PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR 12020/ILP...a) Aturcara Minggu Suaikenal Pelajar Baru akan diserahkan...

13
R DAFTARAN PELAJA PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BA HA RU ILP MARANG JANUARI 2020 INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MARANG BUKIT PARIT, 21600 MARANG TERENGGANU TEL : 09 - 6189000 FAKS : 09 - 6189009 Disediakan Oleh : Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan ( BPPL )

Transcript of PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR 12020/ILP...a) Aturcara Minggu Suaikenal Pelajar Baru akan diserahkan...

  • 1 | P a g e

    R DAFTARAN PELAJA PANDUAN PEN SESI JULAI 2019

    PANDUAN

    PENDAFTARAN

    PELAJAR BA HA RU

    ILP MARANG

    JANUARI

    2020

    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MARANG

    BUKIT PARIT, 21600 MARANG TERENGGANU

    TEL : 09 - 6189000

    FAKS : 09 - 6189009

    Disediakan Oleh :

    Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan ( BPPL )

  • 2 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    PENGENALAN

  • 3 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    1.1 PENGENALAN

    • Sekalung tahniah diucapkan kepada anda kerana BERJAYA dipilih untuk

    mengikuti program latihan berasaskan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian

    (ILP) Marang.

    • Anda adalah dinasihatkan untuk membaca garis panduan yang disediakan ini bagi

    tujuan rujukan dan persediaan khususnya terhadap keperluan di Hari Pendaftaran

    Pelajar Baru kelak.

    1.2 PROSEDUR PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN KE ILP MARANG

    Sekiranya anda MENERIMA/MENOLAK TAWARAN ini, anda perlulah mengembalikan

    (secara pos/serahan tangan) SURAT JAWAPAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI

    LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) (Lampiran A) selewat-lewatnya 7 hari dari

    tarikh hari pendaftaran ke alamat :

    Bukit Parit 21600 Marang

    Terengganu Darul Iman

    No Tel : 09-6189000

    No Fax : 09-6189009

    http://www.ilpmrg.gov.my

    Tawaran kemasukan ini akan terbatal sekiranya pihak institut tidak menerima SURAT

    JAWAPAN daripada pelajar selepas tarikh yang ditetapkan.

    http://www.ilpmrg.gov.my/http://www.ilpmrg.gov.my/

  • 4 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    MAKLUMAT PENDAFTARAN

  • 5 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    2.1 PANDUAN KE ILP MARANG

    Sila rujuk peta lokasi di LAMPIRAN 1 pada BAHAGIAN 4.

    2.2 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

    BAWA DOKUMEN ASAL: Kad Pengenalan, Surat Tawaran, Sijil-sijil Kokurikulum dan Slip

    Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) pada hari pendaftaran untuk semakan.

    PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA ANDA GAGAL MENUNJUKKAN DOKUMEN-

    DOKUMEN ASAL TERSEBUT.

    2.3 BAYARAN PENDAFTARAN

    Bayaran Pendaftaran (Lampiran 2)

    a) Bayaran pendaftaran hendaklah dibuat secara TUNAI semasa pendaftaran.

    b) Pelajar adalah WAJIB menyediakan akaun BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) bagi

    tujuan pembayaran elaun saku bulanan. *Pelajar ILJTM adalah layak menerima elaun saku sebanyak RM100 setiap bulan, manakala elaun saku

    Latihan Industri sebanyak RM 300 setiap bulan (di sepanjang tempoh Latihan Industri).

    2.4 PENEMPATAN ASRAMA

    a. Kemudahan penginapan disediakan secara PERCUMA kepada semua pelajar.

    b. Kemudahan makan minum pelajar diberikan secara PERCUMA kepada pelajar

    yang tinggal di asrama sahaja.

  • 6 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    2.5 RUPA DIRI PELAJAR

  • 7 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    PANDUAN SEMASA MENDAFTAR

  • 8 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    3.1 HARI PENDAFTARAN

    a) Aturcara Minggu Suaikenal Pelajar Baru akan diserahkan kepada pelajar semasa Hari

    Pendaftaran.

    b) Taklimat Ibu Bapa juga akan diadakan jam *11.00 pagi pada Hari Pendaftaran.

    3.2 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN

    BIL DOKUMEN/KEPERLUAN ASAL

    SALINAN

    KUANTITI

    1 Gambar terkini berukuran pasport 4 Keping

    2 Surat Tawaran / 2

    3 Kad Pengenalan / 2

    4 Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga 2

    5 Sijil SPM / Keputusan SPM / 2

    6 Sijil Berhenti Sekolah / 2

    7 Sijil-sijil lain yang berkaitan / 2

    8 Buku Akaun / Penyata akaun BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) / 2

    ( *Tertakluk kepada pindaan masa)

    MASA PENDAFTARAN : 9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

    TEMPAT PENDAFTARAN : BILIK SEMINAR ILP MARANG

  • 9 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    3.3 BORANG-BORANG YANG DISERTAKAN (PERLU DILENGKAPI DAN DISERAHKAN SEMASA HARI

    PENDAFTARAN)

    a. Borang Pendaftaran Pelajar (BK-T06-01)(Lengkap diisi beserta sekeping (1)

    gambar)

    b. Borang Pendaftaran Asrama (BK-T06-02) (Lengkap diisi beserta sekeping (1)

    gambar)

    c. Surat Akujanji Pelajar (Diisi dan ditandatangani pelajar kecuali di ruangan SAKSI

    dan Pengesahan)

    d. Borang Maklumat Ibubapa/Penjaga (Lengkap diisi dan ditandatangani)

    e. Borang Pengakuan Kebenaran Penjaga (Lengkap diisi dan ditandatangani

    ibu/bapa/penjaga)

    f. Laporan Pemeriksaan Kesihatan (di lampiran)(Ditandatangani oleh Pegawai

    Perubatan) perlu diselesaikan sebelum pendaftaran

    g. Borang Kad Matrik Pelajar (di lampiran)(Lengkap diisi beserta sekeping (1) gambar)

    KEPERLUAN ASAS ASRAMA

    Kelengkapan Solat

    1) Kain Pelikat Dan Songkok Bagi Pelajar Lelaki

    2) Baju Melayu

    3) Set Telekung Bagi Pelajar Perempuan

    Kelengkapan Riadah

    1) T-shirt Dan Seluar Trek (T-Shirt Berlengan Panjang Bagi Pelajar Perempuan)

    2) Kasut Sukan Dan Stokin Yang Sesuai

    3) Dibenarkan Membawa Peralatan Sukan Sendiri Seperti Raket Badminton, But Bola Dan Bat

    Ping Pong.

    Kelengkapan Harian

    1) Baju Kurung Dan Tudung (warna hitam) – Pelajar Beragama Islam Sahaja

  • 10 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    3.4 PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN

    Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang

    kemas seperti berikut:

    a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH/CERAH dan SELUAR ‘SLACK’

    HITAM (GELAP), serta memakai stoking dan KASUT HITAM.

    b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG / PAKAIAN FORMAL

    (SKIRT DI BAWAH PARAS LUTUT) / PAKAIAN KEBANGSAAN, TUDUNG HITAM yang kemas

    dan bersopan serta memakai stoking dan KASUT HITAM (bertutup penuh).

    c) Rambut mestilah kemas. Bagi pelajar lelaki, rambut hendaklah PENDEK DENGAN

    PARAS BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS

    ATAS TELINGA, PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI DAN DI BAHAGIAN

    ATAS/TENGAH-TIDAK MELEBIHI 3 CM PANJANG

    PERINGATAN: Pemakaian Topi, Seluar ‘Jeans’, Seluar Pendek, Seluar

    Sukan Dan Berselipar Adalah Dilarang

    3.5 MINGGU SUAIKENAL (MSK)

    a) SEMUA pelajar baru ILP MARANG diwajibkan mengikuti program MINGGU SUIKENAL (MSK)

    yang bermula selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga

    atau empat hari. Segala urusan lain hendaklah dibuat di luar waktu program tersebut.

    b) Program ini adalah penting bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan

    persekitaran kampus latihan dan memperkenalkan sistem latihan yang digunapakai di

    institut ini.

    c) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan.

  • 11 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    LAMPIRAN

  • 12 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    4.1 PELAN LOKASI ILP MARANG

    Lampiran 1

    Lampiran 2

    DARI Kuala Terengganu

    KE

    Dungun/Kuantan

    DARI Kuala Berang

    KE

    Ajil/Wakaf Tapai

  • 13 | P a g e

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

    Lampiran 2

    4.2 BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU ILP MARANG SESI JANUARI 2020

    BIL JENIS PEMBAYARAN BAYARAN (RM) JUMLAH

    A. PENTADBIRAN

    i. Insuran 11.00 / year 11.00

    ii. Yuran Aktiviti Pelajar 30.00 / semester 30.00

    iii. Yuran Aktiviti Ko-Kurikulum 100.00 / intake 100.00

    iv. Bayaran Kertas Peperiksaan 20.00 / semester 20.00

    v. Peralatan/Hadiah/Aktiviti MSK 20.00 / intake 20.00

    JUMLAH BAYARAN BAHAGIAN A 181.00

    BIL JENIS PEMBAYARAN BAYARAN (RM) JUMLAH

    i. Keahlian Kelab 6.00 / semester 6.00

    ii. Baju –T 30.00 / semester 30.00

    iii. Baju-T ILJTM (2 helai ) 30.00/helai 60.00

    iv. Jaket ILJTM ( 1 helai ) 55.00 / helai 55.00

    v. Baju Korporat ILP Marang ( 1 helai ) 55.00 / helai 55.00

    vi. Seluar Bengkel ( 2 helai ) 50.00/helai 100.00

    vii. Kasut Keselamatan ( 1 unit ) 66.00/unit 66.00

    viii. Kad Matrik ( 1 unit ) 15.00/unit 15.00

    ix. Cas Perkhidmatan Dobi 40.00/sem 40.00

    x. Buku Daftar Keluar Masuk Pelajar 3.00/intake 3.00

    xi. Sarung Bantal & Cadar ( 1 set )

    ( tanpa selimut )

    30.00/set 30.00

    JUMLAH BAYARAN BAHAGIAN B 460.00

    JUMLAH BAYARAN BAHAGIAN A+B 641.00