFI patch, sesebuah hackintosh boleh menggunakan vanilla osx kernel (kernel mac osx yang tidak diubah) dan vanilla kernel extensions. Apa maksudnya? Ini bermaksud, hackintosh anda bukan sahaja boleh menggunakan apa sahaja versi Mac OSX86 akan datang tetapi juga tahap kestabilan sistem operasi yang menyamai komputer keluaran Apple.

1.1.3 : Versi DVD OSX86

Terdapat beberapa versi DVD Mac OSX86 yang telah sedia di patched bermakna ia ialah versi yang telah disetkan untuk tidak mencari TPM dalam hardware komputer anda. Antara versi yang popular ialah seperti berikut;

✤ Leo4All : Ianya versi yang saya secara peribadi telah mencuba dan berfungsi dengan baik dalam test machine saya. Sesuai dengan nama, versi ini boleh digunakan untuk pemasangan Mac OSX dalam processor Intel dan AMD. Leo4All terdapat banyak versi iaitu Leo4All v1, v2, v3, v4, v5 dan setiap versinya dikhaskan untuk versi Mac OSX86 yang tertentu.

✤ iATkos : Versi ini juga adalah versi yang bagus untuk dicuba. Kebaikan versi ini ialah saiznya lebih kecil, cepat boot dari dvd, proses pemasangan mengambil masa yang lebih singkat. Saya juga telah mencuba versi ini dan ianya berfungsi dengan baik dalam test machine saya. Setakat yang saya tahu, versi ini ialah untuk processor Intel sahaja. iATkos juga mempunyai beberapa versi seperti iATkos 1.0i dan sebagainya.

✤ Kalyway : Versi ini juga antara yang dicadangkan dan saya telah mencubanya dan berjaya dalam test machine saya. Namun versi kalyway mengubah beberapa perkara seperti ikon, wallpaper dan sebagainya dalam Mac OSX86. Pun begitu, versi ini agak aktif mengeluarkan patches untuk upgrade versi mac osx ke versi terbaru.

✤ iDeneb : Saya juga telah mencuba versi ini namun gagal dalam test machine. Walaupun begitu, versi iDeneb ini sesuai untuk processor Intel dan AMD dan menyediakan banyak driver dan patches untuk chipset tertentu.

Bermakna anda ada sekurang-kurangnya 4 pilihan. Saya tidak jamin versi mana yang paling sesuai untuk anda dan agak sukar untuk menentukannya sebenarnya. Misalnya, saya telah mencuba Leo4All v2 dan berjaya tanpa sebarang masalah. Apabila saya mencuba Leo4All v3 dalam test machine yang sama dengan konfigurasi yang sama, terdapat masalah iaitu “Still waiting for root device”. Meskipun ianya masalah yang boleh diselesaikan namun itu menunjukkan bahawa, jika anda gagal memasang Mac OSX86 menggunakan versi tertentu anda perlu mencuba versi lain juga.

Ok, anda sudah tentu tertanya-tanya dimanakah anda boleh mendapatkan versi-versi Mac OSX86 ini. Secara normalnya, anda boleh dapatkan versi-versi Mac OSX86 ini dalam laman web torrent atau rapidshare. Namun saya tidak bertanggungjawab atas perlakuan anda tersebut kerana ia menyalahi undang-undang. (Undang-undang yang biasanya diabaikan jika ia untuk kegunaan peribadi dan pembelajaran..)

8

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 9: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1.2 : Teori Mac OSX86 dalam PC (Bagaimana ia berfungsi)9

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 10: Panduan Pemasangan Mac OSX86

2 : PERSEDIAAN.Saya menganggap pembaca sudah mempunyai sebuah komputer (atau bercadang ingin memiliki sebuah komputer). Saya juga menganggap pembaca mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya pengetahuan asas tentang komputer dan sistem operasi windows. Apa yang perlu anda sediakan mulai dari sekarang ialah beberapa pengetahuan tambahan dan beberapa bahan yang mungkin terdiri daripada software dan juga beberapa persiapan lain. Proses persediaan yang dimaksudkan melibatkan;

✤ memuat turun software yang diperlukan✤ mengumpul maklumat dan data tentang hardware komputer anda✤ menyediakan harddisk dan partition✤ menyediakan BIOS

2.1 : Software yang diperlukan.

Antara software yang mungkin anda perlukan ialah;

✤ CPU-Z : Perisian pengumpulan data CPU✤ HWINFO : Perisian pengumpulan data hardware✤ Partition Magic : Untuk tujuan membina partition✤ GParted : Untuk setkan boot partition (atau anda boleh gunakan Live CD Linux

Ubuntu etc)

2.2 : Maklumat & Data Hardware.

Untuk membolehkan proses pemasangan berjalan dengan lancar, mendapat maklumat dan data yang tepat berkenaan hardware yang terdapat dalam komputer anda merupakan satu kemestian. Maklumat dan data yang diperolehi ini kemudiannya berguna untuk membolehkan anda memasang patched yang sesuai dengan hardware anda.

2.2.1 : Menggunakan CPU-Z.

CPU-Z ialah aplikasi kecil dan percuma yang dibangunkan untuk windows berfungsi untuk membolehkan pengguna komputer mengumpul maklumat tentang CPU komputer yang digunakan. Dengan menggunakan CPU-Z, anda boleh mengumpulkan beberapa maklumat tentang CPU komputer anda seperti Jenis processor, versi SSE dan jenis Motherboard (MOBO).

Menerusi imej disebelah sebagai contoh, anda sepatutnya mendapat maklumat berikut;Jenis Processor : Intel Pentium DVersi SSE : SSE, SSE2,SSE3Motherboard : (pada tab mainboard)

10

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 11: Panduan Pemasangan Mac OSX86

2.2.2 : Hardware lain.

Untuk hardware dan komponen lain, saya mencadangkan anda menggunakan perisian HWiNFO dalam windows.

Contoh mengenalpasti Video Chipset.

Contoh mengenalpasti Audio Card

11

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 12: Panduan Pemasangan Mac OSX86

2.2.3 Identiti Hardware (Advanced)Anda boleh skip proses ini jika tiada masalah dengan kesesuaian hardware.

12

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

XP : Right click pada My Computer dan Pilih Properties.

Vista : Klik Start > Right Click pada Computer dan pilih Manage.

XP : Pilih tab Hardware > klik pada Device Manager

Vista : Pada System Properties ini, lihat pada sidebar > klik pada Device Manager.

Langkah seterusnya adalah sama bagi windows XP mahupun Vista. Paparan grafik mungkin sedikit berbeza tetapi caranya adalah sama. Langkah ini matlamatnya untuk mengumpul data tertentu berkenaan hardware yang biasanya memerlukan driver untuk membolehkan hardware tersebut berfungsi. Antara komponen yang terlibat ialah Display adapter, Network adapters, Sound, mouse atau keyboard yang mempunyai fungsi yang istimewa, bluetooth dan power management. Right Click pada komponen ini > Properties. Ambil nota berkenaan komponen-komponen tadi sebanyak mungkin.

Apa yang perlu dinotakan ialah;•irq•memory range•nama dan model komponen dengan tepat•device id dan vendor id bagi setiap komponen

Untuk mengetahui tentang device dan vendor id, sila pilih tab Details > Device Instance Id.Dalam imej disebelah vendor id tercatat selepas VEN_ dan device id tercatat selepas DEV_. Dari imej disebelah maklumat adalah seperti berikut;Vendor id : 10DEDevice id : 00C0

Page 13: Panduan Pemasangan Mac OSX86

2.3 : Menyediakan Harddisk dan Partition

Memasang apa jua sistem operasi kedalam komputer sama seperti menerima seorang warga baru dalam rumah anda. Warga baru tadi perlukan bilik untuk tidur dan menjalankan aktivitinya. Mac OSX perlukan satu ruang khas untuk menempatkan kesemua fail-fail sistemnya dan ruang itu juga diperlukan untuk menjalankan aktivitinya seperti memasang perisian, penyimpanan data yang dihasilkan atau dimuatturun dari internet.

Dalam installer Mac OSX86 sudah terdapat satu aplikasi iaitu Disk Utility yang berfungsi untuk format harddisk dan partition. Namun begitu Disk Utility tidak menyokong fungsi yang lebih kompleks seperti resize dan delete partition. Ini menyebabkan jika anda mempunyai hanya 1 harddisk, anda tidak boleh membina partition lain tanpa perlu delete kesemua data dalam harddisk. Disini saya nasihatkan anda samada menggunakan software partitioning berbayar seperti partition magic dan jika anda ingin menggunakan perisian sumber terbuka, anda boleh menggunakan GParted iso.

2.3.1 : Menggunakan Gparted iso

Gparted merupakan perisian membuat editasi keatas harddisk dan partition yang berguna, sumber terbuka dan percuma. Gparted biasanya didatangkan bersekali dengan live cd linux seperti ubuntu dan jika anda tidak mahu download live cd linux, anda masih boleh download live cd gparted sahaja yang lebih kecil saiznya (kurang dari 100MB). Live cd gparted membolehkan anda menggunakan gparted dengan hanya boot kedalam CD. Untuk menggunakan gparted dalam live cd sila ikuti proses berikut;

1. Download fail image gparted dalam format .iso.2. Burn .iso dalam bentuk CD image. (Jangan burn sebagai data!)3. Boot kedalam CD (pastikan komputer anda boleh boot kedala CD - rujuk

Menyediakan BIOS)4. Paparan-paparan berikut akan muncul.

Tekan ENTER Sesi ini untuk setkan keymap. Pilih mana-mana pilihan dan pilih <OK>. Saya telah

memilih Select Keymap from Full List untuk membolehkan panduan ini diikuti secara

universal.

5. Kemudian pilih keymap yang bertepatan dengan keyboard yang anda gunakan.

13

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 14: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Sesi GParted!

Pada sesi Gparted, anda akan mendapati aplikasi gparted telah muncul dan menyenaraikan senarai harddisk dan partition anda. Ikuti langkah berikut;

1. Pada 1 (rujuk imej) pilih harddisk sasaran.2. Pilih Partition sasaran dan right clik padanya dan pilih Resize/Move.

1

2

14

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Pilih bahasa yang ingin anda gunakan. Taipkan berdasarkan angka dan tekan

ENTER.

Pilih mode yang ingin anda gunakan. Taipkan nombor untuk memilih dan tekan

ENTER.

Page 15: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3. Pada Free Space Following, masukkan nilai partition baru yang ingin anda buat untuk tujuan memasang Mac OSX86. Minima yang boleh memuatkan Mac OSX86 adalah sekitar 6GB (6000MB). Saya cadangkan agar partition tersebut lebih besar dari 10GB (10000GB). Klik Resize/Move.

4. Klik pada butang Apply untuk membolehkan perubahan yang anda lakukan tadi berkesan.

5. Kemudian anda akan mendapati satu partition baru tercipta dengan nama unallocated kerana ia masih belum diformat. Anda boleh right click padanya dan pilih Format to dan pilih format yang anda sukai (seperti FAT32). Sekali lagi klik butang Apply untuk membolehkan perubahan tersebut mendatangkan kesan.

6. Pastikan anda klik Apply untuk membolehkan kesemua perubahan yang anda lakukan berkesan. Kemudian klik pada butang Exit dan restart. Ini bermakna anda telah setkan partition 10000MB tadi untuk OSX86.

2.3.2 : Edit Partition dalam Windows XP dan Vista

Selain dari menggunakan GParted, dalam windows itu sendiri terdapat fungsi Disk Management dan cara untuk anda sampai kepada Disk Management ini adalah dengan right click pada ikon My Computer > Manage pada windows XP atau Start > Computer > Right Click > Manage pada windows vista. Apabila tetingkap Computer Management muncul, pergi kepada Storage dan pada “tree” Storage itulah terdapatnya Disk Management.

Dalam windows XP, anda hanya dibenarkan untuk delete partition manakala windows vista mempunyai fungsi yang lebih maju iaitu fungsi Shrink Volume. Kemudian anda juga boleh format partition yang anda delete dan shrink tadi kepada format yang diingini. Paling penting

4

15

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

3

Page 16: Panduan Pemasangan Mac OSX86

ialah anda perlu pastikan terdapat satu partition lebih besar dari 10GB untuk digunakan oleh OSX86.

2.4 : Menyediakan BIOS

BIOS ialah Basic Input/Output System. Itu pengertian dari segi bahasa. Secara praktikalnya anda boleh masuk kedalam sesi BIOS mana-mana komputer (kecuali komputer Apple) dengan menekan butang “del” atau F2 atau F12 semasa skrin pertama muncul selepas komputer dihidupkan.

2.4.1 : Setting BIOS untuk boot ke CD/DVD

Sesetengah komputer, BIOS tidak disetkan pada aturan yang diperlukan untuk boot ke CD/DVD. Ini menyebabkan setiap kali anda masukkan bootable CD/DVD, komputer tetap boot kedalam harddisk iaitu masuk kedalam windows atau apa jua sistem operasi yang terdapat dalam harddisk. Untuk memperbetulkan urutan ini, sila ikut langkah berikut;

✤ On komputer dan apabila muncul tulisan pertama di skrin > tekan F2 (pada keyboard) atau “del” atau F12.

✤ Pergi ke tab “Boot” (dengan menekan butang arrow pada keyboard)

✤ Cari dan pilih sesuatu yang bermaksud boot priority order (bergantung kepada jenis BIOS komputer anda)

✤ Anda akan mendapati terdapat urutan bagi proses boot mengikut jenis device. Sila pilih CD/DVD device dan pada keyboard sila tekan “+” atau “-” untuk mengerakkannya keatas atau kebawah. Sila pastikan CD/DVD lebih priority dari device harddisk. (gunakan butang shift untuk + dan -)

✤ Apabila proses itu selesai, pilih tab Exit dan pilih Exit Saving Changes.✤ Selesai dan anda boleh boot kedalam CD/DVD.

2.4.2 : Setting Cuba-Jaya BIOS

Apa maksud cuba-jaya? Oleh kerana komputer apple menggunakan EFI mengantikan BIOS, ini menyebabkan anda perlukan kombinasi BIOS yang sesuai untuk membolehkan proses pemasangan mac osx licin tiada masalah. Kombinasi pada setting BIOS ini pula berbeza bagi setiap komputer dan jika anda gagal untuk boot kedalam mac osx, mengubah setting pada BIOS mungkin boleh menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa setting yang telah dicuba dan berjaya membolehkan mac osx untuk dipasang kedalam komputer terbabit. BIOS komputer anda adalah berbeza dan jika anda tidak jumpa setting yang dicatatkan disini, sila abaikannya.

Execute Disable (XD/NX)

16

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 17: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Setting ini adalah yang pertama harus ditetapkan dalam BIOS. Dengan anda setkan “Execute Disable Function” kepada Enable (atau No Execution dalam AMD atau juga XD Technology), bererti anda telah setkan BIOS anda semakin hampir menyerupai EFI (pada makna tertentu). Execute Disable ini pada asasnya berfungsi untuk menghalang virus dari menghasilkan fail-failnya pada memori yang hanya dikhaskan untuk penyimpanan data tetap. Apabila virus cuba menghasilkan fail-failnya dalam memori tersebut, dengan Execution Disable Function disetkan kepada Enable, CPU akan menghalang tindakan virus tadi. Mac OSX hanya menerima hardware dan BIOS yang disetkan kepada sesuatu yang lebih selamat dan kerana itulah setting ini sangat diperlukan.

Max CPUID Value LimitDalam sesi runtime komputer, sistem operasi akan berinteraksi dengan CPU untuk mengetahui beberapa maklumat tentang banyak perkara menggunakan nilai HEX yang disetkan pada register CPU. Tidak semua CPU menyokong semua fungsi dan kerana itulah semasa proses booting sistem operasi akan memeriksa fungsi apakah yang disokong oleh CPU. CPU berbeza akan memberikan nilai HEX yang berbeza bergantung kepada fungsi yang disokongnya dan berdasarkan nilai ini juga membolehkan sistem operasi boleh mengetahui CPU apakah yang sedang digunakan. Namun sistem operasi yang lama seperti windows NT, 95, 98, Mac OSX Jaguar dan Panther tidak mengetahui fungsi baru yang disokong oleh CPU terbaru dan kerana itulah pilihan Max CPUID Value Limit ini wujud didalam BIOS. Setting ini akan memberitahu CPU seolah-olah CPU hanya menyokong fungsi yang terhad (limited features) jika CPU tersebut digunakan untuk memasang OS yang lama itu tadi. Namun oleh kerana Leopard menyokong kesemua fungsi CPU yang terbaru, setting ini perlu disetkan kepada Disable.

CPU Internal Thermal ControlCPU terbaru mempunyai fungsi internal thermal sensors untuk membolehkan suhu CPU diukur ketika dalam sistem operasi. Dan beberapa tindakan automatik juga diaktifkan dengan adanya fungsi ini seperti, apabila suhu CPU meningkat ke satu tahap secara automatik nilai voltan dan kepantasan CPU akan dikurangkan sehinggalah CPU mencapai suhu yang selamat. Dan jika suhu CPU tidak dapat dikawal, komputer berkemungkinan akan “hang” atau shutdown secara tiba-tiba. Bagi hackintosh, kelihatan leopard masih tidak menyokong atau tidak begitu serasi dengan fungsi ini bagi PC biasa. Lalu anda dinasihatkan untuk setkannya kepada Disable atau setidak-tidaknya Auto Value. Jika tiada apa-apa masalah, anda boleh cuba enablekannya kemudiannya.

ACPI 2.0 Support (Advanced Configuration and Power Interface)ACPI ialah satu standard yang membenarkan sistem operasi untuk mengawal power management bagi komponen hardware. Ia perlu disetkan kepada Enable atau YES untuk membolehkan leopard mengawal power management bagi komponen hardware. Parameter lain yang bersangkutan termasuklah ACPI APIC Support yang perlu dienablekan juga.

Core Multi-ProcessingFungsi BIOS ini simple sahaja tetapi penting. Ianya membenarkan Processor Intel Core 2 Duo bertukar kepada Intel Core 2 Solo bermakna CPU akan hanya menggunakan salah satu dari 2 core tersebut. Jika anda gagal boot kedalam osx86 leopard (seperti restart berterusan), sila setkan settingnya kepada disable dan jika tiada apa-apa masalah anda boleh enable kannya kembali.

ATA/IDE ModePada pilihan ATA/IDE Mode pada BIOS, anda boleh setkan standard bagi sokongan hard driver controller. Ianya menyokong IDE untuk untuk versi komputer yang agak lama dan SATA untuk versi yang lebih baru dan RAID jika ia disokong. Jika anda menggunakan IDE sila pastikan anda

17

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 18: Panduan Pemasangan Mac OSX86

setkan ATA/IDE Mode kepada Legacy dan jika anda menggunakan SATA sila pastikan Configure SATA as disetkan kepada AHCI. Kesimpulannya seperti berikut;

Untuk SATA;ATA/IDE Mode : NativeConfigure SATA as : AHCIS.M.A.R.T : Enable

Untuk IDE driver;ATA/IDE Mode : LegacyConfigure SATA as : IDES.M.A.R.T : Disable

Anda boleh juga setkan pilihan S.M.A.R.T kepada sebaliknya jika mendapat S.M.A.R.T error semasa boot kedalam DVD OSX86.

2.5 : Rancang Jenis Pemasangan OSX86

Antara pilihan pemasangan yang anda ada ialah seperti berikut;

✤ Dual Boot : Memasang Mac OSX86 bersama sistem operasi lain (windows atau linux) dalam satu komputer tanpa menganggu sistem sistem operasi lain itu. Pun begitu pilihan ini memerlukan anda setup bootloader untuk membolehkan anda memilih sistem operasi mana yang ingin anda gunakan.

✤ Single Install : Memasang Mac OSX86 sahaja didalam satu komputer. Cara ini tidak memerlukan anda setup bootloader selepas proses pemasangan mac osx.

✤ Virtual Machine : Memasang Mac OSX86 didalam VM. Ianya tidak mustahil tetapi saya tidak akan memfokuskan kepada kaedah ini dalam panduan ini kerana anda memerlukan komputer yang mempunyai RAM yang besar untuk memasang Mac OSX86 melalui cara ini.

Bagi pemasangan dual boot, sila pastikan di partition mana dan dalam harddisk mana anda ingin pasang Mac OSX86. Ini penting kerana jika anda tersalah partition, maka kesemua data dalam partition yang anda pilih itu tadi akan terdelete dan tidak boleh didapatkan kembali tanpa menggunakan perisian data forensik. Jika anda mempunyai lebih dari 1 harddisk, anda boleh install Mac OSX86 dalam harddisk yang anda kenalpasti terlebih itu tadi dengan format harddisk tersebut menggunakan disk utility semasa dalam sesi dvd installer.

Perkara seterusnya yang perlu anda rancang ialah hardware yang terdapat dalam komputer anda. Terdapat beberapa hardware yang agak sukar untuk mendapatkan drivernya (kext). Dan jika masalah ini muncul, anda perlu merancang untuk mendapatkan/membeli hardware yang disokong. Tidak mempunyai driver bagi sesetengah hardware tidak akan menggangu sistem osx86. Ianya akan hanya menganggu beberapa fungsi tertentu seperti bunyi dan network (bergantung kepada hardware anda).

Terdapat 2 versi Mac OSX86 yang boleh dipasang ke dalam PC iaitu versi 10.4 Tiger dan 10.5 Leopard. Dokumen ini berdasarkan versi 10.5 Leopard iaitu versi terbaru dari Apple. Meskipun begitu, anda boleh merujuk kepada dokumen ini untuk memasang versi 10.4 Tiger tanpa masalah. Ya, saya jamin tiada masalah.

18

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 19: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3 : Proses Pemasangan.3.1 : Proses Pemasangan Sepintas Lalu.

19

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Masukkan DVD OSX86

Boot ke dalam DVD (Darwin bootloader)

Welcome Skrin. Buka Disk Utility.

Erase Disk. Automatik format partition kepada HFS+

Kembali ke installer. Pilih Harddisk.

Customize!

Install --> Reboot.

Setup User.Masuk ke Desktop!

Pastikan komputer anda disetkan untuk boot DVD dahulu sebelum harddisk.

Pilih bahasa untuk proses pemasangan.

Pastikan anda hanya pilih item yang sesuai dengan komputer anda sahaja! Rujuk Customize untuk penerangan lanjutan.

Page 20: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.2 : Memasang Mac OSX - Panduan Universal

(1)Masukkan DVD Mac OSX86 yang anda miliki ke dalam DVD drive dan restart komputer.

(2)Proses seterusnya ialah untuk boot kedalam DVD Mac OSX86 supaya kita dapat melihat installer bagi Mac OSX86 (seperti juga dengan proses pemasangan windows atau linux).

Untuk tujuan ini, anda perlu setkan BIOS komputer anda supaya memilih untuk boot kedalam CD/DVD. Anda boleh pastikan dengan melihat kepada

(3)Anda akan melihat paparan berikut selepas loading BIOS;

(4)Seperti yang diarahkan, tekan mana-mana butang keyboard untuk memasang Mac OSX86.

(5)Skrin seterusnya yang sepatutnya muncul bergantung kepada versi DVD Mac OSX86 yang anda gunakan iaitu samada;

Atau (untuk Verbose -V mode)

20

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 21: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Proses Loading ini mungkin mengambil masa sekitar 5 minit dan selesai proses tersebut, anda akan dibawa ke sesi installer.

(6)Pilih bahasa - Sila pilih bahasa inggeris dan tekan ENTER atau klik butang dibawah.

(7) Welcome Screen - Welcome to Installer Session!

(8) Buka Disk Utility - Pada panel, klik pada Utilities dan klik pada Disk Utility.

21

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 22: Panduan Pemasangan Mac OSX86

(9) Pilih partition yang ingin digunakan - Klik pada partition yang tersenarai pada sidebar sebelah kiri yang memaparkan senarai harddisk, partititon dan mounted devices.

(10) Erase - Ada 2 cara. Samada anda pergi ke tab Erase dan klik Erase atau anda boleh right click pada partition yang dipilih dan klik Erase. Tindakan ini akan membuang (delete) semua fail dalam partition yang dipilih.

Penerangan proses Erase;1.Pilih tab Erase.2.Namakan partition yang baru dan volume format sila setkan kepada Mac OS Extended (Journaled). Saya nasihatkan anda untuk tidak menamakan partition tersebut dengan 2 perkataan yang terpisah seperti Macintosh HD. Sila pilih nama yang bersambung seperti MacintoshHD, MacHD, LeopardHD, HackitoshHD dan sebagainya. Anda boleh memilih untuk meletakkan HD dibelakang nama atau tidak.3.Selepas proses penamaan dan penetapan volume format, klik butang Erase.

1

2

3

22

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 23: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Satu popup keluar bertanyakan adakah anda pasti untuk erase partition yang dipilih tadi. Klik butang Erase.

(11)Selepas proses Erase, Anda boleh pilih tab First Aid dan klik butang Verify Disk. Ini hanyalah pilihan dan tidak begitu penting.

(12)Tutup Disk Utility. Dan anda akan sekali lagi dibawa ke Welcome Screen. Klik Continue.

(13)Bergantung kepada versi DVD Mac OSX86 yang anda gunakan, licence agreement skrin juga

akan berubah-ubah dan sila pilih Agree.

23

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 24: Panduan Pemasangan Mac OSX86

(14) Pilih partition yang anda Erase tadi dan kemudian klik Continue.(15) Install Summary - Klik butang Customize.

(16) Disini sangat penting! Anda harus memilih item-item yang berkaitan dengan sistem komputer anda sahaja termasuk patch, driver.

Sila rujuk pada spesifikasi komputer anda sebelum memilih item mana yang perlu dimasukkan dalam pemasangan.

(17) Selesai customize perkara yang ingin anda install, klik Done dan anda kembali ke skrin Install Summary. Tanpa ragu, klik Install.

24

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 25: Panduan Pemasangan Mac OSX86

(18) Installer seterusnya akan memeriksa samada DVD yang anda gunakan anda masalah atau tidak. Anda boleh skip proses ini untuk terus ke proses pemasangan.

(19) Proses pemasangan - Mengambil masa 15-30 minit.

(20) Proses pemasangan Selesai - Klik Restart!

25

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 26: Panduan Pemasangan Mac OSX86

(21) Restart dan jangan lupa untuk mengeluarkan DVD Mac OSX86 dari drive.

(22) Selepas restart, jika tiada apa-apa masalah anda akan dapat masuk ke Mac OSX86 dan anda akan melalui proses berikut;

Leopard Welcome Screen. Pilih Lokasi.

Pilih Keyboard Layout. Transfer fail dari Older Mac (jika ada)

Tetapan cara koneksi internet. Masukkan maklumat pendaftaran.

26

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Disini anda boleh tetapkan (memberitahu komputer) cara komputer anda disambungkan

ke internet.

Masukkan Maklumat pendaftaran. Anda harus mengisi kesemua tempat kosong.

Keyboard Layout = US melainkan jika keyboard yang anda gunakan terdapat dalam senarai.

Jika anda sudah mempunyai Mac sebelum ini atau mempunyai volume yang anda backup dari mac osx lain, sila pilih yang berkenaan.

Bagi sesetengah versi DVD Mac OSX86, anda mungkin tidak melihat skrin ini.

Lokasi = Malaysia jika anda di Malaysia. Klik Continue selepas memilih lokasi.

Page 27: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Beberapa pertanyaan. Bina Akaun dan Password.

Tetapkan Time Zone. Tetapkan Masa dan Tarikh.

Klik Done! Selesai! Enjoy Mac OSX!

27

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Enjoy your Apple Computer!Ooops!

Selamat datang ke dunia Mac OSx86. Saya harap semua pembaca akan berjaya sampai ke

sini.

Anda boleh klik pada peta untuk memilih time zone lokasi anda. Waktu malaysia adalah sama

dengan singapura.

Tarikh dan masa akan ditetapkan pada skrin ini. Namun saya yakin masa dan tarikh yang

tercatat secara default adalah tepat.

Ini adalah skrin yang akan menanyakan anda tentang beberapa perkara. Anda bebas

menjawab apa sahaja.

Daftar User Account. Adalah penting anda setkan password yang mudah diingati kerana

password ini sangat penting.

Page 28: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.3 : Customize.

Langkah customize ialah untuk membolehkan anda memilih item yang ingin anda pasang kedalam Mac OSX86. Ianya mengandungi kext (kernel extension = driver), patched tertentu dan juga fix tertentu (anda mungkin perlukannya jika mempunyai masalah tertentu). Bagi beberapa DVD Mac OSX86, anda boleh memilih software yang dicadangkan untuk diinstall bersama.

Imej disebelah menunjukkan contoh koleksi item yang perlu anda pilih semasa customize.

Language TranslationsMac OSX menyokong beberapa bahasa dan tulisan seperti yang tersenarai dalam imej di sebelah. Anda boleh memulih untuk memasang bahasa tersebut atau tidak. Harus diingat, memasang bahasa tambahan yang tidak digunakan akan meningkat saiz penggunaan harddisk. Jika anda ingin menggunakan bahasa inggeris sahaja, sila abaikan senarai di sebelah.

FontAnda boleh pilih item ini(jika ada) untuk memasang font tambahan.

X11Anda mungkin perlukan pakej X11 (jika ada) untuk memasang perisian Open Source seperti Inkscape, GIMP dan seumpamanya.

KernelPilih versi Kernel yang berkaitan dan penerangan adalah seperti berikut;Vanilla Kernel - Hanya untuk Core Processor & Chipset Intel SSE3.StageXNU - Intel/AMD/SSE2/SSE3Kernel 9.2.0 Sleep - Intel/AMD/SSE2/SSE3Kernel 9.2.0 Speedstep - Intel/AMD/SSE2/SSE3

AMD PatchPatch untuk komputer berprocessor AMD. Sila pilih yang ini jika komputer anda mempunyai processor AMD sahaja.

ChipsetPilih chipset yang hanya bertepatan dengan chipset motherboard komputer anda. Tanpa memilih chipset yang betul, anda mungkin gagal memasang Mac OSX86 dalam komputer. Pastikan anda merujuk kepada panduan untuk memeriksa jenis chipset yang digunakan.

28

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 29: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Audio : Driver bagi Audio.Versi DVD Mac OSX86 yang berlainan mempunyai bilangan sokongan driver yang berlainan. Imej disebelah menunjukkan versi DVD Mac OSX86 yang mengandungi bilangan sokongan driver yang saya kira paling banyak pernah ditemui. Ianya menyokong audio card siri AD, ALC, Azalia, Sigmatel dan sebagainya.

Jika anda tidak pasti apakah jenis audio card yang berada dalam komputer anda, samada anda memeriksanya terlebih dahulu atau memasang Mac OSX86 kemudian menggunakan OSx86 Tools Utility untuk mengesan audio card anda secara automatik, dan kemudian memasangnya. Dalam test machine saya yang menggunakan ALC883 audio card, proses pengesanan, muatturun driver dan pemasangan berjalan lancar. Selapas restart, hackitosh saya mengeluarkan bunyi tanpa masalah.

Ini bermakna, jika anda tidak pasti jenis audo card anda, abaikan dan gunakan OSx86 Tools Utility!

Fix & PatchesMengandungi fix (penyelesaian) bagi masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna hackintosh.Jika anda mempunyai masalah tertentu dalam Mac OSX86 anda, anda boleh catatkan masalah tersebut dan reinstall Mac OSX86 dengan memilih fix yang sesuai dengan masalah hackintosh anda.

Video card (Graphic)Driver bagi grafik kad anda.

29

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 30: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Dalam sesetengah kes, memilih grafik kad yang silap atau juga memilih grafik kad yang betul juga boleh menyebabkan anda gagal boot ke dalam Mac OSX86 selepas proses pemasangan. Dalam test machine saya yang menggunakan Intel GMA950, memilih driver bagi Intel GMA950 menyebabkan saya gagal masuk ke dalam welcome screen. Sebaliknya tidak memilih driver tersebut membolehkan saya masuk kedalam welcome screen dengan jayanya.

Ethernet DriversEthernet drivers bagi network card komputer anda. Anda perlukan driver ini untuk menggunakan internet secara menggunaan cable (wired connection). Terdapat beberapa jenis network card yang di sokong dan jika anda tidak pasti, sila gunakan OSx86 Tools Utility.

Wireless DriversMac OSX86 menyokong beberapa jenis wireless card untuk komputer / laptop / netbook. Pastikan anda tahu jenis wireless card yang sedang digunakan dalam komputer masing-masing sebelum memilih drivernya pada customize. Jika wireless card anda tidak tersenarai, kemungkinan untuk ia berfungsi masih ada dengan mencari dan menambah kext bagi wireless card tersebut selepas pemasangan Mac OSX86.

AppleSMBIOSSMBIOS ialah System Management BIOS yang berfungsi menerjemahkan struktur data dan cara capaian kepada data dalam BIOS yang membenarkan seseorang pengguna atau software untuk mendapatkan maklumat spesifik tentang sesebuah komputer. Terdapat beberapa perisian yang memerlukan interaksi ini dan jika tidak memilih appleSMBIOS yang sesuai, kemungkinan perisian tadi tidak boleh dilancarkan dengan normal.

Jangan risau kerana anda boleh memasang AppleSMBIOS selepas pemasangan Mac OSX86.

30

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 31: Panduan Pemasangan Mac OSX86

PS/2 Device SupportPS/2 Connector digunakan untuk menyambungkan sesetengah keyboard dan mouse ke sesetengah PC. Manakala driver ini akan menambahkan sokongan untuk menyambungkan Keyboard dan Mouse pada hackintosh

anda.

Pin Connector bagi PS/2 Device.

USB DriversDriver untuk USB komputer anda.

Power ManagementIni untuk menambah sokongan power management untuk sesetengah laptop yang membolehkan fungsi penjimatan bateri laptop boleh digunakan.

Jika anda tidak pasti apakah kegunaan satu-satu item dalam customize, anda boleh klik padanya dan satu informasi tentang apa yang anda klik akan muncul dibawah tetingkap customize.

Jika anda tidak pastikan apakah jenis hardware (seperti jenis audio card, graphic card, network card etc) yang dimiliki oleh komputer anda, jangan pilih apa-apa pada customize. Jika pemasangan anda berjaya dan anda berjaya masuk ke desktop leopard, anda boleh menggunakan OSx86 Tools Utility untuk memasang kext (driver) yang tepat ke dalam hackintosh anda.

Anda juga dinasihatkan untuk memilih item pada customize dalam kadar se-minima mungkin. Jangan sesekali anda pilih semua item yang ada kerana itu akan mengagalkan pemasangan anda.

Informasi tentang item yang anda klik muncul disini.

31

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 32: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.4 : Memasang Bootloader (Bagi kes Dual Boot)

3.4.1 : Darwin Bootloader

Selepas memasang Mac OSX86, biasanya boot partition akan disetkan kepada partition HFS+ yang digunakan oleh Mac OSX86. Oleh kerana partition tersebut mengandungi Darwin Bootloader, ini membenarkan anda untuk boot ke dalam windows sekiranya anda memasang Mac OSX86 kedalam komputer yang telah mengandungi windows.Ini boleh dilakukan dengan menekan F8 ketika skrin yang memaparkan “Darwin/x86 Boot v5.0.xxx” muncul dan anda akan mendapati sesuatu seperti berikut;

Dalam imej diatas, saya telah pasang windows dalam harddisk pertama-partition pertama hd(0,1) dan memasang Mac OSX86 ke dalam harddisk pertama-partition kedua hd(0,2). Darwin bootloader mengandungi Timeout default = 10 saat dan jika anda tidak menekan apa-apa anda akan automatik boot ke dalam OSX86. Anda boleh edit masa Timeout ini menggunakan OSx86 Tools Utility pada fungsi Add EFI Strings/Boot Flag.

3.4.2 : Windows Bootloader

Anda juga boleh menggunakan windows bootloader jika tidak selesa dengan darwin bootloader. Saya tidak begitu pasti apakah kebaikan menggunakan windows bootloader tetapi ianya bagus untuk di kongsi disini sebagai pilihan penyelesaian. Oleh kerana boot partition telah disetkan kepada partition HFS+, anda perlu setkan boot partition kepada partition windows terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan cara berikut;

1) Selepas memasang Mac OSX86, restart komputer dan pada darwin bootloader tekan F8 untuk memilih untuk boot kedalam Windows. (Dengan andaian HFS+ telah disetkan sebagai first boot partition - jika HFS+ tidak terset sebagai first boot partition anda boleh skip step ini)

2) Dalam windows, pergi ke Start > All Program > Accessories > Command Prompt. (Pastikan anda mempunyai administrative privilege)

3) Pada Command Prompt, taipkan;

DISKPARTdiskpart utility akan diaktifkan

list diskakan menyenaraikan harddisk anda

32

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 33: Panduan Pemasangan Mac OSX86

select disk npilih disk “n” dengan n adalah partition yang mengandungi windows

list partitionakan menyenaraikan senarai partition dalam harddisk “n”

select partition npilih partition “n” dengan “n” ialah partition windows

activeini akan aktifkan partition windows tadi sebagai first boot partition

exitkeluar dari diskpart utility

4) Tutup Command Prompt dan selesai.

Aktifkan partition windows sebagai first boot partition menggunakan DISKPART

Selesai proses pengaktifan first boot partition untuk windows, sila teruskan ke langkah berikut samada untuk windows xp dan vista.

Bagi Windows XP

Proses ini melibatkan proses meletakkan fail yang dipanggil chain0 ke boot.ini dalam windows. chain0 ini akan mencari partition yang diformat kepada HFS+ dan boot kedalamnya. Cara-caranya;

1) Boot kedalam Windows XP

33

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

1

2

3

4

5

6

7

Page 34: Panduan Pemasangan Mac OSX86

2) Kemudian, masukkan Mac OSX86 DVD dan copy fail chain0 kedalam C: drive. Anda kemudiannya akan mempunyai fail C:\chain0 . NOTE : chain0 boleh didapati dalam DVD OSX seperti dalam imej berikut;

3)Dalam explorer window (file browser), pergi ke menu “tools” dan pilih “folder options”. Pada tab “View” check show hidden files and folders dan jangan pilih “Hide protected operating system files.4)Kemudian dalam C:\ , anda sepatutnya boleh melihat fail boot.ini . Right click pada fail ini dan pilih properties kemudian uncheck “Read Only”.5)Double click boot.ini dan text editor (notepad) akan terbuka.6)Pada line terakhir, tambahkan;

C:\chain0=”Mac OS X Leopard”

NOTE : Anda boleh tukar “Mac OS X Leopard” kepada sesuatu nama yang anda sukai.

7)Save dan restart untuk melihat hasilnya.

Bagi Windows Vista

Proses ini akan menggunakan BCD-EDIT

34

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

COPY

Page 35: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1)Boot kedalam Vista dan copy chain0 kedalam drive C.2)Buka command prompt dengan Elevated Admin privilege dari start menu.3)Taipkan command berikut dalam prompt;

bcdedit /copy {current} /d “Mac OS X”bcdedit /enum activebcdedit /set {GUID} PATH \chain0

Gantikan GUID dengan alphanumeric GUID yang anda boleh lihat senarainya selepas anda memasukkan command ke-2 (bcdedit /enum active)

4)Tutup Command prompt dan restart untuk melihat hasilnya.

3.4.3 : GRUB Loader bagi Ubuntu

Jika anda memasang Mac OSX86 ke dalam komputer yang telah mengandungi ubuntu didalamnya, mengandaikan kes HFS+ diaktifkan menjadi first boot partition, menyebabkan anda tidak boleh mencapai GRUB Loader. Jangan risau, ubuntu anda tidak hilang. Anda perlu aktifkan first boot partition kepada partition ubuntu dan reinstall GRUB Loader. Semuanya boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut;

Aktifkan ubuntu partition sebagai first boot partition.1)Masukkan Live CD ubuntu dan boot ke dalamnya.2)Pergi ke System > Administration > Partition Editor.3)GParted akan terbuka > pilih partition ubuntu anda. Right clik padanya dan pilih manage flags. Tandakan boot.

Reinstall GRUB1)Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal)2)Taipkan;

sudo grub

35

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 36: Panduan Pemasangan Mac OSX86

find /boot/grub/stage1

Nota : Perhatikan pada (hdX,Y) yang selepas command diatas dimasukkan. Dalam screenshot diatas menunjukkan (hd0,0)

root (hdX,Y)gantikan X dan Y dengan angka yang sepatutnya

setup (hdX)

3)Restart Komputer dan anda sepatutnya boleh melihat GRUB Loader. Sila masuk ke Ubuntu.4)Dalam ubuntu, buka terminal dan taipkan;

sudo gedit /boot/grub/menu.lst

Gedit akan terbuka dan proses seterusnya untuk menambah partition Mac OSX86 ke dalam Grub dengan memasukkan;

title Mac OSX Leopardroot (hdX,Y) ⇢ gantikan (hdX,Y) dengan haddisk dan partition Mac OSX86 anda.chainloader+1

ke baris paling bawah dan kemudian restart untuk melihat perubahan.

36

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 37: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.5 : Memasang OSX86 kaedah Boot-132

Ini adalah kaedah terbaru memasang OSX86 kedalam PC biasa dengan menggunakan DVD Mac OSX Leopard yang Original. Ini bermakna memasang Mac OSX Leopard kedalam PC menerusi cara ini tidak bermaksud akan mengingkari mana-mana akta hakcipta kerana anda menggunakan DVD Mac OSX yang original. Ini juga bermaksud, syarikat Apple atau mana-mana autoriti tidak boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas anda.

3.5.1 : Teori dan bagaimana ia berfungsi?

Teorinya ialah memasukkan fail yang diperlukan seperti kext, mkext dan juga bootloader yang diperlukan kedalam satu fail bernama initrd.img. Fail initrd.img ini pula berada dalam fail image ISO dan apabila anda boot kedalam ISO tersebut (selepas burn ISO kedalam CD/DVD), fail-fail yang dimasukkan dalam INITRD.IMG tadi (kext, mkext, bootloader) akan di load kedalam RAMDisk. Ketika CD Boot-132 ini dibuang dari drive dan memasukkan DVD Mac OSX Leopard Original, anda sudah mempunyai fail yang diperlukan untuk boot kedalam installer melalui fail-fail yang telah di load kedalam RAMDisk (atau juga initrd dalam linux).

Bootloader akan bertindak seperti kernel linux; anda boleh menggunakan bootloader yang sesuai dengan mboot (syslinux yang telah di patched) yang akan mengarahkan untuk boot fail dalam RAMDisk.

Memasang dengan cara boot-132 akan membolehkan anda update versi mac osx tanpa sebarang masalah (teori).

3.5.2 : Hardware yang diperlukan

Anda memerlukan sekurang-kurangnya Intel Core Processor dengan Intel Chipset iaitu hardware yang paling hampir menyerupai Mac OSX. AMD Processor tidak boleh digunakan menggunakan kaedah ini manakala sistem yang hanya menyokong SSE2 kebawah pula tidak boleh menggunakan Vanilla Kernel (Kernel original dari Apple). Bagi komputer yang menggunakan processor yang berbeza dan chipset yang berbeza atau hanya menyokong SSE2 kebawah, menggunakan kernel yang berbeza seperti ToH Kernel, Voodoo dan sebagainya akan memungkinkan untuk anda berjaya memasang secara boot-132.

3.5.3 : Bahan-bahan yang diperlukan

✤ Satu komputer dengan Intel Core Processor dan Intel Chipset✤ Satu CD Kosong (untuk fail boot-132.ISO)✤ Retail Mac OSX Leopard (DVD Original - RM500)✤ Boot-132 Generic ISO [Download] - Disertakan dalam Pakej✤ Chameleon for Hard Disk [Download] - Disertakan dalam Pakej✤ EFIStudio [Download] - Disertakan dalam Pakej✤ Download Mac OSX Leopard ComboUpdate (Jika anda ingin update ke versi terbaru)

37

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Kandungan fail dalam ISO boot-132.

Page 38: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.5.4 : Proses pemasangan

Langkah 1.Sebelum anda bermula, anda perlu burn Boot-132 Generic ISO kedalam CD dalam bentuk CD image. Konfigurasi ISO berkenaan sepatutnya berfungsi untuk hardware komputer anda dan jika tidak berfungsi anda boleh mengubah konfigurasinya (memerlukan pengetahuan dan eksperimen yang berterusan).

Langkah 2.(1)Masukkan CD boot-132 yang telah anda burn pada langkah 1 dan restart PC anda.(2)Pada Darwin Boot Prompt tekan ENTER.(3)Anda akan diminta untuk memasukkan 2 digit hexadecimal boot device. JANGAN MASUKKAN

APA-APA LAGI.(4)Keluarkan CD boot-132 tadi dari drive dan masukkan DVD Mac OSX Original.(5)Nantikan LED DVD drive tidak berkelip lagi (untuk memastikan sistem bersedia membaca

DVD dan bukannya harddisk)(6) Install Mac OSX seperti dalam panduan universal. Cuma anda perlu format (menggunakan

Disk Utility) harddisk anda kepada GUID dan bukannya MBR. Cara-caranya ialah, klik pada harddisk > pilih tab Partition > Options > GUID dan format.

(7)Selesai proses pemasangan, Restart PC anda dan gantikan DVD Mac OSX dengan CD boot-132.

(8)Pada Darwin boot prompt tekan ENTER.(9)Kali ini anda perlu memasukkan 2 digit hexadecimal yang menunjukkan harddisk anda

memasang mac osx. (Jika anda hanya mempunyai satu harddisk, mungkin ianya berangka 80). Masukkan dari 80, 81, 82, dan seterusnya sehingga anda dapat melihat startup volume bagi Mac OSX. Tekan ENTER.

(10)Anda akan dapati anda berjaya masuk ke dalam Desktop.

Langkah 3.Skip step ini jika anda tidak mahu update mac osx anda.(1) Install Combo Update.(2)Restart dengan memastikan CD boot-132 berada didalam drive.

38

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

1 2

3

Page 39: Panduan Pemasangan Mac OSX86

(3)Pada Darwin tekan ENTER.(4)Masukkan 2 digit hexadecimal sama dengan yang anda masukkan dalam langkah 2 (9).(5)Pilih volume mac osx dan taipkan -v -f dan tekan ENTER.(6)Pada ketika ini anda tidak boleh boot ke mac osx tanpa CD boot-132. Untuk membolehkan

anda boot ke dalam mac osx tanpa CD boot-132, anda perlu ikuti langkah 4.

Langkah 4.Chameleon for Hard Disk yang anda download mengandungi fail-fail berikut;

✤ Chameleon_DFE_for_Hard_Disk.dmg✤ OSx86 Tools Utility✤ EFIStudio

(1)Buka Chameleon.(2)Copy fail-fail dalam Extra folder yang terdapat dalam initrd.img dalam CD boot-132 kedalam

Extra folder dalam Chameleon.Hint : Untuk melakukan (2) ikuti cara berikut;

(i) Buka CD boot-132(ii) Double click pada initrd.img(iii) Double click pada folder Extra(iv) Drag&Drop folder Extesions kedalam folder Extra Contents dalam Chameleon

(3)Double Click pada fail Chameleon_DFE_for_Hard_Disk.dmg dan install.(4)Keluarkan CD boot-132 dan restart.(5)Anda sepatutnya boleh masuk ke Leopard tanpa CD boot-132 lagi.

Langkah 5.Selesai proses update ke versi terbaru, terdapat beberapa hardware seperti grafik, network card, audio dan sebagainya tidak berfungsi. Untuk memperbaiki masalah ini, anda mungkin perlu memasang kext yang baru yang didownload dari internet. OSx86 Tools Utility dan EFIStudio mungkin berguna kepada anda.

Pun begitu, pastikan anda baca dan rujuk terlebih dahulu untuk memasang OSX86 menggunakan boot-132. Masih terlalu banyak kebarangkalian yag boleh dicuba.

3.6 : Memasang menggunakan Peranti EFI-Xhttp://www.efi-x.comIanya ialah satu produk berbayar yang saya sendiri pun tidak pasti bagaimanakah caranya untuk pengguna di Malaysia boleh mendapatkanya. Namun oleh kerana panduan ini adalah satu panduan universal, maka saya masukkan sedikit maklumat tentang peranti ini yang membolehkan anda memasang Mac OSX dari Original DVD kedalam PC anda.

Antara ciri EFI-X ialah seperti berikut;

✤ BPU pada Internel USB 10-1 pin✤ Online Update bagi EFI-X firmware✤ System Boot selector yang interaktif dan cool.✤ Pemilihan HD, DVD, Flash Drive yang mudah✤ Membenarkan Update dari Apple dengan selamat✤ dan sebagainya.

39

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 40: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.7 : OSX86 Tools

Terdapat beberapa software yang dibangunkan khas untuk memudahkan pengguna hackintosh “menguruskan” hackintosh mereka tanpa perlu menghafal terlalu banyak command line.

3.7.1 : OSX86 Tools Utilityhttp://pcwizcomputer.com/osx86tools/Modify About This MacIni membolehkan anda mengubah info bagi RAM, CPU, dan imej pada tetingkap About This Mac. Ianya hanya untuk kosmetik dan tidak akan mengubah performance komputer anda.

Enable/Disable Quartz GLQuartz QL ialah ciri grafik pada Mac OSX yang biasanya disable secara default. Ciri ini hanya disokong oleh grafik kad yang terbaru dan dengan enablekan ciri ini, ianya akan meningkatkan kualiti grafik pada graphics benchmarks.

Repair PermissionFungsi ini akan memperbaiki file permission pada disk hackintosh anda jika ianya incorrect atau broken. Permission ini hanya biasa terdapat pada sistem operasi berasaskan UNIX, Linux, atau BSD. Sistem kadang-kala kehilangan permission untuk mencapai

beberapa fail dan ini boleh menyebabkan kegagalan sistem atau hardware tertentu bergantung kepada fail apa yang gagal dicapai. Anda juga boleh repair permission menggunakan Disk Utility atau memasukkan command “sudo diskutil repairPermission /” kedalam terminal.

Set Extensions PermissionsFungsi ini sama dengan repair permission. Folder yang dipilih ialah folder Extensions dan ianya lebih spesifik bermakna prosesnya adalah lebih cepat berbanding dengan repair permission biasanya yang akan repair permission bagi keseluruhan disk.

Clear Extensions CacheSelepas proses pemasangan kext baru, untuk kext tadi dikenali dan digunakan oleh sistem, Extensions cache mestilah dibuang. Extensions cache disimpan dalam /System/Library/ iaitu fail Extensions.mkext dan Extensions.kextcache.

Clean System Application CacheSystem Application Cache disimpan dalam /Library/Caches/. Kadangkala cache yang tak betul menyebabkan aplikasi tertentu “bersikap” pelik. Fungsi ini akan delete cache yang terdahulu dan membina cache baru secara automatik.

Clear User Application CacheFungsi ini sama dengan Clear System Application Cache kecuali fungsi ini akan hanya delete cache bagi “currently logged in user”.

40

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 41: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Run CRON Maintenance ScriptsCRON Maintenance Scripts ialah scripts yang auto running sebahagian dari sistem BSD iaitu untuk menjadualkan rutin maintenance untuk membuang logs dan fail sementara. Secara default scripts ini akan secara automatik run pada awal pagi dan oleh kerana pengguna komputer biasanya menutup komputer pada waktu malam menyebabkan script ini tidak run dan harus di run secara menggunakan fungsi ini.

Update Prebinding.Sesuatu yang complicated untuk dijelaskan disini dan fungsi ini dimasukkan dalam perisian ini hanya untuk menghadapi waktu-waktu tertentu.

Touch Extensions FolderFungsi ini akan “touch” folder extensions untuk setkan masa modifikasi yang betul dan file access kepada extensions. Fungsi ini penting dilakukan selepas memasang kext baru dalam hackintosh.

Force Shutdown ComputerTerdapat beberapa kes hackintosh agak sukar untuk shutdown ini fungsi ini akan memaksa komputer anda untuk shutdown secara paksa.

Force Restart ComputerRestart komputer secara paksa.

Backup Kernel (mach_kernel)Ini ialah fungsi untuk backup kernel lama untuk membolehkan anda memasang kernel baru.

Install or Restore KernelIni adalah cara paling selamat untuk memasang kernel baru kedalam hackintosh anda. Ianya akan menunjukkan informasi kernel yang sedang anda gunakan dan juga versinya.

Backup Extensions FolderFungsi ini akan backup folder extensions yang tersimpan dalam /System/Library/Extensions. Biasanya anda perlu backup extensions folder ketika ingin update mac osx anda ke versi terbaru.

Restore Extensions FolderRestore ialah untuk tujuan mengembalikan extensions folder yang telah di backup ketempat asalnya (/System/Library/Extensions).

Install a KextIni ialah fungsi untuk memasang kext (driver) kedalam mac osx anda. Anda perlu install kext bagi hardware tertentu seperti audio, wireless card dan sebagainya untuk membolehkan hardware tersebut disokong dalam mac osx. Anda juga boleh menggunakan Kext Helper untuk memasang kext baru.

Install EFI/Run FDISKIni ialah fungsi untuk memasang EFI atau non-EFI bootloader dan kemudian run FDISK pada partition. Anda boleh memasang samada FDISK atau bootloader (Chameleoon 1.0.11, atau PC_EFI v8 atau Darwin) pada partition yang anda tetapkan.

View PCI Devices / Vendor IDsFungsi ini menggunakan Linux utility iaitu LSPCI yang diaplikasikan ke dalam mac osx. Kali pertama anda klik butang ini anda akan diminta memasang PCI Utils (LSPCI). Selepas reboot

41

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 42: Panduan Pemasangan Mac OSX86

barulah anda boleh menggunakan fungsi ini. Pada tetingkap yang muncul anda boleh memilih samada untuk Run LSPCI atau Reinstall PC Utils.

Add EFI Strings / Boot FlagsIni ialah Boot Editor yang membolehkan anda membuat editasi kepada fail com.apple.Boot.plist untuk menambah boot flags, timeout, quiteboot, graphics mode dan EFI strings (memerlukan PC_EFI v8 atau chameleon). Amaran : Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak anda tahu akibatnya kerana ini akan menyebabkan anda gagal untuk masuk ke dalam mac osx.

Restore to Factory DefaultsIni adalah fungsi yang merbahaya yang akan mengembalikan mac osx anda kepada keadaan sebaik sahaja selesai pemasangan. Semua fail lain akan dibuang. Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan!

Download and Install Hardware DriversFungsi ini mungkin antara fungsi paling berguna kepada anda selain dari fungsi-fungsi diatas. Ia akan kesan hardware komputer anda, membandingkan dengan hardware yang disokong dan kemudian menyenaraikannya dalam satu senarai. Butang download dan install pula akan download dan pasang kesemua driver yang berkenaan dengan hardware anda dalam 1 klik. Pun begitu, sila pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan untuk membolehkan kesemua proses tersebut berjalan dengan lancar tanpa menggangu sistem Mac OSX86.

3.7.2 : Kext Helperhttp://cheetha.net/Kext Helper ialah satu perisian simple dan mudah digunakan berfungsi untuk memasang kext dalam hackintosh. Katakan anda ingin memasang Natit.kext. Apa yang perlu dilakukan ialah drag&drop fail Natit.kext kedalam tetingkap kext helper.

Kemudian, taipkan password dan klik pada butang EASY INSTALL. Selesai proses tersebut repair permission (atau hanya extensions folder permission) kemudian reboot. Anda juga mungkin perlu delete Extensions cache untuk membolehkan kext yang anda install tadi di load oleh sistem.

42

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 43: Panduan Pemasangan Mac OSX86

3.7.3 : Universal OSx86 Installer

Ini ialah perisian yang dibangunkan untuk memudahkan anda melengkapkan proses pemasangan Mac OSX86 Leopard. Selepas memasang Leopard kedalam hackintosh, terdapat beberapa perkara tertentu yang tidak berjalan dengan betul atau ingin diubah atau terdapat hardware yang tidak mempunyai driver. Antara fungsi dan ciri perisian ini ialah;

✤ Memudahkan untuk melengkapkan pemasangan secara Boot-132 (melibatkan pemasangan Extensions.mkext, kext, kernel dan DSDT patch)

✤ Fungsi update secara automatik✤ Automatik untuk setkan boot timeout dan

resolusi skrin untuk boot✤ Pemasangan automatik PC_EFI v9 bootloader

(yang dibangunkan oleh hacker bernama netkas).✤ Pemasangan automatik untuk string bagi Ethernet dan Video EFI✤ Menyokong lebih dari 55 jenis video card✤ Menyokong plugins yang dihasilkan oleh pengguna lain seluruh dunia✤ Mempunyai fungsi plugin download repository untuk membolehkan anda memasang plugin

tertentu untuk motherboard komputer anda

3.7.4 : Slimbuild GUI

Ini ialah perisian untuk memudahkan anda membina CD boot-132 anda sendiri dan anda memerlukan sekurang-kurangnya sistem operasi mac osx leopard untuk membolehkan anda menggunakan perisian ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan kext yang diperlukan hanya untuk komputer sasaran, kernel dan plist kemudian dengan satu klik satu ISO terhasil dan anda perlu burn ISO tersebut kedalam CD untuk menggunakannya. Anda

mungkin perlu memahami bagaimana boot-132 itu berfungsi terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perisian ini.

43

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 44: Panduan Pemasangan Mac OSX86

4 : Penyelesaian Masalah.4.1 : Still waiting for root device.Bergantung kepada versi mana yang anda gunakan, masalah ini boleh dikenalpasti melalui paparan berikut;

Penyebab kepada masalah ini mungkin;

✤ SATA dan/atau IDE chipset tidak disokong oleh Mac OSX86 Leopard.✤ OS telah ditetapkan untuk boot dari drive atau partition yang tak wujud✤ Anda menggunakan motherboard berasaskan nForce (terdapat patch khas untuk

nFOrce)✤ Versi DVD Mac OSX86 yang anda gunakan didalamnya mengandungi

AppleVIAATA.kext yang mempunyai plugin hanya untuk IDE tetapi anda mempunyai SATA HD dan DVD atau sebaliknya.

Penyelesaian 1.

Bagi pengguna Leo4All : Jika anda mengalami masalah ini selepas Mac OSX86 berjaya dipasang, masukkan DVD Mac OSX86 tadi dan boot kedalam installer.

1.Pergi ke menu Utilities pada panel dan pilih Terminal.

2.Kita akan copy ATA kext dari DVD kedalam Mac OSX86 yang dah dipasang. Untuk melakukannya sila taipkan command berikut pada terminal;

cp -pr /Volumes/Leo4Allv3/System/Library/Extensions/*ATA* /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions/

3.Kemudian kita akan tetapkan permission untuk kext tadi. Masukkan command berikut kedalam terminal;

chown -R root:wheel /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions/*ATA*

44

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 45: Panduan Pemasangan Mac OSX86

chmod -R 755 /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions/*ATA*

4.Buang kextcache dengan menaip command berikut pada terminal;

rm -rf /Volumes/MacHD/System/Library/Extensions.*

NOTE : Gantikan Leo4Allv3 dan MacHD sesuai dengan kes anda.

Paparan terminal anda sepatutnya seperti berikut diakhir proses.

5.Restart dan semasa booting ke Mac OSX86 tekan F8 dan masukkan -f kemudian tekan ENTER.

Penyelesaian 2.

Beralih ke versi DVD yang lain.

Penyelesaian 3.

Semasa boot kedalam Mac OSX86, tekan F8 dan masukkan rd=diskAsBGantikan A dengan angka harddisk yang mengandungi Mac OSX86 dan B ialah partition yang menggandungi Mac OSX86.

Jika anda hanya mempunyai 1 harddisk, dan 1 partition, anda perlu memasukkan rd=disk0s1.Urutan harddisk dari bilangan 0,1,2... Manakala urutan partition dari bilangan 1,2,3... Bermakna, jika harddisk ke2 dan partition pertama, anda perlu masukkan rd=disk1s1. Faham?

Penyelesaian 4.

Guna External DVD Drives dengan SATA/IDE mengikut kesesuaian DVD Mac OSX86 anda.

4.2 : “Hang” selepas boot ke Mac OSX kali pertama dengan skrin biru.

Penyebab : LoginWindow.app crashed atas sebab yang tak diketahui.Penyelesaian.

Dapatkan loginwindow.app dari hackintosh yang berfungsi dengan baik dan gantikannya. loginwindow.app biasanya terletak dalam /System/Library/CoreServices/loginwindow.app

Atau, dapatkan loginwindow.app dari website atau dari DVD versi lain.

45

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 46: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Gantikan dengan cara berikut;

1.Copy loginwindow.app ke USB Flasdrive atau CD/DVD.

2.Boot ke Mac OSX dalam Single User Mode.

3.Kemudian cucukkan USB Flashdrive atau CD/DVD supaya Mac OSX boleh mengesannya.

4.Masuk kedalamnya dengan command;

cd /Volumes/Untitle

5.Delete loginwindow.app dalam Mac OSX dengan command berikut;

rm /System/Library/CoreServices/loginwindow.app

6.Copy loginwindow.app dari USB atau CD/DVD ke folder yang sepatutnya;

cp -R loginwindow.app /System/Library/CoreServices

7.Baiki Permission dengan command berikut;

chmod -R 755 /System/Library/CoreServices/loginwindow.app

chown -R o:o /System/Library/CoreServices/loginwindow.app

8.Restart dan semoga masalah tadi selesai.

4.3 : Single User Mode

Apa itu Single User Mode?Ianya boot mode dan anda boot kedalam sesi tiada grafik (GUI). Dalam Single User Mode, anda mempunyai administration privilege dan ini memudahkan anda membaiki sistem mac osx yang rosak dan seumpamanya.

Cara masuk ke Single User Mode;

1.Restart komputer.

2.Tekan F8 secara berterusan sehingga anda lihat Darwin boot prompt.

3.Taipkan -s dan tekan ENTER.

4.Anda akan sampai ke prompt.

5.Apabila anda melihat fsck dan mount, taipkan /sbin/fsck -fy

46

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 47: Panduan Pemasangan Mac OSX86

6.Tekan ENTER dan anda sepatutnya melihat berikut;

**The Volume XXX appears to be OK

*****FILE SYSTEM WAS MODIFIED*****Jika muncul text ini, taipkan /sbin/fsck -fy sehingga muncul **The Volume XXX appears to be OK.

7.Taipkan /sbin/mount -uw / dan ini akan mount file system anda.

8.Anda dalam Single User Mode!

4.4 : Blingkin Cursor selepas memasang Mac OSXPenyebab : OSX partition bukan dalam bootable mode.

Penyelesaian.

1.Masuk ke Single User Mode.

2.Taipkan

fdisk -e /dev/rdiskA

A ialah angka urutan harddisk yang terletak Mac OSX.

3.Taipkan p dan ia akan menyenaraikan partition table. Cari partition yang mengandungi leopard (dalam format HFS+).

4.Taipkan f B (B ialah urutan partition anda).

5.Taipkan u dan ENTER. (untuk udpate).

6.Taipkan w dan ENTER (untuk write).

7.Taipkan q dan ENTER (untuk quit).

8.Reboot dan doakan kejayaan!

47

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 48: Panduan Pemasangan Mac OSX86

4.5 : com.apple.Boot.plist not found

Masalah ini biasa berlaku kepada model intel chipset P35 dan P45 seperti DG35EC, DG33FB dan seumpamanya. Error ini berlaku ketika anda ingin memasang Mac OSX ketika cuba untuk boot kedalam DVD installer.

Penyelesaian : Pastikan DVD OSX86 anda mempunyai Chameleon bootloader. Anda boleh ikuti tutorial bagaimana untuk patch DVD anda dengan Chameleon bootloader atau menggunakan DVD untuk versi 10.5.4 keatas.

4.6 : Komputer restart terus menerus selepas pemasangan OSX86

Pilihan Penyelesaian;

(i)Periksa setting BIOS anda sekali lagi.(ii)Guna pilihan berikut sebagai darwin boot options

• cpus=1• -f• -x• -v• -legacy• platform=X86PC• platform=86PC• rd=diskXsY

(iii)Pastikan komputer anda menyokong sekurang-kurangnya SSE2(iv)Cuba pasang kembali osx86 dengan menggunakan pilihan item yang paling minimum(v)Cuba pasang osx86 tanpa EFI emulator(vi)Cuba buang dahulu hardware yang tidak diperlukan untuk proses pemasangan (seperti PCI card, USB device ect)(vii)Jika anda menggunakan versi kalyway, pada darwin boot options taipkan TOHKERNEL(viii)Dan penyelesaian agak kompleks iaitu

• boot kedalam dvd osx86• masuk ke single user mode• pergi ke /usr/standalone/i386• tulis : ./startuptools -v /dev/rdiskXsY boot• reboot.

dan doakan kejayaan anda.

4.7 : Masalah semasa setting user selepas pemasangan

Proses pemasangan berjalan lancar dan selepas reboot, anda berjaya boot kedalam leopard. Anda melihat video “Welcome” dengan perbagai bahasa muncul pada skrin dan selepas beberapa ketika anda dibawa kepada sesi setup akaun. OSX86 meminta anda setkan Keyboard Layout, Region, dan Transfer information from another mac. Anda klik “NO” dan sebaik sahaja klik Next menunggu selama seminit dan anda mendapati komputer hang dengan cursor bertukar kepada bebola berpusing-pusing. Kemudian komputer restart kepada “Welcome” video kembali.

Jika anda mengalami masalah diatas jangan panik dan ikuti cara berikut;

48

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 49: Panduan Pemasangan Mac OSX86

1.Masuk ke Single User Mode.2.Taipkan : passwd3.Masukkan password yang anda kehendaki (apa sahaja dan ingat password tersebut!)4.Taipkan : touch /var/db/.applesetupdone5.Taipkan : exit6.Restart dan apabila login skrin muncul, login sebagai root dan masukkan password tadi.

4.8 : Darwin Boot Options

Semasa proses boot, samada untuk boot kedalam DVD atau Mac OSX itu sendiri, anda akan sampai ke proses yang mana anda boleh menetapkan boot option. Boot option ini penting untuk menetapkan beberapa perkara dan perlakuan yang perlu sistem lakukan mengikut tujuan anda.

Parameter yang ada adalah seperti berikut (berserta kegunaan);

✤ Kernel Name : Anda boleh pilih kernel mana yang ingin anda gunakan dan kernel yang ingin anda gunakan terdapat dalam folder “/”.

✤ Kernel Flags : Kernel flags yang ingin anda gunakan contohnya debug=0x144, i0=0xffffffff dan sebagainya

✤ -s : Single User mode untuk boot option✤ -v : Boot dengan Verbose mode yang memaparkan log file semasa booting

bermakna anda boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam sistem jika terdapat masalah ketika booting.

✤ -f : option yang megarahkan sistem untuk reload kesemua kext (kernel extensions) dan membuang cache (kext cache) yang boleh ditemui dalam /System/Library/Extensions.mkext. Anda boleh delete kext cache secara manual dan system akan recreate nya secara automatik.

✤ -x : boot secara safe mode dan tidak load kext cache (hanya load kext yang diperlukan)

✤ cpus : paramater ini untuk menentukan bilangan cpu untuk digunakan. Jika anda mempunyai dual core, anda sepatutnya memasukkan cpus=2 supaya sistem akan

49

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Taipkan disini.

Page 50: Panduan Pemasangan Mac OSX86

menggunakan kedua-dua cpu. Anda juga mungkin akan hanya perlu menggunakan 1 cpu sahaja iaitu cpus=1.

✤ “Graphics Mode” : parameter ini membolehkan anda menentukan resolusi skrin (screen resolution) yang ingin digunakan. Contohnya jika anda masukkan “Graphics Mode” = “640x480x32@60” bermakna anda ingin guna resolusi skrin 640x480, 32 bit color depth, dan berfrekuensi 60 Hz refresh rate.

✤ rd : parameter ini menetapkan disk mana yang ingin anda diboot. Contoh rd=disk0s1 bermaksud disk pertama dan partition pertama. Sila ambil perhatian yang bilangan disk dikira dari 0 manakala bilangan partition dikira dari 1.

✤ platform : parameter ini menentukan platform apakah yang ingin digunakan ketika proses boot. Anda boleh menggunakan platform=ACPI (untuk sokongan ACPI), platform=X86PC (untuk tidak menyokong ACPI) atau platform=ACPI|86PC (kedua-dua pilihan samada menyokong ACPI atau sebaliknya).

✤ idlehalt : parameter menentukan kelakukan CPU ketika idle time. idlehalt=1 bermakna true dan idlehalt=0 bermakna false. Jika anda setkan kepada true (1) bermakna CPU akan menjimatkan tenaga ketika idle time dan begitulah pula sebaliknya.

✤ -legacy : pilihan ini digunakan jika anda ingin run komputer 64bit dalam mode 32bit.

4.9 : Menghadapi masalah lain

Apabila anda gagal install OSX86 kedalam PC anda, samada PC anda tidak compatible dengan OSX86 atau masalah luar jangka, anda masih mempunyai pilihan iaitu membeli/membina sebuah komputer lain yang compatible dengan OSX86. Ketika itu, panduan ini masih lagi berguna untuk anda.

OSX86 merupakan satu fenomena yang membangun dari hari ke sehari. Jika hari ini anda mempunyai masalah tertentu dengan versi DVD OSX86 tertentu, jangan putus asa dan teruskan mengikuti perkembangan OSX86 dan doakan suatu hari masalah yang anda hadapi itu akan ada penyelesaian. Contohnya sedikit waktu dahulu ramai yang mengalami masalah com.apple.Boot.plist not found. Namun masalah tersebut telah diselesaikan dengan terbitnya chameleon bootloader yang disertakan ke dalam DVD OSX86 keluaran selepas itu.

Anda juga mempunyai pilihan lain iaitu bertanyakan masalah anda dengan komuniti InsanelyMac dan saya yakin seseorang disana tentu ada jawapan bagi persoalan anda. Selain itu kami di mymac4all.com turut memikirkan untuk menubuhkan satu komuniti supaya interaksi dan pertukaran maklumat antara ahli-ahli semakin mudah dan seterusnya akan menyelesaikan banyak masalah.

50

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 51: Panduan Pemasangan Mac OSX86

5 : Selepas Pemasangan OSX86.

Mac OSX Leopard merupakan sistem operasi yang sama sekali berbeza dengan windows dari beberapa segi;

✤ cara pemasangan/pembuangan (install&uninstall) perisian✤ paparan antara muka✤ perisian (ada perisian yang sama dan ada perisian yang berbeza dengan windows)

5.1 : Mengendalikan Aplikasi (Applications)

5.1.1 : Memasang Perisian

Dalam Mac OSX, perisian dipanggil application dan dalam format “.app” seperti “Safari.app”. Kesemua perisian disimpan dalam folder Applications dan anda perlu membuka folder ini untuk melancarkan perisian. Dalam panduan ini saya telah review tentang OSX86 Tools dan saya rasa ianya bagus untuk dijadikan contoh.

Katakan anda ingin memasang OSx86 Tools Utility. Unzip fail yang anda download dan anda akan mendapati satu folder yang mengandungi fail-fail seperti dalam imej disebelah.

Untuk memasang perisian OSx86 Tools Utility, anda hanya perlu drag&drop fail OSX86 Tools kedalam folder Applications! Semudah itu!

Terdapat beberapa jenis format fail yang

51

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 52: Panduan Pemasangan Mac OSX86

bermaksud ianya adalah format fail perisian yang standard bagi Mac OSX (seperti format fail .exe dalam windows). Antaranya ianya format .DMG dan .PKG. Double Click pada fail-fail seperti ini akan membuka satu volume baru yang mengandungi samada fail perisian atau fail installer. Biasanya dalam volume tersebut akan disertakan cara-cara memasang perisian tersebut.

5.1.2 : Membuang Perisian

Memasangnya mudah, dan membuang perisian dalam Mac OSX juga mudah. Buka folder Applications dan drag&drop perisian tadi ke dalam trash (yang terdapat pada dock). Selesai! Ops, adakah ianya semudah itu? Cara drag&drop itu tadi akan hanya membuang perisian tetapi tidak membuang semua fail yang berkaitan dengan perisian tadi. Untuk membuang keseluruhan fail perisian, anda perlukan perisian lain seperti CleanApp dan sebagainya.

5.1.3 : Mencari Perisian

Asasnya, perisian untuk mac osx boleh didapati dalam internet dengan cara mendownloadnya ke dalam harddisk dan kemudian drag&drop. Tidak seperti windows dan linux, dalam mac osx banyak perisian berbayar dan ini mungkin merimaskan anda yang tidak mempunyai kad kredit (atau juga tidak mempunyai duit).

5.2 : Proses Update

Mac OSX Leopard memakai nombor versi 10.5 dan versi update bagi Leopard akan menambahkan satu lagi titik perpuluhan pada nombor versi tersebut seperti 10.5.1, 10.5.2, 10.5.3 dan seterusnya sehingga versi Snow Leopard 10.6 dilancarkan nanti.

Bagi anda yang menggunakan Hackintosh, JANGAN sekali-kali update mac osx anda menggunakan apple software update kerana ia mampu merosakkan sistem mac osx anda. Namun ianya tidak bermakna anda tidak boleh update sama sekali. Untuk update anda boleh klik pada ikon apple pada panel atas > Software Update > tetingkap software update muncul dengan mencari update yang sesuai dengan sistem mac osx anda.

Imej disebelah ialah contoh senarai software update dari Apple.com. Anda BOLEH update kebanyakkan perisian dari apple tetapi bukan 2 item yang pada senarai paling bawah (iaitu Quicktime dan Mac OSX Update 10.5.6). Untuk membolehkan anda update versi leopard kepada versi baru, anda perlu “persiapkan” hackintosh dan juga “installer” kemudian install mengikut panduan yang disediakan oleh komuniti OSX86 dalam internet.

Note : Perhatikan ikon “Restart will be required”. Itu bermakna “bahaya”.

52

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 53: Panduan Pemasangan Mac OSX86

5.3 : Backup! Backup! Backup!

Proses ini penting bagi pengguna Hackintosh untuk menghadapi saat-saat tidak disangka. Saat-saat tak disangkan yang saya maksudkan biasanya berlaku apabila anda update versi mac osx anda dengan cara yang tidak betul. Anda mungkin mempunyai fail-fail penting dan fail-fail kenangan dalam harddisk anda dan tidak mahu fail-fail ini hilang dengan begitu sahaja. Backup ialah satu proses memindahkan fail-fail dalam harddisk hackintosh anda kedalam satu harddisk lain (biasanya external harddisk) dengan harapan fail-fail ini akan selamat jika harddisk hackintosh mempunyai masalah atau jika anda gagal untuk boot kedalam hackintosh.

Mac OSX datang dengan satu perisian yang sangat berguna untuk tujuan backup iaitu Time Machine. Ianya akan backup fail-fail anda kedalam harddisk yang anda tentukan (perlu konfigurasi Time Machine terlebih dahulu).

Selain dari Time Machine, anda juga boleh menggunakan perisian backup lain seperti SuperDuper! atau Carbon Copy Cloner (cari dalam internet!).

Apabila hackintosh anda mempunyai masalah dan gagal diselamatkan, cara terbaik ialah reinstall OSX86 dari awal. Anda mungkin memikirkan bahawa anda akan kehilangan semua aplikasi, fail-fail penting, gambar-gambar dan sebagainya tetapi dengan menggunakan fungsi Transfer File from Older Mac pada proses User setup, semua fail anda akan dikembalikan ketempat asal jika anda backup terlebih dahulu.

Meskipun begitu, anda akan kembali kepada versi asal OSX86 anda dan bukannya versi update bagi Leopard. Ianya tidak ada masalah kerana anda boleh update kemudiannya.

5.4 : Upgrade / Pasang Kernel Baru

Proses pemasangan dan upgrade kernel adalah sesuatu yang advance dan jangan lakukannya jika anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan. Kebaikan upgrade dan memasang kernel baru adalah ianya boleh/akan meningkatkan tahap performance dan kestabilan hackintosh anda disampin dengan ciri-ciri baru yang ditawarkan oleh kernel tersebut.

Jika kernel tersebut tidak didatangkan dengan installer, anda boleh menggunakan OSx86 Tools Utility untuk proses pemasangan.

Bagi anda yang suka bereksperimen, anda mungkin berminat untuk mencuba XNU Kernel yang antara lain boleh mengumulasikan SSE3 kepada komputer yang hanya menyokong SSE2. Ini bermakna, performance hackintosh SSE2 anda akan meningkat dan menghampiri tahap prestasi hackintosh yang mempunyai SSE3. XNU Kernel juga datang bersama dengan installer yang akan memasang kernel tersebut ke dalam leopard anda secara automatik tanpa menggunakan OSx86 Tools Utility.

53

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 54: Panduan Pemasangan Mac OSX86

6 : Bina Hackintosh!Jika anda tidak berpuas hati dengan prestasi OSX86 dalam komputer anda kerana mempunyai isu kesesuaian antara hardware dan software, pilihan lain yang anda ada ialah membina hackintosh anda sendiri. Maksud membina disini ialah membeli dan mengumpulkan hardware yang sesuai dan memasangnya membentuk satu komputer yang boleh digunakan. Cara ini juga sesuai jika anda merasakan membeli Mac Pro yang berharga hampir RM10,000 itu terlalu mahal dan ingin membina Hackintosh Pro dengan kepantasan dan keupayaan yang sama dengan Mac Pro.

Disini saya tidak akan menerangkan tentang bagaimana untuk memasang sebuah komputer tetapi akan mencadangkan secara terperinci hardware yang sepatutnya menjadi pilihan anda jika anda membuat keputusan untuk membina sebuah Hackintosh.

NOTA : Senarai diatas merupakan senarai hardware yang paling hampir menyerupai komputer apple. Tidak bermaksud jika anda mempunyai komputer yang berlainan hardware, Mac OSX86 tidak boleh dipasang dalam komputer anda.

6.1 : Processor

Komputer Apple menggunakan Processor Intel dan komputer yang menggunakan processor intel akan dilihat sebagai satu komputer yang lebih menyerupai komputer apple berbanding komputer yang menggunakan Processor AMD. Terdapat 4 siri processor intel yang akan memberikan kesesuaian maksima untuk Mac OSX iaitu;

✤ Pentium Dual Core✤ Core 2 Duo (digunakan dalam komputer apple)✤ Core 2 Quad (high perfomance - game dan edit video)✤ Core 2 Extreme (high perfomance - game dan edit video)

Secara spesifik model yang bagus untuk dipertimbangkan ialah Intel Core 2 Duo E6600 2.4GHz, Intel Core 2 Duo E6750 2.66GHz, Intel Core 2 Duo E8400 3.0GHz, Intel Core 2 Quad Q6600 2.4GHz, Intel Core 2 Quad Q9300 2.50GHz, and the Intel Core 2 Quad Q9450 2.66GHz.

6.2 : Motherboard

Memilih motherboard (MOBO) merupakan aspek antara paling sukar dan memerlukan penelitian. Komputer Apple menggunakan Chipset Intel dalam motherboardnya dan model Intel adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan. Terdapat 4 model motherboard yang dicadangkan iaitu

✤ Intel G33✤ Intel P35✤ Intel X38✤ Intel X48

Jangan sesekali memilih mobo nForce kerana ianya memerlukan patch yang dan proses pemasangan yang agak rumit dan leceh. Jika anda inginkan yang mudah, 4 model diatas ialah pilihan paling selamat.

54

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 55: Panduan Pemasangan Mac OSX86

6.3 : Video Card (GPU)

Video Card merupakan salah satu item penting yang memerlukan penelitian.Namun jangan bimbang kerana Video Card ATI dan NVIDIA biasanya berfungsi dengan baik dalam Mac OSX86. Namun jika mahukan sesuatu yang paling sesuai, NVIDIA ialah jawapannya. Model secara spesifik ialah GeForce 7 Series (cth:7900GS) dan GeForce 8 Series (cth:8800GT). 6 Series dan 9 Series juga dapat berfungsi dengan baik.

6.4 : Memory (RAM)

RAM ialah hardware paling mudah untuk dipilih. Tentukan jenis motherboard anda, pergi ke website motherboard tersebut dan cari tentang RAM yang sesuai berkaitan jenis dan kepantasan seperti DDR2 800MHz, DDR3 1333MHz dan sebagainya. DDR2 adalah jenis RAM yang standard dan DDR3 adalah RAM yang lebih high performance. Hendaklah anda tahu bahawa RAM DDR3 tidak akan berfungsi dalam slot RAM DDR2 dan juga sebaliknya.

6.5 : Hard Drives (Harddisk)

Selagi mana harddisk anda sesuai dengan motherboard, selagi itulah ianya sesuai untuk Mac OSX86. Terdapat 2 jenis Harddisk yang standard iaitu IDE dan SATA. IDE adalah model yang agak lama dan lambat berbanding dengan SATA. Rasanya komputer model terbaru kini dilengkapi dengan Harddisk SATA dan ianya sesuatu yang dicadangkan disini.

6.6 : Optical Drives (CD/DVD Drives)

Ianya tidak terlalu sukar untuk dipilih. Namun oleh kerana pemasangan Mac OSX dan mana-mana sistem operasi moden adalah menggunakan DVD, maka pastikan Optical Drives anda menyokong fungsi DVD read and write (DVD-RW). Seperti juga Hard Drives, Optical Drives juga mempunyai IDE dan SATA. Jika motherboard anda mempunyai SATA Ports, saya cadangan anda juga menggunakan Optical Drives SATA. Untuk pengetahuan anda, Optical Drives jenis IDE agak mempunyai masalah dalam pemasangan Mac OSX86. Biasanya DVD Drives mempunyai label kelajuan seperti 16x, 18x, atau 20x. Speed yang baik menandakan proses burning akan menjadi lebih pantas.

6.7 : Case dan Power Supply

Case merupakan satu pilihan. Ianya tidak begitu ada kaitan Mac OSX86 tetapi mungkin ada kaitan dengan motherboard anda (form factor seperti Standard-ATX, Micro-ATX). Berkenaan dengan Power Supply, dalam pembinaan mana-mana komputer, jangan sesekali menggunakan Power Supply dari model “Cap Ayam” atau model yang tidak tahu hujung pangkal kerana satu sistem komputer boleh terkesan dari pemilihan Power Supply yang tidak berkualiti.

55

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 56: Panduan Pemasangan Mac OSX86

6.8 : Komponen Lain

7 komponen diatas adalah komponen-komponen komputer yang utama untuk membolehkan sesebuah komputer berfungsi sebagai hackintosh. Antara komponen yang termasuk dalam kategori komponen lain ialah Sound Card, Network Card, Bluetooth, Wireless Card, Webcam dan seumpamanya. Sebenarnya, menggunakan sesuatu yang popular dan standard itu adalah jalan paling selamat. Sama juga dalam hal ini. Memilih komponen yang standard dan popular adalah amat-amat dicadangkan. Namun jika anda tidak tahu apakah komponen yang popular dan standard, satu-satunya cara untuk mengetahui komponen model apa yang sesuai ialah dengan mencari, merujuk, dan bertanya.

Jangan risau, saya ada menemui satu laman web yang akan memberi jawapan berkenaan kesesuai hardware. Sila rujuk >> http://www.osx86library.com/hardware/browse.php.

6.9 : DVD Mac OSX Original

Membeli DVD Mac OSX Original merupakan satu kemestian jika anda benar-benar untuk membina sebuah hackintosh. Percayalah tidak rugi untuk mendapatkan lesen sah Mac OSX kerana ia sememangnya sebuah sistem operasi yang hebat.

56

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 57: Panduan Pemasangan Mac OSX86

7 : Kamus.KernelKernel ialah sistem pusat (core) bagi sesuatu sistem operasi. Ia secara asasnya mengawal pengoperasian tahap low level antara hardware dan software. Kernel diperlukan dalam semua sistem operasi berasaskan linux (dipanggil linux kernel) dan UNIX (Mac OSX berasal dari UNIX). Dalam Mac OSX, Kernel akan berada pada root kepada harddrive (/) dan dinamakan mach_kernel secara default.

KextJika didalam windows anda memanggilnya driver, didalam mac osx ia dipanggil kext atau kernel extensions. Dalam Mac OSX, fail kext ditempatkan dalam /System/Library/Extensions/ dan mempunyai format .kext. Dengan cara ini hackers boleh menghasilkan driver bagi hardware yang tidak disokong oleh kext original mac osx untuk digunakan dalam PC biasa. “.mkext” pula ialah multiple kernel extensions.

BootloaderDalam dunia komputer, “booting” ialah proses komputer mula dihidupkan dan menghidupkan sistem operasi. Bootloaderlah yang bertanggungjawab untuk “load” sesuatu sistem operasi. Dalam OSX86, terdapat 3 jenis bootloader iaitu Darwin, PC_EFI dan Chameleon.

Darwin x86 BootloaderDarwin Bootloader ialah bootloader yang biasa digunakan untuk boot OSX86 dalam PC biasa yang menggunakan BIOS.

Chameleon BootloaderChameleon ialah EFI bootloader yang dibangunkan berasaskan sumber terbuka khas untuk komputer x86 yang berasaskan BIOS.

PC_EFIIanya ialah satu “teknologi” untuk membolehkan sesebuah komputer yang hampir menyerupai komputer apple (Mac) untuk menjalankan Mac OSX tanpa perlu menggunakan kernel yang diubah.

EFI StringEFI string atau Device Properties ialah fail property list (plist) yang ditukarkan kepada format hexadecimal yang menyediakan sokongan kepada hardware (yang kebanyakkan daripada hardware ini ialah bagi video card). Hexadecimal string ini diimplementasikan dalam fail com.apple.Boot.plist yang mengawal boot parameter.

GUID (Partition Table) @ GPTIanya satu standard layout partition table pada harddisk fizikal. Ianya sebahagian daripada standard EFI yang dicadangkan oleh Intel untuk menggantikan PC BIOS. Bermaksud EFI akan menggunakan GPT dan BIOS menggunakan MBR (Master Boot Loader). Jika anda ingin menggunakan Mac OSX dengan Vanilla Kernel, menggunakan GUID adalah lebih baik dari MBR.

HFS+Jika windows menggunakan format partition NTFS, Linux EXT3, Mac OSX menggunakan format HFS+ yang boleh diformat menggunakan Disk Utility.

57

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 58: Panduan Pemasangan Mac OSX86

Mac OSx86 dan HackintoshDalam panduan ini, saya lebih suka menggunakan Mac OSX86 bagi mengambarkan Mac OSX. Hackintosh pula mengambarkan satu sistem komputer + Mac OSX86.

ISO (ISO Image)Ianya ialah achieve file atau disk image. Terdapat beberapa perisian yang “bootable” apabila diburn kedalam CD dalam bentuk CD Image. Harus diingat fail ISO ini harus diburn dalam bentuk CD/DVD Image untuk ianya “bootable”.

PatchPatch ialah satu “serpihan” perisian yang dibina untuk memperbaiki (fix) sesuatu masalah dalam program komputer.

ToHToH ialah Team of Hackintosh. Pasukan ini mengeluarkan ToH kernel, salah satu kernel untuk digunakan dalam pembangunan OSx86.

Mac OSX Original (Retail) DVDDVD Mac OSX yang original yang belum diubahsuai. Anda perlukannya untuk membolehkan anda menggunakan Mac OSX86 secara SAH disisi undang-undang. Kami yang menyediakan panduan ini amat-amat menggalakkan anda mendapatkan lesen sah untuk Mac OSX.

58

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC

Page 59: Panduan Pemasangan Mac OSX86

8 : PenutupTerima Kasih kerana telah membaca panduan pemasangan Mac OSX86 ke dalam PC. Apa yang saya harapkan setelah anda sampai kepada mukasurat terakhir ini ialah, anda telah mempunyai sebuah PC yang mempunyai kebolehan menjalan sistem operasi Mac OSX. Namun harapan saya tidak sampai disitu, harapan saya ialah telah muncul satu inspirasi dan idea tertentu samada dalam diri dan fikiran anda untuk memperjuangkan hari-hari seterusnya. Sekian dari saya :

Enjoy Your Apple Computer and Happy Hacking!

59

⇢kembali ke Kandungan© Panduan Pemasangan Mac OSX dalam PC