PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SECARA ONLINE · Perlu anda fahami bahawa :-• Pendeposit mestilah berumur...
Transcript of PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SECARA ONLINE · Perlu anda fahami bahawa :-• Pendeposit mestilah berumur...
PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN
SECARA ONLINE
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD YUNUS BIN HASHIM
EKSEKUTIF PEMASARAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGAI NASIONAL (PTPTN)
H/P : +6 011 – 1054 1470 (Whatsapp/Call) Emel : [email protected]
Tarikh : 07/12/2019
ID EJEN : 000003395(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
Paparan laman pembukaan adalah seperti di halaman seterusnya di mana anda perlumelalui 3 proses iaitu DAFTAR , BAYAR, & BERJAYA seperti tertera pada bahagian atashalaman pembukaan akaun SSPN-i .
Sebelum meneruskan pembukaan akaun, sila fahami maklumat seterusnya.
Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
Perlu anda fahami bahawa :-• Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.• Penerima manfaat mestilah berumur bermula 1 hari sehingga 29 tahun.
Terdapat 3 pilihan Jenis Akaun SSPN-i bagi pembukaan secara online iaitu:-1. Akaun untuk anak jagaan sah (pendeposit adalah ibu/bapa/penjaga sah. Akaun jenis
ini layak pelepasan taksiran cukai & penerima manfaat layak memohon pinjamanPTPTN)
2. Akaun untuk diri sendiri (untuk individu berumur 18 tahun ke atas, maklumatpendeposit & penerima manfaat mestilah sama serta layak memohon pinjamanPTPTN)
3. Akaun lain-lain(akaun yang dibuka oleh individu lain sebagai pendeposit untukseorang penerima manfaat. Penerima manfaat layak memohon pinjaman PTPTN)
Bagi pendeposit yang ingin mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaunSSPN-i mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(penerima manfaat) yang berumurtidak lebih 29 tahun pada tahun taksiran.
Bagi pelajar yang telah mendapat tawaran kemasukan ke mana-mana institut pengajiantinggi yang berdaftar dengan PTPTN dan ingin memohon pinjaman PTPTN, akaun SSPN-iboleh dibuka bagi diri sendiri sekiranya telah berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranyapelajar berumur bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga lain perlu menjadi pendeposit bagipembukaan akaun SSPN-i tersebut dan pelajar tersebut didaftarkan sebagai PenerimaManfaat.
Bersambung ke halaman seterusnya
MAKLUMAT AM
ID EJEN : 000003395(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
atau
KLIK DI SINI
Sila klik/copy paste link/pautan di bawah ke browser internet andauntuk memulakan pembukaan akaun.
Bersambung ke halaman seterusnyaID EJEN : 000003395
(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
1
2
3
4
5
6
Pada paparan halaman pembukaan akaun, pastikan maklumat yang ditandakan anak
panah dan bulatan bernombor di isi dengan tepat.
1. Nama Pendeposit (Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, cth : nama
ibu/bapa/penjaga atau pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang membuka akaun
untuk diri sendiri)
2. Status warganegara (paparan automatik)
3. Pilih keturunan.
4. Masukkan nombor MyKad dengan tepat.
5. Pilih jenis akaun yang sesuai.
6. Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan)
DAFTAR
Bersambung ke halaman seterusnyaID EJEN : 000003395
(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
7
8
9
10
Bersambung ke halaman seterusnya
Isikan maklumat pekerjaan & pendapatan pendeposit (jika ada).
7. Masukkan alamat Pendeposit.
8. Masukkan poskod (maklumat Bandar dan Negeri akan di jana dari poskod yang
dimasukkan).
9. Masukkan nombor telefon bimbit Pendeposit.
10. Masukkan alamat emel Pendeposit.
ID EJEN : 000003395(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
11
12
13
14
15
16
17
11. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/jagaan. Jika akaun dibuka untuk diri
sendiri, pastikan nama adalah sama dengan nama Pendeposit)
12. Masukkan nombor MyKad Penerima Manfaat.
13. Pilih jantina Penerima Manfaat.
14. Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan).
15. Masukkan nama waris (tidak wajib)
16. Masukkan nombor MyKad waris (tidak wajib)
17. Masukkan nombor telefon waris (tidak wajib)
Bersambung ke halaman seterusnyaID EJEN : 000003395
(Perlu di isi semasa pembukaan akaun secara online)
18
19
20
21
000003395
20.00
18. Masukkan amaun deposit pembukaan akaun SSPN-i (Jumlah minimum
ialah RM20)
19. Masukkan ID Ejen = 000003395
20. Klik Butang Hantar untuk ke langkah pembayaran.
Bersambung ke halaman seterusnyaID EJEN : 000003395
(Isi dalam ruangan ID Ejen seperti imej di atas)
1
22
BAYAR
22. Pastikan amaun dipaparkan betul seperti dikehendaki dan tekan butang Bayar.
23
24
25
26
23. Pada paparan PTPTN Payment Online Gateway , pilih bank yang dikehendaki bagi
pembayaran deposit pembukaan secara online.
24. Masukkan Emel yang sah.
25. Tandakan pilihan “I agree with FPX Terms and Conditions”
26. Klik butang Bayar dengan FPX.
Paparan internet banking mengikut bank yang dipilih akan dipaparkan. Anda perlu
melalui proses biasa seperti pembayaran online lain, seperti log masuk, semak maklumat
pembayaran, request TAC/OTP/etc dan Bayar.
Bersambung ke halaman seterusnya
1
27
Pembayaran yang “Berjaya”/”Successful” akan mengeluarkan paparan seperti di atas
(paparan berbeza mengikut bank yang digunakan) di mana wujud dua butang iaitu
“Continue with Transaction” dan juga butang “Print Receipt”.
Tekan butang “Print Receipt” terlebih dahulu untuk mencetak/screenshot resit transaksi
bank untuk simpanan/rujukan.
27. Akhir sekali, tekan butang “Continue with Transaction” bagi membolehkan resit rasmi
pembukaan akaun SSPN-i dijana dan dipaparkan.
Bersambung ke halaman seterusnya
009912319999990
ALI BIN ABU
999 TAMAN CONTOH MESRA
99999 BANDAR CONTOH
JALAN CONTOH MESRA 1
BERJAYA
TAHNIAH! Paparan di atas adalah resit rasmi menandakan pembukaan akaun SSPN-i
Berjaya dilakukan. Cetak/Screenshot resit tersebut untuk simpanan/rujukan.
Mohd Yunus Bin HashimEksekutif Pemasaran PTPTN
Tel. : 011-1054 1470 (Whatsapp)Emel : [email protected]
-- PANDUAN TAMAT --10
Untuk pengesahan status deposit atau mendapatkan Slip Akuan Pembukaan
Akaun SSPN-i (rujuk imej di bawah) .Hubungi dengan menyertakan resit rasmi
pembukaan akaun seperti di atas kepada :