PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ......

38
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA 0

Transcript of PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ......

Page 1: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

0

Page 2: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

1

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) DI SEKOLAH

Page 3: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

2

ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN

➢ YB. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

➢ KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

➢ PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

PRAKATA

BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN

OBJEKTIF

SUSU UHT

BAB 2 KAJIAN TENTANG PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

2013 – DAPATAN

2014 – DAPATAN

BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 4 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH

PENUTUP

LAMPIRAN

RUJUKAN

PASUKAN PENGGUBAL

PENGHARGAAN

Page 4: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

3

KATA ALU-ALUAN

YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam hormat dan Salam 1Malaysia.

Program Susu Sekolah (PSS) telah dilaksanakan sejak tahun 1983. Program ini telah

diperkenalkan semula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin

Tun Abdul Razak sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M). Pelancaran program ini telah

disempurnakan di Sabah pada 16 September 2010 bertujuan untuk melahirkan generasi

baru yang sihat dan mempunyai minda yang cergas selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Disamping memberikan makanan tambahan kepada murid sekolah yang layak, PS1M juga

membantu pertumbuhan dan perkembangan industri tenusu tempatan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam usaha menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Susu 1Malaysia untuk

digunakan bagi meningkatkan pengurusan Program Susu 1Malaysia di semua peringkat.

Selamat Maju Jaya

Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia

Page 5: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

4

Kata Alu-Aluan

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap

kesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti yang terancang

dan teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamin tahap kesihatan

murid di tahap optimum.

Program Susu 1Malaysia yang telah dilaksanakan hampir lima tahun merupakan satu

daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu murid-

murid sekolah rendah mendapat pelbagai zat yang diperlukan bagi makanan seimbang.

Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Program Susu 1Malaysia

membantu tumbesaran diri murid.

Oleh itu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah perlu terus

melaksanakan Program Susu 1Malaysia.

Penerbitan Buku Panduan Pengurusan Program Susu 1Malaysia amat dialu-alukan dan

diharap dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan penyeliaan

dan penilaian Program Susu 1Malaysia.

Selamat Maju Jaya

DATUK SERI DR.KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Page 6: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

5

Kata Alu-Aluan

Pengarah Bahagian Sekolah

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua

pihak yang terlibat dalam usaha menyediakan Buku Panduan Pengurusan Program Susu

1Malaysia (PS1M). Penyediaan dan penerbitan ini terhasil dengan kerjasama bersepadu

semua pihak.

Buku Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat kepada Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan di peringkat sekolah

terutama Guru Besar.

Aspek utama yang disentuh termasuklah kaedah pengurusan Program Susu 1Malaysia

di peringkat Kementerian, Negeri, Daerah dan Sekolah, pemprosesan dan pembekalan

susu, pengenalan kepada objektif, misi dan visi serta khasiat susu UHT dalam tumbesaran

diri murid.

Semoga dengan usaha murni semua pihak akan menghasilkan kejayaan.

ABDULLAH BIN MAD YUNUS

Pengarah Bahagian Sekolah Harian

Page 7: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

6

PRAKATA

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap

pencapaian pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah-sekolah

di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Buku Panduan Pengurusan PS1M diterbitkan supaya terlaksana pengurusan yang standard

di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. Pendekatan

kaedah mesra pengguna dengan langkah yang tersusun memudahkan semua pihak

mematuhi prosedur penerimaan dan agihan.

Diharap Jawatankuasa di semua peringkat pengurusan menggunakan Buku Panduan ini

supaya dapat membantu menguruskan PS1M dengan berkesan.

Sekian.

Pasukan Penggubal.

Page 8: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

7

BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN

• Program yang membekalkan susu kepada murid sekolah telah lama dilaksanakan di

pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai industri

tenusu. Pemberian susu untuk diminum oleh murid sebagai makanan tambahan

dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk membekalkan nutrisi yang

mencukupi dan permakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang

baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa segar.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk

amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

bersama syarikat – syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Persyarikatan

Malaysia.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan Program Susu Sekolah

(PSS) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun

1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan dan

kesihatan dikalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan

fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah bermula pada September 2010 berdasarkan

keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2010 untuk pembekalan susu Ultra

High Temperature (UHT) ke sekolah rendah seluruh negara.

• Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16hb. September

2010 bagi mengganti dan menjenamakan semula Program Susu Sekolah sebagai

Program Susu 1Malaysia (PS1M).

• PS1M disasarkan kepada semua murid berdasarkan kriteria berikut :

a) Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan

Kasih ( SBJK ).

b) Semua murid di sekolah rendah kawasan bandar yang menerima bantuan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

OBJEKTIF

Page 9: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

8

AM

Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui

pemupukan tabiat suka minum susu.

KHUSUS

• Meningkatkan tabiat suka minum susu dikalangan murid-murid sekolah rendah.

• Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke sekolah.

• Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini khususnya

berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek-aspek

pendidikan yang lain amnya.

• Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi

memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid sekolah bertambah

baik.

• Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri tenusu tempatan

yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan pembekalan susu.

SUSU UHT

• Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High Temprerature)

dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah celcius selama 2-10 saat.

Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-kuman yang boleh merosakkan susu

atau menyebabkan sakit perut.

• Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptic iaitu pembungkusan

menggunakan teknologi tinggi yang keadaan sekelilingnya steril dan bebas dari

kuman.

• Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik.

• Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh pengeluaran.

BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M

Page 10: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

9

KAJIAN 1

Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh

Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Dari

kajian ini didapati :

1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu

meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan

menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.

1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa

faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati

oleh penyelidik.

1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai

negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan

diteruskan dalam tempoh jangka panjang.

1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga

mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.

Kajian 2

Page 11: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

10

Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan oleh

Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M.

Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal murid peringkat

sekolah rendah didapati :

• Tinggi : Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.

• Berat : Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak

dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.

• BMI (Body Mass Index) : Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan

atau penurunan peratus BMI.

• Lemak : Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan

atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.

• Kepadatan Tulang : Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.

• Index kualiti tulang : Susu dapat meningkatkan index kualiti tulang.

• Kecergasan fizikal : Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam

meningkatkan kecergasan fizikal murid.

Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat dalam

kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat badan, BMI

dan peratus lemak dalam badan murid.

Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:

• Meneruskan program PS1M

• Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula

pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.

• Menambah kuantiti susu daripada dua kotak seperti sedia ada.

• Memperluaskan supaya semua murid rendah dapat menikmati susu PS1M.

• Memperluaskan PS1M ke sekolah menengah rendah supaya murid yang

sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam pertumbuhan

mereka.

• Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan

makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama

pelbagai pihak.

Page 12: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

11

BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peranan dan Tanggungjawab Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

1.1. Menyelaraskan data penerima PS1M dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

1.2. Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi

sebelum diminum.

1.3. Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu

kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM).

1.4. Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan Program Susu 1Malaysia tahun

semasa.

1.5. Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.

1.6. Menerima laporan pelaksanaan PS1M dari JPN.

2. Bahagian Kewangan

2.1. Mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program Susu

1Malaysia (PS1M)

2.2. Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan

kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) untuk penyediaan

dokumen kontrak dan BPSH untuk perancangan pelaksanaan

2.3. Memastikan peruntukan kewangan PS1M bagi tahun semasa mencukupi.

2.4. Menyalurkan dan memastikan peruntukan PS1M yang mencukupi ke JPN.

2.5. Memantau prestasi perbelanjaan PS1M di peringkat JPN.

2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PS1M.

2.7. Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan

(Local Oder) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak

sekolah.

2.8. Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya

peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan

Page 13: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

12

3. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) 3.1 Mengurus perolehan PS1M

3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PS1M berdasarkan kelulusan

daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan

3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat

pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.

3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan

cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.

3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada

Penasihat Undang-Undang (PUU).

3.6 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku

pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.

Page 14: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

13

BAB 4 PENGURUSAN PS1M JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

1. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

1.1 Unit Hal Ehwal Murid (Sub Unit Kesihatan)

1.1.1 Menyediakan data penerima PS1M.

1.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PS1M kepada PPD dan sekolah.

1.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.

1.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PS1M pada atau sebelum

tujuh (7) hari bulan setiap bulan.

1.1.5 Memastikan susu yang diedarkan ke sekolah dalam keadaan yang baik

dan selamat diminum.

1.1.6 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah.

1.1.7 Menerima dan mengumpul laporan bulanan Pegawai Perhubungan

Program Susu 1Malaysia (PPPS1M) dari pembekal.

Page 15: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

14

1.2 Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset

1.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPPA kepada PPD dan sekolah.

1.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi. 1.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan

syarat kontrak kepada Unit Kewangan JPN. 1.2.4 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA KPM

berdasarkan laporan daripada sekolah.

1.3 Unit Kewangan dan Unit Akaun

1.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PS1M berdasarkan nota minta yang disediakan oleh Sub Unit Kesihatan.

1.3.2 Memastikan LO PS1M disediakan sebelum atau pada 15hb setiap

bulan. 1.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan

(SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran susu.

1.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan

pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah. 1.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau

dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.

1.3.6 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA, KPM

berdasarkan laporan daripada sekolah.

Page 16: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

15

PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PS1M

MULA

Unit Kesihatan kemukakan ke Unit Kewangan dokumen berikut :

a. Senarai sekolah b. Bil. murid c. Bil kotak susu d. Dokumen sokongan.

Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan (LO) e-perolehan

Serahkan (LO) kepada Syarikat Pembekal Susu

Unit Kesihatan terima daripada Syarikat Pembekal Susu: a. LO asal b. Invois c. SAP d. DO e. Salinan Kontrak/SST

Unit Kesihatan semak dan pastikan maklumat lengkap

Ya Tidak

Serahkan kepada Unit Kewangan

Unit Kewangan sediakan Baucer Bayaran

Bayaran dibuat kepada Syarikat Pembekal Susu

TAMAT

Lengkap

maklumat

PESANAN

BAYARAN

Page 17: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

16

2. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

2.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PS1M

2.1.1 Data sekolah

2.1.2 Data Murid

2.2 Menguruskan taklimat pengurusan PS1M kepada sekolah

2.3 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah

2.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal

2.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset kepada sekolah

Page 18: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

17

BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH

Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu 1Malaysia (PS1M) dihantar sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan, semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PS1M dengan sebaik mungkin.

1.1 Penubuhan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia

Pengerusi : Guru Besar

Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Guru Penyelaras PS1M

Ahli Jawatankuasa : 1. Guru Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan

(RMT)

2. Guru Penyelaras Kelas

3. Guru Penyelaras Pendidikan Khas

4. Wakil PIBG (bukan guru)

5. Wakil murid

** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-masing

1.2 Peranan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

1.2.1 Mesyuarat di peringkat sekolah (sekurang-kurangnya dua kali setahun)

1.2.2 Pemilihan murid layak terima (mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga

1.2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai

1.2.4 Memastikan pengurusan mengikut garis panduan yang ditetapkan

1.3 Carta Alir Pengurusan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

MULA

Page 19: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

18

1.3.1 Penerimaan Bekalan

BERLAKU SIMPTOM KLINIKAL

LENGKAPKAN BUKU

LAPORAN PS1M

TAMAT

SUSU BAIK

TINDAKAN RUJUKAN (ms 23)

TERUS MINUM

Page 20: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

19

❖ Waktu Penerimaan : Waktu pejabat dan hari bekerja

❖ Pengesahan Penerimaan :

o Nota Penghantaran (DO) : Pentadbir Sekolah, Staf Sokongan

o Sijil Akuan Penerimaan (SAP) : Guru Besar / Guru Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Penyelia Petang / Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

o Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan penerima semasa hari penerimaan bekalan

o Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP

o Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod

PERINGATAN :

❖ Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu 1Malaysia

❖ Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput.

❖ Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.

❖ Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.

❖ Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.

1.3.2 Aktiviti Pendidikan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

❖ Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penyelaras PS1M oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun)

❖ Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan PS1M.

❖ Tayangan video kepada murid yang layak terima

❖ Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa sebelum sesi minum susu

❖ Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian

Page 21: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

20

Contoh bahan-bahan pendidikan PS1M

1.3.3 Penyimpanan Susu PS1M Di Sekolah

❖ Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

o Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko

pencemaran

o Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan

o Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,

kondensasi, kotoran dan wap

o Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika

menggunakan pallet hendaklan mempunyai ketinggian sekurang-

kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak

melebihi keluasan pallet

Page 22: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

21

o Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding

o Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan

nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out)

dilaksanakan

o Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak

susu bergoyang dan terjatuh. Contoh : Interlocking Stacking System

(Sistem Perkuncian Barang Tindihan)

o Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10

karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di

lapisan bawah

o Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System)

1.3.4 Pengagihan Susu PS1M Di Sekolah

Ganti gambar

inter loking

Page 23: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

22

❖ Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu

❖ Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out)

dilaksanakan

❖ Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara

berikut dipatuhi :

o Nombor batch dan tarikh luput

o Tarikh dan masa pengagihan dicatat

o Catat jumlah kotak susu yang diagih

❖ Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :

o Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran

o Bocor atau pecah

o Menggelembung

o Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan

pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat

o Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak

❖ Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu :

o Amalan membasuh tangan

o Pastikan kotak tidak kembung, kemek, bocor

o Pastikan tarikh belum luput

o Goncang kotak susu

o Rasa sedikit ; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan

segera kepada guru

o Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang

sudah diminum

o Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan

1.3.5 Pemantauan PS1M

Page 24: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

23

❖ Guru Penyelaras PS1M perlu mengemaskini Buku Laporan PS1M

setiap bulan.

❖ Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada

Buku Laporan PS1M setiap bulan.

❖ Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD, dan PPPS1M yang hadir

untuk pemantauan.

1.3.6 Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PS1M di Sekolah

❖ Fizikal Kotak Susu : Kemek, kembung dan bocor

o Asingkan kotak susu yang rosak

o Laporkan kepada pembekal untuk gantian

❖ Simpton Klinikal : Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit

o Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta

o Asingkan murid yang terlibat

o Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan

segera

o Maklum kepada PPD / JPN dan pembekal

o Maklum kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat

o Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan

JPN (muka surat 35)

1.3.7 Pelupusan Kotak Susu PS1M

Page 25: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

24

❖ Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi

❖ Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut

1.3.8 Keperluan Dokumentasi

❖ Pastikan Fail Pengurusan PS1M disediakan dan mengandungi :

o Surat Masuk / Keluar

o Minit Mesyuarat

o Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga

o Senarai Nama Penerima

o Buku Laporan PS1M

o Bahan-bahan Pendidikan PS1M

o Salinan Sijil Akuan Penerimaan

o Laporan Kes Simptom Klinikal ( jika ada )

o Lain-lain bahan berkaitan PS1M ( jika ada

Lampiran 1/PS1M

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Page 26: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

25

1. Nama Sekolah :………………………………………………………………………………….………………

2. Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………………………………

3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar

4. No. Telefon :………………………..

5. No. Faks :……………………….

6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..……………..

7. No. Telefon : ………………………..

8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….…….

9. No. Telefon : ………………………

10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….……..

11. No. Telefon : ………………………………

12. Enrolmen Murid : …………………………

13. Jumlah Penerima Susu : …………………

14. Tempat Penyimpanan Susu :

➢ Stor PS1M

➢ Bilik GPK HEM

➢ Kabinet Bilik Guru

➢ Bilik Kesihatan

➢ Lain-lain ……………………….

Tandatangan : …………………………………………………………

Nama : .…………………………………………………………

Jawatan : …………………………………………………………

Cap Sekolah :

( Sila tanda √ ) berkenaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PS1M

ARAHAN :

Page 27: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

26

DIISI OLEH PENGHANTAR PS1M DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP KALI PENGHANTARAN.

No. PERKARA Semak

Catatan YA TIDAK

A PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN SEKOLAH

1.

Maklumat Am pengangkutan - Nama Agensi :

- No Kenderaan :

- Lori / Kapasiti :

2.

Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan dengan cermat.

- Tidak mencampak

- Tidak menghempas - Tidak memijak / duduk

3.

Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap mahu pun makhluk perosak

4.

Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik.

- peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih

- boleh dibersihkan, dinyahjangkitan

- bebas daripada sebarang kotoran.

5.

Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi bagi produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum mengangkut produk.

6.

Menggunakan kaedah susunan yang sesuai

- susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang

- susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system.

- Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.(contoh: bagi tetrapak per 200ml tidak boleh melebihi ketinggian yang dibenarkan iaitu 8-10 tray).

7. Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.

8. Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan.

Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti :

- Tarikh dan masa pemunggahan

- No batch / kuantiti

- Tarikh luput bagi setiap batch

No. PERKARA Semak Catatan

Page 28: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

27

YA TIDAK

B. KEADAAN PENYIMPANAN

1. Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10 tray).

2. Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.

3. Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.

4. Tidak mengendalikan susu dengan kasar.

5. Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system

6. Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai.

7. Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding

8. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system

9. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO) atau masuk dulu, keluar dulu

10. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor penyimpanan.

11. Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali.

Nama Penghantar :

No. HP:

Tarikh / Masa :

Tandatangan :

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

Page 29: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

28

Guru Besar

……………………………………………………

……………………………………………………

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M) Tahun ……….…..…..

Merujuk kepada perkara di atas saya ………………….…………………………………….

…..……………………………….,,,, No. Kad Pengenalan : ……………………………….

ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….…………

Tahun ………………………………

2. Dengan ini saya;

bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima

Program Susu 1Malaysia

tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu 1Malaysia

kerana ……………………………………………………………………………

…………………………………………………………….……………………………………….

• Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan

3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

Yang benar, ……………………………………………... ( ) Tarikh : …………………..

Catatan : Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah

Page 30: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

29

SIJIL AKAUN PENERIMAAN ( Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak )

Kod Sekolah : ………………………… Nombor SAP : …………………..……

Sekolah………………………….………….…. ……………………………………….

Alamat : ……………………………………….. ………………………………………………….. No. Telefon : …………….……………….…... No. Faks : ………………………………… Bekalan bulan : ……………………………… Tahun : ………………………………………..

Syarikat……………………………………….. …………………………………………………. Alamat : ……………………………………….. ………………………………………………….. No. Telefon : …………….………………….... No. Faks : ……………………………….… No. Pesanan Tempatan ( LO )……………… Bilangan Murid PS1M : ………………………

Butiran (kod item)

Item Kuantiti kotak

Harga

Ulasan sekolah Seunit ( RM)

Jumlah (RM)

Susu

Susu UHT Berperisa

Coklat (200ml)

Susu dalam keadaan baik semasa penerimaan

Plastik sampah dibekalkan

Penghantaran mengikut jadual.

Lain-lain. Nyatakan

Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat di atas telah diterima dan disemak dengan betul.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………….. .. …………………………………………..

( Tandatangan ) ( Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan)

Nama:………………………………………………….. ……………………………………………………..

( Nama Guru Besar atau Peolong Kanan )

Tarikh: ………………………… Tarikh: …………………………

Peringatan:

1] Sijil Akaun Penerimaan ( SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut:

(a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal.ftr (b) 1 salinan untuk fail sekolah

2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat.

Page 31: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

30

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bulan :……………………… Nama Guru Penyelaras :………………………….………

Tempat Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PS1M : ………………….........

A. PENERIMAAN

BIL TARIKH TERIMA

BEKALAN

KUANTITI DITERIMA

NO. SAP NO. LO NAMA PENERIMA BEKALAN TANDA

TANGAN JUMLAH KOTAK

TARIKH LUPUT

1

2

3

4

5

JUMLAH SEBULAN

ULASAN / CATATAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 32: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

31

B. AGIHAN

BIL

TARIKH DAN KUANTITI AGIHAN

JUMLAH AGIHAN

SEBULAN

( KOTAK ) MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5

Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti

1

2

3

4

5

JUMLAH

ULASAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

C. LAPORAN SUSU ROSAK

Bil Tarikh

kes Tarikh luput

Kuantiti Guru Pelapor Tanda tangan

Kuantiti gantian

Tarikh Terima Gantian

Tarikh Luput

Guru Penerima

Tanda tangan

ULASAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 33: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

32

PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA ( PS1M )

A. PENERIMAAN:

1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PS1M ke sekolah.

2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.

3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP.

4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan penerimaan ( SAP)

5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.

6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran tersebut.

7. Nama guru yang menerima bekalan : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.

8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.

B. AGIHAN:

1. Bilangan : Kekerapan PS 1M diagihkan kepada murid.

2. Tarikh : Tarikh PS 1M diagihkan kepada murid.

3. Kuantiti : Jumlah penerima PS 1M di sekolah.

4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid dalam tempoh sebulan.

Page 34: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

33

C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )

1. Bilangan ; Bilangan kekerapan kes.

2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.

3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.

4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.

5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.

6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.

7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.

8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.

9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.

10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.

11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.

Page 35: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

34

CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (KPM/JPN/PPD)

SEKOLAH

TARIKH

JENIS BILIK

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN

1 BILIK PENYIMPANAN SUSU

1.1. Mempunyai keluasan yang sesuai

1.2. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik 1.3. Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu

1.4. Hanya menyimpan susu sahaja

1.5. Tiada kesan mahluk perosak

1.6. Ruang lantai yang bersih

1.7. Siling tiada sawang

1.8. Bilik selamat dan berkunci

2 KAEDAH PENYIMPANAN SUSU

2.1. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding.

2.2. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada ketinggian 20 sm. daripada lantai.

2.3. Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau pallet. 2.4. Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan sahaja

2.5. Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di sekolah.

3 DOKUMENTASI DAN REKOD

3.1. Mengisi Buku Pelaporan PS1M

3.2. Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat di bilik penyimpanan susu.

3.3. Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difaikan.

3.4. CD Panduan Meminum Susu digunakan dan disimpan dibilik PS1M.

3.5. Poster PS1M di tmpal dan dipamerkan.

3.6. Jawatankuasa PS1M Sekolah dipamirkan. 3.7. Borang Persetujuan Penerimaan PS1M difailkan.

3.8. Senarai Penerima PS1M difailkan

3.9. Jumlah penerima PS1M bersama dengan bekalan diterima sekolah.

4 LAIN-LAIN

4.1. Plastik sampah disediakan

4.2. Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik.

4.3. Ada kemudahan chiller/peti sejuk ( Jika ada )

4.4. Bilik dihias menarik.

Dipantau oleh : Tanda Tangan : Jawatan / Cap :

Page 36: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

35

PK 04-3 SULIT

SEKOLAH ……………………………………………………………………..

LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN

1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :

2. No. Aduan :

3. Kategori Aduan :

4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :

5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :

6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :

7. Laporan Siasatan :

7.1 Perkara/Isu yang berlaku

7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)

7.3 Tarikh/Masa/Tempat

7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian

7.5 Dapatan Siasatan :

7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan

(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)

7.7 Nama Pegawai Penyiasat

7.8 Tarikh Siasatan

8. Status Kes :

9. Syor/Cadangan :

10. Lampiran (Jika ada):

Disediakan : Disahkan :

.............................................. ……………………………...................................... Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KS/KPP/ PPD)

Tarikh Penyediaan Laporan :

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 1 Februari 2015- Keluaran 04| Pindaan 00

Page 37: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

36

PENGERUSI ABDULLAH BIN MAD YUNUS

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

NAIB PENGERUSI

Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

SETIAUSAHA CYRIL CHRISTOPHER SINGHAM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

PENOLONG SETIAUSAHA HJ. ZAFRULLAH BIN SHAMSUDIN Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

AHLI JAWATANKUASA

JAHLEHA BT YUSOF Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

MOHD.ARIFFIN BIN ABDULLAH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

HJ YHAYA BIN HUSSIN JPN Pulau Pinang

HJ ISHAK BIN ISMAIL JPN Kelantan

AHMAD SABRI BIN HJ AHMAD JPN Kedah

HASNAH BT KADIR JPN Sabah

RAZALI BIN YUNUS JPN Negeri Sembilan

HJ JAMIL BIN DAYAN JPN Perak

HJ ISMAIL BIN EMBONG JPN Terengganu

AZLINNA BINTI ABDUL AZIZ JPWP Kuala Lumpur

ASNAH BT HJ SELAMAT JPN Melaka

SUPARNEH BT HJ WIRO JPN Perlis

A.RAHMAN BIN T. AHMAD JPN Johor

HJ MOHD. IMRI BIN SUPARDAN JPN Selangor

UMI KALSHOM BT ABD.GHAFAR JPWP Putrajaya

HJ ABDUL JAHAR BIN MULOK JPWP Labuan

ZAILAN KAMARUDIN BIN OTHMAN JPN Pahang

ANA BINTI KELUNDEK JPN Sarawak

. AMAT SAZALI BIN ABU HASSAN JPN PULAU PINANG

RUZANITA BT MOHD YUSOFF KONSUMA SDN BHD

HJ JAP BIN OMAR SABAH INTERNATIONAL DAIRIES SDN. BHD

NORY HEIZEL BT MOHD FAKHARUDDIN DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD

MOHD. HAFIZAN BIN ABD. HAMID HYBRID ALLIED SDN BHD

MOHD. HAZREN B AHMAD DZYAUDDIN DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD

MOHD HAIRIL ANUAR B ABD RAZAK DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD

HJ ABDUL JALIL BIN GHANI AMIR ENTERPRISE

MOHAMAD B MAT AJID RM JAYA TRADING

PASUKAN

PENGGUBAL

Page 38: PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA Panduan PS1M... · Selamat Maju Jaya Y.B. Menteri ... Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan ... dokumen

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

37

Penghargaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan sukacitanya

merakamkan

setinggi penghargaan

dan

ucapan terima kasih

kepada semua pihak

yang telah memberi sumbangan

dalam penyediaan buku ini.