Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Panduaآ  Carta Alir Pengiktirafan...

download Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Panduaآ  Carta Alir Pengiktirafan Pekerja

If you can't read please download the document

  • date post

    18-Oct-2020
  • Category

    Documents

  • view

    2
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Panduaآ  Carta Alir Pengiktirafan...

  • 1

    Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran

    Universiti Malaya

  • 2

    BAHAGIAN 1PENDAHULUAN Panduan ini disediakan oleh Unit Perkhidmatan Perlindungan

    Sinaran (UPPS) bagi pihak Universiti Malaya yang berurusan¹

    dengan punca sinaran² untuk pengiktirafan pekerja Universiti

    Malaya sebagai pekerja sinaran (radiation worker) oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

    (AELB) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Panduan ini menggariskan perkara

    asas yang diperlukan oleh Universiti Malaya di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

    (Akta 304) serta subsidari perundangan yang dikuatkuasakan dibawahnya terhadap hak dan

    tanggungjawab pekerja yang diiktiraf sebagai pekerja sinaran Universiti Malaya. Panduan

    ini diterimapakai bagi pekerja sinaran Universiti Malaya yang ditafsirkan sebagai pekerja

    oleh Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan

    Asas) 2010 di bawah Akta 304 yang menetapkan bahawa:

    “Pekerja” ertinya mana-mana orang yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen,

    sama ada atau tidak dia diambil kerja oleh pemegang lesen itu, dalam pengendalian

    atau penggunaan, atau yang akan bersentuhan dengan mana-mana bahan radioaktif,

    bahan nuklear, benda yang ditetapkan atau radas penyinaran.

    Maka, pekerja sinaran Universiti Malaya adalah seorang pekerja yang diiktiraf secara

    bertulis oleh AELB/KKM untuk melaksanakan kerja-kerja sinaran di bawah pengawasan

    Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Penyelia Perlindungan Sinaran (PY) di seluruh

    kampus Universiti Malaya.

    ¹ berurusan termasuk aktiviti memiliki, memindah, mengendali, mengeluar, menjual,

    menstor, mengguna, membeli, memproses, memperdagang, mengilang atau sebagaimana

    yang ditetapkan oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

    ² punca sinaran termasuk radas atau bahan yang berupaya mengeluarkan sinaran mengion

    dan perkakas lain yang perlu untuk melengkapkan peralatan tersebut.

  • 3

    BAHAGIAN 2 JUSTIFIKASI PELANTIKAN PEKERJA SINARAN

    Kakitangan Universiti Malaya yang dikehendaki mengendalikan punca sinaran milik³

    Universiti Malaya perlu dilantik dan diiktiraf sebagai pekerja sinaran. Carta Alir

    Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan

    pelantikan pekerja sinaran oleh Unit/Jabatan/Fakulti akan melalui proses saringan

    justifikasi dan penilaian oleh UPPS berdasarkan perkara tersebut :

    1. Jenis punca sinaran yang dikendalikan

    2. Kemungkinan magnitud dedahan pekerja yang berpotensi

    3. Dedahan Pekerjaan di Kawasan Kerja (Kawasan Seliaan dan Kawasan Kawalan)

    4. Pekerja sinaran yang sedia ada

    5. Pekerja Wanita

    6. Penyiasatan latar belakang pekerja sinaran baharu sebelum diambil bekerja

    7. Tahap Kebolehpercayaan

    (Semakan dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia,Jabatan

    Insolvensi Malaysia dan mana-mana pihak berkaitan sekiranya perlu)

    8. Status Perjawatan pekerja

    9. Status disenarai hitam oleh AELB/KKM

    10. Laporan Pemeriksaan Perubatan Pra Pekerjaan

    11. Pengiktirafan Pekerja oleh AELB/KKM

    ³ punca sinaran yang dilesenkan dalam Lesen LPTA/A/276 Universiti Malaya bagi tujuan

    bukan perubatan dan punca sinaran yang dilesenkan dalam Lesen KKM/R/0521 Fakulti

    Pergigian bagi tujuan perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Perlesenan Tenaga

    Atom 1984 (Akta 304).

  • 4

    BAHAGIAN 3 HAD DOS UNTUK PEKERJA SINARAN 1. Had dos tahunan yang ditetapkan oleh Universiti Malaya adalah seperti yang

    ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran

    Keselamatan Asas) 2010.

    2. Had dos operasi untuk personel ditetapkan pada 10mSv/tahun atau lebih rendah

    tertakluk kepada kelulusan AELB/KKM, supaya had dos tahunan sebanyak

    20mSv/tahun tidak dilampaui.

    3. Bagi had dos dalam hal keadaan khas, Pemegang Lesen akan memohon kelulusan

    bertulis terlebih dahulu daripada AELB/KKM untuk satu perubahan sementara pada

    kehendak had dos bagi pekerja tertentu.

    4. Bagi kes di mana had ini dilampaui, Pemegang Lesen akan melaporkan kepada

    AELB /KKMdengan kadar segera.

  • 5

    BAHAGIAN 4 TANGGUNGJAWAB PEKERJA SINARAN

    Tanggungjawab pekerja sinaran disediakan berdasarkan Program Perlindungan Sinaran

    yang telah diterimapakai oleh AELB dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom

    (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 No. 40 di bawah Akta 304.

    Tanggungjawab pekerja sinaran Universiti Malaya adalah seperti berikut :

    1. Mematuhi semua arahan, prosedur dan peraturan yang dikeluarkan oleh PPS atau

    PY bagi mengawal dedahan sinaran mengion.

    2. Mengendalikan peralatan sinaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh

    PPS atau PY bagi mengelakkan sebarang dedahan yang tidak perlu kepada dirinya

    atau kepada rakan-rakan sejawatnya.

    3. Menggunakan alat pengawasan personel dan apa-apa kelengkapan peranti

    sebagaimana yang disediakan dan diarahkan oleh pemegang lesen, untuk

    menghadkan apa-apa kemungkinan dedahan.

    4. Melaporkan serta merta kepada PPS atau PY sekiranya berlaku kerosakan atau

    kehilangan sebarang kelengkapan perlindungan sinaran seperti Optically Stimulated

    Luminescene (OSL), alat pengukur/pengesan sinaran dan sebagainya.

    5. Tidak mengganggu, memindah, mengubah atau mengalih apa-apa peranti

    keselamatan atau kelengkapan lain yang diberikan untuk perlindungan dirinya atau

    perlindungan orang lain, melainkan jika diberikan kuasa untuk berbuat demikian.

  • 6

    6. Memeriksa bekas dedahan dengan alat pengesan sinaran sebelum ia dipindah atau

    digunakan untuk memastikan punca sinaran dalam kedudukan yang selamat dan

    berperisai.

    7. Melaporkan serta merta semua kejadian dedahan sinaran tak sengaja kepada PPS

    atau PY.

    8. Dalam keadaan luar biasa, pekerja akan mengambil langkah-langkah perlu

    mengikut prosedur yang ditetapkan dan segera memberitahu PPS atau PY mengenai

    keadaan itu.

    9. Melaporkan kehamilannya (bagi pekerja wanita) serta merta kepada PPS atau PY

    dan Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan.

    10. Mematuhi langkah-langkah sekuriti yang ditetapkan oleh Pemegang Lesen.

    11. Melaporkan sebarang kejadian luar jangka berkaitan sekuriti kepada PPS atau PY.

  • 7

    BAHAGIAN 5 PEKERJA SINARAN Kakitangan Universiti Malaya yang diiktiraf sebagai pekerja sinaran oleh AELB /KKM

    dilindungi oleh Pemegang Lesen (dalam kontek ini adalah Universiti Malaya) tertakluk

    kepada Akta 304 bagi tujuan pengoptimuman perlindungan pekerja daripada dedahan

    pekerjaan dan keselamatan. Oleh kerana kawasan kerja pekerja adalah kawasan yang

    dikelaskan sebagai kawasan seliaan dan kawasan kawalan, maka Pemegang Lesen

    hendaklah menyediakan tatacara perlindungan dan keselamatan kepada pekerja seperti

    berikut :

    1. Pemantauan Kakitangan / Pekerja

    Pekerja dibekalkan oleh UPPS dengan personal dosimeter Optically Stimulated

    Luminescence (OSL) yang diganti/ditukar secara bulanan. Pemakaian OSL ini

    adalah mandatori kepada pekerja semasa mengendalikan punca sinaran di kawasan

    kerja. Bagi pekerja yang bekerja di kawasan kawalan, pekerja juga akan

    dibekalkan dengan electronic personal dosimeter bagi mendapatkan bacaan secara

    direct reading. OSL merupakan personal dosimeter yang diterimapakai oleh

    AELB bagi memantau had dos pada pekerja.

    2. Rekod Dedahan Dos

    Keputusan dos pekerja dari personal dosimeter OSL dianalisis dan direkodkan

    dalam Buku Rekod Perubatan (Seksyen B) Borang Rekod Dedahan Pekerja

    (Sinaran) oleh UPPS. Setiap keputusan dos dimaklumkan kepada pekerja dan

    penyiasatan terhadap dedahan yang berlebihan akan dijalankan bagi menentukan

    keadaan dan akibat. Dedahan yang berlebihan akan dilaporkan kepada AELB oleh

    UPPS.

  • 8

    3. Pengawasan Perubatan Pekerja

    Pengawasan perubatan dijalankan terhadap pekerja oleh

    seorang pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan

    oleh AELB. Pengawasan perubatan melibatkan pemeriksaan perubatan pra

    pekerjaan, kajian semula kesihatan secara berkala, pemeriksaan perubatan apabila

    ditamatkan kerja atau bersara dan pemeriksaan perubatan khas. Pemeriksaan

    perubatan, penyiasatan dan rawatan hendaklah disediakan oleh Universiti Malaya

    tanpa mengenakan sebarang bayaran terhadap pekerja. Kesimpulan pemeriksaan

    perubatan dan penyiasatan dimaklumkan kepada pekerja untuk rujukan dan

    tindakan pekerja. Penyenggaraan rekod perubatan pekerja adalah seperti yang

    termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan

    Sinaran Keselamatan Asas) 2010 No. 39 di bawah Akta 304 oleh UPPS.

    4. Diperuntukan dengan Latihan

    Pemegang lesen akan mengadakan sama ada secara dalaman atau luaran, latihan

    atau kursus perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran yang baharu sebagai

    latihan atau kursus pra-pekerjaan. Latihan atau kursus perlindungan sinaran

    (refresher and awareness courses) diadakan oleh Pemegang L